Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

1.

0 PENDAHULUAN
Pada zaman sekarang masalah salah laku jenayah dikalangan remaja amatlah
membimbangkan. Oleh itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah
merancang satu program iaitu Kempen Pencegahan Jenayah berfokus kepada salah
laku disiplin pelajar di sekolah. Program ini bertujuan supaya pelajar SMK Pandan
Jaya sedar tentang bahaya salah laku yang melibatkan jenayah kepada mereka.
Jenayah yang dimaksudkan ialah jenayah ringan yang bermula dari tingkah laku
membuli sesama rakan. Masalah ini boleh menjadi punca kepada tingkahlaku yang
lebih agresif seperti mencuri, pergaduhan, buli, ragut, merokok, merempit dan
memeras ugut. Kedudukan sekolah yang berada di kawasan hitam dalam kes-kes
jenayah juga merupakan faktor pelajar mudah terdedah dengan gejala jenayah.
Hal ini amat membimbangkan pihak sekolah dan ibu bapa. Kerjasama dari pelbagai
pihak seperti polis, PIBG, AADK Kawasan Ampang dan komuniti berdekatan amatlah
diharapkan bagi membanteras kes jenayah yang melibatkan pelajar sekolah.
Adalah diharapkan program seumpama ini dapat memberi pengetahuan dan
kesedaran kepada pelajar tentang akibat daripada melakukan jenayah.
2.0 RASIONAL
Memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran mengenai bahaya melibatkan
diri dalam perkara yang dikategorikan sebagai melakukan jenayah kepada pelajar
melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang di sekolah.
3.0 MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang bebas daripada jenayah dan seterusnya dapat melahirkan
pelajar yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Mempertingkatkan kesedaran remaja di peringkat sekolah mengenai bahaya
budaya buli
kepada diri mereka, keluarga, masyarakat dan negara.
4.2 Membanteras gejala awal penglibatan pelajar dalam kegiatan jenayah.
4.3 Melahirkan generasi muda yang bakal memimpin negara dengan memiliki nilai
akhlak dan keperibadian mulia yang bebas dari pengaruh negatif.
5.0 TEMA
BEBASKAN DIRI DARI JENAYAH
6.0 SASARAN
Semua pelajar SMK Pandan Jaya.
7.0 TEMPOH PELAKSANAAN

9 hingga 13 Jun 2008.


8.0 PROGRAM PELAKSANAAN
8.1 Pelancaran di perhimpunan rasmi.
8.2 Perasmian penutup dan penyampaian hadiah.
8.3 Pidato pelajar ( Jauhi Buli )
8.4 Ceramah oleh
8.4.1Jabatan Penjara ( Cawangan Kajang )
8.4.2Jabatan Polis ( Cawangan Ampang )
8.5 Pertandingan
8.5.1Mencipta Sajak
8.5.2Menulis Esei
8.5.3Melukis Poster ( masyarakat penyayang )
8.5.4Kuiz Cabutan Bertuah
8.6Pameran
8.6.1Jabatan Penjara ( Cawangan Kajang )
8.6.2Jabatan Polis ( Bahagian Keselamatan )
8.7Edaran pamplet semasa pelancaran.
9.0 JADUAL PELAKSANAAN
Sila rujuk lampiran.
10.0 JAWATANKUASA PENGELOLA MINGGU BEBAS DADAH DAN ROKOK 2008
10.1 Anjuran bersama:
10.1.1 Unit Bimbingan dan Kaunseling
10.1.2 Pembimbing Rakan Sebaya
10.1.3 Kelab Pencegahan Jenayah
10.1.4 Panitia Bahasa Melayu
10.1.5 Panitia Bahasa Inggeris
10.1.6 Panitia Pendidikan Seni
10.1.7 Panitia Sivik & Kewarganegaraan
11.0JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Pn. Hjh Fazilah Bt Ibrahim (Pengetua)
Pengerusi Jawatankuasa
Cik Hjh Norhayati Bt Mohamad
(Penolong Kanan Akademik)
Naib Pengerusi Jawatankuasa
Pn. Hjh Soriati Bt Abd Samad
(Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi Jawatankuasa
Pn. Norma bt Ramli
(Penyelia Petang)

Naib Pengerusi Jawatankuasa


Pn. Norashikkin Ali
Setiausaha / Pelaksana
Pn Suhaida Samsuddin
Naib Setiausaha / Pelaksana
Guru Mata Pelajaran Pendidikan Seni menyelaras Pertandingan Melukis Poster di
dalam Kelas masing-masing.
Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris menyelaras Pertandingan
Menulis Esei di dalam Kelas masing-masing.
Guru Mata pelajaran Sivik & Kewarganegaraan menyelaras Pertandingan Mencipta
Sajak di dalam Kelas masing-masing.
Pembimbing Rakan Sebaya mengedar Kuiz.
12.0 ANGGARAN KOS PELAKSANAAN
Makan dan minum penceramah RM 129.90
Cenderamata penceramah RM 52.50
Hadiah pertandingan RM 271.65
Dokumentasi RM 102.6
Alat tulis RM 74.60
Jumlah RM 631.25
13.0 JADUAL/PROSES PELAKSANAAN
1.Pada 5.5.08 Kaunselor mula merancang tentatif yang sesuai untuk program ini
dan menaip kertas kerja.
2.Pada 13.5.08 Kaunselor menghantar Kertas Kerja untuk diluluskan oleh pihak
pentadbir sekolah.
3.Pada 12.5.08 Kaunselor menyediakan bahan-bahan untuk program dan
menghubungi penceramah jemputan
4.Pada 14.5.08 Kaunselor berbincang dengan Penolong Kanan Akademik, Penyelaras
Tingkatan dan guru pembuat relief mengenai tempoh program dan jadual guru
bertugas
5.Pada 22.5.08 Kaunselor menampal notis makluman di pejabat dan sekitar
sekolah.
6.Pada 9.5.08 program telah dilaksanakan dengan bantuan ahlijawatankuasa
program.
Pelaksanaan program.
14.0 MEKANISME PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
Keberkesanan aktiviti-aktiviti Kempen Pencegahan Jenayah ini akan dinilai melalui
pemerhatian kaunselor dan ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya dan juga soal
selidik secara lisan yang dijalankan kepada guru-guru dan pelajar.
15.0 REFLEKSI PROGRAM

15.1 PROGRAM KUIZ ANTI JENAYAH


Program ini dijalankan di setiap kelas. Ahli Pembimbing Rakan Sebaya
mengedarkan soalan kuiz kepada pelajar dan dikumpulkan oleh ketua tingkatan
sebelum diserahkan kepada guru kaunseling. Pelajar akan menjawab soalan kuiz
dan pemenang akan dinilai berdasarkan jawapan yang tepat.
Kekangan dan halangan
1.Terdapat beberapa kelas yang tidak menghantar jawapan soalan kuiz kerana
pelajar tidak mengambil berat terhadap aktiviti yang dijalankan.
2.Pelajar menganggap aktiviti seperti ini tidak penting kepada pelajar.
3.Soalan kuiz tidak dapat diedarkan kepada pelajar yang datang lewat ke sekolah.
Mekanisme Penambahbaikan
1.Diharapkan pada masa akan datang guru mata pelajaran waktu kuiz dijalankan
akan memantau aktiviti dan memastikan semua pelajar menjawab soalan kuiz yang
diberikan.
2.Mengedarkan soalan kuiz kepada pelajar yang datang lewat ke sekolah di pintu
pagar sekolah supaya pelajar yang lewat juga akan menjawab soalan kuiz.
15.2 CERAMAH BERSAMA MEMBANTERAS JENAYAH
Ceramah ini disampaikan oleh YDP PIBG En. Siva Subramaniam. Antara isi ceramah
adalah berkaitan dengan kes jenayah seperti mencuri, pecah rumah, ragut dan kes
rogol. Program ini melibatkan pelajar tingkatan 4 untuk sesi pagi dan pelajar
tingkatan 2 untuk sesi petang. Secara keseluruhannya program berjalan lancar.
Kekangan dan halangan
1.Program ini tidak melibatkan semua pelajar tingkatan 4 hanya 5 kelas sahaja
yang telibat. Ini kerana tempat yang agak terhad.
2.Program ini diadakan selepas masa ketiga dan pelajar perlu ke bilik media A22
Blok Jaya. Pelajar Tingkatan 4 berada di Blok Ilmu. Ini menyebabkan pelajar lewat
sampai ke bilik ceramah dan ramai pelajar yang mengambil kesempatan ponteng
program ceramah ini semasa dalam perjalanan ke Blok Jaya.
3.Masalah penggunaan CD yang dibawa oleh penceramah.
Mekanisme Penambahbaikan
1.Pemantauan oleh guru matapelajaran semasa pergerakan pelajar dari kelas ke
tempat ceramah perlu dilakukan bagi memastikan tiada pelajar yang ponteng.
2.Bahan ceramah perlu diperolehi lebih awal supaya pihak sekolah dapat
mengenalpasti masalah yang dihadapi daripada bahan ceramah.
Perlu melibatkan lebih ramai pelajar untuk program ini supaya semua pelajar
mendapat input yang sama.
3.Program ini perlu diadakan sepanjang tahun kerana kes jenayah pelajar berlaku
sepanjang waktu persekolahan.
15.3 PROGRAM CERAMAH OLEH POLIS CAWANGAN AMPANG
Ceramah ini disampaikan oleh Anggota Polis Cawangan Ampang kepada 100 orang
pelajar lelaki berisiko. Pelajar ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4 sahaja dan

dipilih oleh Unit Disiplin.


Kekangan dan halangan
1.Pelajar tidak menunjukkan sikap yang baik kepada penceramah.
2.Tajuk ceramah lebih kepada jenayah dadah sahaja.
Mekanisme Penambahbaikan
1.Guru perlu memantau sikap pelajar semasa program dijalankan supaya pelajar
tidak melakukan perkara kurang sopan kepada penceramah.
Perlu mengingatkan kepada penceramah agar mempelbagaikan tajuk berkenaan
dengan jenayah.
15.4 PROGRAM CERAMAH JENAYAH DADAH
Program ceramah ini disampaikan oleh Pegawai Agensi Anti Dadah Cawangan
Ampang. Ceramah ini melibatkan 5 kelas pelajar tingkatan 3.
Kekangan dan Halangan
1.Program ini tidak melibatkan semua pelajar tingkatan 3 hanya 5 kelas sahaja
yang telibat. Ini kerana tempat yang agak terhad.
2.Program ini diadakan selepas masa ketiga dan pelajar perlu ke bilik media A22
Blok Jaya. Pelajar Tingkatan 3 berada di Blok Jasa. Ini menyebabkan pelajar lewat
sampai ke bilik ceramah dan ramai pelajar yang mengambil kesempatan ponteng
program ceramah ini semasa dalam perjalanan ke Blok Jaya.
3.Terdapat segelintir pelajar yang membuat bising serta menganggu pelajar lain
semasa program.
Mekanisme Penambahbaikan
1.Pemantauan oleh guru matapelajaran semasa pergerakan pelajar dari kelas ke
tempat ceramah perlu dilakukan bagi memastikan tiada pelajar yang ponteng.
Perlu melibatkan lebih ramai pelajar untuk program ini supaya semua pelajar
mendapat input yang sama.
2.Penceramah kreatif dan melibatkan pelajar dengan mengadakan kuiz pada akhir
ceramah serta meyediakan ganjaran kepada pelajar. Pelajar merasa seronok dan
lebih memberi perhatian semasa sesi ceramah.
3.Guru mata pelajaran perlu mengawal pelajar kelas masing-masing bagi
mengelakkan pelajar menganggu pelajar lain.
15.5 PERTANDINGAN MENCIPTA SAJAK, MELUKIS POSTER JENAYAH DAN MENULIS
ESEI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS.
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar. Pertandingan ini diadakan semasa
waktu P&P matapelajaran Sivik, Pendidikan Seni, Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Guru-guru yang terlibat perlu menjalankan aktiviti di dalam kelas masingmasing dan nama pemenang hendaklah diserahkan kepada guru kaunseling sebelum
13 Jun 2008.
Kekangan dan Halangan

Aktiviti pertandingan ini tidak dilaksanakan oleh semua guru. Hanya pertandingan
mencipta sajak, melukis poster dan menulis esei bahasa melayu sahaja yang
menghantar nama pemenang. Ada juga guru yang menghantar nama pemenang
pada saat-saat akhir.
Mekanisme Penambahbaikan
Pihak pentadbir perlu mengingatkan guru supaya menjalankan aktiviti yang
dirancang supaya objektif untuk membebaskan diri pelajar dari salah laku jenayah
tercapai.
16.0 PENUTUP
Secara keseluruhan, Program Minggu Pencegahan Jenayah ini telah mencapai
objektif yang dikehendaki. Ia juga telah memberi banyak faedah dan ilmu
pengetahuan yang berguna kepada pelajar tentang kes salah laku jenayah yang
kerap dilakukan oleh pelajar sekolah melalui pelbagai aktiviti yang telah
dilaksanakan. Adalah diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan
datang demi melahirkan generasi yang lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri,
agama, bangsa dan negara.
Disediakan oleh,
.......................................
(NORASYIKIN BINTI BT ALI)
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
SMK Pandan Jaya
Disemak oleh ,
........................................
(HJH. SORIATI ABD SAMAD)
Penolong Kanan Hem
SMK Pandan Jaya
Disahkan oleh,
..............................................
(HJH. FAZILAH BT. IBRAHIM)
Pengetua
SMK Pandan Jaya

You might also like