Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Sebab penyerahan Sabah kepada British

Seperti Sarawak, Sabah juga telah dibebaskan daripada pemerintahan Jepun


oleh angkatan tentera Australia. Selepas pembebasan tersebut, pentadbiran Sabah
telah diambil alih sementara oleh Pentadbiran Tentera Australia. Menurut Sheela
(1993), untuk memperbaiki kerosakan dan memulihkan undang-undang serta
pentadbiran Sabah, Pentadbiran Tentera British telah diisytiharkan oleh Leftenan
Jeneral L.J. Morshead pada 10 Jun 1945. Pemerintahan SBUB di Sabah selama 63
tahun berakhir apabila Sabah telah menjadi Tanah Jajahan British pada 15 Julai
1946. Penyerahan Sabah kepada pihak British telah didorong oleh beberapa faktor.
Pertama, kerosakan yang dialami selepas pendudukan Jepun; kedua, hubungan
erat British dengan SBUB; ketiga, kelemahan sistem pemerintahan SBUB; dan
seterusnya, kepentingan British di Sabah.
Selepas pendudukan Jepun, kerosakan akibat peperangan di Sabah adalah
lebih teruk berbanding dengan keadaan di Tanah Melayu, Singapura dan Sarawak.
Hal ini turut disokong oleh Tregonning (1965), yang menyatakan bahawa Sabah
ialah negeri yang terbinasa sekali akibat Perang Dunia Kedua daripada negerinegeri jajahan British yang lain. Serangan tentera Berikat telah membinasakan
bandar-bandar

besar,

perhubungan

dan

pengeluaran

hasil

eksport

telah

diberhentikan. Kerosakan ini memerlukan perbelanjaan yang terlalu besar dan tidak
mampu dipikul Kompeni. SBUB tidak mempunyai pilihan lain selain daripada
menyerahkan Sabah kepada British. Menurut Sheela (1993), Sir Neill Malcolm,
pengerusi

badan

pengarah

Kompeni

menyatakan

bahawa

pihaknya

tidak

mempunyai sumber kewangan untuk membangunkan semula negeri Sabah kecuali


diserahkan kepada pentadbiran Tanah Jajahan British.
Seterusnya, penyerahan Sabah dibuat hasil daripada wujudnya kerjasama
yang erat di antara Sabah dan pihak British. Pada tahun 1881, British telah
mengurniakan sebuah Piagam kepada Syarikat Berpiagam Sabah. Keadaan ini
sebenarnya telah memperlihatkan penguasaan British terhadap Syarikat tersebut.
Sama seperti Perjanjian 1888 di Sarawak, Piagam tersebut telah mengikat Syarikat
untuk memberikan hak istimewa kepada warganegara British dan Syarikat tidak
boleh menjualkan atau menyerahkan Sabah kepada kuasa asing. Begitu juga, pada
tahun 1888, Sabah telah menjadi negeri naungan British, sekaligus memberikan

kuasa kepada British untuk menguasai perhubungan luar negeri dan pertahanan
Sabah (Siti Aidah, 2007). Keadaan ini lah yang telah mendorong Syarikat untuk
menyerahkan Sabah kepada British pada tahun 1946.

Selain itu, kelemahan sistem pentadbiran SBUB juga telah menjadi satu
faktor penting dalam penyerahan Sabah kepada British. SBUB telah mentadbir
Sabah selama lebih 60 tahun. Dalam usia ini, pentadbiran SBUB di Sabah telah
menjadi usang dan ketinggalan zaman. Seiring dengan perkembangan politik
moden, sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh SBUB menjadi tidak relevan dan
memerlukan pucuk pimpinan yang baharu. Menurut Buyong Aidil (1981), rundingan
penyerahan hak tersebut telah dibuat di London. Setiausaha Tanah Jajahan telah
mengisytiharkan kepada Dewan Rakyat mengenai perjanjian mengambil alih Sabah
daripada kompeni pada 26 Jun 1945. Kerajaan British juga turut membayar wang
pendahuluan sebanyak 860,000 untuk mengurangkan beban hutang kompeni.

Begitu juga, penyerahan Sabah kepada British turut disebabkan oleh


kepentingan British di negeri tersebut. Menurut Sheela (1993), pada mulanya
kerajaan British tidak berminat untuk mengambil alih Sabah kerana Perdana Menteri
Clemer Atlee pada ketika itu mempunyai anti-dasar tanah jajahan dan sedang
menyelesaikan soal pemberian kemerdekaan kepada Sri Lanka, Burma dan India.
Walau bagaimanpun, setelah memikirkan kedudukan negeri ini dari pelbagai aspek,
khasnya dari segi ekonomi, British akhirnya membuat keputusan untuk mengambil
alih Sabah daripada SBUB. Kepentingan ekonomi British di Sabah jelas dilihat
kerana Sabah merupakan satu negeri yang kaya dengan hasil pengeluaran seperti
getah, lada hitam dan kayu balak yang amat penting bagi British untuk
mengembangkan perindustriannya. Justeru itu, dapat kita simpulkan bahawa
penjajahan British di Sabah adalah disebabkan oleh potensi negeri tersebut sebagai
pembekal bahan mentah dan tempat pemasaran barangan keluaran British.

Konklusinya, penyerahan Sabah kepada pihak British adalah disebabkan


oleh empat faktor utama. Antara faktor tersebut ialah kerosakan yang dialami oleh

Sabah selepas pendudukan Jepun, hubungan erat British dengan SBUB, kelemahan
sistem pemerintahan SBUB sendiri dan untuk menjamin kepentingan ekonomi
British di Sabah. Faktor-faktor inilah yang telah mendorong Kompeni (SBUB) untuk
menyerahkan Sabah kepada British. Pada 15 Julai 1946, Sabah secara rasminya
telah diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan British atau dikenali sebagai Crown
Colony.

3.2

Reaksi Rakyat Tempatan Terhadap Penyerahan

Penyerahan Sarawak kepada British telah menimbulkan tentangan hebat oleh rakyat
tempatan di Sarawak. Hal yang sebaliknya pula berlaku di Sabah. Menurut Sabihah
(1986), penyerahan Sabah kepada British berlaku tanpa sebarang penentangan
yang berkesan. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh tahap kesedaran rakyat
Sabah yang rendah mengenai kemerdekaan. Hal ini turut disokong oleh Sheela
(1993), yang mengatakan bahawa rata-rata penduduk Sabah tidak memahami
tujuan perubahan pemerintahan daripada Kompeni kepada pemerintahan British.
Malahan, sehingga tahun 1961, Sabah masih belum mengenal pilihan raya.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa perkembangan politik di Sabah telah jauh
ketinggalan berbanding dengan Sarawak. Rakyat Sabah tidak mempunyai sebarang
pengalaman dalam bidang pentadbiran. Hal ini mungkin disebabkan oleh
pemerintahan Kompeni yang menggunakan Piagam 1881. J. P. Ongkili (1972), turut
mengatakan bahawa Piagam tahun 1881 tidak banyak memberi peluang kepada
orang-orang Sabah untuk campur tangan dalam pentadbiran negeri mereka.
Begitu juga, sekiranya ditinjau dari aspek kesedaran nasional, rakyat di
Sabah jelas menunjukkan kelembapan mereka. Selepas pendudukan Jepun,
semangat nasionalisme di Asia Tenggara telah meluap-luap, khasnya di Indonesia,
Tanah Melayu dan juga Sabah. Hal yang sebaliknya pula berlaku di Sabah. Menurut
Sheela (1993), walaupun terdapat persatuan seperti Persatuan Kebangsaan Melayu
Sabah dan Barisan Pemuda Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1946, kedua-dua
persatuan ini tidak menjadi pendorong untuk menimbulkan kesedaran nasionalisme
dalam kalangan rakyat tempatan di Sabah.

Walau bagaimanapun, penyerahan Sabah kepada British telah ditentang


oleh negara jiran Sabah, iaitu Kesultanan Sulu. Penentangan ini dilakukan kerana
Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah merupakan milik mereka. Penentangan
ini langsung tidak memberi kesan kepada penyerahan Sabah kepada British. Secara
keseluruhannya, penyerahan Sabah kepada British pada 15 Julai 1946 tidak
mendapat sebarang penentangan yang berkesan daripada rakyat tempatan di
Sabah.

You might also like