Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

MENINGKATKAN IDEA KREATIVITI MURID TAHUN 3 MURNI

DENGAN PENGGUNAAN TEMPLATE DALAM PENGHASILAN


LUKISAN 2014

SALLEHUDDIN BIN IBRAHIM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS


SULTAN ABDUL HALIM

2014

PENGHARGAAN
Ahamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatNya dapat
saya menyiapkan proposal kajian tindakan ini setelah bertungkus lumus selama beberapa
minggu. Saya disini mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah saya yang banyak memberi tunjuk ajar dan menyumbangkan tenaga membantu
saya.

Juga ucapan terima kasih kepada pihak Institut Perguruan Kampus Sultan Abdul
Halim kerana memberi pelbagai kemudahan kepada pihak saya bagi melicinkan tugas
saya menyiapkan kerja kursus ini.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada semua rakan-rakan sekuliah yang telah
banyak membantu berkongsi maklumat, berbincang, memberi penerangan dan
meluangkan masa membantu saya. Sememangya tanpa bantuan dari rakan-rakan
sekuliah, saya pasti tidak dapat menyiapkan tugasan dengan ketetapan yang diberikan.

Kepada pihak sekolah saya iaitu SK Seri Perdana, Alor Setar yang sentiasa faham
akan perkara yang sedang dilalui oleh guru-guru yang sedang melanjutkan pelajaran.
Sudah semestinya melakukan dua perkara besar serentak iaitu mengajar di sekolah dan
belajar di IPG merupakan sesuatu yang sangat berat dan memerlukan sokongan dari pihak
sekolah.

Tidak lupa kepada seluruh ahli keluarga saya yang banyak berkorban masa dan
wang ringgit bagi membolehkan saya meneruskan pengajian dan dapat menyiapkan
tugasan ini.

Akhir kata, ucapan terima kasih kepada semua yang membantu saya secara
lansung dan tidak lansung. Semoga Allah membalasnya jasa baik semua. Sekali lagi, saya
mengucapkan terima kasih.

Isi Kandungan
1. PENDAHULUAN
1.1 REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU

5
6

2. FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

2.1 TINJAUAN MASALAH


2.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
2.3 TINJAUAN LITERATUR BERKAITAN

8
9
10

3. OBJEKTIF KAJIAN

13

4. SOALAN KAJIAN

13

5. PERANCANGAN TINDAKAN

14

5.1
5.2
5.3
5.4
5.5
5.6

14
15
18
20
21
22

KUMPULAN SASARAN
LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
KAEDAH MENGANALISIS DATA
JADUAL PELAKSANAAN
KOS KAJIAN

SENARAI RUJUKAN

23

LAMPIRAN

25

Nama Pengkaji:
SALLEHUDDIN BIN IBRAHIM
800219025567

Nama dan Alamat Sekolah:


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERDANA,
LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH,
05350 ALOR SETAR, KEDAH.

Tajuk Kajian :
MENINGKATKAN IDEA KREATIVITI MURID TAHUN 3 MURNI DENGAN
PENGGUNAAN TEMPLATE DALAM PENGHASILAN LUKISAN 2014.

1. PENDAHULUAN

Pendidikan seni visual merupakan salah satu subjek yang dijalaksanakan di


seluruh sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia merupakan matapelajaran
yang diajar bermula dari pra-sekolah sehinggalah tingkatan 3. Seterusnya, murid boleh
memilih meneruskan di peringkat SPM ataupun tidak. Rata-rata masyarakat Malaysia
mahupun guru sendiri kurang menitik beratkan matapelajaran ini dan lebih memberi
penekanan kepada subjek teras. Ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada minat dan
kreativiti murid.

Menjelang abad ke-21, pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami perubahan dan
pembaharuan seiring dengan tuntukan lokal dan global. Perubahan dan pembaharuan

yang sedang dan akan berlaku bermatlamat untuk membangunkan kapasiti modal insan
secara terancang dan berkesan seperti yang diharapkan. Pendidikan menjelang wawasan
2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif.
Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi penekanan kepada usaha
melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan
negara.
1.1 Refleksi Pengalaman yang lalu
Pengkaji telah melaksanakan beberapa sesi P&P Pendididkan Seni Visual tahun 3
2014 sepanjang awal tahun ini berdasarkan peruntukkan jadual individu yang telah
ditetapkan pihak sekolah kepada pengkaji iaitu 1 jam seminggu, pengkaji dapati murid
menghadapi masalah mengembangkan idea dan kurang kreatif dalam menghasilkan
lukisan. Begitu juga dalam mewarna dan beberapa aktiviti lain tetapi pengkaji akan lebih
memberi fokus kepada aktiviti melukis.

Sebagai contoh, pengkaji telah melaksanakan aktiviti menggambar pada minggu


pertama persekolahan dimana tajuknya ialah Kampungku. Pemilihan tajuk adalah
berdasarkan pada pengalaman sedia ada murid. Semasa set Induksi pengkaji melakukan
aktiviti nyanyian. Ini kerana pengkaji ingin membangkitkan ingatan murid tentang
suasana perkampungan serta memberi gambaran awal tentang tajuk yang akan dipelajari.
Lagu yang dipilih bertajuk Kampungku Sudah Berjaya dan lagu tersebut pengkaji
dapati telah dipelajari oleh murid semasa matapelajaran muzik. Kelas pengkaji
sememangnya sudah dilengkapi dengan peralatan ICT seperti LCD projektor. Jadi,
dengan menggunakan peralatan tersebut pengkaji menayangkan beberapa gambar
perkampungan yang pengkaji dapati dari sumber internet. Seterusnya, pengkaji pancarkan
juga beberapa contoh lukisan hasil karya pengkaji sendiri dan juga karya dari internet
6

yang sesuai dengan tajuk dan tema P&P pada hari tersebut. Kemudian pengkaji melukis
dua contoh pada papan putih dihadapan kelas dengan skala yang besar dan jelas. Dalam
pada itu, pengkaji memberi penerangan kepada murid mengenai teknik lukisan dan asas
seni reka. Pengkaji juga menerapkan beberapa nilai murni. Kemudian, murid diberi masa
untuk menghasilkan karya sendiri secara bebas berdasarkan tajuk yang diberi.

Setelah siap dan semua karya murid dikumpulkan, pengkaji dapati hampir
keseluruhan kelas menghasilkan karya yang sama dari segi rupa, bentuk, warna dan juga
komposisi. Pengkaji membuat penilaian kendiri kekurangan P&P yang pengkaji lakukan
mungkin penyebab utama idea kreatif murid tidak dapat berkembang. Lalu pengkaji
membuat rujukan kepada ketua Panitia Pendidikan Seni Visual sekolah iaitu Puan Siti
Nooraini Binti Morad. Pada pandangan beliau, P&P yang pengkaji laksanakan agak baik
dan sesuai namun, murid sebenarnya lebih suka meniru hasil karya rakan. Berikutan
dengan itu, pengkaji menjalankan soal selidik kepada murid dan ternyata jawapan dari
murid adalah relevan dengan pendapat Puan Nooraini.

Secara keseluruhannya, hasil P&P pengkaji itu, pengkaji dapati murid lebih suka
meniru hasil karya murid yang mereka kenalpasti sebagai pakar seni dalam kelas.
Pengkaji sendiri dapati ada 4 orang murid pakar seni dalam kelas kerana mereka
menghasilkan sendiri karya mereka malah menjadi sumber kepada murid lain.

2. FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN


2.1 Tinjauan Masalah
Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati murid-murid menghadapai
pelbagai masalah dalam menghasilkan karya seni yang lebih kreatif dan penuh dengan
idea yang menarik serta menunjukkan kepelbagaian hasil karya didalam sebuah kelas.
Namun begitu, pengkaji mengecilkan skop kajian pengkaji kepada masalah kekurangan
idea kreativiti dikalangan murid ketika menghasilkan lukisan. Murid didapati tidak dapat
menjana idea yang kreatif supaya menjadi lebih menarik dan mempunyai nilai etestika
yang tinggi. Kebanyakkan murid telah melakukan peniruan keatas hasil karya rakan,
kreativiti yang terhad, kekurangan idea dalam lukisan yang dihasilkan dan kurang
percaya kepada kebolehan sendiri. Menurut Sternberg (2004), minda manusia mempunyai
tiga potensi utama iaitu kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan. Beliau juga menambah,
ketiga- tiganya mesti dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan
mindanya secara optimum. Namun begitu, dalam konteks pendidikan di negara kita,
kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan tumpuan lebih diberikan untuk memupuk
kepintaran sedangkan aspek pemupukan kreativiti masih belum lagi diberikan perhatian
yang sewajarnya (Toh 2003, Yong 1989). Sekiranya perkara ini berlarutan, tentulah
matlamat untuk melahirkan modal insan yang inovatif dan seimbang sukar untuk dicapai.
Ini seterusnya akan turut menghalang negara mencapai status menjadi sebuah negara
maju menjelang tahun 2020. Oleh yang demikian, pengkaji percaya kelemahankelemahan ini dapat diatasi jika guru menggunakan kaedah yang tepat dalam proses P&P
seterusnya dapat melahirkan murid yang celik seni dan dapat meningkatkan tahap
kreativiti murid-murid. Sharifah Alawiyah Alsagoff (1986) mengatakan
bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan
pengajaran

yang

telah

dirancangkan
8

dengan

teratur.

Hasan

Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya


bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru
lakukan untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai
objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.

2.2 Analisis Tinjauan Masalah


Pengkaji mula berkhidmat pada tahun 2003 dan sehingga kini pengkaji
hanya diberi peluang matapelajaran Pendidikan Seni Visual sejak 2013. Dalam pada itu,
pihak sekolah lebih memberikan tugas sebagai guru matapelajaran Bahasa Inggeris
kepada pengkaji. Semasa menjalankan P&P Pendidikan Seni Visual bagi murid tahun 3
Murni yang seramai 25 orang pengkaji mengalami banyak kesukaran terutamanya
memankinkan kreativiti murid. Sepanjang dari bulan Januari 2014 sehingga Jun 2014
pengkaji dapati hasil karya murid terutamanya dalam bidang lukisan adalah hampir sama
iaitu dalam anggaran 85% bagi setiap sesi P&P. Lakaran, komposisi, rupa, bentuk serta
warna adalah hampir sama bagi keseluruhan kelas. Pengkaji telah mencuba dengan
pelbagai tajuk dan tema yang sesuai dengan latarbelakang murid seperti KampungKu,
Permandangan di Sawah Padi dan Indahnya Sungai Kita namun hasilnya masih
sama. Hal ini menunjukkan kreativiti mereka kurang berkembang dan kekurangan idea
untuk lukisan yang dihasilkan.

Hasil awal dari soal-jawab didalam kelas pengkaji dapati kebanyakkan mereka
meniru rakan sekelas dan ada juga yang menjawab mereka telah beberapa kali
menghasilkan lukisan dari tajuk yang sama pada tahun-tahun sebelumya. Jadi pengkaji
berpendapat bahawa murid-murid pengkaji ini perlu diberi beberapa contoh yang lain
ataupun boleh dikatakan seberapa banyak yang mungkin agar murid dapat meniru dari

pelbagai contoh dan bukannya dari rakan sekelas. Maka, pengkaji berekperimentasi
dengan contoh yang pengkaji bina sendiri dan kumpul dari internet. Pengkaji pancarkan
melalui LCD projektor di dalam kelas agar murid dapat meneliti dan mengambil idea dari
contoh. Malangnya, hasil karya murid masih lagi ditahap sebelumnya walaupun ada
beberapa murid menunjukkan peningkatan. Kebanyakkan hasil murid masih lagi bersifat
meniru. Dikalangan murid mereka sudah mengenalpasti rakan-rakan yang dikategori
sebagai mahir melukis. Maka, inilah pakar rujuk mereka untuk meniru dan seterusnya
menjadikan hasil karya murid seakan-akan sama bagi keseluruhan kelas seolah-olah
murid menggunakan kertas untuk aktiviti mewarna.

Dari itulah bermulanya idea pengkaji membuat kajian penggunaan template


bagi meningkatkan idea kreativiti murid menghasilakan lukisan. Template ini berupa
seperti kertas aktiviti mewarna ini akan pengkaji gunakan dalam kajian pengkaji yang
mana pengkaji jangkakan akan memberikan hasil yang lebih baik berbanding dengan
penggunaan banyak contoh diberikan kepada murid yang pernah pengkaji laksanakan di
dalam kelas. Template ini juga tidak akan membebankan guru samada semasa proses
penyediaan (pra P&P), kebolehgunaan yang tinggi (semasa P&P) serta template ini dapat
digunakan berulang kali.

2.3 Tinjauan Literatur Berkaitan

Aktiviti melukis mungkin nampak remeh dan tidak perlu sehingga ke tahap
membuat kajian, namun, guru-guru masih perlu memastikan kaedah yang dipilih adalah
berkesan dan bermanfaat bagi murid-murid mereka. Ini juga bagi meningkatkan dan

10

mengembangkan kreativiti murid. Kreativiti yang baik dapat mempengaruhi penghasilan


karya yang mempunyai nilai etestika tinggi.

Menurut Abdullah (2005), setiap kanak-kanak memiliki kemampuan kreativiti.


Beliau menyarankan agar guru memerhatikan bagaimana kanak-kanak bermain, sama ada
sendiri ataupun dalam kumpulan dan guru akan dapat menyaksikan sendiri daya kreativiti
semulajadi kanak-kanak. Sayangnya, semasa kanak-kanak membesar, kemampuan
kreativiti mereka ditekan melalui asakan dan latihan atas nama mengembangkan
keupayaan lain.

Bagi menjana kreativiti murid, guru perlu bersedia dengan aktiviti yang mencabar
kebolehan murid. National Education for the Education of Young Children (1986)
menyatakan guru yang baik akan menyediakan persekitaran yang meransang, bahanbahan dan aktiviti yang mencabar terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak dan kreativiti
memang tidak dapat dipisahkan lagi. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanakkanak dilahirkan kreatif. Tetapi bakat dan kreativiti yang tidak diberi galakan dan
bimbingan yang sewajarnya dapat dilupuskan dengan begitu sahaja.

Konsep kreativiti boleh dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang
individu seperti ahli muzik, guru, doktor, pemandu lori, ahli politik dan sebagainya.
Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu berlawanan dengan
pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan
bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik.

11

Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan


pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya,
individu itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan
dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya
dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh
Rikards (1990) sebagai, Creativity involves escaping from stuckness and opening up
possibilities.

Kesimpulannya, pengkaji ingin mencari satu jalan penyelesaian yang terbaik pada
ketika ini sebagai pemangkin kepada murid menerbitkan idea kreatif berdasarkan kepada
pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid.

12

3. OBJEKTIF KAJIAN
Setelah kajian permasalahan ini selesai dijalankan, murid-murid diharapkan akan
mencapai objektif-objektif yang berikut:

I.

Objektif Umum
Meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Pendidikan Seni

Visual.

II.

Objektif Khusus
Meningkatkan daya kreativiti murid dalam menghasilkan karya

seni lukisan.
Meningkatkan keupayaan murid untuk menjana idea dan
mengaplikasikan dalam karya mereka.

4. SOALAN KAJIAN
i.

Adakah penggunaan template dapat meningkatkan minat murid terhadap

ii.

Pendidikan Seni Visual?


Sejauh manakah penggunaan template dapat meningkatkan tahap kreativiti murid

iii.

dalam bidang menggambar aktiviti lukisan?


Sejauhmanakah penggunaan template dapat memankinkan murid menjana idea
kreativiti mereka?

13

5. PERANCANGAN TINDAKAN
5.1 Kumpulan sasaran
Kajian ini melibatkan murid tahun 3 Murni 2014 seramai 25 orang yang
keseluruhannya berbangsa Melayu dari Sekolah Kebangsaan Seri Perdana. 10 murid
lelaki dan baki 15 perempuan. Keseluruhan aliran tahun 3 mengandungi empat kelas iaitu
3 Sejahtera, 3 Kreatif, 3 Murni dan 3 Dedikasi dengan jumlah enrolmen keseluruhan
seramai 115 orang murid. Ranking susunan kelas adalah mengikut prestasi akademik
murid iaitu 3S, 3K, 3M, 3D. Ini adalah berdasarkan nama asal sekolah ini iaitu Sekolah
Kebangsaan Mergong Dua (SKMD). Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah pinggir
bandar. Hampir keseluruhan kumpulan sasaran kajian pengkaji datangnya dari keluarga
berpendapatan rendah dengan purata pendapatan isirumah RM 1500.00 hingga RM
3000.00 sebulan. 16 murid tinggal di kawasan perkampungan berdekatan yang dikenali
sebagai Kampung Gunung Sali manakal bakinya tinggal di kawasan perumahan
berdekatan iaitu Taman Wira Mergong. Persekitaran kawasan tempat tinggal mereka
adalah sawah padi, pinggir bandar Bandaraya Alor Setar dan perkampungan. Jadi,
pengkaji beranggapan pengalaman sedia ada kumpulan sasaran kajian pengkaji adalah
berdasarkan faktor yang dinyatakan tadi.

14

5.2 Langkah-langkah Tindakan


Pengkaji mencadangkan tiga langkah aktiviti penyelesaian bagi masalah menjana
idea kreativiti murid melalui penggunaan template dalam aktiviti lukisan.
Aktiviti 1 Penggunaan Template Aras 1 Mudah (1 jam)
Semasa aktiviti 1 ini dijalankan, pengkaji akan menyediakan template lukisan
yang separuh siap berdasarkan tajuk KampungKu. Didalam template ini pengkaji
menghasilkan lukisan yang belum siap sepenuhnya dan hanya terdapat beberapa objek
sahaja iaitu sebuah rumah, sebatang pokok, beberapa ekor ayam, seekor kucing, seorang
budak lelaki, seorang budak perempuan dan sebatang anak sungai. Template ini juga akan
disediakan sebanyak 5 set template yang berlainan dari segi saiz dan komposisi objek
yang dilukis. Pada set template 1, objek-objek dilukis pada bahagian atas kanan kertas
lukisan. Set template 2 pula, objek-objek dilukis pada bahagian atas kiri kertas lukisan.
Set template 3 pula, objek-objek dilukis pada bahagian bawah kiri kertas lukisan. Set
template 4 pula, objek-objek dilukis pada bahagian bawah kanan kertas lukisan. Dan
terakhir, set template 5, objek-objek dilukis pada bahagian tengah kertas lukisan. Set
template ini akan dibanyakkan dengan penggunaan mesin fotostat berdasarkan jumlah
kumpulan sasaran kajian iaitu seramai 25 orang murid. Dengan itu, setiap set hanya akan
diterima oleh 5 orang murid. Set template ini juga akan diedarkan secara berselang seli
agar murid yang menerima template yang sama tidak akan duduk berhampiran rakan
yang mendapat template yang sama. Langkah ini bertujuan mengelak murid meniru.
Sebelum template diedarkan, pengkaji akan melakukan aktiviti set induksi dengan
nyanyian lagu KampungKu. Setelah itu, pengkaji akan menunjukkan demonstrasi
melakarkan keadaan kampung menggunakan papan putih. Menurut T.Sarina (2006),
demonstrasi ialah satu kaedah yang memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu guru
dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan pelajar akan

15

sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama ataupun
berbeza. Dalam pada itu, semasa pengkaji melukis, pengkaji akan bersoaljawab mengenai
kampung bersama murid. Pengkaji akan cuba memasukkan hasil jawapan murid ke dalam
lakaran pengkaji di papan putih. Contohnya, jika ada murid menyatakan dikampung ada
perahu, maka pengkaji akan melukis perahu bersama anak sungai di dalam lukisan
tersebut. Namun begitu tidak semua akan dilukiskan dan hanya berdasarkan kesesuaian.
Berikutnya pengkaji menerangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan pada sesi
P&P tersebut. Antara isi kandungan penerangan pengkaji ialah mengenai menggambar,
penerangan tentang lukisan dan penerangan tentang tajuk lukisan pada hari tersebut.
Setelah selesai memberi penerangan pengkaji menunjukkan beberapa contoh hasil lukisan
yang sesuai dengan tajuk. Contoh-contoh yang ditunjukkan ini tidak akan sama dengan
template kerana mengelak murid meniru. Ianya untuk mengembalikan pengetahuan sedia
ada murid sahaja. Menurut Amir Hassan (2002) penggunaan kaedah yang pelbagai akan
menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan
pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan
bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah yang berkesan
boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhadap kaedah perlulah
dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan
proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan.
Seterusnya, template diedarkan kepada setiap murid. Pengkaji memberi
penerangan cara penggunaan template yang telah diberikan. Murid mula menghasilkan
karya mereka dengan sedikit bantuan dari pengkaji. Akhirnya, murid membentangkan
hasil karya masing-masing dan pengkaji memberikan markah kepada murid mengikut
rubrik permarkahan yang telah disediakan sebelum P&P dijalankan.
Berikut merupakan ringkasan Aktiviti 1:
16

1. Nyanyian lagu Kampungku.


2. Pengkaji melukis di papan putih hadapan kelas.
3. Pengkaji bersoaljawab bersama murid.
4. Pengkaji melukis beberapa idea murid.
5. Pengkaji memberi penerangan tentang lukisan, menggambar dan tajuk lukisan.
6. Pengkaji menunjukkan beberapa hasil lukisan yang telah siap.
7. Pengkaji mengedarkan template kepada murid.
8. Pengkaji memberi penerangan cara penggunaan template.
9. Murid menghasilkan karya diatas template yang diberi.
10. Murid membentangkan hasil karya masing-masing.
11. Pengkaji memberikan markah kepada hasil karya murid.

Aktiviti 2 Penggunaan Template Aras 2 Sederhana (1 jam)


Dalam penggunaan template aras 2 ini, aktiviti adalah hampir sama namun sedikit
perubahan pada template yang disediakan oleh pengkaji dimana template aras ini
mengurangkan jumlah objek-objek yang dilukis oleh pengkaji. Aktiviti aras 2 bertajuk
Permandangan di sawah padi. Jadi, template itu akan mempunyai hanya sebatang
pokok kelapa, seorang petani / pesawah dan sebuah pondok. Cara penyediaan dan cara
pengendalian template aras 2 adalah sama dengan template aras 1. Berikut adalah
ringkasan Aktiviti 2 :
1. Pengkaji melukis di papan putih hadapan kelas.
2. Pengkaji bersoaljawab bersama murid.
3. Pengkaji melukis beberapa idea murid.
4. Pengkaji memberi penerangan tentang lukisan, menggambar dan tajuk lukisan.
5. Pengkaji menunjukkan beberapa hasil lukisan yang telah siap.
6. Pengkaji mengedarkan template kepada murid.
7. Pengkaji memberi penerangan cara penggunaan template.
8. Murid menghasilkan karya diatas template yang diberi.
9. Murid membentangkan hasil karya masing-masing.
10. Pengkaji memberikan markah kepada hasil karya murid.

Aktiviti 3 Penggunaan Template Aras 3 Sukar (1 jam)


Sama seperti penggunaan template aras 1 dan 2 cuma perbezaan hanya pada
template yang disediakan iaitu template aras 3 ini hanya menyediakan 1 objek sahaja iaitu
sebatang pokok. Tajuk yang akan diberikan ialah Indahnya Sungai Kita. Cara

17

penyediaan dan cara pengendalian template aras 3 adalah sama dengan template aras
1dan aras 2. Berikut adalah ringkasan Aktiviti 3 :
1. Pengkaji melukis di papan putih hadapan kelas.
2. Pengkaji bersoaljawab bersama murid.
3. Pengkaji melukis beberapa idea murid.
4. Pengkaji memberi penerangan tentang lukisan, menggambar dan tajuk lukisan.
5. Pengkaji menunjukkan beberapa hasil lukisan yang telah siap.
6. Pengkaji mengedarkan template kepada murid.
7. Pengkaji memberi penerangan cara penggunaan template.
8. Murid menghasilkan karya diatas template yang diberi.
9. Murid membentangkan hasil karya masing-masing.
10. Pengkaji memberikan markah kepada hasil karya murid.
5.3 Kaedah Pengumpulan Data
Pengumpulan data akan dibuat berdasarkan markah hasil karya murid iaitu
kumpulan sasaran kajian sebelum penggunaan template, markah hasil karya murid
semasa penggunaan template aras 1, aras 2 dan aras 3. Markah-markah akan dicatatkan
didalam komputer menggunakan perisian MS Excell.

Permarkahan pula adalah berdasarkan kepada rubrik yang dibina oleh pengkaji.
Rubrik ini membantu pengkaji agar tidak memberi markah hanya kerana hasil karya
kelihatan menarik tetapi juga melibatkan beberapa aspek penting yang lain seperti
keaslian, kreativiti, kekemasan dan idea.

18

5.4 Kaedah Menganalisis Data


Setelah data markah murid dikumpulkan, dengan menggunakan perisian yang
sama iaitu MS Excell data akan dianalisis bagi mendapatkan keputusan sama ada terdapat
peningkatan markah hasil karya bagi setiap murid. Dengan menggunakan MS Excell juga
carta prestasi markah murid dapat dibina dengan lebih tepat.

19

5.5 Jadual Pelaksanaan


Bil
1.

Aktiviti
Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data

2.
3.
4.
5.

awal
Merancang proposal kajian tindakan
Merancang tindakan (individu / panitia)
Tinjauan masalah
Membincangkan masalah yang timbul. (dalam
20

Tarikh pelaksanaan
14 Julai 2014
21 Julai 2014
23 Julai 2014
27 Julai 2014
27 Julai 2014

6.

panitia)
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data

30 Julai 2014

7.
8.
9.
10.
11.
12.

awal
Merancang penyelesaian masalah
Menulis proposal kajian
Membentangkan rangka awal proposal kajian
Menghantar proposal Kajian Tindakan
Melaksanakan tindakan aktiviti 1
Membincangkan masalah yang timbul dalam

5 Ogos 2014
10 Ogos 2014
23 Ogos 2014
20 Sept 2014
25 Sept 2014
25 Sept 2014

13.
14.

tindakan 1 (dalam panitia)


Melaksanakan tindakan aktiviti 2
Membincangkan masalah yang timbul dalam

2 Okt 2014
2 Okt 2014

15.
16.

tindakan 2 (dalam panitia)


Melaksanakan tindakan aktiviti 3
Membincangkan masalah yang timbul dalam

9 Okt 2014
9 Okt 2014

17.
18.
19.
20.

tindakan 3 (dalam panitia)


Ujian untuk mengesan pencapaian murid
Refleksi kajian
Menulis laporan kajian
Pembentangan dapatan kajian

16 Okt 2014
20 Okt 2014
22 Okt 2014
2015

5.6 Kos Kajian


Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Jenis Bahan
Kertas lukisan
Pensel 2B
Pemadam
Potostat bahan & laporan kajian
Pen Marker papan putih
Warna pensel
Buku catatan guru

Kuantiti x harga seunit


250 x RM 0.20
25 x RM 0.50
25 x RM 0.20
4 x RM 2.50
25 x RM 3.50
1 x RM 2
JUMLAH

21

Jumlah kos
RM 42.00
RM 12.50
RM 5.00
RM 150.00
RM 10.00
RM 87.50
RM 2.00
RM 309.00

SENARAI RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2005). Mendorong kreativiti kanak-kanak.


Bentong: PTS Millenia Sdn Bhd.

Ainin Mohd,Abdullah Hassan.(1997).Seni Berfikir Kreatif.Kuala Lumpur:PTS


Consultans Sdn Bhd.

Ekspresi Kreatifviti Kanak-Kanak. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Hamidah Sulaiman, Farrah Dina Yusop.(2006). Mendidik Anak Genius. Shah Alam
Selangor: PTS Millennia Sdn BhdTony

Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur:
Pustaka Antara.

Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim.(2011).HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak


Kanak. Selangor Darul Ehsan: Open Universiti Malaysia.

Sharifah Alawiyah Alsagoff (1986). Psikologi Pendidikan II. Kuala


Lumpur :
Heinemann.

22

Sternberg, R. J. (2004 ).Intelligence:Abriefhistory.Malden, MA: Blackwell


Publishing.

Toh, W.S (2003)StudentcenteredEducationalBeliefs&TeacherEducation.Jurnal


Penyelidikan:MPBL

Windura.(2011).Melatih Anak Berfikir.Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing


Sdn Bhd.

SUMBER DARI INTERNET


http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html
http://zulprasekolah.blogspot.com/2012_03_05_archive.html
http://ummisalsabila.blogspot.com/2013/02/kreativiti-kanak-kanak-bermula-dengan.html
http://izhar-dominson.blogspot.com

23

LAMPIRAN
Lampiran 1
Borang Penilaian Peringkat Awal

MARKAH
Nama

: Ahmad Akmal Bin Ahmad Hizlan

Kelas

: 3 Murni

21/25

Bidang : Menggambar
Teknik

: Lukisan

Bil Kriteria yang diukur


1. Penggunaan alatan/bahan
Mengenal alat/bahan
Penggunaan alat/bahan dengan
2.

alatan/bahan
dengan baik
Bijak

Kemahiran berfikir secara

menggunakan idea
1

serta imaginasi
dengan baik.
Hasil karya yang

Kekemasan
Fungsi karya yang pelbagai
Keseimbangan karya
Hasil karya kemas dan menarik.

4.

Ulasan
Menggunakan

baik
Pengolahan idea

kreatif dan kritis (KBKK)


Imaginasi yang baik
3.

Tahap

kemas dan menarik


1

dari segi
persembahannya.
Kreatif di dalam

Kreativiti
24

Mempelbagaikan gaya

penghasilan karya
1

persembahan
Sangat kreatif dalam
5.

serta mengolah
idea dengan baik.

penggunaan media.
Pengaplikasian aspek seni

Aspek seni
diaplikasikan

Bentuk
Rupa
Keseimbangan
Warna
Harmoni

dengan baik dalam


karya.

JUMLAH 21 /25

Lampiran 2
Borang Markah MS Excell

25

Lampiran 3
26

Sedutan Rancangan Pengajaran Tahunan Dunia Seni Visual Tahun 3 KSSR


2014
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL KSSR
TAHUN 3 2014

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2013


DUNIA SENI VISUAL
KSSR TAHUN 3
MINGGU

BIDANG

HASIL PEMBELAJARAN

OBJEKTIF

Menggambar

Aras 1

Pada akhir pembelajaran m

2-4 Jan

Teknik:Lukisan warna

Mengetahui teknik mewarna

dapat:

pensel

menggunakan warna pensel.

1-Mengetahui teknik

Tajuk: KampungKu

Aras 2

menggunakan pensel warna

Mengaplikasikan penggunaan

betul.

warna harmoni dalam lukisan.

2-Memasukkan elemen sen

Aras 3

untuk diaplikasi dalam luki

Menghasilkan lukisan

3-Menyedari kepentingan t

berdasarkan aktiviti

yang betul untuk menghasil

menggambar.

kualiti lukisan.

Membuat corak dan

Aras 1

Pada akhir pembelajaran, m

1-7 Jan

rekaan

Kemahiran memotong bahan

dapat:

Teknik: Capan

mengikut bentuk yang

1-Menguasai kemahiran me

Tajuk:Bentuk geometri

diinginkan.

dengan kemas dan teratur.

dalam corak bersilang.

Aras 2

2-Menguasai teknik memot

27

Mengaplikasi kepelbagaian

bentuk yang diinginkan den

bentuk dan warna.

kemas dan teliti.

Aras 3

3-Mengaplikasi pengguan p

Mengaplikasi sekurang-

bentuk dan warna dalam

kurangnya 4 elemen dan

menghasilkan karya seni.

prinsip .

Lampiran 4
Borang Pemerhatian
Jadual Pemerhatian pengajaran dan pembelajaran tanpa penggunaan template.

Soalan

Ya Tidak

1. Adakah murid menunjukkan kesungguhan untuk menyiapkan lukisan?

2. Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan bahan ?

3. Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi dilakukan?

4. Adakah murid dapat menjana idea yang sesuai?

5. Adakah murid dapat menjana idea yang asli?

6. Adakah murid boleh mempelbagaikan persembahan dan hasil lukisan?


28

7. Adakah murid dapat menghasilkan lukisan kreatif berdasarkan tema?

8. Adakah murid dapat menjana kreativiti dan idea yang pelbagai?

9. Adakah murid dapat menyiapkan lukisan yang diberikan dengan baik?

29

You might also like