Isl TAJUK 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TAJUK 3

Panduan Menghasilkan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah


3.1 Penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah

Anggaran kos (efektif)


Contohnya, Bahan bercetak amat murah dan mudah untuk didapati. Pencetakan bahan
yang banyak akan mengurangkan kos jika dibandingkan dengan bahan pandang-dengar
yang lain. Bahan-bahan bercetak, cetakan tempatan atau cetakan sendiri berharga
murah dan boleh disediakan dengan cepat

Kebolehgunaan
.Contohnya, Teknologi pendidikan ini memudahkan guru untuk mengajar murid melalui
bahan bercetak yang maujud. Guru boleh menggunakan bahan bercetak sekerap
mungkin sehingga murid benar-benar dapat mengingati fakta atau perkara yang ingin
diperlajari. Murid-murid boleh menggunakannya mengikut kadar kecepatan mereka
sendiri. Bahan-bahan tercetak boleh dibaca dengan cepat dan maklumat penting boleh
dipelajari tanpa mengikut sesuatu masa pengajaran.
Bahan bercetak tidak mempunyai masalah dari segi penggunaannya kerana ia tidak
memerlukan sumber tenaga elektrik seperti komputer. Walaubagaimanapun, ia perlu
digunakan di tempat yang terang atau mempunyai cahaya kerana jika tidak bahan yang
dipaparkan tidak dapat dilihat.

Mobiliti
Contohnya, Bahan bercetak ini boleh digunakan di mana sahaja sama ada di dalam
atau di luar kelas. Jika bahan tersebut ingin digunakan di kawasan yang luas seperti
dewan, bahan tersebut hendaklah diperbanyakkan. Selain itu, murid-murid juga boleh
menggunakan pada bila bila masa bahan bercetak tersebut walaupun tanpa guru

Bahan mentah
Contohnya, Hampir kesemua bahan bercetak menggunakan kertas sebagai bahan
mentah. Penggunaan kertas sangat popular kerana ia mudah didapati selain kos
mencetak yang rendah.

Saiz, warna
Contohnya, Jika gambar atau poster digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ,
guru mestilah memastikan saiznya besar dan boleh dilihat oleh semua murid. Perkara ini
penting dalam menyampaikan maklumat dan mengekalkan perhatian serta minat murid.
Pemilihan warna juga perlu diberi perhatian oleh guru. Warna yang terlalu terang dan
terlalu gelap akan menjejaskan fokus murid terhadap penyampaian guru.

Tatahias, kemasan

Contohnya, Sekiranya guru menggunakan lukisan sebagai bahan bantu mengajar, guru
perlu memastikan lukisan tersebut mudah difahami oleh murid. Guru juga perlu
mengelakkan penggunaan lukisan yang terlalu abstrak. Hal ini akan menyukarkan murid
memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Jika guru mencetak bahan-bahan
yang mengandungi tulisan tangan, pastikan tulisan tersebut kemas dan mampu dibaca
oleh murid. Bahan bercetak yang terlalu banyak gambar dan warna juga tidak
digalakkan untuk diguna sebagai bahan bantu mengajar kerana boleh mengganggu
tumpuan murid dalam mencapai objektif pembelajaran yang sebenar.

Panduan penggunaan termasuk unsur keselamatan

Simpanan dan penyelenggaraan


Contohnya, Bahan bercetak ini perlu disimpan dengan kemas dan teliti kerana bahan ini
mudah koyak atau rosak, seperti disimpan di dalam fail, folder, plastik menyimpan kertas
dan sebagainya. Gambar-gambar seperti foto dan rajah boleh dimasukkan dalam teks
untuk penerangan lebih lanjut mengenai konsep, hujah-hujah dan juga untuk
menambahkan minat murid. Bahan-bahan cetakan tambahan boleh dimuatkan di dalam
buku teks atau buku latihan sebagai lampiran atau bahan tambahan.

Inventori

Rujukan
http://pgsrkajiansosial.blogspot.com/p/pss3109_20.html

You might also like