Faktor Pengukuhan Perpaduan Kaum

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Faktor pengukuhan perpaduan kaum

Cadangan idea

masyarakat pelbagai kaum perlu melibatkan diri dalam setiap aktiviti gotong-royong
membersihkan kawasan persekitaran.

masyarakat pelbagai kaum bersama-sama menyambut kedatangan pemimpin negara di kawasan


kediaman

rukun tetangga dianggotai oleh rakyat pelbagai kaum demi menjaga keselamatan tempat tinggal

amalan menziarahi jiran yang sakit perlu diamalkan tanpa mempedulikan kaum

kunjung-mengunjung pada hari perayaan perlu sebati dalam masyarakat pelbagai kaum

ibu bapa menggalakkan anak-anak berkawan dengan rakan yang berlainan bangsa

ibu bapa membawa anak-anak menziarahi rakan mereka yang berlainan bangsa jika berlaku
kematian atau sakit

ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengenai kesedaran betapa pentingnya memecahkan
benteng perpaduan kaum

kerajaan perlu memberikan peringatan berulang-ulang kali kepada rakyat berkaitan musibah
yang akan diterima jika tiada perpaduan kaum

pemimpin-pemimpin negara tidak memainkan isu-isu yang melibatkan perkauman terutama


menjelang pilihan raya semata-mata untuk meraih populariti mereka

kaum

kerajaan perlu memberikan kesedaran kepada generasi muda tentang pentingnya perpaduan

media massa perlu banyak memaparkan rencana mengenai kepentingan perpaduan kaum

http://blogcikguazaman.blogspot.com/2011/10/topik-pilihan-karangan-spm.html
Dewasa ini, isu perpaduan kaum selalu dibincangkan. Umum mengetahui bahawa isu ini semakin
hari semakin serius dibincangkan. Persoalannya mengapakah hal ini berlaku? Oleh itu, sebelum nasi
menjadi bubur, marilah kita bersama-sama untuk mencari usaha-usaha untuk memperkukuh perpaduan
kaum.
Sesungguhnya, usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum adalah dengan mengadakan
sambutan rumah terbuka. Hal ini demikian kerana sambutan ini dapat diraikan oleh semua kaum.
Contohnya, dalam sambutan rumah terbuka Hari Raya, kaum Cina dan India boleh meraikannya
bersama. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan mewujudkan perpaduan kaum. Benarlah sambutan
rumah terbuka dapat memperkukuh perpaduan kaum.
Selain itu, usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum adalah mewujudkan sekolah untuk semua
kaum. Hal ini demikian kerana pelbagai kaum boleh belajar dalam satu sekolah yang sama. Contohnya,
Sekolah Wawasan telah ditubuhkan oleh kerajaan.Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan
memperkukuh perpaduan antara kaum.Tepatlah bahawa sekolah pelbagai kaum dapat mengukuhkan
perpaduan kaum.
Di samping itu, usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum adalah mewujudkan persefahaman dalam
kalangan rakyat berbilang kaum. Hal ini demikian keranapersefahaman penting untuk menjadi negara
kita aman dan damai. Contohnya, setiap kaum perlu mengamalkan prinsip-prinsip gagasan 1 Malaysia.
Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan menyatukan semua kaum. Betullah bahawa persefahaman
rakyat berbilang kaum amat penting.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani isu perpaduan kaum ini. Jika
tidak, kita tidak akan berjaya. Semoga akan lahir masyarakat yang bersatu padu di negara kita. Ingatlah
peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.
http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/karangan-8-usaha-usaha-memperkukuh.html
CABARAN MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM
Sistem pendidikan yang berbeza
Sistem pendidikan bermula sejak zaman pemerintahan British lagi pada abad ke 19.
British telah mengutamaakan pelajarn bagi Melayu dan Inggeris. Manakala bagi orang cina
dan Tamil, pendidikan berkembang tanpa disokong oleh pihak British. Pendidikan Cina
menggunakan bahasa pengantara cina, guru yang datang dan buku teks datang dari negara
China. Bagi orang India pula bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa Tamil. Pada
zaman pemerintahan Inggeris sukatan yang dianggap terbaik adalah sekolah Inggeris.
Sekolah ini banyak memberi kesan kepada perpaduan rakyat pada masa itu kerana tidak
semua yang boleh mendapat pendidikan Inggeris. Dasar pendidikan yang dibawa oleh
British seperti Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil, dan Sekolah Inggeris ini
memberi kesan kepada menghadkan pendidikan antara kaum, pendidkan berdasarkankan
tempat tinggal, pendidikan berdasarkan pekerjaan, dan menimbulkan masalah bahasa di
kalangan rakyat. Sebenarnya, tujuan Britihs adalah untuk mengekalkan Pecah dan
Perintah yang diamalkan agar setiap golongan memberi kepentingan pendidikan kepada
mereka. Pemisahan golongan berpelajaran Inggeris dan vernacular hanya untuk menjaga
kepentingan ekonomi sahaja pada masa itu bukan bertujuan menyatupadukan rakyat.
Kesan daripada ini, ramai orang melayu bekerja untuk sara diri, orang cina bekerja di
lombong dan orang India bekerja di ladang estet.
Perubahan sistem pendidikan akan membawa perpaduan dan integrasi nasional kepada
rakyat walaupun memakan masa yang lama. Laporan Razak yang dibawa oleh Dato Abdul
Razak bin Hussein yang berusaha agar sukatan pelajar sekolah adalah sama. Ini bertujuan
mengwujudkan nilai-nilai intergrasi dikalangan kanak-kanak. Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantara disamping menjaga kebudayaan kaum lain. Idea ini mendapat tentangan orang
melayu dan orang bukan melayu. Laporan Rahman Talib 1960 dibentuk bagi
menyempurnakan lagi Laporan tersebut dan menghasilkan Akta Pelajaran 1961.
Penumpuan terhadap sektor ekonomi yang berbeza
Masalah perpaduan yang dihadapi adalah berpunca daripada dasar-dasar Inggeris yang
telah menjajah negara ini. Ketiga-tiga golongan penduduk yang terbesar ini tinggal
berasingan dan menjalankan pekerjaan yang berlainan. Dasar Pecah dan Perintah ini
dilakukan oleh Inggeris untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang
dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat Melayu bekerja sebagai petani
dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan secara turun-temurun
dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan
tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok
etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing.
Tidak terdapat satu dasar yang tegas ketika itu untuk menyatupadukan ketiga-tiga
golongan rakyat ini. Oleh kerana wujudnya perbezaan di antara ketiga-tiga golongan

masyarakat ini dan tiada polisi pihak penjajah untuk menyatupadukan mereka, maka
wujudlah syak wasangka dan sikap curiga di kalangan mereka. Selepas merdeka, didapati
orang-orang Melayu berada di dalam kemiskinan manakala masyarakat Cina pula terus
menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi yang lain. Golongan Bumiputera terus
bimbang bahawa orang-orang asing akan menguasai semua bidang dan mereka akan
tenggelam di tanah air mereka sendiri disebabkan kemiskinan. Kaum Cina dan India pula
bimbang kerana syarat-syarat hak kerakyatan mereka akan tergugat walaupun mereka
bersedia menumpukan perhatian taat setia kepada negara ini. Mantan Perdana Menteri kita
Tun Abdul Razak Dato Hussein telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada 1971 bagi
mencapai perpaduan dan integrasi nasional. Beliau digelar Bapa Pembangunan.
Fahaman dan pengaruh politik yang berbeza.
Fahaman politik setiap kaum berbeza. Bagi kaum Cina dan India hal-hal yang berlaku
di negara asal mereka lebih penting daripada fahaman politik di Tanah Melayu. Setiap kaum
sentiasa berusaha untuk memastikan pengekalan identiti kaum, bahasa dan budaya
masing-masing dengan menggunakan media dan saluran seperti pendidikan , program
keagamaan ,akhbar dan peraturan social. Pada tahun 1930, telah berlaku pergeseran
antara orang Cina dengan Jepun di negara China. Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang
terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu sanak-saudara mereka.
Apabila fahaman komunis menular di negara mereka, fahaman tersebut juga menular
kalangan orang Cina di Tanah Melayu. Orang India juga beranggapan India sebagai tanah
air mereka dan berharap untuk kembali. Peristiwa yang berlaku di India dianggap lebih
penting daripada apa yang terjadi di Tanah Melayu. Persatuan-persatuan India yang muncul
lebih cepat seperti Persatuan India pada tahun 1937 yang memperjuangkan pekerjapekerja India. Bagi orang Melayu, mereka sentiasa memastikan hak dan kepentingan
mereka di tanah air terpelihara. Kurangnya penyatuan menyebabkan perjuangan orang
Melayu hanya tertumpu pada kaum mereka sendiri. Fenomena ini tergambar sebagaimana
yang diperjuangkan oleh orang melayu dalam majalah-majalah seperti Saudara, Pengasuh,
Utusan Melayu, Warta Melaya, dan Majlis. Fahaman politik.
Kesan daripada polisi yang dibawa oleh Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum di Tanah
Melayu menyebabkan perselisihan faham antara rakyat. Kita lihat sejarah pada 13 Mei
1969, di mana kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat akibat rusuhan kaum apabila
kaum cina menentang soal bangsa melayu dengan bahasa melayu, kedudukan istimewa
orang melayu dan hak kerakyatan bukan Melayu selepas Pilihanraya 10 Mei 1969
dijalankan. Perbalahan ini semakin rumit apabila dikatakan melayu memandang negatif
terhadap orang cina kerana tidak mengenang budi terhadap kerakyatan yang diberikan. Ini
dikuatkan lagi dengan fahaman komunis yang menular dalam masyarakat Cina.
Dianggarkan pada peristiwa ini, seramai 196 mati, 449 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan.
Ini membawa kepada cabaran kepada perpaduan dan integrasi pada masa itu.
Pada zaman Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah, masalah perkauman semakin parah apabila
Singapura memasuki Malaysia yang ingin membawa konsep Malaysian Malaysia yang
mahukan tiada kaum yang boleh mengaku asli daripada kaum lain. Ini menyebabkan orang
Cina dan Melayu semakin renggang. Pada masa Tun Dr Mahathir Mohammad pula sejarah
perpaduan rakyat menyaksikan peristiwa di mana UMNO dianggap sebagai pemerintah tidak

sah disebabkan segelintir ahli UMNO yang tidak berpuas hati pada tahun 1988. Pada masa
itu, Tun Abdullah Badawi membentu Semangat 46 bagi kembalikan kegelimangan UMNO.
Peristiwa sebegini mengwujudkan jurang perpaduan dan integrasi nasional rakyat Malaysia.
http://melayumaya.blogspot.com/2012/09/tiga-cabaran-perpaduan-dan-integrasi.html
LANGKAH MENGEKALKAN DAN MEMANTAPKAN PERPADUAN KAUM
Perpaduan sangat penting kerana perpaduan akan menjadikan negara kita kukuh dan utuh, Lantaran itu,
sebagai negara yang berbilang kaum, kita perlu bersatu padu untuk mempertahankan negara.
Pepatah bersatu teguh, bercerai roboh dan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing hendaklah menjadi
pegangan setiap generasi. Fenomena negara di dunia yang telah dijajah atau dikalahkan oleh negaranegara lain akibat daripada tidak bersatu padu hendaklah dijadikan iktibar. Pelbagai usaha yang drastik
haruslah dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.
Salah satu prakarsa yang drastik untuk mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia adalah untuk
merealisasikan hasrat bersatu padu dalam kalangan rakyat Malaysia dengan pengenalan sekolah
wawasan. Hal ini demikian kerana, melalui sekolah wawasan, pelajar yang terdiri daripada variasi kaum
akan belajar dan berinteraksi dengan bersama-sama. Dengan ini, proses ini akan
mengukuhkan perpaduan kaum dan dapat hidup dengan aman dan harmoni bak kata pepatah bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Akhirnya, Malaysia akan terus gah di mata dunia
sebagai sebuah negara yang makmur lagi harmoni.
Selain itu, aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu
diberi perhatian. Bagi memastikan perpaduan terus berkekalan, Jawatankuasa Komuniti taman-taman
perumahan boleh merancang dan melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan taman.
Sebagai contohnya, aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan ahli masyarakat menyingsing lengan
membersihkan longkang, mengutip sampah dan menanam pokok bunga malah memberi peluang kepada
mereka untuk bersemuka, bertegur sapa dan saling memahami hati budi antara satu sama lain. Dengan
ini, perpaduan kaum merupakan wadah penting kepada kesejahteraan masyarakat sama ada pada
peringkat global dan glokal akan dapat dimantapkan.
Seterusnya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah mengadakan sambutan secara
meriah untuk meraikan perayaan kaum dan agama di negara. Sambutan tersebut telah diadakan di
peringkat kebangsaan dan melibatkan segenap lapisan masyarakat. Sambutan ini yang dikenali sebagai
Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan di beberapa lokasi utama di negara ini. Oleh hal yang demikian,
perhimpunan perpaduan seumpana ini bukan sahaja dapat memupuk perpaduan malah dikagumi oleh
pelancong asing seantareo pelosok dunia. Justifikasinya, Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan setiap
tahun dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran rakyat untuk meneruskan kehidupan di negara ini.
Akhirulkalam, kehidupan manusia bukanlah sekadar memerlukan angin, hujan, makan, dan minum
sahaja. Kehidupan kita akan terus bermakna jika kita bebas ke mana-mana sahaja, bebas bekerja dan
bebas mengemukakan pendapat. Lantaran itu, untuk mengecapi kebebasan ini, perpaduan yang ada
perlu dikekalkan dan terus dimantapkan. Dengan itu, semua pihak haruslah bermuafakat untuk terus
mengekalkan perpaduan negara kerana membina perpaduan memakan masa puluhan tahun tetapi
meranapkannya akan mengambil masa sehari.
http://hand-book-1996.blogspot.com/2011/05/usaha-usaha-mengekalkan-perpaduan-kaum.html
Cara yang bernas untuk mengekalkan perpaduan negara agar peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak
berulang lagi adalah denganmeningkatkan penghayatan Rukun Negara. Selepas peristiwa tersebut
bagi mengelakkan peristiwa tersebut berulang Tun Abdul Razak Perdana Menteri yang kedua ketika itu
telah memperkenalkan Rukun Negara. Pihak yang bertanggungjawab merangka Rukun Negara ialah
Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang dipengerusikan Tun Abdul Razak yang selepas itu menjadi

Perdana Menteri Malaysia kedua. Dengan adanya Rukun Negara, masyarakat yang sedang berpecahbelah ketika itu ekoran perselisihan kaum mampu bersatu-padu dan membina semula negara sehingga
ke tahap hari ini. Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos
1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang
menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Terdapat lima prinsip dalam Rukun Negara
tersebut. Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.
Cara yang kedua, menghormati Perlembagaan Negara. Perlembagaan negara Malaysia ini
berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkuatkuasa 31 Ogos 1957, dan
digubal oleh Suruhanjaya Reid. Antara lain ia menyebut tentang pembentukan kerajaan pusat yang kuat
dan berkuasa ke atas negeri -negeri, kedudukan raja-raja Melayu, memilih dan melantik Yang di-Pertuan
Agong daripada kalangan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, wujudkan satu rupa
bangsa, menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan lain-lain.
Cara yang ketiga jangan membangkitkan isu sensitif kaum lain. Malaysia adalah Negara yang
berdaulat dan mempunyai masyarakat yang majmuk. Jadi sebagai masyarakat yang harmoni, tidak salah
jika menghormati antara satu sama lain. Jangan sesekali kita membangkitkan isu sensitif sesuatu kaum.
Sebagai contoh, masayarakat India tidak suka dipanggil keling ataupun paria. Perkara tersebut akan
membangkitkan kemarahan mereka. Paria merujuk kepada kasta terbawah dalam masyarakat India.
Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan
bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan
dan literatur, rasisme dan seumpamanya. Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti
isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak
keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
sistem kuota
Cara yang keempat, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam
keadaan tersebut, ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil
lagi. Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mereka digalakkan berkomunikasi
dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari
lebaran. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan
mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik.
Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa,
misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda
menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan
mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi
muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.
Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatupadu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan
memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar
secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian Sains, persembahan
maklumat, dan sambutan-sambutan dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan
pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang
berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut,
guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan

warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru
perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat
sekolah.
Di samping itu, pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti
perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran
Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dasar tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2013.
Langkah bijak tersebut diharapkan dapat menyedari anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Antaranya, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan
semasa penjajahan British telah menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang kemerdekaan
negara. Pada masa yang sama, kita tentulah tidak mengharapkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang dan
menggugat kestabilan tanah air. Oleh itu, pelajar perlu mengenali sejarah tanah air agar dapat menyemai
semangat perpaduan dalam diri individu. Ahli falsafah terkemuka, iaitu George Santayana juga
menyatakan bahawa sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya.
http://tzulhafizsyam.blogspot.com/2013/04/waj-3106-bagaimana-cara-mengekalkan_9215.html

You might also like