Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

LATAR BELAKANG

Transformasi
Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah
Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu
usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah
rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran
semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi
kurikulum sekolah rendah.

Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan


kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi
menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan,
kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.

Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan
dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan
yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan
input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri,
akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum
persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan.

Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut
melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan
rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.

Hasrat

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran
kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan
fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan
teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu
belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk
hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:


- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan social
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
- Pekerja berilmu

Prinsip KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan
kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip
tersebut adalah seperti berikut:
Pendekatan Bersepadu
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran
dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

Perkembangan Individu Secara Menyeluruh


KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan
intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.

Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid


KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.

Pendidikan Seumur Hidup


KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas
untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.

Bentuk Kurikulum

Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang
ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada
pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut
menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai
murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.

Tunjang Komunikasi

Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa
dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi fokus kepada
kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah
menaakul.

Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran
berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik
dalam interaksi sosial.

Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa
Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa
Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan
kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi.
Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

Tunjang Kemanusiaan

Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang
kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah
yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.

Tunjang Keterampilan Diri

Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri
melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan
kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan
sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri,
rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.

Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:


pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik
pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka
Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang
berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam
tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan
Islam.

Fokus KSSR

KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu
kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan
membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik.

Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Penekanan
diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut.
Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan
dan TMK.

Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di samping
menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan
pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.

Organisasi Kurikulum

KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam
kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga diorganisasikan secara modular
iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri-lengkap (selfcontained). Setiap modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti
untuk dikuasai oleh murid.

Organisasi Tahap I

Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul
Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di bawah.

Modul Teras Asas

Modul Teras Asas merangkumi bidang pembelajaran asas yang terdiri daripada Modul Bahasa,
Modul Matematik, Modul Pendidikan Jasmani, dan Modul Pendidikan Kesihatan. Modul-modul ini
mesti dipelajari oleh semua murid.

Modul Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Modul Pendidikan
Moral dipelajari oleh murid bukan beragama Islam.

Modul Teras Tema

Modul Teras Tema menggabungkan beberapa disiplin ilmu dalam satu modul. Terdapat dua modul
Teras Tema iaitu Dunia Kesenian dan Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dunia Kesenian terdiri
daripada Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik. DST pula menggabungkan disiplin Sains, Reka Bentuk
Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Modul Teras Tema mesti dipelajari
oleh semua murid.

Modul Elektif

Modul elektif merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada murid seperti Bahasa Arab,
Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban dan Bahasa
Kadazandusun. Modul ini ditawarkan untuk membolehkan murid berkemahiran dalam pelbagai
bahasa.

Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul
Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta
prasarana sekolah.

You might also like