Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

940926 05 - 5364

FAKULTI OUM BUSSINESS SCHOOL

JANUARI 2015

MPU3313

HEALTH AND WELLNESS

NO. MATRIKULASI

940926055364001

NO. KAD PENGNEALAN :

940926055364

NO. TELEFON

011-16545769

E-MEL

nursueha97@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN :

PAHANG LEARNING CENTE

[1]

940926 05 - 5364

ISI KANDUNGAN
TAJUK

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN
1.1 Konsep Gaya Hidup Sihat
1.2 Strategi Kekalkan Tingkah Laku Sihat
1.3 Kesimpulan
1.4 Rujukan
2.0 PENGENALAN
2.1 Mengenalpasti Jenis Insurans Dimalaysia
2.2 Faktor Pemilihan Polisi Insurans Kesihatan
2.3 Kesimpulan
2.4 Rujukan
3.0 PENGENALAN
3.1 Perancangan Seumur Hidup Untuk Kendiri Dan
Keluarga
3.2 Kesimpulan
3.3 Rujukan
4.0 PENGENALAN
4.1 Maksud Perancangan Kewangan
4.2 Strategi Urus Kewangan Penjagaan Kesihatan Keluarga
Dan Peribadi
4.3 Kesimpulan
4.4 Rujukan
5.0 PENGENALAN
5.1 Faedah Mempunyai Hobi
5.2 Sebab Memilih Hobi Sekarang
5.3 Kesimpulan
5.4 Rujukan
6.0 PENGENALAN
6.1 Strategi Mengatasi Kehidupan Dengan Pendapatan
Yang Kecil
6.2 Kesimpulan
6.3 Rujukan
7.0 PENGENALAN
7.1 Cara Memberitahu Waris Mengenai Penulisan Wasiat
7.2 Kesimpulan
7.3 Rujukan

[2]

35

68

9 11

12 14

15 17

18 20

21 - 23

940926 05 - 5364

1.0 PENGENALAN
Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan yang sihat
dan pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan
negara. Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Takrifan
kesihatan yang lebih menyeluruh dan holistik dikemukakan oleh Persatuan Kesihatan
Sedunia sebagai "Suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang
mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan". Defnisi ini
menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal, mental
dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang
boleh memudaratkan insan (WHO, 1948).
1.1

Konsep GHS merupakan suatu kempen aspirasi kerajaan bagi melahirkan


masyarakat yang sihat, cergas, sejahtera dan bebas dari penyakit yang disebabkan
oleh gaya hidup sedentari. Sasaran utama kempen ini ialah semua golongan rakyat
Malaysia terutamanya remaja dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Empat
komponen utama yang menjadi teras konsep GHS ini ialah:
1.1.1 Peningkatan pengetahuan dan amalan pemakanan.
1.1.2 Peningkatan pengetahuan dan amalan menangani stress.
1.1.3 Peningkatan pengetahuan dan amalan anti-merokok.
1.1.4 Peningkatan pengetahuan dan amalan sukan dan rekreasi.

1.2

Terdapat banyak cara untuk mengekalkan kesihatan seiring dengan kemampuan


seseorang individu tersebut. Salah satu perkara penting yang harus dikekalkan
adalah mengubah tingkah laku seharian individu.
Antaranya ialah dari segi pemakanan iaitu individu haruslah mengamalkan
tabiat pemakanan yang baik dan minum banyak air suam untuk membantu
membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu
membakar kalori dalam badan.
Selain itu individu juga haruslah bijak menangani stress hal ini kerana
kebanyakkan individu sering mengabaikan pemakanan akibat stress di tempat
kerja mahupun dirumah.
Disamping itu, amalan anti-merokok haruslah diperluaskan pengetahuannya
kerana merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat
pelbagai peyakit seperti kanser paru-paru dan penyakit kulit.

[3]

940926 05 - 5364

Strategi yang terakhir ialah amalan sukan dan rekreasi iaitu bersenam sekurangkurangnya selama 10minit sehari bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat dan
menambah stamina dalam badan.
1.3

Konklusinya, masyarakat terutamanya golongan muda haruslah didedahkan


dengan konsep gaya hidup sihat supaya tingkah laku sihat dapat dikekalkan dari
generasi ke generasi bagi melahirkan generasi yang bebas dari ancaman sebarang
penyakit.

( 375 p/p )

1.4 Rujukan
Rujukan utama
Modul health and wellness topic 1 ( dimanakah anda pada skala tahap

aktiviti)
Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998).

Fitness AndWellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill.


Rujukan Tambahan
Edward T. Howley, B. Don Franks, (1997). Health Fitness Instruktor's
Hendbook -3rd ed. USA : Human Kinetics.

[4]

940926 05 - 5364

Gerard J. Tortora, Sandra Reynolds Grabowski, (1996). Principles of

Anotomy and Physiology - 8thed. New York : Harper Collins.


Dr. Mohd Nasir Mohd Taib dan Dr. Rokiah Mohd Yusof, (1996). Modul
GayaHidup Sihat. Kementerian Kesihatan Malaysia.

2.0 PENGENALAN
Insurans pada zaman sekarang di anggap sebagai keperluan asas berbanding dahulu
kerana sekarang kesedaran mengenai keperluannya meningkat dari hari ke hari. Baik
dalam perniagaan, kenderaan maupun kesihatan pasti ada insurans. Insurans Perubatan
dan Kesihatan (IPK) ialah satu polisi yang melindungi kos rawatan perubatan swasta yang
memerlukan kos yang tinggi, seperti kos kemasukan ke hospital dan pembedahan. Polisi
insurans ini juga menjamin pembiayaan sekiranya anda memerlukan rawatan kecemasan.
Insurans itu sendiri berfungsi sebagai institusi mengagihkan kerugian kewangan secara
saksama kepada segelintir individu yang di insuranskan. Insurans adalah pengurusan
risiko.
2.1

Di Malaysia, pemasaran polisi perubatan dan kesihatan mesti mematuhi garis


panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara. Terdapat 2 jenis insurans kesihatan
di Malaysia yang ditawarkan oleh syarikat insurans hayat dan am iaitu Persatuan
Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)
yang telah menubuhkan satu jawatankuasa bersama untuk membentuk garis
panduan insurans kesihatan supaya lebih teratur. Sebelum Akta Insurans 1996
dilaksanakan pada bulan Jan 1997, syarikat insurans hayat hanya tawarkan polisi
rawatan dan kesihatan sebagai rider bagi polisi insurans hayat.Tetapi sejak tahun
[5]

940926 05 - 5364

1997, syarikat insurans hayat dibenarkan menjual polisi insurans tersebut secara
bersendiri (stand alone). Ini bermakna pemegang polisi boleh membeli insurans
rawatan dan kesihatan tanpa membeli polisi insurans hayat.
2.2

Seperti yang kita tahu, setiap individu haruslah memilih pelan insurans yang
sesuai dengan keperluan asas kesihatan diri sendiri, anggota keluarga, dan para
pekerja bagi yang mempuyai syarikat sendiri pada masa yang sama, melindungi
sumber-sumber kewangan anda.
Antara pekara penting yang harus diertimbangkan dalam memilih polisi
insurans kesihatan ini ialah individu haruslah meneliti dan berbincang dengan
wakil pihak insurans tentang faedah-faedah yang ditawarkan oleh syarikat
insurans mereke dan juga haruslah memilih syarikat insurans yang yakni boleh
dipercayai dan juga mempunyai kewangan yang stabil.
Selain itu juga, perkara yang harus dipertimbangkan ialah polisi insurans yang
anda pilih tersebut ada menawarkan medical card atau tidak kerana medical card
ini

menawarkan perlindungan asas bagi kos-kos kemasukan, rawatan dan

perubatan hospital.
Selain itu, individu juga haruslah membuat perkiraan mengenai kewangan
kendiri sebelum memilih polisi insurans yang bersesuaian dengan kemampuan
kewangan individu.
2.3

Kesimpulannya, pada peredaran zaman sekarang kita dikelilingi pelbagai risiko


yang tidak kita jangka jadi digalakkan individu untuk memiliki insurans yang
sesuai dengan individu tersebut serta memilih insurans yang berlandaskan islam
dan kemampuan individu tersebut.
( 374 p/p )

[6]

940926 05 - 5364

2.4 Rujukan
Rujukan utama
Modul health and wellness topic 4. ( Insurans kesihatan )

http://www.liam.org.my/index.php/library/consumer-educationseries/bahasa-melayu/384-memilih-insurans-rawatan-kesihatan-utusanmalaysia ( portal rasmi persatuan insurans hayat Malaysia

http://www.adizahari.com/2014/01/tips-panduan-memilih-kadperubatan.html ( blog prudential BSN Takaful )

3.0 PENGENALAN

[7]

940926 05 - 5364

Sebagaimana yang telah dicatatkan berdasarkan Kamus Dewan Bahasa, merancang


ditakrifkan sebagai proses merencanakan atau mempersiapkan. Merujuk kepada
beberapa buah buku pengurusan, takrif perancangan mempunyai skop yang lebih luas.
Umpamanya James A.F Stoner dan Charles Wankel dalam buku mereka yang turut
mempunyai tajuk yang sama iaitu Management mentakrifkan perancangan sebagai satu
garis panduan yang dirangka oleh pihak atasan sesebuah organisasi bagi mencapai
maksud asal penubuhannya. Pada masa yang sama, perancangan membantu pihak
pengurusan organisasi menentukan arah tujuan organisasi, memutuskan isu-isu yang
berkaitan dengan persoalan mengenai apa, bila dan bagaimanakah pelan perancangan
akan dilaksanakan dan siapa yang akan melakukannya.
3.1

Sebagai manusia, kita bertanggungjawab menjadikan kehidupan sebagai


sesuatu yang bermakna dengan mewujudkan cita-cita dan matlamat unggul, dan
berusaha dengan bijak dan bersungguh-sungguh demi mencapainya. Dalam usaha
kita mencapai matlamat peribadi, kerjaya, kewangan, keluarga, kesihatan dan
sebagainya, adalah penting untuk melihat setiap satu matlamat dari segi totality
atau keseluruhan hidup. Ini bermakna setiap matlamat itu haruslah selaras dengan
tujuan hidup secara keseluruhan. Kita tidak mahu matlamat yang kita tetapkan
dalam satu cabang kehidupan sekarang (contohnya kerjaya) menyebabkan
terjadinya kepincangan dalam cabang hidup yang lain (contohnya keluarga) lima
tahun akan datang. Oleh itu kita perlu melatih diri berfikir secara strategik
menentukan arah tujuan untuk jangka masa panjang.
Visi hidup adalah salah satu cara membina rancangan hidup. Ini adalah
wawasan diri dan menerangkan apa yang anda ingin capai secara keseluruhan dan
disarankan berkaitan dengan sumbangan anda kepada masyarakat atau sesiapa
sahaja yang mendapat kesan dari pencapaian itu. Sebagai contoh menjadi jutawan
tetapi menjadi jutawan yang boleh dicontohi memerlukan sesuatu yang lebih
kukuh asas dan integriti kerja supaya boleh menjadi role model untuk orang lain.
Misi adalah apa yang perlu dilakukan demi mencapai visi yang dibentuk
sebelum ini. Visi adalah HASIL manakala misi adalah USAHA dan
TANGGUNGJAWAB yang perlu dilaksanakan untuk mendapat hasil itu.
Selain itu, perkara penting yang perlu ada dalam perancangan hidup ialah
matlamat bagi pencapaian yang ingin dicapai dalam hidup dalam konteks kerjaya,
keluarga, peribadi, kewangan dan juga kesihatan.
Setelah matlamat ditetapkan, bina rancangan dan strategi untuk mencapainya
dan juga mengambil tindakan dengan apa yang dirancang. Ini adalah pelan
[8]

940926 05 - 5364

tindakan anda yang boleh dilakukan semudah dengan bertanyakan diri anda 4
soalan ini apa, bagaimana, siapa, dan bila.
3.2

Kesimpulannya, setiap kehidupan haruslah mempunyai perancangan supaya


kehidupan kita lebih teratur, terjamin dan boleh mencapai kejayaan yang kita
kehendaki masa hadapan.
( 384 p/p )

3.3 Rujukan
Rujukan utama
http://www.moh.gov.my/images/gallery/Report/Plan_Strategik_KKM
%202011-2015.pdf ( kementerian kesihatan Malaysia )

Modul health and wellness topic 3 ( Kekal sihat sepanjang hayat )

http://www.capaimatlamat.com/2011/11/13/rancangan-strategikperibadi-personal-strategic-planning/ (About Aaron Imran

Beliau seorang NLP Master Practitioner, NLP Master Coach dan ahli
hipnosis

dan

amat

berminat

kecemerlangan peribadi)
[9]

perihal

pembangunan

diri

dan

940926 05 - 5364

4.0 PENGENALAN
Pengurusan dan perancangan adalah suatu yang amat mustahak dalam semua urusan
kehidupan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan harta atau kewangan. Kegagalan
merancang kewangan dengan bijak adalah punca utama seseorang terjebak dengan
pelbagai masalah dalam kehidupan. Seseorang yang mempunyai perancangan dalam
menguruskan kewangannya akan memperoleh gambaran tentang kedudukan kewangan
terkini, memberi hala tuju yang tepat yang akhirnya akan membolehkan individu
mencapai matlamat secara lebih efektif. Secara lebih mendalam, perancangan kewangan
merujuk 'Perancang Kewangan' sebagai "seseorang yang membuat analisis kedudukan
kewangan individu lain dan mencadangkan perancangan pelan agar individu tersebut
mencapai matlamat dan objektif kewangannya."
4.1

Perancangan kewangan didefinisikan sebagai satu pelan yang menggariskan


usaha yang melibatkan disiplin tertentu untuk mengurus dengan baik sumbersumber pendapatan, asset dan hutang supaya setiap perbelanjaan yang dibuat
mendatangkan faedah yang optima malah dapat menyimpan tabungan dan
pelaburan yang pastinya dapat menjamin pendapatan jangka panjang. Dengan
terurusnya kewangan, sudah pasti kita dapat berbelanja hanya ikut kemampuan
dan komitmen dalam kewangan apabila menyelesaikan sesuatu.

[10]

940926 05 - 5364

4.2

Antara strategi yang boleh individu lakukan dalam menguruskan kewangannya


ialah untuk penjagaan kesihatan peribadi dan juga keluarga adalah dengan
membuat simpanan awal bagi kegunaan untuk masa kecemasan. Merancang
perbelanjaan yang bijak juga adalah satu cara bagi mengatasi masalah kewangan
yang kronik.
Selain itu, individu juga boleh

membuat perancangan kewangan bagi

penjagaan kesihatan dengan berbelanja dengan bijak bagi membeli produk


kesihatan yang memberi kesihatan yang baik bagi diri dan juga keluarga.tetapi
individu juga haruslah bijak memilih produk kesihatan tersebut agar tidak tertipu
dengan peniaga yang menjual produk tiruan yang hanya mahu mendapatkan
keuntungaan.
Mengambil insurans juga salah satu langkah yang berkesan bagi menguruskan
kewangan untuk penjagaan kesihatan individu dan juga keluarga. Hal ini kerana,
polisi insurans ini menjamin pembiayaan sekiranya anda memerlukan rawatan
kecemasan. Insurans itu sendiri berfungsi sebagai institusi mengagihkan kerugian
kewangan secara saksama kepada segelintir individu yang di insuranskan.
Insurans adalah pengurusan risiko.
4.3

Kesimpulannya, seseorang individu haruslah bijak menguruskan kewangannya


kerana pada setiap fasa hidup kita sama ada semasa bujang, semasa
berumahtangga, mempunyai anak sehinggalah bujang sekali lagi, kita mempunyai
kepentingan, tanggungjawab dan kehendak kewangan yang berbeza-beza
mengikut keperluan. Oleh itu perancangan kewangan membekalkan diri kita untuk
menghadapi peluang dan cabaran krisis kewangan dan sebagainya. Pokoknya,
perancangan kewangan membekalkan kita idea untuk menguruskan kedudukan
kewangan kita agar mencapai matlamat kewangan kita untuk memenuhi keperluan
dan kehendak hidup di masa hadapan ataupun penggunaan semasa.
( 386 p/p )

[11]

940926 05 - 5364

4.4 Rujukan
Rujukan utama
Modul health and wellness topic 5 (MEMPASTIKAN IA KEKAL
SEPANJANG HAYAT ANDA)

https://bukubisnes.wordpress.com/ ( buku-buku bisnes)

http://www.usahawan.com/bebas-hutang/kepentingan-perancangankewangan.html (kepentingan perancangan kewangan

http://www.pakdi.net/8-langkah-menguruskan-kewangan-denganbijak-dan-sistematik/ (blog suzardi maulan)

5.0 PENGENALAN
Hobi didefinisikan berbeza oleh beberapa orang ahli namun memiliki tujuan yang
sama. Masing-masing ahli mendefinisikannya sesuai dengan pandangan dan disiplin
[12]

940926 05 - 5364

keilmuan masing-masing. Minat atau hobi sangat mempengaruhi corak perbuatan yang
akan dilakukan seseorang. Menurut Crow & Crow (dalam Abror, 1993:112) hobi adalah
sesuatu yang berhubungan dengan daya gerak yang mendorong kita cenderung atau
merasa tertarik pada orang, benda, kegiatan ataupun yang berupa pengalaman. Secara
ringkasnya, hobi ialah kegemaran yang diamalkan pada waktu lapang dan bukan
pekerjaan yang utama seperti bermain bola, membaca novel dan lain-lain.
5.1

Terdapat banyak faedah apabila seseorang mempunyai hobi antaranya ialah


hobi boleh mendatangkan faedah dengan mengisi masa lapang. Hal ini kerana,
hobi seseorang individu itu kebiasaanya datang dari minat yang mendalam dari
individu terbabit.
Selain itu, hobi dapat terhindar daripada aktiviti yang tidak berfaedah seperti
gejala sosial yang sedang meluas sekarang terutamanya dari golongan remaja
masa kini. Apabila tiada hobi, boleh menimbulkan rasa bosan terhadap seseorang
dan cenderung untuk melakukan aktiviti yang tidak sihat sebagai contoh dadah,
lumba haram, mencuri dan lain-lain.
Seterusnya, apabila mempunyai hobi ialah boleh menambahkan ilmu
pengetahuan individu terbabit. Hal ini kerana apabila wujudnya minat secara tidak
langsung timbulnye sifat ingin tahu lebih mendalam membuatkan seseorang
mencari sumber ilmu itu lebih teliti terhadap apa yang diminatinya sekaligus
boleh mendatangkan suatu pekerjaan yang boleh membuahkan hasil seperti
memperoleh pendapatan sampingan.
Disamping itu, hobi boleh menambahkan kenalan ramai seperti di blog,
facebook dan twitter. Ianya sekaligus boleh mematangkan fikiran seseorang
dengan bergaul dengan manusia yang berbeza.malahan, kenalan yang ramai juga
membolehkan individu saling bertukar pendapat mengenai hobi yang mereka
secara lebih meluas.

5.2

Antara sebab saya memilih hobi saya sekarang kerana saya merasakan hobi
saya minati ini boleh mendatangkan pelbagai faedah berguna kepada saya baik
sekarang mahupun masa hadapan. Hobi pilihan saya ialah memgambil gambar
dan juga membaca pelbagai jenis novel dan puisi. Dengan bakat yang saya
perolehi dari hobi saya minati ini, ianya boleh mendatangkan pendapatan
sampingan kepada saya iaitu dengan mengambil upah mengambil gambar di
majlis-majlis. Dan, dengan minat yang mendalam terhadap pembacaan novel dan

[13]

940926 05 - 5364

puisi juga membolehkan saya menulis novel online di blog yang juga
mendatangkan pendapatan sampingan dan menambah kenalan.
5.3

Tuntasnya, hobi merupakan kecenderungan atau arah keinginan terhadap


sesuatu untuk memenuhi dorongan hati, dan juga merupakan dorongan kuat bagi
seseorang untuk melakukan sesuatu dalam mewujudkan pencapaian tujuan dan
cita-cita yang menjadi keinginannya yang mendatangkan pelbagai faedah dan
keuntungan.
( 382 p/p )

5.4 Rujukan
Rujukan utama
Modul health and wellness topic 7 (Topik 7: Apa yang anda boleh

lakukan dengan seluruh hidup anda selepas Persaraan?)


Sobur, Alex. 2003. Psikologi Umum. Bandung: Pustaka Setia
Chaplin,J. P. 2008. Kamus Psikologi Lengkap. Jakarta: PT Raja

Grafindo
Abror, Abrurrahmah. 1993. Psikologi Pendidikan. Yogyakarta: Tiara

Wacana Yogya.
Mulyati. 1998. Psikologi Belajar. Yogyakarta: Andi Publisher

[14]

940926 05 - 5364

Shaleh, Abdul Rahman & Wahab, Muhbib Abdul. 2004. Psikologi

Suatu Pengantar Dalam Persfektif Islam. Jakarta: Kencana


Shaleh, Abdul Rahman. 2009. Psikologi Suatu Pengantar Dalam
Perspektif Islam. Jakarta: Kencana

6.0 PENGENALAN
Pendapatan adalah sesuatu yang sangat penting dalam setiap perusahaan. Pendapatan
adalah penghasilan yang timbul dari aktiviti perusahaan yang biasa dikenal atau disebut
penjualan, penghasilan jasa (fees), bunga, dividen, royalti dan sewa. Dalam literatur
akuntansi terdapat beberapa pengertian atau definisi pendapatan, antaranya ialah menurut
Niswonger (1992:22), pendapatan adalah jumlah yang ditagih kepada pelanggan atas
barang ataupun jasa yang diberikan kepada mereka. Pada buku yang sama, Niswonger
(1992:56) juga menjelaskan pengertian pendapatan sebagai pendapatan merupakan
kenaikan kotor dalam modal pemilik yang dihasilkan dari penjualan barang dagangan,
pelaksanaan jasa kepada pelanggan atau klien, penyewa harta, peminjam wang, dan
semua kegiatan usaha serta profesion yang bertujuan untuk memperoleh penghasilan.
Secara ringkasnya, pendapatan ialah jumlah nilai pendapatan yang diterima oleh semua
individu dalam sesebuah negara dalam satu jangka masa tertentu, biasanya dalam masa
satu tahun, sama ada daripada kegiatan produktif atau tidak produktif. Bagi konsep
pendapatan kecil pula ialah pendapatan seseorang individu sebanyak rm3000 kebawah
bagi kesemua isi rumah yang kebiasaannya terdiri daripada golongan petani kecil.
[15]

940926 05 - 5364

6.1

Meniti arus globalisasi sekarang, bagi penduduk yang mempunyai pendapatan


yang kecil sememangnya menghadapi masalah bagi mengatasi kenaikan kos sara
hidup sekarang. Hal ni kerana ekonomi dunia sudah semakin maju selaras dengan
peredaran masa sekarang.
Antara cara yang perlu dilakukan bagi mengatasi kehidupan dengan pendapatan
yang kecil selaras dengan kenaikan kos sara hidup sekarang adalah dengan ubah
cara berbelanja setiap bulan.
Pelbagai cara untuk mngatasi kehidupan yang berpendapatan kecil diantaranya
membuat senarai belanja bulanan seperti mengutamakan pembayaran keperluan
atau asas seperti bayar kereta, rumah dan perbelanjaan makanan bulanan. Hal ini
bagi memudahkan mereka merancang perbelanjaan mereka secara bulanan.
Bagi pendapatan kecil bawah dari rm1000 dan yang biasanya untuk golongan
yang bekerja sendiri seperti petani nelayan mereka boleh mencari pendapatan
sampingan apabila tiba musim tengkujuh kerana pada musim tersebut mereka
tidak dapat menjalankan aktiviti seharian mereka seperi biasa.mereka boleh
berniaga kecil-kecilan di pasar malam untuk menampung kos sara hidup mereka
pada musim tengkujuh.
Bagi yang meminati bisnes laman social, pada mereka yang masih lagi tidak
mempunyai modal yang mencukupi untuk menjalankan bisnes, mereka juga boleh
menjadi dropship pada mulanya untuk mahir dan belajar selok belok mengenai
bisnes dalam laman social ini.

6.2

Konklusinya, masih terdapat banyak golongan yang berpendapatan rendah di


Malaysia akibat daripada kepincangan hidup dalam era globalisasi sekarang.
Terdapat banyak agensi-agensi kerajaan, NGO dan juga pihak swasta yang saling
berganding bahu mengubah hidup golongan berpendapatan kecil ini tetapi masih
ada diantara golongan tersebut yang masih mengambil endah tak endah mengenai
kepincangan hidup yang dihadapi oleh mereka. Oleh yang demikian, golongan ini
haruslah menyedari bahawa kos sara hidup makin meningkat dan mereka haruslah
merancang kehidupan mereka untuk hidup masa hadapan.
( 403 p/p )

[16]

940926 05 - 5364

6.3 Rujukan
Rujukan utama
Laily Paim & Sharifah Azizah Haron ( 2010). Kemiskinan di Malaysia:
Isu Fundamental

& Paparan Realiti. Selangor Darul Ehsan : Universiti Putera Malaysia.

Mohd

Amim

Othman,

Nurizan

Yahya

(2004).

Golongan

Berpendapatan Rendah: Realiti dan Cabaran. Universiti Putra


Malaysia. Serdang.

Norhaslina Hassan ( 2006). Dinamika Masyarakat Bandar Malaysia:


Ke Arah Kualiti Hidup Mapan. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

http://makroekonomistpm.blogspot.com/2008/10/konsep-pendapatanindividu.html

[17]

940926 05 - 5364

7.0 PENGENALAN
Ayat wasiat diambil dari kata washaitu asy-syaia ( aku menyampaikan sesuatu ).
Definisi wasiat adalah pemberian seseorang kepada orang lain baik berupa barang,
piutang ataupun manfaat untuk dimiliki oleh orang yang diberi wasiat sesudah orang yang
berwasiat tersebut mati. Maka orang yang berwasiat adalah orang yang menyampaikan
pesan sewaktu dia hidup untuk dilaksanakan sesudah dia mati.
7.1

Wasiat sah secara bertulis, bertulis digalakkan kepada dua orang saksi. Untuk
menyampaikan wasiat haruslah ada perlantikan wasi ini kerana wasi haruslah
seorang yang amanah dan adil kerana tanggungjawab adalah memastikan harta si
mati diagihkan secara adil terhadap waris yang sah dan layak menerima bahagian
mereka. Wasi ertinya seseorang yang diamanahkan perlaksanaan sesuatu dan
meliputi seseorang yang disifatkan sebagai dilantik menjadi wasi oleh mahkamah.
Sebelum memulakan wasiat pewasiat hendaklah berlatarbelakangkan umur
lebih 18 tahun, sempurna akalnya, secara sukarela dan juga bagi pewasiat yang
sedang sakit hendaklah waras fikirannya.
Manakala penerima wasiat hendaklah orang atau kumpulan yang wujud dan
diketahui dengan jelas, mempunyai kelayakan memiliki harta menurut undang
undang bertulis serta boleh menerima harta mengikut hukum syarak.
Harta yang boleh diwasiatkan seperti kenderaan , wang tunai, wang simpanan,
barang kemas, saham, insurans dan hutang. Dan juga harta yang tidah alih seperti
ruma, tanah, bangunan dan lain-lain.
Kadar wasiat mestilah tidak melebihi kadar 1/3 daripada jumlah keseluruhan
harta pusaka dan mendapat persetujuan ahli waris selepas meninggal dunia. Tetapi
wasiat tidak sah kepada pembunuh. Apabila lengkap semua syarat lengkap
pewasiat digalakkan mengambil borang untuk mendaftar wasiat tersebut atas
pihak yang menguruskan bahagian wasiat tersebut. Wasiat menjadi batal apabila
seseorang yang tidak sempurna akal dan mati dalam keadaan. Pewasiat menarik
balik wasiat tersebut dan mati sebelum pewasiat menentukan wasiat tersebut.

7.2

Kesimpulannya, bahawa wasiat secara global adalah suatu pemberian dari


seseorang kepada orang lain yang dapat berupa barang, piutang atau manfaat bagi
suatu benda yang pelaksanaannya disandarkan kepada meninggalnya si pewasiat.
[18]

940926 05 - 5364

Besarnya wasiat tidak boleh lebih dari sepertiga harta. Kalau boleh lebih baik
kurang dari sepertiga karena sepertiga dari harta adalah sudah termasuk lebih dari
cukup. Hukum wasiat adalah wajib dan ketentuan hukum wasiat tersebut hanya
dibebankan atas orang yang meninggalkan harta. bahawa wasiat wajib diberikan
kepada kedua orang tua dan kaum keluarga si pewasiat.
( 355 p/p )

7.3 Rujukan
Rujukan utama
Modul health and wellness
Topic 9 ( berbicara dengan waris anda )
Topic 8 ( peralihan untuk apa yang anda miliki )

http://www.arb.com.my/bm/index.asp?
fuseaction=Content.View&ID=24 ( AMANAH RAYA )
[19]

940926 05 - 5364

http://www.mais.net.my/index.php?
option=com_content&view=category&id=27&layout=blog&Itemid=8
3 ( Portal Majlis Agama Islam Selangor )

http://www.bankislam.com.my/BM/Pages/WillWriting.aspx?tabs=4
( Bank Islam Malaysia )

[20]

You might also like