Nota Sejarah Penggal 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

Pengiktirafan Malaysia dalam arena politik antarabangsa

Mohd Azizuddin Mohd Sani

Tanggal 16 Oktober 2014 sekali lagi menyaksikan peristiwa bersejarah dan bermakna
kepada rakyat Malaysia apabila Malaysia terpilih sebagai wakil tidak tetap Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Syarat menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB ialah negara berkenaan
haruslah mempunyai majoriti sokongan dua pertiga daripada keseluruhan anggota
PBB. Malaysia memperoleh 187 undi daripada 193 negara anggota PBB dalam
pengundian rahsia yang diadakan di Ibu Pejabat PBB, New York.
Ini bukanlah kali pertama Malaysia menduduki kerusi ini. Malaysia pernah menjadi
wakil tidak tetap PBB pada tahun 1965, 1989- 1990 dan 1999-2000. Sebelum ini juga
Malaysia pernah menduduki kerusi tidak tetap ini, Malaysia banyak berperanan besar
dalam membuat keputusan di Majlis Keselamatan PBB seperti berkenaan campur
tangan ketenteraan Iraq ke atas Kuwait pada tahun 1990 dan Perang Kosovo pada
1998-1999.
Jelas, Malaysia mempunyai pengalaman luas dan cemerlang sebelum ini dalam
menyelesaikan konflik global. Meskipun Malaysia hanya mempunyai satu undi dalam
Majlis Keselamatan yang masih dikuasai lima wakil tetap yang mempunyai kuasa
pemutus veto iaitu Amerika Syarikat (AS), Russia, China, Perancis dan United
Kingdom (UK), Malaysia dilihat masih mampu menyuarakan pandangan berkenaan
sesuatu konflik politik dan bertindak mempengaruhi keputusan keseluruhan Majlis
Keselamatan.
Malaysia juga dilihat sering konsisten dalam memperjuangkan banyak isu misalnya
isu senjata pemusnah dan nuklear, pembangunan mapan dan seimbang, serta isu
kemanusiaan khasnya nasib penduduk Palestin.
Selain Malaysia, negara lain yang terpilih ialah Angola dengan 190 undi, Venezuela
(181 undi), New Zealand (145 undi) dan Sepanyol, (132 undi). Lima negara ini akan
menyertai lima negara lain sebagai wakil tidak tetap Majlis Keselamatan iaitu
Lithuania, Chad, Chile, Jordan dan Nigeria sehingga tahun 2015.
Keseluruhan jumlah wakil Majlis Keselamatan ialah sebanyak 15 anggota, badan
terpenting PBB bagi membentuk dasar dan resolusi menyelesaikan konflik sejagat
secara aman mahupun secara tindakan bersama ketenteraan.
Faktor kejayaan Malaysia
Beberapa faktor dilihat sebagai penyebab kepada kejayaan Malaysia. Pertama,
Malaysia adalah wakil tunggal Asia yang menawarkan diri. Asia harus mempunyai
satu kerusi wakil tidak tetap di Majlis Keselamatan. Kedua, Malaysia juga secara aktif
melobi semua negara anggota PBB yang menduduki Perhimpunan Agung PBB. Datuk

Hussein Haniff, wakil tetap Malaysia ke PBB adalah juga Naib Presiden Perhimpunan
Agung PBB.
Jelas sokongan besar datang daripada majoriti negara anggota PBB yang melihat
Malaysia layak menduduki kerusi itu. Ketiga, pembabitan aktif Malaysia sebelum ini di
PBB dihargai badan dunia. Malaysia sebenarnya menyertai tujuh daripada 15 misi
pengaman PBB di seluruh dunia. Malaysia juga terbabit langsung dalam misi
keamanan pascakonflik di Liberia.
Pembabitan aktif Malaysia dalam pelbagai forum antarabangsa menjadikan peranan
Malaysia diiktiraf membawa kepada kejayaan kali ini sebagai wakil tidak tetap PBB.
Lima peranan besar
Cabaran sebagai wakil tidak tetap sangat besar bagi Malaysia. Menurut Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Malaysia mempunyai lima peranan besar dalam
Majlis Keselamatan PBB. Malaysia akan mempromosikan nilai kesederhanaan
(moderasi) pada peringkat global. Malaysia juga terus mendesak penggunaan kaedah
perantara berbanding ketenteraan dalam penyelesaian konflik. Malaysia akan terus
mendokong kepada operasi pengaman.
Malaysia akan membantu mempromosikan proses keamanan di negara yang
bergolak. Akhir sekali, Malaysia akan meneruskan perundingan dalam usaha
memperbaharui Majlis Keselamatan PBB secara menyeluruh. Nyata sekali, cabaran
besar ini mampu digerakkan Malaysia bagi memastikan keamanan sejagat walaupun
bakal menghadapi pelbagai kesukaran dan rintangan mendatang.
Berdasarkan faktor geopolitik dan konflik serantau kini, Malaysia pasti akan terbabit
menyelesaikan konflik kemanusiaan meruncing kini di Asia Barat khususnya melalui
ancaman pejuang Negara Islam (IS) khususnya di Syria dan Iraq. Di samping itu,
konflik Israel-Palestin terus menjadi perhatian utama Malaysia bagi memastikan
keamanan wujud dan Palestin diiktiraf sebagai negara yang sah oleh PBB.
Sebagai satu-satunya wakil Asia dalam Majlis Keselamatan PBB selain China,
Malaysia sudah pasti berperanan penting bagi menghadapi sebarang krisis antara
negara dan domestik yang berlaku di Asia khususnya ke arah meredakan ketegangan
di Laut China Selatan di antara China, Vietnam dan Filipina.
Konflik kaum yang berlaku di Myanmar dan konflik di Kashmir membabitkan India dan
Pakistan juga harus menjadi perhatian Malaysia. Kejayaan Malaysia ini juga
bersamaan dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi Pertubuhan Negara-Negara
Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 2015 yang bakal terbentuknya Komuniti ASEAN.
Maka, tahun 2015 dan 2016 akan menyaksikan peranan aktif Malaysia di persada
antarabangsa. Kejayaan ini sangat membanggakan, namun memerlukan tugas dan
tanggungjawab besar Malaysia mempengaruhi keputusan dasar yang dibentuk pada
peringkat PBB demi kepentingan kemanusiaan sejagat
DISYORKAN http://www.bharian.com.my/node/12425

Mewujudkan kerjasama dalam bidang teknikal


Mewujudkan kerjasama dengan negara anggota untuk mengatasi masalah ancaman
komunis di Asia Tenggara
Menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial
Malaysia turut bekerjasama memerangi masalah dadah di Asia Tenggara
Negara kita berjaya menamatkan konfrontasi Indonesia semasa pembentukan Malaysia
Malaysia mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia bagi menyelesaikan
pertelingkahan mengenai pembentukan Malaysia
Malaysia dan Kerajaan Thailand bekerjasama dalam bidang pertahanan iaitu
persempadanan seperti di Rantau Panjang dan Bukit Kayu Hitam.
Malaysia juga menjadi perantara gencatan senjata antara kerajaan Filipina dengan MNLF.
Malaysia menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Filipina menyelesaikan isu pencerobohan
di Lahad Datu oleh Kesultanan Sulu.
Negara Malaysia juga bekerjasama dengan Indonesia dalam menangani isu pengganas
dengan membenarkan Indonesia mengekstradisi rakyat Malaysia, iaitu Nordin Mat Top yang
disyaki menjadi dalang dalam beberapa siri keganasan.
Malaysia juga memberi pengampunan kepada pendatang tanpa izin dari negara Indonesia,
Vietnam dan Myanmar yang memasuki Malaysia secara haram.
Malaysia dapat menyelesaikan isu tuntutan terhadap Pulau Batu Putih dengan kerajaan
Singapura dengan bijak.
Malaysia tidak campur tangan dalam isu yang berlaku di selatan Thailand selaras dengan
dasar berkecuali yang diamalkan oleh negara.
Malaysia bersama dengan negara anggota yang lain berusaha menyelesaikan masalah
pelarian Vietnam
Berusaha bersama-sama dengan Negara anggota yang lain menyelesaikan isu politik di
Acheh
Malaysia telah menghantar tentera pengaman di Timur Leste dan Kemboja
Mengadakan Forum Serantau ASEAN bagi menyelesaikan konflik antara negara anggota
disebabkan perbezaan politik, persempadanan dan pembangunan ekonomi
Malaysia menyatakan pendirian kurang senang dengan kewujudan pangkalan tentera
Amerika di Singapura
Malaysia berusaha menyelesaikan tuntutan bertindih Kepulauan Spratly di Laut China
Selatan yang melibatkan Republik China, Vietnam, Filipina, Brunei dan Malaysia

SOALAN 6
Bagaimanakah konsep Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) membawa kemajuan
kepada Negara kita?

Konsep ZOPFAN membawa kemajuan kepada Negara kita kerana beberapa perkara iaitu;
Malaysia tidak membenarkan pembukaan pangkalan tentera asing.
Kita juga tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat mahupun blok Timur.
Dalam erti kata lain, untuk mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar contohnya
Amerika Syarikat dan Russia.
Malaysia juga menyertai Pergerakan Negara-negara berkecuali (NAM).
Malaysia menyokong Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) sebagai Zon Bebas Senjata
Nuklear dalam satu mesyuarat pada tahun1984 apabila Menteri-menteri Luar Negaranegara ASEAN memutuskan ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear .
Ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan
dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.
Sokongan Malaysia terhadap dasar mewujudkan Asia Tenggara sebagai Zon Bebas nuklear
melalui ZOPFAN.
Malaysia juga menyuarakan bantahan tegas di forum-forum antarabangsa mengenai isu
penggunaan senjata nuklear.
Negara kita juga komited menganjurkan forum-forum antarabangsa yang bertemakan
keamanan sejagat.
Pusat latihan nenangani keganasan serantau juga ditubuhkan.
Ini bertujuan untuk menyelesaikan semua isu atau pertelingkahan melalui rundingan.
Sebagai contoh, isu Selatan Filipina dan Selatan Thailand.

Selain itu, Malaysia mencadangkan agar negara-negara anggota ASEAN berbaik-baik


dengan semua negara tanpa mengira ideology mahupun bangsa.
kejayaan yang dicapai Negara Malaysia setelah menjalin hubungan baik dengan Negara
luar.

Berjaya mengekalkan keamanan melalui dasar berbaik-baik dengan Negara serantau


Kedaulatan Negara terjamin kerana tidak berlaku peperangan
Dasar ekonomi terbuka membawa kepada kepesatan ekonomi Negara
Pertukaran teknologi membantu pembangunan Negara lebih pesat
Kawasan perdagangan bebas Asean (AFTA) barangan dapat dipasarkan tanpa sekatan
Pertukaran idea dalam bidang sosio-budaya dan pendidikan
Mewujudkan kerjasama keselamatan antara Malaysia dengan Negara serantau
Kerjasama politik antara Malaysia dengan Singapura menjamin keselamatan pengairan
Negara
Isu pencerobohan di Lahad Datu ditanggani bersama antara Malaysia dengan Filipina
Berjaya menanggani isu-isu pencemaran seperti jerebu antara Malaysia, Singapura dan
Indonesia dengan cara pembenihan awan
Kejayaan Negara menganjurkan Sukan SEA
Negara juga berjaya menganjurkan Tahun Melawat ASEAN
Malaysia berjaya menganjurkan Festival Filem ASEAN
Kita juga berjaya menjalankan pertukarkan rancangan televisyen dan radio
Malaysia memperoleh kemudahan tenaga pekerja dari sektor professional, perladangan,
pembantu rumah dan buruh kasar
Pertukaran pelajar dan belia membolehkan mereka mengenali budaya dan cara hidup
masyarakat serantau
Berjaya menyelesaikan masalah pertindihan sempadan. Contohnya Pulau Sipadan
Negara berjaya menghasilkan kereta nasional contoh Proton
Malaysia diiktiraf sebagai pelopor hub halal
Malaysia berjaya menjadi tuan rumah Le Tour De Langkawi, Formula One, Motor GP
Kejayaan Malaysia dalam pelaburan petroleum di luar Negara oleh PERTONAS

Berjaya meningkatkan industri pelancongan negara dengan adanya pengangkutan tanbang


murah Air Asia dan Malindo Air
Menjalankan kerjasama dalam pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran
ASEAN (SEAMEO)

SOALAN 9
Jelaskan cabaran yang dihadapi oelh Malaysia untuk mengekalkan hubungan baik dengan
negara serantau.Cadangkan langkah-langkah untuk menghadapi cabaran tersebut.
Jawapan
Antara cabaran yang dihadapi negara kita Malaysia dalam mengekalkan hubungan dengan
negara jiran ialah masalah persempadanan dengan negara jiran terutamanya dengan
Indonesia dan Singapura.Masalah sempadan dengan Indonesia ialah berkaitan dengan
Pulau Ambalat dan Pulau Sipadan.Manakala dengan Singapura pula berkaitan dengan
Pulau Batu Putih dan Pulau Pisang
Masalah lain yng dihadapi oleh Malaysia dengan negara jiran ialah masalah
memperdagangan manusia,barangan salah seperti senjata api,dadah,mercun,haiwan dan
lain-lain lagi.Kebanyakan barang salah yang masuk kenegara kita adalah dari negara jiran
terutama yang bersempadan dengan negara kita.
Kemasukan pendatang asing tanpa izin atau PATI juga boleh menjejaskan hubungan kita
dengan negara jiran.Kebanyakan pedatang tanpa izin ini adalah untuk mencari ekonomi di
negara kita terutamanya dari Indonesia,Filipina dan Vietnam.Terdapat juga perlarian politik
dari negara jiran terutama pelarian Rohingya dari Myanmar.
Cabaran seterusnya yang dihadapai oleh Malaysia ialah isu bertindih tuntutan bersama
berkaitan kebudayaan terutama dalam nyanyian dan tarian pendet.Isu nyanyian dan tarian
ini telah dibangktkan oleh Indonesia yang mendakwa Malaysia merompak hasil seni mereka.
Pecerobohan ruang angkasa oleh negra jiran terhadap negara kita juga boleh menjejaskan
hubungan baik kta dengan negara jiran.Contohya pencerobohan tentera udara Singapura ke
dalam ruang angkasa kita di Johor.Pencerobohan daratan juga berlaku contohnya
pencerobohan Sulu dari Filipina di Lahad Datu juga mecabar hubungan kita dengan negara
Filipina.Tidak ketinggalan juga pencerobohan maritim oleh nelayan asing di perairan laut kita
menyebabkan hubungan kita dengan negara jiran tergugat Kebanyakan nelayan asing yang
menceroboh perairan kita ialah dari Thailand dan Vietnam.
Selain dari itu masalah jenayah yang merentasi sempadan juga menggugat hubungan kita
dengan negara jiran.Contohnya masalah rompakan dan pengedaran dadah oleh rakyat
negara asing di negara ini sukar untuk kita mengambil tindakan.Ianya memerlukan tindakan
bersama dari negara jiran.
Masalah pembakaan terbuka dan jerubu oleh negara jiran juga mengggugat hubungan kita
dengan negara jiran.Ini kerana pembakaran yang berlelausa terutama di Indonesia telah
merebak kenegara kita dan ia mengancam kualiti udara di negara kita.

Tuntutan pemisah dari negar jiran juga mendatangkan masalah kepada negara kita.Ini
kerana mereka menjadikan negara Malaysia sebagai tempat mencari perlindungan dari
tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa di negara mereka.Selain itu Malaysia juga
diminta menjadi orang tengan dalam menyelesaikan perikaian ini.Contohnya tuntutan
pemisah Moro di Filipina dan pemisah diselatan Thailand.
Maalah kelonggaran undang-undang di nagara jiran juga menggugat hubungan
kita.Contohnya kelonggaran dari pemilikan senjata api dan pelacuran di Thailand boleh
menular kenegara kia.Kemasukan senjata api terutama dari Thailand akan mengancam
ketenteraman negara ini
Dalam usaha untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut Malaysia telah mengambil
beberapa langkah yang dianggap bersesuaia antaranya ialah mengadakan perundingan
peringkat menteri contohnya Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN.Dalam masyuarat
tersebut beberapa isu yang boleh mengggugat kerjasama akan di bincang dan diselesaikan.
Penyelesaian melalui Mahkamah Antarabangsa juga telah dilakukan terutama berkaitan
sempadan yang bertindih.Contohnya perebutan Pulau Batu Putih antara Ma;aysia dengan
Singapura dan Pulau Sipadan antara Malaysia dengan Inonesia
Dalam menyelesaikan masalah jenayah sempadan kerjasama antara pasukan keselamatan
negara ini dengan negara jiran juga telah diwujudkan contohnya menubuhkan APPM,UPP
dan ESCOM.Kerjasama ini bertujuan untuk mengekang kemasukan barang terlarang seperti
sejataa api,dadah,mercun.haiwan dan lain lagi.
Latihan ketenteraan bersama antara pasukan tertera Malaysia dengan pasukan tertera
negara jiran akan dapat menjalinkan lagi hubungan baik dengan negara jran.Contohnya
latihan Malindo antara tentera Malaysia dendan tentera Thailand mengeratkan lagi
hubungan kita dengan Thailand.
Dalam mengeratkan lagi hubungan kita dengan negara jiran Malaysia telah menghulur
bantuan yang dipelukan oleh negara jiran apabila berlaku bencana alam.Contohnya
Malaysia telah menghantar bantuan kemanusiaan keIndonesia dan Filipiana apabila negara
tersebut dilanda banjir dan gempa bumi.Selain itu kita juga menghantar pasukan bomba
untuk memadam kebakaran di Indonesia.
Malaysia juga telah menghulur bantuan biasiswa kepada pelajar-pelajar dari negara ASEAN
yang lain untuk membantu mereka menyambung pelajaran kepringkat yang lebih tinggi
Selain itu menyediakan peluang pelajaran kepada pelajar dari negara jran untuk belajar di
negara ini.
Mengenai pelarian Rohingya negara kira terlah bekerjasama dengan PBB iaitu menyediakan
tempat untuk pelarian UNHCR dari Rohingya.Kita juga telah menyediakan kemudahan
perubatan,pendidikan,tempat ibadat dan lain lagi kepada pelarian tersebut

SOALAN 10
Bagaimanakah dasar luar negara dapat membantu mengelakkan konflik antara negara

Dasar luar negara dapat mengelakkan konflik antara negara ialah dengan tidak mencampuri
urusan negara lain. Selain itu, menjaga hubungan baik dengan negara lain. Negara kita juga
haruslah mengutamakan keamanan dan kesejahteraan serta mengelakkan perlumbaan
senjata dengan negara-negara maju. Bagi mengelakkan konflik juga, negara kita juga perlu
prihatin dengan masalah yang dihadapi negara lain contohnya memberi bantuan
perlindungan kepada pelarian Vietnam. Disamping itu, negara kita telah mengamalkan dasar
berkecuali yang tidak memihak kepada mana-mana blok kapitalis atau komunis. Negara
juga perlu meningkatkan hubungan dua hala dengan negara lain dalam pelbagai bidang.
Dalam kalangan negara ASEAN ZOPFAN telah dibentuk untuk mengelakkan konflik. Selain
itu, negara kita juga mengadakan hubungan perdagangan dengan negara Amerika Syarikat,
Jepun dan Jerman selain memberi bantuan kemanusiaan kepada negara yang memerlukan
bagi mengelakkan konflik. Negara kita juga boleh mengelakkan konflik menerusi usaha
sama dan kerjasama dalam pelbagai bidang contohnya pelaksanaan Sistem
Pengharmonian Global.
[ 10 markah]

SOALAN 11
Sebagai seorang pemimpin,bagaimanakah cara untuk mengekalkan hubungan baik dengan
negara serantau.
Sebagai seorang pemimpin, cara-cara untuk mengekalkan hubungan baik dengan
negara serantau adalah dengan berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi
dan menghormati kedaulatan negara-negara lain.
Kita juga tidak harus mencampuri urusan hal ehwal dalam negara lain, sebaliknya
kita harus menghormati kepelbagaian agama dan pengamalan demokrasi di negara-negara
tersebut seperti membantu menyelesaikan konflik secara rundingan krisis di selatan
Thailand dan selatan Filipina.
Dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara serantau, kita juga boleh mengukuhkan
kerjasama dalam pelbagai aspek dan mengamalkan sikap toleransi contoh isu pembantu
rumah dengan negara Indonesia.
Selain itu sebagai pemimpin juga ,kita harus mengutamakan keamanan dan keharmonian
negara-negara serantau dengan cara berpegang teguh kepada Piagam Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) dan mengelakkan persaingan senjata antara negara
serantau.

Kita mestilah menghormati hak asasi manusia contohnya dengan membantu membentuk
kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea dan prihatin terhadap isu-isu kemanusiaan
seperti pelaksanaan demokrasi dan krisis kemanusiaan di Rohingya Myanmar (Burma).
Sikap penting yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin untuk mengekalkan
hubungan baik dengan negara serantau adalah rasional dan berfikiran dinamik.

SOALAN 12
Berikan cadangan anda untuk memastikan Negara kita terus bergiat aktif dalam pertubuhan
serantau.
Melahirkan pemimpin bersuara lantang di peringkat serantau
Menghantar bantuan kemanusiaan ke Negara yang memerlukan
Menjadi pemimpin/mengetuai pertubuhan-pertubuhan serantau
Menjadi tuan rumah persidangan serantau (Persidangan Kemuncak ASEAN)
Menganjurkan sukan di peringkat serantau (Sukan Sea)
Menyertai pameran bertaraf serantau
Terlibat dalam pertandingan-pertandingan serantau berkaitan Penyelidikan dan
pembangunan (R& D)
Menghasilkan penyelidikan /buku/ novel bertaraf serantau
Menjadi perantara/orang tengah kepada negara-negara yang sedang
bergolak
Menjadi pelopor hub halal serantau
Menjalankan kerjasama dalam pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran
ASEAN (SEAMEO)
Mengadakan festival kebudayaan kebudayaan dan kesenian di setiap Negara anggota
Memperbanyakkan lagi pertukaran rancangan televisyen dan radio antara Negara
Mempromosikan Tahun Melawat ASEAN dalam kalangan rakyat
Menggiatkan peranan Pusat Serantau Sains dan Matematik (RECSAM)
Membentuk kerjasama dalam projek perindustrian seperti projek baja Urea di Bintulu
Sarawak
Mengadakan kerjasama ekonomi ASEAN melalui AFTA
Menggalakkan pelabur-pelabur Malaysia melabur di Negara serantau. Contohnya Vietnam

SOALAN 13

Untuk terus relevan dengan keperluan negara dasar luar Malaysia tidak boleh bersifat
statik.
Berikan cadangan tentang hala tuju yang sesuai bagi dasar luar negara.

Hala tuju yang sesuai bagi dasar luar negara Malaysia pada masa ini ialah kita
mestilah mengekalkan dasar berkecuali. Selain itu kita perlu mengukuhkan hubungan
serantau seperti ASEAN. Meneruskan kerjasama erat dengan negara anggota serantau..
Kita perlu meneruskan Dasar Pandang ke Timur. Di samping itu mengamalkan sikap
diplomasi tentang tuntutan sempadan yang bertindih. Selain itu menjadikan Malaysia
sebagai tarikan pelabur luar seperti pelaburan dengan China dan pelaburan dengan
Singapura.

Seterusnya kita perlu mengurangkan pergantungan perdagangan dua hala dengan Amerika
Syarikat. Kita perlu mewujudkan usahasama ketenteraan dengan negara-negara serantau
yang lain supaya rantau ini sentiasa berada dalam keadaan aman dan stabil.

SOALAN 14
Jelaskan nilai, iktibar dan unsur patriotisme yang diperoleh daripada hubungan luar
Malaysia dengan negara serantau.

Nilai dan unsur patriotisme yang diperoleh daripada hubungan luar Malaysia dengan
negara serantau ialah berfikir secara rasional dalam menangani sesuatu isu. Bertoleransi
antara masyarakat. Perlu bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dengan negara
serantau.Bekerjasama menjayakan program -program antara negara. Berbaik-baik dengan
negara-negara anggota.Sentiasa prihatin terhadap perkembangan dunia. Pemimpin juga
harus mempunyai semangat patriotik dan berwawasan. Sebagai pemimpin mesti sanggup
berkorban dan berfikiran terbuka untuk menerima pendapat.

Iktibar yang diperoleh daripada hubungan luar Malaysia dengan negara serantau
ialah kita seharusnya menghormati dan memahami budaya negara lain. Kita juga tidak
mencampuri urusan negara lain kerana menghormati kedaulatan negara masing-masing.
Kita

perlu menyelesaikan sebarang masalah secara musyawarah atau rundingan. Kita juga
boleh
berkongsi kepakaran dan teknologi antara negara. Kita perlu memperkukuhkan hubungan
dengan negara-negara serantau. Kita seharusnya mempunyai tanggungjawab bersama dan
bersungguh-sungguh mengekalkan keamanan serantau. Kita sewajarnya mengekalkan
keselamatan dan kestabilan politik negara dan serantau.Kita perlu sentiasa membuat
rundingan
dan bertolak ansur dalam menjayakan sesuatu dasar. Kerjasama pemimpin serantau dan
negara kita dalam menstabilkan politik mampu menjadikan negara aman

SOALAN 15.
Rumusan.
Pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia mengambil langkah yang dinamis dalam
strategi dasar luarnya bagi memastikan negara dapat terus bersaing dengan negara
lain.Selain itu Malaysia menjadi anggota pertubuhan serantau seperti ASA, MAPHLINDO
dan ASEAN. Malaysia juga banyak memberikan sumbangan dalam pertubuhan serantau.
Persahabatan antara negara demi kepentingan rakyat dan negara.
Iktibar yang boleh diperoleh ialah sebagai pelapis kepemimpinan negara saya
haruslah mencontohi para pemimpin Malaysia yang memberi sumbangan besar dalam
pertubuhan serantau. Kita perlu memupuk perpaduan dan toleransi dalam kerjasama
serantau.Iktibar kepada bangsa Malaysia ialah rakyat Malaysia haruslah mengambil ikhtibar
daripada kekacauan dan ketidakharmonian negara lain yang sedang bergolak iktibar kepada
bangsa Malaysia ialah rakyat Malaysia perlu mengetahui peri pentingnya keamanan
serantau.
Iktibar kepada bangsa Malaysia ialah kita perlu menjalin semangat kerjasama antara negara
Harapan untuk masa depan negara saya berharap pemimpin negara akan terus
menyumbangkan idea dan kepakaran untuk memajukan pertubuhan serantau. Saya berharap
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara serantau agar politik dan ekonomi negara terus
kukuh. Saya berharap negara kita akan terus dihormati oleh negara-negara jiran. Saya berharap
Malaysia akan terus memelihara maruah negara. Saya berharap politik negara menjadi semakin
stabil. Saya berharap taraf hidup rakyat semakin meningkat. Saya berharap ekonomi negara
semakin maju. Saya berharap bidang pendidikan negara kita bertaraf dunia. Saya berharap Malaysia
akan memelihara kemajuan yang telah dicapai dengan sebaiknya. Saya berharap Malaysia dapat
mengekalkan keamanan serantau

Melaksanakan dasar luar negara merupakan tugas yang rumit dan mencabar. Dengan
persekitaran politik dunia yang dinamik, Kementerian Luar Negeri perlu sentiasa peka
terhadap perubahan dan mampu bertindak balas dengan berkesan bagi memastikan
kedaulatan dan kepentingan negara Malaysia dilindungi sewajarnya manakala pandangan
Malaysia dinyatakan dengan jelas di peringkat antarabangsa.
Kementerian akan menyelaras dan bekerja rapat dengan Kementerian dan Agensi yang
berkaitan untuk mewujudkan bidang tugas yang boleh dilaksanakan dalam melaksanakan
kepentingan negara Malaysia dan untuk menyelaras strategi pemasaran dan penjenamaan
Malaysia di luar negara.
Dalam merumuskan dasar luar negara, setiap negara mempunyai matlamatnya sendiri.
Dasar luar negara Malaysia adalah mudah, iaitu mencari apa yang penting kepada negara
di peringkat antarabangsa.
Kerajaan Malaysia akan berusaha memastikan bahawa Malaysia terus memainkan peranan
yang aktif dalam hubungan antarabangsa demi manfaat negara. Dalam usaha mencapai
objektif dasar luar negara Malaysia, perkara berkut diberikan penekanan:
Mengekalkan hubungan yang harmoni dengan semua negara tanpa mengambil kira
ideologi dan sistem politik;
Mengambil pendirian bebas, berkecuali dan berprinsip dalam hal ehwal diplomatik serantau
dan antarabangsa;
Menjalin hubungan erat dan perkongsian ekonomi dengan semua negara, terutamanya
dengan ASEAN dan negara serantau yang lain;
Menggalakkan keamanan dan kestabilan di rantau ini dengan membina keupayaan dan
mengambil pendekatan menyelesaikan konflik;
Berperanan sebagai pemimpin yang berpengaruh selaku Pengerusi ASEAN, Pergerakan
Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) (sebagaimana
yang kita lakukan beberapa tahun lalu);
Melibatkan diri secara gigih dan penuh bermakna dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu, terutamanya dalam usaha membanteras ketidakadilan dan penindasan serta
menjunjung undang-undang antarabangsa; dan
Mengangkat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang bertoleransi dan progresif.
Hubungan Dua Hala[sunting | sunting sumber]
Mewujudkan hubungan dua hala yang mesra dengan negara jiran terus menjadi keutamaan.
Pendekatan yang membina diambil untuk menyelesaikan masalah yang masih belum
terlerai termasuklah yang berkaitan dengan tuntutan bertindih dan penetapan sempadan
tanah dan maritim. Setiap usaha diplomatik dilaksanakan untuk memastikan hubungan dua
hala dengan semua negara jiran tidak terjejas akibat masalah tersebut. Persetujuan untuk
merujuk kepada ICJ berkaitan tuntutan pertindahan wilayah menunjukkan sejauh mana kita
bersedia untuk mencari penyelesaian bagi masalah dua hala.

Penubuhan suruhanjaya bersama antara Malaysia dengan Brunei, Indonesia, Filipina,


Thailand, Laos dan Vietnam juga menyediakan rangka yang berguna untuk mewujudkan
kerjasama dua hala yang lebih luas dalam semua bidang yang memanfaatkan kedua-dua
pihak.
Walaupun tumpuan utama Malaysia dengan negara luar lebih tertumpu kepada negara
ASEAN, hubungannya dengan negara dan rantau lain tidak kurang pentingnya. Perwakilan
Diplomatik negara yang pertama ditubuhkan di London, Washington, Canberra, New York,
New Delhi, Jakarta dan Bangkok. Menjelang tahun 1963, Malaysia telah menubuhkan 14
buah Perwakilan Diplomatik di luar negari. Bilangannya terus bertambah menjadi 21 pada
tahun 1966. Pada hari ini, Malaysia mempunyai serangkaian 105 perwakilan diplomatik di
serata dunia bukti membanggakan yang menunjukkan sejauh mana hubungan dua hala
Malaysia tidak berkembang dalam tempoh beberapa tahun seiring dengan kemajuan
negara.
Dalam hal ini, Malaysia meletakkan kepentingan yang sama kepada hubungan dengan
negara Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin yang lain dan akan terus memantapkan
dan mempertingkat hubungan kukuh yang sedia ada dengan rantau tersebut. Hubungan
dua hala dengan negara Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin yang lain akan
diteruskan tanpa mengetepikan rakan ekonomi kita yang lama di Eropah dan Amerika.
Jepun, Kesatuan Eropah, AS, Australia dan Republik Korea akan terus menjadi rakan
dagang Malaysia yang utama dan juga sumber pelaburan dan teknologi.
Satu-satunya pengecualian ialah Israel. Seperti negara lain, Malaysia turut prihatin tentang
ketegangan dan konflik yang berterusan di Timur Tengah, seperti konflik PalestinIsrael
yang terus menemui jalan buntu. [Sebagai menunjukkan keprihatinannya, Malaysia hanya
akan menimbangkan untuk memulakan hubungan dengan Israel apabila perjanjian damai
yang menyeluruh antara Israel dengan rakyat Palestin berjaya dimuktamadkan.] Begitu juga,
Malaysia tidak berhasrat untuk mengurangkan hubungan yang telah lama terjalin dengan
Barat. Tidak ada percanggahan antara kritikan wajar yang dibuat oleh Malaysia terhadap
negara Barat dalam isu tertentu dengan penerimaan negara Barat sebagai pasaran untuk
produk dan sumber pelaburan di negara kita.
Peluasan negara Eropah bukanlah satu-satunya tumpuan Malaysia dalam meningkatkan
hubungan, tetapi juga hubungan ASEAN dengan negara sahabatnya di Eropah melalui
ASEM atau hubungan ASEAN yang serupa dengan benua Amerika melalui APEC.
Selain ASEAN, Malaysia banyak memberikan tumpuan kepada hubungan dengan negara di
Asia Timur Laut. Sebagai penyokong kuat kerjasama serantau, China sentiasa menjadi
rakan kuat ASEAN. Sokongan padu Chinalah yang membantu rantau ini mengatasi krisis
kewangan dan ekonomi pada tahun 1997. China dijangka memegang peranan utama dan
positif dalam mengukuhkan hubungan antara ASEAN dengan Asia Timur Laut. Hubungan
dua hala kita dengan Jepun dan Republik Korea juga sama pentingnya. Kita berharap suatu
hari nanti, kedua-dua negara ini akan bersepadu. Begitu juga halnya, Dasar Satu China
yang kita terima pakai, di samping meneruskan hubungan ekonomi yang erat dengan
Taiwan bukanlah suatu paradox, tetapi menggambarkan sikap pragmatik kita dalam
menghadapi kenyataan.
Kerjasama Pelbagai Hala[sunting | sunting sumber]

Matlamat dasar luar negara Malaysia yang jelas berhubung dengan pertahanan dan
keselamatan, pembangunan dan perdagangan, kerjasama dan diplomasi antarabangsa
menentukan corak hubungan kita dengan negara jiran serta negara lain dalam rangka kerja
ASEAN, ARF, APEC, ASEM, Kerjasama Selatan-Selatan, OIC, Komanwel, NAM, PBB dan
pertubuhan serantau dan antarabangsa yang lain.
Pertubuhan inilah yang cuba melindungi kepentingan negara membangun. Diakui bahawa
kejayaan terbaik mereka dihasilkan secara gabungan, tetapi ternyata negara membangun
menghadapi banyak masalah yang sama dan perlu bekerjasama untuk berdepan dengan
cabaran globalisasi yang baru. Kita juga akan terus membuatkan kehadiran kita dirasai
dalam forum antarabangsa.
Di peringkat pelbagai hala, Malaysia sentiasa mempertahankan kedudukan negara
membangun dalam isu penting seperti keganasan, hak asasi manusia, demokrasi dan alam
sekitar meskipun menghadapi tekanan yang kuat dalam proses itu. Malaysia akan terus
memegang peranan yang proaktif di peringkat antarabangsa.
Malaysia telah dan akan terus aktif dalam OIC, Komanwel, NAM dan PBB. Forum
sedemikian berguna untuk menggalakkan kerjasama antara negara anggota, mencari
penyelesaian untuk masalah global dan mewujudkan peraturan asas bersama yang akan
menjadi panduan dalam hubungan antarabangsa yang harmoni. Malaysia akan terus
menggunakan platform ini untuk membicarakan isu global seperti hak asasi manusia dan
demokrasi, alam sekitar, keganasan antarabangsa dan jenayah transnasional, pelarian,
pelucutan senjata dan pembaharuan Majlis Keselamatan PBB. Kebelakangan ini, Malaysia
berdiri di barisan hadapan dalam menyuarakan keprihatinan dan keperluan menentang
ancaman kegiatan melanun di peringkat antarabangsa.
Kita percaya bahawa PBB perlu sentiasa berkesan dalam menangani isu pembangunan
global, keamanan dan keselamatan, aktiviti kemanusiaan, krisis antarabangsa dan
pelanggaran Piagam PBB serta prinsip undang-undang antarabangsa secara adil dan
saksama.
Malaysia sentiasa menyokong kuat semangat hubungan pelbagai hala dan menentang
semua bentuk unilateralisme. Kita tidak percaya bahawa unilateralisme ialah cara untuk
menyelesaikan masalah antarabangsa. Malaysia yakin bahawa hanya PBB sahaja yang
boleh mengesahkan peraturan antarabangsa. Sebagai sebuah negara membangun yang
kecil dalam arena antarabangsa, Malaysia perlu mendukung kuat prinsip piagam PBB
sebagai jalan terakhir dalam pertahanan. Dasar Luar Malaysia
Rumusan
Fenomena penting yang akan memberikan kesan hebat kepada dasar luar negara Malaysia
sambil kita mara ke depan ialah globalisasi. Cabaran terbesar kita adalah memperoleh
perkara terbaik daripada proses globalisasi dan memberikan sumbangan terbaik kita dalam
sistem tersebut. Dan sebagai balasan, kita membantu dalam menjadikan dunia tempat
tinggal yang lebih aman dan saksama, menjadi pemimpin di rantau kita dan menunjukkan
teladan serta menjadi negara anggota yang bertanggungjawab dalam komuniti
antarabangsa.

Dalam bidang politik, kita menyaksikan berakhirnya perang dingin. Namun, dunia pada hari
ini masih tidak selamat seperti yang dijanjikan. Apa yang digelar desa global yang mesra
masih belum menjadi kenyataan. Konflik lama masih belum tamat atau ada saja caranya
untuk menghantui kita. Pada masa yang sama, konflik baru yang ada kalanya
menumpahkan lebih banyak darah dan lebih kejam daripada konflik lama terus wujud dan
mengganas atau tiada penyelesaiannya. Selain itu, dua isu lain yang amat membimbangkan
juga masih berterusan, iaitu:
Keganasan yang terus mengancam kehidupan dan harta benda mangsa yang tidak
berdosa: dan
Kewujudan senjata yang mengakibatkan kemusnahan besar dan boleh membawa kepada
perang nuklear, kimia dan biologi.
Oleh itu, dasar luar negara kita perlu didorong ke arah memastikan lebih banyak negara
menandatangani dan mengesahkan persidangan antarabangsa yang berkaitan, seperti
Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), Perjanjian Pengharaman Menyeluruh Ujian
Senjata Nuklear (CTBT), Konvensyen Senjata Biologi (BWC), Konvensyen Senjata Kimia
(CWC) dan Konvensyen Periuk Api (CLM).
Aspek ekonomi globalisasi jauh lebih mengecewakan. Krisis kewangan yang melanda Asia
Timur pada tahun 1997 tidak sahaja membawa kesengsaraan kepada masyarakat dan
menghancurkan ekonomi tetapi juga mengakibatkan ketakstabilan politik. Pengangguran
secara besar-besar, pertumbuhan negatif, keruntuhan pasaran saham dan kejatuhan nilai
mata wang yang teruk menarik berjuta-juta penduduk di bawah garis kemiskinan. Dan kini,
kita melihat dengan penuh rasa cemas kesan yang mungkin disebabkan oleh pencairan
ekonomi ekoran daripada krisis kewangan global.
Situasi yang buruk ini menghendaki semua perkara berkaitan globalisasi ekonomi serta
liberalisasi kewangan dan perdagangan ditangani dengan bersungguh-sungguh. Ini
merupakan satu lagi cabaran terbesar bagi dasar luar negara Malaysia. Malaysia akan terus
menekan supaya distruktur semula reka bentuk kewangan antarabangsa yang mudah
dimanipulasi secara spekulasi dan mudah turun naik terlalu kerap dan secara berlebihan.
Aktivisme Malaysia di peringkat antarabangsa pastinya menarik perhatian dan reaksi
daripada pelbagai pihak. Sehingga baru-baru ini, Malaysia menjadi sasaran kritikan kerana
terlalu lantang. Tetapi langkah ini perlu kita ambil jika Malaysia mahu menjadi proaktif di
peringkat global.
Prinsip dasar luar negara kita mampu bertahan apabila diuji masa. Malah, pegangan teguh
kita terhadap prinsip ini, disertai dengan dasar luar negara yang konsisten, memantapkan
kredibiliti Malaysia di mata dunia.
Inisiatif Malaysia di pelbagai forum serantau dan antarabangsa meletakkan negara dalam
peta dunia.
Kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik yang meningkat membolehkan Malaysia
mewujudkan bidangnya sendiri di peringkat antarabangsa.
Hadirnya dirasai membolehkan Malaysia menunjukkan usaha yang dibuat supaya
pengaruhnya dalam menentukan agenda antarabangsa.

Disebabkan kurang bergantung pada pertolongan dan bantuan luar, Malaysia boleh
menyuarakan isu yang tidak dapat disuarakan oleh negara membangun lain kerana
bimbangkan balasan yang akan diterima daripada kuasa besar dunia, terutamanya Barat.
Tahun-tahun yang akan datang bakal menyaksikan dasar luar negara kita khususnya
berorientasikan usaha menjamin kejayaan dalam negeri dan juga di peringkat
antarabangsa, selaku pelaksana geopolitik dan ekonomi di peringkat global.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Laman Web Rasmi KLN Malaysia http://www.kln.gov.my/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Luar_Negeri_Malaysia

Thursday, 29 March 2012


Kenapakah pentingnya Negara mengadakan hubungan diplomatik dengan Negara yang
lain. Bolehkah ia memakmurkan dan memberi kesejahteraan terdahap sistem
antarabangsa? Bagaimana?

1.0

Pengenalan

Di dalam esei yang ringkas ini, penulis membincangkan aspek-aspek utama dalam
hubungan diplomatik yang dijalinkan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain.
Aspek-aspek tersebut ialah:

a. Membincangkan kenapa perlu dan pentingnya sesebuah negara untuk menjalin


hubungan diplomatik dengan negara lain dalam pentas antarabangsa; dan

b. Membincangkan bagaimana hubungan diplomatik tersebut dapat memberi manafaat


dalam bentuk kemakmuran dan kesejahteraan terhadap sistem antarabangsa dan
globalisasi

Menggarap penulisan yang ditulis oleh Robert Jackson dan Georg Sorensen di dalam buku
mereka Introduction to International Relations menyatakankan bahawa tujuan utama
subjek Hubungan Antarabangsa (HA) diadakan adalah untuk mendedahkan orang-ramai
dan juga para pelajar agar dapat memahami struktur populasi dunia yang terdapat pelbagai
bangsa yang berbeza agama, ideologi politik, bahasa, budaya, warna kulit, kedudukan
ekonomi, kestabilan dan kekuatan pertahanan negara tersebut yang telah mempengaruhi
cara penduduk sesuatu negara itu berfikir dan berinterasi dengan dunia luar. [1]

Menurut Karen Mingst di dalam bukunya Approaches to the study of international relation,
beliau berpendapat bahawa terdapat tiga pendekatan di dalam membentuk hubungan
antarabangsa, iaitu hubungan tradisional, perlakuan (behavioral) dan alternatif[2]. Karen
menerangkan hubungan tradisional adalah satu bentuk hubungan tradisi merentasi masa
iaitu satu bentuk hubungan diplomasi yang telah sedia ada terjalin. Manakala hubungan
antarabangsa atas sebab perlakuan (behavioral) pula adalah satu bentuk hubungan yang
dijalin atas sebab-sebab ekonomi, sosiologi, sains politik dan phychology. Sementara itu
menurutnya lagi hubungan antarabangsa juga boleh terbentuk atas sebab alternatif yang
terdapat beberapa faktor yang mendorong sesuatu negara mengadakan hubungan
diplomatik antaranya ialah menunjukkan kerjasama dan usahasama dalam sesuatu dasar,
konsep atau objektif yang ingin dicapai secara bersama[3].

Di alam nusantara pula, hubungan antarabangsa dalam bentuk hubungan antrabangsa


tradisional ialah apabila urusan perdagangan dan politik yang telah dijalin oleh Sultan
Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan
perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah
Melayu. Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming
menjadi pengutus yang bertanggungjawab memeteraikan persetujuan dagangan dua hala
itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu
menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi
mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran. Sultan Melaka
sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari
sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang
Li Po merupakan titik mula perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku
kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama
Islam. [4]

2.0

Faktor-faktor Yang Membawa Jalinan Hubungan Diplomatik

Di dalam konteks moden, hubungan antarabangsa alaf ini adalah sangat kompleks.
Berdepan dengan cabaran polemik pertembungan tamadun di antara barat dan dunia Islam,
masalah perkaumanan, budaya, bahasa, kepentingan pertahanan serta ekonomi telah
mendorong kebanyakkan negara-negara di dunia untuk mewujudkan jalinan persahabatan
dalam bentuk hubungan diplomatik yang boleh membawa manafaat kepada kedua-dua
negara. Antaranya faktor-faktornya ialah:

2.1

Kepentingan Keselamatan

Kebanyakkan negara-negara menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain adalah atas
kepentingan menjaga keselamatan negara. Sebagai contoh menyingkap tirai sejarah
Jerman pada tahun 1870 1890, iaitu selepas penyatuan negara Jerman, Bismarck iaitu
pemimpin negara Jerman ketika itu telah mengambil langkah strategik dengan mengadakan
hubungan diplomatik di peringkat antarabangsa iaitu di antara Jerman-Austria-Hungary dan
juga negara Russia. Ini kerana Bismarck beranggapan bahawa selepas Perancis tewas di
tangan Prusia pada 1870-1871, (sebuah wilayah sebelum penyatuan negara Jerman
dibentuk), Perancis ingin menyerang balas terhadap Jerman. Dengan membentuk satu
pakatan di antara Jerman-Austria-Hungaray dan Russia, Bismarck berjaya menjaga
kepentingan negara Jerman daripada aspek keselamatan supaya tidak diserang balas oleh
Perancis. [5]

2.2

Kepentingan Pertahanan

Terdapat juga negara-negara yang menjalin persahabatan dengan negara yang mempunyai
kekuatan ketenteraan supaya negaranya mendapat perlindungan daripada diserang oleh
negara yang lebih kuat pengaruhnya. Contoh yang jelas ialah apabila negara Arab Saudi,
Kuwait dan Bahrain dilihat menjadi rakan baik kepada Amerika Syarikat dikala terdapat
negara-negara Arab yang lain seperti Iraq dan Afghanistan yang telah diserang oleh Amerika
Syarikat. Amerika

2.3

Kepentingan Dan Kebergantungan Sumber Semulajadi

Terdapat juga sesebuah negara yang menjalinkan hubungan dengan negara luar atas dasar
menjaga kepentingan kebergantungan sumber semulajadi seperti air dan minyak. Sebagai
contoh yang paling klasik ialah tentang Perjanjian Bekalan Air Johor-Singapura. Kedudukan
Singapura dianggap sebagai water-stressed country kerana mengalami kekurangan
sumber bekalan air yang mana Singapura amat bergantung kepada Johor bagi
mendapatkan bekalan air tambahan untuk menampung keperluan negara tersebut dari segi
kepesatan ekonomi dan bagi menampung peningkatan populasi. Justeru itu pihak Jabatan
Air, Public Utilities Board, Singapore (PUB) telah merangka strategi untuk memastikan
bekalan air Singapura mencukupi untuk menampung keperluan masa depan dan
mengurangkan pergantungan kepada bekalan air Johor. [6] PUB merupakan agensi yang
terlibat sepenuhnya dalam menguruskan perbekalan dan sumber air di Singapura seperti
mengintergrasikan sumber air termasuk penyediaan kolam air, sistem pengaliran, kerja-kerja
pengairan, sungai dan penambakan.

Pergantungan ini dilihat sebagai liabiliti kepada kedua-dua negara Singapura dan juga
Malaysia. Ini kerana ia melibatkan beberapa isu politik yang menyebabkan hubungan

diplomatik antara Malaysia dan Singapura pernah tegang pada era pemerintahan Tun Dr.
Mahathir Mohamed. Namun begitu, kedua-dua negara terus menjalinkan hubungan
diplomatik yang baik bagi menjamin kepentingan ini tercapai serta keharmonian semangat
kejiranan diantara dua negara dapat dijayakan. Malaysia kini pada era pemerintahan Dato
Seri Mohd Najib Tun Razak sedang dalam usaha membuat kajian semula dalam perjanjian
air Johor-Singapura. Malaysia berkepentingan menarik pelabur Singapura untuk melabur di
Malaysia dan sebaliknya Singapura masih bergantung kepada Johor untuk membekalkan air
kepada republik itu.

2.4

Kepentingan Untuk Mendapat Pengiktirafan Diperingkat Antarabangsa

Menurut Juegen Kleiner di dalam bukunyaDiplomatic practice between tradition and


innovation kedaulatan dan pengiktifaran sesebuah negara itu dapat dicapai apabila negara
tersebut mendapat pengiktirafan hasil daripada mengadakan hubungan diplomatik dengan
negara lain. Menurutnya lagi sebagaimana yang terkandung di dalam Article 14 of the
Charter of the Organisation of American States yang telah dipinda pada tahun 1997,
pengiktirafan adalah apabila sesebuah negara yang menjalin hubungan diplomatik itu
diterima oleh masyarakat antarabangsa dengan mematuhi undang-undang antarabangsa
sebagaimana seperti yang ternukil didalam perjanjian bilateral kedua-dua negara[7].

Dengan ini jelas bahawa antara faktor yang membawa kepada hubungan diplomasi adalah
apabila sesebuah negara itu menginginkan negaranya mendapat pengiktirafan daripada
masyakat antabangsa yang mungkin atas sebab-sebab politik mahunun ekonomi.
Contohnya kewujudan negara Israel yang mana pemimpin Israel yang meraih simpati
masyarakat antarabangsa khususnya Britain dan Amerika Syarikat bagi menyokong
penempatan kaum Yahudi di Palestin agar dapat ditubuhkan satu negara yang berdaulat. [8]

2.5

Kepentingan Mewujudkan Aspek Keseimbangan Kuasa

Terdapat juga hubungan diplomatik yang dijalinkan atas dasar mewujudkan kesimbangan
kuasa. Memetik sejarah berkenaan dengan sumbangan Bismarck dalam menjamin
keselamatan Jerman selepas penyatuan negara tersebut antaranya ialah Bismarck
tindakannya bagi memastikan bahawa Perancis tidak mempunyai rakan sekutu di kalangan
negara-negara Eropah. Stategi Bismack dengan memencilkan Perancis ini adalah bagi
memastikan Perancis tidak membalas dendam selepas kalah dalam peperangan terhadap
Jerman. Pada masa yang sama Bismack telah mengadakan hubungan yang baik dengan
negara-negara Eropah yang lain seperti Rusia, Austria-Hungary. Pihak British ketika itu iaitu
pada tahun 1872, melihat terdapat peralihan dalam aspek keseimbangan kuasa di Benua

Eropah. Ini kerana Kerajaan British berpendapat bahawa Bismarck adalah seorang yang
lebih berpengaruh berbanding Napoleon III dan Odo Russell. [9]

3.0

Manafaat Yang Boleh Dicapai Melalui Hubungan Diplomatik

Seterusnya penulis akan membincangkan manafaat yang boleh diperolehi dari aspek
kemakmuran dan kesejahteraan hasil daripada hubungan diplomatik yang dijalin oleh
sesebuah negara dengan negara yang lain. Antaranya ialah:

3.1

Aspek Keselamatan dan Keamanan

Hasil daripada jalinan diplomatik yang telah diwujudkan diantara dua negara, aspek
keselamatan dapat dicapai dengan strategi mengadakan hubungan berbaik-baik diantara
dua negara tersebut. Contohnya dalam kejayaan dan peranan Bismarck mengekalkan
keselamatan Jerman dengan mengadakan polisi luar negara dengan mengadakan
hubungan diplomasi dengan Rusia, Austria-Hungary. Bismarck juga mempromosikan
bahawa Jerman adalah sebuah negara yang sukakan keamanan dengan menawarkan
Berlin sebagai hub rundingan damai kepada konflik negara-negara Balkan dengan
Kerajaan Uthaminyah di Turki. Hasilnya Bismarck mendapat manafaat hasil daripada
usahanya dan strategi beliau dengan dalam menjamin keselamatan Jerman sebagai sebuah
negara yang baru diwujudkan selepas penyatuannya pada tahun 1890 an.

3.2

Aspek Ekonomi

Selepas Peperangan Dunia ke-2, terdapat pertumbuhan ekonomi yang pesat terutama
sekali selepas tahun 1973. Pada ketika itu dunia menghadapi krisis minyak yang teruk
kesan daripada perang teluk. [10] Oleh sebab permintaan minyak yang menjana
kepentingan dan keperluan ekonomi sesebuah negara, maka kerjasama ekonomi dibentuk
dengan tujuan untuk mengawal selia kestabilan harga minyak dunia.

Kerjasama ekonomi juga dapat dilihat dengan mengadakan perjanjian Free Trade
Agreement (Perjanjian Perdagangan Bebas) diantara negara-negara terbabit. Contohnya
Malaysia telah mengecapi pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dengan
mengadakan Perjanjian Perdagangan Bebas dengan negara-negara maju seperti Jepun.
Jepun menjadi rakan pelabur yang utama di era Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi

Perdana Menteri Malaysia. Berikut adalah senarai-senarai perjanjian yang telah dicapai oleh
Malaysia melalui hubungan diplomatik:

Sumber: Kementerian Perdagangan Antarabangsa

3.3

Aspek Pendidikan dan Pemindahan Teknologi

Ukuran kesejahteraan dan kemakmuran hasil hubungan diplomatik yang baik juga dapat
dilihat dengan terdapatnya peluang-peluang melanjutkan pelajaran oleh rakyat daripada
negara-negara membangun ke negara-negara maju seperti UK, Australia, Amerika Syarikat,
Jepun dan Korea Selatan. Umpamanya Malaysia telah mengorakkan langkah dengan
mengadakan Dasar Pandang Ke-Timur oleh Tun Dr Mahathir Mohamed. Idea Dasar
Pandang Ke Timur adalah bertujuan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model
kejayaan Malaysia. Apatah lagi kedua buah negara tersebut mempunyai ciri-ciri yang
seakan sama dengan Malaysia iaitu lokasinya yang terletak di Asia. Negara-negara tersebut
juga adalah merupakan negara pertanian pada peringkat awalnya. Melalui evolusi
pendidikan, kedua-dua buah negara tersebut telah mampu menyediakan rakyatnya dengan
pelbagai kemahiran yang diperlukan di samping mengubah mereka menjadi lebih progresif.
Apa yang menarik ialah sikap taat setia kepada negara yang menjadi sasar pembangunan
di samping penghargaan kepada nilai budaya tradisional yang menjadi jati diri kepada
kedua-dua bangsa di Timur Jauh itu. [11]

Melalui hubungan baik ini, Jepun dan Malaysia mendapat manafaat bersama dalam bentuk:

a)
Jepun mendapat bekalan sumber bahan mentah untuk sektor pembuatannya seperti
getah, bijih timah dan petroleum;

b) Malaysia dapat menarik minat pelabur-pelabur Jepun untuk melabur di Malaysia.


Manafaatnya, Malaysia dapat meningkatkan pertumbuhnan ekonomi melalui peningkatan
KDNK negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia

Hubungan bilateral ini secara tidak langsung melatih rakyat Malaysia untuk mempelajari
teknologi Jepun dan Korea Selatan untuk mencapai impian Malaysia menjadi negara maju
menerusi wawasan 2020.

3.4

Aspek Membenteras Isu Keganasan

Dengan adanya hubungan diplomatik yang terjalin erat antara negara-negara di peringkat
global, ianya dapat membenteras isu kegananasan. Aspek membenteras kegananasan ini
telah dipromosikan oleh Amerika Syarikat bahawa keganasanan perlu dihapuskan. Dengan
adanya kerjasama daripada negara-negara yang menyokong idea Amerika Syarikat tersebut
ianya dapat dijayakan demi kesemalatan negara tersebut. Idea untuk menyekat kegiatan
keganasan ini adalah rentetan daripada peristiwa 11 September iaitu selepas dua bangunan
World Trade Center dibom oleh pengganas. Baru-baru ini adalah dilaporkan bahawa agen
perisikan Amerika Syarikat telah berjaya membunuh Osama bin Laden yang dikatakan
dalang disebalik peristiwa 11 September itu. Osama dikaitkan dengan keganasan sejak
pemerintahan Geoge Bush Sr dan dikatakan dibunuh ketika Obama menjadi Presiden
Amerika Syarikat. [12] Malahan banyak negara didunia juga menikmati kesejahteraan yang
sama. Negara-negara ASEAN contohnya menikmati keamanan daripada lanun ialah dengan
adanya perjanjian dengan semua negara ASEAN untuk secara bersama menjaga perairan
negara masing-masing daripada masalah lanun dan penceberohan oleh puak pengganas.

3.5

Aspek Menanggani Isu Imigrasi dan Aliran Tenaga Buruh Asing

Mendepani isu imigrasi diperingkat antarabangsa adalah amat rumit. Antara faktor yang
menyebabkan aliran imigrasi adalah kerana tarikan peluang pekerjaan oleh negara-negara
maju. Malaysia umpamanya mengalami masalah kedatangan golongan imigran yang tidak
mendapat passport perjalanan yang sah ataupun imigran yang tinggal melebihi tempoh
yang ditetapkan. Ini termasuklah kepada warga asing terutamanya dari Indonesia dan
Bangladesh yang menyalahgunakan pas perjalanan sebagai pelancong untuk bekerja di
Malaysia. Masalah kedatangan warga asing tanpa permit yang sah ini dapat diselesaikan
dengan wujudnya hubungan dua hala yang baik diantara kedua-dua pihak. Demi menjaga
keamaanan negara, Malaysia telah mengambil pendekatan dengan berunding dengan
kerajaan Indonesia bagi menanggani isu ini. [13]

4.0
Pelan Tindakan Kearah Mencapai Kemakmuran Dan Kesejahteraan Melalui
Hubungan Diplomatik
Menjawab soalan bagaimanakah hubungan diplomatik dapat memakmurkan dan memberi
kesejateraan kepada sistem hubungan antarabangsa, berikut ditelesuri beberapa langkah
ataupun pelan tindakan yang digunapakai oleh kebanyakkan negara dapat mencapainya
iaitu:

4.1

Kerjasama (Cooperation)

Pada kebiasaannya setiap negara yang ingin menjaga kepentingan nasional (national
interest) umpamanya aspek keselamatan ataupun pertahanan, sesebuah negara akan
berusaha untuk mempertahankan kedaulatan negaranya dengan menjaga kepentingankepentingan sistem pemerintahan dan rakyatnya dari digangu gugat oleh anasir luar seperti
ideologi komunisme, pencerobohan ataupun dari serangan ketenteraan negara yang lebih
kuat darinya[14].

Maka, bagi memastikan keselamatan negara tidak tergugat, kebanyakkan negara


termasuklah Malaysia mengambil langkah dengan mewujudkan kerjasama erat dengan
negara-negara jiran bagi membentuk rangka kerja dan pelan tindakan bagi semua kelompok
negara ASEAN bersama-sama berganding bahu dalam menjaga keselamatan perairan,
perkapalan dan pencerobohan secara bersama. [15]

4.2

Usahasama (Partnership)

Bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran dari segi ekonomi pula, terdapat banyak
galakkan dan insentif-insentif yang ditawarkan oleh negara yang ingin menrik pelaburan
asing untuk melabur dinegaranya. Ruang untuk usahasama diantara syarikat-syarikat luar
dan syarikat tempatan terbuka luas dengan adanya G to G talk (government to
government talk) bagi membincangkan flexibiliti untuk perniagaan luar memasuki pasaran
tempatan dengan membuka gerbang globalisasi termasuklah isu persaingan secara
terbuka daripada syarikat-syarikat bertaraf Multinational Corporation (MNCs). [16]

Bagi negara sedang membangun contohnya, Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) adalah
diwujudkan atas dasar semangat kerjasama diantara dua negara bagi memastikan
kepentingan negara (national interest) tidak terjejas dan pada masa yang sama dapat
menikmati pertumbuhan ekonomi dengan kemasukkan syarikat asing atau barangan import
dipasaran tempatan supaya ianya tidak bersifat cannibalization iaitu apabila barangan atau
syarikat asing memasuki pasaran tempatan, produk tempatan akan hilang permintaan serta
syarikat tempatan tidak mampu bersaing dengan syarikat asing sehingga perniagaan
tersebut terpaksa dibubarkan. Manakala bagi negara-negara maju, usahama adalah
dilihaat daripada perspektif yang berbeza. Organisasi dari negara maju sentiansa mencari
alternatif untuk mencari pasaran yang lebih besar, kos buruh yang lebih murah, dan mencari
negara yang mempunyai kurang sekatan pelaburan dan tarif.[17]

Di Malaysia banyak perniagaan berbentuk usahama dijalin seperti DRB-Hicom dan dua
buah syarikat dari Jepun iaitu Kawasaki Heavy Industri Ltd dan Nissho Iwai Corporation bagi
menghasilkan motosikal Modenas.

4.3

Pakatan (Alliance)

Sejarah telah membuktikan bahawa pakatan antara negara dapat menjamin keselamatan
dan kemakmuran dalam sistem hubungan antarabangsa. Menyingkap kejayaan dan
peranan Bismarck dalam menjamin keselamatan Jerman iaitu selama 3 tahun berturut-turut
iaitu dari tahun 1870 1872, Bismarck dilihat sentiasa konsisten untuk menjalin hubungan
diplomasi yang baik di kalangan negara-negara Eropah terutama sekali dengan rakan
sejawatnya. Beliau telah berjaya menjalin ikatan dengan William I iaitu Emperor Francis
Joseph of Austria dan Czar Alexander IIdari Russia. Ikatan perjanjian ini dikenali
sebagai The League of The Three Emperor.[18] Antara isi kandungan utama perjanjian
tersebut adalah pernyataan kerjasama ketiga-tiga maharaja tersebut yang mewakili negara
masing-masing untuk secara bersama bagi:

i.
mempertahankan institusi sistem pemerintahan beraja daripada ancaman revolusi
sosialis dari Perancis;
ii.
untuk saling berhubung di antara satu sama lain bagi mengelakkan perbalahan di
antara Russia dan Austria-Hungary berhubung dengan isu krisis di Balkan ataupun manamana wilayah dibawah naugan Kerajaan Uthmaniyah; dan
iii.
Ketiga-tiga maharaja tersebut bersetuju untuk mengadakan rundingan damai bagi
mencapai keamanan dan kestabilan di Eropah

You might also like