Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Kajian Kes adalah cerita yang digunakan sebagai bahan pengajaran yang

menggarapkan pengaplikasian teori atau konsep terhadap situasi sebenar yang


berlaku. Pelbagai displin ilmu telah menggunakan Kajian Kes termasuk bidang
kemanusiaan, sains sosial, sains, kejuruteraan, undang-undang, perniagaan dan
perubatan (http://www. vanderbilt.edu/cft/resources/gleanings/ casestudies/).

Muhamad Muda (2003: 3) mendefinisikan Kajian Kes sebagai satu deskripsi


tentang sesuatu situasi, dan semestinya yang telah/sedang berlaku serta boleh
menjadi pengajaran. Ia adalah alat pembelajaran berkesan yang berupaya
membentuk kemahiran membuat keputusan, berfikir, berinteraksi dan bekerja
secara berpasukan. Surjit Singh dan Osman Md. Zain (t.th: 1) pula memberi
takrifan, Kajian Kes ialah satu metode latihan yang menggunakan kes-kes
sebagai bahan pengajaran.

Metode kajian ini digunakan secara meluas dalam bidang perundangan dan
perubatan. The University of Chicago Department of Sociology, di Amerika
Syarikat, telah mempelopori Kajian Kes diawal abad 1900 sehingga 1935.
Malangnya,

terdapat

segelintir

cendekiawan

mempersoalkan

aspek

kebolehpercayaan (reliability) metod ini berdasarkan penggunaan satu sampel


sahaja atau sampel bersaiz kecil dan ketidakmampuan dapatan kajian untuk
digeneralisasikan kepada umum.

Selepas 1935, penggunaan Kajian Kes semakin berkurangan kerana peralihan


dunia penyelidikan kepada kaedah kuantitatif. Walaubagaimanapun, kekangan
yang terdapat pada metod kuantitatif, menukar lensa dunia penyelidikan kepada
bentuk Kajian Kes pada tahun 1965 (Tellis, 1997: 3). Sehingga hari ini, Harvard
University adalah universiti tersohor dalam menggunakan kajian kes sebagai
wadah utama pembelajaran. Terkini, pelajaran Sains, Pendidikan, ICT, Ekonomi,

Perniagaan dan Pemasaran mempunyai banyak laman web yang menawarkan


sampel-sampel kajian kes untuk dimuat-turun secara percuma bagi tujuan
pedagogi dan endragogi.

Terdapat lima kategori kes yang terdiri daripada kes berbentuk:


- Masalah/Keputusan (Problem/Decision).
- Penilaian (Appraisal).
- Sejarah (Case Histories).
- Catatan Industri (Industry Notes).
- Kes Bersiri/Berkelompok (Series Cases).

Setiap bentuk kajian kes mempunyai kelebihan tersendiri. Kes boleh ditulis
berdasarkan kesesuaian bidang berkenaan dengan objektif pembelajaran.

Kajian kes tidak lari dari skop dan metodologi kajian-kajian lain. Ia berbentuk
deskriptif dan tertakluk kepada unsur-unsur kesahan dan kebolehpercayaan
(validity and reliability) sebagaimana kesemua metod kajian yang lain. Kajian
Kes sebagai wadah pembelajaran menghuraikan suatu teori dalam jangkamasa
yang pendek, tetapi diolah dengan cara yang menarik dan tersendiri untuk
menepati suasana kuliah yang lazimnya mengambil masa tidak lebih dari dua
jam.

Para pelajar bertanggungjawab sepenuhnya dalam mencerakinkan kes yang


diberi dan mencari pendekatan terbaik untuk mendapatkan penyelesaian winwin-win. Proses pembudayaan ilmu (Ad-Tadayyun) secara kajian kes akan

memperkasakan pembentukan kognitif (pengetahuan), afektif (keperibadian) dan


psikomotor (kemahiran) individu (Muhamad Muda, 2003: 3).

Tujuan asas penggunaan metode kes sebagai strategi pengajaran ialah


bertujuan untuk memindahkan tanggungjawab belajar daripada guru, kepada
pelajar yang memainkan peranan dan hasilnya ia dapat menukar penyerapan
pasif ke arah pembangunan aktif. Melalui perbincangan kes secara teliti, pelajar
dapat mengenal pasti punca masalah, mengenali pembuat keputusan dan
agendanya

dan

menjadi

peka

terhadap

keadaan

persekitaran

yang

menyumbang kearah keputusan yang diambil dalam kes tersebut.

Pelajar juga didorong untuk membuat keputusan berdasarkan analisa mereka


sendiri dan mengaplikasi pengetahuan mereka tentang teori-teori masalah
tersebut. Di samping itu juga, pelajar mampu menyelesaikan masalah-masalah
yang lebih rumit dengan cara mengenalpasti dan menganalisa faktor-faktor
penting, mampu mencambahkan idea, menyelaraskan idea dengan fakta
sebenar dan menggabungkan idea tersebut secara kreatif.

Perbincangan kes juga dapat membantu para pelajar untuk menghadapi


masalah yang timbul dalam situasi dan krisis dunia yang sebenar dengan fakta
kes yang digarap berdasarkan simulasi keadaan sebenar (contohnya situasi bilik
kuliah, dewan, mahkamah atau hospital). Dengan demikian, melalui pendedahan
terhadap kajian kes, para pelajar berpeluang untuk mengasah tahap
profesionalisme mereka melalui cabaran, keperitan dan pengalaman sebenar
dan liputan dari dapatan kajian orang lain.

Kelebihan metode kajian kes adalah para pelajar didedahkan kepada realiti
hidup yang benar-benar berlaku, yang mungkin tidak pernah dan tidak akan
mereka alami di luar kuliah. Sebagai contoh, seseorang pelajar yang tertarik
untuk mengkaji kesan kemiskinan kepada pencapaian akademik pelajar sekolah
menengah secara

keseluruhannya, dapat mengakses dan menganalisa

maklumat daripada sekolah-sekolah yang berbeza di Perlis, Kedah, Sabah dan


Sarawak tanpa perlu meninggalkan bilik kuliah.

Metode kajian kes juga menggabungkan idea individu dan idea ahli-ahli
kumpulan di mana para pelajar saling bergantung dan belajar daripada satu
sama lain. Idea-idea yang dicerna akan dikupas bersama melalui perdebatan
dan pertikaian ahli-ahli kumpulan dan dilontarkan semula untuk dimurnikan
bersama. Kesimpulannya, para pelajar mampu berdikari dan mempunyai
kemahiran untuk merumus soalan sekaligus meningkatkan pemahaman proses
pembelajaran

mereka

(http://writing.colostate.edu/references/research

/casestudy/com2a3.cfm).

Kes yang baik mempunyai unsur pengajaran yang boleh dipelajari daripada
masalah yang timbul, adanya masalah atau keputusan yang perlu diselesaikan,
terdapat pembuat keputusan, fakta kes lengkap dan jelas dan diolah
berdasarkan konvensyen penulisan kes serta menarik perhatian pelajar untuk
melibatkan diri dalam perbincangan kes itu (Muhamad Muda 2003: 7). Kes-kes
yang baik juga mempunyai ciri-ciri berikut; cerita yang baik, terkini, ada dialog,
mewujudkan empati terhadap watak utama, relevan kepada pembaca,
memenuhi fungsi pengajaran dan bersifat umum (http://www.vanderbilt.edu/
cft/resources/gleanings/casestudies/).

Kajian Kes (Case Study) Dalam Bidang Pengajian Islam

UF telah menyiapkan satu Kajian Kes yang bertajuk Pencegahan SARS


(Irwan(a) 2003: 1-9) beserta Panduan Mengajar (Teaching Guide) kes ini
(Irwan(b) 2003: 1-6). Kajian kes ini boleh digunakan sebagai sampel atau bahan
pengajaran di dalam bilik-bilik kuliah dan tutorial. Ia bukan sahaja sesuai
digunakan dalam bidang pengajian Islam, bahkan ia juga sesuai untuk bidang
ekonomi, pengurusan, perubatan dan yang berkaitan dengannya.

UF telah membahagikan Kajian Kes Pencegahan SARS ini kepada lima


bahagian iaitu mukaddimah, fakta, kronologi, kesan dan tindakan lanjut yang
sewajarnya diambil. Penulis telah menyediakan maklumat yang mencukupi
sebagai asas kepada pelajar untuk memahami perkara yang perlu dibincangkan.
Untuk bahan pengajaran subjek Usul Fiqh, penulis memfokuskan konsep
Siyasah Syariyyah yang berpaksikan Maslahah Syariyyah dalam langkahlangkah pencegahan yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk
menangani masalah wabak SARS yang melanda negara awal tahun 2003.

Para pelajar perlu membincangkan langkah-langkah pencegahan yang diambil


oleh kerajaan Malaysia dalam menangani wabak SARS, samada ia menepati
Maslahah

Syariyyah

ataupun

tidak

dan

seterusnya

perlu

menyokong

dakwaannya itu dengan dalil-dalil nas ataupun kaedah-kaedah fiqh.

Sebagai contoh, antara langkah pencegahan yang diambil oleh kerajaan dalam
menghadapi SARS ialah pembekuan visa perjalanan bagi pelawat dari negaranegara yang terjejas teruk akibat SARS. Dari satu sudut, sekatan ini dapat
mengawal kemasukan pesakit SARS dari menyebarkan virus itu kepada
masyarakat Malaysia. Namun dari sudut yang lain, sekatan itu menghalang para
pelabur masuk ke Malaysia yang mungkin akan menjejaskan ekonomi negara

dan akan menjejaskan sektor pelancongan akibat tiada pelancong yang


dibenarkan masuk daripada negara-negara yang dijangkit SARS.

Contoh kedua ialah kuarantin ke atas individu yang disyaki dijangkiti SARS
sekurang-kurangnya sepuluh hari. Pesakit yang dikuarantin akan diasingkan di
tempat khas dan tidak dibenarkan bergaul dengan pesakit-pesakit biasa atau
pelawat kerana virus SARS mudah berjangkit. Dalam isu kuarantin ini para
pelajar dihadapkan dengan dua situasi iaitu, sekiranya individu itu dikuarantin, ia
dianggap mengongkong hak individu, tetapi kalau dia dibiarkan tanpa kawalan,
berkemungkinan virus SARS akan merebak kepada orang lain. Di sini para
pelajar akan memberi pandangan masing-masing berkenaan isu ini berdasarkan
dalil-dalil nas dan kaedah-kaedah fiqh untuk merealisasikan Maslahah
Syariyyah dalam langkah pencegahan yang diambil.

Pendekatan one way traffic yang diamalkan selama ini oleh kebanyakan
pengajar subjek Usul Fiqh bersifat spoon feeding. Kebanyakan pelajar sukar
memahami dan cepat lupa apa yang dipelajarinya dalam kelas. Metode begini
juga tidak membangunkan pemikiran kritis para pelajar. Berbanding metode
Kajian Kes yang lebih bersifat kendiri pelajar dalam menyelesaikan sesuatu isu.

Ia dapat menarik minat para pelajar untuk turut serta dalam perbincangan kes
yang dibentangkan. Hasilnya pelajar dapat memahami pelajaran dengan lebih
efektif kerana mampu menggabungkan teori dan praktikal sebagai persediaan
menghadapi cabaran dunia sebenar. Ini kerana Kajian Kes amat berguna dalam
menggalakkan perbincangan mengenai cara terbaik dan strategi penyelesaian
masalah-masalah
6,00.html).

(http://whatis.techtarget.com/definition/0,,sid9_gci54625

Bentuk pengajaran Kajian Kes lebih sesuai jika jumlah pelajar adalah kecil dan
kerusi-meja di susun atur bulat supaya setiap pelajar dapat berhujah dengan
bernas mengikut simulasi keadaan kes tersebut. Pelajar diberi peluang untuk
mengutarakan pandangan masing-masing dan pensyarah hanya perlu bertindak
sebagai fasilitator. Di akhir sesi, tiada resolusi yang dianggap benar atau salah.
Para pelajar dianggap telah memainkan peranan masing-masing dengan
jayanya sekiranya mereka dapat mengaplikasikan teori yang sepatutnya
digunapakai semasa perbincangan kes tersebut.

Kejayaan metod kajian kes ini bergantung kepada cara pembelajaran mahasiswa
di institusi pembelajaran terbabit. Menurut kajian Victoria Salin pada tahun 2001,
mahasiswa boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama, Dependent
learner, Collaborative learner dan Independent learner. Kumpulan pertama
akan bertindak pasif dan menanti arahan, kumpulan kedua akan melibatkan diri
secara aktif didalam perbincangan dan kumpulan ketiga akan cuba untuk
mengubahsuai kandungan dan struktur kes semasa perbincangan. Fasilitator
perlu bijak mengenalpasti kategori pelajar dan menggunakan pendekatan yang
bersesuaian.

Yin (1994: 75) pula mencadangkan agar mahasiswa digalakkan memahami


pendekatan kaedah kajian kes itu sendiri dengan penekanan terhadap aspekaspek berikut:
- Membincangkan sinopsis kes (mengenalpasti objektif dan isu utama kajian).
- Melakukan Kajian Lapangan.
- Soalan-soalan (soalan spesifik yang perlu dikenalpasti oleh penulis kajian kes).
- Cara menulis laporan akhir Kajian Kes (format kes, konvensyen penulisan kes).

Para penulis Kajian Kes perlu melengkapi Kajian Kesnya dengan satu set
Panduan Mengajar (Teaching Guide) yang mengandungi sinopsis, objektif,
kumpulan sasaran berserta panduan terperinci pengendalian kes tersebut,
termasuk strategi memimpin kes, soalan dan penyelesaian. Panduan Mengajar
ini hanya diberikan kepada pengajar atau fasilitator yang menngendalikan kelas
dan tidak diberikan kepada para pelajar. Ini untuk memudahkan pengajar atau
fasilitator yang menggunakan kes itu dalam pengajarannya.

Pengajaran yang menggunakan metode Kajian Kes dapat mengubah suasana


bilik kuliah daripada keadaan muram kepada keadaan yang ceria dengan
adanya brain storming di kalangan para pelajar. Di samping dapat melatih
mereka berinteraksi, berkomunikasi, berdebat dan melahirkan pendapat, mereka
juga akan berasa bangga kerana diberi peluang bertindak sebagai penyelesai
masalah. Sewajarnya pengajar menghargai pendapat mereka dan tidak
menghentam mereka jika pendapat mereka salah, kerana tujuan Kajian Kes
bukanlah untuk mencari siapa benar dan siapa salah.

BIBLIOGRAFI

Irwan Mohd Subri. 2001. Metode Ahl al-Ray dan Ahl al-Hadith Dalam
Mengistinbatkan Hukum Dan Pengaruhnya Terhadap Imam-mam Empat
Mazhab. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Irwan Mohd Subri et al (a). 2003. Pencegahan SARS. Kajian Kes. Universiti
Sains Islam Malaysia.

Irwan Mohd Subri et al (b). 2003. Pencegahan SARS. Panduan Mengajar.


Universiti Sains Islam Malaysia.

Muhamad Muda. 2003. Apa Itu Kajian Kes? Kertas Kerja. Dibentangkan di
Bengkel Penyelidikan dan Penulisan Kes Siri I. Universiti Sains Islam Malaysia.
5-6 Mac.

Muhammad Ismail Ibrahim. 1978. Aimmah al-Madhahib al-Arbacah: Abu


Hanifah, Malik, al-Shaficiyy, Ibnu Hanbal. t.tp: Dar al-Fikr al-cArabiyy.

Surjit Singh & Osman Md. Zain. t.th. The Case Method And Types Of Cases.
Artikel.

Tellis, W. 1997. Introduction to case studies. The Qualitative Report [On-line


serial], 3(2). Available: http://www.nova.edu/ssss/QR/QR3-2/tellis1.html

Yin, R. 1994. Case study research: Design and methods. ed.2. Beverly Hills, CA:
Sage Publishing.

Fast

Guide

to

Case

Studies.

http://whatis.techtarget.com/definition/0,,sid9_gci 546256,00. html.

2003.

Case

Studies.

http://www.vanderbilt.edu/cft/resources/gleanings/casestudies/.

2003.
Vanderbilt

University.

Case

Studies.

http://writing.colostate.edu/references/research/casestudy/com2a3. cfm.

http://usulifaqih.blogspot.com/2011/06/apa-itu-kajian-kes-case-study.html

2003.

You might also like