Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG

RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun


tidak

menjalani

pemeriksaan

kesihatan.

Malah,

tidak

kurang

juga

beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan


setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana
kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka
meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan
peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara
percuma.
Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila
diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak
mengalami sebarang gejala.
Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit
masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya
timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.
Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah
pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan
kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera
mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.


-Darah
keluar
bersama-sama
air
kencing.
-Perubahan
pada
kekerapan
membuang
air
kecil.
-Sakit
belakang.
-Kerap
buang
air
kecil,
terutama
pada
tengah
malam.
-Bengkak
pada
pergelangan
kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.
Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah
kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan
sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah
pinggang.
Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan
umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang

dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65


tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.
Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa
buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan
tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan
penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk
mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh
mencecah RM300,000!
Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya
pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil
masa beberapa minit saja.
Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu
biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah
kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada
peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya
boleh diketahui segera.
Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka
yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing
manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat
masalah kegagalan buah pinggang.
Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara
punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit
terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.
Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah,
kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air
kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan
untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.
Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan
masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak
sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan
darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat


Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan
kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.
Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan
berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.
Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa
kehilangan

anggota

badan

yang

kesemuanya

berpunca

daripada

pengambilan gula berlebihan.


Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat
untuk mengubahnya.
Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat
pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.
Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

-Pemakanan
seimbang.
-Minum
sekurang-kurangnya
dua
liter
air
sehari.
-Berhenti
merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat
yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan
berat
badan
seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

You might also like