Syarat Pertandingan Saintis Muda

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

PERTANDINGAN SAINTIS MUDA SEKOLAH MENENGAH & SEKOLAH RENDAH

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI 2014


PERINGKAT NEGERI
1.

PENDAHULUAN

Pertandingan Saintis Muda merupakan salah satu acara yang akan


dipertandingkan dalam Karnival Pendidikan Sains Dan Teknologi Peringkat Kebangsaan
Tahun 2014. Pertandingan ini dijalankan untuk dua kategori iaitu kategori melibatkan
Tahap 2 dan peringkat menengah rendah. Setiap pasukan diwakili oleh 2 orang pelajar
dan perlu melaksanakan amali dalam 5 stesen iaitu 3 dilaksanakan dalam makmal dan 2
di luar makmal.
Pertandingan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan juga
pengunjung tentang kepentingan aktiviti amali dalam dunia sains dan teknologi. Ini
adalah kerana aktiviti amali ini menyokong dapatan teori yang dipelajari dalam bilik
darjah.

2.

RASIONAL/ MATLAMAT
Program dan aktiviti ini diharap akan :

3.

2.1

Mendedahkan pelajar tentang kepentingan aktiviti amali sebagai


sokongan kepada teori yang dipelajari di bilik darjah.

2.2

Melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif, kritis dan saintifik.

2.3

Menggalakkan budaya kerjasama antara rakan sepasukan untuk


menyelesaikan persoalan saintifik.

2.4

Mempertingkatkan potensi, ketrampilan serta daya usaha pelajar dalam


bidang sains dan teknologi.

2.5

Memupuk minat pelajar ke arah cintakan Sains dan Teknologi

2.6

Menanamkan sikap positif, nilai-nilai murni, disiplin dan mematuhi arahan


semasa menjalankan amali dalam makmal.

OBJEKTIF
3.1

Menyediakan peluang bagi pelajar memperkembangkan bakat dan minat


dalam bidang Sains & Teknologi.

3.2

Merealisasikan pengwujudan pelbagai program penggalakan dalam


bidang Sains dan Teknologi agar :
1

4.

i)

Meningkatkan penyertaan pelajar dalam Karnival Sains & Teknologi


peringkat negeri

ii)

Menyediakan pelajar yang mempunyai ketahanan dari segi emosi


dalam menghadapi tekanan pertandingan.

iii)

Menyediakan pelajar yang mampu berkomunikasi dan bekerjasama


dengan anggota pasukan dalam menyelesaikan masalah dalam
tempoh masa yang terhad

iv)

Menggalakkan guru dan sekolah meningkatkan aktiviti pelaksanaan


amali Sains sebagai amalan wajib P & P Sains

vii)

Menyediakan forum kepada semua pihak menilai kemampuan pelajar


dalam pelbagai tahap melaksanakan amali sains.

PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN


Rujuk Lampiran 1 Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 3)
Rujuk Lampiran 2 Sekolah Rendah (Tahap 2 Tahun 4 hingga Tahun 6)

PERTANDINGAN SAINTIS MUDA

Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri 2014


A. Syarat Pertandingan Saintis Muda
1

Peserta pertandingan adalah daripada pelajar-pelajar:


a. Sekolah Rendah - Tahun 4 - 6
b. Sekolah Menengah - Tingkatan 1 3

2.

Soalan tugasan, jawapan atau keputusan eksperimen adalah dalam Bahasa


Inggeris.

3.

Setiap pasukan akan diwakili oleh 2 orang peserta.

4.

Setiap kumpulan peserta adalah dari sekolah yang sama. Setiap pasukan
diiringi oleh seorang guru pembimbing.

5.

Setiap peserta diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap beserta Lab


Coat semasa pertandingan dijalankan.

6.

Peserta tidak dibenarkan membawa peralatan atau bahan dari luar selain
daripada peralatan dan bahan yang disediakan oleh penganjur.

7.

Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang nota, buku atau apa-apa bahan
sumber ke tempat pertandingan.

8.

Peserta hanya dibenarkan membawa alat tulis dan kalkulator (bukan saintifik)
sendiri.

9.

Guru Pembimbing tidak dibenarkan berada bersama peserta semasa


pertandingan dijalankan.

10.

Setiap pasukan akan melakukan amali dalam 5 stesen secara berterusan


dengan masa 10 minit bagi stesen dalam makmal dan 15 minit bagi stesen di
luar makmal. Amali bagi stesen di luar makmal lebih bercorak kontekstual.

11.

Peserta perlu berhenti menulis atau menjalankan amali selepas loceng


penamat dibunyikan menandakan tamat pertandingan.

12.

Penilaian dibuat berdasarkan kemahiran pengendalian radas dan juga


keputusan amali mengikut stesen.

13.

Keputusan hakim adalah muktamad.

B. Kaedah Pelaksanaan Pertandingan


1.

Pertandingan adalah dalam bentuk bertulis.

2.

Pertandingan yang dijalankan berbentuk stesen. Lima stesen akan


disediakan.
2.1 Dua stesen di luar makmal (15 minit satu stesen)
2.2 Tiga stesen di dalam makmal (10 minit satu stesen)

3.

Setiap stesen akan dibekalkan dengan satu set soalan yang menguji
kemahiran pelajar menjalankan eksperimen. Soalan yang disediakan mungkin
memerlukan pasukan peserta menjalankan eksperimen ringkas dan
mencatatkan hasil eksperimen tersebut.

4.

Pada stesen yang memerlukan peserta menjalankan eksperimen, panel


hakim akan menilai peserta ketika menjalankan eksperimen tersebut. Peserta
akan dinilai dari segi kemahiran saintifik yang perlu ada ketika menjalankan
eksperimen tersebut.

5.

Setiap 10-15 minit loceng akan dibunyikan untuk pasukan bergerak ke stesen
seterusnya

6.

Loceng penamat akan dibunyikan sebanyak 2 kali untuk peserta berhenti


menjawab soalan.

7.

Jawapan peserta akan dihakimi oleh panel hakim yang dilantik. Pemenang
akan ditentukan melalui jumlah markah yang diperolehi melalui penilaian
panel hakim semasa eksperimen dijalankan dan markah jawapan bertulis
peserta. Kumpulan dengan markah tertinggi adalah dipilih sebagai
pemenang.

8.

Keputusan hakim adalah muktamad.

You might also like