Tamadun India

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Tamadun india

PERTEMBUNGAN TAMADUN INDIA DENGAN TAMADUN-TAMADUN LAIN

Objektif kuliah:

Di akhir kuliah, pelajar dapat

1. mengetahui kesan interaksi Tamadun India dengan Tamadun


Islam
2. mengenal pasti kesan-kesan interaksi antara Tamadun India dan
Tamadun Barat.

Kandungan

1-Kesan interaksi tamadun India dan tamadun Islam

        -Bahasa
        -Pendidikan
        -Seni lukis
        -Persajakan
        -Seni bina

2-Kesan interaksi tamadun India dan tamadun Barat

        -Pendidikan
        -Kesusasteraan
        -Hubungan kampung dan bandar
        -Bahasa
 

PERTEMBUNGAN TAMADUN INDIA DENGAN TAMADUN-TAMADUN


LAIN.

Orang-orang asing yang masuk ke India selalunya mendapat satu identiti baru
iaitu budaya dan cara hidup mereka akan diserap atau bercampur-aduk dengan
adat tempatan.

1.    Interaksi Tamadun India dan Tamadun Islam

Pada tahun 712 Masihi, negeri Sind dan selatan Punjab telah dikuasai oleh orang
Muslim. Orang-orang Turki merupakan kumpulan yang berjaya menyebarkan
agama Islam di kebanyakan kawasan di India .

92
Pemelukan agama Islam oleh kumpulan-kumpulan besar menyebabkan kekalnya
beberapa ciri agama Hindu serta kebudayaan di kalangan mereka.

Walaupun asimilasi budaya berlaku, namun sifat budaya Islam yang kukuh
menyebabkan kewujudan satu bentuk budaya yang dikenali sebagai budaya
komposit Indo-Muslim.

Budaya komposit Indo-Muslim merupakan satu bentuk percampuran budaya


Hindu dan Islam dengan identiti budaya masing-masing dikekalkan.
 

UNSUR-UNSUR BUDAYA KOMPOSIT INDO-MUSLIM

1.BAHASA

Muncul satu bahasa iaitu Zaban-e-Hindawi iaitu Urdu.

Bahasa ini mempunyai nahu Prakrit dengan perbendaharaan kata Parsi, Arab dan
Turki. Ia ditulis dengan skrip Arab tetapi diubah untuk mewakili bunyi bukan
Arab.

Contoh-contoh perbendaharaan kata Urdu ialah:

1. wajib
2. munsyi

2.PENDIDIKAN

Hasil daripada dasar pendidikan baru yang diperkenalkan oleh Akbar,pemerintah


teragung zaman Mughul ramai orang Hindu berpeluang mempelajari bahasa
Persia dan cemerlang di madrasah-madrasah serta menjadi guru.

Terdapat juga ahli-ahli fizik Hindu yang melakukan penulisan buku sains
perubatan dalam bahasa Persia.

Dalam bidang sejarah,karya-karya penting pada zaman pemerintahan Islam di


India adalah seperti berikut:

1. Tarikh-i-Muzaftarim karya Muhammad Ali Ansari


2. Ibrat-Nama karya Khairuddin
3. Sair-ul-Mutakherin karya Ghulam Husain
4. Imad-ur-Saadat oleh Ghulam Ali Naqvi

93
3.SENI LUKIS

Pada masa pemerintahan Akbar, bilangan pelukis Hindu di istana beliau adalah
begitu ramai sehingga gaya lukisan Hindu telah mendominasikan gaya lukisan
Parsi. Institut Lukisan Mughul diasaskan pada zaman ini bertujuan untuk
memadukan gaya lukisan Islam dengan gaya lukisan Hindu.

Setelah kematian Akbar, elemen-elemen Hindu bertambah banyak dalam lukisan


Mughul . Pemerintah-pemerintah menyeru pelukis supaya menggambarkan
kehidupan Akbar dalam seni lukis mereka.

4.PERSAJAKAN

Amir Khusraw ( 1253-1325) merupakan seorang Indo-Muslim yang terulung


dalam bidang persajakan dan sastera. Karya beliau yang berjudul Nuh Siphr
( The Nine Skies) memberi corak kehidupan masyarakat India, iklim,bunga-
bungaan,binatang,agama serta bahasa-bahasa di India.

Seorang lagi penyajak Hindi yang terkenal ialah Khawaja Najm-ud-din Hasan.
Beliau lebih dikenali dengan nama Mir Hassan Dihlvi. Beliau amat terkenal
dengan Ghazal Persia yang menarik dan mudah difahami.

Ghalib merupakan seorang penyair Urdu yang cemerlang dan Ghazal ciptaan
beliau masih popular sehingga sekarang.

5.SENI BINA

Mengalami perkembangan yang pesat pada zaman Mughul dengan pembinaan


bangunan Kabuli Bagh di Panipat, Jami Masjid di Sambal dan sebuah masjid di
Agra.

Shah Jahan merupakan seorang pemerintah yang unggul dalam bidang seni bina
dengan pembinaan Taj Mahal berdasarkan konsep dan gaya Islam .

Tetapi penggunaan bahan,kerja-kerja ukiran dan motif-motif bungaan lebih


bercirikan seni bina Hindu. Taj Mahal disenaraikan sebagai salah sebuah benda
ajaib di dunia .

94
2.    Kesan interkasi Tamadun India dengan Tamadun Barat

Portugal merupakan kuasa Eropah pertama yang datang ke India. Pada Tahun
1498, Vasco da Gama sampai ke Calicut di Kerala. Bahasa perdagangan di
kawasan ini ialah bahasa Portugis.

Tujuan kedatangan Barat-untuk memperolehi rempah dan menyebarkan Kristian.

1. SISTEM PENDIDIKAN

Tahun 1810-1820-an menyaksikan populariti sekolah-sekolah Inggeris ,


mubaligh-mibaligh Kristian dan buku-buku Inggeris.

Mengikut Thomas B. Macau;ay, tujuan pendidikan ialah untuk mewujudkan satu


kelas India dalam darah dan warna tetapi Inggeris dari segi rasa,pandangan,
moral dan intelek.

2. SASTERA INDIA MODEN

Pada akhir abad ke-19, sastera India mengalami perubahan ketara hasil
pendidikan Inggeris. Ramai orang India tidak lagi berminat terhadap sastera
dalam bahasa India kerana tidak sesuai dengan kehendak perubahan zaman.

Genre sastera tradisional seperti kavya,campu dan drama adalah media yang
sesuai bagi mengisahkan tema-tema epik, agama dan dharma.

Ini tidak sesuai untuk menggambarkan tema-tema sosial dan politik baru.Di
samping tema politik, sajak-sajak romantik juga muncul .

3. HUBUNGAN BANDAR DAN KAMPUNG

Menunjukkan satu perhubungan yang bertambah erat disebabkan kebanyakan


penghuni bandar berasal dari kampung atau mempunyai ahli-ahli keluarga yang
masih tinggal di kampung.

Pengaruh panggung wayang, radio, televisyen dan lain-lain alat komunikasi


elektronik mula menggantikan kumpulan-kumpulan tradisional seperti wayang
kulit,drama dan lain-lain.

Bandar-bandar menjadi pusat reformasi dalam agama dan tradisi di kampung.


Sekolah-sekolah buku-buku, kuil-kuil, upacara umum agama dan media massa
memperkenalkan tafsiran baru dalam masyarakat kampung.

95
Tafsiran ini mendesak masyarakat supaya berusaha bagi membentuk suatu
keseragaman dalam amalan agama dan budaya.

4. BAHASA

Perlembagaan India mengakui bahasa Inggeris akan digunakan untuk tujuan


rasmi selama 15 tahun.

Lebih kurang 2/3 daripada penduduk India tidak berbahasa Hindi.Terdapat


negeri yang mengenakan syarat bahasa Hindi dalam pentadbiran seperti
Rajasthan, Uttar Pradesh, Bihar dan Haryana. Manakala ada juga kawasan yang
menggunakan B. Inggeris seperti Punjab, Kerala, Tamil Nadu, Gujarat dan
Bengal Barat.
 

Soalan pemahaman

1-Jelaskan kesan-kesan interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun Islam

2-Sejauh manakah sistem pendidikan Barat mempengaruhi masyarakat India.


 
 

RUJUKAN

1-Rajakrishnan,R. dan Rajantheran , M., Pengantar Tamadun India, Kuala


Lumpur, Fajar Bakti Sdn. Bhd. ,1994

2- Basham, A.L., The Wonder That Was India, London, 1961.

atas

96

You might also like