Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

TAJUK

Alkohol, Ester dan Amida.


TUJUAN
Untuk menyediakan sampel etanol dan menyiasat sifat-sifat kimia etanol.
TEORI
Etanol dikenali sebagai etil alkohol dan etanol asli ialah cecair jernih yang mudah
terbakar dengan takat didih 78

dan takat beku -114.5 . ketumpatan etanol ialah

789g/I iaitu kurang 20% daripada ketumpatan air. Etanol merupakan asid lemah dan boleh
membentuk ion etanoat. Etanol adalah alkohol rantai lurus, dan formula molekul ialah
CHOH. Formula empirik adalah CHO,CH-CH-OH, yang menunjukkan bahawa karbon
kumpulan metil (CH). Formula struktur bagi etanol adalah seperti berikut :

Sifat-sifat etanol adalah mudah terbakar dalam udara dengan nyalan biru untuk
menghasilkan karbon dioksida dan air, cecair tanpa warna dan mempunyai bau yang tajam.
Etanol boleh larut apabila bercampur dengan air untuk membentuk satu larutan homogen.
Etanol juga merupakan pelarut yang baik untuk membuat pewangi, cat dan tinktur. Selain itu,
etanol boleh digunakan sebagai pembasmi kuman (70% hingga 85% etanol). Larutan
tersebut boleh membunuh organisma dengan cara mengubah protein dan melarut lipid dan
menghalang bateria dan kulat. Namun, etanol tidak berkesan terhadap spora bakteria. Hal ini
telah menyebabkan etanol dapat disimpan untuk tempoh masa yang sangat lama.

1|SCE3033

Antara kegunaan etanol adalah boleh digunakan sebagai jenis alkohol yang terdapat
dalam minuman beralkohol, ia juga digunakan dalam termometer, sebagai pelarut, dan
sebagai bahan api. Malah, etanol digunakan sebagai bahan anti-beku dan mempunyai bau
vodka.
Etanol boleh dihasilkan melalui dua proses iaitu proses penghidratan etena dan
proses penapaian. Proses penghidratan etena menggunakan air dalam bentuk stim ditindak
balaskan dengan etena manakala asid fosforik (V) (H3PO4) digunakan sebagai mangkin
dalam proses ini dan dijalankan pada suhu 300

dan tekanan 65 atm. Proses

penapaian pula merupakan proses kimia yang menggunakan mikroorganisma seperti yis
bertindak ke atas karbohidrat untuk menghasilkan etanol dan karbon dioksida. Etanol
kemudiannya ditulenkan melalui tindak balas penyulingan berperingkat di mana pengasingan
dua sebatian yang mempunyai takat didih yang berlainan.

2|SCE3033

A. PENYEDIAAN ETANOL
PERNYATAAN MASALAH:
Bagaimanakah etanol disediakan di dalam makmal?
HIPOTESIS :
Etanol dihasilkan melalui penapain karbohidrat oleh yis
PEMBOLEH UBAH
DIMANIPULASI

: Jenis karbohidrat

BERGERAK BALAS : Penghasilan etanol


DIMALARKAN

: Jisim yis

BAHAN DAN RADAS


Glukosa
Ubi rebus, nenas, nasi, ubi kayu, pisang
Yis
Air kapur
Air suling
Kelalang kon penyumbat dengan salur penghantar
Termometer
Kondenser liebig
Kelalang penyulingan
Kaki retort dan pemegang
Kasa dawai
Penunu bunsen
Tungku kaki tiga
3|SCE3033

Salur getah
Turus penyulingan
PROSEDUR

1. Kira-kira 20g glukos dilarutkan dengan 150 cm3 air suling dalam kelalang kon.
2. Kira-kira 10g yis ditambahkan ke dalam campuran tadi dan goncang hingga sebati
dengan baik.
3. Kelalang kon ditutup dengan penyumbat getah dengan tiub penghantar yang
disambungkan dengan tabung didih yang mengandungi air kapur [Rajah 1 (a)].
4. Peralatan dibiarkan pada suhu bilik (35oC) selama 4-5 hari.
5. Apa-apa perubahan yang berlaku diperhatikan dari semasa ke semasa.
6. Kandungan kelalang kon ditapis selepas kira-kira 4-5 hari. Turasan dituang ke dalam
kelalang turasan penyuling.
7. Alat untuk penyulingan disediakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1(b).
8. Turasan dipanaskan dalam kukus air (water bath) dan hasil etanol yang mempunyai
takat didih pada 78 80oC dikumpulkan.
9. Warna dan bau sulingan yang dikumpulkan diperhatikan.
10. Langkah 1-9 diulangi dengan menggunakan kentang masak, nanas lenyek, nasi, ubi
kayu atau pisang lenyek untuk menggantikan glukosa.

4|SCE3033

Rajah 1 (a)
Rajah 1(a)

Rajah 1 (b)

KEPUTUSAN
i)

Pemerhatian proses penapaian

5|SCE3033

Perubahan dalam
kelalang kon

1) Ada buih-buih
terbentuk
2) terdapat mendakan
kuning

Perubahan dalam

Air kapur menjadi keruh

tabung didih

ii)

Pemerhatian hasil penyulingan berperingkat

Warna hasil sulingan

Tidak berwarna

Bau hasil sulingan

Berbau alkohol

B. MENYIASAT SIFAT KIMIA ETANOL


B-1 : MENYIASAT PEMBAKARAN ETANOL
PERNYATAAN MASALAH:
6|SCE3033

Hasil sulingan tidak berwarna


dan berbau alkohol

Adakah etanol boleh terbakar?


HIPOTESIS :
Etanol mudah terbakar.
BAHAN DAN RADAS:
Mangkuk pijar
Kayu api berbara
2 cm3 etanol
Kertas turas
Pengepit
Penunu bunsen
PROSEDUR :
1. 2cm etanol yang telah diperolehi daripada proses penyulingan di tuang ke dalam
mangkuk pijar.
2. Etanol diuji dengan kayu uji berbara.
3. Pemerhatian dilakukan ke atas nyalaan.

Rajah 2 : Pembakaran etanol


KEPUTUSAN

UJIAN
7|SCE3033

PEMERHATIAN

GAMBAR

Kemudahbakaran

Sangat mudah terbakar

Warna nyalaan

Biru

Kejelagaan

Tiada jelaga

B-2 : MENYIASAT PENGOKSIDAAN ETANOL


PERNYATAAN MASALAH:
Adakah etanol akan terdioksida?

8|SCE3033

HIPOTESIS :
Etanol boleh dioksidakan kepada asid etanoik.
BAHAN DAN RADAS:
Tabung didih
Penitis
Kaki retort dan pengapit
Bikar 500cm
Penunu Bunsen
Tungku kaki tiga
Penutup gabus yang dipasang dengan salur kaca
Silinder penyukat
10 cm larutan kalium dikromat(VI) KCrO
10 titis asid sulfirik pekat
3 cm etanol
PROSEDUR :
1. 10 cm larutan kalium dikromat(VI) KCrO dimasukkan ke dalam tabung didih.
2. 10 titis asid sulfirik pekat dititiskan ke dalam tabung didih dengan menggunakan
penitis.
3. 3 cm etanol dimasukkan ke dalam campuran larutan.
4. Susunan radas seperti dalam rajah 3 di bawah disediakan
5. Tabung didih yang mengandungi campuran larutan di didihkan sehingga larutan
mendidih. Perubahan warna bagi campuran tersebut dicatatkan.
6. Hasil sulingan dikumpulkan di dalam tabung uji dan direndamkan di dalam air sejuk.
7. Perubahan warna dan bau bagi hasil sulingan dicatatkan.
8. Hasil sulingan diuji dengan menggunakan kertas litmus biru yang lembap dan
perubahan warna bagi kertas litmus biru lembap direkodkan.

9|SCE3033

KEPUTUSAN

Sifat diuji

Pemerhatian

Warna

Berubah menjadi warna hijau pekat

Kesan ke atas

Kertas litmus biru bertukar menjadi

kertas litmus biru

warna merah

Bau

Berbau cuka

Gambar

SOALAN
1. Nama enzim yang hadir dalam yis yang menguraikan glukosa kepada etanol
Enzim zimase.
2. Tulis persamaan kimia seimbang untuk mewakili penguraian glukosa kepada
etanol.

10 | S C E 3 0 3 3

C HO(aq)

yis

2CHOH(aq) + 2CO(g)

3. Terangkan penggunaan penyulingan berperingkat dalam eksperimen ini.


Tujuan penyulingan berperingkat adalah untuk mengasingkan etanol, CHOH daripada
bercampur dengan glukosa CHOH dan air HO
4. Tulis persamaan kimia yang seimbang untuk mewakili pembakaran etanol
CHOH + 3 O

2 CO + 3HO

5. Adakah etanol boleh digunakan sebagai bahan api kenderaan? Jelaskan jawapan
anda.
Boleh, etanol membakar dalam oksigen berlebihan untuk membentuk karbon dioksida
dan air. Tindak balas ini merupakan tindak balas eksotermik dan membebaskan lebih
banyak haba. Malah, pembakaran yang lengkap dalam oksigen yang berlebihan
menunjukkan bahawa etanol merupakan suatu bahan api yang baik. Kemudian,
pembakaran etanol tidak menghasilkan jelaga, lebih bersih dan mengurangkan
pencemaran. Oleh itu, etanol adalah satu bahan api yang baik.
6. Apakah fungsi larutan kalium dikromat (VI) dalam eksperimen ini.
Sebagai agen pengoksidaan.
7. Tulis persamaan kimia yang seimbang untuk mewakili pengoksidaan etanol
C2H5OH + 2O

CH3COOH

+ H2O

PERBINCANGAN
Etanol boleh disediakan dalam makmal melalui penapaian. Yis telah digunakan dalam
proses penapaian untuk menukarkan karbohidrat kepada etanol dan gas karbon dioksida.
Hanya 10g yis digunakan kerana dengan penambahan yis akan menambahkabnn lagi
proses pembuakan yang berlaku. Malah, enzim zimase telah digunakan bagi memecahkan
molekul glukosa tanpa kehadiran gas oksigen. Yis akan bertindak baik di antara 15 dan
37 , namun suhu optimum ialah antara 18
11 | S C E 3 0 3 3

hingga 20 . Air kapur digunakan

kerana ia adalah penguji karbon dioksida. Langkah berjaga-jaga dilakukan dengan


memastikan bahawa hujung salur penghantar sentiasa direndam dalam air kapur.
Setelah dibiarkan seketika didapati gelembung-gelembung udara keluar daripada salur
kaca pada air kapur. Warna air kapur berubah dari jernih menjadi keruh. Ini menunjukkan
bahawa karbon dioksida telah dihasilkan akibat pengoksidaan yis dan glukosa. Seterusnya
radas disimpan selama beberapa hari untuk melengkapkan proses penapaian. Hasil
penapaian dihidu dan di dapati bau masam seperti cuka. Namun, terdapat ralat semasa
eksperimen ini dijalankan di mana hanya hasil penapaian pisang yang menujukkan air kapur
menjadi keruh, hal ini kerana kandungan glukosa dalam pisang adalah tinggi. Kemudian ralat
yang berlaku adalah disebabkan oleh suhu makmal yang tidak sesuai dengan tindak balas
yis. Kepekatan etanol yang terhasil melalui proses penapaian adalah lebih kurang 15%. Ini
kerana sel yis akan terbunuh pada kepekatan ini dan tindak balas akan terhenti.
Seterusnya hasil penapaian dituras menggunakan kertas turas dan corong turas.
Langkah berhati-hati dilakukan semasa menuang campuran larutan ke dalam corong turasan
dengan memastikan bahagian bawah yang ditinggalkan. Ini adalah untuk mengelakkan
proses turasan dan penyulingan mengambil masa yang lama untuk dijalankan. Kertas turas
hendaklah dilipat dengan sempurna sebanyak 8 kali lipatan untuk mendapatkan hasil yang
baik. Selain itu, hasil penapaian juga dituras dengan menggunakan kain kasa bagi
mempercepatkan proses turasan dan penyulingan.
Etanol tulen diasingkan dan ditulenkan daripada larutan yang terhasil melalui
penyulingan berperingkat. Penyulingan berperingkat melibatkan pengasingan dua sebatian
yang mempunyai takat didih yang berlainan. Radas kemudian dipasang dengan berhati-hati
kerana radas terdiri dari kaca yang mudah pecah. Salur getah dipasang dengan betul pada
condenser liebig iaitu bahagian bawah adalah saluran air masuk dan dibahagian atas adalah
laluan air keluar. Air di pasang berterusan sepanjang eksperimen dijalankan untuk
menyejukkan wap air dan mengelakkan wap air terbebas keluar dan mengurangkan hasil
etanol yang dikumpul. Kondenser digunakan adalah untuk menukarkan wap hasil peringkat
kepada

cecair. Air

yang

dialirkan

berterusan

akan

menyejukkan

condenser

dan

membolehkan proses kondensasi iaitu perubahan wap air kepada cecair. Cecair etanol yang
terkondensasi dikumpulkan sebagai hasil sulingan.
Termometer yang dipasang pada kelalang bulat adalah bertujuan untuk menyukat
suhu mengikut bacaan yang telah ditentukan pada 78C hingga 80C. Semasa memasang
termometer tersebut, langkah berhati-hati dibuat agar termometer tidak pecah dan
memastikan bahawa bebuli termometer berada betul-betul di bahagian mulut salur
kondenser. Ini adalah kerana wap air yang di hasilkan daripada pemanasan etanol betulbetul terkena pada bebuli termometer. Etanol mempunyai takat didih 78 manakala
12 | S C E 3 0 3 3

takat didih air 100 . Oleh itu, etanol mudah meruap akan mendidih terlebih dahulu dan
diasingkan daripada air. Hasil kutipan adalah etanol yang tulen adalah jernih dan tidak
berwarna. Baunya manis dan harum. Hasil etanol tulen seterusnya hendaklah segara di
tuang untuk ujikaji pembakaran etanol, kerana ia cepat terbakar dan meruap di dalam udara.
Pada

eksperimen seterusnya

adalah

mengkaji

pembakaran

etanol.

Etanol

membakar dalam oksigen yang berlebihan untuk membentuk karbon dioksida dan air.
Langkah berjaga-jaga perlu dilakukan

adalah hanya menggunakan etanol yang sedikit

kerana etanol mudah terbakar. Untuk mendapatkan hasil dan keputusan yang tepat, ujian
pembakaran sebaik-baiknya dilakukan pada tempat yang gelap dan bebas daripada angin.
Bagi menguji kejelagaan etanol, langkah berjaga-jaga juga dilakukan seperti memegang
kertas turas dengan pengepit dan tidak memegang mangkuk pijar dengan tangan.
Akhir sekali, etanol dioksidakan kepada asid etanoik dengan memanaskannya dengan
agen pengoksidaan seperti larutan kalium dikromat(VI) KCrO dan 10 titis asid sulfirik.
Larutan disukat dengan berhati-hati mengikut ukuran yang betul. Antara langkah berjagajaga adalah asid sulfurik pekat perlu dituang terlebih dahulu ke dalam bikar sebelum
dititiskan ke dalam campuran larutan etanol dan larutan kalium dikromat. Hal ini kerana
larutan

tersebut

sangat

berbahaya

apabila

terkena

anggota

badan

yang

boleh

mengakibatkan melecur. Radas disediakan untuk memanaskan campuran larutan. Larutan


dipanaskan dalam kukus air bagi mengelakkan pemanasan secara terus kerana larutan
tersebut sangat mudah terbakar. Larutan dibiarkan sehingga mendidih. Keputusan yang
diperolehi mendapapati warna larutan berubah daripada perang/jingga kepada warna kuning
kehijauan. Baunya juga wangi, manis dan harum.
KESIMPULAN
Hipotesis diterima. Etanol adalah cecair yang mempunyai bau yang tajam. Etanol mudah
terbakar dengan nyalaan biru dan mudah meruap.

13 | S C E 3 0 3 3

You might also like