Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Pendidikan Malaysia

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Sistem pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan sistem pendidikan Inggeris.


Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta
atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan
sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain
pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh
kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi negara-
negara Asia seperti di Singapura dan China.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Ciri-ciri
 2 Pendidikan prasekolah
 3 Pendidikan rendah
 4 Pendidikan menengah
 5 Pendidikan pra-universiti
 6 Pengajian tinggi
 7 Jenis sekolah
o 7.1 Sekolah Kebangsaan
o 7.2 Sekolah Jenis Kebangsaan
o 7.3 Sekolah Wawasan
o 7.4 Sekolah agama Islam
o 7.5 Sekolah mubaligh
o 7.6 Sekolah bestari
o 7.7 Sekolah berasrama penuh
 8 Ujian awam kebangsaan

 9 Lihat juga

[sunting] Ciri-ciri
Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat:

 Prasekolah
 Pendidikan rendah
 Pendidikan menengah
 Pengajian tinggi
Hanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu,
pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak melanggar undang-
undang. Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia tetapi dasar yang berkenaan dengan pengajian tinggi diuruskan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak tahun
2003, kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
dalam mata pelajaran yang berkenaan dengan Sains.

[sunting] Pendidikan prasekolah


Sekolah tadika (prasekolah) menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun.
Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun
begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian
besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini
dibuka kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah.

[sunting] Pendidikan rendah


Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan
kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem
Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis
sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa
pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di
Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa
pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan.

Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai
prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat


menengah.

[sunting] Pendidikan menengah


Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa
Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains
(Biologi, Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan) Para pelajar
perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap
tingkatan (darjah) mengambil masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga
(digelar peringkat menengah rendah), para pelajar akan menduduki Penilaian Menengah
Rendah (PMR). Berdasarkan pencapaian PMR, mereka akan dikategorikan kepada Aliran
Sains atau Aliran Sastera. Aliran Sains menjadi pilihan ramai. Pelajar dari Aliran Sains
dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu menyertai Aliran Sastera tetapi sebaliknya
tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan pula
boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik.

Pada akhir Tingkatan Lima (digelar peringkat menengah atas), para pelajar perlu
menduduk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di
peringkat menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaan School Certificate United
Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan Tahap 'O' General Certificate of Education
(Kelulusan Umum Pelajaran) yang menjadi GCSE (General Certificate of Secondary
School / Kelulusan Umum Sekolah Menengah). Sejak tahun 2006, para pelajar turut
menduduki kertas GCE Tahap 'O' bagi bahasa Inggeris selain kertas SPM Bahasa
Inggeris biasa. Keputusan lain ini adalah berdasarkan markah penulisan karangan dalam
kertas Bahasa Inggeris SPM. Penilaian karangan kertas Bahasa Inggeris SPM diadakan di
bawah pengawasan pegawai dari peperiksaan Tahap 'O' British. Walaupun keputusan ini
bukan sebahagian daripada SPM, keputusan ini akan dinyatakan pada kertas keputusan.

Selepas keputusan SPM 2005 dikeluarkan pada Mac 2006, Kementerian Pelajaran
mengumumkan bahawa mereka sedang menimbang untuk memperbaharui sistem SPM
kerana orang ramai terlalu mementingkan bilangan A yang didapati. Pendidik-pendidik
tempatan bersetuju dengan cadangan ini. Salah seorang profesor di Universiti Malaya
mengesali keadaan sesetengah pelajar universiti yang tidak mampu menulis surat dan
berbahas. Beliau berkata, "Mereka tidak memahami apa yang saya katakan ... Saya tidak
dapat berkomunikasi dengan mereka." Tambah beliau, "Sebelum 1957, wira sekolah
bukan mereka yang mendapat 8A atau 9A tetapi merupakan pembahas yang baik,
pelakon yang baik, ahli sukan yang baik dan mereka yang memimpin Persatuan
Pengakap."

Selepas menamatkan pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sesetengah pelajar


dapat belajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Di sekolah jenis ini, para pelajar
menduduki peperiksaan piawai yang dikenali sebagai Sijil Peperiksaan Bersama (Unified
Examination Certificate/UEC). Sesetengah pelajar di sekolah-sekolah ini turut
menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian. UEC diadakan oleh Dong Jiao
Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975.

Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC)
dan Senior (UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi
kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau Bahasa
Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi,
Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan. Kesusahan UEC-SML adalah
hampir sama dengan A-level kecuali Bahasa Inggeris.

Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah (Junior)
sehingga ke tiga tahap tinggi (Senior). Setiap tahap mengambil masa selama satu tahun.
Mereka tidak dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam
peperiksaan sekolah, sebaliknya perlu mengulang. Mereka yang gagal mara ke tahap
yang lebih tinggi selepas belajar dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan
disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah pelajar mengambil masa yang lebih
daripada enam tahun untuk menamatkan pelajaran di Sekolah Tinggi Persendirian Cina.
Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki peperiksaan UEC-JML. Sesetengah
pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR. UEC-JML lebih susah daripada PMR.
Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi persendirian Cina
juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran Perdagangan/Sastera bermula
Senior 1. Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar menduduki peperiksaan SPM. Mereka
mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM. Sesetengah pelajar pula menyambung
pelajaran ke Senior 3. Pada akhir Senior 3, mereka akan menduduki peperiksaan UEC-
SML.

UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar negara
seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak
diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti
awam Malaysia. Akan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengakui UEC. Pada Mei
2004, kerajaan Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan
kemasukan yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM. Ini
menyebabkan banyak bantahan, dan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Dr Shafie
Salleh, mengecualikan pelajar UEC daripada keperluan tersebut.

[sunting] Pendidikan pra-universiti


Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6
atau matrikulasi. Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan
menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Tingkatan 6 yang
terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua
tahun. STPM dianggap lebih susah daripada A-level kerana merangkumi skop yang lebih
mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya diduduki bagi mereka yang ingin belajar
di universiti awam di Malaysia, STPM turut diakui di peringkat antarabangsa.

Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi
yang mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu, matrikulasi
hanya mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30% daripada semua
pelajar matrikulasi diberikan program yang mengambil masa selama dua tahun. 90%
daripada tempat matrikulasi adalah disimpan untuk bumiputera. Program matrikulasi
tidak seketat dengan STPM. Program ini dikritik oleh ramai kerana jauh lebih mudah
daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di universiti dengan
mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan universiti awam yang
berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal seperti perubatan,
farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya, kebanyakan
kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar
STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza
dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam
memainkan peranan yang sama (kelayakan kemasukan universiti).
Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian. Mereka
mungkin memilih diploma, A-level, Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama
dari negara lain.

Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan universiti adalah berdasarkan meritokrasi tetapi


terdapat terlalu banyak program pra-universiti yang berlainan tanpa piawai yang boleh
dibandingkan.

[sunting] Pengajian tinggi


Maklumat lanjut: senarai universiti di Malaysia

Banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di universiti-


universiti awam. Pemohon memerlukan kelayakan STPM atau matrikulasi. Keputusan
yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Kriteria
pemilihan tidak jelas kerana tiada peraturan yang dikuatkuasakan dengan tegas
diwujudkan.

Pada tahun 2004, kerajaan menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk
mengawasi pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa
Mohamed.

Walaupun kerajaan mengumumkan pengurangan pergantungan kuota kaum pada tahun


2002 untuk lebih memihak kepada meritokrasi, kadang-kadang terdengar kes pelajar
bukan bumiputera yang berkeputusan baik tidak diterima untuk memasuki kursus
tertentu. Sebelum tahun 2004, semua pensyarah di universiti umum perlu memiliki ijazah
sarjana atau doktor. Pada Oktober 2004, keperluan ini dibatalkan. Kementerian Pengajian
Tinggi mengumumkan bahawa pakar industri yang dapat menambah nilai kursus dapat
memohon menjadi pensyarah walaupun tidak mempunyai ijazah sarjana atau doktor.
Untuk mengelakkan tuduhan perubahan ini disebabkan kekurangan pensyarah, Timbalan
Menteri Pengajian Tinggi berkata, "Kita tidak kekurangan pensyarah. Tindakan ini akan
menambah nilai kepada kursus dan meningkatkan nama universiti-universiti kita.
Katakan Bill Gates dan Steven Spielberg yang terkenal dan cemerlang dalam bidang
mereka mahu menjadi profesor. Kita sudah tentu berasa gembira untuk mengupah
mereka." Beliau seterusnya memberi contoh arkitek-arkitek yang diakui berbakat tidak
memiliki ijazah sarjana.

Kebebasan akademik fakulti universiti umum telah diragui. Pengkritik seperti Bakri
Musa menggunakan contoh seperti ahli sains ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri,
Najib Razak kerana menerbitkan "kajian mengenai pencemaran udara".

Para pelajar juga dapat membuat pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan
peringkat tinggi. Banyak institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut
atau universiti di luar negeri. Sesetengah universiti di luar negeri pula membuka
cawangan di Malaysia.
Aliran keluar mereka yang cemerlang dari Malaysia menyebabkan Perdana Menteri pada
masa itu (1995), Tun Dr Mahathir Mohamed melancarkan program menarik mereka
pulang ke kampung halaman. Matlamat rancangan ini adalah untuk menarik 5000 orang
yang cemerlang setiap tahun. Pada tahun 2004, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
berkata dalam jawapan parlimen bahawa rancangan ini telah menarik 94 ahli sains (24
orang Malaysia) dalam bidang farmakologi, perubatan, teknologi semikonduktor dan
kejuruteraan dari tahun 1995 hingga 2000. Semasa jawapan ini diberikan, hanya seorang
masih berada di Malaysia.

Selain itu, terdapat juga institut perguruan dan politeknik bagi yang berminat.

[sunting] Jenis sekolah


[sunting] Sekolah Kebangsaan

Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah


Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah.

Sekolah kluster satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang
dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan
sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan
Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang
sama dan sekolah lain di luar klusternya.

[sunting] Sekolah Jenis Kebangsaan

Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis
Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000,
pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada Sekolah
Kebangsaan yang hanya mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (21% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4% daripada
pengagihan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% daripada pelajar sekolah
rendah) mendapat 1% daripada pengagihan.

[sunting] Sekolah Wawasan

Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang
dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk
menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. Akan tetapi, kebanyakan orang
Cina dan orang India membantah Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa
Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah.

[sunting] Sekolah agama Islam

Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah asal
di Malaysia. Sekolah-sekolah sedemikian masih wujud di Malaysia tetapi bukan
sebahagian daripada pelajaran kanak-kanak di kawasan bandar. Pelajar di kawasan luar
bandar masih belajar di sekolah-sekolah ini. Oleh sebab keputusan pelajaran di sekolah-
sekolah ini tidak diterima oleh kebanyakan universiti di Malaysia, kebanyakan pelajar ini
perlu melanjutkan pelajaran ke kawasan seperti Pakistan atau Mesir.

[sunting] Sekolah mubaligh

Terdapat juga sekolah mubaligh Kristian.[1]

[sunting] Sekolah bestari

Sekolah bestari cuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah pembelajaran.

[sunting] Sekolah berasrama penuh

Sekolah berasrama penuh (SBP) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan
sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat
keputusan cemerlang dalam UPSR dan PMR.

[sunting] Ujian awam kebangsaan


Terdapat empat ujian awam kebangsaan:

 Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diadakan semasa tahun 6 sekolah


rendah.
 Penilaian Menengah Rendah (PMR) diadakan semasa tahun 3 sekolah menengah.
 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan semasa tahun 5 sekolah menengah.
 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diadakan semasa tahun 6 sekolah
menengah.

[sunting] Lihat juga


 Kementerian Pelajaran Malaysia
 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Ralat petik: <ref> teg wujud, tetapi tiada teg <rujukan/> dijumpai
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_Malaysia"
Kategori: Pendidikan di Malaysia

Pandangan

 Rencana
 Perbincangan
 Sunting
 ▲
 Sejarah

Alatan peribadi

 Cuba Beta
 Log masuk / buka akaun

Pandu arah

 Laman Utama
 Tinjau
 Hal semasa
 Rencana rawak

Perhubungan

 Tentang Wikipedia
 Portal masyarakat
 Perubahan terkini
 Hubungi kami
 Menderma
 Bantuan
 Kedai Kopi

Cetak/eksport

 Cipta buku
 Muat turun sebagai PDF
 Versi boleh cetak

Gelintar

Pergi Cari
 

Alatan
 Pautan ke laman ini
 Perubahan berkaitan
 Laman khas
 Pautan kekal
 Petik rencana ini

Bahasa lain

 ‫العربية‬
 English
 中文

 Laman ini diubah buat kali terakhir pada 09:55, 2 September 2009.
 Teks boleh didapati di bawah Creative Commons Attribution/Share-Alike
License; syarat tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma Penggunaan untuk
perincian.
 Dasar privasi

You might also like