Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 20

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)


KAMPUS TUANKU BAINUN
14 000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG

KERJA KURSUS PENDEK (KKP)


BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU)
ANALISIS ISU PAKAIAN TRADISIONAL
KUMPULAN ETNIK SERANI DI MALAYSIA
NAMA

: LOGKEETHATHAEVY A/P SARCKUNADASAN

NO. KP

: 870913-38-5064

ANGKA GILIRAN

: 200930134071

KUMPULAN

: 5 PISMP PS/PJ/PM (1)

MATA PELAJARAN

: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3016)

JABATAN

: ILMU PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH : CIK EWE MEE KING


TARIKH SERAHAN

: 23 FEBRUARI 2011

Halaman pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap- tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

: ..

Nama Penulis

: LOGKEETHATHAEVY A/P SARCKUNADASAN

Tarikh

: 23 FEBRUARI 2011

Halaman Judul

KERJA KURSUS PENDEK (KKP)


SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL (PSS 3109)
ANALISIS ISU PAKAIAN TRADISIONAL
KUMPULAN ETNIK SERANI DI MALAYSIA

JABATAN ILMU PENDIDIKAN


IPG, KAMPUS TUANKU BAINUN

Penghargaan

Dalam ruangan yang penuh bermakna ini, saya ingin meluahkan


kesyukuran saya kerana berjaya menyiapkan tugasan tugasan KKP ini
selengkap yang boleh. Selain itu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih
kepada individu-individu yang membantu saya sama ada secara langsung atau
secara tidak langsung dalam usaha melengkapkan kerja kursus ini.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah matapelajaran Budaya dan Pembelajaran saya, iaitu Cik Ewe Mee
King yang

telah banyak memberi bimbingan tentang cara-cara untuk

menyempurnakan tugasan kerja kursus ini. Tanpa bimbingan serta tunjuk ajar
beliau, pasti saya tidak dapat menyempurnakan tugasan ini.
Selain itu, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada
kedua-dua orang ibu bapa saya yang turut memberi bantuan berupa sokongan
moral kepada saya agar tidak mudah berputus asa dan meneruskan perjuangan
saya untuk menjadi seorang guru pelatih yang berdedikasi.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakanrakan sekumpulan saya, iaitu Norfaizah binti Paimin dan Ratna Malar a/p
Nadason yang telah banyak memberi kerjasama dalam usaha untuk mencari
maklumat

dan

menyelesaikan

tugasan

kumpulan

kami,

iaitu

berkaitan

persembahan power point dan juga pembentangan dalam bentuk lakonan


berkaitan isu dalam budaya. Tidak ketinggalan juga rakan sekelas saya yang
turut membantu saya dengan memberi tunjuk ajar serta berkongsi maklumat
yang berkaitan dengan tugasan ini bersama saya.

Senarai Kandungan

MUKA
SURAT
HALAMAN PENGAKUAN
HALAMAN JUDUL
PENGHARGAAN
SENARAI KANDUNGAN

i
ii
iii
iv

1.0

Pengenalan

2.0

Isu berkaitan pakaian tradisional masyarakat Serani

di Malaysia

3.0

Impilikasi terhadap sosiobudaya

4.0

Rumusan

10

LAMPIRAN :
REFLEKSI
BIBLIOGRAFI
SLAID POWER POINT TENTANG MASYARAKAT SERANI
KERTAS SOALAN TUGASAN
BORANG KOLABORASI

1.0

Pengenalan

Serani merujuk kepada suatu bangsa di Malaysia yang berasal dari


Portugis dan menganut agama Katolik Roman. Menurut Banci Kebangsaan
Malaysia 2000, jumlah penduduk Serani di negara ini ialah seramai 12,650 orang
dan kebanyakannya bertumpu di Melaka dan Pulau Pinang. Antara orang Serani
yang terkenal ialah Tony Fernandes pemilik syarikat penerbangan Air Asia. Istilah
Serani juga digunakan secara umum bagi merujuk kepada semua orang yang
berkacukan darah Asia dan Eropah. Kebanyakkan masyarakat Serani di Melaka
tinggal di PerkampunganPortugis atau Portuguese Settlement, terletak lebih
kurang 5 Km di kawasan Ujong Pasir, Melaka. Pengunjung yang datang
daripada Pusat Bandar Melaka, Banda Hilir, atau Muara Sungai Melaka melalui
Jalan Parameswara, Jalan Bukit China, sampailah di Jalan Ujong Pasir dengan
menaiki kereta, basikal atau beca. Perkampungan ini terletak di tepi pantai.
Pantainya landai dan menjadi tempat hidupan marin sebagai kerang, udang dan
ikan mengikut musim. Keadaan geografi ini telah menarik kaum ini menetap di
sini

dan

telah

menjadikan

laut

sebagai

sumber

pendapatan

mereka.

MasyarakatPortugis mula-mula datang ke sini di sekitar tahun 1511 selepas


pihak Portugismenawan Melaka.
Perkampungan ini mempunyai lebih kurang 2000 penduduk sekarang,
yang berbangsa Portugis dan ramai memiliki rumah sendiri. Kerajaan Negeri
Melaka telah mengeluarkan geran tapak kepada penduduk di sini. Aktiviti sosial
mereka adalah pada hari Ahad di sekitar Gereja. Hampir keseluruhan kaum ini
beragama Kristian dan terdapat beberapa keluarga yang telah kahwin campur
dengan kaum Cina dan memeluk agama Buddha. Ada yang telah masuk Islam
dan berkahwin dengan wantia Melayu. Jalan-jalan yang terdapat di sini adalah
Albuquerque Avenue, Sequeira Avenue, Eredia Avenue, Ruas Avenue.
Perkataan Avenue sekarang telah ditukarkan kepada Jalan. Terdapat juga
Canossa College, sekarang digelar Sekolah Menengah Canossa.
Nama-nama orang Portugis di sini adalah seperti Diogo Lopes de Squeira,
Vasco deGama, Alfonso de Albuquerque, Bairro Irmas Cnossianas, Castello de

Paiva, Antonio de Almedida, Caminho de Letores, Gerard de Fernandis dan


sebagainya kebanyakan nama mirip Latin Amerika. Pada asalnya mereka adalah
nelayan yang bergantung pada laut untuk mencari rezeki. Ramai anak-cucu
mereka tidak lagi mengikuti jejak langkah nenek moyang mereka membuat kerja
nelayan, tetapi telah berpelajaran tinggi dan memegang jawatan di sektor swasta
dan pejabat kerajaan. Timbalan Pendakwa Raya Melaka, Tuan Anselm Charles
Fernandis adalah Portugis berasal

dari sini. Perkampungan mereka telah

menjadi tarikan pelancong kerana mereka mempunyai kebudayaan tersendiri


dengan lagu dan tarian mereka. Mereka juga mempunyai bahasa sendiri,
Christang(Christ Tongue) dan baju tradisional sendiri. Lagu Jingli Nona yang
terkenal adalah dalam bahasa Portugis. Memandangkan sumbangan mereka
kepada

pembangunan

industri

pelancongan,

masyarakat

Serani

telah

dibenarkan membeli Amanah Saham Nasional oleh Kerajaan Pusat.


Ketua Kampung mereka digelar REGEDOR, iaitu wakil komuniti kepada
Kerajaan Melaka Di sebelah pejabat Regedor, terdapat Medan Portugis (Praca
Portuguesa), yang mempunyai kedai-kedai yang menjual cenderahati dan
kraftangan buatan kaum nelayan. Masih ramai lagi masyarakat Serani yang
meneruskan aktiviti menangkap ikan sebagai hobi atau untuk menambahkan
pendapatan mereka.

2.0

Isu Berkaitan Pakaian Tradisional Masyarakat Serani di Malaysia.

Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional yang


berbagai bentuk dan warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu,
hinggalah kain songket diRaja yang antik. Kini, pakaian tradisional seperti baju
kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan
meluas.
Masyarakat Portugis-Eurasian atau lebih dikenali sebagai masyarakat
Serani merupakan satu lagi masyarakat yang lahir di Malaysia hasil daripada
perkahwinan campur antara masyarakat Tanah Melayu serta orang Potugis yang
kemudiannya telah menetap tetap di Tanah Melayu, terutamanya di negeri
Melaka.
Pakaian penduduk Portugis-Eurasia Melaka yang merupakan keturunan
bangsa Portugis yang menetap disini memainkan peranan yang penting dalam
mencerminkan warisan mereka. mereka mempunyai pakaian tradisional mereka
tersendiri yang menjadi pakaian harian mereka yang menggambarkan identiti
kaum mereka. Kaum lelaki memakai jaket serta seluar panjang yang berwarna
hitam dan merah, manakala wanita memakai skirt lebar yang berlapis-lapis.

Rajah 1 : Gambar pakaian tradisional masyarakat Serani.

Namun kini, seseorang individu dari masyarakat Serani di Malaysia hanya


dapat dikenali berdasarkan namanya yang berbunyi ala-ala nama Portugis

seperti Diogo Lopes de Squeira, Genelia deSoucea, Alfonso Gerard de


Fernandis dan sebagainya. Pengenalan masyarakat Serani ini berdasarkan cara
pemakaian tidak lagi dapat dilihat dalam kalangan masyarakat Serani yang
tinggal di Malaysia kini.
Keadaan ini wujud kerana masyarakat Serani generasi kini tidak berasa
bangga untuk memakai dan memperagakan pakaian tradisional masyarakat
mereka. ini kerana mereka lebih berminat untuk memakai pakaian kasual seperti
T-shirt dan seluar jeans bagi kedua-dua kaum lelaki dan perempuan.
Dalam pakaian tradisional Serani, kaum wanita akan memakai pakaian
gaun labuh serta blous yang berenda. Mereka juga akan mengikat skaf di kepala
bagi menutup rambut dan mengelakkannya berjuntai. Mengikut tradisi atau asal
usul masyarakat Serani, skaf ini diikat di kepala kerana pada masa dahulu
wanita Portugis dianggap antara masyarakat wanita yang mempunyai rambut
beralun yang paling tercantik. Bagi memastikan kecantikan kaum wanita ini tidak
dihayati oleh lelaki asing, maka si suami menetapkan bahawa wanita tersebut
sentiasa memakai skaf bagi menutup rambut mereka yang cantik itu agar
kecantikan mereka hanya dapat dihayati oleh si suami sahaja. Kaum lelaki pula
memakai pakaian yang dipanggil Bolero iaitu "waist-coat" berenda dan bersusun
dengan motif-motif bunga. Bentuk seluarnya kelihatan ketat dan berwarna hitam,
bergaris panjang ditepinya. Selain itu ia dilengkapi dengan kain "skaf" yang
dipakai dileher serta memakai topi kecil di kepala.
Walaubagaimanapun, generasi masyarakat Serani pada zaman sekarang
beranggpan bahawa pakaian tradisional Serani tidak lagi sesuai dipakai
mengikut trend masa kini yang lebih menumpu pada pakaian moden yang
ringkas tetapi menawan. Malah, generasi kini juga beranggapan bahawa pakaian
tradisional Serani kelihatan ketinggalan zaman dan mereka malu untuk
memakainya ke sebarang majlis ataupun sebagai pakaian harian. Boleh
dikatakan bahawa pakaian tradisional Serani ini langsung tidak dipakai lagi
dalam kalangan masyarakat Serani yang tinggal di Malaysia. Amalan pemakaian

pakaian tradisional ini kini hanya dapat dilihat dalam persembahan majlis tarian
tradisional Serani seperti dalam tarian Jingli Nona dan tarian Branyu sahaja.
Seterusnya, berkaitan dengan pakaian tradisional yang dipakai oleh
masyarakat

Serani semasa majlis perkahwinan mereka amat sukar untuk

ditemui pada masa kini. Pakaian tradisional pengantin perempuan pada


hari perkahwinan adalah ala-ala pakaian masyarakat baba dan

nyonya. Pengantin perempuan ini akan memakai kebaya labuh


(cabaia) dan kain sarung sutera berwarna putih (saia) beserta kasut yang
bermanik. Rambutnya didandan dengan cucuk sanggul dan permata tiruan.
Pengantin lelaki pula memakai suit hitam, baju dan bow berwarna putih berserta
topi tinggi yang diikat pita hitam.

Rajah 2 : Pakaian tradisional pengantin


perempuan Serani.

Rajah 3 : Pakaian tradisional


pengantin lelaki Serani.

Namun, kini kebanyakan daripada masyarakat Serani ini lebih selesa


untuk

mengenakan

pakaian

kristian

moden

semasa

melangsungkan

perkahwinan. Mereka lebih berminat untuk berpakaian ala Barat mengikut


perkembangan arus kemodenan sekarang. Tetapi, mereka gagal untuk
menyedari bahawa demi mengikut arus kemodenan dunia, mereke sedang
membelakangkan

adat

pemakaian

tradisional

yang

sepatutnya

menjadi

kebanggaan identiti masyarakat Serani.

Rajah 4 : Pakaian Kristian moden masyarakat Serani


masa kini semasa perkahwinan.

Di samping itu, orang Portugis yang berhijrah ke sini berkahwin dengan


penduduk tempatan dan membentuk masyarakat Serani, adat resam bangsanya
juga kaya dengan unsur-unsur adat resam Melayu. Terdapat sumber yang
mengatakan bahawa pakaian seumpama baju kebaya telah

dibawa oleh

Portugis ke Melaka pada saat menginvasi ke Tanah Melayu. Maka sebab itulah
kebaya telah lama dipakai di Melaka dan menjadi salah satu pakaian harian
dalam kalangan masyarakat Serani pada masa dahulu. Tetapi kini, amalan
pemakaian baju ini sebagai pakaian harian dalam masyarakat Serani tidak lagi
diamalkan. Malah, baju kebaya juga kini telah diserapkan dan dikategorikan

sebagai pakaian tradisional masyarakat Melayu. Malah, masyarakat Serani


masih tidak menyedari bahawa minat mereka terhadap pakaian kasual dan
moden ala Barat telah menyebabkan mereka kehilangan salah satu pakaian
yang boleh dikatakan sebagai identiti etnik ini di Malaysia.

Rajah 5 : Baju kebaya yang dikatakan berasal dari masyarakat Portugis


yang juga merupakan pakainan asal masyarakat Serani.

3.0

Implikasi Terhadap Sosiobudaya

Berdasarkan analisis yang dibuat, didapati bahawa orang Belanda,


Inggeris dan Jepun yang datang ke sini, mereka tidak tinggalkan kebudayaan
mereka tetapi orang Portugis ini lain sikit bukan datang untuk menakluk atau
berdagang tetapi untuk integrasi. Jika dilihat secara umum, masyarakat Serani di
negara kita memang menunjukkan asimilasi dan integrasi antara adat dan
budaya masyarakat Portugis dan juga adat resam serta budaya masyarakat
tempatan. Ini dapat dilihat dari segi penyerapan bahasa Portugis dalam bahasa
Melayu, pemakaian baju kebaya sebagai pakaian perkahwinan masyarakat
Serani dan sebagainya.
Namun, terdapat implikasi-mplikasi yang lebih rumit yang dapat jelas
dilihat dalam sosiobudaya masyarakat Serani masa kini disebabkan sikap sambil
lewa mereka terhadap usaha untuk menghargai dan mempraktikkan pemakaian
pakaian tradisional masyarakat Serani dalam kehidupan seharian.
Implikasi pertama yang dapat jelas dilihat ialah sekiranya keadaan ini
berterusan, budaya pemakaian pakaian tradisional Serani ini akan terus hilang,
terhapus serta terpupus dalam kalangan masyarakat Serani. Akibatnya, generasi
seterusnya dalam masyarakat Serani ini tidak akan lagi akan mengenali apakah
pakaian tradisional mereka yang pernah diperturunkan oleh moyang mereka
pada zaman dahulu. Malah, gerenerasi tersebut akan malu apabila berhadapan
dengan masyarakat etnik lain yang mempunyai pakaian tradisional masingmasing untuk diperturunkan kepada waris mereka. Misalnya, pakaian tradisional
seperti baju kebaya dan baju Melayu bagi orang Melayu, sari dan dhoti bagi
masyarakat India serta cheongsam dan samfu bagi masyarakat Cina.
Seterusnya, masyarakat Serani juga akan hilang identiti sebagai sebuah
etnik dan tidak lagi dikenali dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ini kerana
wajah masyarakat Serani di negara kita kelihatan hampir seperti orang Melayu.
Maka, sekiranya mereka tidak mempraktikkan pemakaian pakaian tradisional

mereka yang merupakan simbol identiti mereka kepada masyarakata luar,


kemungkinan besar mereka akan dianggap sebagai anggota masyarakat Melayu
serta kehilangan identiti sebagai etnik Serani.
Implikasi

seterusnya

ialah masyarakat

ini akan

menjadi sebuah

masyarakat bersifat saprofit yang akan bergantung pada budaya pemakaian


pakaian kaum lain untuk majlis atau upacara tertentu sekiranya mereka tidak
mengamalkan pemakaian pakaian tradisional Serani yang asalnya iaitu pakaian
gaun labuh, blous dan skaf di kepala bagi kaum perempuan serta pakaian yang
dipanggil Bolero iaitu "waist-coat" berenda dan bersusun dengan motif-motif
bunga bagi kaum lelaki. Bentuk seluarnya kelihatan ketat dan berwarna hitam,
bergaris panjang ditepinya.

4.0

Rumusan

Kesimpulannya, masyarakat Serani merupakan sebuah masyarakat yang


mempunyai kebudayaannya tersendiri dengan lagu dan tarian, juga mempunyai
bahasa sendiri iaitu Christang (Christ Tongue) dan baju tradisional sendiri.
Ini merupakan satu keunikan identiti yang harus diamalkan oleh
masyarakat Serani dan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain.
Setiap rakyat dari etnik Serani harus sentiasa berbangga untuk memakai
pakaian Serani dan mengamalkan segala budaya dalam masyarakat tersebut
kerana ini bukan sahaja suatu identiti bagi mereka di negara yang kaya dengan
masyarakat yang berbilang kaum dan budaya, malah turut menjadi kebanggaan
atau warisan unik yang diwarisi sejak turun-temurun.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap kaum mempunyai
keperibadian budaya yang tersendiri yang perlu dihayati dan dikekalkan. Maka,
ini harus juga dipraktikkan oleh etnk-etnik kecil seperti masyarakat Serani, Baba
& Nyonya, Orang Asli dan sebagainya. Maka, marilah kita sama-sama
menghayati, menghormati, mengamalkan adat dan budaya kita masing-masing
dan mengintegrasikannya dalam pergaulan kita bersama masyarakat dari kaum
atau etnik lain di negara Malaysia.

LAMPIRAN

REFLEKSI

Terlebih dahulu, saya amat bersyukur kerana dapat melengkapkan


tugasan KKP ini dengan jayanya. Saya telah menerima tugasan KKP ini daripada
pensyarah saya, Cik Ewe Mee King pada 9/2/2011. Setelah memberi soalan
tugasan, beliau telah menerangkan sedikit sebanyak tentang kehendak soalan
tugasan tersebut. Tugasan yang diberikan oleh beliau merupakan satu tugasan
gabungan tugasan kumpulan serta tugasan individu, di mana dalam tugasan
kumpulan pelajara dikehendaki membuat power point berkaitan sesebuah etnik
dan seterusnya melakonkan isu yang berkaitan dengan etnik tersebut.
Seterusnya, bagi tugasan inidividu pula pelajar dikehendaki membuat esei
tentang analisis mengenai isu yang berkaitan dengan kumpulan etnik di
Malaysia.
Pada mulanya, saya menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan
tugasan individu ini. Pertama sekali, saya kurang memahami kehendak soalan
yang ditujukan. Namun, setelah diberi penerangan yang terperinci oleh
pensyarah saya, Cik Ewe Mee King, saya dapat memahami kehendak soalan
yang diberi serta mula mengumpul maklumat yang berkaitan. Maka, saya telah
memilih kumpulan etnik Serani bagi tugasan ini dan telah menjalankan analisis
berkaitan isu pakaian tradisional masyarakat Serani ini.
Selain itu, saya juga menghadapi masalah dalam memperoleh maklumat
yang berkaitan dengan tugasan ini. Salah satu sebabnya ialah kerana skop bagi
tajuk tugasan berkaitan isu pakaian masyarakat Serani adalah amat terhad dan
tidak terdapat secara terperinci dalam sesebuah buku. Malah, buku-buku yang
berkaitan dengan tugasan ini, terutamanya tentang budaya rakyat Malaysia
adalah amat terhad di pusat sumber IPTB. Saya juga telah mencari maklumat
berkaitan dari internet. Namun, kebanyakannya maklumat dalam internet bersifat
umum dan bukannya secara terperinci berkaitan kehendak soalan iaitu berkaitan
maklumat pakaian masyarakat Serani. Walau bagaimanapun, atas usaha yang

konsisten saya berjaya mengumpul maklumat yang berkaitan budaya pemakaian


tradisional masyarakat ini dan berjaya membuat analisis berkaitan isu yang
timbul serta seterusnya berjaya melengkapkan kerja kursus ini dalam tempoh
yang diberi.
Sebelum

membuat

tugasan

ini,

saya

cuma

mendalami

konsep

kebudayaan secara umum sahaja. Melalui tugasan ini, saya telah menyedari
kepentingan kebudayaan dalam mengekalkan identiti sesebuah bangsa atau
kaum. Malah, tugasan ini juga telah memberi peluang kepada saya untuk turut
mempelajari serta mengenali budaya bangsa lain di negara ini, terutamanya
etnik-etnik yang lebih kecil di negara ini seperti etnik Serani selain masyarakat
majoriti seperti Melayu, Cina dan India.
Melalui pelaksanaan tugasan KKP ini, saya
memperoleh

pengetahuan.

Saya

telah

mengenali

juga telah banyak


tentang

kepentingan

menghargai dan mengamalkan budaya etnik masing-masing. Sebagai seorang


pelajar beropsyen major dalam Kajian Sosial, saya juga mampu memantapkan
lagi pengetahuan saya tentang masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai bangsa, kaum, agama, ras serta etnik. Saya yakin sepenuhnya bahawa
pengetahuan ini amat berfaedah dan amat berguna kepada saya sebagai
seorang rakyat Malaysia dan juga seorang bakal pendidik.
Saya juga telah mempelajari nilai bekerjasama melalui tugasan KKP ini.
Dalam melaksanakan tugasan ini, saya dan rakan-rakan sekelas saya telah
bekerjasama serta saling bertukar maklumat yang kami telah kumpulkan.
Kesimpulannya, tugasan ini bukan sahaja memenuhi sukatan mata
pelajaran Budaya dan Pembelajaran, malah telah memantapkan pengetahuan
saya

tentang

kepelbagaian

kebudayaan

di

Malaysia

dan

kepentingan

pengamalan budaya tersebut sebagai lambang identiti sesebuah bangsa atau


kaum yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok
masyarakat.

DISEDIAKAN OLEH :
LOGKEETHATHAEVY A/P SARCKUNADASAN
5 PISMP PS/PJ/BM (1

BIBLIOGRAFI

BUKU
A. Aziz Deraman (2005). Intelektualisme Budaya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Asmad (1990). Kebudayaan Secara Umum. Melaka: Associated Educational
Distributors (M) Sdn. Bhd.
Joseph S. Roucek, Ronald L. Warren (1977). Sosiologi Suatu Pengenalan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Taib Osman (1988). Kebudayaan Etnik-etnik di Malaysia Dalam Beberapa
Persoalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriati A. Rashid (2011), Budaya dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan :
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
LAMAN WEB
www.malaysiana.pnm.my/01/0102cna_pengenalan.htm - 18k
www.ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Cina - 39k
www.ms.wikipedia.org/wiki/Serani - 51k
www.myhistorian.googlepages.com/MASYARAKATMAJMUK.doc
http://www.abgaloha86.blogspot.com/2008/11/pembentukan-masyarakatmajmuk-di.html - 77k http://www.icu.gov.my/icu/pg/dl_direct.php?id=55

www.ms.wikipedia.org/wiki/Budaya_Malaysia - 20k

You might also like