Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 32

PEMARKAHAN

TUGASAN
A

TUGASAN
B

E FORUM
JUMLAH

BML 3092 ANALISIS WACANA


TUGASAN BAHAGIAN A
TEORI TATABAHASA WACANA SANAT MD. NASIR dan SATO HIROBUMI
TUGASAN BAHAGIAN B
KUMPULAN
ANALISIS STRUKTUR TEMA CERPEN
HARGA SEBUAH LUKISAN DALAM
ANTOLOGI HARGA SEBUAH
LUKISAN (Komsas Tingkatan 3)
UPSI 01(A132PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

MOHD NOOR AZAM BIN AYUB

D20112055134

016-5426462

NAMA PENSYARAH

: DR. MOHD RASHID BIN MD IDRIS

Tarikh Hantar

: 12 MEI 2014

Kandungan

Muka Surat

TUGASAN A
1.0

PENGENALAN

2.0

TEORI TATABAHASA WACANA

3.0

TEORI TATABAHASAN WACANA SANAT MD. NASIR

3.0.1

TEORI ATQAKUM

3.0.2

KONSEP TAUTAN

3.0.3

KONSEP TEMA

4.0

5.0

1
2

TEORI TATABAHASA WACANA SATO HIROBUMI

4.0.1

KONSEP RUNTUTAN

4.0.2

KONSEP STRUKTUR MAKLUMAT

10

KESIMPULAN

14

RUJUKAN

16

TUGASAN B
1.0

PENGENALAN

17

2.0

KONSEP STRUKTUR TEMA

17

3.0

ANALISIS STRUKTUR TEMA 30 AYAT

DALAM CERPEN HARGA SEBUAH LUKISAN


4.0

ANALISIS KUANTITATIF

5.0

KESIMPULAN

20
26
26

RUJUKAN

28

LAMPIRAN 1

29

BAHAGIAN A
1.0

PENGENALAN

Wacana (discourse) adalah kesatuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam pertuturan
dan penulisan yang memperlihatkan kesinambungan fikiran, baik dari aspek komunikasi dan
juga konteks. Wacana juga merupakan satuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam
bentuk pertuturan dan penulisan yang dapat memperlihatkan kesinambungan fikiran yang
utuh. Wacana dianalisis oleh para pengkaji bahasa kerana penggunaan wacana itu sendiri
sangat penting dalam kehidupan manusia. Semua perkara yang dilakukan oleh manusia yang
melibatkan bahasa ialah wacana. Wacana sebuah konsep yang meliputi semua aspek
komunikasi manusia. Hal ini membuktikan bahawa, wacana bukan sahaja merupakan sebuah
komunikasi bertulis yang melibatkan antara penulis dan pembaca, malah ia juga melibatkan
komunikasi lisan antara penutur dan pendengar.
Wacana sangat penting dalam kehidupan sehari-harian kita. Wacana boleh terjadi
secara lisan mahupun tulisan. Wacana merupakan satu keseluruhan penglahiran bahasa oleh
penutur atau penulis, iaitu penglahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem
bahasa yang menyumbang kearah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan bagi sesuatu
yang bermakna dalam berkomunikasi (Asmah Hj. Omar : 1986). Hal ini dapat dikaitkan
sengan sistem bahasa, iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis selain daripada unsur luar
daripada sistem bahasa. Peringkat fonologi melihatkan aspek tekanan suara, keras lembut dan
lain-lain. Manakala peringkat morfologi melihatkan aspek tekanan kata dan lain-lain.
Peringkat sintasksis pula memperlihatkan aspek intonasi, kesenyapan dan lain-lain.
Menurut Henry Guntur Tarigan (1995 : 36) pula, wacana ialah satuan bahasa yang
terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi atau
kehesi tinggi yang berkesinambungan serta mempunyai awal dan akhir yang nyata
disampaikan secara lisan atau tertulis. Kohesi merupakan keserasian hubungan antara unsur
yang satu dengan unsur yang

lain dalam wacana sehinggalah tercapai pengertian yang

koheren. Kohesi merujuk pada perpautan bentuk, yakni bahasa sedangkan koherensi pada
perpautan makna.

1
Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen
yang penting bagi wacana. Wacana atau (discourse) merupakan konsep yang meliputi semua
aspek komunikasi. Bidang wacana ini mempunyai sejarah yang panjang sebelum terkenal di
negara kita. Berdasarkan penelitian ini nanti kita dapat mengenal pasti teori tatabahasa
wacana yang dipelopori oleh Sanat Md. Nasir dan Sato Hirobumi. Setiap tokoh yang
mengutarakan pendapat masing-masing mengenai wacana. Di samping itu juga, mereka turut
mengemukakan kefahaman atau teori masing-masing untuk dijadikan garis panduan dalam
bidang ini.
2.0
TEORI TATABAHASA WACANA
Pemerhatian analisis struktur di peringkat ayat dengan beranggapan bahawa ayat merupakan
sebuah satuan yang terbesar dalam bahasa atau satuan yang terbesar untuk deskripsi
tatabahasa difokuskan dalam kajian tatabahasa wacana. Menurut Mohd Rashid Md Idris
(2004:31), sesuatu ayat yang diujarkan baik dalam bentuk lisan atau tulisan adalah berfungsi
sebagai satu unsur dalam kesatuan yang dilahirkan oleh jalinan ayat yang menyampaikan
maklumat tentang sesuatu topik. Menurut Asmah (1987:108) dalam buku Mohd Rashid Md
Idris (2004), kesatuan ini memperlihatkan hubungan yang bergabung secara logik antara butir
fikiran dengan perkembangan aqliah yang ada di dalamnya iaitu keteraturan fikiran
(coherence) dan kesatuan ini diberi nama wacana (discourse) atau teks. Bagi Sanat Md.
Nasir, persoalan keteraturan fikiran dalam wacana dipanggil runtutan. Ayat-ayat yang tidak
mempunyai hubungan logik antara satu sama lain dan diletakkan secara berturut-turut,
kumpulan ayat ini tidak boleh dipanggil sebagai runtut.
Selain itu, menurut Asmah (1987:108) dalam Mohd Rashid Md Idris (2004) wacana
juga boleh ditandai dengan perkaitan kebahasaan pada bentuk lahirnya iaitu tetenunan
(cohension). Sanat Md Nasir pula telah menggunakan istilah tautan bagi menjelaskan
persoalan yang sama. Menurut Halliday dan Hassan (1976:4-10), tautan merujuk kepada ciriciri lingusitik yang membantu menghubungkan sesuatu ayat sehingga melahirkan teks yang
padu dan memperlihatkan kesinambungannya. Umumnya, tautan merupakan konsep
semantik yang merujuk kepada hubungan kebahasaan antara satu unsur dengan unsur lain
dalam teks. Wert (1984:60-61) menyatakan bahawa, tautan lazimnya dianggap sebagai satu
proses sintaksis yang menghubungkan ayat-ayat dalam sesuatu teks. Oleh hal demikian,
2

kesan-kesan tautan dapat diperlihatkan melalui bentuk-bentuk linguistik pada ayat-ayat


tertentu. Bentuk-bentuk lingusitik ini membangkitkan unsur seperti kata ganti nama, kata
nama tentu, penguguran dan penegasan.
Susunan sintaksis dalam ayat dapat berfungsi sebagai mengatur susunan maklumat.
Ada pelbagai pola kombinasi ayat, apabila beberapa ayat dirangkakan untuk membentuk
suatu wacana. Menurut Beugrade dan Dressler (1986:17) :
If we assume that structures are always the outcome of intentional
operations, then even single sentences must evolve through election rather
than being derived from abstract rules alone.
Petikan di atas menjelaskan bahawa, dalam sesebuah wacana, ayat-ayat yang
digunakan dianggap telah terpilih secara sedar dari jumlah pilihan yang disediakan. Tujuan
wacana juga adalah untuk menggambarkan bagaimana struktur wacana disusun dengan
memperhatikan penempatan dan peranan unsur-unsur yang didapati pada tiap-tiap bentuk
lahir ayat seperti mofem, kata, frasa, klausa. Wacana juga berfungsi untuk menyatakan suatu
fikiran oleh seseorang penutur. Penyataan fikiran dapat disampaikan melalui struktur dan
sistem yang bersangkutan dengan cara penyampaiannya.
3.0
Teori Tatabahasa Wacana Sanat Md Nasir
Menurut Sanat Md Nasir (1998:122-124), teori-teori bahasa wacana sebelum ini tidak
mempunyai asas yang kukuh kerana ketidakmampuan teori-teori ini melihat hubungan
makhluk dengan Penciptanya (Khaliqnya). Bagi memenuhi keperluan tersebut, wujud sebuah
teori yang lebih ampuh dengan asas-asas yang kukuh iaitu Teori Atqakum. Teori ini
menggabungkan kepadaan deskripsi dan eksplonatori dengan keadaan kepadaan atqakum.
3.0.1 Teori Atqakum
Dalam Teori Atqakum, mempunyai konsep alamma memperlihatkan perlunya bahasa
berfungsi untuk mengajarkan, iaitu oleh Allah kepada manusia. Perkara ini amat berkaitan
dengan fitrah manusia yang bersifat lemah dan jahil. Teori ini mempunyai unit tatabahasanya
iaitu satu konsep yang lebih menyeluruh yang dikenali sebagai Wacana Plus Plus. Dengan
kesinambungan ini, dapat dilihat sauatu yang terbaik yang juga dikenali sebagai Tatabahasa
Wacana Plus Plus. Hirarki dalam unit tatabahasa wacana plus plus boleh dilihat dalam
3
konteks yang paling luas, bermula dengan sesuatu yang tidak diketahui, fonem, kata, frasa,
klausa, ayat, wacana dan berakhir dengan wacana plus plus, yang termasuk hal-hal yang tidak
terjangkau oleh fikiran manusia. Pada peringkat ini, tatabahasa wacana plus plus dilihat
sebagai unit tatabahasa yang terbesar kerana mencakupi perkara-perkara ghaibi.

Tatabahasa wacana plus plus menggabungkan bahasa pertuturan (literal) dengan


bahasa hati untuk menghasilkan kesan yang lebih luas dan mendalam. Rasulullah SAW
dijadikan sebagai model dan ikutan yang terbaik. Selain itu juga, tatabahasa wacana plus plus
bukan sahaja membincangkan unit-unit tatabahasa, malah mencakupi persoalan asal-usul
bahasa (Allamahullbayan). Pendokong tatabahasa wacana plus plus membincangkan perkara
asal usul bahasa berpandukan sumber aqli dan naqli.
Menurut Sanat Md. Nasir, teori-teori bahasa yang wujud dan ada sebelum ini di
negara kita tidak mempunyai asas yang kukuh. Hal ini demikian kerana beliau mengatakan
bahawa, tatabahasa yang kukuh harus memperlihatkan hubungan mahluk dengan Khaliqnya.
Oleh sebab itu, beliau telah mengemukakan sebuah teori tatabahasa wacana yang baru yang
lebih ampuh, lebih unggul dan lebih memenuhi aspirasi mukmin yang diberi nama Teori
Atqakum. Teori ini mengambil kira persoalan qalb, roh dan nafs yang terangkum dalam diri
pengguna bahasa Melayu. Tujuan bahasa adalah untuk mewujudkan hubungan antara
manusia dan hubungannya dengan Pencipta(khaliq). Bahasa Rabbani harus digunakan untuk
membentuk bahasa sopan dan kudus.
Teori Atqakum bukan sahaja sebuah teori malah memainkan peranan yang lebih
penting daripada itu. Teori ini memerintahkan penutur dan pendengar supaya bertaqwa dan
menjadi insan yang paling bertakwa di sisi Allah SWT.
Teori ini turut mengambil kira konsep-konsep yang diajukan iaitu dari segi
asal usul bahasa, fungsi bahasa, moden dan tradisional, korpus, sejagat dan
kenekaan, fitrah, tahap keyakinan, komunikatif, Khaliq dan mahluk, makna
tinggi dan rendah dan tatabahasa yang lebih luas.
(Sanat Md. Nasir, 1998:123)

4
Kesimpulannya, Teori Atqakum ini merujuk kepada segala penulisan yang dibuat
harus bermatlamat untuk bertakwa dan mengajar manusia ke arah kebaikan. Teori ini mampu
mengungkap segala persoalan berkaitan dengan kebahasaan. Selain itu juga, teori ini juga
selari dengan tatabahasa Wacana Plus kerana bahasa tidak dilihat secara terpisah dari agama
dan bahasa perlu dijadikan sebagai alat untuk beribadah.

Teori Atqakum mampu menjawab pelbagai persoalan tentang linguistik seperti takrif
linguistik yang holistik, objektif dan hala tujunya. Teori ini mampu menghuraikan kekusutan
yang sering dialami oleh ahli-ahli bahasa sama ada di Barat mahupun di rantau ini, walaupun
tentang perkara yang asas berhubung dengan teori linguistik (Mohd Rashid Md Idris,
2004:34). Ahli-ahli bahasa ini sering mengalami kecelaruan dan kurang kata sepakat kerana
tiada garis panduan yang jelas ke arah melahirkan penutur dan pendengar yang bertakwa. Hal
ini amat penting kerana Allah SWT tidak membezakan umatnya, sebaliknya Allah SWT
mengatakan bahawa, yang paling mulia di antara kamu adalah yang lebih bertakwa.
Teori Atqakum mempunyai makna yang khusus iaitu merujuk kepada makna
bertakwa. Teori ini menitikberatkan supaya penutur dan pendengar bahasa itu menjadi insan
yang paling bertakwa di sisi Allah SWT. Bagi mencapai tahap ini, penutur bahasa yang
memaksimumkan fungsi utama bahasa untuk berkomunikasi, perlu dilihat dalam kerangka
ibadah (liyabudu). Dalam sebuah komunikasi, maklumat yang disampaikan haruslah jelas
dan bersifat komunikatif (liyubayyina) yang sebaik mungkin menggunakan bahasa
pendengar. Bahasa juga berfungsi sebagai tekstual iaitu menjadi ayat (tanda) bagi merujuk
kepada kemahabesaran Allah (wakhilaf) bagi yang mengetahuinya. Kerangka fungsi bahasa
(liyabudu) ini tidak hanya terbatas kepada penggunaan bahasa tetapi turut melibatkan
pengkaji bahasa dan sesiapa juga yang terlibat dengan aktiviti kebahasaan.
Dalam Teori Atqakum, mempunyai konsep alamma memperlihatkan perlunya
bahasa berfungsi untuk mengajarkan, iaitu oleh Allah kepada manusia. Perkara ini amat
berkaitan dengan fitrah manusia yang bersifat lemah dan jahil. Teori ini mempunyai unit
tatabahasanya iaitu satu konsep yang lebih menyeluruh yang dikenali sebagai Wacana Plus
Plus. Dengan kesinambungan ini, dapat dilihat sauatu yang terbaik yang juga dikenali
sebagai Tatabahasa Wacana Plus Plus. Hirarki dalam unit tatabahasa wacana plus plus boleh
dilihat dalam konteks yang paling luas, bermula dengan sesuatu yang tidak diketahui, fonem,
kata, frasa, klausa, ayat, wacana dan berakhir dengan wacana plus plus, yang termasuk hal5
hal yang tidak terjangkau oleh fikiran manusia. Pada peringkat ini, tatabahasa wacana plus
plus dilihat sebagai unit tatabahasa yang terbesar kerana mencakupi perkara-perkara ghaibi.
Tatabahasa wacana plus plus menggabungkan bahasa pertuturan (literal) dengan
bahasa hati untuk menghasilkan kesan yang lebih luas dan mendalam. Rasulullah SAW
dijadikan sebagai model dan ikutan yang terbaik. Selain itu juga, tatabahasa wacana plus plus
bukan sahaja membincangkan unit-unit tatabahasa, malah mencakupi persoalan asal-usul

bahasa (Allamahullbayan). Pendokong tatabahasa wacana plus plus membincangkan perkara


asal usul bahasa berpandukan sumber aqli dan naqli.
3.0.2 Konsep Tautan
Tautan merupakan pengantara gagasan idea. Gagasan idea bermaksud bagaimana sesuatu
idea atau fikiran dijalinkan dalam sesebuah cerita atau peristiwa untuk membentuk sesebuah
teks. Peristiwa atau cerita yang disampaikan ini mempunyai maknanya. Hal ini bermakna,
sesuatu cerita dan peristiwa yang ingin disampaikan mempunyai perkaitan yang jelas di
antara pemberi (penutur/pengarang) dengan penerima (pendengar/pembaca). Selain tu juga,
konsep tautan merujuk kepada perhubungan antara unsur linguistik sama ada secara
struktural atau semantik. Unsur tautan ini perlu ada dalam unit teks yang berlainan. Unsur
tautan ini dapat membicarakan komponen permukaan teks sama ada secara lisan atau tulisan
secara berturutan.
Sanat Md. Nasir telah mengutarakan ciri bahasa ini perlu ada dalam sesebuah wacana
agar menjadi sebuah wacana yang memenuhi Teori Atqakum. Menurut Sanat Md. Nasir
(1997:27) konsep ini dimaksudkan sebagai hubungan makna yang mengikat sesuatu ayat
dengan yang lain sehingga wujud sebuah teks atau wacana. Oleh yang demikian, tautan
merujuk kepada ayat yang membentuk wacana yang tidak berdiri sendiri dari segi struktur
tetapi saling bergantung utnuk membentuk kesatuan struktur.
Konsep tautan ini harus mengandungi enam ciri-ciri agar dapat membentuk sesebuah
wacana. Ciri-ciri ini ialah perulangan, perulangan sebahagian, paralisme, parafrasa, bentuk
dan elipsis. Ciri perulangan ialah merujuk kepada pengulangan yang berlaku secara terus
sesuatu unsur linguistik tanpa ada perubahan. Frasa yang digunakan pada ayat awal akan
diulang tanpa ada penguguran unsur linguistik frasa tersebut pada ayat kedua. Contoh ayat
dibawah ini mengulang frasa orang-orang tua.

A.1

6
Pada mulanya banyak juga orang-orang tua ditangkapnya dengan

tidak sengaja, tapi orang-orang tua itu dilepaskannya.


Manakala Perulangan Sebahagian pula merujuk kepada pengulangan unsur yang sama
dengan mengubah unsur linguistik yang digunakan sebelumnya. Contoh ayat dibawah ini
mengalami proses pegulangan sebahagian kepada frasa nama dari beberapa buah lori besar
sedia tersusun ditukar kepada frasa lori-lori yang tersusun itu.

A.2

apabila kami terlihat beberapa buah lori besar sedia tersusun

dihadapan panggung itu. Bagi kami lori-lori yang tersusun itu tidaklah bererti
apa-apa pada kami.
Tautan Perulangan Paralisme pula merujuk pengulangan struktur yang sama tetapi tetapi
unsur lain digunakan untuk menganti unsur sebelumnya. Contohnya :
A.3

Ayah membaca buku. Ibu pula membaca majalah. Unsur ibu dan

majalah mengantikan unsur ayah dan buku.


Selain itu, terdapat juga Tautan Perulangan Parafrasa. Tautan Perulangan Parafrasa
pula berlainan sedikit dengan Tautan Perulangan Paralisme iaitu Parafrasa ialah pengulangan
isi atau wacana yang sama tetapi diganti dengan unsur lain. Contoh ayat parafrasa dapat
dilihat dalam A.4. Bentuk pula merujuk kepada pengulangan bentuk.
A.4

Farhan mendapat tempat pertama. Tempat pertama milik Farhan.

Tautan Perulangan Elipsis pula merupakan pengulangan struktur dan unsur yang sama tetapi
menghilangkan sebahagian ujarannya. Pada contoh A.5 terdapatnya perguguran pada kata
nama Farid dan kata kerja pulang dihilangkan.
A.5

Farid sudah pulang? Belum. (Farid belum pulang.)

Selain daripada itu, Sanat Md. Nasir juga mengunakan prinsip rujukan iaitu
mengunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk untuk menghasilkan
kaitan. Contohnya dapat dilihat seperti A.6 di bawah.
7
A.6

Darus rajin belajar. Dia bijak.

Tautan penghubung ayat berfungsi untuk menghubungkan ayat yang menunjukkan


maksud secara pertambahan, perlawanan, sebab akibat dan waktu. Seterusnya adalah prinsip
leksikal yang dapat dilihat daripada aspek wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu
wacana. Hubungan leksikal antara bahagian dalam wacana tercapai dengan cara memilih
kosa kata yang serasi. Terdapat pelbagai cara untuk memperoleh hubungan leksikal. Antara
caranya termasuklah dengan mengulang kata yang sama, dengan menggunakan antonim
dengan menggunakan sinonim, dengan menggunakan hiponim, kolokasi dan juga unsur
bersambut. Begitulah ciri-ciri konsep tautan yang telah dikemukakan Sanat Md. Nasir.
3.0.3
Konsep Tema

Terdapat salah satu struktur yang bercirikan amanat dikenali sebagai struktur tema. Struktur
tema adalah merujuk kepada struktur dalam ayat yang ditandai dengan tema (T) dan juga
rema ( R). Hal ini dapat dirumuskan mengunakan rumus T + R = ST.
Menurut Sanat Md. Nasir, konsep ini untuk membentuk sebuah wacana yang lengkap.
Tambah beliau lagi, konsep struktur tema adalah struktur dalam ayat yang ditandai tema dan
rema. Struktur tema dilihat sebagai sesuatu yang mencirikna klausa sebagai amanat. Klausa
sebagai struktur amanat terdiri daripada tema dan juga rema. Tema harus berada dihadapan
klausa atau awal klausa. Rema pula berada atau diletakkan selepas tema. Misalnya (Farah)
(pergi ke sekolah) Farah merupakan tema dalam klausa ini dan pergi ke sekolah pula
merupakan rema dalam klausa.
Contoh struktur tema oleh Sanat Md. Nasir;
TEMA
REMA
(saya pernah mendengar)
(seorang jiran menceritakan perihal askar-askar Jepun yang
menunggu penonton-penonton di luar panggung wayang
dengan beberapa buah lori yang besar-besar.)
Berdasarkan contoh di atas dapat dilihat, struktur tema berada dihadapan ayat yang
berfungsi sebagai benda atau subjek dalam klausa. Kemudian, tema diikuti oleh rema yang
berperanan untuk menceritakan tema dalam klausa tersebut.

4.0

8
Teori Tatabahasa Wacana Sato Hirobumi (Rahmat Abdullah)

Sato Horibumi atau Rahmat Abdullah merupakan ahli bahasa yang telah giat dalam
menganalisis bidang wacana. Beliau telah menghasilkan tesis Ph.D dengan tajuk Analisis
Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah. Berdasarkan
idea beliau dalam tesis ini, beliau memberi tumpuan pada hubungan antara susunan ayat yang
logikal atau runtutan dan susunan maklumat. Selain daripada itu, beliau turut memberi
ketenunan ayat yang berkaitan dengan hubungan tersebut.
Menurut Sato Hirobumi dalam Mohd Rashid Md Idris (2004:11), runtutan merupakan
pengantara gagasan idea. Gagasan idea ialah cara sesuatu idea atau fikiran dijalinkan dalam
sesebuah cerita atau peristiwa untuk membentuk teks. Cerita dan peritiwa ini merupakan
idea-idea yang memberi makna kepada pembaca. Makna ini disampaikan daripada penulis
kepada pembaca. Hal ini bermakna penulis dan pembaca mempunyai perkaitan yang sangat
jelas dalam konsep runtutan. Menurut beliau lagi, runtutan dapat dilihat dalam empat
peringkat iaitu tahap tujuan, tahap penerimaan, tahap maklumat dan tahap keadaan.

4.0.1

Konsep Runtutan

Menurut beliau lagi, runtutan dapat dilihat dalam empat peringkat iaitu tahap tujuan, tahap
penerimaan, tahap maklumat dan tahap keadaan.
I.

Tahap tujuan merujuk kepada penulis menentukan tujuan beliau menulis wacana dan
melihat sejauh mana teks memasuki atau menepati tujuan penulis. Di samping itu,
penulis dapat menimbulkan interaksi komunikatif. Tujuan ini ditentukan pleh penulis
atau pembicara. Oleh kerana tujuan dapat mengawal fikiran supaya tidak tergelincir
daripada maksud asal penulisan. Misalnya sekiranya penulis atau pembicara itu ingin
melahirkan perasaan maka dia boleh mengunakan puisi.

II.

Tahap penerimaan menunjuk kepada penilaian yang dibuat oleh penulis terhadap
kebolehan pembacanya menerima mesej yang disampaikan. Tahap penerimaan
seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana
yang diujarkan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Tahap penerimaan menjadi
tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan. Seorang penulis atau
pembicara perlu mengembangkan idea topik dengan sempurna dan lengkap bagi
9
memudahkan pembaca memahami tujuan penulisan dan berpuas hati dengan
pembacaan agar mereka dapat memahami wacana yang hendak disampaikan.

III.

Tahap maklumat pula berkaitan dengan sesebuah teks itu sendiri. Sesebuah teks itu
dilihat sejauh mana sesuatu maklumat dalam teks menepati tanggapan pembaca.
Maklumat yang terkandung dalam sesebuah wacana terbahagi kepada dua, iaitu
maklumat lama dan maklumat baharu. Maklumat ini harus selaras dan tidak
bertentangan, sekiranya maklumat ini bertentangan maka wacana tidak terhasil.
Maklumat baru dan maklumat lama harus mempunyai keserasian dan memiliki
kesinambungan antara idea yang hendak disampaikan serta perlu selaras dengan
tujuan penyampaian agar tidak terdapatnya maklumat yang bertentangan.

IV.

Tahap keadaan yang berkaitan dengan faktor yang menjadikan teks releven dengan
situasi ujaran sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan.
Keadaan ini ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan dan membantu pendengar atau
pembaca memahami sesuatu wacana. Pemilihan kata, frasa atau ayat haruslah melihat

kesesuaian keadaan dan melihat pertautan ayat dan kesinambungan idea dalam
wacana. Sebelum menghasilkan sesuatu wacana, seseorang harus menyedari dan
menimbangkan khalayaknya. Misalnya memilih laras bahasa yang sesuai dengan
khalayak. Kedudukan khalayak menentukan gaya wacana sama ada formal atau tidak
formal.
4.0.2

Konsep Struktur Maklumat

Sato Hirobumi menyimpulkan bahawa, semasa berlakunya komunikasi penyampai tidak


selalu diberi peluang untuk memastikan sama ada maklumat yang hendak disampaikan
merupakan maklumat lama atau maklumat baru bagi penerimanya. Jika setiap penyampai
berkomunkasi sambil memastikan tiap-tiap maklumat yang disampaikan sama ada baru atau
lama, maka proses komunkasi akan menjadi tidak berkesan. Oleh sebab itu, pihak yang ingin
menyampaikan mesej perlu meneka dan memastikan sama ada maklumat yang hendak
disampaikan itu sudah ada dalam pengetahuan penerimanya atau tidak. Oleh sebab itu, cara
untuk mengenal pasti jenis maklumat ini perlu ada pada seorang penyampai. Maklumat dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu Maklumat Lama dan Maklumat baru.

10
I.

Maklumat Lama (ML)

ML merupakan

maklumat yang sedia ada dalam diri penerima mesej. Oleh sebab itu,

maklumat ini dikenali sebagai maklumat lama kerana sudah ada dalam otak penerima. Sato
Horobumi telah membahagikan maklumat ini kepada tujuh iaitu melalui kaedah perujukan,
kaedah penggantian, kaedah pengulangan, kaedah pengulangan sebahagian, kaedah
penghilangan, kaedah leksikel dan kaedah prafrasa.
Kaedah perujukan ialah mengunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama
tunjuk untuk menghasilkan perkaitan antara bahagian dalam wacana. Contoh Usman dan saya
dapat mengunakan rujukan kata ganti nama kami dalam wacana seperti dalam ayat A.1 :
A.1 Usman dan saya baru sahaja lepas menonton wayang gambar dan
sedang kami beriang-riang terlihat beberapa buah lori sedang tersusun
di hadapan pawagam.
Kaedah penggantian pula ialah unsur yang disebut diganti dengan bentuk baru secara
semantik. Contohnya bukan kau seorang mengantikan frasa kita dalam ayat di bawah :

A.2 kata saya : Bukan kau seorang sahaja yang terpaksa masuk ke dalam
lori itu.
A.3 kita semuanya, termasuk aku.
Seterusnya ialah kaedah pengulangan. Kaedah Pengulangan ialah kaedah yang mengulang
rangkai kata tanpa perubahan. Dapat disimpulkan bahawa tidak ada perubahan unsur
linguistik pada pengulangan ayat yang seterusnya. Misalnya A.4 tidak mengubah unsur
linguistik orang-orang tua pada ayat yang seterusnya.
A.4 Pada mulanya banyak juga orang-orang

tua ditangkapnya dengan

tidak sengaja, tapi orang-orang tua itu dilepeskannya.


Selain daripada kaedah pengulangan tanpa perubahan ini terdapat juga pengulangan
sebahagian iaitu wujud perubahan kategori pada rangkai kata yang mengulang. Contohnya
beberapa buah lori besar sedia tersusun diulang menjadi lori-lori yang tersusun itu dalam A.5.

11
A.5 apabila kami terlihat beberapa buah lori besar sedia tersusun
dihadapan panggung itu. Bagi kami lori-lori yang tersusun itu tidaklah
bererti apa-apa pada kami.
Kaedah elipsis pula merujuk kepada maklumat yang menghilang atau lebih dikenali lagi
mesej yang ingin disampaikan tidak disampaikan sepenuhnya. Contoh kesatuan wacana dapat
dilihat dalam ayat A.6 iaitu elipsis 01 (yang telah menonton wayang gambar), 02 (oleh
soldadu-soldadu Jepun yang bengis) dan 03 (yang besar) dapat memberi kewajaran dan
ketepatan penggunaanya supaya komunikasi unggul dan berkesan.
A.6 Beberapa banyak orang muda 01, menurutnya, telah ditangkap dan
ditangkap 02 dipaksa masuk ke dalam lori 03 itu.
Kaedah leksikel ialah merujuk kepada pertalian antara perkataan dengan wacana secara
semantik. Selain daripada itu juga leksikel dikatakan pertalian antara ayat secara semantik
seperti hubungan kehiponiman dan hubungan bahagian-keseluruhan. Contoh A.7 merujuk
tubuh badan manusia kepada anggota badan termasuk kepala, mata dan leher.

A.7 Di tubuh badan kita maka bukan sedikit anggota-anggota kita yang
bulat keadaannya kepala, mata lengan, leher dan jari kita pun
bukankah bulat?
Kaedah yang terakhir ialah kaedah prafrasa penyataan idea yang sama tetapi berbeza. Kaedah
prafrasa juga menunjukkan hubungan makna tetapi struktur berlainan. Contoh ayat A.8
menunjukkan struktur yang berlainan tetapi makna sama.
A.8

Farhan mendapat tempat pertama. Tempat pertama milik Farhan.

Berdasarkan penerangan dan contoh ayat yang menanda maklumat lama ini sangat membantu
dalam proses analisis wacana. Para pengkaji bidang ini mudah menentukan kategori
maklumat lama apabila mengunakan penanda maklumat ini.
II.

Maklumat Baru (MB)

Kehadiran maklumat lama hanya sebagai pilihan atau opsional dan tumpuan atau fokus
maklumat adalah harus kepada maklumat baru, berdasarkan kepada penelitian penanda
12
maklumat lama. Perkara utama antara dua jenis maklumat ini ialah maklumat baru harus
diberi penumpuan lebih. Walau bagaimanapun, keutamaan ini sekadar peringkat kajian
empirikal sahaja.
Maklumat baru dapat dikenali melalui tanda tinggi dan apabila ada penanda
digunakan sebagai maklumat baru. Menurut Sato Hirobumi terdapat empat penanda
maklumat baru iaitu maklumat baru tambahan, maklumat baru konstrastif, maklumat baru
pemberitaan neutral dan maklumat baru fokus.
Maklumat baru tambahan ialah cerita berkaitan dengan judul dianggap maklumat
baru. Hal ini bermakna, subjek yang berada di hadapan ayat adalah maklumat lama manakala
predikat yang berada di belakang subjek dikenali sebagai maklumat baru. Contoh
pembahagian atau pengasingan maklumat baru tambahan dengan maklumat lama dapat
dilihat pada contoh di bawah.
Maklumat lama :

-Maklumat Baru Tambahan

Judul

-Cerita

Bulat

-apa yang ganjil pada bulat?

Maklumat baru konstrastif pula merujuk kepada dua atau lebih klausa berlainan dari
segi semantik. Dengan erti kata lain, dalam satu ayat terdapat dua maklumat baru. Misalnya
dalam contoh di bawah nanti mengandungi tiga struktur maklumat berdasarkan tiga klausa
yang ditandai oleh K.1, K.2, dan K.3 bagi membentuk ayat tersebut. Setiap klausa
mempunyai amanat tersendiri serta dapat menepati maksud maklumat baru konstraktif. Frasa
nama yang banyak itu pun (K.1), frasa adjektif keadaannya (K.2) dan frasa kerja jika boleh
dilihat dekat (K.3) adalah dikategorikan sebagai maklumat baru kontraktif.
Maklumat Lama :

-Maklumat Baru Kontrastif

Judul

-Cerita

Barangkali bintang

-yang banyak itu pun (K.1)

bulat

-keadaannya (K.2)

01 (bintang)

-jika boleh dilihat dekat. (K.3)


13

Maklumat Baru Pemberitaan Neutral pula ialah maklumat yang tidak tidak
mengandungi maklumat lama. Maklumat ini merujuk kepada kedua-dua maklumat adalah
baru dan tidak ada maklumat lama.
Maklumat baru fokus pula ialah pendepanan predikat supaya menjadi subjek atau
judul cerita untuk berfungsi sebagai judul atau tema. Maklumat baru fokus ini mempunyai
keunikan yang tersendiri kerana berada pada kedudukan di awal klausa atau ayat dan
berfungsi sebagai tema atau fokus ayat. Maklumat ini menjadi maklumat baru apabila
mengalami pendepanan predikat atau cerita. Contohnya dalam ayat di bawah nanti frasa
nama sesungguhnya apakah yang ganjil dikategorikan maklumat baru fokus setelah ayat
disongsangkan. Manakala frasa nama ya-tiada yang ganjil dan dan tidak ada pentingnya
berfungsi sebagai maklumat baru fokus setelah mengalami proses yang sama. Frasa yang
selain daripada itu pula berfungsi sebagai maklumat lama yang boleh hadir atau tidak dalam
ayat.
Maklumat Baru Fokus :

-Maklumat Lama :

Judul

-Cerita

Sesungguhnya apakah yang ganjil

-pada bulat?

Ya-tiada ganjil

-01 (pada bulat)

Dan tidak ada pentingnya

-pada bulat.

5.0
KESIMPULAN
Kesimpulannya, wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana mempunyai ciriciri yang terdiri daripada tujuh tahap, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat,
keadaan dan juga interteks.Sanat Md Nasir dan Sato Hirobumi merupakan tokoh yang bergiat
aktif dalam bidang kajian wacana. Mereka masing-masing mengemukakan beberapa prinsip
yang berkaitan dengan bidang tatabahasa wacana.
Sanat Md. Nasir telah mengemukakan Teori Atqakum, konsep tautan dan konsep
struktur tema dalam sesebuah wacana. Sato Hirobumi atau Rahmat Abdullah pula
memperkenalkan konsep runtutan dan struktur maklumat yang terdiri daripada maklumat
14
baru dan maklumat lama. Hasil kajian mereka ini telah menjadi panduan kepada penyampai
wacana pada masa kini sebagai panduan semasa menghasilkan wacana mereka.
(3,995 PATAH PERKATAAN)

15
RUJUKAN
Adenan Ayob, Mohd Rashid Md Idris & Mohd Rain Shaari (2010). Aspek kemahiran
berbahasa. Tanjong Malim: Emeritus Publications.
Aminudidin et al. (2002). Analisis wacana: Dari linguistik sampai dekonstruksi. Yokyakarta:
Pusat Studi Kebudayaan Universitas Gadjah Mada.
Azhar M. Simin. (1998). Analisis wacana Yang dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hendry Tarigan (1995). Pengajaran wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khadijah Hamid (1998). Kohesi dan koherensi. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian
Melayu, Universiti Malaya.
Mohd Rashid Md Idris (2004). Analisis wacana cerpen dari perspektif struktur maklumat
dan struktur tema. Kuala Lumpur: ACH Communications Sdn. Bhd.
Mohd Rashid Md Idris (2007). Monograf bahasa Melayu jilid 2. Kuala Lumpur: IIUM Press.
Mohd Rashid Md Idris et.al. (2011) Analisis wacana. Tanjung Malim: Emeritus Publications.
Mohd Rashid Md Idris et.al. (2011) Tatabahasa wacana. Tanjung Malim: Emeritus
Publications.
Nik Safiah Karim (2010). Wacana satu huraian ringkas. Diperoleh pada Februari 17, 2011
daripada http://kjpengajianmelayu.blogspot.com/2010/01/wacana-bahagian-1.html
Sanat Md. Nasir & Rogayah A. Razak (1998). Pengajian bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Akademi pengajian Melayu Universiti Malaya.

Sanat Md. Nasir (2002). Tautan dalam wacana bahasa Melayu akhbar. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

16
BAHAGIAN B
1.0

PENGENALAN

Menurut pendapat Halliday (1994), tema ialah bahagian ayat yang sudah diketahui atau
sekurang-kurangnya jelas dalam situasi yang telah dimaklumkan lebih awal oleh pewacana.
Pendapat Halliday turut dipetik oleh Mohd Rashid Md Idris (2007:76), struktur tema
merupakan salah satu struktur yang bercirikan amanat. Kemudian, menurut Sanat Md. Nasir,
struktur tema dilihat sebagai sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat(Mohd Rashid
Md Idris (2004:21). Menurutnya lagi, klausa sebagai struktur amanat terdiri daripada tema
dan rema.
2.0

KONSEP STRUKTUR TEMA

Terdapat salah satu struktur yang bercirikan amanat dikenali sebagai struktur tema. Struktur
tema adalah merujuk kepada struktur dalam ayat yang ditandai dengan tema (T) dan rema
(R). Perkara ini dapat dirumuskan mengunakan rumus T + R = ST. Mengikut Mohd Rashid
Md Idris (2007:77) dalam sesebuah klausa tema biasanya berada di hadapan iaitu menjadi
titik mula amanat dan perhatian dalam klausa. Seterusnya, tema diikuti oleh rema yang
bertugas sebagai penerang. Segala ayat yang selepas tema dikenali sebagai rema.
Sanat Md. Nasir juga mengemukan konsep ini untuk membentuk sebuah wacana yang
lengkap. Menurut Sanat Md. Nasir, konsep struktur tema merupakan struktur dalam ayat yang
ditandai dengan tema dan rema. Struktur tema dilihat sebagai sesuatu yang mencirikan klausa
sebagai amanat. Klausa sebagai struktur amanat terdiri daripada tema dan juga rema. Tema
harus berada dihadapan klausa atau awal klausa. Rema pula berada atau diletakkan selepas
tema. Misalnya, ayat (Farid) (pergi ke pasar) di mana Farid merupakan tema dalam klausa ini
dan pergi ke pasar pula merupakan rema dalam klausa.

Contoh struktur tema yang seterusnya adalah seperti berikut:


TEMA

REMA

[Dia pernah mendengar]

[seorang tua menceritakan perihal askaraskar British yang menunggu penontonpenonton di luar kawasan kampung
dengan beberapa buah lori yang besarbesar]

17
Mengikut contoh di atas dapat dilihat bahawa struktur tema berada dihadapan ayat yang
berfungsi sebagai benda atau subjek dalam klausa. Kemudian, tema diikuti oleh rema yang
berperanan untuk menceritakan tema dalam klausa tersebut. Begitulah contoh struktur tema
yang dikemukakan oleh Sanat Md. Nasir.
Sanat Md Nasir dalam Mohd Rashid Md Idris (2004) menyatakan struktur tema
sebagai sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat. Klausa dalam struktur tema
terbahagi kepada tema dan rema. Tema boleh difahami sebagi fokus utama penceritaan.
Selain itu, tema boleh difahami sebagai subjek yang diterangkan sedangkan rema merupakan
predikat yang menerangkan subjek. Perkara ini dapat difahami melalui contoh seperti di
bawah ini:
TEMA

REMA

[Abu]

[suka makan kuih]

Contoh ayat di atas menunjukkan penggunaan tema dan rema. Tema boleh dilihat
melalui perkataan Abu kerana berfungsi sebagai subjek yang diterangkan sedangkan suka
makan kuih pula merupakan rema kerana berfungsi menerangkan predikat. Bolehlah
disimpulkan secara ringkas bahawa struktur tema mempunyai dua bahagian, iaitu tema dan
rema. Rumus di bawah menggambarkan kenyataan ini :
ST

T+R

Struktur tema (ST) dibahagikan kepada dua di mana yang pertama ialah tema. Tema
(T) biasanya berada di hadapan sebagai titik mula amanat dan perhatian dalam klausa. Selain
itu, tema juga merujuk kepada kategori formal sebagai unsur pada kedudukan awal klausa.
Tema boleh terdiri daripada kata nama (KN), kata sendi nama (KSN) dan kata hubung
(K.Hbg.) Misalnya :

i.

Suraya pergi ke pawagam.


[Suraya]

[pergi ke pawagam.]

T (Kata Nama)

Tema bagi klausa tersebut ialah kata nama khas Suraya.

18
1.2.

Di Sarawak, Aman tinggal.


[Di Sarawak,]

[Aman tinggal.]

T (Kata Sendi Nama)

Kata sendi di Sarawak merupakan tema bagi klausa tersebut.


iii.

Dengan cepat, dia membuka pintu bilik itu.


[Dengan cepat,]

[dia membuka pintu bilik itu.]

T (Kata Hubung)

Frasa kata sendi nama dengan cepat merupakan tema bagi klausa tersebut.
Rema pula didefinisikan sebagai bahagian yang mengembangkan tema. Biasanya,
rema terletak pada bahagian belakang iaitu selepas tema. Kenyataan ini dijelaskan seperti
contoh ayat di bawah ini:
i.

Suraya pergi ke pawagam.


[Suraya]

[pergi ke pawagam.]

T (Kata Nama)

Rema bagi klausa tersebut ialah frasa kata kerja pergi ke pawagam.
ii.

Di Sarawak, Aman tinggal.


[Di Sarawak,]
T (Kata Sendi Nama)

[Aman tinggal.]
R

Frasa nama Aman tinggal merupakan rema bagi klausa tersebut.


iii.

Dengan cepat, dia membuka pintu bilik itu.


[Dengan cepat,]

[dia membuka pintu bilik itu.]

T (Kata Hubung)

Frasa kata nama dia membuka pintu bilik itu merujuk kepada rema bagi klausa di
atas.
19
3.0

ANALISIS STRUKTUR TEMA 30 AYAT DALAM CERPEN HARGA SEBUAH


LUKISAN

Berdasarkan 30 ayat daripada Cerpen Harga Sebuah Lukisan yang dikaji, terdapat satu tema
dan rema bagi 10 ayat yang dikaji. Manakala 7 ayat lagi mengandungi dua tema dan rema.
Ayat-ayat di bawah diperturunkan untuk memperlihatkan struktur tema:
A.1

Dibeleknya helai demi helai buku kumpulan lukisan.


TEMA
[dibeleknya helai demi helai]

REMA
[buku kumpulan lukisan]

Berdasarkan A.1, frasa kata sendi nama dibeleknya helai demi helai merupakan
tema, manakala frasa kata nama buku kumpulan lukisan merupakan rema bagi ayat
tersebut.
A.2

A.3

Himpunan lukisan artis-artis tersohor Malaysia.


TEMA

REMA

[himpunan lukisan]

[artis-artis tersohor Malaysia]

Lukisan yang temanya pelbagai: Sejarah pemandangan desa, budaya dan alam

manusia, dan haiwan.


TEMA

REMA

[lukisan yang temanya pelbagai]

[sejarah pemandangan desa, budaya dan


alam manusia dan haiwan]

Dalam ayat A.2, frasa kata nama himpunan lukisan merupakan tema, frasa kata
nama artis-artis tersohor Malaysia berfungsi sebagai rema. Manakala A.3, frasa kata
hubung lukisan yang temanya pelbagai berfungsi sebagai tema. Manakala frasa kata nama
sejarah pemandangan desa, budaya dan alam manusia, dan haiwan rema bagi ayat tersebut.

20
A.4

Kesemuanya memberikan ilham kepadanya, tetapi Kamal Hijaz lebih tertarik pada

gambar pemandangan petani bergotong-royong semasa menuai padi.


TEMA 1

REMA 1

[kesemuanya]

[memberikan ilham kepadanya]

TEMA 2

REMA 2

[tetapi]

[Kamal Hijaz lebih tertarik pada gambar pemandangan petani


bergotong- royong semasa menuai padi]

Dalam

A.4,

terdapat

dua

klausa,

iaitu

kesemuanya

memberikan

ilham

kepadanya(K.1) dan tetapi Kamal Hijaz lebih tertarik pada gambar pemandangan petani
bergotong-royong semasa menuai padi(K.2). Frasa kata nama kesemuanya dalam klausa
pertama (K.1) merupakan tema satu ayat tersebut, manakala rema satunya pula fasa sendi
nama memberikan ilham kepadanya. Bagi klausa kedua (K.2) kata hubung tetapi
merupakan tema duanya, manakala rema duanya farsa kata sendi nama Kamal Hijaz lebih
tertarik pada gambar pemandangan petani bergotong-royong semasa menuai padi
A.5

Pada latarnya, anak-anak berlarian untuk menaikkan wau bulan dan tidak kurang juga

pada lukisan dua orang pahlawan yang sedang bertikam di atas dulang besar.
TEMA 1

REMA 1

[Pada latarnya]

[anak-anak berlarian untuk menaikkan wau bulan]

TEMA 2

REMA 2

[dan tidak kurang juga pada lukisan dua orang pahlawan]

[yang sedang bertikam di


atas dulang besar]

Begitu juga A.5, terdapat dua klausa, iaitu pada latarnya anak-anak berlarian untuk
menaikan wau bulan(K.1), manakala dan tidak kurang juga pada lukisan dua orang
pahlawan yang sedang bertikam di atas dulang besar(K.2). Dalam klausa pertama frasa kata
sendi nama pada latarnya merupakan tema satunya dan kata nama anak-anak berlarian
untuk menaikkan wau bulan rema satunya. Bagi klausa keduanya farsa kata hubung dan
21
tidak kurang juga pada lukisan dua orang pahlawan sebagai tema duanya, manakala rema
duanya, frasa kata hubung yang sedang bertikam di atas dulang besar.
A.9

Tetapi, dia tidak dapat membulatkan hatinya, lukisan yang akan menjadi model nanti.
TEMA 1

REMA 1

[tetapi]

[dia tidak dapat membulatkan hatinya]

TEMA 2

REMA 2

[lukisan]

[yang akan menjadi model nanti]

A.9 mempunyai dua klausa iaitu tetapi dia tidak dapat membulatkan hatinya(K.1)
dan klausa kedua lukisan yang akan menjadi model nanti(K.2). Frasa kata hubung tetapi
merupakan tema satunya dalam K.1, manakala rema satunya frasa kata nama dia tidak dapat
membulatkan hatinya. Tema dua bagi K.2 ialah kata nama lukisan dan frasa kata hubung
yang akan menjadi model nanti sebagai rema duanya.
A.10

Walau apa-apa pun, Kamal Hijaz akan berlatih untuk membuat kedua-duanya sekali,

tetapi, dia tidaklah mahu melukis seratus peratus menurut apa-apa yang dilihatnya.
TEMA 1

REMA 1

[walau apa-apa pun]

[Kamal Hijaz alan berlatih untuk membuat keduaduanya sekali]

TEMA 2

REMA 2

[tetapi]

[dia tidaklah mahu melukis seratus peratus menurut


apa-apa yang dilihat]

Sebagaimana A.9, A.10 juga mempunyai dua klausa. K.1, walau apa-apa pun Kamal
Hijaz akan berlatih untuk membuat kedua-duanya sekali. Frasa kata hubung walau apa-apa
pun merupakan tema satunya, rema satunya pula frasa nama Kamal Hijaz akan berlatih
untuk membuat kedua-duanya sekali. Manakala K.2 pula tetapi dia tidaklah mahu melukis
seratus peratus menurut apa-apa yang dilihat. Tema duanya frasa kata hubung tetapi dan
22
rema duanya frasa kata nama dia tidaklah mahu melukis seratus peratus menurut apa-apa
yang dilihat.
A.11

Watak-watak akan diubah dan latar belakangnya akan dicanting-canting seperti

lukisan batik.
TEMA 1

REMA 1

[watak-watak]

[akan diubah]

TEMA 2

REMA 2

[dan latar belakangnya]

[akan dicanting-canting seperti lukisan batik]

Begitu juga A.11, terdapat dua klausa iaitu watak-watak akan diubah(K.1) dan dan
latar belakangnya akan decanting-canting seperti lukisan batik(K.2).

Frasa kata nama

watak-watak merupakan tema satunya, manakala frasa kata hubung akan diubah rema
satunya. Bagi kalusa kedua ayat tersebut, frasa kata hubung dan latar belakangnya sebagai
tema duanya, manakala rema duanya juga frasa kata hubung.
A.15

A.17

Jari-jemarinya lembut melakar.


TEMA

REMA

[jari-jemarinya]

[lembut melakar]

Bakat seninya diwarisi daripada sebelah bapanya.


TEMA

REMA

[bakat seninya]

[diwarisi daripada sebelah bapanya]

Berdasarkan A.15, frasa kata nama jari-jemarinya merupakan tema, manakala frasa
adjektif lembut melakar merupakan rema bagi ayat tersebut. Begitu juga dengan A.17, frasa
nama bakat seninya berfungsi sebagai tema, manakala frasa kata sendi nama diwarisi
daripada sebelah bapanya merupakan rema. Kedua-dua ayat tersebut mempunyai satu tema
dan satu rema.

23
TEMA

REMA

[Darah seni bapanya]

[turut mengalir ke dalam darahnya]

TEMA

REMA

[Tetapi]

[bakat seni itulah yang dicemburui oleh rakanrakan sekelasnya]

Begitu jua dengan A.19 dan A.22, kedua-dua ayat tersebut mempunyai satu tema dan
satu rema. A.19, farasa kata nama darah seni bapanya merupakan tema, manakala frasa
sendi nama turut mengalir ke dalam darahnya merupakan rema bagi ayat tersebut.
Manakala A.22, frasa kata hubung tetapi merupakan tema, manakala frasa kata hubung
bakat seni itulah yang dicemburui oleh rakan-rakan sekelasnya
A.25

Cikgu Salina sudah pun memaklumkan pertandingan melukis peringkat daerah

kepada murid-murid yang berminat untuk menyertainya supaya mereka menyiapkan diri ke
arah itu.
TEMA 1

REMA 1

[Cikgu Salina]

[sudah pun memaklumkan pertandingan melukis peringkat daerah]

TEMA 2

REMA 2

[murid-murid]

[yang berminat untuk menyertainya supaya menyiapkan diri ke arah


itu]

A.25 mengandungi dua klausa, iaitu cikgu Salina sudah pun memaklumkan
pertandingan melukis peringkat daerah(K.1) dan murid-murid yang berminat untuk
menyertainya supaya menyiapkan diri ke arah itu(K.2). Fasa kata nama cikgu
Salinamerupakan tema satunya, manakala rema satunya frasa kata bantu sudah pun
memaklumkan pertandingan melukis peringkat daerah. Begitu jua klausa frasa nama muridmurid merupakan tema dua ayat tersebut, manakala frasa kata hubung yang berminat untuk
menyertainya supaya menyiapkan diri ke arah itu rema duanya.

24
A.27

Kamal Hijaz akan menggunakan medium water colour sebagai pilihannya.

TEMA

REMA

[Kamal Hijaz]

[akan menggunakan medium water colour sebagai


pilihan]

Bagi A.27, kata nama Kamal Hijaz merupakan tema, manakala frasa kata hubung
akan menggunakan medium water colour sebagai pilihan merupakan rema ayat tersebut.
A.29

Tiga hari Kamal Hijaz berlatih untuk melukis gambar pemandangan di sawah padi

dan gambar pahlawan sedang bertikam.


TEMA

REMA

[tiga hari Kamal Hijaz]

[berlatih untuk melukis gambar pemandangan di sawah padi


dan gambar pahlawan sedang bertikam]

Dalam A.29 frasa kata nama tiga hari Kamal Hijazmerupakan tema, manakala frasa
kata sendi nama berlatih untuk melukis gambar pemandangan di sawah dan gambar
pahlawan sedang bertikam merupakan rema ayat tersebut.
A.30

Dia lebih bertekad untuk melukis gambar pemandangan di sawah padi ketika petani

sedang bergotong-royong menuai padi dan pada latarnya kanak-kanak sedang bermain wau
bulan.
TEMA 1

REMA 1

[dia lebih bertekad]

[untuk melukis gambar pemandangan di sawah padi ketika


petani sedang bergotong-royong menuai]

TEMA 2

REMA 2

[pada latarnya]

[kanak-kanak sedang bermain wau bulan]

25
Dalam A.30 terdapat dua klausa iaitu dia lebih bertekad untuk melukis gambar
pemandangan di sawah ketika petani sedang bergotong-royong menuai(K.1) dan pada
latarnya kanak-kanak sedang bermain wau bulan(K.2). Frasa kata nama dia lebih bertekad
merupakan tema satu bagi ayat tersebut, manakala rema satunya pula frasa kata hubung
untuk melukis gambar pemandangan di sawah padi ketika petani sedang bergotong-royong
menuai. Bagi klausa kedua ayat tersebut pula, tema duanya ialah frasa kata hubung pada
latarnya, manakala rema duanya frasa kata nama kanak-kanak sedang bermain wau bulan.
4.0

ANALISIS KUANTITATIF
STRUKTUR TEMA
Ayat-ayat yang Terlibat

A.1

A.2

A.3

A.4

A.5

A.9

A.17

A.19

A.22

A.25. A.26 A.27 A.28

A.30

A.10 A.11 A.15

5.0

Kekerapan

Peratusan (%)

17

57

KESIMPULAN

Kesimpulannya, struktur tema merupakan satu kategori tatabahasa yang formal yang merujuk
kepada unsur pertama dalam klausa. Manakala rema pula adalah apa yang diperkatakan
tentang tema dan selalunya merupakan predikat sesuatu ayat. Unsur binaan tema terdiri
daripada unsur kata, gugusan kata atau klausa yang boleh terdiri daripada salah satu kategori

frasa nama, kata tugas atau frasa sendi. Unsur yang terbina juga dapat mewujudkan tema
mudah atau tema majmuk.
Bagi struktur tema, didapati bahawa Baharudin A.Manan mengunakan ayat satu tema
dan rema dan ayat yang mengandungi dua tema dan rema dalam menghasilkan penulisan
cerpen Harga Sebuah Lukisan

26
Hasil analisis terhadap struktur tema dalam cerpen ini pula melibatkan 30 ayat,
didapati 17 ayat (57%) dalam cerpen Harga Sebuah Lukisan mengandungi struktur tema.
Hal ini jelas menujukan peranan penting struktur tema dalam sesebuah penulisan bagi
menarik perhatian dan minat pembaca ke arah pembacaan yang lebih bermakna. Maka,
analisis ini menjelaskan bahawa komunikasi yang berlaku melalui satu proses daripada
mental sebelum ujaran dihasilkan untuk difahami oleh pembaca atau pendengar.

27
RUJUKAN
Mohd Rashid Md Idris (2007). Monograf bahasa Melayu jilid 2. Kuala Lumpur: IIUM
Press.
Mohd Rashid Md Idris et.al. (2011) Analisis wacana. Tanjung Malim: Emeritus
Publications.
Mohd Rashid Md Idris et.al. (2011) Tatabahasa wacana. Tanjung Malim: Emeritus
Publications.
Sanat Md. Nasir & Rogayah A. Razak (1998). Pengajian bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Akademi pengajian Melayu Universiti Malaya.
Sanat Md. Nasir (2002). Tautan dalam wacana bahasa Melayu akhbar. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia(2011). Antologi Teks KOMSAS Tingkatan 3.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

28
LAMPIRAN 1
Teks Analisis Cerpen Harga Sebuah Lukisan(Baharudin A. Manan) dalam Antologi Harga
Sebuah Lukisan(muka surat 79 & 80) Komsas Tingkatan 3
A.1

Dibeleknya helai demi helai buku kumpulan lukisan.

A.2

Himpunan lukisan artis-artis tersohor Malaysia.

A.3

Lukisan yang temanya pelbagai: Sejarah pemandangan desa, budaya dan alam

manusia, dan haiwan.


A.4

Kesemuanya memberikan ilham kepadanya, tetapi Kamal Hijaz lebih tertarik pada

gambar pemandangan petani bergotong-royong semasa menuai padi.


A.5

Pada latarnya, anak-anak berlarian untuk menaikkan wau bulan dan tidak kurang juga

pada lukisan dua orang pahlawan yang sedang bertikam di atas dulang besar.
A.6

Pemilihan yang sesuai diharapkan dapat memberikan daya cipta yang hebat dan

mempesonakan.
A.7

Biarlah buat kali terakhir Kamal Hijaz di sini, dia akan diingat dan dikenang rakan-

rakanya.
A.8

Tidak lama lagi, dia akan berpindah kerana mengikut bapa bertugas di Terengganu

pula.
A.9

Tetapi, dia tidak dapat membulatkan hatinya, lukisan yang akan menjadi model nanti.

A.10

Walau apa-apa pun, Kamal Hijaz akan berlatih untuk membuat kedua-duanya sekali,

tetapi, dia tidaklah mahu melukis seratus peratus menurut apa-apa yang dilihatnya.
A.11

Watak-watak akan diubah dan latar belakangnya akan decanting-canting seperti

lukisan batik.
A.12

Bulatlah tekadnya kini.

A.13

Diambilnya kertas lukisan.

A.14

Menggores-gores bebas dan lembut dengan pensel 2B.


29

A.15

Jari-jemarinya lembut melakar.

A.16

Lancar sahaja tangannya memotret.

A.17

Bakat seninya diwarisi daripada sebelah bapanya.

A.18

Selain mengarang, bapanya juga pandai melukis.

A.19

Darah seni bapanya turut mengalir ke dalam darahnya.

A.20

Sesekali terasa bertuahnya diri kerana memiliki bakat seni itu.

A.21

Suatu anugerah Ilahi.

A.22

Tetapi, bakat seni itulah yang dicemburui oleh rakan-rakan sekelasnya.

A.23

Setiap kali dalam ujian melukis, pastilah Kamal Hijaz akan mendapat markah yang

paling tinggi.
A.24

Setiap kali peperiksaan, dia mesti mendapat A.

A.25

Cikgu Salina sudah pun memaklumkan pertandingan melukis peringkat daerah

kepada murid-murid yang berminat untuk menyertainya supaya mereka menyiapkan diri
kearah itu.
A.26

Mereka mesti balik berlatih melukis dan memilih tema-tema yang sesuai, dan tidak

kurang pentingnya menggunakan meium yang paling baik.


A.27

Kamal Hijaz akan menggunakan medium water colour sebagai pilihannya.

A.28

Kalau menggunakan poster colour atau cat minyak, tentulah lebih sukar untuk

melukis dalam tempoh dua jam, tempoh yang ditetapkan dalam peraduan melukis itu.
A.29

Tiga hari Kamal Hijaz berlatih untuk melukis gambar pemandangan di sawah padi

dan gambar pahlawan sedang bertikam.


A.30

Dia lebih bertekad untuk melukis gambar pemandangan di sawah padi ketika petani

sedang bergotong-royong menuai padi dan pada latarnya kanak-kanak sedang bermain wau
bulan.
30

You might also like