Contoh Surat Rayuan EG Tukar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Faris Iskandar bin Yusoff,

Lot 515, Jln Merpati 9/G,


Taman Merpati Utama,
16810 Pasir Puteh,
Kelantan.

Tarikh

: 9 November 2014

Pengarah,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Aras 3, Blok E2, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Melalui dan salinan,
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu,
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu,
Jalan Bukit Kecil,
20604 Kuala Terengganu,
Terengganu.
(u.p.: Sektor Pengurusan Sekolah)
Melalui dan salinan,
Guru Besar SK Sungai Lerek,
SK Sungai Lerek,
21450 Chalok, Setiu,
Terengganu.
Tuan,
RAYUAN UNTUK PERTUKARAN
Berhubung perkara di atas, saya FARIS ISKANDAR BIN YUSOFF, No.KP: 900515-03-5015 (No. Fail JPN: 0101401/22222) major Pengajian Bahasa Inggeris dan minor Pendidikan Seni ingin merayu supaya tuan
mempertimbangkan rayuan perpindahan saya pulang ke negeri Kelantan.
2.
Untuk makluman pihak tuan, ini merupakan permohonan kali ketiga saya yang mana semuanya tidak
diluluskan. Saya sudah memenuhi syarat-syarat perkhidmatan, iaitu berkhidmat selama tempoh 10 tahun. Malah saya
juga sudah berkhidmat di negeri, daerah dan sekolah yang sama sepanjang tempoh perkhidmatan saya iaitu bermula
dari penempatan pertama pada 2 Januari 2005.
3.
Saya merasakan sudah tiba masa untuk saya mencuba nasib di tempat baru bagi memberikan tambahan
tenaga dan motivasi saya dalam memberi perkhidmatan pendidikan yang lebih baik. Selain itu juga, saya memohon
pertukaran ke negeri Kelantan kerana ingin berada lebih hampir dengan kedua-dua ibu bapa saya yang memerlukan
perhatian dari segi kesihatan mereka.
4.

Berikut merupakan maklumat diri saya.


Nama:
No. Kad Pengenalan:
No. Permohonan eG-Tukar:
Tarikh Lantikan:
Pengalaman Mengajar:
Kelulusan Akademik:

FARIS ISKANDAR BIN YUSOFF


900515-03-5015
T201xxxxx
2 JANUARI 2005
10 TAHUN
- Diploma Pendidikan Malaysia (Pengajian B.Inggeris/Pend. Seni)
Maktab Perguruan Ilmu Khas Cheras. (2004)
- B.Ed TESL (Teaching English as Second Language)
Universiti Kebangsaan Malaysia. (2012)

Mata pelajaran yang boleh diajar:


Bilangan
1
2
3
4
5

Mata Pelajaran
Bahasa Inggeris
English Literature
Pendidikan Seni
Teknologi Maklumat (ICT Literacy)
Pendidikan Sivik/Moral

Pengalaman Tahun Mengajar


10 tahun
10 tahun
5 tahun
5 tahun
3 tahun

4.
Saya amat berharap pihak tuan memahami kedudukan saya.Berikut saya lampirkan bersama salinan
permohonan eG-Tukar saya untuk pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan. Kerjasama dan perhatian telus
daripada pihak tuan amatlah saya hargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
...........................................................
( FARIS ISKANDAR BIN YUSOFF )
s.k Pejabat Pelajaran Daerah Setiu.

You might also like