Tugasan 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

1.0

PENGENALAN

Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967 dengan tujuan
utamanya untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakan sekolah yang sihat cergas dan
prodaktif. Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School"
(HPS ) atau Program Kesihatan Sekolah (PKS) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah,
Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang
diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter.
Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS
sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ).
Sejak tahun 1967 Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah dimulakan. Malaysia secara
khusus telah mengalami banyak perubahan dalam aspek kesihatan dan masalah atau trend
penyakit dalam tempoh tiga tahun RKS dijalankan. Sejajar dengan itu RKS dikaji semula bagi
membentuk satu jentera yang lebih komprehensif dan lebih baik daripada sebelumnya.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun bekerjasama dengan Kementerian
Pendidikan Malaysia pada tahun 1996 bagi melaksanakan projek " Health Promoting School"
( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
Konsep ini dipanggil juga konsep HPS yang telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia(WHO) berteraskan OTTAWA Charter. Satu persidangan HPS telah diadakan
diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas
baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah
untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.

2.0

RASIONAL

Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) adalah
berdasarkan rasional berikut :
2.1

Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang

perlu diselaraskan di bawah satu program bersepadu


1

2.2

Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel , inovatif dan kreatif


serta menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada
keperluan semasa

2.3

Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu


melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah

2.4

Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang


menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya

2.5

Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama


diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu
kesihatan

Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan
melalui program yang terancang dan bersepadu. Berdasarkan pernyataan di atas PBSS
perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah. Ini adalah sejajar dengan
hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan
berkualiti

3.0

Matlamat PBSS

Melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah
pencapaian wawasan negara.

4.0

Visi PBSS

Generasi yang berilmu, sihat dan progresif

5.0

Misi PBSS

Sekolah sebagai institusi yang mempromosikan kesihatan

6.0

Objektif PBSS

Objektif PBSS adalah agar setiap sekolah dapat


6.1

Menetapkan polisi / dasar kesihatan sekolah

6.2

Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih,


ceria , selamat dan sihat

6.3

Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan


amalan cara hidup sihat
2

6.4

Meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan


dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah yang
bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan
masyarakat

6.5

Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam


program kesihatan sekolah

6.6

7.0

Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi

Teras Utama PBSS

Enam teras PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan bersepadu
di antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat
adalah seperti berikut:
2.7.1 Polisi Kesihatan Sekolah sebagai sumber mempromosikan
kesihatan
2.7.2 Persekitaran Fizikal Sekolah
2.7.3 Persekitaran Sosial Sekolah
2.7.4 Penglibatan Komuniti
2.7.5 Kemahiran Kesihatan Diri
2.7.6 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

8.0

Pelaksanaan

PBSS hendaklah melibatkan seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat. Dalam
pelaksanaan PBSS, pendidikan kesihatan hendaklah dilaksanakan secara formal atau
tidak formal. Di samping itu warga sekolah hendaklah sentiasa mengamalkan amalan
kesihatan yang baik.Warga sekolah hendaklah memainkan peranan masing-masing
supaya PBSS dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan berkesan. Jawatankuasa
PBSS di peringkat sekolah dianggotai oleh guru-guru dan pasukan kesihatan.
Jawatankuasa PBSS Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chyun.

Penasiha
Pn.LeePek Hwa

Pengerusi
Pn. Low Mei Lin

Setiausaha
En. Sian Wei Wei

Setiausaha
En. Sian Wei Wei

AJK
Pn. Nor Laila Mamat
Pn. Wong Ai Ling
Pn. Yap Geok Oi
En. Mohd. Hanafi Arshad

Pasukan Kesihatan
Sekolah

9.0

Pasukan Kesihatan
Gigi

Pemantauan Dan Penilaian

Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektifnya,


pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Antara kaedah yang
digunakan :
2.9.1 Rekod Kesihatan Murid
2.9.2 Rekod Rancangan Makanan Tambahan
2.9.3 Laporan Bulanan
2.9.4 Laporan Tahunan
2.9.5 Pengiktirafan kepada Kelas Terbersih

10.0

Kesimpulan

Pelaksanaan PBSS adalah satu usaha untuk mempromosikan kesihatan di kalangan


warga sekolah. PBSS juga akan menjadi teraju utama dalam mencapai cita-cita
warisan budaya negara. Setiap warga sekolah bertanggungjawab mempastikan agar

PBSS dihayati. Melalui PBSS ini diharap akan lahir masyarakat yang mengutamakan
kesihatan dalam setiap aspek.

Laporan aktiviti Pasukan Kesihatan Sekolah


0.0

PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

1.1

APA ITU RMT?

Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu seseorang


murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Ianya bermaksud untuk
memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% - 30% daripada keperluan
hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usahausaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut.
Murid berstatus Warganegara Malaysia dan daripada keluarga berpendapatan di bawah
paras RM 400.00 atau pendapatan perkapita RM 80.00 adalah layak untuk menyertai program
ini.
2.0

Tujuan

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara penyaluran bantuan
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ke Sekolah Rendah oleh Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN)

3.0

Pekeliling RMT

Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2010- Rancangan Makanan Tambahan Di


Sekolah Rendah. Bertarikh 15 Julai 2010
Sedutan Tujuan Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara
pentadbiran, pengurusan kewangan dan perakaunan dalam melaksanakan Rancangan
Makanan Tambahan ( RMT) di sekolah rendah mulai bulan Januari tahun 2011.

Kriteria kelayakan RMT adalah seperti berikut:


i. Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 bersekolah di semua Sekolah
Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
ii. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH)
yang dibangunkan ole Unit Penyelarasan Pelaksanaan ( ICU), Jabatan Perdana Menteri dan
disahkan sebagai kategori miskin atau miskin tegar sahaja. Kadar dan tempoh pelaksanaan 5.
Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Negeri Semenanjung Malaysia dan
RN2.05 bagi setiap murid di Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Tatacara perakaunan dan pembayaran
Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan ( KWK) bagi
sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akaun Khas di PPD yang berkenaan bagi
sekolah yang tidak mempunyai akaun bank. Perjanjian penyediaan makanan . Pihak sekolah
hendaklah menyediakan dokumen perjanjian dengan pembekal untuk tempoh tertentu dan
boleh menamatkan khidmat pembekan tersebut pada bila-bila masa sekiranya berlaku
penyelenggaraan.
4.0

Prosedur RMT Di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chyun

Sepertimana pihak tuan sedia maklum, Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
adalah merupakan bantuan makanan tambahan kepada murid golongan miskin. Pelaksanaan
program ini bertujuan menyediakan makanan yang berkhasiat dan mengandungi nutrisi
seimbang kepada murid bagi membantu mereka memberi tumpuan kepada pembelajaran di
dalam kelas.
Untuk makluman pihak tuan, mulai tahun 2011 murid yang layak mendapat bantuan RMT
adalah murid yang ibu/ bapa/ penjaga berdaftar dengan sistem eKASIH dan disahkan sebagai
miskin atau miskin tegar. Pelaksanaan RMT di Sekolah Kebangsaan Taman Senangan bagi
tahun 2011 perlu diteruskan seperti butiran berikut :-

l.
a.

Perkara
Tarikh mula &
tempoh

Butiran
Dilaksanakan mulai pada hari pertama persekolahan untuk
tempoh 190 hari.

b.

Kadar
Bantuan RMT

RM 1.80/ murid/ hari (Semenanjung)

d.

e.

Menu
Makanan

Penyediaan menu makanan hendaklah mematuhi senarai menu


yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(Surat Pekeliling Kew. Bil. 7 Tahun 2010)

Waktu Makan

Sebelum waktu pertama persekolahan dimulakan atau waktu


rehat.

Jawatankuasa
Bantuan Sekolah

Mengurus pelaksanaan RMT termasuk penetapan menu,


penentuan kaedah pembekalan makanan serta penyimpanan
rekod-rekod berkaitan.

f.
g.

Pemantauan

h.

Lebihan RMT
Tahun 2011 &
tahun sebelumnya

5.0

Kesimpulan

JPN/PPD/Jawatankuasa RMT Sekolah hendaklah membuat


pemantauan untuk memastikan semua peruntukan dan prosedur
dipatuhi.
Semua lebihan dan baki peruntukan tahun semasa hendaklah
dipulangkan kepada Bah. Kewangan, KPM (Surat Pekeliling
Kewangan Bil. 7 Tahun 2010).

Secara keseluruhannya, saya dapat melihat perjalanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
ini berjalan dengan sangat baik semasa berada di Sekolah Kebangsaan Taman Senangan.
Walaubagaimanapun, murid yang terlibat dengan program ini adalah sedikit berbanding di
sekolah lain memandangkan kebanyakan murid-murid terdiri daripada latarbelakang keluarga
yang berada.

Laporan aktiviti Pasukan Kesihatan Gigi


PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN SEKOLAH RENDAH

1.0

SURAT PEKELILING IKTISAS BERKAITAN PROGRAM KESIHATAN

SEKOLAH
i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/ 1998 Menjaga kesihatan pelajar di sekolah.
Kandungan surat pekeliling tersebut adalah menyatakan tentang lapan langkah untuk menjaga
kesihatan pelajar di sekolah untuk mewujudkan sekolah sihat iaitu sesuai dengan konsep dan
matlamat Program Bersepadu Sekolah Sihat.
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2003 Inisiatif meningkatkan keselamatan kesihatan
dan keceriaan Sekolah ( 3K ) .
Kandungannya adalah seperti berikut iaitu dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan
bahawa mulai tahun 2004, hanya terdapat satu program sahaja yang dikenali sebagai Inisiatif
Meningkatakan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah ( 3K). Di bawah proram ini
terdapat tiga program berasingan iaitu Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan
Kebersihan dan Program Keceriaan danKeindahan Sekolah. Pihak berkuasa mengambil berat
tentang kesihatan pelajar sekolah bagi memastikan mereka mencapai tahap kesihatan yang
optimum.
iii. Surat Pekeliling ikhtisas Bil. 6 /1998 - Menjaga Kesihatan Pelajar Di
Sekolah.(Bertarikh 31 Mac 1998)
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberikan perhatian berat terhadap kepentingan
kesihatan dan keselamatan pelajar.Usaha-usaha untuk melindung, menjaga dan memelihara
kesihatan dan keselamatan pelajar hendaklah diberi keutamaan.Surat Pekeliling lkhtisas ini
bertujuan untuk mengingatkan semua JabatanPendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan
Daerah/Bahagian dan sekolah supaya proaktif danprihatin terhadap aspek-aspek kesihatan
pelajar, khususnya yang ada kaitan denganperkembangan kesihatan rohani, emosi dan sosial
mereka.

Sedutan Surat Pekeliling ikhtisas Bil. 6/ 1998 4.

Antara tindakan-tindakan yang digerakkan dengan segera adalah:

Elakkan aktiviti yang boleh mendedahkan pelajar, untuk jangka masa yang lama,
kepada keadaan cuaca yang boleh menjejaskan kesihatan mereka, seperti jerebu dan
cuaca panas.

Pastikan premis dan persekitaran sekolah , termasuk asrama dan kantin ,sentiasa dalam
keadaan bersih, selesa dan selamat, supaya pelajar tidak dijangkiti penyakit.

Melaporkan semua kes penyakit berjangkit kepada Pejabat Kesihatan yang


berhampiran dan tidak membenarkan pelajar yang disahkan menghidapi penyakit
berjangkit hadir ke sekolah untuk suatu tempoh yang difikirkan wajar.

Mengawal selia penyediaan dan penjualan makanan di kantin dan asrama supaya
kejadian keracunan makanan di sekolah dapat dielakkan.

Mengawasi secara berterusan penjualan makanan di kantin, supaya makanan untuk


pelajar mencukupi, harga jualan dipatuhi seperti dalam perianjian, dan sesuai dengan
kemampuan perbelanjaan harian pelajar

Menangani masalah disiplin pelajar dengan mewujudkan persekitaran sosial sekolah


yang dapat membantu perkembangan emosi, rohani dan sosial yang sihat.

Menggalakkan penyertaan dan kerjasama ibu bapa, komuniti setempat serta agensi agensi kesihatan dalam mewujudkan sekolah sihat sesuai dengan konsep dan matlamat
Program Bersepadu Sekolah Sihat yang telah dilancarkan oleh Y.B. Menteri
Pendidikan Malaysia pada tahun 1997.

Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam surat-surat siaran,


pekeliling-pekeliling ikhtisas dan buku-buku panduan yang disediakan dan disiarkan
dari semasa ke semasa.

2.0

Tujuan

Perkhidmatan pergigian sekolah secara incremental telah diperkenalkan pada tahun 1985.
Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk memastikan
murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman
persekolahan.
Jururawat pergigian bertanggungjawab memeriksa dan merawat murid-murid tersebut di
bawah penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian.
9

3.0

Bagaimana Prosedur Perkhidmatan Ini Dijalankan?

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah disampaikan melalui:

Klinik Pergigian Sekolah


Klinik-klinik pergigian sekolah terletak dalam bilik khas di sekolahsekolah rendah atau menengah tajaan kerajaan yang terpilih.

Pasukan Pergigian Bergerak


Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada
murid- murid sekolah, termasuk yang tinggal di kawasan
pedalaman.
Klinik pergigian sementara diadakan di tempat yang sesuai di
sekolah, menggunakan peralatan mudah alih.

Klinik Pergigian Bergerak


Merupakan sebuah kenderaan yang diubah suai serta dilengkapi
dengan kerusi dan peralatan pergigian. Klinik ini memberikan
perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah-sekolah yang
mempunyai ruang terhad.

4.0

Apakah Perkhidmatan Yang Disediakan?

Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas termasuk


pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan, tampalan, penskaleran dan penggilapan gigi.
Jika rawatan yang kompleks diperlukan, murid-sekolah tersebut akan dirujuk kepada pegawai
pergigian atau pakar pergigian.

4.1

Adakah Bayaran Dikenakan?

Rawatan asas yang diberikan kepada murid-murid sekolah tidak dikenakan sebarang
bayaran.

4.2

Siapakah Yang Layak Menerima Rawatan?

Semua murid sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang diberi keizinan
(consent) oleh ibu bapa atau penjaga, layak menerima rawatan ini.

10

5.0

Kesimpulan

Kesimpulan yang boleh saya nyatakan disini ialah sepanjang sebulan berada di
Sekolah Kebangsaan Taman Senangan, saya dapat melihat program Kesihatan
Pergigian ini berjalan. Semasa minggu kedua saya berada di sekolah ini saya dapat
meihat murid-murid akan diperiksa seorang demi seorang keadaan gigi dan jika
terdapat kerosakan, jururawat bertugas akan menandakan tindakan susulan yang akan
dilakukan di dalam kad kesihatan gigi. Jadi, program ini sangat bermanfaat kepada
murid-murid sekolah supaya mereka dapat belajar bagaimana untuk menjaga kesihatan
gigi mereka dan bagaimana cara menggosok gigi yang betul.

11

LAMPIRAN
Contoh-contoh aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian
1) Pameran

12

2) Ceramah

3) Demonstrasi memberus gigi


13

4) Pertunjukkan boneka

14

RUJUKAN
Kadir Rahimah Abdul, Pendidikan Kesihatan Pergigian, Cetakan Pertama 1995, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1-105
Nota Pendidikan Kesihatan pergigian untuk Jururawat Pergigian Pelatih, Puan Raja Nor
Shamsiah Raja Hussin
Nota Promosi Kesihatan Pergigian, Dr Azhani binti Ismail
Buku panduan kesihatan pergigian, bahagian kesihatan pergigian, Kementerian Kesihatan
Malaysia, 2005

15

You might also like