Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN

Kerajaan tempatan di Malaysia merupakan kerajaan di peringkat paling rendah dalam sesuatu
sistem kerajaan di Malaysia. Ia berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad seperti cukai
pintu. Selain itu agensi kerajaan ini boleh menguatkuasakan undang-undang kecil (atau bylaws) kepada penduduk yang berada di dalam kawasan pentadbiran mereka. Lazimnya
pegawai tertinggi di dalam kerajaan tempatan dipanggil Datuk bandar bagi bandar raya,
manakala Yang di-Pertua Majlis atau Presiden bagi kawasan perbandaran dan juga Majlismajlis daerah.
1.1 SEJARAH PERKEMBANGAN
1.1.1 Perkembangan awal
Sistem kerajaan tempatan yang diamalkan di Malaysia telah diwarisi daripada British yang
memerintah Tanah Melayu selama lebih 2 kurun sebelum kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos
1957.[1] Maka, kerajaan tempatan yang ditubuhkan pada permulaannya adalah bermodelkan
sistem yang wujud di Britain. Malah dalam kaji selidik yang lebih mendalam telah mendapati
bahawa kebanyakan undang-undang dan peraturan yang wujud ketika itu menyamai undangundang Inggeris. Tetapi, dalam peredaran masa, ciri-ciri unik yang mencerminkan sosiobudaya tempatan mula mempengaruhi perjalanan kerajaan tempatan di Malaysia.
Sebuah badan yang dipanggil Majlis Penilai (Council of Assessors) telah ditubuhkan di Pulau
Pinang pada tahun 1801. Majlis ini diberi peranan merancang dan melaksanakan
pembangunan bandar. Hal ini seterusnya membawa kepada penubuhan kerajaan tempatan di
negara ini. Majlis-majlis tempatan kemudiannya dibentuk di Melaka, diikuti dengan negerinegeri Melayu yang lainnya sehingga ke Sarawak dan Borneo Utara. Bagi melaksanakan
penubuhan ini dan juga menganjurkan pilihan raya kerajaan tempatan, pihak British telah
memperkenalkan pelbagai perundangan. Sebagai contoh, Ordinan Pilihan Raya Kerajaan
Tempatan 1950 memberi kuasa kepada majlis-majlis tempatan untuk menganjurkan pilihan
raya. Selain itu, Ordinan Kerajaan Tempatan 1952 pula memberi kuasa kepada pendudukpenduduk setempat membentuk majlis-majlis tempatan di mana perlu. Pada penghujung era
penjajahan British, terdapat sejumlah 289 majlis tempatan di Tanah Melayu. Selepas
kemerdekaan dicapai pada tahun 1957, kuasa ke atas kerajaan tempatan diletakkan ke dalam
senarai negeri.
1

Dekad 60-an pasca-Merdeka merupakan zaman yang amat mencabar bagi majlis-majlis
tempatan. Permasalahan dalaman berkaitan pentadbiran dan politik yang dihadapi oleh
kerajaan tempatan dan konfrontasi Indonesia terhadap penubuhan Malaysia pada tahun 1963,
telah memaksa penggantungan pilihan raya kerajaan tempatan. Penggantungan ini dilakukan
melaui dua peraturan, iaitu Peraturan Kecemasan (Penggantungan Pilihan raya Kerajaan
Tempatan) 1965 dan pindaannya pada tahun yang sama. Sejak dari itu, kerajaan tempatan di
Malaysia tidak lagi melangsungkan pilihan raya walaupun sistem ini telah berkembang di
dalam keseluruhan sistem berkerajaan di Malaysia
1.1.2 Suruhanjaya Siasatan Diraja 1965
Masalah-masalah yang dialami oleh kerajaan tempatan pada tahun 1960-an telah diburukkan
lagi dengan kewujudan pelbagai jenis majlis tempatan dan juga dengan kerumitan
penguatkuasaan pelbagai ordinan, enakmen, undang-undang kecil dan peraturan yang
berbeza-beza. Sehingga awal dekad 70-an, percambahan unit-unit kerajaan tempatan ini
menyaksikan wujudnya entiti yang mentadbir kawasan setempat dalam jumlah yang agak
banyak. Di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat sebanyak 374 buah majlis tempatan. Maka,
kerajaan merasakan wujudnya keperluan mengkaji semula dan merombak sistem kerajaan
tempatan di Malaysia bagi memperbaiki gerak kerjanya. Sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja
ke atas perjalanan Kerajaan Tempatan di Malaysia Barat, yang pertama seumpamanya, telah
ditubuhkan pada tahun Jun 1965 bagi tujuan ini. Suruhanjaya itu diketuai oleh Senator Athi
Nahappan turut dianggotai oleh D. S. Ramanathan, Awang Hassan, Chan Keong Hon, Tan
Peng Khoon dan Haji Ismail Panjang Aris, kesemuanya ahli politik berpengaruh dari Parti
Perikatan. Suruhanjaya ini telah mengadakan pelbagai mesyuarat dan perbincangan, di
samping menerima pelbagai memorandum daripada banyak pihak dan telah berjaya
menyiapkan satu kaji selidik yang menyeluruh tentang selok-belok operasi kerajaan tempatan
di Semenanjung Malaysia. Laporan mereka hanya sempat dihantar ke jemaah menteri pada
bulan Disember 1969 dan hanya diedarkan kepada orang awam dua tahun kemudiannya.
1.1.3 Rombakan menyeluruh
Walaupun kesemua saranan Suruhanjaya Diraja itu tidak diterima, kebanyakan penemuannya
telah dijadikan asas untuk menyusun semula keseluruhan sistem kerajaan tempatan di
2

Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak). Bertunjangkan cadangan Suruhanjaya Diraja


tersebut, penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang baru mentadbir hal-ehwal kerajaan
tempatan yang diberi nama Akta Kerajaan Tempatan dilakukan dengan berperingkatperingkat. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada waktu itu, Ong Kee Hui melalui
jawatankuasa kabinet yang mengkaji laporan Suruhanjaya Diraja, memulakan penyusunan
semula itu dengan memperkenalkan Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan Sementara) 1973.
Akta ini memberi peruntukan perlembagaan sementara kepada kerajaan persekutuan untuk
mengkaji semua undang-undang berkaitan kerajaan tempatan yang dipegang oleh kerajaan
negeri. Hasilnya 3 undang-undang baru diwartakan yang mengubah secara langsung sistem
kerajaan tempatan di negara ini, iaitu Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta
Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Akta Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
Beberapa perubahan penting telah berlaku dengan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan
1976. Akta baru itu hanya membenarkan penubuhan 12 majlis perbandaran dan 90 majlis
daerah sepanjang tiga tahun berikutnya. Ini bermakna semua majlis tempatan yang sedia ada
disatukan samada bagi membentuk majlis perbandaran atau majlis daerah bergantung kepada
keadaan pada waktu itu. Yang paling penting sekali ialah pemansuhan terus pilihan raya
kerajaan tempatan. Melalui akta ini, pegawai-pegawai majlis tempatan akan dilantik manakala
sebahagian besar majlis daerah akan diketuai oleh pegawai-pegawai daerah masing-masing.
Kedua-dua perubahan ini dan beberapa peruntukan lainnya secara langsung telah memberi
kuasa kepada kerajaan persekutuan untuk mengawal kerajaan tempatan yang sebelum ini
adalah tanggungjawab kerajaan negeri.
Rombakan ini secara langsung telah mengubah peranan kerajaan tempatan. Sebelum tahun
1970-an kerajaan tempatan dianggap sebagai salah satu saluran dalam amalan demokrasi di
negara ini selain parlimen dan dewan undangan negeri. Tetapi, selepas rombakan dibuat,
peranan itu diubah kepada saluran untuk mempercepat dan menggalakkan pembangunan. Hal
ini disimpulkan seorang pemerhati politik yang bernama Malcolm W. Norris pada tahun 1978

Visi baru untuk kerajaan tempatan di Malaysia ini mempunyai kepentingan politik

yang amat besar. Penyusunan semula sistem kerajaan tempatan akan memberikan dorongan
baru kepada pihak berkuasa tempatan untuk mara merentasi peranan tradisinya seperti
pengumpulan sampah dan pemeriksaan kebersihan atau penyenggaraan am kepada
pembangunan dan pengurusan bandar.
3

2.0 KERAJAAN TEMPATAN


1. Selepas perang dunia kedua, pentadbiran kerajaan tempatan telah ditubuhkan di bawah
akta kerajaan tempatan 1976 kerana tidak ada proses pengundian umum untuk
menentukan pentadbiran.
2. Kerajaan tempatan merupakan kerajaan peringkat paling rendah dalam sistem kerajaan
3. Melalui Akta kerajaan tempatan 1976 yang diluluskan oleh parlimen, kerajaan tempatan
terdiri daripada :
a) Majlis Bandar Raya
b) Majlis Perbandaran (kawasan Bandar)
c) Majlis Daerah (kawasan luar bandar)
4. Penyusunan semula sistem kerajaan tempata merupakan usaha kerajaan untuk
memperkemas struktur dan organisasi pentadbiran tempatan di Malaysia.
5. Pada masa ini, terdapat 145 pihak berkuasa tempatan di Malaysia seperti yang berikut :
a) Sembilan buah Majlis Bandar Raya
b) 32 buah Majlis Perbandaran
c) 104 buah Majlis Daerah
6. Kerajaan tempatan atau juga dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan ditubuhkan untuk
melengkapi tanggungjawab kerajaan pusat dan kerajaan negeri dengan tujuan :
a) Melicinkan pentadbiran awam di peringkat tempatan atau daerah.
b) Menyediakan perkhidmatan kepada rakyat tempatan selaras dengan keperluan
rakyat.
c) Memberikan peluang kepada penduduk tempatan dalam pengurusan kawasan
mereka.
d) Memastikan keputusan dibuat dengan cepat dan selaras dengan keperluan
penduduk tempatan.
7. Kerajaan Tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan di wilayah-wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan, dan Putrajaya terletak di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Manakala
Kerajaan Tempatan yang lain terletak di bawah kuasa Kerajaan Negeri.
(a) membuat undang-undang kecil (subsidiari)
(b) mengutip cukai dan sewa
(c) menubuhkan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan yg berada di bawah
kawalannya
8. Mahkamah Majisret Majlis Bandaraya membicarakan kes-kes saman yang dikeluarkan
kerajaan tempatan.
3.0 ORGANISASI KERAJAAN TEMPATAN
KERAJAAN TEMPATAN

Unit Pentadbiran

Unit Perancangan Pembangunan


Dan Penyelarasan
Bangunan
Taksiran

4
Unit Penyelidikan Dan
Nasihat

Unit Teknikal

Undang-undang

kesihatan

Saluran najis dan perparitan

Jurutera

Bahan buangan pepejal

4.0 KAKITANGAN KERAJAAN TEMPATAN


Unit-unit
Pentadbiran

Perancangan
Penyelarasan

Pentadbir
Datuk Bandar/Yang Dipertua Majlis/Pegawai
Daerah,Anggota-anggota
Majlis,Setiausaha,Ketua
dan Timbalan Ketua Pengarah Tingkat Tertinggi

Pembangunan

dan Ketua Penolong Pengarah Satu Pembangunan

Penyelidikan dan Nasihat Teknikal

Ketua Penolong Pengarah Kedua

Teknikal

Jurutera Kesihatan Umum

Saluran najis dan perparitan

Jurutera Kesihatan Umum (Saluran Najis) dan


Jurutera Kesihatan Umum (Perparitan)

Bahan Buangan Pepejal

Jurutera Kesihatan Umum

5.0 JENIS-JENIS KERAJAAN TEMPATAN


5.1 Dewan Bandaraya dan Majlis Bandaraya
Prosedur Penubuhan
Ditubuhkan melalui undang-undang khas.
Diluluskan oleh Majlis Negara bg Kerajaan Tempatan.
5

Mesti pusat pentadbiran dan perniagaan


Keanggotaan
Diketuai oleh Datuk Bandar dan dibantu oleh Majlis Bandaraya(24 org anggota)
Tempoh perkhidmatan anggota: 2 tahun
Merupakan pusat tadbir, budaya, sejarah dan perniagaan
Ciri-ciri
Bilangan penduduk lebih drpd 300,000 orang.
Sumber kewangan lebih RM80 juta setahun.
Contoh : DBKL,MBJB,Majlis Bandaraya Ipoh,Kuching Utara,Kuching Selatan,Kota
Kinabalu,Putrajaya.
5.2 Majlis Perbandaran
Prosedur penubuhan
Ditubuhkan melalui undang-undang biasa.
keanggotaan
Diketuai Yang Dipertua dan dibantu oleh Majlis Perbandaran (8-24 org anggota).
Tempoh perkhidmatan 1 tahun.
Merupakan pusat tadbir, niaga, dan seni budaya.
Ciri-ciri
Bilangan penduduk lebih 100,000 orang.
Sumber kewangan lebih RM 10 juta setahun.
Contoh: Majlis-majlis Perbandaran Petaling Jaya,Pulau Pinang, Kulim, Batu pahat
,Kuala Terengganu.
5.3 Majlis Daerah
Prosedur penubuhan
Ditubuhkan melalui undang-undang biasa.
Keanggotaan
Diketuai oleh Yang Dipertua dan dibantu oleh Majlis Daerah (8-12 org anggota)
Tempoh perkhidmatan 1 tahun.
Merupakan kawasan luar bandar
Ciri-ciri
Bilangan penduduk kurang 100,000 orang.
Sumber kewangan kurang drpd RM 10 juta setahun.
Contoh : Majlis-majlis Daerah Raub,Kampar,Sik,Segamat,Kuala Langat.
6.0 KEANGGOTAAN KERAJAAN TEMPATAN
Keanggotaan Dewan Bandaraya dan Majlis Bandaraya, Terdiri daripada Datuk Bandar
dan anggota-anggota lain yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Di Kuala Lumpur, Datuk
6

Bandar dan anggota-anggota lain dilantik oleh Kerajaan Persekutuan. Pegawai-pegawai


pentadbir yang lain adalah kakitangan kerajaan.
Keanggotaan Majlis Perbandaran, Terdiri daripada Yang Dipertua Majlis dan anggotaanggota Majlis Perbandaran yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Majlis Perbandaran Dibantu
oleh kakitangan awam yg dilantik oleh Majlis perbandaran dgn kelulusan Kerajaan Negeri.
Keanggotaan Majlis Daerah, Diketuai oleh Yang Dipertua yang mesti menanggung
jawatan sebgai Pegawai Daerah. Anggota-anggota Majlis Daerah dilantik oleh Kerajaan
Negeri.
7.0 TUGAS-TUGAS UTAMA KERAJAAN TEMPATAN
1) Memberikan Perkhidmatan pembersihan longkang dan sampah.
2) Mengenakan kompaun terhadap penjaja yang membuang sampah merata-rata dan
pengusaha restoran yang tidak menjaga kebersihan premisnya.
3) Mengawal, menyewakan, dan mengurus gerai makanan, pasar, pasar malam atau pecan
sehari.
4) Jaga keindahan kawasan dan menyediakan serta menyelenggara kemudahan rekreasi
seperti kolam renang, gimnasium dan taman awam.
5) Menyediakan tanah perkuburan.
6) Menamakan jalan dan lorong di taman perumahan.
7) Membina kemudahan awam seperti membina lampu isyarat, pondok menunggu bas, dan
tempat letak kereta.
8) Mengutip cukai taksiran harta, cukai pintu, bayaran perkhidmatan, dan sewa gerai
kepunyaan kerajaan tempatan.
9) Mengeluarkan lessen kedai makanan, lessen penjaja, lessen untuk pesta, lessen pusat
hiburan, lessen anjing, permit pertunjukkan hiburan, sijil menduduki bangunan dan
sebagainya.
10) Mengenakan kompaun terhadap salah laku yang melibatkan papan iklan perniagaan.
11) Menggubal undang-undang kecil untuk sesuatu kawasan dan dikuatkuasakan setelah
disetujui oleh Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.
12) Menubuhkan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan dan mengawal akaun tersebut
tetapi belanjawan tahunannya mesti mendapat kelulusan Kerajaan Negeri.
13) Menyelaraskan dasar-dasarnya mengikut dasar-dasar kerajaan persekutuan.
14) Mengikut arahan-arahan Majlis Negara bagi kerajaan tempatan.
8.0 SUMBER KEWANGAN KERAJAAN TEMPATAN
1. Kerajaan pesekutuan memberikan peruntukan kewangan tahunan kepada kerajaan
tempatan untuk :
a) Membentu kerajaan tempatan menyusun semula pentadbiran
b) Mendapatkan alat dan jentera untuk agar dapat memberi perkhidmatan berkesan
kepada penduduk.

2. Kerajaan persekutuan memberi peruntukan memberi kewangan tahunan kepada kerajaan


tempatan dengan mengambil kira perkara yang berikut :
a) Bilangan penduduk yang menetap di daerah kerajaan tempatan
b) Jumlah hasil kutipan yang diperoleh kerajaan tempatan.
c) Keluasan kawasan di bawah penguasaan kerajaan tempatan.
3. Kerajaan persekutuan juga boleh memberi peruntukan kepada kerajaan tempatan.
4. Namun sumber kewangan terpenting kerajaan tempatan ialah :
a) Cukai taksiran seperti cukai sampah dan cukai pintu
b) Lessen-lesen penjaja, pusat hiburan, kedai-kedai kopi dan lessen anjing
c) Sewaan tempat berjaja dan sewaan ruang gerai di pasar.
d) Bayaran perkhidmatan dan denda.
9.0 PENYELARASAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
Penyelarasan pada pelbagai peringkat kerajaan penting untuk mencapai tujuan yang berikut :
a) Menambah kecekapan dalam perkhidmatan awam
b) Menjimatkan sumber-sumber terhad
c) Mengelakkan pembaziran wang dan guna tenaga
10.0 KUASA KERAJAAN NEGERI TERHADAP KERAJAAN TEMPATAN
1. Mengisytiharkan sesuatu kawasan dalam negeri menjadi kawasan kerajaan tempatan.
2. Menetapkan taraf, status dan sempadan kerajaan tempatan.
3. Memberikan arahan am tentang dasar-dasar kepada kerajaan tempatan
4. Meluluskan anggaran belanjawan tahunan kerajaan tempatan
5. Mengesahkan setiap undang-undang kecil yang dibuat oleh kerajaan tempatan sebelum
dikuatkuasakan.
6. Meluluskan jawatan baru yang hendak diluluskan oleh kerajaan tempatan
7. Melantik anggota majlis, datuk Bandar, atau yang dipertua kerajaan tempatan.
11.0

PENYELARASAN

ANTARA

KERAJAAN

PERSEKUTUAN

DENGAN

KERAJAAN NEGERI.
1. Penyelarasan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri dijalankan oleh
beberapa buah badan penyelaras.
2. Badan penyelaras yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan ialah
a) Majlis Raja-raja
Majlis Raja-raja merupakan badan penyelaras disebabkan salah satu tugas
utamanya adalah untuk membincangkan dasar-dasar Negara berkenaan :
Hak keistimewaan orang melayu dan penduduk Bumiputera sabah serta

Sarawak
Perubahan sempadan negeri
Kewarganegaraan
Penetapan tarikh upacara agama islam yang sama di seluruh persekutuan

Malaysia.
Taraf bahasa melayu

Sebelum perbincangan tentng dasar-dasar Negara dalam mesyuarat Majlis Rajaraja, dasar berkenaan akan dibincangkan dalam:
Mesyuarat setiausaha-setiausaha kerajaan negeri
Mesyuarat menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri
Kedua-dua mesyuarat itu penting untuk membincangkan dan menyelaraskan
maklumat dasar Negara yang bakal dibentangkan dalam mesyuarat majlis raja-raja
secara teliti.
Semasa mesyuarat majlis raja-raja, sultan dan Yang Diperua Negeri (YDN) akan
diiringi oleh menteri besar dan ketua menteri negeri masing-masing, sementara
yang Di-Pertuan Agong (YDPA) diiringi oleh perdana menteri.
b) Majlis Tanah Negara
Majlis Tanah Negara dianggotai oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah, seorang wakil dari setiap negeri yang dilantik oleh raja atau Yang DiPertua Negeri, dan beberapa orang wakil kerajaan persekutuan.
Majlis kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan menjadi pengerusi majlis itu.
Pengundi boleh mengundi tentang apa-apa perkara dalam mesyuarat Majlis Tanah
Negara tetapi tidak mempunyai undi pemutus.
Antara fungsi Majlis Tanah Negara adalah seperti berikut :
Mentadbirkan dan menyeragamkan undang-undang tentang dasar tanah di

seluruh persekutuan
Memastikan dasar-dasar tanah dipatuhi oleh kerajaan persekutuan dan

kerajaan negeri
Menyelaraskan dan menyeragamkan pengawalan dan pengguanaan tanah.
Memperuntukkan tanah untuk kegunaan pembangunan seperti Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lebuh Raya Utara
Selatan.

c) Majlis Kewangan Negara


Majlis Kewangan Negara dianggotai Perdana Menteri, Menteri-menteri lain
dilantik oleh Perdana Menteri, dan wakil dari setiap negeri yang dilantik oleh raja
atau Yang Di-Pertua Negeri.
Perdana menteri akan menjadi pengerusi majlis itu.
Antara fungsi majlis kewangan Negara adalah seperti yang berikut :
Memperuntukkan kewangan daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan

negeri.
Mempeuntukkan pinjaman kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri
Membincangkan pembayaran royalty minyak atau hasil mineral dan
perhutanan kepada kerajaan negeri.

Peruntukan kewangan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri adalah


berdasarkan kriteria yang berikut :
Bilangan penduduk negeri
Jaringan jalan raya dalam negeri
Peruntukan pembangunan khas
d) Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
Majlis Negara bagi kerajaan tempatan dianggotai oleh menteri perumahan dan
kerajaan tempatan, seorang wakil dari setiap negeri yang dilantik oleh raja atau
Yang di-Pertua Negeri, dan juga beberapa orang wakil kerajaan persekutuan.
Menteri perumahan dan kerajaan tempatan akan menjadi pengerusi majlis itu.
Pengerusi boleh mengundi tentang apa-apa perkara dalam mesyuarat Majlis
Negara bagi kerajaan tempatan dan mempunyai undi pemutus.
Antara fungsi Majlis Negara bagi kerajaan tempatan adalah seperti yang berikut :
Menyelaraskan pentadbiran kerajaan tempatan di seluruh Negara
Memberikan nasihat kepada kerajaan tempatan tentang kutipan pelbagai hasil

dan cukai di bawah bidang kuasanya


Membentuk dasar-dasar kebangsaan untuk menggalakkan, memajukan dan

mengawal kerajaan tempatan.


Majlis Negara bagi kerajaan tempatan juga mengambil inisiatif yang berikut untuk
meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam :
Mewujudkan One Stop Centre di setiap kerajaan tempatan
Memperkenalkan certificate of completion nd compliance (CCC) untuk
menggantikan Certificate of Fitness for Occupancy (CFO)
Melalui Majlis Negara bagi kerajaan tempatan, kerajaan persekutuan jga akan
memberikan peruntukan kewangan kepada kerajaan tempatan berdasarkan kriteria
yang berikut :
Bilangan penduduk sesuatu kawasan
Keluasan kawasan di bawah pentadbiran kerajaan tempatan
Jumlah hasil kutipan oleh kerajaan tempatan
3. Antara badan penyelaras yang tidak termaktub dalam perlembagaan persekutuan ialah :
a) Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan ketua-ketua Menteri
Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri dipengerusikan oleh
Perdana Menteri.
Badan penyelaras ini membincangkan dan menyelaraskan dasar-dasar dan
perlaksanaan projek pembangunan.

b) Majlis Perhutanan Negara


Majlis ini dibentuk eorn persidangan Majlis Tanah Negara pada 20 Disember
1971.

10

Tanggungjawab pelaksanaan semua keputusan dan ketetapannya terletak pada


kerajaan negeri, kecuali perkara-perkara dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan.
Tujuan penubuhannya adalah untuk membolehkan Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Persekutuan mengadakan perundingan untuk menyelaraskan dasar, pentadbiran
dan pengurusan perhutanan
Majliss ini bersidang sekurang-kurangnya sekali setahun.
Majlis Tanah Negara perlu mengesahkan semua keputusan Majlis Perhutanan
Negara sebelum dilaksanakan di peringkat Persekutuan atau Negeri.
c) Majlis Perumahan Negara
Penubuhan Majlis Perumahan Negara bertujuan untuk menyelaraskan undangundang pentadbiran perumahan Negara.
Anggota-anggotanya terdiri daripada :
Pengerusi ( Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
Wakil-wakil Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Fungsi Majlis Perumahan Negara adalah seperti berikut :
Menyediakan projek perumahan rakyat(
PPR) untuk memenuhi permintaan

rakyat.
Menempatkan semula kawasan-kawasan setinggan dengan menyediakan

projek perumahan rakyat yang boleh disewa oleh rakyat.


Menyediakan rumah kos rendah dan menetapkan harga rumah kos rendah
mengikut lokasinya.

d) Majlis Air Negara


Majlis Air Negara ditubuhkan berikutan masalah air yang dihadapi oleh Lembah
Klang (Kuala Lumpur sert beberapa bahagian Selangor dan Negeri Sembilan)
akibat kemarau panjang yang dialaminya pada tahun1998.
Penubuhan Majlis Air Negara bertujuan untuk menyelaraskan bekalan air antara
semua negeri di Malaysia dan membolehkan Negeri yang kaya dengan sumber air
membantu Negeri yang mengalami masalah bekalan air.
Walaubagaimanapun, bekalan air masih merupakan perkara di bawah Senarai
Negeri yang ditadbir oleh Kerajaan Negeri.
Urusetia Majlis Air Negara berpusat di iu pejabat Jabatan Kerja Raya.
Anggota Majlis Air Negara ialah Perdana Menteri dan semua Menteri Besar serta
Ketua Menteri.
Antara fungsi Majlis Air Negara ialah :
Menyelesaikan semua permasalahan air di setiap negeri secara menyeluruh.
Mencari dan mengenal pasti tempat-tempat sesuai untuk membina empangan.
11

Menggalakkan negeri-negeri yang mempunyai lebihan sumber air membantu

negeri-negeri yang menghadapi masalah air.


Mengenal pasti cara-cara menyalurkan air ke negeri-negeri yang memerlukan

bekalan air.
Sebelum penyelarasan dibuat di peringkat Majlis Air Negara, Majlis Punca Air
Negeri (MPAN) akan mengumpul maklumat tentang bekalan air setiap negeri agar
memudahkan penyelarasannya.
Selepas maklumat diperoleh daripada MPAN, perbincangan penyelarasan air
dibuat di Majlis Air Negara.
e) Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
Negeri.
Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
melibatkan peringkat pegawai.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh ketua setiausaha Negara.
Angota-anggotanya terdiri daripada Ketua Setiausaha semua Kementerian dan
semua Setiausaha Kerajaan Negeri.
Fungsi utama jawatankuasa ini adalah untuk mewujudkan persefahaman antara
pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri.
12.0 BADAN-BADAN PENYELARAS YANG LAIN
1. Majlis pebangunan Negara dengan Majlis Pembangunan Negeri.
2. Majlis Keselamatan Negara dengan Majlis Keselamatan Negeri.
3. Majlis Perancang Negara dengan Majlis Perancang Negeri.

12

You might also like