Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

vii

ISI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

ABSTRACT

vi

ISI KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI RAJAH

xiv

SENARAI SINGKATAN

xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

viii

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

1.2

Latar Belakang Masalah

1.3

Pernyataan Masalah

1.4

Objektif Kajian

1.5

Persoalan Kajian

1.6

Kepentingan Kajian

1.6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

10

1.6.2 Universiti Teknologi Malaysia

10

1.6.3 Bahagian Pendidikan Guru

10

1.6.4 Pelajar-pelajar yang Mengikuti Program

11

Perguruan
1.6.5 Ibu bapa, Guru dan Masyarakat

12

1.7

Skop Kajian

12

1.8

Batasan Kajian

12

1.9

Definisi Istilah

12

1.9.1 Profesion

12

1.9.2 Perguruan

13

1.9.3 Minat

14

1.9.4 Keluarga

14

1.9.5 Rakan Sebaya

15

1.9.6 Ganjaran

15

Penutup

15

1.10

ix

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

17

2.2

Teori Pemilihan Kerjaya

18

2.3

Faktor Peribadi dengan Pemilihan Kursus

22

2.4

Faktor Pengaruh Orang Signifikan dengan

24

Pemilihan Kursus

2.5

Faktor Rakan Sebaya dan Keluarga

26

2.6

Faktor Kerja Itu Sendiri dengan Pemilihan Kursus

28

2.7

Faktor Gaji dan Cuti

30

2.8

Penutup

33

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

34

3.2

Rekabentuk Kajian

35

3.3

Populasi dan Sampel Kajian

36

3.3.1 Populasi Kajian

36

3.3.2 Sampel Kajian

36

3.4

Tempat Kajian

37

3.5

Instrumen Kajian

38

3.5.1 Bahagian A

38

3.5.2 Bahagian B

39

3.6

Kesahan Soal Selidik

41

3.7

Kajian Rintis

42

3.8

Kebolehpercayaan Soal Selidik

43

3.9

Pengumpulan Data

45

3.10

Prosedur Kajian

45

3.11

Analisis Data

48

3.12

Penutup

50

ANALISIS DATA

4.1

Pengenalan

51

4.2

Analisis Bahagian A Maklumat Demografi

52

Responden
4.2.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

53

Mengikut Jantina
4.2.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

54

Mengikut Bangsa
4.2.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut

77

Umur
4.3

Analisis Bahagian B Persoalan Kajian

54

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1

55

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2

58

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3

61

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4

64

4.4

Analisis Keseluruhan bagi Persoalan Kajian

68

4.5

Penutup

69

PERBINCANGAN,RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

70

5.2

Perbincangan

71

5.2.1 Perbincangan

Faktor

Peribadi

dalam

Mempengaruhi Pemilihan Bidang Perguruan

72

xi

5.2.2 Perbincangan

Faktor

Luaran

dalam

73

Mempengaruhi Pemilihan Bidang Perguruan


5.2.3 Perbincangan Faktor Profesion Peguruan

75

dalam Mempengaruhi Pemilihan Bidang


Perguruan
5.2.4 Perbincangan

Faktor

Ganjaran

dalam

77

Mempengaruhi Pemilihan Bidang Perguruan


5.3

Rumusan

79

5.4

Cadangan Tindakan

81

5.5

Cadangan Kajian Lanjutan

82

5.6

Penutup

83

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

85

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK JADUAL

MUKA SURAT

1.1

Statistik Terkini Jumlah Guru di Malaysia

3.1

Sampel Kajian

36

3.2

Pembahagian Item Bahagian A Latar Belakang Responden

39

3.3

Pembahagian Item Bahagian B Fakor yang mempengaruhi


Pemilihan Profesion Perguruan

3.4

Pemeringkatan Skala Likert

39
40

3.5

Pekali Alpha Cronbach

40

3.6

Keputusan Analisa Alpha Cronbach

44

3.8

Kriteria Menganalisis Data

49

3.9

Maklumbalas dan Skor Likert Item

50

3.10

Taburan min mengikut tahap

50

4.1

Taburan bilangan dan peratusan pelajar mengikut jantina

53

4.2

Taburan bilangan dan peratusan pelajar mengikut bangsa

53

4.3

Taburan bilangan dan peratusan pelajar mengikut umur

54

4.4

Taburan nilai peratusan, kekerapan dan min setiap item

56

bagi persoalan kajian 1


4.5

Taburan nilai peratusan, kekerapan dan min setiap item

59

bagi persoalan kajian 2


4.6

Taburan nilai peratusan, kekerapan dan min setiap item

62

xiii

bagi persoalan kajian 3


4.7

Taburan nilai peratusan, kekerapan dan min setiap item

66

bagi persoalan kajian 4


4.8

Ringkasan dapatan kajian faktor pemilihan profesion


perguruan

68

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK RAJAH

MUKA SURAT

2.1

Hiraki Keperluan Abraham Maslow

21

3.1

Carta Alir Prosedur Kajian

46

xv

SENARAI SINGKATAN

NO. SINGKATAN

TAJUK SINGKATAN

FP

Fakulti Pendidikan

UTM

Universiti Teknologi Malaysia

KPM

Kementerian Pelajaran Malaysia

SPSS

Statistical Package For Sosial Science

Peratus

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN

TAJUK

Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat

Kesahan Kandungan Soal Selidik

Contoh Soal Selidik

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis
pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara.
Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan
ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat (Dato Hj. Abdul Majid Omar,
2007). Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan
mencabar.

Profesion perguruan juga adalah satu bidang yang memberikan perkhidmatan


yang unik, tetap dan yang diperlukan oleh masyarakat. Hal ini adalah kerana individu
dalam profesion perguruan itu sahaja yang boleh memberi perkhidmatan dalam
bidangnya (Syarifah Alawiyah Alsagoff, 1987). Menurut Esah Sulaiman (2003: 3),
bidang perguruan atau pendidikan merupakan suatu profesion yang besar tanggungjawab
serta cabarannya. Menurut Noran Fauziah (1993), guru adalah golongan manusia yang
memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap

2
manusia. Sama ada sedar atau tidak, insan-insan yang bergelar guru pada hari ini terdiri
daripada golongan pendokong utama yang berusaha bagi merealisasikan tugas yang
bertujuan untuk mencapai hasrat murni negara.

Kerajaan Malaysia telah memberi sokongan sepenuhnya dalam memastikan


semua rakyat mendapat pendidikan sebaiknya tidak kira apa peringkat umur sekalipun
ke arah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu pengetahuan
dan kemahiran ke arah Wawasan 2020. Ini terkandung dalam cabaran No. 2 Wawasan
2020 iaitu melibatkan pembentukan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas dari segi
psikologi, selamat dan maju yang memiliki kepercayaan dan keyakinan dalam dirinya
sendiri, cukup kuat untuk menghadapi semua bentuk kesusahan sementara ia mengejar
kecemerlangan (Ungku A. Aziz, 1991). Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan
Pendidikan Teknikal atau JPTek telah terlibat secara langsung dalam memberikan
pendidikan berbentuk kemahiran kepada semua rakyat Malaysia bersama-sama industri
lain yang berkait rapat dengan bidang kemahiran dan pengetahuan.

Menurut Shahril @ Charil dan Habib (1999), melalui kebolehan, kemahiran dan
usaha rakyat barulah sesebuah negara boleh maju. Oleh itu, dalam usaha kerajaan
menuju ke arah Wawasan 2020, Kementerian Pendidikan mengambil beberapa tindakan
yang bertujuan untuk meningkatkan tenaga mahir. Untuk melaksanakan usaha ini ,maka
kerajaan perlu lebih ramai guru-guru terlatih dalam bidang Sains Teknikal dan
Vokasional.

Penambahan bilangan guru Sains Teknikal dan Vokasional diperlukan

lanjutan daripada penambahan bilangan pelajar yang berminat dengan pelajaran


berkaitan serta dengan penawaran mata pelajaran Sains Teknikal di sekolah berasrama
penuh dan sekolah harian yang dipilih.

Peningkatan bilangan pelajar ini berlaku

disebabkan perubahan tanggapan masyarakat, ibu bapa dan pelajar sendiri mengenai
kepentingan pekerjaan yang mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal serta
kepentingannya terhadap permintaan pasaran kerja yang ada kaitannya terhadap

3
keperluan untuk pembangunan ekonomi negara (Fong Chan Onn, 1994). Ini ditambah
dengan prospek yang cerah dalam pasaran kerja menyebabkan pendidikan Teknik dan
Vokasional menjadi pilihan pelajar selepas tahun 1990-an (Mohd Salleh, 2002).

Pendidikan berperanan sebagai pembentuk bangsa dan seterusnya kepada bangsa


dengan mengeluarkan tenaga manusia mahir, melahirkan insan harmonis, warga negara
yang cekap, berketrampilan, beretika, berilmu dan beriman, berkebolehan, berfikiran
terbuka, kreatif dan inovatif, bijak mencari dan menggunakan maklumat yang diperoleh,
serta memiliki ciri-ciri seorang keusahawanan. Dengan erti kata lain, diharapkan
pendidikan mampu melahirkan seorang insan berketrampilan seperti yang dicitrakan
dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Bagi memperoleh sumber manusia berketrampilan, negara perlu melatih dan


membekalkan pendidik secukupnya. Selain daripada mencukupi, pendidik ini juga
hendaklah memiliki ciri-ciri yang diperlukan bagi membolehkan mereka melahirkan
sumber manusia yang berpengetahuan, berketrampilan, bersahsiah, berahklak mulia,
bersikap positif, dedikasi dan berdisplin. Malah, mereka juga berperanan penting dalam
membentuk masa depan anak-anak di samping ibu bapa. Mereka menjadi salah satu
pendorong utama dalam memotivasikan anak-anak bagi mencapai cita-cita mereka.
Apatah lagi pada zaman globalisasi yang penuh cabaran di mana ilmu tersebar luas dan
datang dari pelbagai punca, maka guru berperanan membimbing anak-anak memilih dan
mengasingkan antara ilmu yang baik dan ilmu yang patut dijauhi (Abdul Rafie Mahat
(2001)

Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi guru adalah tunjang kepada sistem
pendidikan. Mereka merupakan golongan pelaksana segala dasar dan matlamat yang
telah di tetapkan oleh pihak kerajaaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia.Seperti
mana yang ditegaskan dalam Forum Pendidikan di Pulau Pinang (Ibrahim, 2003), untuk

4
memperoleh anak bangsa yang berkualiti (berilmu, berketrampilan, berdisplin,
berahklak, inisiatif, inovatif, kreatif, ingin cemerlang serta berkemahiran), ianya
haruslah bermula daripada orang yang mendidik mereka iaitu guru. Jelaslah
menunjukkan keupayaan memperoleh anak bangsa yang berkualiti mestilah diperoleh
daripada guru yang cemerlang. Untuk memperoleh guru yang cemerlang pula mestilah
bertitik tolak daripada dalaman diri guru itu sendiri semasa mereka memilih profesion
perguruan ini sebagai kerjaya.

Jadual 1.1: Statistik terkini jumlah guru di Malaysia

Sekolah

Lelaki

Perempuan

Jumlah

Rendah
Menengah
JUMLAH

71,393
55,455
126,848

163,261
121,933
285,194

234,654
177,388
412,042

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011)

1.2

Latar belakang Masalah

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia merupakan salah sebuah IPTA


tempatan yang menyediakan kursus pendidikan Teknikal dan Vokasional.Sejak
penubuhannya pada tahu 1993 hingga kini,UTM telah melahirkan ramai pendidik di
peringkat ijazah pertama dan lanjutan.Calon yang mengikuti kursus pendidikan ini
adalah

yang

berkelulusan

dari

Matrikulasi,

Diploma,STPM

atau

setaraf

dengannya.Kemasukan pelajar yang ramai dalam bidang pendidikan menimbulkan


persoalan adakah ini menjadi petanda bahawa perguruan merupakan bidang yang
semakin diminati. Menurut Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan,
Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Zakaria Kasa (2010), ada beberapa faktor yang
membawa kepada pelajar lebih cenderung menjadi guru antaranya keistimewaan yang

5
mampu diperoleh apabila menjadi mahasiswa program pendidikan yang ditawarkan
institut pendidikan guru mahupun IPT awam.

Tokoh pendidik negara Tan Sri Ainuddin Wahid menyatakan orang sekarang
melihat tinggi rendah seseorang itu berdasarkan apa yang mereka miliki.

Menurut

beliau kerana ganjaran yang menarik berbanding profesion yang lain, profesion
perguruan dijadikan Jaring Penyelamat untuk orang mencari kerja. Apabila mereka
tidak mendapat pekerjaan yang mereka idamkan mereka akan beralih kepada profesion
perguruan. (Utusan Malaysia, 28 Disember 1990). Apakah fenomena ini menunjukkan
mereka yang memilih profesion perguruan sebahagiannya bukanlah mereka yang
berminat atau bercita - cita menjadi guru? Menurut Azhar, 2007 Pesiden Kesatuan Guruguru Malaysia Barat, Dr Abdul Rahman Daud kemasukan yang tinggi di dalam
profesion perguruan adalah disebabkan pandangan sesetengah individu yang
menganggap kerjaya ini sebagai pilihan terakhir kepada golongan siswazah bagi mereka
yang gagal memperoleh sebarang pekerjaan.

Tajul (1995) menyatakan salah satu daripada ciri penting yang perlu ada pada
seseorang guru atau bakal guru ialah mereka mestilah mempunyai minat penuh terhadap
keseluruhan tugasnya, baik di sekolah ataupun dalam sebarang isu kemasyarakatan
ketika berada di luar sekolah. Mereka yang menjadi guru hanya kerana gaji ataupun
kerana tidak mendapat pekerjaan lain, perlulah segera mengubah sikap. Mereka perlulah
segera meminati bidang perguruan. Jika tidak mereka hanya menipu diri sendiri dan
masyarakat. Ini menunjukkan seseorang yang ingin menjadikan profesion perguruan
sebagai kerjaya mereka mestilah meminati profesion ini.

Pemilihan kerjaya perguruan oleh seseorang kemungkinan juga melibatkan


pengaruh dan dorongan daripada pihak ketiga iaitu keluarga, terutama ibu bapa dan juga
pengaruh rakan sebaya. Quek (1991), Hishammuddin (1995), Mat Khailil (2000) dan

6
Mohd.Aniza(2000) mendapati keluarga terutama ibubapa memang mempengaruhi
pemilihan kerjaya seseorang. Mereka juga menyatakan pengaruh ibubapa adalah lebih
dominan berbanding pengaruh rakan sebaya dalam soal pemilihan kerjaya seseorang.

Zuria (1998) menyatakan orang melamar kerja kerana adanya gaji tetapi gaji
tidak menimbulkan kepuasan kerja. Pada masa dahulu mereka yang memilih profesion
perguruan bukan kerana gaji yang lumayan tetapi keadaan kerja pada masa itu dianggap
sessuai dengan keperluan, nilai , falsafah hidup, ciri kerja separuh hari , ada cuti yang
panjang, mobiliti yang mudah, peluang mengasuh dan mendidik dan memberikan kasih
sayang. Ini menunjukkan ciri kerja separuh hari dan cuti yang panjang dianggap suatu
faktor yang menyebabkan kerjaya perguruan dipilih. Namun menurut Mohd Salleh
(1998) tugas guru tidak terhad kepada kepada waktu persekolahan sahaja, guru perlu
mengendalikan kegiatan kokurikulum seperti permainan dan persatuan serta lain - lain
aktiviti yang telah dirancang oleh pihak pentadbiran. Guru juga terpaksa membawa balik
kerja - kerja menyemak kerja pelajar, menyemak jawapan ujian dan peperiksaan, rekod rekod pelajar untuk disiapkan di rumah.

Hakikatnya guru tidaklah diperuntukkan cuti seperti mana cuti persekolahan.


Menurut Surat Pekeliling Iktisas Bil.5/1977 Kementerian Pendidikan menegaskan guru
adalah kakitangan kerajaan, maka semua guru tertakluk kepada Perentah Am Bab C
,perenggan 50 menyatakan

Ketua jabatan boleh memanggil guru-guru menjalankan tugas selain


daripada tugas-tugas biasa semasa percutian penggal sekolah.
Manakala Surat Pekeliling Iktisas 1/1981 Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa
waktu tidak mengajar adalah masa bekerja bagi guru-guru dan pengetua boleh
mengarahkan guru menggunakan masa tersebut mengantikan guru yang tidak hadir,
membuat persediaan mengajar, memeriksa buku latihan dan lain-lain tugas yang
difikirkan perlu.

7
Tugas guru meliputi berbagai aspek, bukan hanya sekadar mengajar di bilik
darjah. Selain dari tugas hakiki tersebut guru ternyata memikul beban tugas yang
banyak. Mohd Fuad (1997) menyenaraikan tugas guru ialah mengajar, menguji, menilai,
membimbing dan memulihkan pelajar, juga menguruskan rekod pelajar, biasiswa, buku
teks, yuran, surat kepada ibubapa, disiplin, kecerian sekolah, panitia mata pelajaran ,
juga dalam gerak kerja kokurikulum seperti penasihat persatuan dan kelab, jurulatih,
pengangkutan dan jaminan keselamatan serta tugas perhubungan awam seperti
perbincangan dengan ibubapa, masyarakat dan juga agensi kerajaan swasta.

Sementara Asmah (1991) menyatakan bahawa seseorang guru memainkan


berbagai peranan di sekolah. Peranan guru adalah seperti pemberi maklumat pelajar dan
pengerak kurikulum, pendisiplin, penganti ibubapa, sebagai kaunselor dan pembimbing,
penasihat atau pengerak kegiatan kokurikulum, pembentuk peraturan sekolah, pembina
sahsiah, kadang kala sebagai jurutaip, kerani dan pekerja am dan juga sebagai pelajar.
Berdasarkan keadaan beban kerja, kebajikan dan gaji yang kurang menarik, waktu kerja
dan cuti yang tidak tetap dan kesukaran kerajaan dalam memenuhi tuntutan bagi
meningkatkan kedudukan profesion perguruan jelas sekali profesion ini tidak
menjanjikan sesuatu yang lebih baik berbanding profesion lain. Abd. Rahim (2002) pula
menyatakan walaupun terdapat pandangan negatif tentang profesion perguruan, tetapi
masih terdapat golongan yang memilih kerjaya ini kerana beberapa sebab tertentu.

1.3

Penyataan Masalah

Institusi melahirkan guru telah membekalkan dan melambak guru setiap


tahun ke pasaran. Namun, adakah setiap guru yang dipasarkan itu benar-benar bersedia
untuk mengharungi profesion ini. Profesion ini memerlukan tahap professional yang
tinggi untuk seorang guru itu benar-benar berwibawa. Persoalan yang boleh

8
dibangkitkan ialah apakah yang menyebabkan mereka ini memilih perguruan sebagai
kerjaya mereka. Merujuk kepada latar belakang masalah, jelas sekali profesion ini tidak
menjanjikan sesuatu yang lebih baik berbanding profesion lain. Namun masih ramai
pelajar yang memilih profesion perguruan sebagai kerjaya. Dari persoalan ini pengkaji
membuat keputusan untuk membuat kajian apakah faktor yang menyebabkan mereka
memilih profesion perguruan. Dari perbincangan di atas , pengkaji menetapkan faktor
yang terlibat dalam kajian ini ialah faktor peribadi, faktor pengaruh , faktor profesion
perguruan dan faktor ganjaran. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk
mengenalpasti faktor pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar tahun akhir
Fakulti Pendidikan, UTM.

1.4

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:


i.

Mengenalpasti faktor peribadi dalam mempengaruhi pemilihan profesion


perguruan di kalangan pelajar.

ii.

Mengenalpasti faktor luaran dalam mempengaruhi pemilihan profesion


perguruan di kalangan pelajar.

iii.

Mengenalpasti faktor profesion perguruan dalam mempengaruhi pemilihan


profesion perguruan di kalangan pelajar.

iv.

Mengenalpasti faktor ganjaran dalam mempengaruhi pemilihan profesion


perguruan di kalangan pelajar.

9
1.5

Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, persoalan yang akan dikaji ialah:

i.

Adakah faktor peribadi mempengaruhi pemilihan profesion perguruan di


kalangan pelajar?

ii.

Adakah faktor luaran mempengaruhi pemilihan profesion perguruan di kalangan


pelajar?

iii.

Adakah faktor profesion perguruan mempengaruhi pemilihan profesion


perguruan di kalangan pelajar?

iv.

Adakah faktor ganjaran mempengaruhi pemilihan profesion perguruan di


kalangan pelajar?

1.6

Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan diharap dapat memberikan maklumat yang baik dan
berguna kepada semua pihak terutamanya pihak yang terlibat secara langsung dalam
bidang pendidikan iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia, Universti Teknologi Malaysia
dan juga kepada bakal guru atau individu yang ingin menjadikan perguruan sebagai
kerjaya mereka.

10
1.6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia

Kajian ini diharap dapat memberikan maklumat kepada Kementerian Pelajaran


Malaysia tentang faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar memilih profesion
perguruan sebagai pilihan kerjaya mereka. Hasil daripada kajian ini juga boleh dijadikan
maklum balas kepada usaha Kementerian untuk mempertingkatkan lagi profesion ini
agar bakal pendidik mempunyai minat yang lebih mendalam serta lebih komited di
dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru.

1.6.2 Universiti Teknologi Malaysia

Dapatan kajian juga diharap memberikan maklum balas kepada pihak Universiti
Teknologi Malaysia dalam usaha melahirkan guru yang berkualiti.Dari dapatan kajian
ini diharapkan pihak institusi dapat mengenalpasti calon-calon yang sesuai semasa
pemilihan pengambilan dilakukan. Ini untuk memastikan graduan institut ini adalah
mereka yang benar-benar mampu menjadi guru, bukan sahaja dari segi penguasaan ilmu
tetapi juga dari segi sikap dan komitmen terhadap profesion ini. Maklumat-maklumat
daripada hasil dapatan kajian amat berguna dalam membuat analisis serta penilaian
terhadap kemasukan pelajar-pelajar baru ke institusi.

1.6.3 Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

Selain daripada itu, dapatan kajian ini juga diharapkan dapat memberikan
maklumat kepada pihak Kementerian, terutamanya Bahagian Pengambilan Guru bagi

11
memantapkan lagi kriteria pemilihan calon yang memohon bidang perguruan agar
mereka yang terpilih adalah mereka yang benar - benar berkeupayaan dan bersungguh sungguh ingin menjadi pendidik. Calon-calon yang terpilih juga perlulah mempunyai
minat, berkaliber serta bertanggungjawab di dalam memikul tugasnya.Pengkaji juga
berharap agar langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia di dalam melahirkan lebih ramai lagi bakal guru yang berwibawa
serta berdedikasi tinggi.

Dapatan kajian juga diharap memberi maklumat tentang langkah yang wajar
diambil oleh Kementerian Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan Bahagian
Pendidikan Guru dan pihak sekolah untuk merancang tindakan susulan seperti kursus
motivasi, kesedaran dan program - program pembangunan staf yang bersesuaian dalam
memberi dorongan serta mengekalkan minat dan mempertingkatkan kemahiran
guru dan seterusnya membantu usaha meningkatkan tahap profesionalisma bidang
perguruan.

1.6.4 Pelajar-pelajar Yang Mengikuti Program Perguruan

Hasil daripada kajian ini diharap agar dapat memberi gambaran tentang faktorfaktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia dalam
memilih kerjaya perguruan sebagai kerjaya pilihan mereka.

12
1.6.5 Ibu Bapa, Guru dan Masyarakat

Dapatan ini diharap dapat menjadi panduan kepada ibu bapa, guru-guru dan
masyarakat dalam membantu memberikan panduan dalam pemilihan kerjaya kepada
pelajar. Kesedaran untuk membantu membina dorongan dan minat remaja dalam
memilih bidang kerjaya amat penting supaya pemilihan kerjaya yang dibuat adalah
tepat.

1.7

Skop Kajian

Kajian dijalankan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pemilihan


profesion perguruan di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM. Aspek
yang akan dikaji ialah faktor peribadi, faktor luaran, faktor pengaruh profesion
perguruan dan akhir sekali ialah faktor ganjaran. Seramai 118 orang pelajar tahun 4 bagi
program Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Fakulti
Pendidikan UTM dipilih sebagai sampel kajian.

1.8

Batasan Kajian

Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian untuk
mendapatkan maklumat-maklumat yang dikehendaki bagi mencapai objektif kajian ini.
Ketepatan dapatan kajian ini bergantung kepada kejujuran responden semasa menjawab

13
semua soalan yang diberi. Hanya pelajar tahun 4 Fakulti Pendidikan di UTM yang
mengambil pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran
Hidup) sahaja terlibat dalam kajian ini disebabkan kekangan masa dan kewangan.

1.9

Definisi Istilah

Definisi istilah atau konsep yang diterangkan dalam bahagian ini adalah
berdasarkan kesesuaian kajian yang dijalankan Terdapat beberapa istilah yang perlu
dijelaskan bagi menerangkan dengan lebih tepat menurut kehendak dan keperluan yang
akan dibincangkan dalam kajian ini.

1.9.1 Profesion

Menurut Dictionary of Education (1973) profesion ialah satu pekerjaan yang


dihormati dan mempunyai reputasi yang baik disebabkan oleh sumbangannya kepada
masyarakat. Ia memerlukan pengetahuan yang khusus dan sistematik serta tempoh
akademik yang panjang.

14
1.9.2 Perguruan

Menurut Kamus Dewan (1996) perguruan adalah sekolah, tempat, perkara yang
berkaitan dengan guru.

1.9.3 Minat

Menurut Kamus Dewan (1996) minat didefinisikan sebagai keinginan (kesukaan,


kecenderungan) kepada sesuatu. Sharifah Alwiyah (1984) pula menyatakan minat adalah
daya pengerak atau kecenderungan seseorang untuk memberi perhatian kepada
seseorang, sesuatu benda atau kegiatan. Dalam konteks kajian ini minat yang
dimaksudkan ialah minat terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan profesion atau
kerjaya perguruan.

1.9.4 Keluarga

Menurut Kamus Dewan (1996), keluarga ialah suatu kumpulan dari keturunan
yang sama atau kaum kerabat yang mempunyai pertalian. Dalam kajian pengkaji
memfokuskan pengaruh keluarga adalah pengaruh ibubapa serta adik- beradik yang
dikira mempunyai hubungan yang rapat dengan responden.

You might also like