Download as odt, pdf, or txt
Download as odt, pdf, or txt
You are on page 1of 2

960717-07-5834

PENGENALAN
TAJUK : Perbezaan Adat Merisik Dan Meminang Dalam Kalangan Masyarakat Melayu Dan
Masyarkat Cina Di Taman Desa Jawi.
ADAT (sumber rujukan Ensiklopedia Malaysiana edisi 1996 jilid 1 A-Arang Batu)
Adat ialah bentuk tingkah dan cara manusia berfikir yang telah wujud dan diamalkan sebegitu
lama sehingga menjadi sebagai satu tradisi. Perkara yang termasuk dalam konsep ini ialah cara
hidup sehari-hari dan pola budaya yang jelas dilihat melalui kekerapan amalannya.
Pendapat ahli antropologi tentang konsep ini berbagai-bagai. Bagi Malinowski (1926) adat ialah
satu ragam tingkah laku yang secara tragedinya telah diselaraskan ke atas anggotanya sesuatu
komuniti. Sapir (1931) pula berpendapat bahawa perkataan adat digunakan untuk keseluruhan pola
tingkah laku yang telah dibentuk oleh tradisi dan tersemat dalam jiwa raga sesuatu masyarakat.
Sebelum sesuatu tingkah laku itu menjadi adat dan tradisi, tingkah laku tersebut mestilah
diperakui, diamalkan dan seterusnya diperturunkan kepada generasi berikutnya. Ada kalanya
penerimaan sesuatu amalan itu diperteguhkan lagi oleh hukum adat. Mereka yang melanggar adat
akan didenda atau dikenakan isbat sosial. Isbat sosial yang paling popular ialah pulau.
Sebagai contoh sistem adat pepatih yang diamalkan oleh orang Melayu di Negeri Sembilan dan
di Naning, Melaka. Adat Perpatih melarang perkahwinan antara anggota sesebuah suku dan mereka
yang melanggar adat tersebut akan dibuang negeri.
ADAT SEBAGAI UPACARA
Dalam pengertian ini adat mempunyai makna yang amat sempit. Upacara merangkumi segala
perbuatan , kegiatan, peralatan, acara dan perlakuan yang teratur dan tersusun berkait dengan makna
kesucian atau kekudusan dalam sesuatu kepercayaan.
Upacara atau adat istiadat termasuk segala kegiatan kudus dalam setiap peringkat edaran hidup
manusia bermula daripada kelahiran hingga kematian. Dalam pengertian ini, adat adalah
pengucapan lambang terhadap makna dalaman daripada kehidupan individu dan masyarakat.
Misalnya, selepas kelahiran diadakan upacara mengazan anak lelaki atau mengiqamat anak
perempuan selaras dengan ajaran agama. Makna daripada pengucapan ini ialah pengenalan terhadap
ketuhanan dari saat kelahirannya di dunia. Begitu juga dengan upacara cukur jambul ataupun naik
buai.
Walau bagaimanapun, pelbagai upacara ini bukan ajaran agama tetapi melengkapi ajaran itu.
Dengan pengertian ini, adat sering dipertentangkan dengan perlakuan Islam sehingga banyak
perlakuan adat dikatakan tidak Islam ataupun melanggar akidah Islam. Perlakuan adat sering
disamakan dengan upacara Hindu dan sekaligus membawa maksud perbuatan bidaah. Misalnya adat
bersanding, menggunakan nasi kunyit, bersuap-suapan, berarak, mandi sampat, lenggang perut,
perarakan ketika berkhatan dan beberapa lagi perlakuan pada tahap edaran hidup.

960717-07-5834

ADAT (sumber rujukan Kamus Dewan edisi keempat)


Adat ialah peraturan yang sudah diamalkan sejak turun-temurun (sejak dahulukala) didalam
sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi).
MERISIK (sumber rujukan Kamus Dewan edisi keempat)
Merisik ialah mengirim orang atau menyiasat berjaya atau tidak pinangan, mengirim orang untuk
dipinang.
MEMINANG (sumber rujukan Kamus Dewan edisi keempat)
Meminang ialah meminta perempuan menjadi isteri dan melamarnya.
MERISIK (sumber rujukan shahjiehan.blogspot.com)
MEMINANG (sumber rujukan shahjiehan.blogspot.com)
ADAT MERISIK DAN MEMINANG MASYARAKAT MELAYU (titassemtwo.blogspot.com)
ADAT MERISIK DAN MEMINANG MASYARAKAT CINA (lamancikgubahri.blogspot.com)

You might also like