Dasar Pemerintahan Jepun Mengikut Kaum Dan Impaknya Kepada Ketegangan Kaum Di Tanah Melayu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Dasar pemerintahan Jepun mengikut kaum dan impaknya kepada ketegangan kaum di Tanah Melayu.

Orang Cina.
Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu telah dijalankan mengikut kaum dengan berbeza-beza. Kaum
Melayu dikatakan masih mengamalkan tradisi mereka sendiri, kaum India pula fokus mereka lebih
kepada perjuangan di negara mereka masing dan kaum Cina pula dikaitkan sebagai anti Jepun akibat
peperangan Jepun dengan China. Dalam peperangan China- Jepun pada tahun 1994-1895, Jepun
telah berjaya mendapatkan Pulau Taiwan dari kekuasaan negeri China dan Jepun juga berjaya
mengalahkan Rusia yang berebutkan Manchuria[2]. Hubungan orang Jepun dengan orang Melayu
lebih baik dan mereka sangat berlembut dengan orang Melayu ini kerana untuk mendapatkan
sokongan dan bantuan orang Melayu dalam menentang British. tetapi layanan kepada kaum Cina
berlainan, Jepun melakukannya dengan kejam dan kasar. Sebagai contoh bukti kekejaman dasar
pemerintahan Jepun terhadap orang Cina seperti dasar Sook Ching iaitu dasar pembersihan[3].
Beribu-ribu orang Cina telah mati akibat daripada dasar tersebut. Malah tindakan kejam Jepun ini
disusuli dengan perbuatan seperti merompak, membakar rumah dan kampung, mengambil barangbarang orang Cina, memeras hasil orang cina, merogol gadis-gadis cina dan sebagainya. Kempen
pembersihan ini dijalankan selepas Ibu Pejabat Tentera ke-25 mengeluarkan perintah pada 17
Febuari 1942[4].
Sebenarnya tindakan ini telah dirancang oleh Lt. Kolonel Tsuji dan diaksanakan oelh pasukan
kempeitei yang dipimpin oleh Kawamura Oishi[5]. Tindakan ini telah diambil oleh pentadbiran orang
Jepun kerana mereka ingin mengekalkan keamanan dan mereka berpendapat kemungkinan besar
orang Cina akan mengangkat senjata menentang askar Jepun secara gerila. Golongan Cina yang
menjadi mangsa termasuklah penyokong aktif golongan Kuomintang, ponyokong komunis
terutamanya suku Hainan, ahli pasukan sukarela Tan Kah Kee yang menjadi ketua Tabung Bantuan
Cina dan pengikutnya pendatang Cina anti Jepun. Hanya menjelang March 1943 Jepun telah
menghentikan Operasi Sook Ching kerana orang Cina diperlukan untuk memulihkan kegiatan
ekonomi semula.

Orang India.
Bagi masyarakat India di Tanah Melayu pula mereka menerima layanan yang lebih baik daripada jika
dibandingkan dengan orang Cina. Sebagai contoh sebelum peperangan tercetus lagi, orang buangan
India ke Jepun telah memiliki hubungan terus kepada kerajaan Jepun. Dengan itu Jepun telah
bekerjasama dengan ahli-ahli politik India dalam usaha mereka untuk menawan India iaitu melalui
penubuhan Tentera Kebangsaan India dan Liga Kemerdekaan India[6].

Orang Melayu.
Layanan Jepun terhadap orang Melayu dengan memberikan lebih keutamaan kepada mereka
dalam mendapat peluang pekerjaan dan polisi yang dibuat oleh pentadbiran dan pemerintahan

Jepun lebih memihak kepada orang Melayu. Orang Melayu didefinisikan sebagai berbangsa Melayu,
bertutur dalam bahasa Melayu dan beragama Islam. Golongan orang Melayu yang mempunyai
hubungan baik dengan Jepun terbahagi kepada tiga golongan iaitu Sultan dan kaum kerabatnya yang
dipandang tinggi oleh masyarakat. Seterusnya golongan kedua merupakan golongan ahli ulama
agama yang memainkan peranan penting dalam mengajarkan agama Islam, oleh Jepun beranggapan
dengan mengiktraf agama Islam merupakan jalan yang terbaik dalam mendekati masyarakat Melayu.
Malah Jepun pernah menaja sebuah seminar agama yang berlansung tiga di Singapura pada April
1943[7] . Golongan yang ketiga yang mempunyai hubungan baik dengan Jepun adalah pegawaipegawai yang berkhidmat dengan pentadbiran Jepun. Sebuah organisasi yang pada awal adalah pro
kepada Jepun iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM) sejak sebelum peperangan lagi tercetus. Para
pemimpin Melayu yang terlibat seperti Ibrahim Yaaacob, Onan Haji Siraj dan Ishak Haji Muhammad.
Namun Kesatuan Melayu Muda telah diharamkan oleh Jepun pada Jun 1942 kerana tidak mematuhi
nasihat daripada kerajaan Jepun.[8]
Polisi yang digunakan oleh Jepun terhadap orang Melayu mempunyai kepentingan kepada orang
Jepun kerana orang Melayu senang digunakan sebagai penggerak pro-paganda Jepun di Tanah
Melayu. Sehubungan dengan itu kemungkinan besar jumlah orang Melayu berkhidmat dalam
pentadbiran Jepun samaada menjadi pengawai tabir atau berkhidmat dalam ketenteraan
juga. Dalam bidang politik Jepun sesungguhnya berharap dapat menyatukan pentadbiran Tanah
Melayu dengan Sumatera menerusi ibu pejabat mereka di Singapura, tujuannya adalah kerana ingin
menyatupadukan dan memperkuatkan pengaruh orang-orang Melayu.

Dasar pemerintahan Jepun mengikut kaum dan impaknya kepada ketegangan kaum di Sarawak dan
Sabah.

Orang Iban
Dasar pemerintahan Jepun di Sarawak adalah berbeza terutamanya adalah orang Iban dimana
kehidupan mereka telah diperas sebagai buruh kasar, memaksa mereka memberikan beras dan
makanan dan juga menyerahkan senjata api mereka yang selama ini digunakan oelh orang Iban
untuk berburu[9]. Nasib orang Iban khasnya telah mendapat layanan buruk daripada jepun apabila
mereka dikerah menjadi buruh, hasilan daripada sawah padi yang mereka keluarkan diberikan
kepada Jepun dan juga para pemuda dikerah untuk terlibat dalam ketenteraan. Bukan itu sahaja, di
Lawas juga para kaum pri-bumi juga dikerah untuk mengeluarkan beras kepada Jepun. Di Saribas
pula orang Iban lagi merana apabila Jepun merampas pakaian mereka dan bekalan beras[10].
Disamping itu juga, kaum-kaum pribum laini dijadikan Jepun sebagai buruh kasar yang dibebani
tugas yang berat dan menyakitkan

Orang Melayu
Namun bagi orang Melayu mereka diberikan peluang yang lebih baik daripada kaum lain di Sarawak
kerana mereka diberikan peluang bekerja dengan pentadbiran Jepun seperti memasuki polis. Orang

Melayu memilih jalan ini kerana untuk mencari rezeki untuk menampung hidup terutamanya
keluarga mereka. Jepun telah dilaporkan pernah memberikan bekalan beras percuma kepada
keluarga orang Melayu di sekitar Sibu. Orang Melayu digunakan oleh Jepun untuk membawa
propaganda mereka kepada masyarakat di Sarawak, oleh itu layan yang baik diberikan kepada
mereka kerana Jepun mengharapkan kerjasama daripada orang Melayu. Namun propaganda Jepun
di Sarawak gagal kerana kaum pribumi yang buta huruf dan mereka tidak berminat terlibat dalam
ideologi politik Jepun.

Orang Cina
Orang Cina di Sarawak juga mengalami kesulitan apabila Jepun mengamalkan sikap mengawal
pengeluaran makanan dan barangan yang lain. Pada 1942 pentadbiran Jepun telah memerintahkan
sebuah kedai akan dikawal oleh Jabatan pemerintah Jepun, kedai tersebut dinamakan sebagai Soon
Teck Kongsi[11]. Orang Cina yang bekerja sebagai usahawan di Bandar harulah bekerjasama denga
Jepun dan golongan yang menjadi petani harus memberikan hasilan pertanian mereka kepada Jepun.
Pada 8 Disember 1941 penyerangan pertama Jepun di Tanah Melayu yang bermula di Kelantan dan
menjelang 15 Febuari 1942 seluruh pentadbiran British di Tanah Melayu dan Singapura telah
menyerahkan diri[12].Di Sarawak pula Jepun telah mendaratkan seramai 10,000 tenteranya di Miri
pada 26 Disember, manakala Kuching telah jatuh kepada tangan Jepun pada 25
Disember[13]. Situasi di Sabah pula, Jesselton telah ditaklui oleh Jepun pada 6 Januari dan Sandakan
juga akhirnya dikuasai pada 16 Januari
Sebagai kesimpulannya, pemisahan kaum melalui pekerjaan dan ketidakan seimbangan polisi
memberikan rasa prejudis terutamanya orang Iban terhadap orang Melayu yang diberikan layanan
baik dariapda Jepun. Begitu juga rasa prejudis orang Cina kepada orang Iban dan Orang Melayu yang
berkhidmat sebagai polis yang mengawal pengeluaran makanan dan barangan yang dikawal oleh
orang Jepun. Di Sabah pula, keadaan geopolitik yang hampir sama juga digunakan Jepun untuk kaum
pribumi disana.

PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH


MELAYU
PENGENALAN
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura pada tahun 1941 hingga
1945 meniggalkan pelbagai sejarah-sejarah yang tragis dan menyayat hati. Untuk kita
merasai bagaimana pahit getir dan pengalaman semasa Jepun menjajah, memoir yang
ditulis oleh mangsa yang mengalaminya cukup penting untuk dijadikan bahan kajian.
Memoir A. Samad Ismail di Singapura mengisahkan sejarah hidup beliau semasa zaman
pendudukan Jepun dan selepas kedatangan semula British. Pelbagai jenis dasar dan
kesan semasa pendudukan Jepun diceritakan oleh beliau misalnya dalam aspek

keganasan tentera Jepun, sikap dan situasi perubahan masyarakat dan dasar-dasar yang
diamalkan oleh kerajaan Jepun.
Kajian ini akan menilai sama ada memoir beliau benar-benar fakta yang berlaku
atau penulisannya dipengaruhi oleh prasangka buruk, dendam, tokok tambah dan
sebagainya. Justeru, perbandingan akan dilakukan berasaskan memoir mangsa-mangsa
lain, kajian-kajian ahli sejarah dan pendapat beberapa tokoh. Oleh hal yang demikian,
kita dapat menilai kejituan dan ketepatan peristiwa yang digambarkan oleh A. Samad
Ismail di dalam memoirnya.

DASAR ANTI CINA


Sikap dan layanan askar Jepun terhadap orang-orang Cina bukanlah perkara biasa
dan akal fikiran waras sudah tentu tidak dapat kita percayainya. Kezaliman tenteratentera Jepun jelas diceritakan oelh semua pihak yang mengalaminya mahupun kajiankajian para sarjana. Memoir A. Samad Ismail menceritakan bagaimana di Jalan Besar,
Singapura, kanak-kanak, lelaki dan perempuan dewasa dihimpunkan di suatu kawasan
yang sekelilingnya dipagari dengan kawad berduri.[1] Mereka dikumpulkan dalam
keadaan yang bersesak-sesak dan padat, sesetengahnya terpaksa berdiri di dalam paritparit yang penuh dengan air sehingga paras leher.[2] Kekejaman tentera Jepun
terhadap orang-orang Cina berlaku kerana mereka mahu menghapuskan anasir-anasir
komunisme. Kekejaman tentera Jepun terhadap orang Cina lebih teruk selepas operasi
Sook Ching dijalankan iaitu peristiwa pembunuhan orang Cina secara beramairamai. [3] Tidak cukup dengan itu, orang-orang Cina dituntut membayar wang
pampasan kerugian sebanyak 50 juta ringgit sebagai bayaran hutang darah dan
hukuman kerana menentang Jepun.[4]
Ketegangan diantara orang Melayu, Cina dan India juga bermula hasil daripada
dasar yang diamalkan oleh pihak Jepun. Layanan yang berbeza-beza berlaku kerana

tentera Jepun memerlukan sokongan orang Melayu dan India untuk menentang British
sekaligus menghapuskan orang-orang Cina.[5] Kerajaan Jepun juga menubuhkan
beberapa skuad tentera untuk membantu menentang British serta menghapuskan
anasir-anasir yang menentang Jepun misalnya orang Cina.[6] Kerajaan Jepun
mewujudkan Jeikedan( Pasukan Pertahanan Awam), Tonarigumi ( Persatuan Kejiranan),
Heiho ( Pasukan Sukarela Tambahan) dan Giguyun ( Pembela Tanah Air).[7] Jelas
dilihat bagaimana kerajaan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura mengamalkan dasar
anti-Cina sekaligus mencerminkan kezaliman mereka terhadap orang Cina.
DASAR KAWALAN MEDIA
Untuk merealisasikan hasrat kerajaan Jepun untuk meraih sokongan rakyat di
Asia, mereka bertindak dengan mengawal media-media yang mampu mempengaruhi
pemikiran masyarakat. Selepas Jepun menguasai Singapura, akhbar pertama yang
diterbitkan ialah Berita Malai dalam tulisan Rumi, akhbar gabungan daripada Warta
Malaya dan Utusan Melayu.[8] Begitu juga dengan akhbar Straits Times ditukarkan
kepada Syonan Shimbun bertujuan untuk menjadi alat propaganda Jepun agar
masyarakat membenci British di Tanah Melayu dan Singapura manakala di Indonesia
pula rakyatnya membenci Belanda.[9] Sebelum tulisan para pengarang disiarkan,
seorang wakil Jepun iaitu censorakan meneliti setiap berita dan dengan kebenarannya
sahaja artikel boleh disiarkan.[10]
Tentera Jepun membawa slogan seperti Asia untuk Asia dan Lingkungan
Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya dengan hal yang sama iaitu meraih sokongan
masyarakat. Tentera Jepun menguasai minda rakyat melalui kawalan akhbar, slogan
propaganda dan strategi-strategi yang memburukkan British.[11]
DASAR KESELAMATAN
Umum kita ketahui, selepas Jepun berjaya menguasai Tanah Melayu, Singapura
dan Indonesia, mereka mengambil langkah berjaga-jaga dengan begitu ketet sekali.
Segala alat perhubungan seperti radio diharamkan, segala jenis senjata termasuk
parang panjang tidak dibenarkan sehingga pergerakan juga diperhatikan. Untuk pergi
ke sesuatu tempat misalnya, seseorang itu perlu mempunyai surat rasmi dari tentera
Jepun dan kain putih yang ditulis dalam bahasa Jepun untuk dililit di lengan sebagai

surat izin untuk bebas berjalan. Jalan-jalan raya disekat dengan dawai-dawai berduri
dan hampir setiap simpang jalan akan wujud tentera Jepun yang berkawal.[12] Sebuah
risikan dibentuk iaitu Jikidan yang akan mengintip dan memasang telinga, sesiapa
sahaja yang cuba untuk menentang Jepun, namanya akan disenarai hitam dan sudah
tentunya hukuman bunuh sebagai penyelesaian.[13] Anggota khas iaitu Botai juga
diwujudkan di setiap kampung-kampung untuk menangkap orang-orang Cina yang
disyaki menentang menentang Jepun.[14]
Selain itu, polis yakni Kampetai bertugas untuk mengawal selia aktiviti-aktiviti
penduduk dan kekuasaan mereka untuk menentukan hukuman juga besar misalnya
ketika Tunkun Abdul Rahman menjadi Majistret, terdapat 36 orang tahanan di dalam
penjara yang belum dibicarakan di atas kesalahan kecil. Sebaik sahaja mereka dilihat
oleh Kampetai, mereka diheret keluar dari penjara, dipaksa untuk menggali kubur
kemudiannya ditikam dengan bayonet sehingga mati.[15]Dasar keselamatan yang
diamalkan oleh tentera Jepun sangat tidak berperikemanusiaan sehingga zaman ini
boleh dikatakan ibarat telur di hujung tanduk, sesiapa sahaja yang disyaki menentang
akan dibunuh.
DASAR PENTADBIRAN
Selepas berjaya mengalahkan British di Tanah Melayu di Singapura serta
Belanda di Indonesia, keadaan masih kucar-kacir dan tidak terurus. Mayat-mayat orang
British dan India bergelimpangan, bangkai kenderaan hangus dan sisa butir peluru
berselerak di penjuru jalan.[16] Setiap jalan dan jambatan-jambatan akan dikawal oleh
tentera Jepun dengan sangat keras. Di jambatan Kallang misalnya, beberapa kepala
manusia dipacak untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai kerana mereka
membunuh seorang tentera Jepun. Sesiapa sahaja yang terserempak dengan tentera
Jepun harus tunduk hormat dan sesiapa sahaja yang melanggar tatatertib akan
ditampar, ditendang dan sebagainya.
Masalah kekurangan makanan menjadi isu besar ketika pemerintahan Jepun dan
ada yang memanggilnya Zaman Ubi Kayu. Selepas Jepun berjaya menduduki Singapura,
ladang getah dibersihkan untuk menanam sayur-sayuran terutama sekali ialah ubi kayu
bagi menampung keperluan hidup.[17] Lot-lot tanah akan dibahagikan untuk jenis-jenis

tanaman dan kebanyakan para petani terdiri daripada orang Melayu daripada Geylang
Serai.
Sekolah-sekolah British dan sekolah aliran Cina juga dimansuhkan serta
pengenalan silibus berdasarkan tetapan yang diletakkan oleh pentadbiran Jepun. Semua
sekolah harus belajar bahasa Jepun, menghormati budaya dan mengagungkan Maharaja
Jepun dengan cara menghadap matahari setiap kali waktu pagi. Kedatangan Jepun juga
telah menyamaratakan penduduk kerana sesiapa sahaja yang boleh menguasai bahasa
Jepun akan diberi keistimewaan dalam perkhidmatan awam dan sebagainya.[18]
Sebenarnya, kedatangan Jepun bukannya mahu memberi kemerdekaan kepada
orang-orang Asia, namun keperluan sumber seperti getah, bijih timah, arang batu dan
sebagainya yang menyebabkan mereka mahu menguasai seluruh Asia. Usaha Jepun
untuk mengeksploitasi kekayaan sumber mengalami kesulitan kerana masalah
peperangan yang berlanjutan dan banyak pertempuran berlaku hasil tentangan pihak
Berikat. Dasar British sebelum tewas iaitu Dasar Bumi Hangus menyebabkan Jepun
mengalami kesukaran kerana banyak peralatan, bekalan minyak dan lombong-lombong
dihancurkan. Tokoh penting yang membentuk formula pentadbiran ialah Kolonel
Watanabe Wataru. Pada mulanya, Tanah Melayu dan Sumatera mempunyai pusat
pentadbiran utama di Singapura, namun mulai bulan April 1943, Sumatera mempunyai
pusat pentadbiran sendiri di Bukit Tinggi.[19]

KESAN TERHADAP EKONOMI


Pelbagai masalah timbul semasa Jepun memerintah di Singapura dan Tanah
Melayu misalnya kewujudan pasaran-pasaran gelap di sepanjang kaki lima North Bridge
Road dan Geylang Serai yang menjual barang-barang keperluan seperti pakaian, rokok
dan sebagainya.[20] Hal ini berlaku kerana masalah kebuluran meningkat dalam
kalangan penduduk, harga barang yang mahal dan sistem catuan makanan yang
diamalkan oleh pihak Jepun menyebabkan pasaran gelap berleluasa. Masalah lambakan
mata wang Jepun juga akhirnya membawa kesan buruk kepada ekonomi kerana wang
Jepun yang dicetak tanpa nombor siri tidak lagi bernilai.[21] Selain itu orang Jepun telah

merampas barang makanan peniaga tanpa memberikan bayaran. Maka, tidak hairanlah
masyarakat telah bertindak menyorok bahan makanan mereka untuk dijual di pasaran
gelap dengan harga yang lebih mahal dan berbaloi. Contohnya di Kelantan pada awal
1942, para petani telah menyorok beras mereka untuk diseludup ke negeri Terengganu
dan Pahang dengan harga yang sangat tinggi iaitu antara $10 hingga $13 bagi satu
gantang berbanding harga yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu 50 sen bagi beras kelas
pertama.[22] Selain itu, penyeludupan petrol berlaku contohnya di Batu Pahat yang
telah menyeludup petrol untuk dijual kepada orang Indonesia untuk mengerakkan
mesin seperti mesin tepung sagu dengan harga yang mahal.[23]
Kemusnahan terhadap sumber ekonomi, terutama ladang getah dan lombong
bijih timah telah berlaku dengan teruknya. Tentera British telah memusnahkan ladang
getah dan lombong bijih timah sebelum meninggalkan Tanah Melayu. Semua
kelengkapan melombong, seperti kapal korek telah dimusnahkan di bawah Dasar Bumi
Hangus. Para pekerja turut meninggalkan kawasan ladang dan lombong untuk
menyelamatkan diri. Tanah Melayu yang bergantung sepenuhnya pada bahan eksport
tersebut telah terjejas teruk misalnya pada tahun 1941, hasil bijih timah ialah 79 000
tan telah merosot menjadi 3000 tan pada tahun 1945. Malahan sistem pengangkutan
dan perhubungan turut musnah. Tentera Jepun tidak memulihkan kemusnahan
infrastruktur di Tanah Melayu. Keadaan ini memburukkan lagi ekonomi Tanah
Melayu. Selain itu, masalah inflasi telah berlaku di Tanah Melayu. Kekurangan barangan
keperluan di pasaran, terutamanya barangan makanan. Tambahan pula, pihak Jepun
telah mengeluarkan wang kertas Pokok Pisang tanpa kawalan. Hal ini telah
menyebabkan nilai mata wang tersebut jatuh. Harga barangan keperluan telah
meningkat beberapa kali ganda misalnya harga beras 500 gram telah melonjak naik
kepada $120.00 pada bulan Ogos 1945. Beras juga sukar untuk diimport dari Burma
dan Thailand kerana Jepun telah dikenakan sekatan perdagangan antarabangsa. Amalan
rasuah, menyorok barangan dan pasaran gelap menyebabkan kesan ekonomi lebih
buruk dialami oleh rakyat.[24] Malahan kegiatan eksport dan import hanya berlaku di
kawasan Asia Tenggara sahaja. Contohnya, PulauPinang mengeksport getah dan bijih ke

negara Jepun manakala Jepun membekalkan tentera, perubatan, anak patung, rokok dan
sebagainya tetapi separuh darinya dihantar ke pasaran gelap.[25]
Pendudukan Jepun telah menyebabkan banyak industri baru muncul di Tanah
Melayu untuk menampung kekurangan barangan. Misalnya, penggunaan bahan api
daripada susu getah, penciptaan tayar tanpa tiub daripada getah padat, benang
daripada daun nanas dan kertas daripada buluh, daun getah serta lalang. Selain itu,
perusahaan tradisional telah berkembang dengan pesatnya seperti menghasilkan
minyak daripada kelapa, gula kelapa dan rokok daun.[26] Jelas bahawa kesengsaraan
yang dihadapi semasa Jepun memerintah menyebabkan rakyat terpaksa mencari
beberapa inisiatif untuk meneruskan kelansungan hidup tanpa memikirkan soal
kebejatan budaya, agama dan sebagainya.
KESAN POLITIK
Kemenangan Jepun menewaskan British menyebabkan rakyat di Asia mula sedar
akan semangat nasionalisme dan keupayaan mereka untuk menghalau segala anasir
penjajahan. Parti politik misalnya Kesatuan Melayu Muda sangat yakin dengan Jepun
yang akan membawa perubahan kepada nasib orang Melayu serta mengangkat bangsabangsa lain.[27] Salah satu kesan lain ialah tembok pemisah diantara bangsa Melayu
dan bangsa Indonesia mulai roboh, unsur-unsur bahasa Indonesia meresap masuk
misalnya dalam aspek penulisan Berita Malai. Pentadbiran Jepun juga menggalakkan
Kesatuan Melayu Muda menyokong gagasan Indonesia Raya atau Kerajaan Indonesia
Semenanjung (KRIS).[28]
Berbeza halnya dengan kesatuan politik Cina ditekan oleh tentera Jepun kerana
bimbang pengaruh dakyah komunis berleluasa. Oleh kerana tekanan demi tekanan
dikenakan, tidak hairanlah tertubuhnya Parti Komunis Malaya serta Malayan People
Anti-Japanese Army (MPAJA).[29] Semasa pendudukan Jepun, orang-orang Melayu dan
India bekerjasama untuk menghapuskan pihak komunis yang menentang Jepun. Oleh
sebab itulah, dendam orang Cina terhadap orang Melayu berakar umbi dan tempoh 14
hari selepas kekalahan Jepun di Tanah Melayu, MPAJA keluar dari hutan dan
bermaharajalela

membunuh

polis,

orang-orang

kampung

terutamanya

orang

Melayu.[30] Orang-orang Cina dan wujud juga segelintir orang Melayu di dalam MPAJA

mahu menubuhkan Republic Communist of Malaya.[31] Jelaslah bahawa masalah politik


timbul hasil daripada tindakan Jepun yang memperalatkan orang-orang Melayu dan
India akhirnya membawa keretakan perpaduan di antara kaum.
KESAN SOSIAL
Semasa pendudukan Jepun, tidak ada perasaan selamat mahupun ketenangan
dapat dirasai. Kekejaman dan keganasan tentera Jepun sangat-sangat luar biasa
sehingga mereka bertindak seperti haiwan tanpa perasaan dan akal fikiran waras
misalnya di Jalan Besar, Singapura, orang-orang Cina dikumpulkan di dalam parit yang
berisi air dan di sekelilingnya diletakkan dawai-dawai berduri.[32] Malahan Jepun telah
membuat penindasan yang kejam dengan merompak, membakar rumah dan kampung,
mengambil barang-barang orang Cina, merogol wanita dan sebagainya. Contoh
kekejaman Jepun yang ketara pada masyarakat Cina ialah apabila Jepun telah
menjalankan operasi Sok Ching ke atas orang Cina di Bakar Kapur, Sungai Petani pada
Febuari 1942. Mangsa telah disuruh mengorek lubang kubur terlebih dahulu sebelum
dibunuh. Sehingga May 1942, seramai 40 000 orang cina termasuk wanita dan kanakkanak telah dibunuh.[33]Di Indonesia seperti Bireuen, setiap malam askar Jepun akan
meronda kampung dan masuk kedalam rumah sesiapa sahaja yang dikhendakinya. Jika
terdapat anak gadis atau wanita sudah bersuami sekalipun, mereka akan merogol dan
jika suami menghalang, anak serta isterinya akan ditikam dengan bayonet.[34]
Kekejaman Jepun tidak pernah putus misalnya di Sandakan, Sabah, sesiapa yang
disyaki terlibat dalam gerakan menentang Jepun akan ditangkap. Mangsa aka diberi
makan, tangannya diikat ke belakang dan makanan diletakkan di atas lantai seperti
seekor anjing. Mangsa juga dijemur di kawasan panas terik bersama-sama tahanan lain
di dalam sangkar berukuran 140 kaki persegi seramai 25 orang. Terdapat juga tahanan
yang diberi minum air sabun sehingga perut kembung kemudian satu papan diletakkan
di atas perut, tentera Jepun akan memijiak beramai-ramai. Itu masih belum cukup,
hukuman paling kejam ialah kulit kepala tahanan akan ditebuk kemudiannya
dimasukkan garam dan mangsa diberi pisau untuk membunuh diri sendiri.[35] Oleh
sebab itulah, ketika pemerintahan Jepun, kehidupan sosial masyarakat terjejas teruk,
hidup di dalam ketakutan dan tidak tenteram.

KESIMPULAN
Tempoh pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama 4 tahun sudah cukup untuk
memberi pelbagai kesan baik mahupun buruk. Memang benar semangat nasionalisme
timbul taktala Jepun meniup api semangat pemerintahan berkerajaan sendiri, namun
itu hanyalah sekadar propaganda yakni kehidupan binasa. Orang-orang Melayu dan
India tegar menyokong perjuangan Jepun yang mahu membuka belenggu British di Asia
namun akhirnya terjerat dengan harapan mereka sendiri tidak ubah seperti mengelak
daripada mulut harimau kemudian masuk ke mulut buaya. Memoir A. Samad Ismail
jelas membuktikan kepayahan dan kesukaran hidup di zaman Jepun, dunia yang luas
seperti di dalam sangkar besi. Segala pergerakan terbatas dengan kehidupan sekeliling
dipenuhi

mayat-mayat

bergelimpangan

ataupun

darah-darah

berhamburan.

Kesimpulannya, memoir ini memang telus dalam mengisahkan penderitaan dan


penyiksaan semasa zaman pentadbiran Jepun, bukannya dipengaruhi prasangka atau
dikaburi oleh emosi semasa beliau menulisya.

You might also like