Pengenalan Konsep 5P

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PENGENALAN KONSEP 5P

Dasar Pendidikan Kebangsaan termaktub dalam Akta Pendidikan 1996,


Bahasa Melayu kini Bahasa Malaysia ialah sebagai mata pelajaran teras di semua
sekolah rendah dan menengah berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Berhasrat membina rasa bangga terhadap
bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat.Berperanan sebagai
pemangkin kepada semangat cinta akan tanahair yang dikongsi bersama dengan
satu wawasan. Mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat
antarabangsa khususnya menerusi teknologi maklumat dan komunikasi. Ia bertujuan
untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani.
Menyediakan murid dalam menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi
dengan menggunakan peraturan tatabahasa yang betul dan tepat.Murid juga
mampu mengungkap bidang ilmu daipada pelbagai disiplin atau mata pelajaran
disamping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Penekanan
juga diberikan kepada nilai-nilai murni, semangat patriotik dan strategi pengajaran
dan pembelajaran itu perlu berlandaskan kepada penyepaduan konsep 5P iaitu
penggabungjalinan, penyerapan, pemulihan, pengayaan dan penilaian.
Konsep 5P adalah strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di
peringkat sekolah-sekolah. Ia merupakan satu saranan supaya bidang-bidang
kemahiran atau bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara
bersepadu. Semua elemen dalam konsep 5P dijalankan secara bersepadu dan tidak
secara berasingan.

You might also like