Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KUASA PEMERINTAHAN

T5B7 : KUASA PEMERINTAHAN


INGATAN : 1. Rujuk buku teks ms 160 187
2. Tidak perlu buat rangka jawapan
3. Jumlah isi jawapan hendaklah mengikut peruntukan markah.
Bil

Tajuk

ms

SOALAN 1

Malaysia ialah salah sebuah Negara demokrasi berparlimen yang


mengamalkan KONSEP PENGASINGAN KUASA
( bt ms 171 )

SOALAN 2

Pengertian PARLIMEN dan fungsinya

SOALAN 3

Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia


btms 161

( bt ms 172 )

2
2

Ciri / Fungsi / Tujuan / Matlamat Badan Perundangan ( legislatif)


SOALAN 4
SOALAN 5
SOALAN 6

SOALAN 7

SOALAN 8
SOALAN 9
SOALAN 10

SOALAN 11

( Bt ms 172 )

Ciri / Fungsi / Tujuan / Matlamat Badan Pelaksana ( Eksekutif)


( Bt ms 173 )

Ciri / Fungsi / Tujuan / Matlamat Badan Kehakiman ( Judisiari)


( Bt ms 174 )

Kuasa Pemerintah dibahagikan kepada tiga cabang kuasa pemerintahan


iaitu
i.
Badan perundangan
ii.
Badan Pelaksana
Iii.
Badan Kehakiman
Proses meluluskan undang-undang di Parlimen
( Btms 173)
Sebagai pemimpin Negara, apakah ciri-ciri yang perlu ada bagi
meningkatkan kecekapan tadbir urus negara
Pemerintahan Negara sejak merdeka dapat mensejahterakan rakyat
Malaysia. Buktikan
Jawapan untuk 3 soalan di bawah adalah sama :
a) Cadangan transfomasi (perubahan) pentadbiran
b) Cadangan untuk memperkasa sistem pemerintahan Negara
c) Cadangan untuk memastikan kerajaan kekal dalam sistem demokrasi
Berparlimen

3
4
5

5
6

7
7
8

SOALAN 12

Cadangan bagaimana rakyat dapat memantapkan sistem pemerintahan


negara Malaysia

SOALAN 13

Nilai murni yang diterapkan dalam pentadbiran demi memajukan negara

SOALAN 14

9. MERUMUS kesimpulan
a) Pengetahuan yang diperolehi
b) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negara
c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang

10

Jumlah isi jawapan hendaklah mengikut peruntukan markah

Panitia Sejarah Daerah Raub

Page 1

KUASA PEMERINTAHAN
RUJUK BUKU
TEKS

Andaian aras

PENGENALAN ( 5 markah )

Soalan 1 : Malaysia ialah salah sebuah Negara demokrasi berparlimen yang


mengamalkan KONSEP PENGASINGAN KUASA
( Bt ms 171 )
Malaysia ialah salah sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan
konsep pengasingan kuasa. Menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada
tiga cabang iaitu badang perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga2
badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
Sebagai ketua negara, Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan ini.
============================================================================

Soalan 2 : Pengertian PARLIMEN dan fungsinya ( 5 markah)

( bt ms 172 )

Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab mengubal undang2 di


negara kita.Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan
Rakyat.
Fungsi Parlimen ialah meluluskan undang-undang, membuat pindaan kepada undangundang sedia ada, meluluskan cukai-cukai baru, menyemak dasar-dasar kerajaan dan
meluluskan bajet kerajaan
=============================================================================

Soalan 3 : Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia


[btms 161]

Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia ialah Perlembagaan


yang merupakan undang-undang tertinggi. Selain itu, institusi Raja Berpelembagaan
mengikut peruntukan dalam perlembagaan.
Ciri seterusnya ialah Parlimen. Parlimen merupakan badan perundangan yang
bertanggungjawab mengubal undang-undang. Pilihanraya ialah proses memilih wakil rakyat
untuk memerintah peringkat negeri ataupersekutuan
Selain itu, Kuasa Pemerintahan mempunyai 3 cabang iaitu Badan Perundangan,
Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Parti-parti Politik yang dirujuk sekumpulan orang
yang mempunyai ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama. Seterusnya ialah
Kebebasan Asasi yang melibatkan kebebasan hak asasi dan kebebasan berpersatuan,
beragama dan memiliki harta.

Panitia Sejarah Daerah Raub

Page 2

KUASA PEMERINTAHAN
Andaian Soalan ARAS
RUJUK BUKU
TEKS

2. MEMAHAMI ( Calon FAHAM tentang topik perbincangan)


3. MENGANALISIS ( Calon buat ANALISIS terhadap solan,
melibatkan proses pengumpulan maklumat )

Soalan 4 : Ciri / Fungsi / Tujuan / Matlamat Badan Perundangan ( legislatif)

Isi jawapan ikut


peruntukan
markah

( Bt ms 172 )

DEWAN NEGARA
Perundangan merujuk undang-undang yang digubal oleh badan Perundangan.Fungsi
badan perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan
kesejahteraan rakyat.
Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab mengubal undangundang. Parlimen terdiri daripada yang Dipertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan
Rakyat.
Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi yang mengandungi 69 orang
ahli. Ahli Dewan Negara digelar Senator yang mewakili setiap negeri. Senator dilantik tanpa
melalui pertandingan dalam pilihanraya. Senator akan memegang jawatan bagi tempoh tiga
tahun. Senator mestilah berumur 30 tahun ke atas. Senator setaraf dengan Ahli Parlimen.
Senator boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
Ahli Dewan Negara dilantik oleh Yang dipertuan Agong.Terdiri daripada 26 ahli, dipilih
dari 13 buah negeri oleh Dewan Undangan Negeri daripada bukan kalangan ahli DUN. 2
orang ahli dilantik oleh YDPA untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 orang
Wilayah Persekutuan Labuan, 1 orang dilantik mewakili Wilayah Putrajaya. 40 ahli dilantik
oleg Agong dikalangan individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang professional
Ahli Dewan Negara merupakan individu yang telah memberi sumbangan cemerlang dalam
perkhidmatan Awam, badan profesioan atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan,
pertanian, kesenian, kebajikan dan mewakili kumpulan minoriti orang asli.

DEWAN RAKYAT
Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting yang dipilih oleh rakyat melalui
pilihanraya umum. Dewan rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili kawasan
pilihanraya. Tempoh jawatan anggota ahli Dewan Rakyat ialah 5 tahun.
Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan undang-undang di
peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang diluluskan di Parlimen dinamakan Akta
manakala undang-undang yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen.
Di Sabah dan Sarawak dinamai Ordinan.

Panitia Sejarah Daerah Raub

Page 3

KUASA PEMERINTAHAN
Soalan 5 : Ciri / Fungsi / Tujuan / Matlamat Badan Pelaksana ( Eksekutif)

( Bt ms 173 )

KABINET / JEMAAH MENTERI


Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.
Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara.Bertindak mengubal dasar-dasar
kerajaan dalam semua perkara. Diketuai oleh Perdana Menteri.
Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan
Perdana Menteri mengetuai sesebuah kementerian. Kementerian bertanggungjawab
mengubal dasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaras program pembangunan
ekonomi atau sosial.
KEMENTERIAN
Bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan,merancang serta menyelaras
program pembangunan ekonomi dan social di Negara kita.Pada masa ini terdapat 26
kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara. Setiap kementerian diketuai oleh
seorang menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen atau
Setiausaha Politik. Menteri yang tidak mempunyai kementerian dikenali sebagai Menteri Tak
Berpotfolio. Menteri Tak Berpotfolio membantu tugas-tugas tertentu yang akan diberikan oleh
Perdana Menteri.Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sebuah
atau beberapa Kementerian.
PERKHIDMATAN AWAM
Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengetuai perkhidmatan awam. KSN
bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian atau jabatan kerajaan. Kementerian
diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian yang dibantu oleh kakitangan kerajaan yang
dikenali sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam. Semua kakitangan perkhidmatan awam
bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan atau
Ketua Pengarah.Sebuah
kementerian biasanya mempunyai Jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.
BADAN BERKANUN
Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa
autonomi. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan berkanun
ditadbir oleh Lembaga Pengarah. Badan berkanun bertanggungjawab mempercepatkan
pentadbiran dan program pembangunan. Di bawah rancangan 5 tahun kerajaan.
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
Terdapat beberapa suruhanjaya yang ditubuhkan untuk mengendalikan urusan
pelantikan kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin seperti Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan , Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang
, Suruhanjaya Kehakiman serta Suruhanjaya Polis dan Tentera.

Panitia Sejarah Daerah Raub

Page 4

KUASA PEMERINTAHAN
Soalan 6 : Ciri / Fungsi / Tujuan / Matlamat Badan Kehakiman ( Judisiari)

( Bt ms 174 )

Badan kehakiman berkuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah Perkara
sivil berkaitan dengan saman memerlukan afidavit dan perkara jenayah pula melibatkan kanun
keseksaan. Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang digubal oleh badan
perundangan atau badan pelaksana. Badan kehakiman berkuasa mentafsir perlembagaan persekutuan
atau perlembagaan negeri.
Perlembagaan Malaysia telah menwujudkan sistem mahkamah untuk melaksanakan tugas
kehakiman.Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan negara, undang-undang,
mengisytihar undang-undang bertulis kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
Mahkamah mempunyai kuasa mengisytihar sesuatu tindakan kerajaan tidak sah disisi undangundang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan
perundangan atau parlimen. Dalam sistem mahkamah individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati
dengan keputusan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.
Semua hakim dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Yang
Dipertuan Agong berkuasa dalam urusan perlantikan dan kenaikan pangkat serta pelucutan jawatan
seseorang hakim.Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik kerana hakim dilindungi
dari pengaruh politik untuk menjamin keadilan. Peguam Negara adalah penasihat undang-undang
kerajaan dan menjadi Pendakwaraya atau Peguam Bela.
=============================================================================

Soalan 7 : Cabang-cabang kuasa pemerintahan [ 30m] [ btms 171-176]


i.
Badan perundangan
ii.
Badan Pelaksana
Iii.
Badan Kehakiman

i.

Badan perundangan [ btms 172-173]

[ 10 markah]

Perundangan merujuk undang-undang yang digubal oleh badan Perundangan.Fungsi badan


perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab mengubal undangundang. Parlimen terdiri daripada yang Dipertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi yang mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan
Negara digelar Senator yang mewakili setiap negeri. Senator dilantik tanpa melalui pertandingan
dalam pilihanraya. Senator akan memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun. Senator mestilah
berumur 30 tahun ke atas. Senator setaraf dengan Ahli Parlimen. Senator boleh dilantik menjadi
Jemaah Menteri. Ahli Dewan Negara dilantik oleh Yang dipertuan Agong. Ahli Dewan Negara
merupakan individu yang telah memberi sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan Awam, badan
profesioanalatau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian, kebajikan dan
mewakili kumpulan minoriti orang asli.
Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum.
Dewan rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili kawasan pilihanraya. Tempoh jawatan
anggota ahli Dewan Rakyat ialah 5 tahun.
Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan undang-undang diperingkat
Dewan Rakyat. Undang-undang yang diluluskan di Parlimen dinamakan Akta manakala UndangPanitia Sejarah Daerah Raub

Page 5

KUASA PEMERINTAHAN
undang yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen. Di Sabah dan Sarawak
dinamai Ordinan.
ii. Badan Pelaksana [ btms 173-174]

[10 markah]

Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.


Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet adalah
menggubal dasar-dasar kerajaan.
Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri
mengetuai sesebuah kementerian. Kementerian bertanggungjawab mengubal dasar-dasar kerajaan,
merancang dan menyelaras program pembangunan ekonomi atau sosial.
Kementerian diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri atau
Setiausaha Parlimen atau Setiausaha Politik. Menteri yang tidak mempunyai kementerian dikenali
sebagai Menteri Tak Berpotfolio. Menteri Tak Berpotfolio membantu tugas-tugas tertentu yang akan
diberikan oleh Perdana Menteri..
Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengetuai perkhidmatan awam. KSN bertanggungjawab
mengawasi perjalanan kementerian atau jabatan kerajaan. Kementerian diketuai oleh Ketua
Setiausaha Kementerian yang dibantu oleh kakitangan kerajaan. Semua kakitangan perkhidmatan
awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan atau Ketua Pengarah. Badan berkanun
merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi. Badan berkanun mempunyai
peruntukan kewangan sendiri. Badan berkanun ditadbir oleh Lembaga Pengarah. Badan berkanun
bertanggungjawab mempercepatkan pentadbiran dan program pembangunan
Terdapat beberapa suruhanjaya yang ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pelantikan
kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan , Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang , Suruhanjaya Kehakiman
serta Suruhanjaya Polis dan Tentera.
iii.Badan kehakiman

[btms 174-176]

[10 markah]

Badan kehakiman berkuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah .Perkara
sivil berkaitan dengan saman memerlukan afidavit dan perkara jenayah pula melibatkan kanun
keseksaan. Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang digubal oleh badan
perundangan atau badan pelaksana. Badan kehakiman berkuasa mentafsir perlembagaan persekutuan
atau perlembagaan negeri.
Perlembagaan Malaysia telah menwujudkan sistem mahkamah untuk melaksanakan tugas
kehakiman.Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan negara, undang-undang ,
mengisytihar undang-undang bertulis kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
Mahkamah mempunyai kuasa mengisytihar sesuatu tindakan kerajaan tidak sah disisi undangundang.
Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa
badan perundangan atau parlimen. Dalam sistem mahkamah individu atau kumpulan yang tidak
berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.
Semua hakim dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Yang
Dipertuan Agong berkuasa dalam urusan perlantikan dan kenaikan pangkat serta pelucutan jawatan
seseorang hakim.Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik kerana hakim dilindungi
dari pengaruh politik untuk menjamin keadilan. Peguam Negara adalah penasihat undang-undang
kerajaan dan menjadi Pendakwaraya atau Peguam Bela.

Panitia Sejarah Daerah Raub

Page 6

KUASA PEMERINTAHAN
Soalan 8 : Proses meluluskan undang-undang di Parlimen
( Carta ms 173 baca dari bawah bawa ke atas )

( Bt ms 173 )

Proses meluluskan undang-undang di parlimen dimulakan


Pembentangan cadangan oleh kementerian,Rang undang-undang mengalami penggubalan
oleh Jabatan Peguam Negara. Jabatan Peguam Negara bertganggungjawab menyediakan draf rang
undang2 tersebut.
Rang undang-undnag melalui 4 peringkat sebelum diluluskan. Pada peringkat pembacaan
pertama, rang undang-undang diperkenalkan. Menteri akan mengemukakan rang undang-undang yang
berkenaan kepada semua ahli Dewan Rakyat.Setiausah Dewan Rakyat akan membacakan tajuk
ringkas rang undang-undang tersebut. Kemudian, Menteri akan mengumumkan masa untk pembacaan
kedua dan pembacaan ketiga kepada ahli Dewan Rakyat
Rang undang-undang akan dibahaskan secara terperinci oleh ahli Dewan Rakyat di peringkat
pembacaan kedua. Perbahasan akan ditumpukan kepada aspek kebaikan, keburukan, kesan dan
pemgaruh undang-undang berkenaan kepada rakyat dan Negara. Suara majority 2/3 Dewan perlu untu
meluluskan rang undang2 ini.
Rang undang-undang dibincangkan secara terperinci dan mengikut urutan dan susunannya
jawatankuasa di Dewan Rakyat. Jawatankuasa berkuasa untuk membuat pindaan ke atas rang
undang-undang jika didapati perlu dipinda
Rang undang-undang yang telah disemak oleh Jawatankuasa dibaca semula oleh Menteri
berkenaan pada peringkat pembacaan ketiga kepada ahli-ahli dewan Rakyat. Dibahaskan sebelum
diluluskan untuk dikemukakan ke Dewan Negara.
Rang undang-undang dibentang semula di Dewan Negara dan proses yang bsama seperti di
dewan Rakyat diulangi. Selepas rang undang-undang diluluskan , ia kaan diserahkan oleh Dewan
Negara kepada YDPA untuk diperkenankan dan diturunkan cop mohor Negara.Rang undang-undang
secara rasminya menjadi undang-undang selepas diperkenankan oleh YDPA.
Semua undang-undang akan melalui peringkat terakhir iaitu pewartaan dalam warta Negara.
==========================================================================

RUJUK
BUKU TEKS

Andaian Soalan ARAS


4. APLIKASI ( Menggunakan pengetahuan dan maklumat yang
dipelajari serta kefahaman tentang pengetahuan dan maklumat itu
untuk diaplikasikan DALAM SATU SITUASI BARU )

Isi jawapan
ikut
peruntukan
markah

Soalan 9 : Sebagai pemimpin Negara, apakah ciri-ciri yang perlu ada bagi meningkatkan
kecekapan tadbir urus negara
Antara ciri-ciri pemimpin Negara ialah
1. Amanah semasa melaksanakan tanggungkjawab yang digalas
2. Bijak dalam memilih dan membuat keputusan
3. Berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang politik, ekonomi dan social
4. Menolak amalan rasuah dan mengukuhkan integriti dalam pentadbiran
5. Mesra dan prihatin terhadap masyarakat
6. Bersikap professional semasa menjalankan tugas
7. Menepati masa dan melicinkan urusan pentadbiran
8. Berani menghadapi cabaran
9. Berwaspada menuju kejayaan
10. Menggunakan sistem pentadbiran yang moden
11. Mahir dalam penggunaan ICT bagi digunakan dalam urusan pentadbiran
( Sila olah jawapna anda dalam bentuk ESEI )
Panitia Sejarah Daerah Raub

Page 7

KUASA PEMERINTAHAN
Andaian Soalan ARAS :
5 & 6 MENILAI ( Calon perlu menjelaskan kejayaaan yang dicapai
oleh negara setelah memanfaatkan aplikasi )

Isi jawapan ikut


peruntukan
markah

Soalan 10 : Pemerintahan Negara sejak merdeka dapat mensejahterakan rakyat Malaysia. Buktikan
Bukti pemerintahan Negara sejak merdeka dapat menyejahterakan rakyat ialah
Dalam aspek politik. Kandungan Perlembagaan Malaysia telah memberi panduan kepada
pemerintahan untuk memenuhi kehendak dan keperluan rakyat. Pemerintah menjalankan pentadbiran
Negara dengan penuh tanggungjawab seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Rakyat diberi peluang untuk memilih wakil mereka dalam pemerintahan Negara melalui pilihan
raya. Kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat amat diberi perhatian. Pihak-pihak yang cuba unutk
menyentuh hal-hal sensitif diambil tindakan yang sewajarnya.
Dalam aspek ekonomi, pemerintah telah membuat beberapa dasar yang memberikan keadilan
kepada semua kaum. Kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru dan dasar pembangunan
Ekonomi seprti memberi bantuan untuk emmbolehkan mereka maju dalam bidang ekonomi.
Sosial pula, pihak pemerintah telah menyediakan pelbagai kemudahan pada rakyat seperti
kemudahan pendidikan dan kesihatan.
Pemerintah memperkenalkan dasar Pelajaran Kebangsaan. Banyak sekolah dan institut
pengajian tinggi dibina untuk memberikan pendidikan yang lebih tinggi kepada rakyat. Pihak
pemerintah memastikan pendidikan yang berkualiti diberikan kepada gernerasi muda.Pemerintah
membina banyak hospital dan pusat kesihatan untuk meastikan rakyat hidup dalam keadaan sihat dan
sejahtera.
Andaian Soalan ARAS :
7 MENJANA IDEA ( Calon perlu menjelaskan CABARANCABARAN yang dihadapi dan LANGKAH LANGKAH untuk
mengatasi cabaran tersebut )

Isi jawapan ikut


peruntukan markah
Cadangan = 5m
Langkah = 5m

Soalan 11 : Jawapan untuk 3 soalan di bawah adalah sama :


a) Cadangan transfomasi (perubahan) pentadbiran
b) Cadangan untuk memperkasa sistem pemerintahan Negara
c) Cadangan untuk memastikan kerajaan kekal dalam sistem demokrasi
Berparlimen
Memperluaskan E-kerajaan seperti myeg.Memastikan setiap menteri menetapkan KPI dan
melaporkan prestasi mereka pada waktu yang ditetapkan. Menubuhkan Badan Pencegah Rasuah di
dalam SPRM dengan bidang kuasa dan perundagan yang lebih efektif.
Melaksanakan proses terbuka, cekap dan telus bagi perolehan kerajaan pada semua
peringkat. Melakukan kerja dengan beretika dan professional bagi memastikan urusan berjalan dengan
lancer. Menubuhkan unit pengurusan prestasi dan pelaksanaan (PEMANDU) di bawah Jabatan
Perdana Menteri sebagai pemangkin kepada proses transformasi.
Memastikan setiap sector awam menepati masa bekerja. Menaikkan taraf perkhidmatan talian
kerajaan supaya senang di akses dan mesra pengguna.Memupuk semangat kerja berpasukan bagi
mencapai kerja yang sistematik. Melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi melalui MyBrain15.Menjalankan tugas dengan ikhlas tanpa sebarang rugutan.
Panitia Sejarah Daerah Raub

Page 8

KUASA PEMERINTAHAN
==============================================================================

Soalan 12 : Cadangan bagaimana rakyat dapat memantapkan sistem pemerintahan negara


Malaysia

Mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dalam perlembagaan Malaysia.


Meningkatkan ilmu pengetahuan untuk memajukan Negara. Menghormati pemimpin Negara
yang mengutamakan kebajikan rakyat dan Negara. Mengutamakan rundingan melalui
permuafakatan atau musyawarah.
Menyokong usaha kerajaan seperti Progran Transformasi Kerajaan (GTP).
Meningkatkan perpaduan antara kaum bagi mengelak sebarang rusuhan.Menyemarakkan
semangat patriotism dalam diri rakyat.Meningkatkan semangat jati diri bagi mempertahankan
kedaulatan Negara.
Mengamalkan toleransi dan bertolak ansur antara pemimpin dan rakyat.Mendaftar
sebagai pengundi bagi melaksanakan tanggungjawab dalam memilih pemimpin yang
berkaliber.Sedia bekorban demi mempertahankan Negara.
=============================================================================

Andaian Soalan ARAS :


8. NILAI MURNI / IKTIBAR / PATRIOTISME ( Calon menyatakan nilai-nilai murni,
iktibar dan unsurnpatriotisme yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita )
IKTIBAR mestilah, hendaklah, haruslah, mestilah dll

Isi jawapan
ikut
peruntukan
markah

Soalan 13 : Nilai murni yang diterapkan dalam pentadbiran demi memajukan negara

Nilai murni yang diterapkan dalam pentadbiran demi memajukan negara ialah cinta akan
negara dipupuk dalam diri setiap rakyat. Kepimpinan ya ng berwibawa yang ditunjukkan oleh
setiap pemimpin negara bijak dalam membuat keputusan setelah menilai dari pelbagai sudut
pandangan. Saling menghormati budaya dan fahaman antara negara. Bersikat terbuka
apabila menerima teguran

PENUTUP / KESIMPULAN / RUMUSAN


9. MERUMUS kesimpulan dari keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperolehi
b) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negara
c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang
dan terbilang

Panitia Sejarah Daerah Raub

Page 9

KUASA PEMERINTAHAN

Soalan 14 : MERUMUS kesimpulan


a) Pengetahuan yang diperolehi
b) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negara
c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang

. Pengetahuan yang saya peroleh ialah saya dapat mengetahui fungsi dan
peranan serta tanggungjawab setiap cabang kuasa pemerintahan iaitu badan
Pelaksanaan, Badan pelaksana dan badan kehakiman.
Antara iktibar yang saya peroleh daripada tajuk yang dikaji ialah saya perlu
mematuhi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi yang perlu dipatuhi.
Di samping itu, kita seharusnya mematuhi sistem pentadbiran negara agar
bangsa Malaysia bersama-sama berkerjasama memakmurkan negara. Selain itu,
kita juga sepatutnya mendokong aspriasi yang dizahirkan oleh para pemerintah
agar negara kita terus cemerlang di persada dunia.
Antara harapan saya untuk masa depan Malaysia yang gemilang adalah saya
berharap generasi muda dapat meneruskan legasi kepimpinan para pemimpin
terdahulu dan sekarang. di samping itu, saya juga turut berharap agar saya dan
seluruh rakyat Malaysia bersama-sama mengembleng tenaga dan idea untuk
memajukan negara dan seterusnya mengangkat martabat bangsa.

Panitia Sejarah Daerah Raub

Page 10

You might also like