Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 20

Jabatan Kejuruteraan

Elektrik
Universiti Malaya
Ujikaji E1

Ciri-Ciri
Motor
Aruhan
(LucasNulle)

ISMAIL HASMAN BIN MOHAMED @


SALLEH
KEE 98056
780508-11-5133
E3

PENGENALAN
Mesin elektrik sebagai satu pengubah tenaga elektromekanik terdiri
daripada dua kelas yang penting iaitu penjanakuasa dan motor.
Penjanakuasa mengubahkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik
manakala motor mengubahkan tenaga elektrik kepada tenaga
mekanik.
Motor pula terdiri daripada motor arus terus dan motor arus
ulang-alik. Salah satu jenis motor arus ulang-alik yang penting ialah
motor aruhan. Motor aruhan merupakan motor yang paling kerap
dijumpai dalam industri kerana beberapa kelebihan motor jenis ini..
Dalam motor aruhan, rotor tidak menerima kuasa elektrik secara
terus melalui pengalir tetapi secara aruhan elektromagnet menurut
hukum Faraday.
Dalam eksperimen ini, kami menyelidiki ciri-ciri motor aruhan.
Kelakuan motor aruhan kami kaji melalui ujian-ujian yang berikut:
Ujian 1 Permulaan
Ujian 2 Pengukuran gelinciran secara langsung
Ujian 3 Ujian beban
Dalam ujian 1, kami meneliti nilai-nilai terkadar motor yang
digunakan, mengkaji hubungan arus motor dan tork dengan laju serta
mengkaji kaitan arus motor dengan laju motor pada setiap kedudukan
pemula..

Dalam ujian 2, nilai slip bagi motor aruhan ditentukan secara


langsung melalui pengukuran masa 30 ayunan arus pemutar.
Dalam ujian yang terakhir, ujian beban dijalankan dengan
rintangan sifar, pertengahan dan maksimum pada litar pemutar. Graf
tork keluaran melawan laju dan graf kecekapan motor melawan kuasa
keluaran diplotkan untuk ketiga-tiga ujian beban ini. Akhir sekali,
hubungan beberapa kuantiti penting seperti laju, slip dan
seumpamanya dengan tork diselidiki.

TEORI MOTOR ARUHAN


MOTOR ARUHAN SEBAGAI
MESIN ELEKTRIK
Mesin elektrik ialah peranti yang mengubahkan tenaga elektrik kepada
tenaga mekanik atau sebaliknya. Jadi, mesin elektrik juga digelar
pengubah tenaga elektromekanik. Ini digambarkan dalam Rajah 1:
i

+
Pangkalan
elektrik

w
Mesin
elektrik
unggul

T
Pangkalan
mekanik

Rajah 1 Perwakilan am mesin elektrik unggul.


Mesin elektrik terdiri daripada dua kelas yang utama berasaskan
pengubahan tenaga yang berlaku. Apabila mengubahkan tenaga
elektik kepada tenaga mekanik, ia dipanggil motor dan apabila
mengubahkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik, ia dipanggil
penjanakuasa. Secara ringkas,
motor

tenaga elektrik

tenaga mekanik
penjanakuasa

Dalam Rajah 1, v dan i masing-masing ialah voltan dan arus


pada pangkalan elektrik manakala w dan T masing-masing ialah laju
sudut dan tork pada pangkalan mekanik. Untuk mesin elektrik yang
unggul, hubungan berikut adalah benar
vi = Tw

Motor terdiri daripada dua kelas yang utama iaitu motor arus
terus dan motor arus ulang-alik. Dalam motor arus terus, tenaga
elektrik dibekalkan sebagai tenaga elektrik arus terus manakala dalam
tenaga elektrik arus ulang-alik.
Motor aruhan, sebagaimana diimplikasi oleh namanya, tidak
menerima kuasa elektrik secara terus melalui pengalir atau konduktor
tetapi secara aruhan elektromagnet mengikut hukum Faraday:
Jika fluks magnet mengait satu pengalir, voltan teraruh di antara
pengkalan-pengkalan pengalir itu.
Motor jenis ini hanya mempunyai gegelung amortisseur dan tidak
mempunyai litar medan arus terus. Ciri terutama motor aruhan ialah
tiada arus medan a. t. diperlukan untuk operasinya.

EKSPERIMEN
OBJEKTIF:
Mengkaji kelakuan motor aruhan.

PERALATAN:
1.
2.
3.
4.

Motor aruhan
Beban mekanik / penjanakuasa sebagai beban
Meter-meter
Jam randik

LANGKAH-LANGKAH BERJAGA-JAGA:
1. Motor aruhan dimulakan pada rintangan maksimum dalam litar
pemutar (sepadan dengan kedudukan 1).
2. Wattmeter dan ammeter tidak dimasukkan ke dalam soket litar
apabila motor aruhan dimulakan kecuali dalam ujian mengenai
serbuan arus mulaan.
3. Litar untuk setiap ujian diperiksa terlebih dahulu oleh seorang
pengajar sebelum ujian dijalankan.

UJIAN-UJIAN
Ujian 1 Permulaan
Ujian 2 Pengukuran gelinciran secara langsung
Ujian 3 Ujian beban

UJIAN 1 PERMULAAN
PROSEDUR:
1. Motor dan beban yang akan digunakan dikaji.
2. Nilai-nilai terkadar yang terdapat pada motor dicatatkan. Nilai-nilai
terkadar ini dipastikan tidak dilewati sepanjang ujian-ujian.
3. Panel untuk sambungan litar dikaji. Fungsi setiap peralatan serta
cara menggendalikannya difahami. Motor sentiasa dimulakan
dengan menyambungkan rintangan tambahan pada pemutar.
4. Wattmeter dan meter faktor kuasa serta cara sambungan mereka
dikaji.
5. Litar seperti dalam Rajah 1 disambung. Rintangan pemula
dipastikan berada pada kedudukan 1. Motor dihidupkan dan tork
beban diselaraskan untuk mendapat kelajuan berpandukan nilai laju
yang diberikan dalam Jadual 1. Nilai tork dan arus yang sepadan
diukur untuk melengkapkan Jadual 1. Permulaan adalah pada
kelajuan yang maksimum iaitu 1350 psm. Ujian yang sama diulangi
dengan mengubah kedudukan rintangan pemula kepada kedudukan
2, 3, 4, 5 dan 6.

Rajah 1

6. Graf arus (I) melawan laju (N) dan tork (T) melawan laju (N)
diplotkan daripada Jadual 1. Bentuk lengkung pada kedudukan 6
diterangkan.
7. Litar seperti dalam Rajah 1 disambungkan. Motor dihidupkan dan
tork diselaraskan supaya mencapai nilai 3 Nm. Arus dan laju motor
bermula daripada kedudukan 1 pada pemula diukur dan Jadual 2
dilengkapkan.
8. Ulasan terhadap hubungan di antara arus motor dan laju motor
pada tiap-tiap kedudukan pemula diberikan.

KEPUTUSAN:
Nilai-nilai terkadar yang ada pada motor

Untuk sambungan delta,


voltan nominal = 200V
arus nominal = 4.32A
Kuasa nominal = 1.0kW
Laju maksimum = 1385 min-1
Untuk rotor tersambung-bintang,
voltan nominal = 100V
arus nominal = 6.4A

Untuk sambungan bintang,


voltan nominal = 380V
arus nominal = 2.5A

Jadual 1
Keduduka
n Pemula
1
2
3
4
5
6

Laju, N
(psm)
I (A)
T (Nm)
I (A)
T (Nm)
I (A)
T (Nm)
I (A)
T (Nm)
I (A)
T (Nm)
I (A)
T (Nm)

1350

0.95
1.2
1.8
5.0
2.0
8.5
3.8
14.5

1300

1200

1100

1000

950

1.0
1.2
1.0
2.0
1.8
7.0
2. 5
11.0

1. 0
1.6
1.05
3.2
1.15
5.2
2.35
9.5
3.4
13.5

1.1
2.8
1.15
5.5
1.4
8.6
2.7
11.0
3.8
15.0

1.1
4.0
1.3
7.3
2.1
8.8
3.1
13.0

1.15
4.6
1.4
8.4
2.2
9.0
3.4
14.0

Graf untuk Jadual 1


Graf arus I melawan laju N 22 dan graf tork T melawan laju N diplotkan
pada halaman- halaman sebelah.

Perbincangan graf untuk Jadual 1 pada kedudukan 6 (dan 5)


Catatan: Bacaan untuk kedudukan 6 adalah tidak lengkap kerana
semasa eksperimen, bacaan-bacaan arus dan tork tidak dapat
dihasilkan untuk nilai laju yang kurang daripada 1200 psm. Jadi,
perbincangan graf untuk Jadual 1 pada kedudukan 5 juga dimasukkan.
Perbincangan kedua-duanya adalah lebih kurang sama.
Kedudukan 6 sepadan dengan kedudukan dengan rintangan pemula
(hampir) sifar. Kedudukan 5 boleh dianggap sebagai kedudukan
dengan rintangan pemula yang kecil berbanding dengan kedudukan 1,
2, 3 dan 4.
Daripada graf-graf, bagi kedua-dua kedudukan 6 dan 5, arus I dan tork
T berkurang apabila laju N bertambah bagi julat bacaan yang dapat
diambil.
Keadaan ini boleh dijelaskan seperti berikut:
Apabila laju motor (rotor) bertambah, slip / gelinciran berkurangan dan
dengan itu pemotongan rotor oleh fluks magnet stator berkurangan.
Jadi, arus I yang teraruh berkurangan. Daripada persamaan
T = kIrEr kos r
di mana k pemalar, Ir = I, Er voltan teraruh pada rotor dan r beza fasa
antara arus dan voltan, jelas bahawa tork T juga berkurangan kerana I r
dan Er berkurangan hasil pemotongan fluks yang berkurang.

Jadual 2
Pemula
Laju, N
(psm)
Arus (A)

1250

1400

1450

1500

1500

1550

1.0

1.1

1.2

1.2

1.2

1.2

Ulasan terhadap hubungan di antara arus motor dan laju motor


pada tiap-tiap kedudukan pemula
Daripada Jadual 2, didapati bahawa jika tork adalah tetap, apabila
rintangan pemula berkurangan (kedudukan pemula bertambah), laju
motor bertambah manakala arus motor tetap sama dan tidak
dipengaruhi oleh rintangan pemula (kedudukan pemula). Dengan itu
juga, apabila tork adalah tetap, arus motor tidak dipengaruhi oleh laju
motor.

UJIAN 2 SUKATAN LANGSUNG UNTUK


GELINCIR
PROSEDUR:
1. Litar disambung supaya motor bergerak dengan beban, seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di atas. Rintangan pemutar
dipastikan berada pada tahap maksimum dan nilai beban adalah
sifar. Satu ammeter sifar-tengah dengan julat yang sesuai
disambungkan ke bahagian litar pemutar. Suis dihidupkan untuk
menjalankan motor dan rintangan pemutar dikurangkan perlahanlahan ke sifar. Laju pemutar dan frekuensi arus pemutar diukurkan.
Ujian itu diulangi beberapa kali (>4) dengan beban yang berlainan
seperti ditunjukkan dalam Jadual 3. Laju pemutar dikirakan dengan
menggunakan frekuensi arus pemutar dan ini dibandingkan dengan
laju pemutar yang diperoleh yang disukat dari metertako.
2. Keputusan berikut ditunjukkan secara matematik: pada nilai slip
yang tetap dan pada setiap nilai rintangan litar pemutar, jumlah
tork yang dihasilkan oleh motor aruhan adalah hampir berkadar
terus kepada kuasa dua voltan bekalan.

KEPUTUSAN
JADUAL 3
I (A)\
Bilangan
ayunan

Masa
, t (s)

2.1 \ 30
2.2 \ 30

8.57
10.0
0
11.4
7
8.92
8.77

2.3 \ 30
2.4 \ 30
2.5 \ 30

Masa
Satu
ayuna
n,
T=t/30
(s)
0.287
0.333

Frekuens
i
gelincira
n, Fs=1/T
(Hz)

Gelincira
n, s=Fs/F
[F=50Hz
]

Laju
pemuta
r yang
dikira
(psm) *
1395
1410

Laju
pemuta
r dari
meter
tako
(psm)
1350
1350

%
ralat
pada
meter
tako
**
3.23
4.26

3.48
3.00

0.070
0.060

0.382

2.62

0.052

1422

1350

5.06

0.297
0.292

3.37
3.42

0.067
0.068

1400
1398

1350
1350

3.57
3.43

* Kiraan laju pemutar


Laju pemutar dikira daripada frekuensi arus pemutar dengan rumusrumus berikut:
Biar NS = laju segerak
Ns = 120 (50)/4 = 1500 psm
N= (1-s)NS = (1 - Fs/F)Ns
** Kiraan % ralat pada meter tako
% ralat pada meter tako dikira dengan rumus
% ralat = | laju bacaan laju kiraan | x 100% / laju kiraan

Perbandingan antara laju pemutar yang dikira dengan laju


pemutar yang disukat dengan meter tako
Daripada Jadual 3, laju pemutar yang dikira dengan frekuensi arus
pemutar dan laju pemutar yang disukat dengan meter tako adalah
agak bersetuju.
Meter tako yang digunakan mempunyai unit terkecil 50 psm yang
memberi peratus ralat (50)(100 %) / 1300 = 4 % bagi bacaan dalam
lingkungan 1300. Peratus ralat yang dikira dalam lajur terakhir Jadual 3
adalah lebih kurang sama dengan peratus ralat 4% ini yang
disebabkan oleh pembacaan skala.
Selain itu, punca ralat yang mungkin ialah pengukuran masa ayunan
yang kurang tepat. Semasa eksperimen, kami berasa sukar untuk
menyukat masa 30 ayunan kerana jarum ammeter berayun dengan
sangat cepat.

Terbitan matematik untuk hubungan tork dengan voltan


Tork terhasil pada rotor,
T = kIrEr kos r
di mana k = pemalar
Ir = arus rotor per fasa
Er = voltan rotor per fasa
r = beza fasa antara Ir dan Er
Juga
Ir = Er / (Rr2 + Xr2)

(Persamaan b)

di mana Rr = rintangan rotor per fasa


Xr = reaktans rotor per fasa
Dari persamaan-persamaan a dan b,
T = kEr2 kos r / (Rr2 + Xr2)

Tetapi Er = sER0 di mana ER0 adalah voltan teraruh pada rotor dalam
keadaan rotor terkunci. Jadi,
T = ks2ER02 kos r / (Rr2 + Xr2)
Jika nilai slip,s adalah tetap, maka
T ER02
pada setiap nilai rintangan litar pemutar Rr.
Oleh sebab, ER0 V, voltan bekalan,
T V2

Jadi, bagi nilai slip yang tetap dan pada setiap rintangan litar pemutar,
jumlah tork yang dihasilkan oleh motor aruhan adalah hampir berkadar
terus terus kepada kuasa dua voltan bekalan. (Tertunjuk)

UJIAN 3 UJIAN BEBAN


PROSEDUR:

Rajah 2
1. Ujian beban dengan rintangan sifar pada litar pemutar
(Kedudukan 6).
Motor disambungkan supaya ia bergerak dengan beban. Rintangan
pemutar dipastikan adalah maksimum dan nilai beban adalah sifar.
Motor dihidupkan dan rintangan pemutar dikurangkan dengan
perlahan-lahan sehingga sampai ke sifar. Jadual 4 dilengkapkan
berpandukan nilai arus dan voltan talian yang diberikan.
2. Ujian beban dengan rintangan
pemutar (Kedudukan 4).

pertengahan

pada

litar

Ujian di bahagian 1 di atas diulangi tetapi dengan rintangan


pemutar dikurangkan ke nilai pertengahan sahaja dan beban
ditambah hingga mencapai arus yang dikehendaki. Jadual 5

dilengkapkan berpandukan nilai arus dan voltan talian yang


diberikan.

3. Ujian beban dengan rintangan


pemutar (Kedudukan 2).

maksimum

pada

litar

Ujian di bahagian 1 di atas diulangi tetapi pada rintangan pemutar


yang maksimum dalam litar pemutar dan beban ditambah hingga
mencapai arus yang dikehendaki. Jadual 6 dilengkapkan
berpandukan nilai arus dan voltan talian yang diberikan.
4. Graf tork keluaran melawan laju untuk ketiga-tiga ujian di atas
diplotkan.
5. Graf kecekapan motor melawan kuasa keluaran untuk ketiga-tiga
ujian di atas diplotkan.
6. Litar seperti dalam Rajah 2 disambungkan. Motor dihidupkan
selepas rintangan pemutar dipastikan adalah maksimum dan beban
adalah sifar. Nilai tork diubah kepada 1.5 Nm dan rintangan pemula
pada kedudukan 1. Jadual 7 dilengkapkan.
7. Graf untuk laju, slip, P2, arus dan kos melawan tork diplotkan
dalam graf yang sama. Nilai nominal bagi tork ditunjukkan pada
graf tersebut. Ulasan terhadap laju, slip, arus dan kos apabila tork
bertambah diberikan.

KEPUTUSAN
Jadual 4 (Kedudukan 6)
Arus
(A)
2.0
2.1
2.2
2.3
2.4

Voltan
Talian
(V)
420
420
420
420
420

Kuasa
masukan
(W)
410
430
460
470
520

Laju
(psm)
1450
1450
1450
1400
1400

Tork
(Nm)
7.3
7.8
8.2
8.6
8.9

Kuasa
keluaran
(W) *
1032
1103
1159
1216
1258

Kecekapan
**
0.860
0.875
0.878
0.881
0.874

Jadual 5 (Kedudukan 4)
Arus
(A)
2.0
2.1
2.2
2.3
2.4

Voltan
Talian
(V)
430
430
430
430
430

Kuasa
masukan
(W)
380
420
440
460
490

Laju
(psm)
1200
1150
1150
1100
1100

Tork
(Nm)
7.2
7.8
8.2
8.5
9.2

Kuasa
keluaran
(W) *
905
939
988
979
1060

Kecekapan
**
0.794
0.745
0.748
0.709
0.721

Tork
(Nm)
7.3
7.9
8.2
8.7
9.2

Kuasa
keluaran
(W) *
535
517
496
478
434

Kecekapa
n **
0.457
0.410
0.376
0.346
0.295

Jadual 6 (Kedudukan 2)
Arus
(A)
2.0
2.1
2.2
2.3
2.4

Voltan
Talian
(V)
435
435
435
435
435

Kuasa
masukan
(W)
390
420
440
460
490

Laju
(psm)
700
625
600
525
450

Graf tork keluaran melawan laju untuk ketiga-tiga ujian beban


Graf tork keluaran melawan laju untuk ketiga-tiga ujian beban di atas
dengan beban sifar, beban pertengahan dan beban maksimum pada
litar pemutar masing-masing diplotkan pada satu graf yang sama di
halaman sebelah.
* Kiraan kuasa keluaran
Kuasa keluaran Pout dikira dengan rumus berikut:
Pout = T
= 2NT / 60
= NT / 30
dengan T = tork keluaran, = laju dalam rad s-1 dan N = laju dalam
putaran seminit (psm).

** Kiraan kecekapan
Nota: Dalam Jadual 4, 5 dan 6, lajur Kuasa masukan merujuk kepada
kuasa masukan per fasa. Jadi, kuasa masukan yang sebenar P in diberi
oleh
Pin = bilangan fasa x kuasa masukan per fasa
= 3 x kuasa masukan dalam jadual
Kecekapan ditakrifkan sebagai
= Pout / Pin
Graf kecekapan motor melawan kuasa keluaran untuk ketigatiga ujian beban
Graf kecekapan motor melawan kuasa keluaran untuk ketiga-tiga ujian
beban di atas dengan beban sifar, beban pertengahan dan beban
maksimum pada litar pemutar masing-masing diplotkan pada graf
yang sama di halaman sebelah.

Jadual 7
Voltan, V
(V)
Tork, T *
(Nm)
Arus, I
(A)
Laju, N
(psm)
kos dari
meter
PM (W)
P2 (W)
S (VA)
kos
kiraan

Peratus
slip, s (%)

400
1.5

2.5

3.5

4.5

5.5

1.05

1.15

1.30

1.45

1.55

1.65

1.75

1450

1200

1030

900

760

590

450

0.35

0.50

0.65

0.75

0.80

0.825

0.85

90

130

190

240

270

300

330

314.2

377.5

424,1

397.9

339.8

282.7

796.7

900.7

1004.
6

1073.
9

1143.
2

1212.4

0.490

0.633

0.717

0.754

0.787

0.817

0.805

0.662

0.589

0.491

0.378

0.285

20.0

31.3

40.0

49.3

60.7

70.0

227.
8
727.
5
0.37
1
0.84
4
3.33

Kiraan kuantiti-kuantiti dalam Jadual 7


P2 = T = 2TN / 60
S = 3VI
kos = 3PM / S
= P2 / 3PM
s = [(1500 N)100%]/1500

Graf laju, slip, P2, arus dan kos melawan tork


Graf laju, slip, P2, arus dan kos melawan tork diplotkan pada graf
yang sama pada halaman sebelah.

Nilai tork nominal


Nilai tork nominal atau nilai tork beban-penuh berlaku apabila kuasa
keluaran P2 adalah maksimum. Ia ditandakan sebagai TN pada graf.
Ulasan terhadap laju, slip, P2, arus dan kos apabila tork
bertambah
Daripada graf laju, slip, P2 (kuasa keluaran), arus dan kos melawan
tork yang diplotkan didapati bahawa
apabila tork T bertambah, laju N berkurang secara hampir linear
dalam julat eksperimen.
apabila tork T bertambah, slip s bertambah secara hampir linear
dalam julat eksperimen.
apabila tork T bertambah, kuasa keluaran P 2 bertambah sehingga
satu nilai maksimum dan berkurang semula dalam julat eksperimen.
Lengkung yang didapati menghampiri satu parabola.
apabila tork T bertambah, arus I juga bertambah dalam julat
eksperimen.
apabila tork T bertambah, kos juga bertambah dalam julat
eksperimen. Nilai kiraan kos kurang daripada nilai sukatan kos .

KESIMPULAN
Daripada eksperimen ini beberapa kesimpulan dapat dirumuskan.

Apabila laju motor bertambah, arus dan tork teraruh berkurang.


Rintangan pemula mempengaruhi ciri-ciri arus-laju dan tork-laju
motor.
Slip s boleh disukat secara terus dengan menggunakan hubungan
Fs / F = s
di mana Fs frekuensi voltan atau arus rotor dan F frekuensi
asegerak.
Tork berkadar terus dengan kuasa dua voltan bekalan jika slip
adalah tetap.
Rintangan pada litar pemutar mempengaruhi ciri-ciri motor.

RUJUKAN
1. B. L. Theraja, A. K. Theraja, A Textbook Of Electrical Technology,
Nirja Construction & Development Co. (P) Ltd, 1994.
2. Charles I. Hurbert, Electric Machines
Maxwell Macmillan Publishing Company

You might also like