Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

ESEI

SOALAN :
Berdasarkan penglibatan murid dalam persembahan boneka secara berkumpulan di
dalam bilik darjah, terangkan bagaimana aktiviti ini dapat membantu murid-murid
untuk membuat penerokaan, memperolehi pengalaman dan membuat ekspresi hasil
daripada aktiviti yang dijalankan dengan berkesan.

1.1

PENGENALAN

Boneka merupakan salah satu permainan tertua di dunia kerana permainan ini telah menjadi
salah satu alat hiburan dalam kalangan orang kebanyakan sejak zaman ketamadunan
Yunani, Romawi dan Mesir lagi. Perkataan boneka berasal daripada bahasa Portugis
Boneca yang membawa maksud hidup. Definisi Boneka menurut kamus Pelajar, boneka
bermaksud barang permainan yang menyerupai orang atau patung orang. Orang yang
dianggap sebagai alat atau barang permainan. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4
pula, boneka ialah anak patung anak-anakan yang digerakkan dengan tali atau dengan
memasukkan tangan kedalam dan menggerakkannya
Secara ringkasnya, boneka dapat didefinisikan sebagai sesuatu objek atau benda bukan
hidup yang dilakukan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan bagi
menyampaikan mesej.

Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998), boneka diertikan sebagai objek
atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip bebas yang disesuaikan dengan jalan
yang diceritakan. Jamlah Ahmad (1999) pula menakrifkan boneka sebagai objek yang terdiri
daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk orang, haiwan, tumbuh-tumbuhan
dan sebagainya yang digeraklakonkan oleh pemainnya dengan menggunakan dialog atau
mitos mengikut sesuatu watak cerita

Konsep boneka amat mudah difahami kerana setiap objek boleh dijadikan sebagai boneka
selagi objek itu digerakkan oleh pemain. Pemain berperanan untuk menghidupkan watak
boneka itu untuk menyampaikan mesej secara lisan dan pergerakan tubuh. Boneka boleh

terdiri

daripada

haiwan,

bunga,

atau

sebarang

objek

untuk

dianimasikan

dan

dimanipulasikan oleh pemain dalam persembahan mereka.

1.2

JENIS BONEKA

Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang telah direka oleh manusia. Dari segi binaan
pula, boneka boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu mudah dan ringkas, sederhana
dan rumit
Jamilah Ahmad (1999) menyenaraikan lapan jenis boneka yang sesuai digunakan guru
semasa proses pengajaran. Walau bagaimanapun, jenis boneka ini boleh dibahagi
berdasarkan cara menyedia dan menggunakannya. Antaranya ialah:

a. Boneka Sarung Tangan


Boneka sarung tangan ataupun dikenali juga dengan nama Glove biasanya terdiri
daripada bahagian kepala dan badan sahaja. Ia juga dikawal sepenuhnya oleh
tangan yang mendiami bahagian dalam boneka berkenaan.
b. Boneka Jari
Boneka jenis ini dikendalikan dengan menggunakan jari-jari tangan penggunanya
sahaja. Berbanding dengan boneka sarung tangan, boneka jari lebih kecil saiznya
dan bahagian yang boleh digerakkan hanya terhad kepada bahagian kepala dan
tangannya sahaja.
Boneka ini juga mudah dikendalikan, dimana ianya hanya menggunakan beberapa
jari sahaja bagi menggerakkannya. Namun begitu boneka ini mempunyai
kelemahannya juga iaitu pengerakannya amat terhad.
c. Boneka Lidi/Tongkat
Boneka ini dipanggil sebagai boneka lidi ataupun boneka tongkat kerana ianya
dimainkan dengan cara menggunakan lidi ataupun boleh diganti dengan tongkat.
Boneka ini juga diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal iaitu lidi, rotan, buluh
atau tongkat seperti kayu. Selain itu reka bentuknya lengkap dan mempunyai
pemegang seperti kayu, rotan ataupun buluh. Pemegang-pemegang inilah dipanggil
tongkat ataupun lidi oleh penggunanya ataupun si pemain.
Kemudian lidi/tongkat panjang diletakkan pada boneka termasuk pada anggotaanggota tertentu dimana ianya akan digunakan untuk menggerakkan boneka.
2

Boneka ini juga boleh dimainkan dengan cara menjulang boneka pada lidi utama,
manakala lidi-lidi yang lain pula digoyangkan bagi menggerakkan anggota boneka
tersebut. Dengan itu, boneka ini dikatakan meniru konsep wayang kulit tetapi
berbentuk tiga dimensi.

d. Boneka Bertali
Boneka bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti paper
mache, plaster-of-paris atau kayu. Kemudiannya tali-tali halus disambungkan kepada
bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa boneka tersebut
digunakan tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut
bergerak.
Ini bermakna boneka ini dikawal oleh sejumlah tali yang diikat pada kayu dan dikawal
oleh sepenuhnya oleh penggunanya. Kayu kawalan terdiri daripada sebatang kayu
melintang atau tegak. Asas operasinya memerlukan tangan untuk mengawal kayukayu dan tali berkenaan. Bentuk boneka jenis ini memerlukan sedikit kemahiran
untuk mengawal pergerakan tali kerana ianya agak kompleks dan sukar untuk
dikendalikan.
Apa yang membezakan boneka tali dengan boneka lain adalah bahagian kepala,
tangan dan kaki boneka tali dapat digerak-gerakkan menurut kehendak kita atau
pemainnya. Untuk memainkan boneka tali memerlukan latihan-latihan yang teratur
kerana memainkan boneka ini memerlukan penampilan yang lebih sulit berbanding
dengan boenak-boneka yang lain.
e. Boneka Wayang Kulit
Di Indonesia wayang kulit dikenali sebagai Boneka bayang-bayang (Shadow
Puppet). Disana boneka jenis ini dimainkan dengan mempertontonkan gerak
bayang-bayang yang timbul daripada boneka tersebut. Di Indonesia khususnya di
Jawa dikenali sebagai Wayang Kulit.
Berbeza pula dengan Malaysia boneka ini dipanggil sebagai wayang kulit amat
terkenal dan dimainkan dalam satu bentuk teater tradisional yang menggunakan
prinsip cahaya dan bayang-bayang. Bayang-bayang ini terhasil daripada patungpatung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan
oleh seorang Tok Dalang (pemain). Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh
satu kumpulan muzik paluan atau gemelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat
bertali (rebab).

Terdapat empat jenis wayang di Semenanjung Malaysia iaitu Wayang Kelantan


(disampaikan dalab bahasa Melayu loghat Kelantan juga berasas pengaruh Patani),
Wayang Melayu (disampaikan dalam bahasa Melayu yang dipengaruhi Jawa),
Wayang Purwo (disampaikan dalam bahasa Jawa dan diselit dengan bahasa Melayu
Tempatan) dan juga Wayang Gedek (yang disampaikan dalam bahasa Thai dan
bahasa Melayu loghat tempatan).

f.

Boneka Peralatan Sebenar


Boneka jenis ini diperbuat menggunakan peralatan sebenarnya seperti teko, cawan,
sudu, garfu, senduk, sudip dan sebagainya. Biasanya peralatan ini tidak digunakan
lagi kerara reka bentuknya telah ketinggalan zaman, terdapat kerosakan yang kecil
(tidak berapa kelihatan) ataupun warnanya sudah pudar dek dimamah usia.
Untuk keselamatan, elakkan dari menggunakan peralatan yang rosak teruk seperti
pecah uang tajam dan sebagainya. Alat-alat yang hendak digunakan ini
kemudiannya dihias dengan sapuan cat minyak dan tali terpakai untuk menampilkan
raut wajah yang dikehendaki watak yang sesuai.
Untuk menghasilkan reka bentuk yang mudah, guru boleh melukis mata, hidung dan
mulut menggunakan Marker Pen High Perfomance agar tahan lama dan tidak mudah
hilang. Boneka jenis ini amat mudah untuk dikendalikan oleh murid dan sesuai
digunakan oleh murid-murid yang lemah dan terhad pergerakannya. Ini kerana
boneka ini tidak memerlukan terlalu banyak pergerakan.

g. Boneka Penuh
Boneka ini dipanggil sedemikian kerana ia lengkap dengan anggota tubuh badannya
iaitu daripada bahagian kelapa sehingga kepada bahagian kaki atau ekornya.
Mempunya bentuk tiga dimensi yang boleh digantung menggunakan benang yang
dilekatkan di atas tapak yang sederhana saiznya.
Boneka jenis ini juga diperbuat daripada jahitan kain yang dimasukkan kapas atau
kekabu supaya menyerupai bentuk haiwan sebenar. Murid-murid boleh merasa
bentuk boneka tersebut menggunakan tangan kerana binaannya hampir-hampir
menyerupai hidupan sebenar. Ini dapat dilihat melalui matanya yang diperbuat
daripada butang baju atau mata tiruan yang ada dijual dikedai-kedai terpilih.
h. Boneka Topeng Muka
Topeng muka diperbuat menggunakan teknik tampalan kertas surat khabar lama
pada belon yang kemudiannya dipotong kepada dua bahagian. Kerja-kerja

menampal kertas putih menggunakan gam dimana ianya perlu dilakukan dengan
cermat supaya cebisan kertas surat khabar lama tidak tertanggal.
Pelbagai corak, warna dan bentuk topeng boleh dihasilkan berdasarkan tujuan
penggunaannya. Penggunaan manik, benang bulu dan bola ping pong sebagai
sebahagian aksesori tambahan bagi menghasilkan bentuk topeng muka yang lebih
menarik.

1.3

PELAKSANAAN PERSEMBAHAN BONEKA

1.3.1 Melaksanakan Simulasi Boneka


Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan
sebenar yang memerlukan murid-murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan
masing-masing. Justeru penggunaan pentas boneka yang sesuai akan memberikan kesan
yang mendalam kepada murid-murid yang terlibat.
Selain itu keberkesanan sesuatu persembahan rapat dengan bentuk pentas dalam
sesebuah persembahan. Kesesuaian gambar dan warna yang terang dikir dan kanan
pentas dapat menarik minat murid-murid untuk terus menonton persembahan boneka
berkenaan hingga ke akhir cerita.
1.3.2 Jenis-jenis Pentas
Walaubagaimanapun, reka bentuk pentas adalah mengikut fungsi, tujuan dan sasaran
persembahan berkenaan. Penggunaan muzik dan kesan bunyi juga akan membantu
mewujudkan suasana persembahan yang berkesan.

Terdapat lapan jenis pentas boneka yang sesuai untuk pengajaran pembelajaran di dalam
bilik darjah (Jamilah Ahmad, 1999), iaitu:

a. Pentas Kerusi

Susun beberapa buah kerusi untuk dijadikan asas pentas. Seterusnya gunakan dua
atau empat batang penyapu untuk dijadikan tiang utama. Kemudian rentang sehelai
kain hitam untuk dijadikan tirai. Pemain boneka pula boleh duduk atau berdiri
dibelakang kain tirai berkenaan semasa menggeraklakonkan boneka berkenaan.
b. Pentas Rentang
Pentas Rentang
Pentas ini amat mudah dikendalikan. Guru hanya perlu merentang sehelai tirai hitma
yang diikat pada dinding ke dinding. Seterusnya guru boleh menggunakan dawai
untuk meregangkan tirai berkenaan dan mengikatnya kebahagian tepi dinding
apabila tidak mahu digunakan. Untuk memudah-kan lagi pengurusan, guru juga
boleh membina pentas rentang yang tetap yang disesuaikan dengan situasi dan
boleh dilipat bagi memudahkan penggunaannya.
c. Pentas Tingkap
Kebiasaannya pentas ini dikategorikan sebagai pentas sementara. Tingkap terbuka
yang tanpa cermin boleh digunakan sebagai pentas. Namun begitu, untuk
menggunakan pentas ini guru perlu bijak mengawal kelas (bilik darjah). Apabila kelas
berada dalam keadaan terkawal, guru perlu duduk diluar berhampiran tingkap dan
memainkan peranannya. Manakala murid-murid menonoton didalam bilik darjah apa
yang dilakukan oleh guru merekas Tingkap
d. Pentas Pintu
e. Pentas Meja
f. Pentas Berlipat
Pentas ini mudah disimpan kerana dikedua-dua belah dindingnya boleh dilipat setelah
selesai menggunakannya. Selain kayu, guru juga boleh menggunakan bahan terbuang
seperti kotak besar. Namun untuk kelihatan menarik, kotak besar tersebut boleh dilukis
flora dan fauna dengan menggunakan cat minyak supaya lukisan tersebut kelihatan
hidup.
g. Boneka Tanpa Pentas
Boneka tanpa pentas bermaksud dimainkan secara lansung terus kearah penonton
tanpa menggunakan apa-apa peralatan untuk menyiapkan pentas. Persembahan
ataupun aktiviti yang sesuai ialah aktiviti lisan yang dilakukan secara berpasangan
ataupun beramai-ramai.

h. Teknik Overhead Projektor (O


6

Overhead Projektor boleh digunakan untuk menggantikan teknik wayang kulit. Cara
penggunaannya dengan meletakkan objek dan mennggerakkannya diatas cermin
lutsinar. Kemudiannya OHP dipancar kearah dinding atau kain layar ataupun skrin
putih.

Cara perlaksanaan teknik boneka ini berbeza-beza mengikut jenis boneka yang dimainkan.
Boneka jari dimainkan dengan diletakkan pada hujung jari dan diperbuat daripada sarung
tangan berbentuk kepala boneka. Boneka jari dimainkan dengan menggerak-gerakkan jari
tersebut. Bagi boneka tangan pula, boneka ini dimainkan dengan tangan. Boneka ini terdiri
daripada kepala dan dua tangan, manakala bahagian badan dan kakinya hanya merupakan
baju yang akan menutup tangan dan lengan orang yang memainkannya. Cara
memainkannya adalah dengan menggerakkan kepala boneka tangan dengan menggunakan
jari, manakala ibu jari dan jari kelinking menggerakkan tangan boneka itu. Selain itu,
terdapat boneka tongkat. Boneka ini dinamakan sebagai boneka tongkat kerana cara
memainkannya adalah dengan menggunakan tongkat. Bagi boneka tali pula, boneka ini
atau yang dikenali sebagai Marionet banyak dipakai di negara Barat. Boneka tali diperbuat
daripada anak patung biasa yang dipakaikan tali pada anggota badannya seperti kepala,
kaki dan tangannya. Cara menggerakkannya ialah dengan menggerakkkan tali-tali tersebut
dimana orang yang memainkannya perlu berada di atas dan boneka tersebut dibawah.
Perlaksanaan permainan boneka tali agak rumit dan memerlukan kemahiran daripada orang
yang

sudah

mahir.

Selain

itu,

boneka

bayang-bayang

pula

dimainkan

dengan

mempertontonkan gerak bayang-bayang boneka tersebut. Boneka itu juga dikenali sebagai
wayang kulit. Wayang kulit sering dimainkan di beberapa buah negara di kawasan Asia
Tenggara seperti Terengganu dan Kelantan di Malaysia serta Jawa di Indonesia.
Perlaksanaan boneka bayang-bayang atau wayang kulit memerlukan ruangan yang gelap
dan tertutup untuk membuat bayang-bayang.

Boneka tanpa pentas bermaksud dimainkan secara lansung terus kearah penonton tanpa
menggunakan apa-apa peralatan untuk menyiapkan pentas. Persembahan ataupun aktiviti
yang sesuai ialah aktiviti lisan yang dilakukan secara berpasangan ataupun beramai-ramai.

1.4

CIRI-CIRI MEMILIH BONEKA

Bagi memastikan rancangan pengajaran berjalan dengan lancar serta pembelajaran berjaya
disampaikan kepada murid secara terus, guru perlulah bijak memilih boneka yang sesuai.
Pertamanya guru perlulah memilih boneka yang menepati dengan tema pengajaran pada
hari tersebut serta bersesuaian dengan jalan cerita yang akan disampaikan supaya murid
tidak terkeliru menerima maklumat.
Selain itu guru perlulah memilih boneka yang mampu menarik perhatian kanak-kanak
misalnya boneka yang berwarni-warni atau kelihatan lucu dimata kanak-kanak. Guru juga
boleh memilih boneka yang mampu mengeluarkan bunyi-bunyian. Kanak-kanak lebih
cenderung kepada bunyi dan pastinya mereka menggemari boneka tersebut. Sekiranya
boneka itu menarik, pastinya kanak-kanak akan lebih fokus dan mampu menumpukan
perhatian dalam masa yang lama.
Guru juga perlulah memilih boneka yang sesuai dengan tahap umur kanak-kanak dan
selamat digunakan. Selamat digunakan perlulah dilihat dalam segenap segi iaitu bahanbahan atau peralatan yang digunakan tidak merbahaya kepada kanak-kanak. Ini kerana
kanak-kanak gemar memasukkan sesuatu kedalam mulut mereka dan pastinya nyawa
kanak-kanak akan terancam sekiranya boneka diperbuat daripada bahan kimia. Justeru itu
guru perlu memastikan atau mengambil tahu daripada apa boneka tersebut dihasilkan.
Jangan main beli sahaja, sebelum membelinya daripada kedai guru perlu membuat
reseach ataupun sedikit kajian daripada bahan ilmiah atau internet.
Malahan, guru perlulah memilih boneka yang bukan untuk permainan sahaja sebaliknya
boleh meransang perkembangan kanak-kanak serta mampu memberikan tindak balas
daripada kanak-kanak. Pastinya sesi pembelajaran akan menjadi bertambah menarik dan
menyeronokkan sekiranya berlaku proses dua hala terutama sekali murid-murid.

1.5

PRINSIP- PRINSIP PENGGUNAAN BONEKA

Selain daripada pemilihan boneka guru juga perlu menitikberatkan prinsip-prinsip


penggunaan boneka. Sebelum sesi persembahan boneka guru perlulah memastikan;
a. Persekitaran

Persekitaran tempat pertujukan boneka perlulah luas dan lapang. Seeloknya


dihamparkan sebidang permaidani bagi membolehkan kanak-kanak duduk dengan
selesa sambil menghadap pentas boneka.
b. Susun Atur
Boneka hendaklah disusun di sudut perkembangan bahasa atau disudut komponen
kreativiti dan estetika. Manakala susun atur tempat persembahan pula perlulah
lapang tanpa ada sebarang gangguan yang boleh mengganggu perjalanan
persembahan tersebut. Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita yang hendak
disampaikan.
c. Skrip
Skrip Pengajaran menggunakan pendekatan boneka, guru mempunyai dua pilihan
untuk digunakan. Pertama, guru perlu memilih untuk bercerita terlebih dahulu
dengan mencipta skrip serta membina boneka berdasarkan watak-watak dalam
cerita tersebut. Cara yang kedua pula memberi lebih kebebasan kepada guru
disamping menggalakkan daya kreativiti pendengaran dan komunikasi murid-murid.
Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, guru perlu menulis dalam bentuk
skrip berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya.
Dialog skrip pula tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah
disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. Skrip cerita hanyalah dijadikan
sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubah suai semasa guru menyampaikan
cerita.
d. Teknik Penyampaian
Terdapat beberapa teknik penyampaian menggunakan boneka. Salah satu daripada
teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah dengan menggerak lakonkan boneka
dengan berdialog secara selari duduk didepan kanak-kanak tanpa menggunakan
pentas.

Guru

juga

boleh

mendapatkan

khidmat

pembantu

dalam

menggeraklakonkan boneka.
Selain itu guru juga boleh menggunakan teknik penyampaian menyesuaikan dengan
pentas boneka. Semasa bercerita, guru perlu bijak menyesuaikan gerak lakon
boneka dengan dialog seolah-olah boneka berkomunikasi dengan kanak-kanak.
Malahan kedudukan boneka dipentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas,
jarak serta pertukaran masa dan waktu. Kesan muzik latar boleh digunakan untuk
menjadikan cerita lebih menarik.
Di samping itu juga, guru perlulah berlatih teknik menggerakkan lakonan boneka
berulang kali sebelum melakukan persemabahan supaya dialog yang dituturkan
selaras dengan gerak laku boneka. Manakala variasi suara perlu disesuaikan
dengan boneka yang akan digunakan. Penggunaan pentas akan membantu
kebersanan penyampaian sesebuah cerita. Walau bagaimanapun guru boleh
menggunakan boneka tanpa pentas. Kedudukan pentas boleh disesuaikan dimanamana sudut.
9

1.5

FUNGSI BONEKA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Fungsi boneka-boneka ini ialah untuk menyatakan ekspresi, informasi, eksplorasi, persuasi
dan melayan. Guru-guru yang mahu menukar suasana pengajaran dan pembelajaran boleh
menggunakan kaedah teknik boneka untuk menarik perhatian murid. Boneka yang terdiri
daripada banyak saiz ini juga mudah dibawa ke mana-mana dan mudah dihasilkan.

Di

samping

itu,

boneka

mempunyai

beberapa

kelebihan

kerana

boneka

boleh

menyampaikan mesej dengan efektif. Di sebalik teknik boneka yang menggunakan kaedah
penceritaan ini, pelbagai mesej positif dan nilai murni dapat diselitkan dalam persembahan
tersebut. Guru perlu kreatif dalam merangka perjalanan cerita yang bukan sahaja menarik
dan menghiburkan malah mengandungi beraneka nilai murni.

Selain itu, teknik boneka memberi pendedahan kemahiran berkomunikasi kepada kanakkanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah komunikasi seperti kanak-kanak autisme
sepatutnya diberi teknik mengajar dengan menggunakan boneka. Mereka akan tertarik
dengan penceritaan menggunakan boneka. Hal ini secara tidak langsung dapat memulihkan
masalah komunikasi mereka sedikit demi sedikit. Kanak-kanak juga dapat menambah
perbendaharaan kata mereka. Tambahan pula, teknik boneka juga dapat mencipta dan
merangsang daya imaginasi murid. Bermain sambil belajar juga merupakan salah satu
aktiviti yang terdapat dalam tunjang Kurikulum standard Sekolah Rendah iaitu Didik Hibur.

Munurut Fauziah Md. Jaafar, aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah
bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan
melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Hal ini membuktikan bahawa kanakkanak perlu didedahkan dengan teknik boneka supaya murid dapat belajar sesuai dengan
keperluan mereka. Hal ini membuktikan bahawa teknik boneka amat berkesan untuk
pembelajaran kanak-kanak.

Pengajaran dan pembelajaran banyak memberikan pengalaman baru kepada guru-guru dan
juga murid-murid yang terlibat. Menurut Hussain dan Siti Hajar (1998) telah menyenaraikan
10

beberapa tujuan dan juga kebaikan penggunaan boneka dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Tujuan penggunaan boneka adalah murid-murid dapat mempelajari bahasa dalam suasana
yang menarik dan berkesan. Selain itu dengan menggunakan boneka guru dapat memberi
pengalaman sebenar boneka kepada murid, dengan itu murid dapat mengguna dan
memperkukuh kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Melalui pengalaman
ini murid dapat belajar dengan gembira.

Malahan melalui pendekatan boneka, guru berupaya mempercepatkan dan memudahkan


pemahaman pembelajaran murid terhadap sesuatu cerita, peristiwa, atau isi pelajaran yang
disampaikan. Pendekatan ini juga mampu memupuk daya kreativiti murid-murid untuk
menghasikan sesuatu ciptaan karya seni yang menarik dan kreatif. Malah, pendekan ini
mampu menarik murid untuk melibatkan diri secara aktif didalam bilik darjah.

Bukan itu sahaja, pendekatan ini membantu murid-murid membina keyakinan diri. Melalui
penggunaan dialog secara spontan atau dengan dengan skrip yang disebutkan dihadapan
rakan-rakan lain, secara tidak lansung akan memberikan murid keberanian kepada murid
untuk berkomunikasi di lain hari.

Di samping itu juga, faedah daripada penggunaan boneka yang pelbagai bentuk, warna dan
bentuk boleh menarik minat murid-murid untuk belajar. Tambahan pula watak yang sedang
dilakonkan oleh guru serta ditonton oleh kanak-kanak itu mempunyai pengalaman manis
dalam hidup mereka.

Penggunaan boneka juga memberikan peluang kepada murid-murid belajar sambil bermain
tanpa disedari oleh mereka. Cara ini pastinya akan memberikan kesan yang amat berkesan
dalam proses pembelajaran murid-murid yang terlibat. Malahan, semasa persembahan juga
murid-murid berpeluang membaca, menghafal dan menggunakan pelbagai dialog.

Manakala, selepas persembahan pula, mereka digalakkan berbincang dan bersoal jawab
tentang cerita tersebut bersama-sama rakan didalam bilik darjah. Secara tidak lansung,
11

murid-murid yang terlibat akan menggunakan pelbagai kemahiran bahasa secara serentak
tanpa mereka menyedarinya. Jika lagu digunakan semasa simulasi, maka mata pelajaran
muzik juga berjaya diserapkan.

Selain itu, melalui penggunaan boneka juga akan memupuk daya kreativiti kanak-kanak.
Aspek ini boleh diaplikasikan menerusi aktiviti menghasilkan dialog, menulis, membuat dan
mereka cipta boneka, mengadakan kesan bunyi, teknik menggerakkan boneka dan
sebagainya. Dengan itu penggunaan berjaya meningkatkan minat dan motivasi murid-murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah.

1.6

KESIMPULAN

Kesimpulannya, perlaksanaan teknik boneka dalam pengajaran dan pembelajaran amat


relevan. Teknik ini wajar dipraktiskan oleh guru untuk memastikan pembelajaran kanakkanak dapat dijalankan selari dengan perkembangan mereka.
Secara menyeluruh saya dapat melihat penggunaan boneka banyak mendatangkan kesan
positif kepada perkembangan bahasa kanak-kanak.
Guru juga boleh menggunakan boneka sama ada semasa set induksi ataupun sesi
pengajaran. Semasa sesi pengajaran murid-murid akan meluahkan pendapat dan idea
masing-masing, secara tidak lansung akan membantu perkembangan komunikasi kanakkanak. Dengan itu perkembangan bahasa kanak-kanak akan bertambah baik.

BIBLIOGRAFI

URL
http://teachersyafa.blogspot.com/2013/09/konsep-boneka-dalam-pengajaran-dan.html

12

13

You might also like