Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 18

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

M/S

1.0 PENGENALAN
2.0 KONSEP KOMSAS
2.1 Matlamat & Objektif
Pengajaran KOMSAS
2.2 Kepentingan KOMSAS
3.0 GENRE-GENRE DALAM KOMSAS
3.1 KOMSAS dalam P&P B.Melayu
4.0 PEMILIHAN STRATEGI
MENGGUNAKAN GENRE KOMSAS
4.1 Contoh Pengajaran Menggunakan
Kaedah Puisi Moden
5.0 KESIMPULAN
6.0 RUJUKAN

3
4-7

8-10
11-17

18
19

1.0 PENGENALAN
Kesusasteraan sering dikaitkan dengan asal usul perkataan sastera. Menurut Annas
Ahmad (1988), dalam bukunya yang berjudul Sastera Melayu Lama dan Baru, perkataan
sastera berasal daripada bahasa Sanskrit castra yang bermaksud seni sastera atau seni
persuratan. Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah
bahasa.. Usman Awang (1995) pula menulis bahawa sastera meliputi semua aspek kehidupan
secara meluas. Sastera ialah satu bentuk seni yang menggunakan bahasa. Melalui bahasa,
keperihalan manusia dan kemanusiaan dibangunkan dengan penuh kesedaran dengan mesej
dan keindahan. Mesej yang hendak disampaikan menggunakan bahasa yang terpilih hingga
memberinya kekuatan dan keindahan kepada karya sastera tersebut sehingga menyuburkan
penghayatan kepada pembaca.
Menurut Wikipedia.org, kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan
melalui bahasa. Kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indahindah, sama ada ia tertulis atau tidak. Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam
masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Hashim
Awang (1987), menyimpulkan erti kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang disampaikan
melalui bahasa. Yang dituturkan dan disebut sebagai sastera lisan manakala yang ditulis
disebut sebagai sastera tulisan. Di samping itu, sastera turut memiliki keindahan dalam aspekaspek isi atau daya pengucapannya.
Kesusasteraan Melayu pula merupakan satu khazanah penting dalam pembentukan
tamadun Melayu. Kesusasteraan Melayu juga merupakan warisan pusaka Melayu yang amat
bernilai dan perlu dipertahankan kerana sifatnya yang sentiasa mencerminkan pemikiran
masyarakat Melayu.. Secara realitinya, bangsa Melayu memiliki bahasa dan sastera Melayu
yang hebat. Tradisi sastera, lisan Melayu seperti pantun, seloka, syair, mantera dan gurindam
merupakan pengucapan lisan yang terpenting dalam bentuk persembahan adab dan budaya
bangsa Melayu. Khazanah ini perlu diwarisi dan dipelihara agar ianya tidak beransur-ansur
ditelan zaman.

2.0 PENGENALAN KOMSAS


KOMSAS ialah kata akronim bagi komponen sastera. KOMSAS merupakan salah
satu komponen yang terdapat dalam subjek Bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelajar tingkatan 1
hingga 5 di semua sekolah menengah (Wikipedia.org). Kedudukan KOMSAS dalam subjek
Bahasa Melayu merupakan trend integrasi dalam sistem pendidikan kebangsaan. Pada bulan
Mac 2001, KOMSAS diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
sepenuhnya. Ianya diajar secara formal. KOMSAS meliputi bahan-bahan sastera seperti puisi
tradisional, sajak, cerpen, prosa tradisional, novel dan drama. Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) diberi tanggungjawab menerbitkan semua karya yang terpilih untuk dimuatkan ke
dalam buku teks Bahasa Melayu. Buku ini diberi secara percuma melalui Skim Pinjaman
Buku Teks kepada mereka yang layak sahaja. Dahulu, KOMSAS dilihat sebagai alternatif
kepada subjek Sastera tingkatan 4 dan 5 sebelum ini kerana tidak semua pelajar yang
mengambil subjek kesusasteraan terutamanya pelajar aliran sains. Pelaksanaan pengajaran
KOMSAS pada semua peringkat menengah mampu membina kecekapan berbahasa, kualiti
minda dan nilai kemanusiaan.
2.1 Konsep Komsas
Konsep bersepadu pendidikan KOMSAS melibatkan 2 perkara yang saling berkaitan.
Perkara pertama ialah ilmu. Pengajaran KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu dapat
menyatupadukan ilmu kesusasteraan dengan ilmu bahasa. Bahan yang terpenting ialah gaya
bahasa. Antara gaya bahasa yang terdapat di dalam KOMSAS seperti diksi, personafikasi,
metafora, simile, hiperbola, paradox asonansi, aliterasi, repitasi, Inversi, anaphora, response,
epifora, perlambangan, sinkof dan imejan. Aspek yang kedua pula merangkumi pemilihan
dan penyatuan bahan pengajaran. Bahan pengajaran kesusasteraan seperti cerpen, sajak dan
novel boleh digunakan sebagai bahan asas dalam pengajaran Bahasa Melayu. Penyapaduan
ini boleh dikaitkan dengan pengintegrasian elemen-elemen terkini dalam pendidikan seperti
kemahiran bernilai tambah, peraturan sosiobudaya, kewarganegaraan dan nilai kemanusiaan.

2.2 Matlamat Dan Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran KOMSAS


Antara matlamat utama pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dalam KBSM ialah
untuk menyedia serta melengkapkan pelajar dengan ilmu sastera agar mereka dapat
menghayati, mencintai, menghargai serta memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera
Melayu. Pengajaran KOMSAS juga bermatlamat untuk menjadikan sastera Melayu sebagai
bidang ilmu yang berorientasikan kerjaya, khususnya dalam bidang kewartawanan, penyiaran
dan pengkaryaan seni. Pengajaran KOMSAS dalam KBSM juga dapat membantu
memantapkan cita rasa sastera dalam kalangan masyarakat di negara ini. Antara matlamat
pengajaran KOMSAS ialah:i.

Memahami isi dan menganalisis aspek sastera.

ii.

Mengaperasiasi karya sastera menerusi aktiviti sastera.

iii.

Menghayati dan menghargai estetik bahasa.

iv.

Menghargai penulis dan karya yang dihasilkan.

v.

Memberi pandangan, menilai karya sastera secara kritis dan menyuburkan nilai
kemanusiaan, disamping memupuk semangat cinta akan negara.

vi.

Menghasilkan karya sastera yang pelbagai, sesuai dengan kebolehan pelajar.

vii.

Memupuk budaya membaca untuk memperkembangkan dan mengekalkan minat


terhadap sastera Melayu.

2.3 Kepentingan KOMSAS Dalam Bahasa Melayu


Pengajaran KOMSAS banyak memberi kesan yang positif kepada pelajar.
Pemahaman dan penghayatan terhadap hasil karya ini mampu menyemai perasaan cinta akan
budaya sendiri. Pelajar berpeluang mempelajari dan menghayati karya-karya terhebat yang
pernah dihasilkan oleh tokoh sastera terkenal seperti Usman Awang, Abdullah Hussein dan
A.Samad Said. Karya-karya yang dihasilkan oleh mereka sarat dengan pemikiran yang kritis
serta penggunaan bahasa yang indah. Melalui karya sastera ini juga, para pelajar diajak agar
berfikiran positif supaya mereka dapat menjadi individu yang berwawasan kelak.
4

Kesusasteraan Melayu, khususnya KOMSAS boleh memainkan peranan dalam


pembentukan emosi dan sahsiah pelajar kerana ia merupakan sebuah wadah fikiran yang sarat
dengan nilai-nilai kemanusiaan, bahasa yang indah sehingga memukau deria rasa dan intelek
pembaca dan peminatnya. Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu akan mewujudkan
jati diri pelajar yang berilmu pengetahuan. Selain itu pengajaran KOMSAS dalam Bahasa
Melayu akan membantu memotivasikan pelajar untuk belajar melalui bahan-bahan yang
dibaca dan dikaji. Bahan tersebut akan menyalurkan pemikiran yang positif, kreatif dan kritis
kepada diri pelajar. Karya-karya agung yang sarat dengan kisah yang menarik mampu
menarik perhatian pelajar untuk terus mengikuti topik yang ingin disampaikan. Proses ini
akan memupuk perkembangan, daya cipta dan imaginasi pelajar sepanjang mengikuti
pengajaran guru dengan lebih berkesan. Pengajaran komponen sastera mampu memaparkan
kisah realiti masyarakat berbilang kaum di negara kita. Melalui penghayatan dan pembacaan
karya tersebut, akan merangsang sifat ingin tahu pelajar tentang jalan cerita seterusnya serta
berfikir cara mengatasi konflik-konflik yang timbul. Hal ini akan merangsang keupayaan
kognitif pelajar untuk menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Dalam KOMSAS
terdapat lebih daripada 16 nilai murni yang perlu diterapkan. Nilai- nilai murni tersebut
terdiri daripada baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang,
keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan,
kerjasama,

kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat. Bagi

membolehkan nilai-nilai murni ini dipupuk secara berterusan ke dalam setiap diri pelajar,
nilai-nilai itu akan diajar secara langsung dalam KOMSAS di setiap peringkat
persekolahan menerusi semua genre. Unsur-unsur dan nilai kemanusiaan yang terdapat di
dalam sesebuah karya dapat membentuk jati diri pelajar agar lebih menghormati orang lain,
membina sahsiah yang terpuji dan bersikap toleransi. Melalui pengajaran komponen
kesusasteraan Melayu, pelajar akan diperkenalkan dengan unsur-unsur patriotisme,
kepelbagaian budaya dan perpaduan negara. Minat pelajar terhadap mata pelajaran
kesusasteraan dapat disemai lantas diharap agar lebih banyak sasterawan dalam kalangan
generasi muda dapat dilahirkan.
Pengajaran komponen sastera dalam bahasa Melayu juga sangat relevan, signifikasi
dan efektif dalam dunia pendidikanpada masa kini. Bahan ini mampu membantu pelajar
untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu baik dalam pertuturan mahupun
penulisan. Pengajaran komponan sastera dalam Bahasa Melayu juga berupaya melahirkan
sebilangan masyarakat dapat memelihara dan menghargai kesusasteraan Melayu. Dengan
5

pertambahan pembaca buku kesusteraan Melayu, maka akan lahir ramai penilai-penilai,
pengkritik-pengkritik, penghasil-penghasil dan penerbit-penerbit karya yang lebih kreatif
sehingga dapat memartabatkan dan mengangkat taraf kesusasteraan Melayu kepada tahap
yang lebih tinggi lagi.
Secara keseluruhannya langkah penerapan KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu adalah tindakan yang tepat dan perlu diteruskan. Pengajaran KOMSAS mampu
melahirkan individu yang berfikiran luas, matang, serta bersahsiah tinggi. Kajayaan
pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu banyak bergantung kepada usaha, pengorbanan
dan bakti semua pihak serta merentasi pelbagai batasan agar ia menjadi lebih efektif untuk
mempertingkat dan mengukuhkan keterampilah berbahasa.

3.O GENRE-GENRA YANG TERDAPAT DALAM KOMSAS


Terdapat beberapa genre yang terkandung dalam Komponen Sastera Bahasa Melayu
(KOMSAS) Tingkatan 3,4 & 5. Antara genre yang terkandung dalam teks yang bertajuk
Harga Sebuah Lukisan (Tingkatan 3), Harga Diri(Tingkatan 4) dan Dirgahayu
Bahasaku(Tingkatan 5) seperti berikut:GENRE-GENRE SASTERA
Cerpen

Drama

Sajak
GENRE
GENRE
SASTERA
SASTERA

Puisi Tradisional

Prosa Klasik

Genre Sastera Mengikut Judul Dan Kelas


Bil

Genre

Puisi Tradisional

Harga Sebuah
Lukisan
( Tingkatan 3 )

Pantun Berkait
(Bekerja)
Pantun Empat
Kerat
(Muafakat)
Pantun Nasihat
Syair li-Attar
Gaib
Syair Berbuat
Jasa
Syair Panduan
Untuk Para
Remaja

Antologi Harga Diri


( Tingkatan 4 )
Pantun 4 Kerat
(Jenaka &
Sindiran
Syair Definisi
Orang Berakal
Syair Siti
Sianah
Gurindam 12
Fasal yang
Keenam
Seloka Emak
Si Randang

Antologi Dirgahayu
Bahasaku
( Tingkatan 5 )
Pantun Enam Kerat
Pantun Lapan Kerat
Syair Makna Riak
Syair Pemberotakan
Patani
Gurindam Tonggak
Dua Belas

Sajak

Prosa
Tradisional

Cerpen

Drama

Fragmen
Sebuah
Kehidupan
Kata-kata
Keusangan
Budaya
Pesan Buat
Anak-anak
Merdeka
Rumput
Seorang Insan
Istimewa

Harga Remaja
Di
Perpustakaan
Mengintai
Ruang Insaf
Mahsuri
Adat Sezaman
Tiba Waktunya

Dirgahayu
Bahasaku
Kecek
Bangkitlah
Pasar Perasaan
Di Bawah Langit
Yang Sama
Arkitek Kota

Kuda Janggi
Gerdana
Hikayat
Marakarama
Hikayat Patani
Hikayat Seri
Kelantan

Pelayaran
Penuh
Peristiwa
Merah Silu
Hikayat Indera
Nata
Hikayat Khoja
Maimun

Hikayat Lang
Buana
Hikayat Siak
Dua Geliga Hikmat
Hikayat Opu Daeng
Menambun

Budi
Semangkuk
Daging
Harga Sebuah
Lukisan
Mencari Nafas
Baru
Mutiara Bonda
Segala Yang
Tercinta Ada Di
Sini

Sungai dan
Ceper
Memori
Seorang Tua
Israk
Permainan
Catur
Melisa
Biarkan
Samudera

Pahlawan Buntung
Pungut Alias Zahara
Alias Yap Siew
Hong
Idola
Penanggungan
Hutan Rimba
Tanggar Amanat

Cabaran
Sebuah
Perjuangan

Gelanggang
Tuk Wali
Forum Remaja
Cempaka
Berdarah

Tiang Cengal
Dinding Sayung
1400
Dato Onn

3.1 KOMSAS dalam Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu.


Pelaksanaan KOMSAS dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah
dilaksanakan secara formal sejak dari bulan Mac 2001. Komponen ini meliputi pendedahan
terhadap bahan-bahan sastera seperti puisi tradisional, sajak, cerpen, prosa tradisional dan
drama. Kesemua bahan sastera tersebut diselitkan dalam bidang kemahiran berbahasa yang
meliputi bidang interpersonal, maklumat dan estetik. Pelaksanaan KOMSAS dalam
8

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu akan dapat menghasilkan dua impak yang besar
dan mendalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu lebih menarik, bermakna dan berkesan selain
memberikan kesan emosi sekaligus menjadikan seolah-olah pelajar berkenaan mempelajari
kesusasteraan.

4.0

PEMILIHAN STRATEGI YANG BERKESAN MENGGUNAKAN


GENRE KOMSAS
Secara amnya strategi ialah konsep yang sesuai untuk semua disiplin ilmu. Dalam konsep

pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi merujuk kepada suatu cara atau langkah atau
tindakan yang harus dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Strategi lebih menjurus dan menumpukan pencapaian atau hasil pembelajaran. Dalam
pemilihan strategi yang berkesan menggunakan genre KOMSAS dalam Bahasa Melayu
terdapat beberapa strategi yang boleh diguna pakai untuk menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menyeronokkan, bermakna dan berkesan. Pendekatan pula merujuk
kepada satu proses yang besar dan tinggi penakulannya. Edward Antony (1963),
mendefinisikan pendekatan sebagai satu set andaian yang membentuk sifat bahasa,
pembelajaran dan pengajaran. Antara strategi dan pendekatan yang boleh digunakan dalam
pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu ialah :1. Pendekatan Berpusatkan Pelajar
2. PendekatanMengalami dan menghayati
3. Pendekatan Struktual
4. Pendekatan Berfokus

1. Pendekatan Berpusatkan Pelajar


Strategi ini membolehkan pelajar menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman
sendiri. Pendekatan ini selari dengan pembelajaran masteri yang menekankan keperluan
untuk memastikan murid menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Pelajar sentiasa
diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Aktiviti penilaian,
pemulihan dan pengayaan perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Untuk menggunakan strategi ini dalam pengajaran KOMSAS, penglibatan
pelajar mestilah aktif dan menyeluruh dengan melibatkan interaksi dua hala dan
mementingkan pembelajaran akses kendiri. Guru berperanan sebagai pembimbing untuk
melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi dan berdaya saing.

10

2. Pendekatan Mengalami dan Menghayati


Googman (1962) menyatakan bahawa sesuatu pengalaman itu dikaji mengikut apa
yang ditanggapi oleh pembaca itu sendiri. Setiap Individu mempunyai pengalaman sendiri
tentang apa yang dialami dan sejauh mana dirinya dapat menghayati karya penulis dengan
bahasa yang disampaikan. Kaedah ini menekankan kepada penikmatan. Pendekatan ini juga
memerlukan

penghayatan

pelajar

sendiri

melalui

pengalaman,

perenungan

dan

penganalisisan. Aspek sastera yang dikaji perlu dirasai dan dihayati sepenuhnya. Aspek
sastera yang dikaji akan dikaitkan dengan pengalaman dan pandangan diri sendiri pelajar.
Pelajar biasanya akan didedahkan dengan beberapa persoalan di dalam sesuatu aspek yang
dikaji. Pengajaran tidak bertumpu kepada objektif tertentu tetapi lebih kepada mencungkil
pengalaman pelajar. Guru perlu lebih cekap menarik perhatian pelajar dan menarik minat
mereka kepada cerita yang disampaikan. Pelajar perlu sentiasa dilatih untuk berfikiran kritis
dan kreatif iaitu member pendapat, pertimbangan wajar, penilaian, kritikan dan sebagainya.
Dalam pengajaran KOMSAS, Pendekatan ini boleh digunakan bersama dengan pendekatan
analisis struktual apabila pelajar telah bmemahami isi cereka atau maksud puisi. Dalam
konteks latihan, tugasan yang diberikan kepada pelajar selalunya bertumpu kepada
penghayatan pelajar terhadap sesuatu peristiwa, episod dan watak. Selain itu, pelajar boleh
membuat simulasi sendiri untuk membina pemahaman yang lebih tekal. Cara ini boleh
memberikan kepuasan dan meninggalkan kesan yang mendalam di dalam jiwa pelajar.
Terdapat beberapa ciri penggunaan pendekatan ini dalam pengajaran KOMSAS iaitu pelajar
akan mengaitkan pengalamannya dengan isi karya yang ingin dikaji. Sebelum itu, pelajar
perlu memahami isi cerita atau maksud sesebuah karya atau puisi. Setelah pelajar memahami
isi karya, pelajar akan mengkaji secara terperinci aspek-aspek struktur sesebuah karya secara
individu, berpasangan atau berkumpulan. Pelajar akan memberikan pendapat dan menilai
aspek-aspek struktur yang tertentu dalam sesebuah sastera. Guru akan sentiasa membimbing
dan memberikan latihan yang menekankan analisis dan pengalaman sedia ada pelajar. Guru
perlu sentiasa mengemukakan soalan yang mencabar minda untuk meningkatkan tahap
pemikiran berfikir secara kreatif dan kritis pelajar.
3. Pendekatan Struktual
Pendekatan struktual merupakan salah satu pendekatan yang boleh digunakan dalam
pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu. Pendekatan merupakan pendekatan yang paling
klasik.Pendekatan ini bersifat kritikan teks kerana melihat sesebuah sesebuah karya dari dua
11

aspek utama iaitu bentuk atau format bahan tersebut di samping kajian terhadap bahasa yang
digunakan penulis.Berdasarkan pendekatan ini, pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu lebih
memberatkan kepada aspek terminology dan elemen-elemen struktur yang membina bahan
tersebut serta perhubungan di antara elemen yang mengikatnya menjadi satu kesatuan idea
dalam bentuk penulisan kreatif (Miall, 1996). Pengajaran lebih bertumpu kepada pencarian
unsur yang membentuk bahan sastera di samping meneliti aspek peristilahan. Aspek yang
dikaji meliputi tema, persoalan, perutusan, pengajaran, plot, watak dan perwatakan, latar,
gaya bahasa dan sudut pandangan. Guru perlu sentiasa membantu pelajar memahami
gagasan-gagasan yang dinyatakan sebelum kajian teks dilakukan di dalam bilik darjah.
Terdapat beberapa ciri penggunaan pendekatan struktual dalam pengajaran KOMSAS Bahasa
Melayu seperti memerlukan pembacaan yang rapi, lebih menekankan pemahaman pelajar
terhadap setiap elemen sesebuah karya sastera, menitikberatkan pemahaman istilah sastera,
makna istilah berkenaan dan contoh penggunaan istilah berkenaan dan guru perlu perlu
sentiasa membimbing pelajar selain menggunakan bahan bantu belajar yang berkesan.
Pengajaran dan pembelajaran bersifat struktual lebih cenderung kepada aspek kefahaman
sahaja dan mengabaikan matlamat

pendidikan kesusasteraan yang lainnya seperti

penikmatan, penghayatan, dan penghasilan karya oleh pelajar. Secara kesimpulannya,


pendekatan ini akan menyebabkan KOMSAS lebih berorientasi peperiksaan kerana pelajar
belajar hanya untuk peperiksaan dan lulus sahaja. Guru pula hanya berfungsi untuk
membantu pelajar menghadapi peperiksaan dengan mendapat keputusan yang baik.

4. Pendekatan Berfokus
Pendekatan ini dikembangkan oleh Unit Bahasa Malaysia, Pusat Perkembangan
Kokurikulum dan Kementerian Malaysia pada tahun 1984. Pendekatan ini merupakan
pendekatan kajian yang memberi tumpuan pada sesuatu aspek sastera semasa pelajar
mencerakinkan teks sastera. Namun demikian terdapat juga unsur-unsur sampingan yang
menjadi fokus kajian. Kajian yang dilakukan menggunakan pendekatan ini boleh
menghasilkan pencerakinan yang lebih kemas kerana adanya fokus pada aspek yang
dibincangkan. Kajian yang dilakukan oleh Chou Li Hua (1999), menunjukkan bahawa
pendekatan ini meningkatkan keupayaan membaca dan menulis pelajar serta merubah
perspektif pelajar ke arah lebih positif terhadap sesuatu mata pelajaran yang diambil. Hasil
dapatan kajian oleh Gantzer (1993), turut membuktikan kejayaan pendekatan ini terutamanya
12

dalam menguasai kemahiran menyoal, menjawab dan berbincang dari tahap literal ke tahap
kognitif yang lebih tinggi. Penggunaan pendekatan ini akan menjadikan pengajaran
KOMSAS lebih anjal dan digunakan oleh pelajar bagi pelbagai tujuan yang lebih bermakna
terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Autonomi diberikan kepada pelajar
untuk menentukan tentang apakah yang mereka harapkan akan diperoleh daripada mengkaji
sesebuah karya kesusasteraan. Mereka akan menentukan hala tuju dan matlamat mereka
sendiri. Mereka juga berpeluang membuat refleksi terhadap diri mereka sendiri bagi melihat
sama ada matlamat tersebut telah tercapai atau sebaliknya untuk meniliti langkah-langkah
seterusnya.

4.2 Contoh Pengajaran Puisi Moden Melalui Perbincangan.


Perbincangan bermaksud mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu idea.
Ianya bertujuan untuk melatih pelajar berfikir dan memberi pendapat yang bernas. Melalui
kaedah perbincangan dapat menjadikan proses pembelajaran lebih teratur dan terancang.
Langkah-langkah persediaan awal oleh pelajar dan guru dapat dikendalikan dalam jangka
waktu yang telah ditetapkan. Perbincangan boleh dilaksanakan secara kelas mahupun
berkumpulan. Melalui kaedah ini, ianya dapat meningkatkan tahap kecekapan pelajar
berkomunikasi, memberi hujah dan pendapat yang bernas serta tersusun dalam pelbagai
situasi, bertutur dengan intonasi dan gaya yang betul. Pelajar juga dapat mendengar dan
memahami sesuatu perbincangan dengan teliti dan berkesan, memupuk semangat kerjasama
antara ahli kumpulan dan memperkembangkan kemahiran belajar untuk terus belajar.
Pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah perbincangan boleh dijalankan dalam
tiga peringkat iaitu peringkat permulaan, perkembangan dan akhir pengajaran. Sebelum
memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu bijak memilih tajuk yang sesuai
dan menarik seperti sajak. Tajuk yang sesuai dan menarik akan menarik minat dan
menggalakkan penglibatan pelajar untuk terus belajar. Tajuk yang dipilih perlulah menarik
dan merangsang minat pelajar selain kandungannya sesuai dengan alam dan tahap
perkembangan pelajar di dalam kelas tersebut. Selain itu tajuk yang dipilih mesti
mengandungi nilai-nilai murni dan mempunyai lebih daripada satu kemungkinan dalam
penyelesaian masalah atau jawapan. Semasa proses pengajaran berlangsung, pada peringkat
perkembangan pelajaran, pembelajaran boleh dikembangkan melalui aktiviti perbincangan
yang mana pelajar menjadikan perbincangan sebagai saluran untuk mengeluarkan pendapat
13

dan fikiran mereka. Pada peringkat akhir pelajaran, aktiviti pembelajaran boleh dikukuhkan
dengan mengadakan atau member peluang kepada pelajar untuk berbincang dan membuat
sesuatu rumusan tentang tajuk perbincangan yang bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman
dan pengetahuan pelajar.

4.3 Strategi Pengajaran Komsas Bahasa Melayu

PENDEKATAN PENGAJARAN KOMSAS BAHASA MELAYU

BERPUSATKAN
PELAJAR

MENGALAMI
&
MENGHAYATI

PENDEKATAN
PENGAJARAN
KOMSAS
BAHASA
MELAYU

STRUKTURAL

BERFOKUS

KAEDAH YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN KOMSAS


BAHASA MELAYU
14

KAEDAH
KAEDAH MEMBACA TEKS &
PEMAHAMAN

KAEDAH MENDENGAR PITA


KAEDAH MEMBACA DAN
RAKAMAN
MELAKONKAN ADEGAN

KAEDAH LAKONAN PENTAS

KAEDAH DISKUSI

KAEDAH SEMINAR

KAEDAH MENGGUNAKAN
KEMAHIRAN BERFIKIR

KAEDAH FORUM

KAEDAH SOAL JAWAB


TEKNIK PENGAJARAN KOMSAS BAHASA MELAYU

15

TEKNIK
TEKNIK PENERANGAN

TEKNIK KEPERIHALAN

TEKNIK
PERBANDINGAN

TEKNIK
PERCAMBAHAN
FIKIRAN
TEKNIK PEMBACA &
BERCERITA

TEKNIK PEMANDUAN
SENI

TEKNIK CERAKINAN

TEKNIK KERUSI PANAS

TEKNIK LATIHAN

TEKNIK TANGGA
CERITA

TEKNIK CERPENDRA
5.O KESIMPULAN
Pengajaran KOMSAS dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu boleh
dilaksanakan dengan jayanya sekiranya mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah
16

ditetapkan. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada kejayaan atau kegagalan
pelaksanaan pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu seperti kepakaran guru yang
mengajar, kesediaan guru, kemudahan, alatan, masa, keadaan sekeliling, latar belakang
pelajar dan sebagainya. Usaha memasukkan komponen sastera dalam Bahasa Melayu di
sekolah merupakan usaha yang bijak, wajar dan dipuji. Usaha ini seharusnya dilakukan
secara berterusan dengan sokongan dan dorongan daripada pelbagai pihak sama ada pihak
kementerian, sekolah, ibu bapa dan NGO.
Sebelum ini, di dalam kesusteraan aspek nilai estetika, keindahan bahasa dan sosio
budaya yang terdapat di dalam sesebuah karya tidak diberikan tumpuan, Kini melalui
pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu mampu membantu pelajar menghayati,
menghargai, menguasai selain meningkatkan keupayaan pelajar berbahasa. Hakikatnya,
bahasa dan sastera tidak boleh dipisahkan kerana kedua-dua aspek ini lahir daripada sosiobudaya yang sama. Tumpuan terhadap pembelajaran bahasa tidak memadai kerana pelajar
mungkin hanya mampu menguasai bahasa dengan baik dari aspek tatabahasanya tetapi tidak
dalam aspek keindahan bahasa, diksi, daya intelek, daya kreativiti yang hanya diperolehi
melalui penguasaan ilmu sastera. Seharusnya kita sedari bahawa penguasaan ilmu bahasa dan
sastera bukan hanya untuk lulus peperiksaan tetapi ianya mampu meningkatkan tahap
penguasaan berbahasa, memartabatkan Bahasa Melayu selain dapat membina jati diri yang
lebih kukuh terutamanya dalam kalangan pelajar. Sesungguhnya pengajaran KOMSAS dalam
Bahasa Melayu merupakan satu usaha yang penting dalam pembinaan manusia yang
seimbang, matang, prihatin dan murni dalam memartabatkan karya agung dan kesusasteraan
Melayu. Usaha ini seharusnya dilakukan secara berterusan dan diharap tiada penghujungnya
untuk memelihara warisan Melayu supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas demi
generasi yang akan datang.

6.0 RUJUKAN
1. Dr. Nadzeri Isa (2013). Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Open University Malaysia.

17

2. Nik Hassan Basri Nik Abd. Kadir (2005). Citra KOMSAS. Tg Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
3. Prof Madya Dr. Wan Zah Wan Ali & Dr Rosini Abu (2011). Prinsip Teknologi
Pengajaran. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
4. Zahirah Aziz & Kamaruzaman Abdullah (2001). Pengajaran KOMSAS dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah. Kertas seminar anjuran Dewan
Bahasa dan Pustaka 11-13 Jun 2001.
5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Komsas
6. http://pondokbicara.blogspot.com/2013/09/komsas-dalam-pendidikan-bahasamelayu.html
7. http://seprianiq.blogspot.com/2013/06/komsas_2740.html
8. http://www.moe.gov.sg/education/syllabuses/mother-tonguelanguages/files/literature-in-malay-secondary.pdf

9. http://www.scribd.com/doc/61854727/SEJARAH-DAN-KEPENTINGANKOMSAS

18

You might also like