Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Karangan Bahan Rangsangan: Faedah-Faedah Berkebun Sayur

Aktiviti berkebun sayur merupakan kegiatan yang digalakkan oleh


pihak kerajaan. Kegiatan ini bukan sahaja boleh dilakukan secara komersil
tetapi juga untuk keperluan diri sendiri.
Melalui aktiviti berkebun sayur, kita dapat menyihatkan tubuh badan.
Kerja-kerja seperti menyangkul, menggemburkan tanah dan menyiram
tanaman akan menyebabkan seseorang itu berpeluh dan boleh
mengeluarkan toksin daripada tubuh badan. Selain itu, apabila aktiviti ini
dilakukan bersama-sama keluarga, secara tidak langsung hubungan
kekeluargaan dapat dieratkan.
Seandainya kegiatan berkebun sayur dilakukan secara komersil, aktiviti
ini akan memberikan pulangan yang lumayan serta boleh dijadikan
sebagai sumber pendapatan keluarga. Di samping itu, aktiviti berkebun
sayur juga dapat membekalkan kita sayur-sayuran yang segar dan
terhindar daripada penggunaan bahan-bahan kimia seperti baja dan racun
serangga.
Konklusinya, semua pihak perlulah menyahut seruan kerajaan untuk
mewujudkan bumi hijau di negara kita.
(129 patah perkataan)

Karangan Bahan Rangsangan: Kepentingan Kemudahan Awam Kepada


Masyarakat Setempat

Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan awam untuk


kegunaan orang ramai. Antara kemudahan tersebut ialah lampu jalan raya,
pondok telefon, pondok menunggu bas dan sebagainya.
Lampu jalan dapat menerangi kawasaan sekitar terutamanya di
sepanjang jalan raya. Kejadian kemalangan dapat dikurangkan kerana
pemandu dapat melihat dengan jelas. Selain itu, kerajaan juga telah
menyediakan pondok menunggu bas di merata-rata tempat. Hal ini dapat
memudahkan orang ramai serta melindungi mereka daripada panas dan
hujan.
Pondok telefon pula bertujuan untuk membolehkan orang awam
membuat panggilan telefon terutamanya pada waktu kecemasan. Pada masa
ini, pihak kerajaan telah memperbanyak bilangankenderaan awam seperti
bas, LRT dan sebagainya. Kemudahan pengangkutan awam ini dapat
mengurangkan bilangan kenderaan yang semakin meningkat dijalan raya.
Secara tidak langsung kesesakan di jalan raya dapat dikurangkan.
Konklusinya, kita perlulah menjaga kemudahan awam demi
kepentingan semua ahli masyarakat di negara kita.
(128 patah perkataan)

Karangan Bahan Rangsangan: Langkah-Langkah Meningkatkan Sektor


Pertanian Negara

Bidang pertanian merupakan antara penyumbang terbesar kepada


ekonomi Negara kita. Sektor ini perlu dimajukan supaya dayan pengeliaran
Negara dapat ditingkatkan.
Bidang pertanian memerlukan kajian dan penyelidikan yang
berterusan. Melalui penyelidikan, kita mampu menghasilkan benih-benih
tanaman yang berkualiti serta mampu mengeluarkan hasil yang
banyak. Penggunaan racun serangga yang terkawal dapat menghindarkan
serangga perosak daripada menyerang tanaman. Penggunaan baja pula
mampu menyuburkan tanaman dan mengeluarkan hasil yang berkualiti.
Kemudahan frasarana seperti system pengangkutan dan perhubungan
perlulah ditingkatkan. Sistem pengangkutan yang sempurna akan
memudahkan hasil pertanian dibawa ke bandar Akhir sekali, hasil pertanian
juga boleh diproses dan ditinkan untuk dieksport ke luar Negara. Dengan
cara ini, keuntungan dapat diperoleh berlipat kali ganda di samping
menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai.
Kesimpulannya, sektor pertanian boleh dimajukan sekiranya langkahlangkah yang efisyen dilaksanaakan.
(120 patah perkataan)

Karangan Bahan Rangsangan: Cara-Cara Mengisi Masa Lapang

Kita perlu mengisi masa lapang secara berfaedah. Terdapat pelbagai


aktiviti yang boleh kita lakukan seperti memancing, membaca, bersukan dan
sebagainya.
Bersukan merupakan aktiviti yang paling popular dalam kalangan
masyarakat. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti tersebut, kita dapat
mengeluarkan peluh seterusnya menyihatkan tubuh badan. Selain itu, kita
juga boleh mengisi masa lapang dengan cara menonton televisyen.
Televisyen merupakan alat komunikasi yang menyebarkan pelbagai berita
dan maklumat terkini. Televisyen juga merupakan alat hiburan yang dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Aktiviti memancing pula merupakan satu cara riadah yang dapat
menenangkan fikiran. Selalunya, aktiviti memancing dilakukan pada hujung
minggu atau cuti kelepasan am. Akhir sekali, kita juga perlu menjadikan
aktiviti membaca sebagai satu cara mengisi masa lapang. Hal ini demikian
kerana membaca menjadikan kita sebagai manusia yang berpengetahuan
dan bermaklumat.
Konklusinya, ibu bapa perlu membimbing anak-anak agar mengisi
masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

(127 patah perkataan)

Karangan Bahan Rangsangan: Faktor-Faktor Berlakunya Kemalangan Di


Jalan Raya

Kadar kemalangan di jalan raya telah meningkat dari semasa ke


semasa. Kejadian kemalangan selalunya melibatkan kenderaan seperti
kereta, motorsikal malahan pejalan kaki.
Faktor utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah kecuaian
pemandu. Terdapat segelintir pemandu yang memandu sambil
menggunakan telefon bimbit dan ada yang memandu di bawah pengaruh
alkohol. Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu tidak mematuhi
undang-undang di jalan raya. Contohnya, mereka memandu melebihi had
laju, memotong kenderaan lain di garisan berkembar serta melanggar lampu
isyarat.
Faktor jalan raya turut menjadi penyebab berlakunya kemalangan.
Jalan raya yang berlubang-lubang, sempit dan mempunyai banyak selekoh
akan menyukarkan pemanduan dan boleh mengundang kemalangan jika
mereka tidak berhati-hati. Akhir sekali, jalan yang licin dan basah ketika
hujan turut boleh membawa kecelakaan kepada pengguna jalan raya.
Konklusinya, kita perlu menjadi pengguna jalan raya yang bertimbang
rasa dan bertanggung jawab supaya kadar kemalangan dapat dikurangkan.
(126 patah perkataan)

Karangan Bahan Rangsangan: Faedah Membaca Surat Khabar

Surat khabar merupakan bahan bercetak yang memaparkan pelbagai


berita dan rencana dan diterbitkan pada setiap hari. Masyarakat digalakkan
membaca surat khabar agar dapat memperoleh pelbagai manfaat.
Membaca surat khabar dapat meluaskan pengetahuan kita tentang
perkara-perkara yang berlaku sama ada di dalam atau pun di luar negara.
Membaca surat khabar juga merupakan aktiviti masa lapang yang
berfaedah dan dapat menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang
meroskkan akhlak.
Selain itu, kita dapat meningkatkan kemahiran berbahasa dan
meluaskan kosa kata melalui surat khabar. Secara tidak langsung, kita dapat
menghasilkan penulisan karangan yang menarik dan bermutu. Faedah
seterusnya ialah kita dapat berkomunikasi dengan orang lain terutamanya
tertang isu-isu semasa.
Konklusinya, kita perlu menyemai tabiat membaca dalam diri masingmasing kerana membaca akan menjadikan kita sebagai manusia yang
berfikiran matang dan terbuka.
(126 patah perkataan)

Karangan Bahan Rangsangan: Faedah-Faedah Menjaga Kebersihan


Sungai

Sungai merupakan khazanah alam yang perlu dipelihara. Menjaga


kebersihan sungai akan memberikan banyak faedah kepada manusia dan
hidupan lain.
Sungai yang bersih akan dapat meningkatkan sektor pelancongan
dalam Negara. Hal ini demikian kerana para pelancong akan teruja untuk
menikmati kebersihan dan keindahan semulajadi sungai kita. Selain itu,
sungai yang bersih membolehkan hidupan air membiak dengan banyak.
Secara tidak langsung dapat menambahkan sumber protin kepada manusia.
Sungai yang terpelihara juga dapat membekalkan sistem pengairan
yang sempurna kepada manusia terutamanya para petani. Hal ini
membolehkaan para petani menghasilkan tanaman yang subur dan
meningkatkan produktiviti mereka. Sungai yang bersih turut menjadi pilihan
orang ramai untuk mengadakan aktiviti riadah. Pelbagai aktiviti dapat
dijalankan seperti memancing, berenang, berkayak dan sebagainya. Aktivitiaktiviti bterssebut dapat melahirkan masyarakat yang sihat, cergas dan
produktif.
Konklusinya, semua pihak perlu bertanggungjawab menjaga
kebersihan sungai supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

( 126 patah perkataan )

Karangan Bahan Rangsangan: Aktiviti Sempena Pesta Flora

Pesta flora merupakan program tahunan yang telah diadakan di negara kita.
Pelbagai aktiviti boleh diadakan untuk menarik minat orang ramai datang
menjayakan program tersebut.
Pertunjukkan menggubah bunga merupakan aktiviti yang
mendapat perhatian kaum wanita khususnya suri rumah tangga. Dalam
pertunjukkan tersebut, seorang penggubah bunga yang berpengalan telah
member tunjuk ajar kepada golongan wanita teknik menggubahn bunga yang
betul dan menarik.Pertandingan orkid turut diadakan. Pertandingan tersebut
telah mendaapat sambutan yang begitu memberangsangkan. Orang ramai
dapat menyaksikan pelbagai jenis orkid yang cantik dan subur dalam
pertandingan tersebut.
Pesta flora turut mempamerkan perarakan kereta
berhias yang mewakili pelbagai jabatan sama ada kerajaan mahupun
swasta. Pelbagai kenderaan dihias dengan bunga-bungaan yang unik. Orang
ramai begitu teruja dengan kreativiti yang dipertontonkan oleh pemilik
kenderaan tersebut.
Konklusinya, pesta flora perlu diadakan pada setiap tahun
sebagai satu cara untuk memupuk minat dan cinta terhadap flora .

( 129 patah perkataan )

Karangan Bahan Rangsangan: Amalan Hidup Sihat

Amalan gaya hidup sihat perlu dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat.
Antara amala yang perlu dilakukan adalah dengan mengambil makanan yang
seimbang, melakukan senaman dan sebagainya.
Kita perlu mengambil makanan yang seimbang dan
memperbanyakpengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran dalam
diet seharian.Hal ini penting kerana pemakanan yang seimbang akan
mengelakkan kita daripada mengalami obesiti dan
pelbagai penyakit kronik. Pemeriksaan kesihatan secara berkala juga perlu
dilakukan. Tujuannya adalah untuk memastikan tahap kesihatan kita sentiasa
berada dalam keadaan yang baik.
Kita juga perlu bergiat aktif dalam persatuan atau pasukan
beruniform. Melalui kegiatan ini , kita dapat mengisi masa lapang scara
berfaedah di samping mempunyai kenalan dan sahabat yang ramai. Amalan
gaya hidup sihat dapat melahirkan golongan masyarakat yang aktif dan
berkualiti untuk menyumbang kepada pembanguna negara.
Tuntasnya, kita semua perlu mengamalkan gaya hidup sihat supaya
kehidupan menjadi lebih bermakna dan ceria.

(128 patah perkataan)

Karangan Bahan Rangsangan: Permainan Tradisional

Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh masyarakat pada masa


ini. Antara jenis permainan tradisonal yang ada di negara kita ialah wau,
gasing, congkak dan sebagainya.
Pada masa dahulu, permainan tradisional telah dijadikan sebagai sumber
hiburan kepada masyarakat. Contohnya, pertunjukan permainan
tradisional diadakan semasa sesuaatu majlis keramaian atau semasa pesta
kebudayaan. Hal ini dapat member hiburan kepada orang ramai di samping
memupuk minat mereka terhadap permainan tradisional.
Permainan tradisional perlu dikekalkan kerana mempunyai keunikan yang
tersendiri. Pihak sekolah haruslah menubuhkan Kelab Permainan
Tradisional bagi mendedahkan generasi muda dengan pelbagai jenis
permainan tersebut. Melalui kelab tersebut, pelajar dapat mempelajari
peraturan dan cara sesuatu permainan itu dimainkan.
Pihak media massa perlu memainkan peranan dengan menyiarkan
rancangan yang berkisartentang permainan tradisonal. Langkah tersebut
sudah pasti dapat menarik perhatian golongan muda untuk mengenali
permainan tradisional.
Konklusinya, permainan tradisional perlu dikekalkan supaya warisan nenek
moyang ini tidak luput ditelan zaman.
( 128 patah perkataan )

10

Karangan Bahan Rangsangan: Langkah-Langkah Mengelakkan


Kemalangan Jalan raya

Kemalangan di jalan raya merupakan satu tragedi yang begitu banyak


meragut nyawa manusia. Walau pun pelbagai kempen keselamatan di jalan
raya telah diuar-uarkan, namun angka tragedi tersebut terus meningkat
hingga membimbangkan banyak pihak.
Salah satu cara untuk mengelakkan kemalangan di jalan raya adalah
dengan memastikan kondisi kenderaan sentiasa berada dalam keadaan
baik. Kenderaan hendaklah di servis secara berkala supaya tayar, brek,
lampu isyarat dan enjin dapat berfungsi dengan sempurna. Selain itu,
kita jangan sesekali memandu dalam keadaan letih dan mengantuk.
Sekiranya kita memandu di lebuh raya, kita perlulah berhenti untuk
merehatkan badan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang disediakan.
Sebagai
pemandu
yang
berhemah,
kita
seharusnya
sentiasa mematuhi had laju yang telah ditetapkan. Memandu melebihi had
laju menyebabkan kita sukar untuk mengawal kenderaan apabila berhadapan
dengan sesuatu kecemasan secara tiba-tiba. Pihak polis pula perlulah
sentiasa melancarkan pelbagai operasi dan mengenakan kompaun yang
setimpal terhadap pesalah jalan raya. Operasi Ops Sikap merupakan
antara langkah berkesan yang telah dijalankan bagi mengurangkan kadar
kemalangan di negara kita.
Konklusinya, kemalangan dapat dielakkan sekiranya kita semua dapat
mengawal emosi ketika berada di jalan raya.
( 126 patah perkataan )

11

Karangan Bahan Rangsangan: Sebab-Sebab Pelajar Ponteng Sekolah

Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin menjadi-jadi


sejak kebelakangan ini. Gejala ini perlu diatasi supaya tidak menjejaskan
masa hadapan mereka.
Terdapat sebilangan pelajar berjaga hingga lewat malam kerana
menonton televisyen atau melayari internet. Akibatnya, mereka sukar untuk
bangun pagi kerana keletihan dan masih dibelenggu rasa mengantuk.
Ponteng sekolah juga berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri yangtidak
berminat terhadap pelajaran. Hal ini disebabkan mereka tidak mempunyai
motivasi diri atau aktiviti pembelajaran di dalam kelas yang kurang menarik.
Gejala ini juga berlaku berpunca daripada pengaruh rakan
sebaya.Terdapat sesetengah pelajar ponteng sekolah kerana menghabiskan
masa bersama-sama rakan mereka sama ada di kafe siber, pusat snooker
atau melepak di pasar raya. Akhir sekali, kurangnya pemantauan daripada
ibu bapa turut menjadi penyebab ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.
Sebagai intihar, gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar perlu
diatasi oleh semua pihak sama ada ibu bapa, pihak sekolah, polis dan
sebagainya.

(125 patah perkataan )

12

Karangan Bahan Rangsangan: Faedah Melaksanakan Kempen Bumi


Hijau

Alam sekitar semakin tercemar sehingga menimbulkan impak negatif


terhadap manusia dan hidupan lain di muka bumi ini. Oleh itu, kerajaan telah
melaksanakan Kempen Bumi Hijau bagi mengurangkan kadar pencemaran
tersebut.
Kempen Bumi Hijau dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan suhu
bumi yang semakin tinggi. Kerajaan telah menyediakan hutan simpan agar
flora dan fauna di bumi kita ini tidak mengalami kepupusan. Selain itu,
kempen ini dapat mengurangkan pencemaran udara serta lain-lain bencana
seperti kejadian tanah runtuh, hujan asid dan hakisan tanah.
Kempen ini juga dapat meningkatkan ekonomi negara dalam sektor
pelancongan. Hutan yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang subur
akan menjadi tarikan pelancong untuk melawat tempat-tempat tersebut.
Kempen Bumi Hijau ini juga dapat mewujudkan suasana yang nyamandan
tenang.
Konklusinya, Kempen Bumi Hijau merupakan satu usaha murni pihak
kerajaan untuk memastikan bumi kita terselamat daripada kemusnahan.

13

Karangan Bahan Rangsangan: Usaha-Usaha Untuk Meningkatkan Hasil


Pertanian

Bidang pertanian merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi


negara yang utama. Hasil pertanian di negara kita bukan sahaja untuk
kegunaan domestik tetapi turut dieksport ke luar negara.
Agensi-agensi kerajaan yang terbabit seperti Jabatan Pertanian,
FAMA , MARDI dan sebagainya perlulah memberi khidmat nasihat dan
bantuan kepada para petanimemberi kemudahan pinjaman kepada para
petani yang berhasrat untuk menjalankan kegiatan tersebut secara
komersial. terutamanya dalam hal-hal seperti kaedah pertanian serta
pemasaran. Agensi kewangan pula seperti Bank AGRO hendaklah
Para petani perlulah berusaha untuk meningkatkan mutu hasil
tanaman masing-masing supaya dapat memenuhi kehendak pengguna.
Selain
itu,
masyarakat
tempatan
sendiri
memainkan
peranan
dengan mengutamakan keluaran tempatan berbanding hasil tanaman yang
diimport.
Konklusinya, setiap pihak haruslah mempunyai kesedaran untuk
membantu golongan petani dalam meningkatkan mutu hasil pertanian negara
khasnya dan taraf hidup petani amnya.
( 128 patah perkataan )

14

Karangan Bahan Rangsangan: Cara Mengatasi Pencemaran Alam


Sekitar

Fenomena pencemaran alam sekitar kian meruncing sehingga


menjejaskan ekosistem dan kualiti kehidupan. Sekiranya masalah ini tidak
diatasi, sudah pasti dunia kita akan mengalami kemusnahan yang lebih teruk.
Pihak kerajaan telah menggalakkan aktiviti kitar semula bertujuan
untuk mengurangkan bilangan sampah yang mencemarkan alam sekitar.
Barang-barang terbuang seperti tin, plastik, botol dan kertas boleh dikitar
semula untuk dijadikan barang-barang yang baharu. Selain itu, kempenkempen penjagaan alam sekitar telah dijalankan secara terancang dan
meluas melalui pelbagai media massa.
Pihak kerajaan juga telah meningkatkan penguatkuasaan undangundang alam sekitar. Pihak yang melakukan pembakaran terbuka dan
pembalakan secara haram dikenakan hukuman yang sekeras-kerasnya. Akhir
sekali, anak-anak perlulah diterapkan kepentingan memelihara alam
sekitar melalui pendidikan di sekolah.
Konklusinya, semua pihak perlu menggalas tanggungjawab ini supaya
masalah pencemaran alam sekitar yang kian meruncing ini dapat diatasi.
( 126 patah perkataan )

15

Karangan Bahan Rangsangan: Kelebihan Pasar Malam

Pasar malam selalunya diadakan pada setiap minggu di sesebuah


tempat. Tujuannya adalah untuk member kemudahan kepada orang ramai
untuk membeli barang-barang keperluaan harian.
Terdapat pelbagai barang dijual di pasar malam seperti sayursayuran, buah-buahan, makanan dan lain-lain. Barang-barang yang dijual di
pasar malam juga biasanya lebih segar berbanding di pasar raya. Hal ini
memberi kepuasan dan kemudahan kepada orang ramai untuk membuat
pilihan terhadap apa-apa yang mereka inginkan.
Orang ramai juga boleh tawar menawar sewaktu membeli barangan.
Keadaan ini berbeza jika mereka berbelanja di pasar raya. Pengguna hanya
akan membeli sesuatu barang sekiranya mereka berpuas hati dengan harga
yang ditawarkan. Tambahan pula, barang-barang yang dijual di pasar malam
mempunyai harga yang lebih murah dan mampu dibeli oleh pengguna yang
berpendapatan rendah. Secara tidak langsung mereka dapat berjimat cermat
ketika berbelanja.
Kesimpulannya, pasar malam masih relevan pada masa ini dan perlu
diteruskan bagi memudahkan para pengguna.
( 129 patah perkataan )

16

You might also like