HBSC4303

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

<FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA >

< SEPTEMBER / 2014 >

<HBSC4303>

< FIZIK II >

NAMA

SULAIMAN BIN MUSI

NO. MATRIKULASI

<830426126165001>

NO. KAD PENGNEALAN

<830426-12-6165>

NO. TELEFON

<019-8203681>

E-MEL

<sulaimanmusi@oum.edu.my>

NAMA PENSYARAH

NAIMA BINTI KADIR

PUSAT PEMBELAJARAN

<TAWAU>

<HBSC4303>

PENDAHULUAN

Isotop suatu unsur ialah atom-atom yang mempunyai bilangan proton yang sama
tetapi bilangan neutron yang berlainan. Isotop-isotop mempunyai nombor proton Z yang
sama tetapi nombor nukleon yang berlainan. Radioisotop ialah isotop yang nukleusnya tidak
stabil. Radioisotop wujud secara semula jadi atau dihasilkan apabila nukleus stabil dihentam
dengan zarah alfa, proton atau neutron. radioisotop akan mereput dengan memancar sinaran
radioaktif iaitu zarah alfa, zarah beta atau sinar gama. ciri-ciri reputan dan sinaran radioaktif
yang membolehkan radioisotop mempunyai kegunaan yang luas ialah:

(a)

Bahan

radioaktif

mereput

dengan

keaktifan

yang

semakin

berkurangan

berkurangan.
(b)

Bahan radioaktif mengeluarkan sinaran radioaktif.

(c)

Sinaran radioaktif menembusi bahan.

(d)

Sinaran radioaktif menyebabkan pengionan molekul bahan.

(e)

Sinaran radioaktif menyebabkan mutasi sel.

(f)

Sinaran radioaktif membunuh sel

Ciri-ciri yang berlainan bagi radioisotop yang berbeza menentukan kegunaan


radioisotop untuk tujuan yang berlainan dalam bidang perubatan, pertanian, dan
perindustrian. Isotop merupakan variasi sesuatu unsur kimia. Walaupun hampir semua isotop
sesuatu unsur mempunyai bilangan proton yang sama, setiap isotop mempunyai
bilangan neutron yang berbeza. Perkataan isotop berasal dari perkataan Yunani isos (
yang bermaksud persamaan) dan topos ( yang bermaksud tempat). Oleh itu, perkataan
isotop bermaksud "persamaan dalam tempat yang sama" yang merujuk kepada isotop sesuatu
unsur yang mempunyai posisi yang sama dalam jadual berkala. Bilangan proton dalam atom
sesuatu nukleus digunakan untuk mengenal pasti sesuatu unsur, namun begitu sesuatu unsur
secara prinsip boleh mempunyai bilangan neutron yang berbeza. Sesuatu prinsip asal tidak
boleh diubahsuai sesuka hati. Nombor neukleon atau nombor jisim ( iaitu jumlah proton dan
neutron ) untuk setiap isotop turut berbeza.
Walaupun bilangan proton dalam atom sesuatu unsur adalah tetap, tetapi kadangkala
bilangan neutron mungkin berbeza. Unsur itu dapat wujud dalam lebih daripada satu jenis
atom. Atom-atom berbeza bagi unsur yang sama itu dipanggil isotop.
1

<HBSC4303>

Isotop-isotop sesuatu unsur ialah atom-atom sesuatu unsur yang mempunyai bilangan proton
yang sama, tetapi bilangan neutron yang berbeza. Ini bermakna isotop-isotop itu
mempunyai nombor atom yang sama, tetapi nombor jisim yang berlainan. Kebanyakan unsur
menunjukkan keisotopan, iaitu boleh mempunyai lebih dari satu jenis isotop.
Contoh:

Hidrogen-1 dengan nama isotopnya ialah Protium

Hidrogen-2 dengan nama isotopnya ialah Deuterium

Hidrogen-3 dengan nama isotopnya ialah Tritium


Isotop-isotop sesuatu unsur mempunyai bilangan proton per atom yang sama. Ini

bermakna bilangan elektron per atom isotop-isotop itu juga adalah sama. Jadi konfigurasi
elektron bagi semua isotop suatu unsur adalah sama dan oleh itu, isotop-isotop suatu unsur
akan mempunyai sifat-sifat fizik iaitu ketumpatan, takat lebur, takat didih, dan lain-lain yang
berbeza.

APLIKASI TEKNOLOGI RADIOISOTOP DI MALAYSIA


Teknologi nuklear mempunyai pelbagai aplikasi dalam bidang pertanian, perubatan,
perindustrian dan penyelidikan. Antara penggunaan bahan radioaktif atau radiosiotop dalam
bidang-bidang tersebut termasuklah meningkatkan hasil tanaman, menjalankan diagnosis dan
rawatan penyakit, sebagai bahan penyurih bagi proses industri dan alam sekitar dan
sebagainya.
Radioisotop yang digunakan adalah sintetik dan dihasilkan menggunakan siklotron
atau reaktor nuklear. Pada masa ini, Malaysia mempunyai sebuah reaktor penyelidikan yang
ditempatkan di Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia), di Bangi Selangor. Reaktor
berkuasa 1 megawatt (MW) itu yang diberi nama Reaktor TRIGA Puspati (RTP) yang telah
ditauliahkan pada tahun 1982.
Sementara itu, Malaysia bercadang memperoleh satu lagi teknologi yang mampu
menghasilkan radioisotop untuk memperluaskan lagi penggunaan teknologi nuklear di
Malaysia. Untuk tujuan itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi
Nuklear Malaysia merancang untuk membangunkan kemudahan siklotron berkapasiti tinggi
(30 MeV).
2

<HBSC4303>

Siklotron adalah pemecut zarah yang boleh digunakan untuk menghasilkan bahanbahan radioaktif untuk digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti dalam bidang perubatan,
industri, alam sekitar dan pertanian. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk
Dr. Ewon Ebin, berkata, kemudahan tersebut diwujudkan bagi memastikan kemudahan
perubatan tempatan lebih berteknologi tinggi dengan penggunaan teknologi terkini siklotron.
Kemudahan tersebut akan berpusat di Nuklear Malaysia dan dikendalikan oleh saintis,
jurutera dan ahli fizik agensi terbabit agar pembangunan keupayaan dan aplikasi teknologi
yang berkaitan dapat dilaksanakan secara serentak.
Kerajaan menyatakan terdapat tapak cadangan projek Siklotron 30 MeV di Agensi
Nuklear Malaysia, Bangi. Projek tersebut dibangunkan di kawasan seluas 1.2 hektar (tiga
ekar) yang dijangka bermula hujung tahun ini dan dijangka siap pada 2017. Pusat tersebut
apabila siap kelak akan dilengkapi dengan keupayaan Positron Emission Tomography (PET)
dan Single Photon Emission Computed Tomography (SPECT), serta makmal-makmal
penyelidikan yang berkaitan. Beliau berkata, pembangunan kemudahan siklotron serbaguna
itu akan meningkatkan kemampuan Malaysia untuk menghasilkan pelbagai jenis radioisotop
atau bahan-bahan radioaktif. Bahan-bahan tersebut juga digunakan secara meluas di dalam
pelbagai bidang lain seperti industri automotif terutama untuk menguji kehausan mekanikal,
pembiakan mutasi dalam bidang pertanian, pembangunan bahan api bio dan pembangunan
sains bahan.
Di samping itu, kemudahan ini akan meletakkan Malaysia setanding dengan negaranegara lain yang memanfaatkan teknologi yang sama, antaranya Amerika Syarikat (AS),
Jepun, Korea, Perancis, Itali, Arab Saudi dan Kanada. Menurutnya, secara tidak langsung,
kemudahan tersebut akan menjadi tarikan kepada rakyat negara-negara lain dan seterusnya
akan menggalakkan serta meningkatkan lagi industri pelancongan kesihatan tempatan.
Kemudahan siklotron bertenaga tinggi ini membolehkan Nuklear Malaysia menghasilkan
isotop berjangka hayat panjang yang tidak lagi dikekang oleh sifat-sifat fizikal radioisotop.
Faktor tersebut membolehkan radioisotop dibekalkan ke hospital-hospital, institusi
penyelidikan berkaitan dan pihak industri di luar Lembah Klang, sekali gus mengembangkan
penggunaannya ke seluruh negara. Lebih daripada itu, Malaysia juga akan berkemampuan
untuk mengeksport dan membekalkan radioisotop yang dihasilkan di kemudahan siklotron ini
ke negara-negara jiran.

<HBSC4303>

Antara kelebihan siklotron berbanding dengan reaktor nuklear adalah penggunaan


bahan mula yang stabil dan tidak beradioaktif, penghasilan sisa berjangka hayat-pendek
(memudahkan penyimpanan), dan pengoperasian yang lebih mudah. Di dalam bidang
perubatan, bahan-bahan radioaktif digunakan untuk menghasilkan radiofarmaseutikal bagi
mendiagnosis penyakit khususnya dalam bidang onkologi (kanser), kardiologi dan neurologi
secara tepat agar kaedah rawatan yang berkesan dapat dibangunkan. Beberapa pusat siklotron
(18 MeV) yang khusus untuk digunakan dalam perubatan nuklear telah ditubuhkan di
Malaysia sejak tahun 2002. Walau bagaimanapun jenis bahan radioaktif yang dihasilkan
daripada siklotron berkuasa rendah ini adalah terhad. Pada masa ini siklotron berserta
kemudahan pengimbas PET ditawarkan di Hospital Putrajaya dan Beacon Hospital. Selain
itu, kemudahan PET boleh didapati di beberapa hospital seperti Hospital Pulau Pinang,
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, dan Subang Jaya Medical Centre (SJMC).

TIGA CADANGAN APLIKASI TEKNOLOGI RADIOISOTOP DALAM MEMBANTU


MEMAJUKAN SESEBUAH NEGARA YANG KEKURANGAN SUMBER SEMULAJADI

Aplikasi Radioisotop Dalam Bidang Perubatan


Penggunaan isotop radioaktif dalam perubatan telah bermula pada tahun 1901 oleh
henry Danlos yang menggunakan radium untuk rawatan penyakit batuk kering pada kulit.
Radioisotop adalah isotop suatu unsur yang radioaktif yang memancarkan sinar radioaktif.
Isotop suatu unsur baik yang stabil dan radioaktif mempunyai sifat kimia yang sama.
Radioisotop boleh digunakan sebagai perunut (untuk mengikuti unsur dalam suatu proses
yang melibatkan kompaun atau sekumpulan kompaun) dan sebagai sumber sinaran / sumber
sinar. Berikut adalah beberapa contoh aplikasi radioisotop sebagai perunut:
Teknetum-99 (Tc-99) yang disuntik kedalam saluran darah akan akan diserap
terutamanya oleh rangkaian yang rosak pada organ tertentu, seperti jantung, hati
dan paru-paru. Sebaliknya, TI-201 terutama akan diserap oleh rangkaian sihat
pada organ jantung. Oleh kerana itu, kedua-dua radioisotop itu digunakan
bersama-sama untuk mengesan kerosakan jantung.

<HBSC4303>

Iodin-131 (I-131) diserap terutamanya oleh kelenjar gondok, hati dan bahagianbahagian tertentu dari otak. Jika I-131 ini dimasukkan kedalam tubuh dalam dos
yang kecil, maka I-131 ini akan masuk ke dalam saluran darah traktus
gastrointestinalis. I-131 dan akan melewati kelenjar tiroid yang kemudian akan
menghancurkan sel-sel glandula tersebut. Hal ini akan melambatkan aktiviti dari
kelenjar tiroid dan dalam beberapa kes boleh merubah keadaan tiroid. Oleh kerana
itu, I-131 boleh digunakan untuk mengesan kerosakan pada kelenjar gondok, hati,
dan untuk mengesan tumor otak.
Iodin-123 (I-123) adalah radioisotop lain dari Iodin. I-123 yang memancarkan
sinar gamma yang digunakan untuk mengesan penyakit otak.
Natrium-24 (Na-24) digunakan untuk mengesan adanya gangguan peredaran
darah. Larutan NaCl yang tersusun atas Na-24 dan Cl yang stabil disuntik ke
dalam darah dan aliran darah dapat diikuti dengan mengesan sinar yang
dipancarkan, sehingga dapat diketahui jika terjadi penyumbatan aliran darah.
Xenon-133 (Xe-133) digunakan untuk mengesan penyakit paru-paru.
Phospor-32 (P-32) digunakan untuk mengesan penyakit mata, tumor, dan lainlain. Serta dapat pula mengubati penyakit polycythemia rubavera, iaitu
pembentukan sel darah merah yang berlebihan. Dalam penggunaanya isotop P-32
disuntik ke dalam tubuh sehingga radiasinya yang memancarkan sinar beta boleh
menghalang pembentujan sel darah merah pada sum-sum tulang belakang.
Sr-85 untuk mengesan penyakit pada tulang.
Se-75 untuk mengesan penyakit pankreas.
Kobalt-60 (Co-60) sumber sinaran gamma untuk terapi tumor dan kanser. Kerana
sel kanser lebih sensitif (lebih mudah rosak) terhadap sinaran radioisotop daripada
sel normal, maka penggunakan radioisotop untuk membunuh sel kanser dengan
menetapkan arah dan dos radiasi.
Kobalt-60 (Co-60) dan Skandium-137 (Cs-137), radiasinya digunakan untuk
pensterilan alat-alat perubatan.
Ferum-59 (Fe-59) boleh digunakan untuk mempelajari dan mengukur kadar
pembentukan sel darah merah dalam tubuh dan untuk menentukan sama ada zat
besi dalam makanan boleh digunakan dengan baik oleh tubuh.
Cr-51 boleh digunakan untuk mengesan kerosakan limpa.
Ga-67 boleh digunakan untuk memeriksa kerosakan getah bening
5

<HBSC4303>

C-14 boleh digunakan untuk mengesan diabetes dan anemia

Pada prinsipnya, bahan radioisotope ditambah kedalam suatu sistem, Kerana


radioisotop tersebut mempunyai sifat kimia yang sama dengan sistem tersebut maka
radioisotop yang telah ditambah boleh digunakan untuk menandakan suatu kompaun
sehingga perubahan kompaun pada sistem dapat dipantau.
Secara umum, faktor yang perlu diperhatikan dalam pemilihan radioisotope untuk
pemakaian pada manusia adalah tidak toksik, mudah dihasilkan dan murah. Disamping itu
pemilihan jenis radioisotope bergantung pula pada tujuan pemakaian perunut tersebut. Untuk
tujuan diagnosis lebih banyak digunakan radioisotope pemancar murni dengan masa separuh
yang relative singkat serta tenaga yang rendah, sedangkan untuk rawatan dalaman dipilih
radioisotope pemancar. Pengertian masa separuh suatu radioisotope adalah waktu yang
menyatakan bahawa selepas waktu tersebut maka radioaktifitas akan menurun menjadi
setengah dari radioaktifitas semula dan akan menurun untuk masa akan datang. Beberapa
keperluan yang harus dipunyai oleh suatu radiofarmaka antara lain:
1. Toksisitasnya rendah
2. Pembuatan dan penggunaannya mudah
3. Lebih khusus untuk penyakit tertentu atau terkumpul pada organ tertentu
4. Tingkat bahaya radiasi pada manusia rendah
-400 keV.

Contoh aplikasi radioisotop sebagai sumber radiasi:

1. Teknik Pengaktifan Neutron


Teknik nuklear ini boleh digunakan untuk menentukan kandungan mineral tubuh
terutama untuk unsur-unsur yang terdapat dalam tubuh dengan jumlah yang sangat kecil (Co,
Cr, F, Fe, Mn, Se, Si, V, Zn, dsb) sehingga sukar ditentukan dengan kaedah konvensional.
Kelebihan teknik ini terletak pada siftanya yang tidak merosakkan dan kepekaannya yang
sangat tinggi. Disini contoh bahan biologic yang akan diperiksa ditembak dengan neutron.

<HBSC4303>

2. Penentuan Kerapatan Tulang Dengan Bone Densitometer


Pengukuran ketumpatan tulang dilakukan dengan cara menyinari tulang dengan
sinaran gamma atau sinar-X. Berdasarkan banyaknya sinaran gamma atau sinar - X yang
diserap oleh tulang yang diperiksa maka dapat ditentukan kepekatan mineral kalsium dalam
tulang. Pengiraan dilakukan oleh komputer yang dipasang pada alat osteoporosis yang sering
menyerang wanita pada usia menopause sehingga menyebabkan tulang mudah patah.

3. Three Dimensional Conformal Radiotherapy (3d-Crt)


Terapi dengan menggunakan sumber sinaran tertutup atau pesawat loji sinaran telah
lama dikenali untuk rawatan penyakit kanser. Perkembangan teknik elektronika maju dan
peralatan komputer canggih dalam dua dekad, telah membawa perkembangan pesat dalam
teknologi radioterapi. Dengan menggunakan pesawat pemercepat zarah generasi terakhir
telah dimungkinkan untuk melakukan radioterapi kanser dengan sangat ketepatan dan tahap
keselamatan yang tinggi melalui kemampuannya yang sangat selektif untuk menyekat bentuk
rangkaian tumor yang akan dikenakan sinaran, merumuskan serta memberikan pendedahan
sinaran dengan dos yang tepat pada sasaran. Dengan memanfaatkan teknologi 3D-CRT ini
sejak tahun 1985 telah berkembang kaedah pembedahan dengan sinaran mengion sebagai
pisau bedahnya (gamma knife). Kes-kes tumor ganas yang sukar untuk sampai dengan pisau
bedah konvensional menjadi dapat diatasi dengan teknik ini, walaupun tanpa perlu membuka
kulit pesakit dan tanpa merosakkan rangkaian di luar sasaran.

4. Sterilisasi sinaran.
Radiasi dalam dos tertentu boleh mematikan mikroorganisma sehingga boleh
digunakan untuk pensterilan alat-alat perubatan. Steritisasi dengan cara sinaran mempunyai
beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan pensterilan konvensional a) Sterilisasi sinaran
lebih sempurna dalam mematikan mikroorganisma. b) Sterilisasi sinaran tidak meninggalkan
sisa bahan kimia. c) Kerana dikemas dulu baru disetrilkan maka alat tersebut tidak mungkin
tercemar bakteria lagi sampai bungkusan terbuka. Berbeza dengan cara konvensional, iaitu
disterilkan dulu baru dikemas, maka dalam proses pembungkusan masih ada kemungkinan
terkena bibit penyakit.

<HBSC4303>

Prinsip sterilisasi adalah membebaskan alat tersebut dari semua jasad hidup terutama
jasad renik (mikrob). Secara umum teknik sterilisasi boleh dibahagikan kepada 2 bahagian
(Nurlaila, 2002):
1. Sterilisasi panas menggunakan wap dan tekanan atau suhu 170oC
2. Sterilisasi sejuk dengan menggunakan cara kimia atau cara sinaran

Alat perubatan kebanyakan berbahan plastik sehingga tidak tahan terhadap sterilisasi
panas, untuk itu dilakukan sterilisasi cara sinaran menggunakan radioisotop. Alat-alat
perubatan yang disterilkan dengan cara sinaran harus tahan terhadap dos sinaran yang
digunakan. Bila bahan tersebut terurai kerana sinaran maka hasil ceritanya tidak berpengaruh
negatif.

Jenis radiasi yang boleh digunakan untuk pensterilan terdiri dari:

Sinaran pengion yang dapat berupa gelombang elektromagnetik dan dapat pula berupa
zarah. Sinaran bukan pengion misalnya sinar ultraviolet, infra merah, ultra sonik. Besarnya
dos untuk sterilisasi bergantung pada jumlah, jenis dan daya tahan mikrob yang
mencemarkan, akan tetapi umumnya dos yang digunakan adalah 25 Kgy. Alat perubatan
yang disterilkan dengan cara sinaran harus tahan terhadap dos sinaran yang digunakan.

Kaedah Terapi
Saat ini, telah ada beberapa terapi menggunakan radioisotop yang boleh dikategorikan
ke dalam nanomedicine. Salah satunya adalah penggunaan CNT. Mereka menggunakan kanta
bersalut dengan carbon nanotube (CNT) untuk menukar cahaya dari laser untuk gelombang
suara tertumpu. Tujuannya adalah untuk membangunkan sebuah kaedah yang boleh
menghancurkan tumor atau bahagian badan lain yang sakit tanpa merosakkan rangkaian yang
sihat. Para penyelidik sedang menyiasat penggunaan nanopartikel bismut untuk
memfokuskan sinaran yang digunakan dalam terapi sinaran untuk merawat tumor-kanser.
Terapi ini sedang dibangunkan untuk menghancurkan tumor kanser payudara. Dalam kaedah
ini, antibodi ditarik oleh protein yang dihasilkan oleh sel kanser payudara setipe yang melekat
pada nanotube, yang menyebabkan nanotube terkumpul di tumor. Sinar inframerah dari laser
diserap oleh nanotube dan menghasilkan panas yang boleh memusnahkan tumor.
8

<HBSC4303>

Terapi tumor atau kanser. Pelbagai jenis tumor atau kanser boleh diterapi dengan
sinaran. Sebenarnya, baik sel normal dan sel kanser boleh dirosakkan oleh radiasi tetapi sel
kanser atau ketumbuhan ternyata lebih sensitif (lebih mudah rosak). Oleh kerana itu, sel
kanser atau tumor boleh dimatikan dengan mengarahkan sinaran secara tepat pada sel-sel
kanser tersebut.

Medical Imaging
Medical imaging menggunakan sinar-X adalah berdasarkan pada perbezaan daya lut
sinar-X pada bahan yang berbeza. Sedangkan pada nuclear medicine, medical imaging lebih
didasarkan pada interaksi level molekul antara kompaun atau kumpulan atom tertentu dengan
sel atau jaringan. Misalnya kompaun 2- methoxy-isobutyl-isonitrile (MIBI) untuk jantung,
diethylene tetramine penta acetate (DTPA) dan hexamethylpropylene amine oxime
(HMPAO) untuk otak, DTPA untuk buah pinggang, hepatoiminodiacetic acid (HIDA) untuk
hati dan hydroxy methylene diphosphonate (HMDP) untuk tulang.
Penggunaan teknik nuklear dalam bidang perubatan, dapat menunjang para ahli
perubatan untuk mengambil keputusan dalam mendiagnosis suatu penyakit serta boleh
dipakai untuk rawatan. Diagnosis penyakit dengan teknik nuklear dapat dilakukan dengan
lebih cepat dan tepat kerana dari hasil pengimejan boleh dinilai keadaan struktur morfologis,
mahupun anatomi dan fisiologi suatu organ serta tidak memberikan rasa sakit. Pemakaian zat
radioaktif untuk maksud diagnosis serta rawatan penyakit relatif aman selama memenuhi
peraturan yang telah ditentukan baik mengenai dos dan menanganinya. Kesan radiasi yang
dipancarkan radioisotop boleh digunakan untuk pensterilan bahan dan peralatan yang
menunjang segi kesihatan serta boleh digunakan sebagai rawatan dan terapi pelbagai penyakit
dalam organ tubuh. Teknik nuklear memberikan manfaat dan impak yang cukup besar dalam
menunjang program kesihatan masyarakat.

Aplikasi Radioisotop Dalam Bidang Perindustrian


Dalam pembuatan kertas,kepingan plastik, dan kepingan logam, pengawalan
ketebalan secara automatik boleh dicapai dengan ,meletakkan sumber zarah beta di sebelah
kepingan dan pengesan di sebelah yang lain. Jika kepingan itu terlalu nipis, pembilangan
yang dicatat oleh pengesan bertambah dan isyarat akan dihantar ke penggelek supaya tekanan
pada kepingan dikurangkan. Tin dan bungkusan disemak dengan memancar zarah beta
9

<HBSC4303>

menerusinya. Jika pembilangan bertambah, tin itu tidak diisi dengan penuh dan akan
disingkirkan.
Radioisotop digunakan untuk mengesan kebocoran paip air bawah tanah. Sedikit
garam(NaCl) yang mengandungi radioisotop natrium-24 (setengah hayat yang pendek)
dilarutkan ke dalam air di tangki simpanan. Satu pengesan tiub Geiger-Muller digerakkan di
permukaan tanah mengikut laluan paip itu sehingga pembilangan yang besar dikesan.
natrium-24 digunakan sebagai penyurih kerana: mempunyai setengah hayat yang pendek supaya keaktifannya dalam air akan turun ke
nilai yang tidak merbahaya dalam tempoh yang singkat.
memancarkan zarah beta yang dapat menembusi tanah untuk dikesan. (Zarah alfa
tidak dapat menembusi tanah manakala sinar gama pula akan menembusi paip yang
tidak bocor).
Semasa pembuatan kain sintetik, kain dicaskan dan akan menarik habuk serta kotoran
dari udara. Sumber zarah alfa yang kuat digunakan untuk menyahcas kain sintetik. Sinar
gama yang mempunyai kuasa penembusian yang tinggi digunakan untuk mengesan rekahan
dalam yang mungkin terdapat di dalam plat keluli.

Aplikasi Radioisotop Dalam Bidang Pertanian


Kadar dan kuantiti penyerapan baja oleh tumbuhan ditentukan dengan mencampurkan
fosfat yang radioaktif ke dalam baja. Selepas suatu masa, tumbuhan itu diuji dengan
pembilang Geiger-Muller. Sinaran radioaktif daripada radioisotop digunakan untuk
membunuh sertangga perosak. Serangga perosak juga boleh dibiakkan di makmal. Kemudian
didedahkan kepada sinar gama. Mutasi berlaku di mana serangga itu boleh menjadi mandul
dan tidak dapat membiak. Sumbangan teknologi nuklear dalam bidang pertanian tidak harus
dinafikan.
Teknik nuklear dapat diguna untuk menghasilkan baka tumbuh-tumbuhan yang baik dan
bermutu (seperti kaedah pembiakan baka mutasi aruhan).
Teknologi nuklear juga boleh digunakan untuk membasmi serangga perosak tanaman
seperti kumbang, belalang dan lain-lain. Contohnya, untuk mengawal bilangan serangga
perosak, tisu serangga diubah supaya ia mandul dan tidak dapat membiak.
Penggunaan teknik isotop radioaktif dan sinaran pengionan seperti sinar gama dan sinarX berjaya meningkatkan hasil pengeluaran pertanian dan ternakan.
10

<HBSC4303>

KESIMPULAN
Kemajuan pesat di seluruh dunia telah mendorong pelbagai negara untuk
mengaplikasikan tenaga nuklear di negara mereka sendiri di mana negara-negara maju seperti
Amerika dan Rusia telah lama menggunakan sumber janakuasa nuklear. Ini juga telah
mendorong Malaysia untuk menggunakan tenaga nuklear pada tahun 2021 apabila Malaysia
menghadapi krisis tenaga di mana sumber bahan asli seperti pertroleum, gas asli dan arang
batu akan mengalami kesusutan dan habis. Sejak daripada insiden tsunami di Fukushima,
Jepun pada tahun 2011, tenaga nuklear dianggap satu tenaga yang membawa keburukan
dengan mencemari sumber makanan, menyebabkan kes penyakit kanser meningkat dan
terpaksa mengasingkan zon yang telah tercemar.
Namun begitu, kita harus melihat dahulu kebaikan tenaga nuklear. Bagi suatu negara
yang sedang pesat membangun seperti Malaysia, tenaga elektrik adalah satu elemen penting
dalam pembangunan di mana ianya boleh dijana dengan arang batu, gas, dan sistem hidro,
tetapi tenaga nuklear boleh membekalkan berjuta kali ganda daripada sumber tenaga yang
sedia ada dengan menggunakan jumlah yang sedikit. Kemudian kandungan sumber uranium
iaitu bahan bakar tenaga nuklear adalah lebih banyak di bumi ini dan boleh bertahan sehingga
100 200 tahun lagi. Seterusnya, tidak seperti tenaga sumber asli yang lain, tenaga nuklear
tidak menghasilkan karbon dioksida yang menyebabkan pemanasan global, sesuai dengan
dasar kerajaan untuk mengurangkan 40 % daripada pencemaran karbon dioksida (CO2) pada
tahun 2020. Bahan bakar tenaga nuklear, uranium adalah lebih ringan dan memudahkan
untuk pengangkutan.
Di sebalik kebaikan, terdapat keburukan dan kelemahan tenaga nuklear. Pertama,
tenaga nuklear memerlukan penjagaaan yang amat rapi kerana radiasi nuklear boleh
membawa kecacatan genetik dan kekal di bumi ini untuk beribu-ribu tahun lamanya dan
menyebabkan sesuatu kawasan yang tercemar itu harus diasingkan seperti apa yang berlaku
di Chernobyl , Ukraine, 1986 sehingga sekarang. Kedua, bahan nuklear itu boleh diseludup
dan digunakan oleh pengganas untuk membuat bom atom yang impaknya seperti diceritakan
di Nagasaki dan Hiroshima, Jepun 1945. Kawalan keselamatan terhadap stesen janakuasa
tenaga nuklear harus dipertingkatkan, kerana ianya menjadi sasaran pengganas untuk
diletupkan. Tenaga nuklear juga boleh dijadikan sebab oleh kuasa besar dunia untuk
mengenakan sekatan ekonomi kepada Malaysia seperti yang dikenakan kepada Iran.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memberitahu 5 lokasi tapak janakuasa tenaga
11

<HBSC4303>

nuklear di Malaysia telah dikenalpasti iaitu satu di Kedah, Perak, Terengganu dan dua di
Johor. CAP menekankan lagi, kurangnya penyertaan dan penyebaran informasi kepada orang
awam mengenai projek ini dan menyeru bersama Gabungan Menentang Nuklear Malaysia
(MY-CAN) membatalkan projek ini dan melabur dalam sumber tenaga yang diperbaharui
(seperti tenaga solar, hidro, angin) yang kosnya semakin lama semakin murah berbanding
tenaga nuklear yang mahal dari segi pembinaan dan merbahaya. Bagi saya, Malaysia sendiri
mempunyai rekod yang tidak menyakinkan di dalam pembinaan, di mana kes stadium runtuh,
parlimen bocor, tragedi Highland Tower dan banyak lagi, seperti meletakkan Malaysia
seperti telur di hujung tanduk dan menimbulkan persoalan, Apa akan terjadi sekiranya
stesen janakuasa nuklear ini meletup ?.

( 3476 Patah perkataan )

12

<HBSC4303>

RUJUKAN / REFERENSI

http://ms.wikipedia.org/w/index.php?search=RADIOISOTOP&title=Khas%3AGelintar&
fulltext=1

https://www.scribd.com/doc/102062141/Tenaga-Nuklear-Kebaikan-AtauKeburukan#download

http://ms.wikipedia.org/wiki/Isotop

http://www.majalahsains.com/2014/04/teknologi-radioisotop-guna-siklotron/

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20140324/st_04/Teknologiradioisotop-guna-siklotron

13

You might also like