Kesatuan Eropah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Kesatuan Eropah

Kesatuan Eropah (EU) merupakan satu kesatuan antarabangsa yang dianggotai oleh kebanyakan
negara di Eropah. Pertubuhan pendahulunya, "Komuniti Ekonomi Eropah" diasaskan pada 1957
melalui Perjanjian Rom. Perjanjian Maastricht 1992 melihatkan banyak perubahan dalam pertubuhan
ini, terutamanya dalam hal ehwal kewangan dan politik dan juga pengenalan nama "Kesatuan
Eropah". Pada hari ini, EU mempunyai 27 negara ahli dan beberapa negara lagi yang sedang
memohon untuk memasukinya.
Jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar setiap negara ahli EU adalah terbanyak di dunia, iaitu 11.6
trilion euro (AS$15.7 trilion). EU mengamalkan satu pasaran tunggal melalui dasar perdagangan
umum, dan juga Dasar Pertanian/Perikanan Umum, dan Dasar Pembangunan Serantau. Mata
wang euro diperkenalkan pada 2004 dan digunakan oleh 13 negara ahlinya (dipanggil Eurozone).
Sejak 1993, EU juga mengamalkan Dasar Luar Negeri dan Keselamatan yang terhad, dan juga
kerjasama dalam hal ehwal polis dan kehakiman.
Institusi-institusi penting EU termasuk Suruhanjaya Eropah, Parlimen Eropah,Majlis Kesatuan
Eropah, Mahkamah Keadilan eropah dan juga Bank Pusat Eropah. Warga EU berhak melabur,
bermastautin, bergerak dan bekerja di negara ahli EU lain dengan bebas tanpa pasport dan
pemeriksaan kastam seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Schengen.

Sejarah dan Asal Usul


Usaha usaha untuk menyatukan negara negara di Eropah telah berlaku beberapa kali dalam sejarah
benua ini. Usaha ini bermula dengan Empayar Rom, Empayar Frankish Charlemagne,
sehinggalah Napoleon dan penaklukan Jerman dalam perang dunia II.
Kebanyakan usaha ini menggunakan kekerasan dan ketenteraan yang menyebabkan penyatuan
tersebut tidak kekal dan tidak stabil. Penyatuan pertama yang tidak melibatkan ketenteraan
diutarakan oleh Victor Hugo pada 1851. Berikutan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua,
dorongan untuk mewujudkan negara negara Eropah yang membangun dan bebas perang meningkat.
Sentimen ini akhirnya mewujudkan Komuniti Arang Batu dan Keluli Eropah pada 1951.
Kesatuan yang sebenar ditubuhkan pada 1957 melalui Perjanjian Rom dan kesatuan ini
dinamakan Komuniti Ekonomi Eropah (EEC). Kesatuan dimulakan pada 1 Januari 1958. Kesatuan
ini kemudiannya dinamakan Komuniti Eropah dan akhirnya Kesatuan Eropah. Kesatuan Eropah
telah berevolusi daripada sebuah badan perdagangan kepada persekutuan ekonomi dan politik

Negara anggota dan pembesaran


Sejak 1 Mei 2004, Kesatuan Eropah terdiri daripada 25 negara anggota. Kesatuan ini dimulakan oleh
6 buah negara iaitu:

Belgium

Perancis

Jerman Barat

Itali

Luxembourg

Belanda

Kemudian, kesatuan mengalami beberapa kali pembesaran bermula 1973 sehinggalah 2004 yang
menjadikan kesatuan ini terdiri daripada 25 buah negara.

Denmark, Ireland, dan United Kingdom (1973)

Greece (1981)

Portugal, Sepanyol (1986)

Jerman Timur (1990).

- Jerman Timur dan Barat bersatu menjadikan Jerman sebagai negara terbesar di Eropah dengan
kini 80 juta orang penduduk.

Austria, Finland, dan Sweden

Cyprus, Republik Czech, Estonia,


Hungary, Latvia, Lithuania, Malta, Poland, Slovakiadan Slovenia (2004)

Bulgaria, Romania (2007)

Greenland yang diberi hak pemerintahan kerajaan sendiri (home rule) oleh Denmark,
meninggalkan EU pada 1985.
Hubungan istimewa dengan Kesatuan Eropah
Rencana utama: Hubungan istimewa dengan Kesatuan Eropah
Banyak negara seperti Monaco dan Andorra mempunyai perjanjian khas dengan kesatuan ini
membolehkannya mengguna dan menghasilkan mata wang Euro.

Status quo Kawasan Luar Negara


Rencana utama: Kawasan negara anggota istimewa dan hubungan dengan EU
Beberapa kawasan yang terletak di luar benua Eropah diterima sebagai anggota EU
contohnya Pulau Canary, Isle of Man, dan sebagainya.
Ekonomi[sunting]
Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Eropah
Setakat ini (Mei 2004), Kesatuan Eropah merupakan blok ekonomi yang terbesar di
dunia dengan GDP sebanyak 9.613 x 10, berbanding Amerika Syarikat yang
mempunyai GDP paling besar untuk negara tunggal iaitu sebanyak AS$ 10.450 x 10
ataupun 8.78210. Pada 2004, Kesatuan Eropah mengalami pertumbuhan ekonomi
yang tepu dan kurang peluang pekerjaan.
Ekonomi EU dijangka akan meningkat dalam beberapa dekad yang akan datang
memandangkan lebih banyak negara akan menyertai kesatuan ini dan kebanyakan negara
tersebut mempunyai GDP yang jauh lebih rendah daripada purata EU. Oleh itu,
pertumbuhan GDP di negara negara ini dijangka akan menjadikan ekonomi EU terus
dinamik. Walaubagaimanapun, kesan daripada kemasukan nagara baru ini akan
menyebabkan GDP EU jatuh untuk tempoh masa yang singkat.
Jadual di bawah menunjukkan GNI per kapita dan GDP anggota EU pada tahun 2002.
Jadual ini boleh dijadikan piawai relatif tarat hidup antara negara anggota.
Dasar Utama
Apabila nama Komuniti Ekonomi Eropah berubah kepada Komuniti Eropah dan
(kemudiannya menjadi) Kesatuan Eropah, organisasi ini juga berubah daripada sebuah
kesatuan ekonomi kepada kesatuan politik. Perubahan ini dapat dilihat dengan
bertambahnya dasar dasar yang dipertanggungjawabkan kepada EU dan perpindahan
kuasa politik daripada negara anggota kepada EU.

Negara anggota Kesatuan Eropah


Negara anggota Kesatuah Eropah ialah sebuah negara yang telah menyertai perjanjianperjanjian Kesatuan Eropah (EU) sejak awal pembentukannya pada tahun 1951 melalui Masyarakat
Eropah bagi Besi dan Arang Batu (ECSC). Pada asalnya, pertubuhan ini mempunyai enam negara
anggota, yang menubuhkan Komuniti Ekonomi Eropahpada 1958, dan kemudian berkembang dalam
enam fasa, sehingga kali terakhir (pada 1 Julai 2013) ia menerima Croatia sebagai anggota terbaharu.
[1]
Ketika ini, EU dianggotai oleh 28 buah negara, 21 daripadaya republik dan tujuh lagi negara beraja
(dan Duci Besar).

You might also like