Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SJH3083 Nota tambahan

Jenis Sumber PdP

Bahan bercetak: Bahan cetak merupakan media pendidikan yang


paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak
sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif.
Contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks dan majalah.

Bahan elektronik: Bahan elektronik merujuk kepada media yang


menggunakan sumber elektrik seperti filem, radio, pita perakam
gambar bergerak, televisyen, mesin-mesin media, komputer, OHP
dan projektor.

Bahan maujud: Bahan maujud merupakan bahan konkrit atau bahan


sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga
adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam
keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan
maujud kota atau bangunan yang kekal.

Jenis bahan bercetak.


Buku teks: Buku teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan
asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran
atau bidang yang tertentu.

Nota rujukan: Nota rujukan ialah nota pendek yang digunakan


sebagai sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang
yang tertentu.

Carta: Carta ialah helaian yang memberikan maklumat dalam


bentuk graf, jadual atau gambar rajah

Kad aktiviti: Kad aktiviti ialah kad yang dibuat untuk menulis aktivitiaktiviti PdP yang digunakan dalam bilik darjah

Brosur: Risalah yang mengandungi pelbagai maklumat berkaitan


dengan bidang tertentu.

Buku skrap: Buku skrap sering kita kaitkan dengan aktiviti seni di
sekolah di mana pelbagai maklumat berkaitan dengan sesuatu
topik atau tema dikumpulkan sebagai sebuah album atau buku.

Persediaan yang perlu dibuat sebelum seseorang guru menggunakan


bahan bercetak.

Guru perlu memastikan kesesuaian dan kesediaan bilik darjah


sebelum penggunaan bahan bercetak

Guru perlu memastikan punca sumber tenaga di dalam bilik


darjah sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula

Guru perlu menggunakan kaedah pelabelan untuk setiap bahan


cetak yang akan digunakan

Guru perlu menguji kebolehgunaan semua bahan bercetak


sebelum ia digunakan di dalam bilik darjah

Lima medium bahan elektronik jenis Teknologi Maklumat dan Komunikasi


yang boleh digunakan untuk mengajar mata pelajaran Sejarah.

Power Point: Ia merupakan perisian aplikasi yang digunakan untuk


membina persembahan selaid. Anda boleh masukkan teks, grafik,
bunyi, kesan khas, carta, jadual, dan animasi.

Internet: Internet merupakan sebuah rangkaian komputer sajagat yang


memberikan dua perkhidmatan utama, ia itu, komunikasi dan capaian
maklumat.

Video: Video merupakan rangkaian gambar diputar dengan cepat.

Tele-Sidang: Ia merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif


yang membenarkan orang di dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui
penghantaran video dan audio dua-hala secara serentak.

Skype: Ia merupakan sebuah program yang membolehkan seseorang


untuk melakukan panggilan video apabila berhubung menggunakan
intenet

Kekuatan penggunaan bahan elektronik sebagai sumber pengajaran dan


pembelajaran Sejarah.

Bahan elektronik menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran


lebih menarik

Bahan elektronik mudah diubahsuai mengikut keperluan tajuk


yang diajar

Bahan elektronik bersifat interaktif yang boleh menungkatkan lagi


penglibatan dan motivasi murid-murid dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran

Bahan elektronik biasanya memuatkan maklumat terkini berkaitan


dengan sesuatu topik yang hendak diajar

Bahan elektronik bersifat mesra pengguna

Bahan elektronik amat fleksibel digunakan dalam bilik darjah

Persediaan yang perlu dibuat sebelum seseorang guru menggunakan bahan


maujud dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah.

Guru perlu mengenal pasti bahan maujud terlebih dahulu sebelum


ia diguna dalam bilik darjah

Guru perlu menilai kesesuaian bahan maujud dengan tajuk yang


hendak diajar

Jenis bahan maujud dengan memberi satu contoh pada setiap jenis.

Bahan peninggalan sejarah. Contohnya ialah Kota A Famosa di


Melaka.

Bahan budaya. Contohnya ialah alat muzik tradisional orang


Melayu.

Dokumen di arkib. Contohnya ialah manuskrip lama tentang


pemerintahan James Brooke.

Bahan arkeologi. Contohnya ialah Batu Bersurat di Terengganu

Kekuatan dan kelemahan penggunaan bahan bercetak dalam pengajaran dan


pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah
Kekuatan

Mudah didapati
Antara kelebihan bahan bercetak ialah bahan tersebut mudah didapati.
Sebagai contoh, guru boleh menggunakan bahan-bahan terpakai yang tidak
digunakan lagi seperti majalah, surat khabar serta buku-buku lama yang
sudah tidak diguna pakai. Melalui penggunaan bahan-bahan terpakai,
sebenarnya guru boleh menerapkan nilai berjimat cermat sepanjang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Hal ini kerana dunia kini

memperlihatkan kepincangan kekurangan sumber mentah seperti kepupusan


kayu balak bagi penghasilan buku.

Senang dibawa
Seterusnya, bahan bercetak juga senang dibawa kerana bahan jenis ini yang
ringan dan mudah disisipkan ke dalam fail. Contohnya, surat khabar dan
gambar yang boleh di bawa ke bilik darjah.

Murah
Bahan bercetak juga tidak memerlukan kos penyediaan serta perbelanjaan
yang tinggi. Guru boleh mendapatkan bahan daripada surat khabar yang
dilanggani pada setiap hari atau ketika pameran di sekolah.

Mudah diguna
Selain itu, penggunaan bahan bercetak tidak memerlukan seseorang guru
untuk berkemahiran dalam menggunakannya. Tidak seperti bahan bantu
mengajar yang lain seperti bahan multimedia interaktif yang memerlukan
kecekapan seorang guru dalam penghasilan bahan tersebut. Guru hanya
perlu bijak dalam mempelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dengan hanya menggunakan satu bahan bercetak
sahaja seperti peta. Peta daerah boleh digunakan dalam mengajar taburan
penduduk, bentuk muka bumi dan penghasilan karangan berpandu.

Mudah disimpan
Senang dirujuk
Kekal

Kelemahan

Tidak boleh disunting


Tidak terkini
Tidak interaktif
Tiada unsur audio

Mudah rosak
Tebal
Berat

Kelemahan-kelemahan bahan elektronik sebagai sumber pengajaran


dan pembelajaran Sejarah.

Kos yang tinggi

Salah satu kelemahan bahan elektronik sebagai sumber pengajaran dan


pembelajaran mata pelajaran Sejarah ialah kos untuk membeli bahan-bahan
elektronik seperti televisyen, komputer dan papan elektronik adalah amat
tnggi. Oleh itu, ia tidak dapat dibeli dalam kuantiti yang banyak. Ini
menyebabkan tidak semua guru dan murid berkesempatan menggunakannya
dalam bilik darjah.

Memerlukan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Penggunaan bahan elektronik seperti powerpoint, internet, video dan tele


sidang memerlukan kemahiran yang tinggi. Tidak semua guru mahir
menggunakannya. Oleh yang demikian, sebelum penggunaannya, seseorang
guru perlu menjalani latihan secara jangka pendek mahupun jangka panjang.

Kos penyelenggaraan yang tinggi

Bergantung kepada bekalan elektrik

Ancaman virus

Sukar diakses

Perisian terhad

Kekuatan dan kelemahan penggunaan bahan maujud dalam pengajaran


dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah.

Kekuatan

Menarik minat murid

Penggunaan bahan maujud dalam pengajaran dan pembelajaran mata


pelajaran Sejarah di Sekolah Rendah akan menarik minat murid untuk belajar.
Apabila murid-murid berminat dalam sesuatu pengajaran, mereka akan
menumpukan sepenuh perhatian kepada isi pelajaran yang disampaikan oleh

guru. Contohnya, apabila guru membawa peralatan tradisional seperti keris,


lembing dan perisai untuk mengajar tajuk yang berkaitan dengan peralatan
perang penduduk tempatan pada zaman dahulu.

Memudahkan guru membuat demonstrasi

Bahan maujud memudahkan guru membuat demonstrasi apabila mengajar


sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Sejarah. Contohnya, guru akan
menunjukkan pelbagai contoh pakaian tradisional semasa mengajar tajuk
yang berkaitan dengan pakaian tradisional kaum-kaum yang terdapat di
negara kita.

Murid mudah faham

Murid mudah mengingat

Kelemahan

Mengambil masa yang lama untuk disiapkan

Kos penyediaan yang agak tinggi

Guru banyak menggunakan kaedah penerangan di dalam bilik darjah

Tidak menggalakkan perbincangan secara berkumpulan

Pelajar lebih banyak bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu


tajuk yang diajar

Pengajaran kadang kala membosankan kerana tiada aktiviti yang


membolehkan penglibatkan aktif murid

You might also like