Basic Concepts of Information Technology (CBCT2203)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

FACULTY OF SCIENCE & TECHNOLOGY (FST)

CBCT 2203
BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGY
SEMESTER
JANUARY 2015
ASSIGNMENT

NAMA:
NO IC:
NO TEL:
EMAIL:

AHMAD MIRZA RUSYAIDI BIN MOHD RAFI


930930-11-5375
010-9184212
mirzacr@icloud.com

NO MATRIK
LEARNING CENTRE

930930115375-01
Syah Alam Learning Center
SEMESTER: 2

KANDUNGAN

Pengenalan

Jenis-jenis Storan Sekunder


Storan Sekunder Di Dalam
Perniagaan
Storan Sekunder Pilihan Untuk
Perniagaan Kecil Dan Sederhana
Kesimpulan

PENGENALAN

Teknologi maklumat merupakan satu industri yang telah dibangunkan oleh mantan
Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad dengan terbinanya Multimedia
Super Corridor (MSC) kini telah menunjukkan kesan-kesan yang memberansangkan dengan
pencapaian kemajuan yang tinggi serta telah membuktikan mampu mengatasi sistem
penggunaan yang telah dipraktik sejak dahulu bagi membangunkan sesuatu industri untuk
mencapai objektif perniagaan dari segi keperluan pengurusan mahupun perniagaan tersebut.

Kemajuan dalam sistem teknologi maklumat dan komunikasi telah membolehkan


pelbagai data-data rekod di dalam suatu perniagaan dalam disimpan dalam bentuk yang
mampu memudahkan pengguna bagi mencapai suatu kemajuan didalam perniagaan.
Teknologi maklumat ini juga mampu membantu pembangunan industri dari segi pentadbiran
dan pengurusan dan pada masa yang sama dapat memaksimakan output pengeluaran sesuatu
industri.

KAJIAN KES

Definisi Perniagaan Bersaiz Kecil Dan Sederhana


Pada 1 Januari 2014, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji
Abdul Razak telah merasmikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi membantu
transformasi negara menjadi negara berpendapatan tinggi melalui inisiatif-inisiatif di bawah
Pelan Induk PKS. Hasil daripada perubahan ini, peratusan bilangan PKS daripada jumlah
keseluruhan perniagaan di negara ini dijangka akan meningkat dari 97.3% pada masa ini ke
98.5%.

Perusahaan perniagaan bersaiz kecil mengikut definisi mengikut dari segi pembuatan
adalah perusahaan yang mempunyai hasil jualan tahunan sebanyak dari RM 300, 000 hingga
kurang daripada RM 15 juta secara keseluruhannya. Selain itu perniagaan bersaiz kecil bagi
pembuatan ini juga merupakan perniagaan yang mempunyai pekerja seramai dari 5 hingga
kurang daripada 75 pekerja. Mengikut dari segi perkhidmatan dan sektor lain pula adalah
perusahaan yang mempunyai hasil jualan tahunan sebanyak dari RM 300, 000 hingga kurang
daripada RM 3 juta secara keseluruhannya. Selain itu perniagaan bersaiz kecil bagi
perkhidmatan dan sektor lain ini juga merupakan perniagaan yang mempunyai pekerja
seramai dari 5 hingga kurang daripada 30 pekerja.

Manakala jika dibandingkan dengan perusahaan perniagaan bersaiz sederhana pula,


definisi mengikut dari segi pembuatan adalah perusahaan yang mempunyai hasil jualan
tahunan sebanyak dari RM 15 juta hingga kurang daripada RM 50 juta secara
keseluruhannya. Selain itu perniagaan bersaiz sederhana bagi pembuatan ini juga merupakan
perniagaan yang mempunyai pekerja seramai dari 75 hingga kurang daripada 200 pekerja.
Mengikut dari segi perkhidmatan dan sektor lain pula adalah perusahaan yang mempunyai
hasil jualan tahunan sebanyak dari RM 3 juta hingga kurang daripada RM 20 juta secara
keseluruhannya. Selain itu perniagaan bersaiz sederhana bagi perkhidmatan dan sektor lain
ini juga merupakan perniagaan yang mempunyai pekerja seramai dari 30 hingga kurang
daripada 75 pekerja.

Definisi Storan Sekunder

Peranti pada komputer yang mampu menyimpan maklumat di dalam kuantiti yang
besar. Ianya disebut mengikut ukuran Kilobait (KB), Mega Bytes (MB) atau Giga Bytes (GB)
Ia dicapai melalui Main Memory atau Primary Storage dan melalui Auxiliary Storage '
atau Secondary Storage. Cakera keras (Hard Disc), cakera liut (Floppy Disc), cakera padat
(Compact Disc) dan Pita Magnetik (Magnetic Tape Storage) adalah contoh storan sekunder
(Secondary Storage). Peranti ini ternyata lebih sedikit ruang yang digunakan dan lebih mudah
untuk dikendalikan jika dibandingkan dengan kerja-kerja yang dibuat diatas kertas yang
memakan ruang yang banyak dan perlu disusun dengan banyak fail-fail yang memakan
banyak ruangan di dalam tempat ruangan kerja.

Permasaalahan
Pada ketika dahulu setiap dokumen rasmi syarikat akan disimpan di dalam bentuk
tulisan di atas kertas. Banyak risiko yang telah dihadapi pengguna-pengguna pada era
terdahulu seperti kesukaran untuk mencari suatu dokumen didalam fail yang banyak. Selain
itu bahan ini juga merupakan bahan yang mudah rosak dan lupus di dalam satu jangka masa
yang panjang. Contohnya seperti jika terdapat bencana seperti kebakaran atau banjir di segala
dokumen-dokumen ini sudah pasti tidak akan dapat diselamatkan dan segala data urusniaga
syarikat akan hilang serta merta. Ini akan mengakibatkan masalah kepada syarikat untuk
mengenalpasti rekod-rekod di sepanjang perjalanan syarikat tersebut.

Dengan terciptanya secondary storage ini ia ternyata mampu mengubah setiap cara
kerja yang telah menjadi permasaalahan di era terdahulu dan menjadi solusi kepada setiap
peniaga termasuklah kepada peniaga yang menjalankan perniagaan bersaiz kecil dan
sederhana berasaskan internet. Disamping data dapat disimpan dengan lebih efisyen dan
selamat, ia juga dapat mempercepatkan urusan-urusan yang dijalankan oleh para peniaga
untuk terus membangun menjadi lebih maju.

Perniagaan Bersaiz Kecil Dan Sederhana Berasaskan Atas Talian (internet)

Hari ini urusan jual beli tidak lagi spesifik kepada kedai-kedai dan juga pasaraya, ia
telah berkembang semakin maju dengan lebih banyak kemudahan samaada kepada para
peniaga mahupun kepada para pengguna. Pada masa kini, pengguna tidak perlu lagi untuk
keluar untuk membeli barangan di pasaraya kerana kini semuanya dapat dilakukan secara
terus melalui atas talian. Perkara ini tidak lagi asing di negara-negara barat manakala di
negara kita, negara Malaysia perniagaan jenis ini baru lagi berkembang di dalam beberapa
tahun kebelakangan ini. Kebanyakan perniagaan ini juga termasuk di dalam perniagaan yang
bersaiz kecil dan juga sederhana. Ini kerana pekerja yang digunakan untuk jenis perniagaan
seperti ini tidak diperlukan di dalam jumlah yang besar dibandingkan dengan perniagaan
secara berdepan (face to face) seperti biasa.

Perniagaan secara atas talian ini dijalankan oleh peniaga dengan cara mengiklankan
barangan yang dijual oleh syarikat beliau secara atas talian pada sumber-sumber yang dapat
dipercayai dan terjamin keselamatan pengguna dan peniaga. Para pengguna dapat melihat
senarai-senarai barangan yang telah diiklankan oleh peniaga dalam bentuk gambar dan segala
ciri-ciri barangan yang dijual. Para peniaga kebiasaannya akan mendaftar di laman sesawang
yang dikhaskan oleh para peniaga bagi memastikan keselamatan bagi setiap pengguna seperti
mudah.my. Terdapat juga sesetengah perniagaan atas talian yang menjalankan aktiviti
perniagaan mereka di laman rasmi mereka sendiri seperti Amazon.

Adalah penting bagi setiap peniaga untuk memaparkan segala perincian baranganbarangan yang dijual oleh mereka kerana ini dapat menguatkan lagi teknik pemasaran kepada
para pengguna. Ini juga dapat menjadi bahan rujukan kepada pengguna untuk memilih
produk yang sesuai digunakan oleh mereka.

Oleh itu segala data-data barangan serta perincian setiap produk adalah amat perlu
untuk disimpan pada tempat yang sesuai bagi memudahkan urusan perniagaan ini bagi
peniaga atas talian.

JENIS-JENIS STORAN SEKUNDER

Harddisk
Hard disk berfungsi untuk melakukan segala penyimpanan. Semua data yang
disimpan di komputer kita ada terdapat di dalam hard disk. Hard disk dapat menyimpan
bukan sahaja dokumen, malah turut dapat menyimpan gambar, musik, dan video. Tambahan
lagi.perisian-perisian seperti program, preferensi, dan sistem operasi juga semuanya disimpan
dalam hard disk komputer kita.

Semua data yang dapat disimpan di dalam hard disk dapat diukur berdasarkan
ukurannya saiznya. Contohnya ukuran fail yang berbentuk teks adalah sangat kecil jika
dibandingkan dengan gambar, musik dan fail berformat video adalah yang terbesar. Hard disk
mengukur sesuatu fail berdasarkan unit ukuran megabyte (MB), gigabyte (GB), dan terabyte
(TB.) Secara kasar, 1 megabyte sama dengan 1 juta byte, 1 gigabyte sama dengan 1 bilion
byte, dan 1 terabyte sama dengan 1 trilion byte.

CD/DVD
CD atau compact disc adalah sebuah piring yang terbuat dari logam atau plastik
daripada bahan bersifat magnet. CD juga turut berfungsi menyimpan data. Data dirakam di
atasnya, kemudian dibaca dari disk dengan menggunakan pengkonduksi yang dinamakan
head. Selama proses pembacaan, head tidak akan bergerak sama sekali. Sedangkan piring
disk bergerak di bawahnya.

Disc terbuat dari bahan polycarbonate yang berlapis dengan alumunium kerana
permukaannya yang reflektif. Informasi dibaca dari CD dengan menggunakan laser berkuasa
rendah yang ditempatkan di dalam optical disc player atau drive unit.

DVD tidak jauh berbeza dengan CD, hanya kapasitinya sahaja yang membezakannya.
Kapasiti CD antara 650 MB hingga 1 GB, sedangkan DVD mampu menampung 4.7 GB
hingga 17 GB.

Mobile Storage
Peranti mudah alih pada umumnya dapat menyimpan informasi di tiga lokasi. Salah
satunya adalah memori internal. Memori internal pada peranti mudah alih terdiri dari RAM
(Random Access Memory) dan ROM (Read Only Memory). Kesimpulannya RAM adalah
ruang memori pada peranti mudah alih yang dapat digunakan untuk menyimpan segala
informasi secara sementara selama peranti ini menjalankan tugasnya. Saat peranti dimatikan,
semua data di dalam RAM secara umumnya akan hilang. ROM khususnya pre-diprogram,
sering dirancang untuk melakukan tugas-tugas diskrit tertentu. Peranti mudah alih juga
menyimpan informasi dalam SIM (Subscriber Identity Module) dan memory kad. Terakhir,
peranti mudah alih dapat menyimpan informasi tentang berbagai mesin dan peranti lainnya
yang berinteraksi dengan peranti mudah alih, termasuk server email, server dari selular
penyedia jasa (untuk pesan teks), dan komputer pribadi.Tape
Ia merupakan cara menyimpan rekaman gambar dan bunyi dalam pita magnetik,
berbeza dengan film teater. Akan tetapi kaset audio sudah jarang kita temui saat ini karena
banyak yang sudah beralih ke CD.

Floppy Disk
Floppy Disk ini seringkali kita sebut dengan Disket. Sekarang disket ini tidak banya
beredar, bahkan sudah dalam kategori kepunahan. Orang lebih memilih menggunakan USB
disk, dimana ukuran dan bentuk juga lebih unggul.

Floppy Disk ada 2 jenis, yang membedakan nya hanya bentuk ukuran fisik dan ukuran
data yang dapat ditampung. Kapasitas disket yang paling umum adalah 1,44 MB (seperti
yang tertera pada disket), meski kapasitas sebenarnya adalah sekitar 1,38 MB.

Smart Card
Smart Card adalah media penyimpanan yang mirip dengan kad ATM dan dapat
menyimpan data pada sebuah microprocessor tipis yang dilekatkan di dalam sebuah kad.

USB Disk
USB Disk seringkali kita sebut dalam sebutan USB atau pendrive. Media jenis ini
dapat menyimpan data bersaiz antara 128 MB hingga 1 TB. USB sendiri merupakan alat
penyimpanan yang dapat digunakan dengan cara memasukkannya ke port USB pada sebuah
komputer atau portable device. Bentuk nya sendiri sekarang sudah pelbagai di pasaran, ada
yang berbentuk patung, robot, malah ada yang berbentuk yang teramat nipis dan kecil.

Cloud Storage
Cloud storage merupakan satu model penyimpanan data di mana data digital disimpan
dalam logical pool, secara fizikal ia meliputi beberapa server, dan ia biasanya dimiliki dan
diuruskan oleh sebuah syarikat host. Pembekal cloud storage bertanggungjawab untuk
menyimpan data yang ada dan boleh diakses, dan ia haruslah sentiasa dilindungi dan terus
berjalan. Orang dan organisasi akan membeli suatu kapasiti penyimpanan daripada pembekal
cloud storage untuk menyimpandata pengguna, data sesuatu organisasi, atau data aplikasi.

Perkhidmatan cloud storage boleh diakses melalui perkhidmatan komputer awan,


perkhidmatan web application programming interface (API) atau dari aplikasi yang
menggunakan API, seperti cloud desktop storage, cloud storage gateway atau sistem
pengurusan berasaskan web.

STORAN SEKUNDER DI DALAM PERNIAGAAN

Kelebihan Setoran Sekunder Untuk Perniagaan


Dapat menyimpan sesuatu data di dalam jumlah kuantiti yang besar dengan tarikh dan
segala informasi perniagaan dan juga komersial sesuatu organisasi dapat disimpan dan ia
dapat memudahkan untuk dikendali dan di selenggara sebagai rekod perniagaann dan untuk
digunakan di dalam pelbagai tujuan seperti pengawalan inventori, analisis perniagaan, payroll
accounting, penjadualan sumber dan report pengurusan suatu syarikat. Penyimpanan data di
dalam setoran sekunder ini juga dapat membantu peniaga untuk mengawal data dan dapat
menyususn, menggabungkan atau menambah baik pada bila-bila masa jika diperlukan
berbanding dengan cara penyimpanan yang lama di dalam rekod di atas kertas yang tidak
boleh diubah begitu sahaja.

Setoran sekunder kebiasaannya muncul di dalam pelbagai bentuk dan saiz seperti
yang telah diterangkan di atas dan setiap perniagaan yang berbeza memerlukan penggunaan
alat peranti yang berbeza mengikut kesesuaian tersendiri. Kebanyakan daripada setoran
sekunder ini telah diciptakan untuk tahan lasak di dalam pelbagai risiko untuk menyimpan
data yang disimpan oleh peniaga sebagai pengguna. Jika dibandingkan penyimpanan
dokumen di dalam bentuk kertas bencana dapat merosakkan dan melupuskan segala
simpanan tersebut. Akan tetapi, melalui setoran sekunder ini masaalah tersebut dapat
dikendali dengan pelbagai penyelesaian seperti cloud storage dapat melindungi fail-fail
peniaga di dalam pelbagai cara kerana segala data yang disimpan oleh penggguna akan di
simpan di atas talian dan mampu diakses di mana-mana sahaja peranti yang dapat memuat
turun data penggunanya.

Setoran sekunder seperti USB disk atau pendrive pula amat sesuai digunakan bagi
pelbagai jenis perniagaan kerana ianya adalah sebuah peranti yang dapat menyimpan data di
dalam jumlah yang besar disamping mempunyai saiz yang teramat kecil dan mudah untuk
dibawa ke mana-mana dan keselamatannya adalah terjamin kerana pengguna dapat

membawanya ke mana sahaja. Ini akan mengelakkan data pengguna hilang jika terdapat
suatu bencana terjadi kepada premis peniaga.

File sharing dan file transfer juga adalah lebih mudah dijalankan dengan adanya
storan sekunder seperti cloud storage digunakan di dalam suatu perniagaan. Segala data yang
disimpan dapat dikongsi secara langsung melalui sumber-sumber di atas talian kepada
pengguna. Selain ia lebih mudah tanpa perlu berjumpa secara direct kepada pengguna,
urusniaga juga adalah lebih terjamin keselamatan dengan sistem-sistem keselamatan yang
telah disediakan oleh syarikat host cloud storage tersebut.

Compact disc juga adalah peranti yang amat sesuai digunakan di dalam suatu
perniagaan. Ini kerana ia membantu peniaga untuk menyalin fail-fail yang digunakan
didalamnya dan keselamatan fail adalah terjaga kerana fail di dalamnya adalah tidak mudah
rosak. Ia juga tidak memerlukan ruang yang besar dan harga setiap unit juga adalah jauh lebih
murah berbanding storan sekunder yang lain di pasaran. Akan tetapi pada masa kini ia kurang
menjadi sambutan dengan kejatuhan harga USB Disc yang kini menjadikan ia lebih menjadi
pilihan disamping lebih selamat dan mudah dibawa ke mana-mana.

STORAN

SEKUNDER

PILIHAN

UNTUK

PERNIAGAAN

KECIL

DAN

SEDERHANA

Perniagaan bersaiz kecil dan sederhana berasaskan secara atas talian adalah
perniagaan yang tidak memerlukan sebarang rekod cetakan. Segala fail urusan jual beli dapat
terus disimpan di dalam storan sekunder bagi memudahkan urusan menyimpan data mereka.
Kebanyakan perniagaan secara atas talian ini juga tidak memerlukan bilik pejabat yang besar
kerana tidak memerlukan pekerja di dalam jumlah yang ramai. Maka runang pejabat haruslah
tidak diganggu oleh fail-fail urusan yang bertimbun. Oleh itu pilihan yang sesuai kepada para
peniaga yang menjalankan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana ini adalah seperti berikut:1. USB Disc
USB Disc ini adalah lebih dikenali sebagai Pendrive.ia adalah mudah didapati di mana
mana kedai elektronik di pasaran dengan pelbagai jenama, saiz dan bentuk. Harga alat peranti
ini juga adalah amat murah jika dibandingkan dengan alat-alat peranti yang lain di pasaran.
USB Disc pada masa kini juga telah makin berkembang jika dibandingkan dengan pada mula
penciptaannya. Kini ia boleh didapati dalam saiz yang amat nipis dan tahan lasak. Ini dapat
membantu peniaga mengelakkan daripada alat peranti storan sekunder pilihan mereka tidak
rosak jika berlakunya sesuatu kemalangan.

Selain dapat menjaga keselamatan fail, seperti sedia maklum peniaga memerlukan suatu
peranti yang dapat membantu mereka untuk mudah bergerak melakukan kerja-kerja mereka
walau dimana sahaja di pelbagai media. Pada masa kini, USB Disc juga telah menambahbaik
satu lagi fungsi iaitu dapat dipasang secara terus kepada telefon pintar. Dengan adanya
teknologi ini storan sekunder model ini akan dapat membantu peniaga untuk melakukan kerja
urusniaga mereka di mana sahaja. Bak akata pepatah membawa pejabat ke luar. Ini bermakna
segala urusan tidak lagi terhad kepada ketika berada di pejabat sahaja. Usaha dan komitmen
adalah penggerak kepada suatu kemajuan, ini adalah konsep yang patut ada pada setiap
peniaga bersaiz kecil dan sederhana berasaskan rangkaian atas talian.

2. Cloud Storage
Cloud storage merupakan pilihan yang utama yang patut digunakan oleh para peniaga
yang menjalankan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana terutama kepada yang menjalankan
perniagaan secara rangkaian atas talian. Storan sekunder ini adalah storan yang tidak
mempunyai sifat fizikal dirinya sendiri kerana setiap data yang disimpan akan disimpan terus
di atas talian dengan memerlukan sambungan internet sahaja. Storage ini dapat diperolehi
daripada syarikat-syarikat yang menyediakan server kepada penggunanya untuk mengakses
dan menyimpan segala data-data mereka dan fail-fail mereka.

Data yang disimpan di cloud storage adalah lebih terjamin keselamatannya berbanding
dengan peranti storan sekunder lain di pasaran. Ini kerana ia tidak mempunyai fizikal
tersendiri, maka ia tidak akan hilang seperti tercicir atau dicuri oleh pihak lain. Segala rekod
akan sentiasa disimpan rapi dengan ciri-ciri keselamatan yang akan menghalang daripada
diceroboh oleh pihak ke tiga. Antara contoh cloud storage yang dapat dilihat sekarang adalah
seperti Dropbox.com. Peniaga boleh membeli ruangan penyimpanan daripada syarikat
terbabit mengikut saiz yang diperlukan. Ciri-ciri keselamatan yang disediakan juga boleh di
naiktaraf mengikut bayaran yang diberikan oleh para pengguna cloud storage tersebut. Akan
tetapi mereka juga turut menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma terhadap
pelanggan mereka yang menggunakan perkhidmatan mereka untuk kapasiti yang rendah dan
terhad sahaja.
Sebagai peniaga, mereka adalah seorang yang sibuk dengan pelbagai urusan perniagaan
sehingga segala kerja akan dibawa pulang ke tempat kediaman sendiri. Ini juga memberikan
risiko terhadap para peniaga untuk berlaku keciciran bahan-bahan kerja mereka. Setiap
peniaga yang amat komited terhadap kerjaya mereka akan sentiasa mempraktik sifat
menghargai masa. Bagi seorang peniaga masa adalah emas, setiap saat masa dibazirkan akan
membawa kepada kerugian. Jika berlaku sebarang keciciran ini tidak menjadi masaalah
kepada pengguna cloud storage kerana ia dapat diakses kepada mana-mana komputer dan
para peniaga hanya perlu memuat turun fail yang mereka perlukan tanpa perlu bimbang.

Bagi yang melakukan perniagaan mereka tanpa pejabat ini juga dapat membantu
memudahkan kerja mereka kerana kemudahan ini juga dapat digunakan di telefon-telefon

pintar dengan hanya meuat turun aplikasi yang disediakan oleh syarikat pengendali cloud
storage tersebut. Ini bermakna mereka dapat mengakses segala fail mereka pada pelbagai
peranti pada waktu yang sama.

KESIMPULAN

Bagi seorang peniaga yang menceburi bidang perniagaan bersaiz kecil dan sederhana
adalah perlu bagi mereka untuk mempunyai storan sekunder ini bagi memajukan perniagaan
mereka. Ini bukan sahaja dapat memudahkan tugas-tugas mereka malah dapat mengatur
segala aktiviti perniagaan mereka di mana sahaja dan pada bila masa sahaja.

Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak juga amat
menyarankan kepada rakyat Malaysia supaya menceburi bidang perniagaan kerana
perniagaan akan dapat menjana pendapatan negara dan membawa negara kita lebih tinggi di
mata dunia. Ia juga dituntut oleh kita sebagai umat islam seperti yang disabdakan oleh Nabi
Muhammad S.A.W 9 daripada 10 rezeki datang daripada perniagaan.

2897 patah perkataan

RUJUKAN
1. http://www.b-u.ac.in/sde_book/bcom_ca.pdf
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Computer_data_storage
3. http://www.entrepreneur.com/article/172226
4. http://www.smecorp.gov.my/vn2/node/534?language=ms
5. https://lidyarobby.wordpress.com/2014/03/19/media-penyimpanansekundersecondary-storage-device/
6. http://en.wikipedia.org/wiki/Cloud_storage

You might also like