Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 34

Adakah benar pengajaran di sekolah-sekolah rendah di Malaysia terlalu berpusatkan guru?

Iaitu, guru yang bercakap sepanjang sesuatu pelajaran.

Pembelajaran berpusatkan guru merupakan satu strategi di mana guru mengawal keadaan
dan berperanan sebagai ketua. Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru. Guru
bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan
pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Mengikut Brophy (1978),
pendekatan ini merupakan suatu pendekatan yang mudah dirancang dan diurus.
http://mahirppb.tripod.com/murid.htm#Pengenalan

Strategi pemusatan guru juga dikenali sebagai eksplisit. Strategi ini diamalkan di dalam bilik
darjah di mana guru berada di tengah-tengah aktiviti bilik darjah. Dalam strategi ini guru
menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran. Dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting sedangkan murid berperanan sebagai
penonton sahaja. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru
banyak bercakap dan murid banyak mendengar. Akibatnya, di bawah strategi pemusatan
guru murid-murid menjadi kurang kreatif dan berinisiatif. Strategi ini menggunakan
persembahan bahan dalam langkah-langkah kecil dan sistematik dengan hentian untuk
menyemak pemahaman murid. Strategi pemusatan guru mengandungi pengajaran yang
mempunyai langkah-langkah kecil yang menegaskan latihan amali murid selepas setiap
langkah. Peranan guru ialah menyampaikan bahan, membimbing murid pada sesi awal
latihan amali, dan membekalkan setiap murid dengan amali yang lebih tinggi dan kerap.
MONDAY, FEBRUARY 27, 2012

Tip P&P : "5 tip untuk menyuntik motivasi kepada pelajar anda"

Keinginan atau paksaan?

Hanya peratusan kecil pelajar yang datang ke sekolah dengan keinginan untuk
belajar. Sebaliknya, ramai pula yang datang sekolah pada setiap hari kerana ibu
bapa mereka yang memaksa mereka untuk berbuat demikian.
Bukannya mudah untuk memberi motivasi kepada pelajar yang tidak bermotivasi
intrinsik (intrinsic motivation). Walau bagaimanapun, dengan pengajaran dan
pembelajaran yang efektif, para guru boleh mula menjadikan pengalaman pelajar
di sekolah sebagai sesuatu yang bernilai dan menyeronokkan.

Apakah motivasi intrinsik?


Motivasi intrinsik merujuk kepada motivasi yang datang dari dalam individu itu
dan bukannya dari mana-mana ganjaran luaran, seperti wang atau gred yang
baik. Motivasi intrinsik ialah keinginan yang datang dari rasa seronok melakukan
tugas itu sendiri atau daripada rasa kepuasan dalam melengkapkan tugasan itu.
Contohnya, seseorang yang bermotivasi intrinsik akan menyelesaikan masalah
matematik kerana ia adalah sesuatu yang menyeronokkan baginya. Seseorang
yang bermotivasi intrinsik juga akan cuba menyelesaikan sesuatu masalah
kerana cabaran dalam mencari penyelesaian membuatkannya rasa puas dan
seronok. Di dalam kedua-dua contoh tadi, mereka bukanlah melakukannya
kerana ada ganjaran yang terlibat seperti hadiah, bayaran, atau gred ujian yang
baik.

Apakah contoh motivasi intrinsik?


Apabila seseorang itu mempunyai motivasi intrinsik, ini tidak bermakna bahawa
dia tidak berminat untuk mendapatkan ganjaran. Ia hanya bermakna bahawa
ganjaran luaran itu tidak cukup untuk memberinya motivasi. Seorang pelajar
yang bermotivasi intrinsik misalnya, boleh menumpukan usahanya untuk
mendapatkan gred yang baik pada suatu tugasan.
Tetapi jika pelajar itu tidak berminat kepada kandungan tugasan itu,
mendapatkan gred yang baik sahaja tidak cukup untuk mengekalkan motivasi
pelajar itu. Apabila pelajar itu kurang berminat, dia juga tidak berusaha
bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasn itu.

Tip untuk menyuntik motivasi intrinsik:


Tip 1 : Selidik bagaimana untuk melakukannya
Untuk membantu memberi motivasi kepada para pelajar, guru boleh agihkan kaji
selidik yang ringkas. Kaji selidik ini meminta mereka nyatakan:
a) Apa yang mereka mahu belajar

b) Apa yang mereka telah belajar


c) Apa yang guru boleh lakukan untuk menjadikan pembelajaran di kelas supaya
menjadi lebih menarik.
Walaupun kita mempunyai kekangan masa kerana mengejar silibus dan atas
kesibukan lain-lain tugasan, carilah masa untuk mengusahakannya kerana ia
memberi banyak manfaat kepada kita. Soal selidik sebegini dapat membantu kita
untuk memikirkan bagaimana untuk merangka P&P dengan lebih berkesan.

Tip 2 : Wujudkan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran


Pelajar lebih cenderung untuk memberi komitmen di dalam tugasan mereka
apabila guru mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan menarik
untuk mereka. Pelajar juga mahu belajar di dalam persekitaran pendidikan di
mana guru menggariskan pencapaian yang diharapkan daripada pelajar dengan
jelas. Berilah pelajar peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang sejajar
dengan kemampuan mereka.
Guru juga boleh mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran.
Galakkan pelajar untuk menerima kesilapan sebagai sesuatu yang normal dan
juga mengambil pengajaran daripadanya. Sebagai contoh, elakkan keadaan di
mana pelajar rasa malu kerana memberi jawapan yang salah. Pelajar juga
diminta menghormati rakan-rakan yang lain dan tidak merendah-rendahkan
rakan mereka yang membuat kesilapan atau memberi jawapan yang salah.

Tip 3 : Hormati sebagai seorang individu


Galakkan sekolah anda untuk mementingkan prinsip kesamaan antara pelajar.
Semua pelajar perlu dipertimbangkan sama rata, tanpa mengira umur, bangsa,
kepercayaan agama, kepercayaan budaya dan tahap keupayaan mereka. Jika
semua pelajar merasakan mereka dilayan sama rata, mereka akan lebih
bermotivasi untuk belajar.
Pelajar akan terpupuk motivasi intrinsik untuk belajar apabila mereka merasa
dihormati oleh guru-guru dan kakitangan sekolah. Seterusnya, dia akan bekerja
lebih keras untuk mencapai matlamat yang guru-guru dan sekolah telah garis
dan sasarkan.

Tip 4 : Bina dan galakkan sistem sokongan di sekolah dan di rumah


Hubungan dua hala antara pelajar dan guru, dan juga antara pelajar dengan
keluarganya juga mempengaruhi motivasi intrinsik. Apabila pelajar mempunyai
sistem sokongan yang kukuh di rumah dan di sekolah, mereka sentiasa
mendapat dorongan sewajarnya. Ini akan membantu mereka menjadi pelajar
berprestasi tinggi.
Kebanyakan pelajar berminat untuk memberi yang terbaik untuk orang-orang
yang bermakna dalam hidup mereka. Jika orang-orang ini mengambil sikap
sambil lewa terhadap pendidikan, pelajar pun akan mengambil sikap yang sama.
Pelajar-pelajar sekolah rendah biasanya akan melakukan sesuatu untuk ibu bapa
dan guru-guru mereka tanpa banyak masalah. Walau bagaimanapun, apabila
pelajar itu meningkat dewasa, ia sudah mempunyai rangkaian sosial yang agak
luas. Secara beransur-ansur, ibu bapa dan guru-guru akan digantikan oleh rakanrakan pergaulan mereka.
Remaja lebih mudah terpengaruh dengan rakan sepergaulan dan juga tunduk
dengan mudah kepada cadangan dan pandangan rakan-rakan mereka. Maka
dengan itu, guru-guru sekolah menengah dicadangkan untuk mewujudkan
hubungan yang kuat di antara pelajar mereka. Ini dapat membantu untuk
memberi motivasi kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam perlakuan yang
membawa kepada pencapaian akademik yang baik.

Tip 5 : Galakkan pembelajaran koperatif


Guru juga boleh wujudkan dan galakkan peluang kepada pelajar untuk
bekerjasama di antara satu sama lain. Kerjasama di dalam sesuatu kumpulan
mampu untuk meningkatkan tahap penglibatan pelajar terhadap pembelajaran.
Ada pelbagai manfaat yang diperolehi apabila pelajar bekerjasama di dalam satu
kumpulan. Antara lain, ia menggalakkan percambahan idea, sokong-menyokong
antara satu sama lain dan juga suasana yang seronok untuk belajar di samping
rakan sebaya.

Pelajar bermotivasi, penunjuk keberkesanan sekolah


Marilah kita luangkan masa dan tingkatkan usaha untuk menyuntik motivasi
kepada pelajar. Hasilnya, kita akan dikelilingi dengan pelajar yang betul-betul
berminat dan bermotivasi intrinsik yang tinggi. Kita sekali-kali tidak mahu pelajar
yang tidak berminat dengan akademik atau yang berpura-pura nampak seperti
mereka minat!
Jika pelajar harus selesaikan tugasan yang mereka rasa bosan, ini hanya
dilakukan untuk mematuhi arahan guru, dan bukan kerana mereka bermotivasi
intrinsik. Jika kelas tidak ceria dan tidak menyeronokkan, pelajar tidak akan minat
untuk belajar. Malang sekali jika semangat yang hambar ini di bawa sehingga ke
tahap pendidikan yang lebih tinggi.
Cubalah laksanakan strategi dan idea-idea yang dicadangkan di atas. Semoga
ini dapat membantu anda memenuhkan kelas anda dengan pelajar yang
bermotivasi dan bersemangat untuk belajar!
Bacaan tambahan:
https://www.msu.edu/~dwong/StudentWorkArchive/CEP900F01-RIP/WebberIntrinsicMotivation.htm
http://education.calumet.purdue.edu/vockell/EdPsyBook/Edpsy5/Edpsy5_summa
ry1.htm
http://www.highlandschoolsvirtualib.org.uk/ltt/inclusive_enjoyable/environment.htm
http://www.teachingexpertise.com/topic/learning-environment
http://www.educationworld.com/a_curr/profdev/profdev124.shtml
http://alumni.media.mit.edu/~andyd/mindset/design/clc_rsch.html

Photo credit:
http://i.istockimg.com/file_thumbview_approve/2060586/2/stock-photo-2060586-child-going-to-school-in-primary-colors.jpg
http://sharmin8r.files.wordpress.com/2011/07/hate-school-calvin-and-hobbes.jpg?w=276
http://aparentinsilverspring.com/wp-content/uploads/2012/02/alphabet-chalkboard.png
http://www.courant.com/media/photo/2012-02/67896998.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-YVP9Dbet-c4/TVhrU6tcpzI/AAAAAAAAACA/2S_hrYcJZGE/s1600/Student_motivation21.jpg
http://www.smartclassroommanagement.com/wp-content/uploads/2010/06/enthusiasm1.jpg
http://butterfly88.blog.com/files/2011/08/respect.jpg
http://lh6.ggpht.com/_CuCiCj6IOFs/TOtHHa0FptI/AAAAAAAAAi0/LdDSSftjMxA/s288/China_visit_Global_Exchange.jpg
http://miguelbengoa.com/elt/wp-content/uploads/2008/02/cooperative_learning_1_imagelarge.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-YVP9Dbet-c4/TVhrU6tcpzI/AAAAAAAAACA/2S_hrYcJZGE/s1600/Student_motivation21.jpg

Posted by Nor Azhar Ishak at 12:42 AM

http://norazharishak.blogspot.com/2012/02/tip-p-tip-untuk-menyuntikmotivasi.html

SUNDAY, 7 OCTOBER 2012

KAEDAH BERPUSATKAN GURU

Berbeza dengan kaedah berpusatkan murid, kaedah ini merupakan satu


pendekatan pengajaran di mana aktiviti kelas tertumpu hanya kepada
guru.Pelajaran berpusatkan guru amnya
dikaitkan dengan pendekatan tradisional

kepada pembelajaran

bahasa, tetapi aktiviti berpusatkan guru boleh menjadiberguna


dalam pelbagai cara dalam pengajaran.

Ada waktunya guru perlu melaksanakan pengajaran berpusatkan guru,


berdasarkan kepada ciri pelajar, suasana persekitaran dan isi kandungan
pelajaran.
Ciri-ciri pendekatan ini ialah :

Guru memainkan peranan penting.

Komunikasi sehala di mana guru banyak bercakap.

Penyebaran ilmu pengetahuan lebih utama daripada penyuburan


nilai murni atau perkembangan emosi.

Penyampaian fakta secara menghafal, bermakna pembelajaran


adalah berbentuk mengingat isi pelajaran.
Antara kaedah dan teknik pengajaran berpusatkan guru ialah :

Demonstrasi satu kaedah mengajar di mana guru menunjukkan


sesuatu cara atau perlakuan dalam menyelesaikan masalah kepada murid.

Soal jawab merupakan satu aspek penting yang boleh membawa


murid kepada aktiviti kognitif aras tinggi. Berupaya membantu murid
mengingat kembali fakta-fakta dan mencungkil fikiran murid.

Bercerita Guru memilih cerita yang bersesuaian dan bertepatan


dengan objektif pembelajaran dan pengajaran.

Posted by Lovely VirusChinta at 02:15

http://rujukpendidik.blogspot.com/2012/10/kaedah-berpusatkan-guru.html

MOTIVASI GURU PENYUMBANG KEMENJADIAN PELAJAR


Oleh
Ammar bin Othman
ABSTRAK
Perkataan motivasi diambil daripada perkataan Latin movere yang
membawa maksud to move atau untuk bergerak. Manakala menurut Kamus
Dewan (1994), istilah motivasi ini didefinisikan sebagai sesuatu yang
membuat dan mendorong seseorang berusaha untuk melakukan sesuatu
dengan penuh minat. Ramlah (2004) pula mentakrifkan motivasi sebagai
sesuatu kuasa yang menggerakkan seseorang melakukan sesuatu untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Selain itu, motivasi juga dilihat sebagai
satu rancangan untuk mengelakkan daripada kegagalan. Apabila seseorang
individu itu dikatakan sebagai seorang yang bermotivasi, maka ia bererti
bahawa ia telah memperoleh kekuatan untuk mencapai kecemerlangan hidup
(dunia dan akhirat).
Ainon (2004), menyatakan pakar-pakar psikologi mengkaji motivasi
daripada tiga persoalan iaitu dari sudut keamatan, arah perbuatan dan
ketekunan. Menurut beliau darjah keamatan atau intensiti motivasi seseorang

dirujuk sebagai darjah kesanggupan seseorang menggunakan tenaganya


untuk melakukan sesuatu perbuatan. Arkes Gaske (1982) dan Mitchell
(1982) menyatakan konsep motivasi adalah sesuatu kuasa yang
membangun, menentukan arah dan tahap kerelaan tingkah laku sesseorang
individu untuk mencapai sesuatu matlamat. Schunk (1990) dan Greenberg
(1999) pula berpendapat bahawa konsep motivasi ialah satu proses dalaman
yang membangkit, menumpu dan mengekalkan tingkah laku seseorang
individu.

PENGENALAN
Terminologi motivasi bukanlah acapkali dikaitkan dengan bidang
kemanusiaan. Menurut (Ainon, 2004), motivasi dilihat sebagai kuasa
dorongan yang datang daripada dalam diri seseorang dan juga dorongan
yang dipergunakan ke atas individu-individu lain supaya meningkatkan daya
usahanya. Tambahan itu, motivasi juga mempunyai hubungan dengan segala
tingkah laku atau tindakan yang baik yang mana ianya mampu
mempengaruhi perlakuan atau prestasi kerja seseorang.
Motivasi seseorang guru sering dikaitkan dengan sikap guru terhadap
kerjayanya. Ia juga dilihat sebagai kesungguhan ataupun keinginan guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam lingkungan persekitaran
sekolah. Disamping penglibatan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, motivasi yang biasanya dikaitkan dengan guru turut
merangkumi kepekaan guru dalam mengawal disiplin pelajar di dalam bilik
darjah mahupun di luar bilik darjah. Lantas, tidak keterlaluan jika dikatakan
bahawa motivasi guru memberi kesan yang mendalam terhadap aktiviti
kurikulum dan kokurikulum yang dijalankan dalam sesebuah sekolah.
Malahan, guru juga dilihat sebagai agen motivasi yang utama dalam
menggerakkan para pelajar untuk memajukan diri mereka.
Profesion perguruan adalah berpaksikan kepada falsafah dan objektif
pendidikan negara dimana guru merupakan individu yang bertanggungjawab
untuk menterjemahkan segala perkataan yang telah termaktub di dalam
falsafah dan objektif pendidikan tersebut melalui perkongsian ilmu
pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar. Proses pengajaran dan
pembelajaran yang efektif sangat bergantung kepada motivasi seseorang
guru tersebut. Manakala motivasi guru tesebut pula dipengaruhi oleh
beberapa keadaan. Salah satu daripadanya adalah suasana bilik darjah.
Ofoegbu (2004) menyatakan bahawa, jika suasana kelas di mana guru
mengajar dalam keadaan selamat, sihat, ceria dan mempunyai bahan
sumber dan kemudahan pengajaran yang menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran yang optima, guru itu akan cenderung untuk terlibat sama
dengan
pengurusan
dan pentadbiran penambahbaikan
keseluruhan
sekolah. Tambahan beliau lagi motivasi guru juga dipengaruhi oleh gaji,

elaun, kemudahan teknologi untuk pengurusan kelas dan penambahbaikan


sekolah.
Terdapat dua jenis motivasi yang biasanya dibincangkan, motivasi
dalaman dan luaran. Justeru, seorang guru seharusnya mempunyai motivasi
dalaman dan luaran dalam menjalankan dan melaksanakan tugas mereka.
Guru yang mempunyai keperluan motivasi dalaman akan menjalankan tugas
dengan ikhlas dan tulus hati tanpa mengharapkan ganjaran. Malah, hanya
kejayaan anak-anak didiknya yang didambakan dan ianya sudah cukup untuk
memberi kepuasan hati dan kendirinya. Sebaliknya pula bagi guru-guru yang
mempunyai motivasi luaran di mana mereka melakukan tugas untuk
mendapat ganjaran. Tuntasnya, matlamat utama penambahbaikan mesti
menekankan kepada motivasi dalaman guru untuk mengajar dengan
berkesan di samping menyediakan beberapa kemudahan untuk memenuhi
motivasi luarannya (Glatthorn, 2006).
Menurut Pintrich (2002), tahap motivasi guru mempengaruhi motivasi
pelajar-pelajarnya untuk belajar. Tahap motivasi guru dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan melalui perancangan
pengajaran dan interaksi guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan. Mengikut beliau lagi guru yang bemotivasi tinggi akan
sentiasa memotivasikan pelajar-pelajarnya agar mereka dapat menumpukan
perhatian kepada pengajarannya. Banyak kajian yang telah dijalankan
mengenai cara guru meningkatkan motivasi pelajar. Namun demikian, kajiankajian yang terdahulu banyak mengaitkan dengan kaedah ganjaran untuk
memotivasikan pelajar. Mengikut Keller (1983), banyak kajian lepas hanya
berfokus kepada teori pengukuhan operan yang melibatkan ganjaran dalam
bentuk gred, keistimewaan, pujian, hadiah dan pelekat.
Bagaimanapun, kajian yang dijalankan oleh Stipek (1996) menyatakan
yang sebaliknya di mana beliau mendapati semua perkara yang dilakukan
oleh guru di kelas sebenarnya mempunyai impak kepada motivasi pelajar.
Beliau mengulas dengan lebih lanjut bahawa ianya bukan sahaja yang
berkaitan dengan tindakan motivasi yang biasa seperti menentukan matlamat
dan memberi ganjaran kepada pencapaian yang baik sahaja tetapi meliputi
semua aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran. Sebagai contoh, seperti
membentuk kumpulan pelajar, teknik menyoal dan bagaimana usaha guru
menguruskan kelas serta bagaimana mereka menangani disiplin kelas.
PERBINCANGAN
Kajian tentang motivasi guru dan kaitannya dengan motivasi para
pelajar dilihat sebagai satu topik yang kurang diminati dan kurang menarik
minat para pengkaji di Malaysia namun ianya agak popular di luar
negara. Sebagai contoh ialah kajian yang dilakukan oleh Goodlad (1984) dan
Goodlad & Klein (1970). Hasil dapatan kajian mereka menunjukkan guru-guru
yang rendah motivasinya kerap menggunakan kaedah syarahan yang

membosankan dan menjejaskan pencapaian akademik pelajar-pelajarnya.


Namun demikian, kita masih tidak mendapat gambaran yang jelas mengenai
permasalahan ini di Malaysia tetapi, saya yakin bahawa kita mampu
mengupas isu ini dengan lebih lanjut dengan berpaksikan kepada rekod
pencapaian calon-calon peperiksaan penting seperti Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).
Guru merupakan salah seorang individu yang memainkan peranan
paling
penting
dalam
perkembangan
pendidikan
seseorang
pelajar. Guru juga merupakan orang dewasa pertama yang bukan saudara
yang berhubung terus dengan kanak-kanak (Smith, 1979). Tambahan beliau
lagi, melalui guru kanak-kanak didedahkan dengan nilai dan budaya sesuatu
masyarakat. Peranan guru di Malaysia bukan sebagai pendidik yang
menyampaikan maklumat berkaitan dengan mata pelajaran yang diajarnya
sahaja tetapi juga sebagai pembentuk tingkah laku, sahsiah, sikap dan nilai
pelajar-pelajarnya (Ramlah, 2004). Hal ini adalah bertetapan dengan garis
panduan yang telah digazetkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan di
mana matlamat utama pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan
insan kamil yang serba boleh, baik budi pekertinya, berilmu dan bertanggung
jawab kepada diri, keluarga, agama, bangsa dan negaranya.
Seperti yang dinyatakan, tugas utama guru bukan sahaja setakat
mengajar para pelajar tetapi juga perlu mendorong pelajar untuk belajar. Oleh
itu, untuk menyiapkan diri sebagai seorang pendorong pelajar yang
terbaik, seseorang guru tersebut harus mengetahui ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan motivasi dan perlu mempunyai motivasi yang tinggi dalam
melaksanakan tugasnya agar mampu menjadi contoh yang unggul kepada
para pelajarnya. Hal ini adalah penting kerana motivasi dalam pembelajaran
sangatlah penting terutama dalam mencapai matlamat pembelajaran. Slavin
(1997) mengatakan bahawa .... Students who are acdemically unmotivated
to learn do not learn. Tambahan itu juga, guru merupakan golongan manusia
yang memberi impak besar kepada masyarakat dan negara. Sejajar dengan
Dasar Pendidikan Kebangsaan, golongan pendidik mengambil peranan kedua
selepas ibubapa dalam membentuk sahsiah dan perwatakan pelajar (Khairina
Yasin, 2001). Manakala aspek pengaruh pula, guru adalah insan yang
mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan
fizikal setiap manusia (Noran dan Ahmad Mahdzan, 1992).
Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka
supaya rajin belajar dan menjadi individu-individu yang baik dan penuh
semangat (Abdullah Hassan, Ainon Mohd., 2004). Mengikut beliau lagi, guru
hanya dapat menjadi pendorong kepada murid-muridnya apabila terdapat
hubungan yang sihat dan positif. Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini
bahawa guru yang berkesan adalah guru yang mampu membina dan menjalin
hubungan yang baik dengan para pelajarnya secara sihat dan positif
bukannya melalui ugutan dan paksaan. Dill (1990) menyatakan bahawa jika

pengajaran guru hanya setakat menyampaikan maklumat dan tidak


berusaha bersungguh-sungguh untuk menarik respon pelajar terhadap apa
yang disampaikannya maka pengajaran guru menjadi kurang berkesan. Jadi,
selain daripada melengkapkan diri dengan dengan ilmu pengetahuan yang
mencukupi mengenai subjek yang diajar, seseorang guru itu haruslah
mempunyai motivasi yang tinggi dalam penyampaikan ilmunya. Hal ini kerana
motivasi guru turut mempengaruhi kualiti pengajaran guru itu.
Guru-guru yang bermotivasi juga lebih berdedikasi dan
bersungguh-sungguh dalam tindakan dan lebih komited daripada guru-guru
yang tidak bermotivasi. Menurut Ramlah (2004) guru-guru yang bermotivasi
akan membangkitkan dorongan atau motivasi supaya pembelajaran menjadi
lebih berkesan, bermakna dan menyeronokkan. Tambahan itu juga, motivasi
guru turut dipengaruhi oleh sikap dan minat seseorang itu di dalam profesion
tersebut. Pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan dan persekitaran
serta prasarana yang disediakan oleh pihak sekolah boleh meningkatkan
motivasi guru. Sementara penyelidikan yang dilakukan oleh Brown dan
McIntyre (1993) mengenai pengajaran berkesan mendapati bahawa guru
yang bermotivasi tinggi dapat mencipta persekitaran bilik darjah yang
menyeronokkan dan tenang. Guru yang bermotivasi tinggi akan menjadikan
mata pelajaran yang diajarnya bertambah menarik dan tidak membosankan
serta mudah difahami dan guru tersebut mampu mengawal diri dari
dibelenggu perasaan marah. Sebaliknya suasana kelas guru-guru yang
bermotivasi rendah agak membosankan. Mereka tidak merancang
pengajaran dan pelajar-pelajarnya bersikap pasif dan tidak bermotivasi
(Glatthorn dan Fox, 1996).
Menurut Ramlah (2004), usaha guru untuk mendorong pelajar agar
bermotivasi bukanlah satu tugas yang mudah. Tileston (2004) pula
menyatakan tahap motivasi pelajar adalah penting kerana ia mempengaruhi
proses pembelajaran dalam kelas. Menurut beliau lagi, motivasi merupakan
sebahagian daripada bakat dalam sistem kendiri dan sistem metakognitif
dalam otak manusia yang mempengaruhi keupayaan pelajar untuk memberi
tumpuan kepada pembelajaran, memulakan sesuatu tugasan dan
menyiapkannya. Beliau mengulas, guru boleh menjana motivasi pelajar
melalui kaedah ganjaran intrinsik dan ektrinsik. Tambah beliau lagi, pelajar
yang mempunyai motivasi intrinsik akan berusaha kuat dan belajar
bersungguh-sungguh untuk kepuasan dirinya. Sebaliknya pelajar yang
mempunyai motivasi ektrinsik akan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mendapat ganjaran luaran.
Seseorang guru sebenarnya tidak dapat memotivasikan para pelajar
kerana mereka sendiri yang bertanggungjawab untuk mencari motivasi
(Tileston, 2004). Oleh yang demikian, apa yang boleh dilakukan oleh
seseorang guru tersebut ialah dengan mengambil pendekatan untuk
mengajar para pelajarnya teknik atau pun kemahiran yang dapat membimbing
mereka melakukan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Manakala

menurut cendekiawan Marzano (1992), guru boleh membina motivasi intrinsik


pelajar dengan cara memberi motivasi ekstrinsik terlebih dahulu. Sebagai
gambaran, guru boleh memulakan pengajarannya dengan memberi ganjaran
ektrinsik bagi menarik minat pelajar. Kemudian, apabila pembelajaran menjadi
lebih menarik, sudah tentu rasa ingin tahu dalam diri pelajar meningkat.
Namun demikian, Jensen (1997) berpendapat bahawa . Bagi pelajar berisiko
atau pelajar berpencapaian rendah pula pergantungannya kepada kaedah
ganjaran dalam meningkatkan motivasinya akan berterusan sepanjang hayat
dan mereka tidak akan berupaya sepenuhnya menggunakan motivasi
intrinsik semula jadi yang dikawal oleh kendiri dan sistem metakognitifnya
Tugas seorang guru bukan setakat untuk meningkatkan motivasi
pelajar tetapi juga mengenalpasti, menggalak dan memandu motivasi pelajar
untuk belajar dan menarik perhatian mereka dalam aktiviti ke arah
pembelajaran (Slavin, 1997). Pendapat ini turut disokong oleh Gage dan
Berliner (1984) di mana mereka berpendapat bahawa motivasi pelajar
berubah mengikut darjah keamatan dan arah. Darjah keamatan motivasi
pelajar untuk terlibat dalam sesuatu aktiviti pengajaran bergantung kepada
arah motivasi pelajar untuk tertarik kepada aktiviti alternatif yang terdapat
dalam pengajaran guru. Disamping itu, motivasi bukan sahaja penting bagi
menarik minat pelajar dalam aktiviti pembelajaran tetapi yang lebih penting
lagi ialah untuk menentukan sejauh mana pencapaian pelajar dalam aktiviti
yang disertai atau berapa banyak maklumat yang telah didedahkan kepada
mereka (Fenstermacher dan Soltis, 1998).
Sebelum seorang guru yang menyandar jawatan sebagai pendidik
yang profesional, beliau haruslah mengikuti kursus perguruan terlebih dahulu.
Selain itu, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang wajib dipelajari seperti
kaedah mengajar yang tepat, kemahiran mengurus bilik darjah dan sebagai
seorang pembimbing yang bermotivasi tinggi amatlah penting sekali untuk
dipelajari. Latihan-latihan yang telah diterima semasa melanjutkan pelajaran
di Institut Pendidikan Guru (dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan)
atau di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memainkan peranan yang
penting dalam menggarap motivasi seseorang guru tersebut. Malah, para
guru juga dikehendaki mengikuti dan menghadirikan diri ke kursus-kursus
pendek anjuran sekolah mahupun yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran
Daerah (PPD). Namun begitu, acapkali kita lihat bahawa motivasi yang
dahulunya dilihat berada dipuncak kini kian merudum apabila para guru
menjalankan tugasan mereka di sekolah. Banyak faktor yang menyumbang
kepada permasalahan ini dan antaranya ialah prasarana di sekolah yang
tidak lengkap atau usang yang tidak dapat menyokong pengajaran berkualiti
dan sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan mereka.
Tambahan itu lagi, keadaan bilik darjah yang panas dan sempit dan
alat bantu mengajar tiga dimensi yang kurang merupakan contoh persekitaran
yang melemahkan motivasi pengajaran guru. Lebih memburukkan keadaan,
tingkah laku para pelajar masa kini yang sangat dimanjakan oleh ibu bapa
dan para pelajar yang tidak berdisiplin dan pemalas menyumbang kepada

penurunan motivasi seseorang guru dan mejadikan proses pengajaran dan


pembelajaran semakin sukar serta mencabar. Selain itu guru juga dibebankan
dengan tugas bukan mengajar seperti kerja-kerja pengkeranian, mengecat
sekolah, menjaga kesihatan pelajar, membekalkan maklumat kepada Pejabat
Pelajaran Daerah dan Negeri menyebabkan guru kekurangan masa untuk
membuat persediaan rapi sebelum masuk ke kelas (Yong, 2006). Oleh yang
demikian, apabila para guru dibebankan dengan bebanan tugas yang
bercambah, maka mereka akan menjadi kurang bersedia untuk mengajar dan
akhirnya fokus untuk mengajar terus lenyap. Kesannya, proses pengajaran
dan pembelajaran tidak berkesan dan menyumbang kepada kemerosotan
pencapaian para pelajar.
Selain itu, sikap para guru terhadap profesion perguruan itu sendiri
turut menyumbang kepada prestasi kerja dan motivasi yang ditunjukkan oleh
mereka. Antaranya, bidang perguruan ini mempunyai cuti yang agak panjang
dan pendapatannya juga terjamin menarik minat orang ramai untuk memohon
menjadi guru. Oleh itu, tujuan mereka untuk menjadi guru bukan lagi atas niat
yang ikhlas dan bermakna kerana mereka menceburi bidang ini semata-mata
untuk mendapat jaminan pekerjaan dan pendapatan sahaja. Lebih
menyedihkan, ada segelintir di kalangan mereka ini yang hanya ke kelas
untuk menyampaikan pengajaran mereka dan menghabiskan sukatan
pelajaran. Mereka langsung tidak endah sama ada proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan itu berkesan atau tidak. Lebih teruk lagi
sekiranya mereka ini diberikan mandat untuk mengajar kelas yang lemah.
Sudah semestinya mereka tidak berusaha gigih untuk memotivasikan para
pelajar dalam kelas tersebut kerana mereka sendiri tidak bersemangat untuk
mengajar. Akhirnya, mereka gagal menjalankan tugas mereka dan para
pelajar tidak dapat mencapai pencapaian yang cemerlang.
Kajian yang dijalankan oleh Glatthorn (1996) di Amerika Syarikat
mendapati bawaha sesetengah guru turut menceburkan diri dalam melakukan
kerja sambilan seperti mengajar di pusat-pusat tuisyen, menjual insurans dan
juga menjadi agen syarikat jualan langsung bagi mencari pendapatan lebih
turut menyumbang kepada kemerosotan motivasi seseorang guru tersebut.
Tambahan beliau lagi, keadaan ini juga turut menyumbang kepada perlakuan
pasif yang ditunjukkan oleh para pelajar hasil daripada sikap yang negatif
yang ditonjolkan oleh guru yang tidak bermotivasi ini. Hasil dapatan kajian
yang dilakukan ini dilihat turut mempunyai persamaan dengan kajian yang
telah dijalankan oleh Azman (1999) di mana beliau mendapati bahawa
motivasi rendah guru-guru yang mengajar di enam buah sekolah menengah
berprestasi rendah di Kluang Johor mempengaruhi keputusan yang rendah
pelajar-pelajarnya di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sebagai tuntasnya, tahap motivasi guru yang rendah boleh
mempengaruhi tahap motivasi para pelajar untuk menelaah ilmu. Para pelajar
sering kali dilihat menjadi hilang minat dan gagal memberikan tumpuan yang
sepenuhnya sekiranya pengajaran yang diajarkan oleh guru tersebut
membosankan dan pasif. Hal ini seterusnya mampu menyumbang kepada

pembantutan perkembangan kognitif para pelajar itu sendiri dan fenomena ini
sudah semestinya akan menimbulkan rasa kurang senang dan gelisah dalam
diri semua pihak sama ada pihak sekolah, ibu bapa malahan para pelajar itu
sendiri.
RUMUSAN
Sebagai rumusan kepada topik yang dibincangkan di atas, perkataan motivasi itu
bolehlah ditakrifkan sebagai satu daya atau tenaga yang boleh menyebabkan berlakunya
proses membentuk tingkah laku atau pembentukan peribadi yang boleh mendorong manusia
untuk bertindak ke arah mencapai matlamat tertentu. Oleh yang demikian, berdasarkan
konotasi motivasi ini, sesungguhnya tidak dapat disangkal lagi betapa pentingnya motivasi itu
dalam diri seorang insan yang bergelar pendidik di mana tugas yang dipikul sebagai seorang
pendidik itu amat besar sekali iaitu bukan sahaja sebagai tenaga pengajar, malahan juga
sebagai sebagai seorang pendorong motivasi ke arah kejayaan para pelajarnya sendiri. Lebih
daripada itu, istilah keramat motivasi ini juga boleh dilihat sebagai satu kebolehan semula jadi
di mana seiring individu itu berusaha dengan bersungguh-sungguh dan gigih dalam
memperkembangkan serta memajukan diri mereka ke arah yang positif. Jadi, sudah menjadi
satu tanggungjawab yang ulong bahawa tugas guru adalah untuk merubah dan memupuk
motivasi yang positif dalam diri setiap pelajar mereka.

Posted by lily milo at 00:01


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

http://groupmimi.blogspot.com/2012/09/motivasi-guru-penyumbangkemenjadian_3648.html

Thursday, 7 February 2013

Kaedah Bercerita
KAEDAH BERCERITA
Posted on March 23, 2011 by admin

KAEDAH BERCERITA
DEFINISI
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu

hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau

strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera
yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya

Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai


pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah
di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi

menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajarpelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang
digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
TUJUAN TEKNIK

1. Menarik Minat murid


2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan ras ingin tahu
TEKNIK BERCERITA
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina

kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik


minat dan perhatian pelajar.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat

disampaikan.

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca

dan menulis dikalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat

permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada


teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya

jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :


Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.

Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.


Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-

kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.

Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.


Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan

dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

Teknik Bercerita dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa


Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan

mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi


audiens. Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater
yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah
buku (E.Greene : 1976).

Anne Pellowski (1990) menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan

pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau


prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan
khalayak. Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan
dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau
direkodkan secara mekanikal.

Asal usul kegiatan bercerita tidak dapat dikesan kerana tidak ada

dokumentasi yang formal. Namun demikian, cerita pertama yang pernah


dikesan adalah di Mesir, iaitu cerita yang ditulis Papyrus 5500 tahun yang
lampau dengan ungkapan Hari ini saya bercerita kepada anak lelaki saya.
Di Eropah pula lakaran idea ditemukan di atas daun nipah, dan cerita
dikisahkan untuk mengembangkan agama. Di Greek pula, penulisan puisi
dengan menggunakan muzik dikesan pada kulit belulang, manakala di India,
cerita disampaikan dengan menggunakan kain yang mempunyai plot cerita
Mahabarata dan Ramayana. Dalam suasana gelap, pencerita berdiri di
hadapan kain yang dilakarkan dengan cerita dan dia bercerita berpandukan
siri gambar dengan menggunakan lilin. Di Rantau Pasifik dan Afrika pula,
cerita disampaikan dengan menggunakan tali dan di Australia pula, cerita
menggunakan pasir.

Dalam tradisi lisan masyarakat Melayu, bercerita sering disampaikan dalam

bentuk bersahaja secara berlagu atau dengan bahasa berirama serta diiringi
dengan permainan alat muzik seperti rebab, serunai atau gendang (ada
kalanya menggunakan batil atau belanga). Pencerita atau penglipur lara
dalam seni bercerita Melayu silam dipanggil mengikut tajuk cerita yang
disampaikan seperti Selampit atau Tok Selampit (selalunya bercerita
menggunakan rebab). Ada juga digelar Awang Batil (bercerita menggunakan
batil) atau Awang Belanga (bercerita menggunakan belanga). Ada kalanya
pencerita digelar berdasarkan watak dalam cerita seperti Tok Jebang atau
digelar tukang cerita sahaja. Satu lagi bentuk penceritaan dalam masyarakat
Melayu tradisi ialah Wayang Kulit dan penceritanya dipanggil Tok Dalang
(yang bercerita menggunakan patung wayang kulit).

Sebagai suatu seni, bercerita merupakan satu cabang seni yang tertua dan

telah berkembang secara lisan serta diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi.

Bercerita juga telah menjadi satu cara yang berkesan untuk berkomunikasai

sambil berhibur. Selain itu, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan:

pengajaran
pengetahuan
perkongsian pengalaman.

Sebagai kaedah pengajaran dalam bilik darjah, bercerita menepati kehendak

objektif pengajaran dan pembelajaran, iaitu dapat:

meningkatkan kemahiran dan kecekapan berbahasa khususnya lisan, bacaan,

penulisan dan kosa kata

memahami dan menghayati cerita


meningkatkan kemahiran mendengar
mencerna minda dan daya imaginasi serta menggalakkan kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif

menambah pengalaman dan pengetahuan


menanam sikap cinta akan warisan budaya
menerapkan unsur nilai murni
memupuk rasa peka dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling
mencungkil dan mengasuh bakat
membentuk insan yang harmoni dan seimbang
menggalakkan sumber rekreasi dan pembelajaran sepanjang hayat.

3.10 KAEDAH BERCERITA


Definisi
Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada
benar-benar berlaku atau diciptakan
Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan
penting sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan
nilai di kalangan masyarakat

Ciri-ciri Penting

1.

Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar

2. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa


terutamanya kemahiran lisan (mendengar dan bertutur)
3. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan,
nada, intonasi dan ekspresi/mimik muka
4. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai
bidang yang berkaitan dengan kehidupan seharian
5. Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih
berfikiran matang dan berketrampilan

Kemahiran bercerita

1. Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita


memilih cerita yang sesuai
menghafal isi-isi penting
sediakan alat bantu mengajar
kesediaan pelajar
murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru
mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi
pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir
pastikan suara jelas dan lantang
kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid

memahami isi cerita dengan lebih jelas

mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid


ayat dan perkataan mudah difahami murid
disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi
aktiviti susulan

2. Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita


Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai
Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai

dengan pengalaman murid

Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang

diperuntukkan

Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya

sekali

Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau

topeng-topeng

Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid


Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat

mendengar dan melihat ekspresi guru

Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-

gambar yang sesuai dengan isi cerita


3. Sesi Bercerita

Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik


Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian

dan membantu murid-murid memahami cerita

Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya


Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita

4. Penutup
Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam

isi cerita itu

5. Aktiviti penutup
Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.
Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan

sendiri.

Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung

dalam isi cerita.

Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.


Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan

didengar

Kemahiran Lisan:
Bahasa mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang
Suara jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang

tua,haiwan)

Sebutan jelas, tepat, kelajuan sesuai


Nada dan intonasi sesuai dengan watak dan situasi

Kemahiran bukan lisan


Mimik muka sesuai dengan emosi
Hubungan mata untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan
Bahasa Badan gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan
Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan

KRITERIA PEMILIHAN CERITA


1. Mempunyai mesej, pengajaran & nilai-nilai murni
2. Tema yang mudah, menarik & sesuai dgn minat kanak-kanak
3. Plot yang mudah, kronology & happy ending
4. Bahasa yang mudah, pengulangan kata & ayat mudah / pendek

5. Kosa kata baru dapat ditambah / dikembangkan


6. Melibatkan watak kanak-kanak
7. Menonjolkan watak yang boleh dicontohi
8. Dapat meransangkan minda untuk idea kreatif (KBKK)
9. Mudah dihafaz dan disampaikan dalam jangka masa pendek
10. Bersifat universal

TEKNIK BERCERITA
Sesuai dengan:
Kebolehan kanak-kanak
Masa (tidak terlalu panjang)
Ruang dan tempat
Suasana
Persekitaran (tiada gangguan bising)
Peralatan cerita
Bentuk dan jenis cerita
Kemampuan pencerita

PERSEKITARAN BERCERITA
Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita
Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita

CONTOH TEKNIK BERCERITA


1. Bercerita tanpa alat
2. Bercerita berpandu
3. Bercerita berdasarkan gambar bersiri
4. Bercerita menggunakan bahan maujud
5. Teka-teki
6. Teater bercerita
7. Boneka

CADANGAN PERALATAN BERCERITA


1. Buku besar
2. Beg bercerita
3. Gambar bersiri
4. Boneka
5. Kad Cantuman
6. Kostum
7. Poster
8. Topeng
9. Alat muzik/audio/vcd dll.
Prosedur Menyediakan Peralatan Bercerita
1. Sesuai dengan cerita dan objektif P&P
2. Dibina daripada bahan yang mudah, murah, tahan lama
3. Warna yang terang, menarik & merangsang indera
4. Melibatkan pelbagai deria
5. Tidak membahayakan kanak-kanak
6. Penggunaan bahan maujud dan sumber alam
7. Boleh dipelbagaikan kegunaan
8. Mudah digunakan dan disimpan
Aktiviti Bercerita

Kemahiran Lisan:
Bahasa mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang
Suara jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang

tua,haiwan)

Sebutan jelas, tepat, kelajuan sesuai


Nada dan intonasi sesuai dengan watak dan situasi

Kemahiran bukan lisan


Mimik muka sesuai dengan emosi
Hubungan mata untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan
Bahasa Badan gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan

Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan

Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita


Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai
Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai

dengan pengalaman murid

Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang

diperuntukkan

Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya

sekali

Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau

topeng-topeng

Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid


Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat

mendengar dan melihat ekspresi guru

Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-

gambar yang sesuai dengan isi cerita


Sesi Bercerita

Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik


Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian

dan membantu murid-murid memahami cerita

Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya


Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita

Penutup
Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam

isi cerita itu

Aktiviti penutup
Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.
Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan

sendiri.

Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung

dalam isi cerita.

Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.

Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan

didengar

Ruang dan tempat (PERSEKITARAN BERCERITA)


Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita
Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita

Masa (tidak terlalu panjang)


Persekitaran (tiada gangguan bising)
This entry was posted in Kaedah P&P. Bookmark the permalink.
Kemahiran
Soalan Objektif

Leave a Reply
Posted by Rohani ismail at 04:46

http://rohaniafiq.blogspot.com/2013/02/kaedah-bercerita.html

TEKNIK BERCERITA DALAM


PENGAJARAN BAHASA
PENGAJARAN secara formal di dalam bilik darjah biasanya begitu popular dilakukan
dengan menggunakan teks sebagai media pengantar. Proses ini telah berlaku dan klise
dalam dunia pendidikan. Proses pendidikan memerlukan lebih banyak cara penyampaian
mengikut kesesuaian subjek pelajaran. Dalam pengajaran bahasa, komitmen guru
secara lebih kreatif sangat dituntut dalam berkomunikasi. Salah satu komunikasi ialah
melalui teknik bercerita. Bercerita merupakan salah satu sumber pendidikan yang amat
rapat dengan dunia kanak-kanak. Bercerita semacam satu budaya yang sangat hidup
dalam masyarakat. Pendidikan awal tidak formal kanak-kanak banyak diperolehi melalui
komunikasi bercerita. Melaluinya informasi diperolehi begitu cepat kerana dalam proses
bercerita komunikasi lebih satu hala wujud. Pencerita bercerita, yang mendengar akan
menyoal dan bertanya pada waktu tertentu. Inilah sebenarnya yang diperlukan dalam

dunia pendidikan. Pendidikan itu hidup dalam suasana harmoni dan komunikasi tidak
tertekan.

Dalam pendidikan secara formal, teknik bercerita itu mempunyai banyak tujuan yang
telah digariskan oleh beberapa tokoh pendidikan. Ee Ah Meng (1993: 143) menggariskan
12 tujuan becerita dan Mook Soon Sang (1993: 107) menggariskan lapan tujuan.
Dengan

Ia

merumuskan

memotivasikan

secara

murid-murid

singkat,

untuk

antara

minat

belajar

tujuannya

dalam

ialah:

suasana

yang

menggembirakan;

* Pembelajaran yang berlaku melalui cerita adalah lebih kekal dan diingati lebih lama.
Oleh

itu,

nilai-nilai

murni

boleh

diterapkan

ke

dalam

cerita-cerita

tersebut;

* Setengah-setengah cerita dapat melibatkan murid-murid secara aktif. Dengan itu,


bercerita boleh menjadi suatu strategi pengajaran yang memusatkan kepada muridmurid;

* Cerita yang bertema moral dapat membantu murid-murid menghayati nilai-nilai murni.
Ini adalah kerana murid-murid belajar melalui peniruan watak-watak baik yang
ditonjolkan

dalam

cerita;

* Cerita dapat mengurangkan masalah disiplin secara tidak langsung. Ini adalah kerana
murid-murid yang tertarik kepada cerita ingin mendengar dengan teliti dan dengan itu
tidak

mungkin

akan

menimbulkan

masalah

disiplin;

* Ia dapat memperluaskan pengalaman murid jika cerita itu dapat dikaitkan dengan
kehidupan

seharian;

* Ia meningkatkan lagi kemahiran mendengar murid dan daya kreativiti murid-murid; dan

* Melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada secara lisan atau tulisan bagi
aktiviti selanjutnya. Secara tidak langsung, mereka juga boleh menambahkan bahanbahan

untuk

menulis

karangan.

Ada beberapa aspek yang perlu diambil kira bagi menentukan keberkesanan cerita.

Suara amat penting. Suara itu sebenarnya aset yang sangat dituntut dalam dunia
pendidikan. Suara bukan sahaja memainkan peranan yang amat penting yang
menentukan keberkesanan sesuatu cerita, malah sangat penting untuk semua aspek
penyampaian pengajaran yang lain. Dalam bercerita, suara itu mempunyai disiplin.
Intonasi suara perlulah jelas dan lantang supaya dapat didengar oleh semua pendengar.
Nada suara tidak terlalu mendatar. Pencerita perlu menunjukkan emosi melalui nada
suara yang sesuai seperti sedih, cemas, marah dan gembira. Variasi suara dan
kecekapan bercerita perlulah sesuai dengan situasi episod cerita. Sebutan mestilah
jelas.

Di samping suara, bahasa juga satu keperluan yang mesti diambil kira. Melalui
bahasalah pengajaran bercerita itu dapat disalurkan. Oleh itu penggunaan bahasa perlu
sesuai dengan tahap kebolehan pendengar. Sebelum istilah-istilah baru diperkenalkan,
kanak-kanak perlu telah faham asas-asas bahasa yang boleh dijadikan titik tolak semasa
bercerita. Pergerakan bahasa mestilah bergerak dari yang konkrit kepada yang abstrak.
Apa yang penting cerita itu dapat difahami dengan jelas dan memberi kesan kepada
murid-murid.

Aspek lain yang dapat mendukung keberkesanan cerita itu ialah gerak badan dan
memek muka. Gerak badan dan memek muka perlu sesuai dan tepat. Memek muka
yang berlebihan boleh menukar 'mood' murid-murid dan ini perlu dielakkan. Oleh itu
hubungan guru dan murid itu mesti sentiasa terjalin semasa bercerita. Guru boleh
menukar haluan jika didapati konsentrasi dan emosi murid tidak seperti yang diharapkan.

Teknik bercerita ini sebenarnya boleh dipraktikkan secara bebas oleh guru. Secara
asasnya teknik bercerita itu hanya perlukan cerita, penyampai dan audiennya.
Bagaimanapun dalam dunia pendidikan formal, teknik bercerita dapat dimodifikasi dan
dimanipulasi mengikut kesesuaian dalam bilik darjah, bahan pengajaran dan teknologi
pendidikan yang ada. Dengan itu lahirlah pelbagai metod yang boleh digunakan dalam
menjayakan

teknik

bercerita

ini.

Antaranya ialah bercerita sambil bersoal jawab. Sebelum guru memulakan cerita, muridmurid diarah untuk mendengar dan mengikuti jalan cerita dengan sepenuhnya, termasuk
juga aspek-aspek pengajaran dan nilai yang terdapat dalam cerita tersebut. Sambil guru
bercerita, guru akan berhenti bercerita dan menyoal murid-murid mengenai apa yang
telah diceritakan. Kemudian guru menyuruh murid-murid meramal cerita seterusnya dan

setelah itu menyambung kembali ceritanya. Ini bertujuan supaya murid-murid akan terus
mengikuti cerita itu dan memahami cerita yang disampaikan. Teknik ini boleh digunakan
untuk

pengajaran

kefahaman,

karangan,

kosa

kata

dan

sebagainya.

Teknik bercerita juga boleh disampaikan terus melalui buku. Guru menyampaikan cerita
kepada murid-murid melalui bacaan daripada buku cerita. Sementara itu murid-murid
mendengar, memahami, menghayati dan kemudian diminta menceritakan kembali cerita
yang

didengar

itu.

Guru

mestilah

menghayati

cerita

yang

dibacakan

dan

menyampaikannya dengan gaya dan intonasi yang boleh menarik minat murid untuk
mengikuti cerita sehingga selesai. Menerusi teknik ini pengajaran bahasa seperti
kemahiran bertutur, membina ayat, kefahaman, karangan, kosa kata dan sebagainya
boleh

diajarkan.

Teknologi moden dapat menambah variasi penyampaian. Murid-murid akan diperlihatkan


dengan gambar-gambar slaid melalui OHP atau 'Power Point' komputer. Kemudian
murid-murid diminta untuk memerhati gambar-gambar slaid yang ditayangkan dan
seterusnya mengikuti cerita yang akan diperlihatkan dari slaid tadi. Menerusi slaid muridmurid dapat mengikuti urutan atau jalan cerita dengan mudah dan cerita itu akan lebih
menarik.

Pita rakaman juga masih berkesan jika digunakan kerana ia dapat membantu kemahiran
mendengar

murid-murid.

Murid-murid

diperdengarkan

kepada

rakaman

yang

mengandungi urutan beberapa peristiwa dan mereka diminta mengimaginasikan


peristiwa

tersebut.

Jika guru berupaya untuk mewujudkan teater pembaca maka ia akan lebih baik dan
berkesan dalam menyampaikan ceritanya. Teater pembaca adalah satu aktiviti drama
yang boleh melibatkan semua murid dalam sesebuah bilik darjah. Sebahagian daripada
mereka akan membaca sebuah cerita dengan penghayatan dan intonasi yang betul
sehingga menimbulkan suasana cerita yang menarik dan mudah difahami. Ini bertujuan
untuk membantu penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita itu
sedang berlaku di hadapan mata mereka. Pembaca hanya dikehendaki menggunakan
suara, gerak badan dan memek muka. Namun begitu, teknik ini perlu perancangan yang
rapi agar pengajaran dapat berjalan dengan lancar dan murid-murid dalam keadaan
yang

terkawal.

Bercerita menggunakan pelbagai seni bahasa itu sangat mendukung perkembangan


kosa kata dan kepekaan murid kepada seni bahasa dan budaya mereka. Syair, pantun,
sajak, seloka, gurindam, hikayat dapat digunakan untuk menambah variasi pengajaran
dan pembelajaran. Guru boleh mereka sebuah syair yang berbentuk cerita umpamanya
riwayat hidup seseorang, kisah-kisah sejarah yang bersesuaian dan sebagainya. Syair
yang

berbentuk

cerita

hendaklah

disampaikan

dengan

penuh

penghayatan. Ini akan menimbulkan minat di kalangan murid-murid lebih-lebih lagi


mereka

jarang

mendengar

syair.

Bercerita menggunakan kad gambar atau gambar bersiri, gambar kartun, keratan akhbar
dan keratan majalah juga dapat digunakan dalam mencari suasana baru dalam bercerita.
Melaluinya murid-murid dibimbing membina cerita sendiri berdasarkan bahan-bahan
rangsangan seperti gambar kartun dan keratan akhbar. Dengan menggunakan gambargambar kartun atau keratan akhbar murid-murid disuruh memerhati dan kemudian
menceritakan mengenai gambar atau keratan akhbar itu. Mereka akan bercerita kepada
guru dan rakan-rakan sedarjah. Cerita tidak perlu panjang. Murid-murid dapat dilatih
menyampaikan maklumat dengan berkesan secara bersahaja. Ini membolehkan muridmurid berkomunikasi dengan lebih berkesan. Dengan ini, kemahiran berbahasa muridmurid

dapat

dipertingkatkan.

KESIMPULAN

Berdasarkan keterangan yang diberikan di atas dapatlah disimpulkan bahawa dengan


menggunakan teknik bercerita banyak aspek-aspek bahasa, yang boleh diajarkan
umpamanya empat kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Begitu juga dengan memasukkan isi-isi pelajaran ke dalam cerita simpulan
bahasa, perkataan berlawan, cakap ajuk, cakap pindah selain dari pengajaran karangan,
fahaman, tatabahasa, kosa kata dan sebagainya. Di samping itu, guru juga seharusnya
menyerapkan nilai-nilai murni melalui cerita. Dengan ini, prinsip bahasa merentas
kurikulum dapat dipraktikkan. Di samping mereka seronok mendengar cerita mereka juga
memperolehi pelajaran dan lebih memahami pengajaran cerita yang ingin disampaikan.

Selain daripada itu teknik ini juga dapat mencungkil bakat murid-murid dan memberi
latihan kepada mereka untuk berhadapan dengan khalayak ramai. Namun begitu kita
haruslah ingat bahawa teknik bercerita hanyalah satu jalan untuk menyalurkan

pengetahuan kepada murid dengan cara yang menarik agar menimbulkan minat mereka
untuk belajar. Panduan ini hanya diharapkan menjadi titik tolak untuk diterapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan pelajaran lain yang difikirkan sesuai
oleh

guru.

BIBLIOGRAFI

Ee Ah Meng, 1993, Pedagogi II Amalan Dalam Bilik Darjah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn.

Bhd.

Kamarudin Hj. Husin, 1990, Pengajaran dan Pembelajaran Lisan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa

dan

Pustaka.

Mok Soon Sang, 1993, Pedagogi 2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran
Mikro,

Selangor

Darul

Ehsan:

Kumpulan

Budiman

Sdn.

Bhd.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, 1985, Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia,
Kuala

Lumpur:

Fajar

Bakti

Sdn.Bhd.

Sidang Pengarang, 1992, Kurikulum Baru Sekolah Rendah - Jilid 7 Aktiviti Bahasa, Kuala
Lumpur:

Dewan

Bahasa

dan

Pustaka.

______________, 1995, Bahasa Melayu Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam


Buku 4 Edisi Kedua, Bandar Seri Begawan: Jabatan Perkembangan Kurikulum,
Kementerian

Pendidikan.

______________, 1998, Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Categories: Bahasa, Pendidikan

Related Post:
Bahasa

Pendidikan

FAKTOR-FAKTOR PENENTU KEBERHASILAN MATA KULIAH PERENCANAAN


STRUKTUR BANGUNAN TINGGI (PSBT) PADA MAHASISWA JURUSAN PENDIDIKAN
TEKNIK SIPIL
KONTRIBUSI KEGIATAN KEMAHASISWAAN TERHADAP MOTIVASI
BERPRESTASI MAHASISWA JURUSAN PENDIDIKAN TEKNIK ARSITEKTUR
KETERAMPILAN INTERPRETASI SISWA LAKI-LAKI DAN SISWA PEREMPUAN
TERHADAP GAMBAR DAN BAGAN PADA KONSEP SISTEM REPRODUKSI MANUSIA
PENGGUNAAN ALAT PERAGA MAKET KENAMPAKAN PERMUKAAN BUMI
UNTUK MENINGKATKAN HASIL BELAJAR IPA SISWA DALAM PEMBELAJARAN
TEMATIK PADA TEMA PENDIDIKAN
PENGARUH IKLIM SEKOLAH DAN KREATIVITAS GURU DALAM MENGELOLA
PEMBELAJARAN EKONOMI TERHADAP PRESTASI BELAJAR SISWA PADA MATA
PELAJARAN EKONOMI

http://skripsikependidikan.blogspot.com/2012/12/teknik-bercerita-dalampengajaran-bahasa.html

KAEDAH BERCERITA
by ASLAMIYAH BINTI OTHMAN 1026576 - Sunday, 23 February 2014, 11:18 PM

ASSALAMUALAIKUM,
Bercerita adalah salah satu kaedah dalam pdp. Kaedah ini merupakan salah satu cara
untuk menarik perhatian murid-murid. Kaedah ini amat sesuai bagi murid-murid sekolah
rendah. Dalam sesi penceritaan akan lebih menarik jika diselitkan dengan dialog,
nyanyian atau lakonan. Murid-murid mudah faham apabila cerita dapat disampaikan
dengan pelbagai cara. Ketika sesi tersebut persepsi riak wajah murid-murid akan dapat
dilihat dengan riak yang pelbagai hingga ada yang mencuit hati. Ketika itu juga muridmurid digalakkan supaya mengambil bahagian agar timbul satu keseronokan kepada
murid-murid.
Kebiasaannya apabila selesai sesi bercerita akan ada sesi soal jawab bagi memastikan
murid-murid faham dengan cerita tersebut serta objektif pdp tercapai atau sebaliknya.
Cara kaedah ini juga dapat merapatkan hubungan di antara guru dan murid-murid. Guru
juga dapat mencungkil bakat murid dan mengetahui pencapaian muridnya. Sesi bercerita
ini boleh disertakan dengan pelbagai peralatan tambahan bagi mengindahkan dan
menarik perhatian murid-murid yang mendengarnya.

Inilah diantara pengalaman saya ketika menjalankan pdp dengan menggunakan kaedah
bercerita. Dalam subjek Pendidikan Islam , sesi bercerita amat sesuai bagi sirah dan
adab. Tetapi ianya terpulang kepada guru-guru dalam menjalankan pdp kepada muridmuridnya , asalkan mereka memahami tajuk yang diajar dan objektif tercapai.
Sekian.

ASLAMIYAH BT OTHMAN
1026576

http://italeem.iium.edu.my/mod/forum/discuss.php?d=1256

Bercerita.
Bercerita merupakan suatu kaedah mengajar yang membolehkan guru
menyampaikan isi pelajarannya melalui penggunaan teknik bercerita. Murid
biasanya gemar mendengar cerita yang menarik. Sesuatu cerita yang
disampaikan dengan baik akan membolehkan murid mempelajari sesuatu
dalam suasana yang seronok dan pelajaran ini akan lebih kekal dalam
ingatan. Oleh itu guru hendaklah kuasai kemahiran bercerita untuk
menambahkan keberkesanan pengajaran dalam bilik darjah. Guru boleh
menggunakan pelbagai cara menyampaikan cerita dalam kelas antaranya
seperti secara lisan, murid mendengar pita rakaman, boneka dan lain-lain.

Demontrasi.
Demonstrasi ialah satu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah
melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid. Teknik ini mellibatkan aktiviti
penerangan dan demontrasi guru bersama dengan aktiviti pendengaran dan
penglihatan serta percubaan murid.
Tujuannya supaya murid dapat mencontohi dan memudahkan murid
melaksanakan sesuatu aktiviti. Ingatan murid tentang langkah-langkah dapat
diperkukuhkan dan murid lebih memahami pembelajaran yang dijalankan.
Latihan amali dapat membina kemahiran murid dengan tepat dan kukuh.
Dalam masa yang sama guru dapat membetulkan sebarang kesilapan yang
berlaku, membina keyakinan murid dan mengelakkan sebarang
permasalahan berlaku.

Posted by Gloomy Jane at 20:50

http://syahadahprincess.blogspot.com/2012/03/strategi-pemusatanguru.html

Saturday, 17 March 2012


Strategi Pemusatan Guru

You might also like