Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

MASALAH OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR

1.0

PENGENALAN.

Berlebihan berat badan adalah penyebab ketiga tertinggi kematian pramatang


dan ketidakupayaan di dunia, iaitu selepas merokok dan tekanan darah tinggi.
Masalah ini lebih membimbangkan di negara kurang membangun iaitu penularan
malnutrisi di kalangan bayi dan kanak-kanak meningkatkan risiko kenaikan berat
badan secara sederhana yang seterusnya meningkatkan risiko diabetes dan penyakit
kronik di kalangan mereka.

Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga (2006)


menunjukkan prevalens berlebihan berat badan telah meningkat kepada 29.1%
berbanding 16.6% manakala prevalens obesiti meningkat kepada 14.0% berbanding
4.4% pada tahun 1996. Antara penyebab utama yang menyumbang kepada masalah
berlebihan berat badan dan obesiti di Malaysia adalah pengambilan diet yang tinggi
kalori dan cara hidup sedentari.

2.0

DEFINISI

Obesiti ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang berlakunya pengumpulan atau


penyimpanan lemak yang berlebihan dalam badan. Lebihan lemak di dalam tubuh ini
boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan.

Secara umum seseorang dewasa yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh atau
Body Mass Index (BMI) 30 kg/m2 dan ke atas dikelaskan sebagai obesiti. Walau
bagaimanapun penilaian peratus lemak badan adalah lebih tepat. Seseorang individu
boleh dikategorikan sebagai obesiti sekiranya peratus lemak di dalam badan melebihi
25 peratus bagi lelaki dan 35 peratus bagi wanita (Clinical Practice Guidelines on
Management of Obesity, 2004).

3.0

CARA MENENTUKAN BMI

BMI merupakan petunjuk (indikator) yang mudah untuk menentukan status


berat badan individu. BMI boleh ditentukan melalui formula berikut :

4.0

OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR

Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesiti semakin menular di
kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti
merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin
dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk
dewasa di Asia.

Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk


menjadi obesiti apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan
masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Cheeetal, 2008). Terdapat beberapa
faktor yang menyumbang kepada obesiti. Faktor seperti keturunan dan genetik,
kurang senaman, nutrisi tidak seimbang, hormon, ubatan, rawatan dan virus.

Kebanyakan kes obesiti dalam kalangan pelajar berlaku akibat pengambilan


makanan berlebihan dan tidak seimbang. Piramid makanan ialah satu carta yang
membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan
makanan yang sesuai untuk kita setiap hari. Piramid Makanan juga digunakan sebagai
panduan dalam penyediaan makanan sihat. Pengambilan makanan yang sihat dapat
memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang
mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik.

Mengikut piramid makanan Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian yang kaya
dengan karbohidrat kompleks berada pada Aras 1 dan perlu diambil paling
banyak.Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan.
Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Daging, ayam, ikan dan
kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein,
vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid.
Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D.
Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4
Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang
perlu dimakan.

Sikap mengabaikan kepentingan untuk merujuk kepada piramid makanan


sebagai panduan pemakanan yang sihat memang perlu diubah. Kejahilan memahami
sistem piramid makanan boleh menyumbang kepada tabiat pemakanan yang tidak
seimbang. Pengambilan makanan di Aras 4 piramid secara berlebihan boleh menjadi
punca utama berlakunya gejala obesiti di kalangan pengguna.

Tidak dinafikan antara punca obesiti adalah makanan namun cara hidup juga
boleh menjadi faktor penyumbang kepada asalah obesiti. Hari ini kemudahan
teknologi contohnya PS3, internet, televisyen, menyebabkan kanak-kanak lebih selesa
berada di rumah. Segala permainan dan hiburan seakan-akan menjadikan anak-anak
statik di satu tempat sahaja. Tiada pergerakan aktif dilakukan.

Jika dahulu kita perhatikan kurang masalah oboseti diperkatakan dikalangan


kanak-kanak. Semuanya ketika itu sibuk bermain permainan yang bukan sahaja
memerlukan pergerakan fizikal yang aktif malah bercampur gaul dengan rakan-rakan,
berfikir mencambah minda (kreatif) dan bergerak aktif.). Contoh permainan adalah
guli, baling selipar, tembak-tembak (senapang dibuat sendiri), pondok-pondok,
gasing, ceper, getah, cop tiang, batu seremban dan banyak lagi. Pergerakan aktif dapat
membantu dalam pembakaran lemak berlebihan dari badan akibat dari pengambilan
makanan yang tidak seimbang.

Akhbar New Straits Times pernah melaporkan ramalan Profesor Winnie Chee
yang mengawasi isu pemakanan rakyat bahawa isu ini akan menjadi lebih serius pada
masa akan datang. Pelajar di antara tujuh hingga 17 tahun yang obes akan meningkat.
Sekiranya hal itu tidak ditangani kadar jangka hayat mereka apabila dewasa
berkurang daripada lapan bulan hingga tujuh tahun. Beliau menunjukkan dua kajian
terbaharu tentang peningkatan apa yang disebutkan sebagai sindrom metabolik yang
membimbangkan di kalangan kanak-kanak. Kadar itu meningkat dari 1.3 peratus
kepada 5.3 peratus. Ini bermakna risiko untuk mendapat penyakit kronik dan
mengalami keadaan kesihatan yang kurang baik akan bertambah.

Muhammad Haikal Mohd Hairani baru berumur 10 tahun. Berat badannya


79.8 kilogram. Dia merupakan salah seorang daripada ratusan ribu kanak-kanak
negara ini yang menghadapi masalah obesiti atau kegemukan. Berdasarkan Kajian
Keutamaan Nutrisi di Malaysia, terdapat peningkatan 13.6 peratus kes obesiti di
kalangan mereka. Mereka turut menyumbang menjadikan Malaysia negara paling
gemuk di Asia Tenggara. Hari ini, menurut statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi

Kebangsaan, 15.1 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti. Keadaan itu
meletakkan kita pada kedudukan nombor enam di Asia, mengalahkan beberapa buah
negara

Asia

Barat

Berdasarkan

yang

kajian

secara

Universiti

tradisinya

dianggap

Kebangsaan

negara

Malaysia

gemuk.

(UKM)

yang

menunjukkan kira-kira 86.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman di kantin
sekolah, maka adalah perlu kantin sekolah menyediakan makanan yang sihat. Ini
kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah.

Kajian UKM itu juga menunjukkan bahawa kegemaran pelajar adalah nasi
lemak, mee goreng dan nasi ayam manakala makanan segera paling digemari adalah
burger, ayam goreng dan pizza. Beliau berkata, walaupun obesiti di kalangan kanakkanak sekolah rendah berumur enam hingga 12 tahun telah meningkat daripada 9.7
peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007 mengikut kajian, namun keadaan
belum sampai ke tahap tidak terkawal.

Katanya, peningkatan ini berkemungkinan besar disebabkan oleh amalan


pemakanan tidak sihat dan kurangnya aktiviti fizikal yang mana kajian itu juga
menunjukkan 76 peratus kanak-kanak menjalani kehidupan yang tidak aktif iaitu
menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di
hadapan komputer. Kanak-kanak sering disogokkan dengan iklan makanan fastfood, snack di television yang mempunyai tinggi lemak dan gula. Iklan-iklan ini akan
menarik minat kanak-kanak untuk membelinya dah ditambah lagi dengan gaya hidup
yang tidak aktif, ia akan mendatangkan kemudaratan kepada mereka kelak. Kajian
UKM juga menunjukkan bahawa hanya 70 peratus kanak-kanak sekolah rendah
mengambil sarapan pagi setiap hari sementara 10 peratus kanak-kanak langsung tidak
pernah mengambil sarapan.

Memanjakan anak-anak dengan memberi makanan yang tidak sihat mungkin


akan membuat anak- anak gembira namun ibu bapa sebenarnya memberi risiko yang
tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit.Tambahan pula,kos perubatan yang
tinggi dan kadang kala ia tidak mampu untuk mengubati penyakit tersebut.Jadi Cegah
sebelum terlambat.

Dalam hal ini, makanan tidak sihat dan tidak berkhasiat menyumbang kepada
ketidakseimbangan tumbesaran kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun dan juga
mereka yang berusia 13 hingga 17 tahun iaitu satu tempoh perkembangan yang
penting dalam tumbesaran seseorang.

5.0

KESAN OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR

Kajian menunjukkan kebanyakan makanan ringan masa kini banyak


mengandungi gula, garam, pewarna dan perasa tiruan yang boleh mengakibatkan
kerosakan gigi, menyumbang kepada obesiti, masalah buah pinggang dan pelbagai
penyakit berbahaya.

Kesan daripada pengambilan makanan ringan berlebihan menyebabkan kanakkanak terutama pelajar akan berada dalam keadaan mengantuk, letih, tidak bermaya di
dalam kelas, tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran dan cepat lupa.
Sedangkan bagi seseorang pelajar mereka perlu sentiasa berada dalam keadaan sihat,
cergas dan dapat menumpukan pelajaran dengan sepenuh perhatian.

Ada juga kalangan mereka yang makan berlebihan terutama makanan


mengandungi lebih lemak menyebabkan kegemukan. Apabila gemuk pelbagai
penyakit boleh menyerang antaranya darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Kesan negatif terhadap pengambilan makanan ringan ini dikatakan


mengandungi kesan jangka pendek iaitu mudah mengalami pelbagai penyakit seperti
batuk, selesema, badan tidak bermaya di samping kesan jangka panjang yang boleh
membantutkan tumbesaran dan menyebabkan obesiti.

Kajian menunjukkan obesiti menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan di


dalam badan yang menyumbang kepada kegemukan. Apabila badan gemuk akan
menyebabkan pelbagai penyakit antaranya kencing manis, darah tinggi dan sakit
jantung.

Sementara itu, kajian mendapati hampir tiga juta rakyat Malaysia yang
kebanyakannya kanak-kanak dan remaja mengalami masalah kegemukan atau obesiti
pada tahun 2000. Daripada kajian itu 25.6 peratus terdiri daripada masyarakat India,
Melayu 22.4 peratus dan Cina 19.5 peratus.

Risiko obesiti menyebabkan pelbagai penyakit seperti kardiovaskular, strok


atau angin ahmar, tekanan darah tinggi, diabetes, paras kolesterol tinggi, gout, sakit
belakang, sukar bernafas, sakit lutut dan pinggang, gangguan pembuangan air kecil,
penyakit hati dan barah usus.

Golongan obesiti dikatakan mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua


kali lebih berbanding ukuran ideal. BMI melebihi 40 atau 35. Justeru, langkah yang
lebih proaktif perlu dilakukan lebih awal di peringkat sekolah bagi menanganinya.

6.0

LANGKAH MENGATASI MASALAH OBESITI DALAM KALANGAN


PELAJAR

Mengamalkan gaya hidup sihat melalui mengawal makan adalah langkah


paling baik dan berkesan bagi mengelakkan kegemukan atau obesiti di kalangan
kanak-kanak terutama murid sekolah rendah dan menengah.

Kalangan pelajar terutamanya kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar


seharusnya mereka dipastikan hanya makan makanan baik dan berkhasiat seperti
sayur-sayuran, buah-buahan dan susu selain perlu dididik menjauhi makanan ringan

yang boleh menjejaskan tumbesaran. Justeru Kementerian Kesihatan dengan


kerjasama Kementerian Pendidikan melarang juadah mengandungi gula, garam dan
lemak berlebihan tidak dibenarkan dijual di kantin sekolah. Kajian menunjukkan
10,000 sekolah rendah dan menengah terbabit di seluruh negara. Peraturan tersebut
membabitkan 5.3 juta pelajar di sekolah rendah dan menengah.

Sehubungan itu, kerajaan menguatkuasakan peraturan melarang penjualan


makanan dan minuman yang tidak berkhasiat selain mengurangkan kekerapan
hidangan yang menggemukkan. Juadah nasi lemak kini hanya dibenarkan dijual
seminggu sekali. Makanan seperti nasi lemak setiap hari memang tidak elok kerana
mengandungi lemak dan mendedahkan kita kepada risiko mendapat pelbagai
penyakit.

Makanan di kantin sekolah dikatakan mengandungi banyak minyak dan kalori


didakwa tidak memberi khasiat yang diperlukan kerana tiada pemantauan berkala.
Makanan seperti nasi lemak, kentang goreng, kurang sajian sayur-sayuran, buahbuahan yang menyebabkan ketidakseimbangan yang diperlukan tumbesaran badan.
Pengusaha kantin bukan saja perlu mengurangkan kekerapan menjual nasi lemak
tetapi juga makanan ringan yang digoreng seperti nugget.

Dalam melaksanakan langkah tersebut juga, pengusaha kantin sekolah


digalakkan menggunakan santan rendah lemak bagi mengelakkan obesiti di kalangan
pelajar. Selain isu makanan, semua guru juga diwajibkan mencatatkan Indeks Jisim
Badan (BMI) dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding hanya memasukkan berat
badan dan tinggi seseorang dalam amalan sebelum ini.

Dalam menangani masalah obesiti di kalangan pelajar, semua pihak mesti


memainkan peranan penting dan berkesan. Ibu bapa juga memainkan peranan bagi
memastikan anak-anak tidak terdedah dengan makanan tidak sihat, makanan segera di
rumah dan semasa berada di luar.

Pihak sekolah juga perlu memantau penjualan makanan ringan sama ada di
koperasi sekolah, di kantin dan di pekarangan iaitu di luar pagar sekolah. Peniaga juga

jangan mengharapkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesannya kepada


kanak-kanak dengan menjual makanan sesuka hati.

Langkah paling penting melalui pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan


(PJK) guru memberi kefahaman dan kesedaran kepada murid sekolah berkaitan
makanan seimbang dan tidak seimbang yang boleh memberi kesan kepada kesihatan
masa depan. Selain itu, pihak sekolah juga patut menggalakkan lebih aktiviti senaman
setiap pagi di sekolah.

Di sekolah melalui mata pelajaran PJK, murid diajar tentang kesihatan diri dan
keluarga, gaya hidup sihat yang menjurus kepada amalan pemakanan yang sihat dan
tidak sihat. Peranan dan tanggungjawab ahli keluarga juga penting dalam memastikan
pelajar mengambil makanan sihat dan berkhasiat.

Ironinya, ramai ibu bapa bersetuju kantin sekolah menyediakan makanan


berkhasiat dan menyekat makanan tidak berkhasiat dihidangkan kepada pelajar sebab
ramai kanak-kanak pada masa kini mengalami masalah obesiti dan kesihatan.
Kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sesebuah sekolah juga dapat
mengurangkan dan mengatasi masalah kesihatan dan obesiti di kalangan pelajar di
sesebuah sekolah.

7.0

PENUTUP

Soal obesiti bukan masalah Malaysia sahaja. Ini fenomena global. Lebih
malang lagi, satu pertiga daripada mereka yang mempunyai masalah berat badan
tinggal di negara-negara membangun. Lebih 300 juta manusia di dunia hari ini
dikategorikan sebagai obes. Di China, lima peratus rakyatnya dikategorikan sebagai
obes, malah kadar di bandar melebihi 20 peratus. Ironinya China pernah mengalami
masalah kebuluran yang serius, tetapi kemajuan ekonomi hari ini menimbulkan
masalah kesihatan akibat makanan berlebihan.

10

Hari ini 13 daripada 100 kanak-kanak di sekolah rendah di seluruh negara


mengalami masalah obesiti. Hal ini perlu ditangani segera. Kita harus memastikan
obesiti tidak menjadi wabak kesihatan. Kesan jangka panjangnya cukup buruk, bukan
sahaja bagi kanak-kanak itu tetapi kos kesihatan negara.

Kanak-kanak mesti dipaksakan membebaskan diri mereka daripada teknologi


multimedia dan diasak agar turun beriadah atau bersenam. Kawalan terhadap tabiat
pemakanan mereka juga perlu diketatkan. Makanan yang mereka makan harus
diawasi. Kita perlukan kempen raksasa untuk mengubah keadaan ini. Dan ia harus
dimulakan serta-merta.

Mungkin perlu dikembalikan kegemilangan permainan-permainan tradisi yang


semakin lama semakin dilupakan ini. Dengan ini juga sedikit sebanyak akan
mengubah cara kehidupan kepada kehidupan yang lebih aktif dan cergas. Malah
mereka pasti akan menjadi lebih kreatif dan inovatif serta mempunyai kemahiran
berkawan (antara kemahiran paling penting). Zaman kanak-kanak perlu diraikan
dengan sebaik-baiknya. Mungkin juga ini cara yang paling baik untuk menyelesaikan
masalah obesiti. Catuan makanan berlemak tidak menyelesaikan masalah.

11

Rujukan

Metra Syahril Mohamaed. (2007). Tumpu akademik punca obesiti. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999, Sukatan


Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999, Huraian


Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan
Kesihatan

http://anizyn.blogspot.com/2013/05/amal-gaya-hidup-sihat-di-kalangan-kanak.html

http://bernama548.blogspot.com/2011/07/obesiti-peranan-ibu-bapa_18.html

http://helmisuhaimi.blogspot.com/2011/08/isu-obesiti-di-kalangan-pelajarsekolah.html

http://www.bharian.com.my/articles/KadarobesitidiMalaysiatertinggidikalangannegar
aASEAN/Article/

http://www.hmetro.com.my/articles/Masalahobesitikianmeruncing/Article/

12

Artikel Berkaitan Obesiti

1. http://bernama548.blogspot.com/2011/07/obesiti-peranan-ibu-bapa_18.html

2.
http://www.bharian.com.my/articles/KadarobesitidiMalaysiatertinggidikalangannegar
aASEAN/Article/

3. http://www.hmetro.com.my/articles/Masalahobesitikianmeruncing/Article/

4. http://helmisuhaimi.blogspot.com/2011/08/isu-obesiti-di-kalangan-pelajarsekolah.html

5. http://anizyn.blogspot.com/2013/05/amal-gaya-hidup-sihat-di-kalangan-kanak.html

13

http://bernama548.blogspot.com/2011/07/obesiti-peranan-ibu-bapa_18.html
Isnin, 18 Julai 2011

Obesiti - Peranan Ibu Bapa


Risiko penyakit darah tinggi boleh dikurangkan dengan mengawal berat badan dari
peringkat usia kanak-kanak lagi dengan mengurangkan pengambilan garam dalam
makanan ringan, sos makanan, mengambil makanan yang kurang berlemak dan
banyakkan bersenam.
Dr, Noor Aziah menyarankan agar kanak-kanak yang dikesan obes atau berat badan
berlebihan perlu diberikan perhatian untuk menurunkan berat badannya dan
menggalakkannya bersenam.
'Untuk membantu penurunan berat badan dengan lebih sistematik dan beransur-ansur,
kanak-kanak obes boleh dirujuk kepada pakar pemakanan untuk menguruskan diet
yang seimbang dan berkalori rendah sesuai untuk kanak- kanak membesar.
'Rujukan fisioterapi perlu jika berat badan melampau dan memerlukan nasihat dan
bantuan tentang cara senaman yang sesuai dan tidak menyebabkan kecederaan tulang
dan sendi akibat terlalu berat, katanya.
Kaedah-kaedah ini juga berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi pada
peringkat awal.
Pemeriksaan tekanan darah adalah dicadangkan sekurang-kurangnya sekali setahun
bagi kanak-kanak dan remaja, seawal usia tiga tahun untuk mengesan penyakit ini
dari peringkat awal.
*Rawatan
Cara rawatan hipertensi kanak- kanak pada peringkat awal boleh menggunakan
kaedah menurunkan berat badan, mengurangkan pengambilan garam dan lemak,
bersenam serta merawat punca penyebab darah tinggi jika ada, glomerulonefritis
misalnya.
Tetapi sekiranya kaedah-kaedah ini tidak berkesan dan tekanan darah bertambah
tinggi, ubat perlu digunakan untuk mengawalnya sebelum ia boleh membunuh pesakit
jika tidak dirawat.
'Prinsip utama dalam perubatan ialah merawat tanpa memudaratkan pesakit akibat
rawatan itu. Sekiranya kesan sampingan rawatan lebih membahayakan berbanding
kebaikannya, kaedah rawatan itu akan ditinggalkan.
'Ubat-ubatan yang digunakan untuk kanak-kanak lazimnya digunakan untuk merawat
orang dewasa dan telah diuji serta sesuai digunakan untuk kanak-kanak dengan kesan
sampingan minimum, ujar Dr. Noor Aziah.

14

Penyakit yang lebih serius, jelas beliau, selalunya memerlukan pengambilan ubat
yang pelbagai jenis. Masalah yang kerap timbul adalah, kebanyakan ubat darah tinggi
adalah dalam bentuk pil atau kapsul dan tiada dalam bentuk cecair yang lebih sedap
dan mudah diambil oleh kanak-kanak.
'Peranan ibu bapa sangat penting terutamanya pada peringkat mencegah dan
mengawal penyakit kanak-kanak seperti mana disarankan oleh Kementerian
Kesihatan, gaya hidup sihat bermula dirumah.

'Mengamalkan pemakanan yang lebih sihat seperti makanan seimbang, makanan yang
segar dan disediakan sendiri di rumah, mengurangkan makanan berlemak dan
berminyak adalah perlu, katanya.
Tip beliau: Cara memasak perlu diubahsuai dengan mengurangkan makanan
bergoreng dan menggantikannya dengan kaedah stim atau merebus.
Gaya hidup kini juga amat kurang bergerak dan tidak melibatkan aktiviti bersenam.
Kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa di sekolah, pusat-pusat tuisyen, di
depan televisyen dan bermain video komputer.
Galakkan anak-anak membantu kerja rumah seperti menyapu, membersihkan
halaman, berkebun dan beriadah bersama-sama yang lebih menyeronokkan di
samping mengeratkan hubungan kekeluargaan.
*Cara mengukur tekanan darah tinggi
Salah satu cara mengukur tekanan darah ialah dengan sfigmomanometer yang
mempunyai lilitan lengan yang dipadankan kepada lengan atas pesakit. Bunyi
denyutan darah dikesan dengan meletakkan stetoskop pada pelipat lengan.
Tekanan sistolik adalah tekanan darah yang mula-mula dikesan semasa mengukur
tekanan darah. Ia adalah tekanan darah yang dikaitkan dengan tekanan yang berlaku
ketika jantung sedang mengepam darah ke seluruh badan.
Tekanan diastolik pula adalah tekanan yang terakhir dikesan semasa mengukur
tekanan darah. Ia dikaitkan dengan tekanan darah yang berlaku ketika jantung berehat
seketika di antara denyutan jantung selanjutnya.
Oleh sebab itu, tekanan darah sistolik adalah lebih tinggi daripada tekanan diastolik.
Kedua-dua bacaan ini adalah penting untuk memberi gambaran yang lebih tepat
tentang tekanan darah keseluruhan seseorang.
Kaedah lain untuk mengesan darah tinggi ialah menggunakan alat elektronik dan
digital yang terdapat di pasaran.

15

http://www.bharian.com.my/articles/KadarobesitidiMalaysiatertinggidikalangannegar
aASEAN/Article/
Kadar Obesiti di Malaysia tertinggi di kalangan negara ASEAN
KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara
ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di
kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata perkara ini
perlu diberi perhatian semua pihak.
"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan
pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr Tan
Seng Giaw (DAP-Kepong).
Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara
lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang
ditetapkan.
Rosnah berkata, kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu
tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.
Katanya, sebanyak 1,266 sampel makanan dianalisis pada 2009 untuk bahan pemanis
di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan.
"Manakala pada 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan dianalisis di mana 5.4 peratus
bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan," katanya.
Mengenai tindakan, beliau berkata, selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap
pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk
memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak
dibenarkan.
"Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari
semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri
daripada makanan yang selamat dimakan," katanya. - BERNAMA

16

http://www.hmetro.com.my/articles/Masalahobesitikianmeruncing/Article/
Masalah obesiti kian meruncing
BUDAK gemuk! Budak gemuk! Budak gemuk! Sindiran sinis seperti itu pasti
menyakitkan hati mereka yang mengalami berat badan berlebihan, terutama kanakkanak atau remaja di bangku sekolah.
Namakan apa saja - gedempol, bulat, debab, gempal atau obesiti - masalah itu pasti
mahu dielakkan satu ketika dulu, sama ada bagi ibu bapa atau individu itu sendiri.
Kini, bentuk badan berlemak dan besar bukan lagi pertikaian bagi masyarakat kita
yang semakin bersikap lebih terbuka dan mementingkan keperibadian seseorang
berbanding bentuk fizikal.
Umumnya, masalah berat badan berlebihan adalah masalah global kerana dialami di
setiap negara. Hampir satu bilion penduduk dunia mengalami masalah lebihan berat
badan dan 300 juta daripadanya mengalami obesiti.
Malaysia juga tidak ketinggalan berdepan masalah ini, yang mana menunjukkan
peningkatan saban tahun sejak 15 tahun lalu.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan dijalankan Kementerian Kesihatan
(KKM) pada 2011 mendapati, sebanyak 15.1 peratus rakyat negara ini mengalami
masalah berat badan berlebihan berbanding 4.4 peratus pada 1996.
Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM, Saiful
Adli Suhaimi, 43 peratus orang dewasa di Malaysia dikategorikan sebagai obes, 26
peratus lagi kanak-kanak sekolah rendah manakala 20 peratus di kalangan remaja.
Obesiti terjadi apabila wujud lebihan lemak yang menyebabkan pertambahan berat
badan. Ia terjadi akibat pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, garam,
minyak dan lemak secara berlebihan.
Keadaan ini semakin meruncing apabila gaya hidup tidak aktif menyebabkan kalori
pada makanan diambil tidak dapat dibakar dengan baik lalu menyebabkannya
disimpan dalam tubuh, katanya.
Makanan bergula, garam dan berlemak adalah fenomena biasa dan mudah didapati di
negara ini. Masak lemak cili padi, nasi lemak, masak rendang, mi goreng mamak dan
roti canai antara makanan berlemak dan berkolesterol tinggi yang sentiasa menjadi
pilihan ramai kerana rasanya sedap.
Justeru, tidak dapat dinafikan, makanan tempatan yang menjadi makanan ruji rakyat
Malaysia antara faktor penyumbang utama kepada masalah kegemukan.
Selain itu, kewujudan restoran dan gerai makanan yang beroperasi 24 jam
menggalakkan lagi tabiat buruk pemakanan.

17

Bangsar dan Kampung Baru misalnya, mendapat jolokan syurga makanan bagi
masyarakat kota kerana lebih separuh restoran dan gerai makanan di sana beroperasi
24 jam sehari.
Pada masa sama, lambakan restoran makanan segera yang sebahagiannya turut
beroperasi sepanjang hari turut menjadi faktor penyumbang kegemukan kerana ia
sering menjadi pilihan generasi muda, khususnya pelajar sekolah.

Apatah lagi, suasananya yang jauh lebih selesa serta kemudahan Internet secara
percuma menyebabkan mereka lebih gemar menghabiskan masa di restoran makanan
segera, sekali gus terbiasa makan makanan di sana.
Saiful Adli berkata, beberapa kaedah boleh digunakan untuk mengukur tahap
kegemukan seseorang, misalnya melalui Indeks Jisim Tubuh (BMI).
Bagaimanapun, orang ramai juga boleh menggunakan kaedah ukur lilit pinggang
dalam menentukan tahap obesiti. Secara purata, ukur lilit pinggang bagi wanita
hendaklah tidak melebihi 32 inci, manakala lelaki pula 36 inci.
Jika ukuran pinggang melebihi lilitan itu, individu terbabit boleh dikategorikan
mengalami kegemukan atau obesiti, katanya.
Apapun, masalah kegemukan atau obesiti boleh mengundang pelbagai kesan buruk,
sama ada daripada segi kesihatan fizikal mahupun mental.
Pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Rosni, 27, mengakui pernah
mengalami tekanan perasaan kerana obes ketika zaman sekolah menyebabkannya
sering diejek kawan hingga membuatkan dirinya mudah terasa dan berkecil hati.
Memang jika difikirkan, tiada apa perlu dirisaukan dengan saiz badan saya kerana
ayah dan ibu juga mempunyai saiz badan sama.
Namun disebabkan saiz saya jauh lebih besar daripada rakan sekolah sejak sekolah
rendah lagi, saya sering diejek dan dipanggil giant (gergasi), katanya.
Akibat selalu dipersendakan, Rosni akhirnya menyisihkan diri dan banyak
menghabiskan masa dengan menelaah pelajaran di rumah berbanding bergaul dengan
rakan sebaya.
Walaupun mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran, saya menghadapi
masalah berkomunikasi dengan baik. Malah, dalam beberapa ujian yang memerlukan
komunikasi atau pembentangan, saya pasti mendapat markah rendah.
Terus terang, saya tiada keyakinan diri kerana bentuk badan sebegini. Mana
tidaknya, hendak mencari pakaian seperti budak remaja lain pun sukar kerana saiz
baju terhad.

18

Memang membosankan kerana perlu berada di rumah hampir setiap masa, tetapi ia
jauh lebih baik daripada terus dipersendakan orang ramai, katanya.
Pernah Rosni hilang sabar sehingga memukul rakan sebaya sekolah rendah dulu yang
selalu mengejeknya sehingga mendatangkan kecederaan, tetapi akhirnya dia
disalahkan kerana dikatakan terlalu sensitif, selain tidak layak berlawan dengan budak
bersaiz kecil.
Sejak itu, saya mengelak berkawan dengan semua orang, katanya.
Selain masalah mental dihadapi, pesakit obesiti berisiko menghidap penyakit
berbahaya lain seperti sakit jantung, asma, kencing manis dan kanser.

19

http://helmisuhaimi.blogspot.com/2011/08/isu-obesiti-di-kalangan-pelajarsekolah.html
ISU: Obesiti di Kalangan Pelajar Sekolah
Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, August 13, 2011
Baru-baru ini ramai yang memperkatakan berkenaan dengan isu obesiti di kalangan
pelajar sekolah. Berdasarkan kenyataan media punca utama obesiti adalah makanan
yang berlebihan lemak seperti makanan segera (KFC, MacDonald, Pizza, dll), malah
makanan yang dijual di kantin sekolah seperti nasi lemak juga dikatakan antara
puncanya.
Saya tidak nafikan antara punca obesiti adalah makanan namun punca utama pada
saya adalah cara hidup. Maksud saya adalah cara hidup pelajar-pelajar hari ini terlalu
mudah dan boleh dikatakan 'membosankan'. Perbezaan yang ketara adalah hari ini dan
hari semalam. Cuba kita kenangkan kembali cara hidup pelajar-pelajar (kanak-kanak)
abad lepas; kehidupan yang penuh dengan keseronokan sebenar.
Hari ini kemudahan teknologi contohnya PS3, internet, astro, menyebabkan kanakkanak lebih selesa berada di rumah. Segala permainan dan hiburan seakan-akan
menjadikan anak-anak statik di satu tempat sahaja. Tiada pergerakan aktif dilakukan.
Jika dahulu kita perhatikan tiada masalah oboseti diperkatakan dikalangan kanakkanak. Semuanya ketika itu sibuk bermain permainan yang bukan sahaja memerlukan
pergerakan fizikal yang aktif malah bercampur gaul dengan rakan-rakan, berfikir
mencambah minda (kreatif) dan bergerak aktif. Aktiviti itu dilakukan sebaik sahaja
selesai waktu persekolahan (malah ketika waktu sekolah pun ada). Contoh permainan
adalah guli, baling selipar, tembak-tembak (senapang dibuat sendiri), pondok-pondok,
gasing, ceper, getah, cop tiang, batu seremban dan banyak lagi.
Mungkin perlu dikembalikan kegemilangan permainan-permainan tradisi yang
semakin lama semakin dilupakan ini. Dengan ini juga sedikit sebanyak akan
mengubah cara kehidupan kepada kehidupan yang lebih aktif dan cergas. Malah
mereka pasti akan menjadi lebih kreatif dan inovatif serta mempunyai kemahiran
berkawan (antara kemahiran paling penting). Zaman kanak-kanak perlu diraikan
dengan sebaik-baiknya. Mungkin juga ini cara yang paling baik untuk menyelesaikan
masalah obesiti. Catuan makanan berlemak tidak menyelesaikan masalah.

20

http://anizyn.blogspot.com/2013/05/amal-gaya-hidup-sihat-di-kalangan-kanak.html
Amal gaya hidup sihat di kalangan kanak-kanak
Daripada data kajian di seluruh dunia, masalah obesiti di kalangan kanak-kanak
berada dalam lingkungan 2.6 peratus hingga 3.6 peratus di Finland, 15 peratus di
United Kingdom, 10.8 peratus di Amerika Syarikat, 11.2 peratus hingga 12.5 peratus
dalam kalangan pelajar sekolah di Navajo Indian, 7.56 peratus di India, 16.1 peratus
di Singapura, 14.3 peratus di Thailand dan 7.8 peratus lagi dalam kalangan kanakkanak sekolah di kawasan luar bandar di Malaysia.
Penasihat Pediatrik Hospital Columbia Asia Setapak, Dr Margaret Kannimmel
berkata, obesiti di kalangan kanak-kanak adalah satu wabak yang perlu ditangani
segera.
Menurutnya, kanak-kanak yang memiliki masalah berat badan berlebihan cenderung
untuk membesar menjadi individu dewasa obes. Mereka mempunyai risiko tinggi
untuk berhadapan dengan masalah kesihatan serius termasuk serangan jantung, angin
ahmar, diabetes Jenis 2, kanser usus, apnea tidur dan juga tekanan darah tinggi.
Malah, risiko masalah kesihatan ini akan lebih ketara sekiranya individu berkenaan
tidak mengawal peningkatan berat badan mereka secara serius.
Memiliki berat badan berlebihan di kalangan kanak-kanak juga boleh menyebabkan
tekanan psikologi. Usikan mengenai penampilan diri mereka sedikit sebanyak
mempengaruhi keyakinan diri kanak-kanak berkenaan dan ia boleh membawa kepada
pengasingan diri daripada rakan sebaya serta masalah kemurungan, katanya.
Kanak-kanak lebih cenderung mengalami berat badan berlebihan jika ibu dan bapa
mereka juga berhadapan dengan masalah obesiti. Jika seorang ibu atau bapa
mengalami berat badan berlebihan, kebarangkalian anak mereka berhadapan dengan
masalah sama adalah 50 peratus.
Namun, jika kedua-duanya juga berhadapan dengan masalah obesiti maka ada
kemungkinan sebanyak 80 peratus anak mereka juga akan menjadi individu yang
memiliki berat badan berlebihan.
Tetapi faktor genetik dianggap kurang berkaitan dengan masalah ini kerana faktor
berat badan berlebihan lebih tertumpu kepada ahli keluarga yang memiliki tabiat
pemakanan yang sama.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah disebabkan
gaya hidup mereka yang tidak sihat termasuk pengambilan diet tidak seimbang dan
juga kekurangan aktiviti fizikal.
Malah, dengan gaya hidup kini, lebih mudah untuk kanak-kanak mengalami masalah
obesiti terutama dengan sumber makanan berkalori tinggi seperti makanan segera dan
gula-gula yang banyak dipromosikan khusus untuk kanak-kanak.

21

Selain itu, senaman dan bermain bukan lagi menjadi aktiviti harian kanak-kanak
sehingga ada yang yang tidak pernah berjalan kaki ataupun berbasikal ke sekolah.
Apa yang dilakukan mereka kini hanyalah menghabiskan kebanyakan waktu di
hadapan TV dan juga komputer.

Obesiti ditakrifkan sebagai pengumpulan lemak badan secara berlebihan. Seseorang


itu dikatakan mengalami obesiti apabila jumlah berat badan adalah lebih 25 peratus
lemak di kalangan kanak-kanak lelaki manakala lebih daripada 32 peratus lemak di
kalangan kanak-kanak perempuan.
Dr Margaret berkata, kanak-kanak yang mengalami masalah berat badan berlebihan
tidak digalakkan untuk menurunkan berat badan mereka secara drastik. Sebaliknya,
mereka disarankan untuk mengekalkan berat badan dan secara beransur-ansur
mengurangkan berat badan berkenaan seiring dengan tumbesaran mereka.
Kanak-kanak tidak sepatutnya diberikan diet mengurangkan berat badan tanpa nasihat
pakar perubatan bertauliah kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhan mereka.
Diet yang tidak terkawal terutama di kalangan gadis remaja boleh menyebabkan
masalah gangguan pemakanan seperti anoreksia dan bulimia, katanya.
Malah, ada bukti menunjukkan lebih mudah untuk mengubah tabiat makan kanakkanak dan juga menerapkan tabiat mengamalkan senaman berbanding orang dewasa.
Bagi ibu bapa yang risau mengenai berat anak sebaiknya galakkan pengambilan
makanan yang segar dan berkhasiat dalam penyediaan diet harian mereka.
Makanan berkanji yang kaya dengan karbohidrat kompleks seperti roti, kentang,
pasta, nasi dan capati membekalkan separuh daripada sumber tenaga diperlukan
kanak-kanak dalam diet mereka.
Ia lebih berkhasiat berbanding membekalkan anak dengan makanan yang
mengandungi kadar lemak yang tinggi seperti coklat, biskut, kek dan juga kerepek.
Selain itu, ubah cara penyediaan hidangan dengan memanggang atau membakar
berbanding hanya menggorengnya saja. Burger, jejari ikan dan juga sosej juga lazat
dinikmati apabila dipanggang malah, memiliki kandungan lemak yang rendah,
katanya.
Selain itu, elakkan pengambilan minuman bergas kerana ia mempunyai kadar
kandungan gula yang tinggi. Satu tin soda mengandungi sembilan sudu teh gula.
Gantikan minuman berkenaan dengan memberikan jus yang ditambah dengan air
ataupun pilihan minuman tanpa gula yang lain.

22

Di samping itu, ibu bapa boleh menyediakan hidangan sarapan pagi yang sihat
menggunakan bijirin rendah gula bersama susu dan juga buah-buahan sebagai sumber
tenaga terbaik pada hari berkenaan.
Ubah tabiat makan anak
* Pamerkan contoh pengambilan diet seimbang kepada anak.
* Sediakan makanan dan snek menyihatkan pada masa ditetapkan bagi mengelakkan
keinginan mendadak terhadap makanan yang tidak sepatutnya.
* Jangan membenarkan anak menikmati makanan mereka ketika menonton TV atau
membuat kerja sekolah.
* Jadikan waktu makan sebagai acara yang meriah dengan menikmatinya bersama
keluarga.

* Galakkan anak mengenali tubuh mereka dengan baik dan makan apabila mereka
berasa lapar saja bukan sebaliknya.
* Ajar anak untuk mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan menikmati
hidangan dengan sepenuhnya. Ini akan membuatkan mereka kenyang dengan cepat
dan mengelakkan terlebih makan.
* Jangan menyimpan terlalu banyak makanan ringan yang memiliki kandungan lemak
dan gula yang tinggi di rumah.
* Jangan jadikan hari riadah keluarga sebagai `program' untuk memenikmati makanan
segera secara rutin.
* Galakkan anak untuk membabitkan diri dalam proses penyediaan makanan kerana
ini akan menyedarkan mereka mengenai bahan digunakan apabila menikmati
makanan nanti.
* Jangan menjadikan makanan sebagai satu cara untuk memujuk anak, sebaliknya
berikan lebih perhatian, dengar masalah dan peluk anak untuk membantu
mengurangkan kesedihan mereka.
* Di samping itu, jangan menjadikan makanan sebagai ganjaran kerana ia boleh
menanam idea makanan boleh digunakan segera sebagai satu cara untuk mendapatkan
keselesaan dalam diri anak.
* Ubah persepsi anak dan elakkan majlis keraian menggunakan makanan segera
sebaliknya berikan hadiah, tengok wayang ataupun benarkan mereka bermalam di
rumah rakan sebagai tanda ganjaran.
Aktiviti fizikal

23

* Antara saranan yang boleh dilakukan bagi mengelakkan obesiti di kalangan kanakkanak ialah dengan meningkatkan aktiviti fizikal secara menyeluruh antaranya
berjalan dengan pantas sekurang-kurangnya satu jam sehari.
* Amalkan aktiviti berjalan kaki sama ada untuk ke sekolah atau ke kedai berbanding
terlalu bergantung kepada kenderaan untuk melakukannya.
* Jalankan aktiviti riadah luar membabitkan semua ahli keluarga antaranya berbasikal,
berenang dan sebagainya.
Kekurangan aktiviti fizikal
* Ia ditonjolkan sama ada dengan pelakuan menghabiskan masa lapang dengan hanya
menonton TV atau permainan komputer. Ketagihan ini perlu dihadkan dengan
melakukannya tidak lebih daripada dua jam sehari.
Selain itu, ibu bapa perlu menggalakkan kanak-kanak untuk memilih program yang
ditonton dan hanya fokus kepada rancangan yang menarik minat mereka saja.
Langkah pencegahan yang boleh dilakukan:
* Kajian menunjukkan bayi yang menyusu susu ibu walaupun untuk jangka masa
singkat mampu mengurangkan risiko obesiti apabila dewasa.
* Ibu bapa yang mengamalkan pengambilan diet seimbang dengan menjadikan buahbuahan dan sayuran sebagai bahan utama menjadi contoh terbaik untuk anak.

* Apabila anak makin membesar anak akan menjadikan diet yang diambil di rumah
sebagai pola pemakanan mereka.
* Galakkan aktiviti fizikal yang sihat dan cergas sebaik saja mereka boleh berjalan.
Langkah ini membantu mengurangkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak.

You might also like