Slanga Pelajar IPT Media Sosial

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

KURSUS: UVW 410 BAHASA MELAYU UNIVERSITI

PENSYARAH: SITI NURUL JANNAH FITAL


TAJUK: PENGGUNAAN SLANGA DALAM MEDIA SOSIAL OLEH PELAJAR
IPT
PROGRAM:

TEKNOLOGI

KEJURUTERAAN

MEKANIKAL

PERTANIAN) RY56
NAMA:
1234-

SIROJUL MUNIR BIN ROSLAN 141322944


MOHD HAZIZIE BIN MD NOR 141322915
HAFIZAN BIN MOHD 141322907
SYAMEL ASRI BIN RAZMAN 141322950
PENGENALAN

(SISTEM

Kertas kerja ini merupakan satu kajian mengenai pengunaan slanga dalam
media sosial atas talian oleh pelajar di peringkat IPT. Dalam konteks kajian ini,
media

sosial

merupakan

platform

dimana

seseorang

individu

mampu

berkomunikasi secara peribadi mahupun berkumpulan melalui penggunaan alatan


elektronik seperti telefon pintar, komputer atau aplikasi atas talian.
Melalui media sosial ini banyak perubahan bahasa dan antara yang paling
ketara merupakan penggunaan slanga yang hanya difahami oleh kumpulan
tertentu ataupun secara umum untuk menyampaikan mesej yang sering kali
mengandungi perkataan lucah atau yang ditapis. Perkataan slanga makin banyak
dilihat setelah berlakunya revolusi komunikasi ini kerana berlakunya pergaulan
secara luas antara individu dan kumpulan-kumpulan lain.
Definisi slanga mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah katakata (ungkapan dsb.) yang tidak tergolong dalam bahasa baku(biasa digunakan
dalam percakapan tidak rasmi). Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1511.
Mengikut definisi oleh Nik Safiah

Karim pula

slanga merupakan

restricted language kerana hanya difahami dan digunakan oleh golongan tertentu
yang membawa maksud yang tertentu.
Dr,

Norazlina

Hj.

Mohd

Kiram

pula

menyatakan

bahawa

slanga

merupakan satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal
dan cepat berubah.

Pelajar di peringkat IPT pula bermaksud pelajar yang sedang menuntut di


mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tidak kira samada dari pihak
swasta mahupun kerajaan. Dari segi golongan umur mereka yang dipanggil
pelajar IPT ini pula adalah antara 19 hingga 29 tahun sahaja
Bagi memudahkan pemahaman esei ini, seterusnya akan diulas mengenai
latar belakang, permasalahan kajian, tujuan, kajian terdahulu, metodologi kajian,
batas kajian, isi kajian dan penutup disertakan rujukan.

LATAR BELAKANG
Media sosial atas talian makin mendapat sambutan ramai terutamanya oleh
golongan remaja setelah berlakunya revolusi internet dan kini makin mudah
untuk mendapatkan perkhidmatan internet seperti kafe siber dan perkhidmatan
jalur lebar. . Kajian ini telah dijalankan melalui beberapa media sosial yang
mendapat sambutan tinggi dari pengguna seperti Whatsapp, Twitter, Facebook
dan juga dalam beberapa forum dan diskusi atas talian. Media sosial sebegini
mampu menarik minat pelbagai golongan masyarakat terutamanya golongan
muda seperti pelajar IPT kerana tersedianya satu platform sebegini yang mampu
menyampaikan ekspresi diri sendiri dan pendapat secara meluas.
Penggunaan slanga dalam media sosial ini dapat dilihat dalam perbualan
kumpulan ataupun status update pengguna. Pemilihan pelajar IPT sebagai
perhatian utama pengkaji kerana pengkaji sendiri merupakan pelajar IPT dan
lebih mudah untuk memahami penggunaan slanga yang digunakan oleh generasi
pengkaji sendiri dan mudah untuk mencari bahan kajian sosial iaitu pelajar IPT
sendiri.

PERMASALAHAN KAJIAN
Penggunaan media sosial atas talian merupakan salah satu cara untuk
berkomunikasi serta berkongsi secara langsung bersama rakan-rakan mereka atau
di mata dunia global tidak kira masa mahupun tempat mengenai pengalaman,
gambar, video dan juga rakaman audio. Perkara ini mungkin tidak merisaukan
tetapi bila dipertimbang mengenai penggunaan slanga yang sangat meluas dalam
kalangan pelajar IPT akan menimbulkan pelbagai isu bagi mereka yang
seringkali dikaitkan dengan perkembangan akademik. Sebagai contoh, seorang
pelajar IPT yang ingin menulis surat kepada dekan fakulti masing-masing
mungkin akan terguna slanga dalam penulisan surat rasmi tersebut dan ini

membawa imej kepada dekan bahawa pensyarah yang mengajar mereka Bahasa
Melayu tidak menjalankan tugas secara sempurna.
Benar bahawa para siswazah pastinya terdidik untuk tidak menggunakan
slanga dalam kegunaan rasmi dan ilmiah tetapi media sosial merupakan tempat
dimana mereka turut berkomunikasi yang boleh dilihat secara umum maka
secara tidak langsung ini akan mencerminkan budaya pelajar IPT itu sendiri.
Seterusnya,

pengkaji

turut

mendapati

sedikit

kepayahan

untuk

mengenalpasti penggunaan slanga oleh pelajar IPT di media sosial dari segi
konteks maksud dan ejaan slanga tersebut. Slanga yang digunakan oleh pelajar
di IPT yang berlainan mungkin mempunyai sedikit perubahan dari segi ejaan
ataupun sebutan tetapi dengan sedikit pemerhatian dan penyelidikan, pengkaji
dapat membezakan sama ada slanga yang digunakan merupakan slanga yang
sama ataupun satu slanga yang baru dan perlu di kaji secara lebih mendalam. Hal
ini tertimbul kerana penggunaan slanga itu sendiri banyak berkait dengan
keadaan demografi serta budaya tempat pelajar di IPT tersebut maka wujudlah
pelbagai jenis slanga yang membawa maksud yang sama. Tidak dinafikan
kemungkinan slanga ini dicipta secara sahaja oleh pelajar IPT tersebut tetapi
susur asal perkataan itu boleh dikaitakan semula dengan slanga lain yang turut
mempunyai persamaan dari segi ejaan dan makna.
Seterusnya perbezaan antara kajian pengkaji dan terbitan oleh Hasuria Che
Omar dan Noriah Mohamed bertajuk Bahasa Verbal dan Bukan Verbal 2 ini
merupakan penggunaan yang telah dikaji ini merangkumi hanya slanga di
kumpulan berita dan tidak melibatkan pelajar IPT sahaja maka, pengkaji tidak
boleh mengambil kira kajian yang dilakukan oleh mereka sebagai satu hasil
kajian yang serupa dengan kertas kerja ini.
Selain itu, terdapat perbezaan kajian di repository UniMAP oleh Nasihah,
Hashim; Nuraini, Yusoff; Marzalina, Mansor; Faizah, Ahmad; Ainal Akmar,
Ahmad. 2010. (Rancangan hiburan di televisyen: ke arah peminggiran 'Bahasa
Jiwa Bangsa') dimana kajian ini menitik beratkan isu pencamaran Bahasa
Melayu oleh pihak yang mengudarakan rancangan yang tidak dipantau oleh

pihak yang tertentu demi menjaga bahasa yang tercinta ini daripada tercemar
secara meluas. Kekurangan kajian ini ialah tidak menyentuh mengenai pelajar
IPT maka kami harus menjadikan ini sebagai bahan kajian dan tidak boleh
digunakan sebagai dapatan kami.

Akhir

sekali,

pengkaji

menghadapi

masalah

untuk

memastikan

penggunaan media sosial oleh pelajar yang dikaji tidak terjejas akibat
pengetahuan

mereka

mengenai

kajian

ini.

Beberapa

pelajar

yang

telah

dimaklumkan mengenai niat pengkaji untuk menggunakan akaun sosial mereka


untuk dijadikan contoh mengambil tindakan untuk memadam status dan
perbualan mereka. Hal ini mungkin menunjukkan keseganan mereka untuk
menunjukkan penggunaan slanga mereka yang di media sosial tetapi kami di
pihak

pengkaji

perlu

menghormati

privasi

yang

diminta

oleh

mereka.

Disebabkan ini, contoh yang pengkaji gunakan telah mendapat persetujuan oleh
mereka hanya setelah pengkaji mengambil gambar akaun sosial tersebut.

TUJUAN DAN KEPENTINGAN


Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa tujuan yang telah dipersetujui
oleh pengkaji. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai keadaan dan
penggunaan slanga oleh pelajar IPT dalam media sosial sama ada masih berada
di tahap yang ringan atau sudah pun berada di tahap yang sangat merisaukan
seperti mana yang dilihat pada ketika dahulu terdapat kejadian kes dimana
pelajar tidak boleh mengeja perkataan itu secara betul kerana hanya reti mengeja
perkataan tersebut dalam bentuk slanga. Perkara ini dikira relevan kerana
pengunaan media sosial oleh pelajar IPT boleh dikatakan suatu perkara yang
dilakukan secara harian dan dengan kerap maka pentinglah untuk pengkaji
mengkaji penggunaan slanga ini ada tidak menjadi satu pencemaran bahasa.
Kertas kajian ini turut membawa kepentingan dalam memartabatkan
penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar IPT tidak kira secara ilimiah

ataupun dalam perbualan harian. Melalui perbualan harian ini para pelajar perlu
memartabatkan

keindahan

Bahasa

Melayu

bukan

mencemarkan

dengan

penggunaan slanga yang boleh dilihat oleh umum. Pengkaji percaya bahawa
kajian yang dilakukan oleh ini mampu menimbulkan kesedaran dalam kalangan
pelajar IPT untuk memartabatkan lagi Bahasa Melayu kita.

Ketiga, pihak pengkaji turut berharap untuk mendapat maklum balas dari
pelajar IPT mengenai penggunaan slanga mereka di media sosial. Pelajar IPT
dapat dikatakan sebagai sangat terbuka maka adalah sangat mudah bagi kami di
pihak pengkaji untuk mengadakan temu ramah dan mengumpulkan pandangan
oleh mereka mengenai penggunaan slanga oleh pelajar IPT di media sosial tanpa
mereka berasa segan atau tidak menjawab persoalan yang dilontarkan.

KAJIAN TERDAHULU
Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji telah meneliti serta melakukan
carian di interenet serta rakan lain untuk mencari sebarang kajian yang telah
dilakukan dahulu dan mendapati tiada lagi kajian yang dijalankan sebegini.
Kebanyakkan kajian terdahulu berkisar mengenai pelajar IPT sahaja ataupun
hanya menyentuh penggunaan media sosial oleh pelajar IPT. Namun, terdapat
beberapa buku serta rencana yang telah pengkaji olah untuk memberikan
gambaran mengenai penggunaan slanga dalam media sosial oleh pelajar IPT.
Buku pertama yang pengkaji teliti merupakan hasil tulisan Hasuria Che
Omar dan Noriah Mohamed bertajuk Bahasa Verbal dan Bukan Verbal 2. Dalam
penulisan beliau, terdapat satu bahagian (Hasuria Che Omar dan Noriah
Mohamed bertajuk Bahasa Verbal dan Bukan Verbal 2 2008 muka surat 8).
Beliau mengolah mengenai perubahan bahasa di dalam kumpulan berita
berlakunya perubahan bentuk secara leksikal bagi menyampaikan emosi serta
memendekkan

satu

paparan.

Penulis

turut

menyertakan

beberapa

contoh

perkataan dan keratan penggunaan bahasa melayu di dalam kumpulan berita

seperti penggunaan pastu sebagai kata singkatan untuk selepas itu. Penulisan
ini banyak memberi gambaran bagaimana penggunaan Bahasa Melayu sebelum
zaman media sosial menjadi sesuatu yang dikira sebagai norma kehidupan setiap
orang.

Seterusnya, pengkaji mengambil satu artikel yang diterbitkan oleh Dewan


Bahasa yang bertajuk Bahasa Melayu Dalam Media Baharu. Dalam artikel
Bicara bahasa Dewan Bahasa (Zaidi Ismail, 1 Jun 2012) ini telah dibincangkan
mengenai penggunaan Bahasa Melayu yang makin meluntur akibat penggunaan
bahasa gaul, singkatan dan slanga digunakan tanpa segan silu di dalam media
sosial. Penulis telah menyenaraikan beberapa punca dan penggunaan slanga di
media sosial seperti Facebook, Myspace dan Twitter. Penulis artikel tersebut
turut mengutarakan kerisauan apabila penggunaan bahasa gaul ini tidak dipantau
di media sosial hingga Bahasa Melayu ini dari hilang identitinya ditelan arus
revolusi elektronik. Maka boleh disimpulkan oleh pengkaji bahawa penulisan ini
mempunyai hasrat dan tujuan yang sama dengan kertas kajian ini tetapi penulis
Zaidi Ibrahim tidak menghadkan isu ini kepada pelajar di IPT maka pengkaji
hanya boleh menjadikan ini sebagai bahan rujukan dan tidak boleh diguna pakai.
Rujukan ketiga pengkaji merupakan buku rujukan yang digunakan untuk
pembelajaran Bahasa Melayu Universiti di UniMAP ini sendiri iaitu Bahasa
Melayu Universiti UZW410 hasil tulisan Siti Nurul Jannah Fital dan Mohamad
Zaki Abdul Halim. Penggunaan buku ini memberikan serba sedikit pemahaman
bagi pengkaji untuk menjalankan kajian ini dengan pemberian contoh slanga dan
juga rangka untuk penulisan kertas kerja ini. Dalam buku ini telah memberikan
definisi slanga dan beberapa contoh yang diguna pakai oleh pelajar di institusi
IPT tetapi tidak menyatakan sama ada penggunaan tersebut di laman media
sosial ataupun hanya dalam perbicaraan harian pelajar IPT. Tidak dilupakan
bahawa buku ini turut memberikan sedikit sebanyak pendedahan mengenai

keindahan Bahasa Melayu maka wajarlah penyelidik menjalankan kajian ini


demi menjaga keindahan bahasa tercinta ini.
Seterusnya, pengkaji turut mengadakan kajian bahasa di repository
UniMAP oleh Nasihah, Hashim; Nuraini, Yusoff; Marzalina, Mansor; Faizah,
Ahmad; Ainal Akmar, Ahmad. 2010. (Rancangan hiburan di televisyen: ke arah
peminggiran 'Bahasa Jiwa Bangsa' ). Satu pembentangan kertas kerja yang telah
dilakukan ini menyentuh mengenai isu rancangan televisyen yang diudarakan
membawa imej dan impak yang negatif terhadap golongan muda. Kajian yang
dilakukan ini menyatakan bahawa kebanyakkan program yang diudarakan
mempunyai pelbagai masalah dari segi tatabahasa, pengajaran serta penggunaan.
Rujukan terakhir pengkaji merupakan keratan akhbar atas talian yang
menerbitkan

artikel

atau

penulisan

mengenai

kajian

ini.

Rencana

yang

mempunyai sedikit keserupaan dengan kajian ini merupakan hasil penulisan


Muhd Daud, 2014(Remaja dan Bahasa Slanga) terbitan majalan utusan harian.
Penulis rencana ini telah memberikan pandangan beliau mengenai trend remaja
kini untuk menggunakan slanga dalam bahasa harian mereka dan turut mencipta
slanga sendiri demi memberikan perasaan kelainan antara kelompok mereka dan
kelompok lain. Kerana kajian pengkaji tidak mempunyai sebarang rujukan dari
hasil kajian pengkaji lain, pengkaji perlu mengolah semula terbitan surat khabar
tersebut demi memudahkan pemahaman serta mecapai kaitan antara rencana itu
dan kajian ini.

METODOLOGI
Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa cara
mendapatkan bahan dan isi untuk dijadikan bahan kajian serta contoh.
Cara pertama yang pengkaji lakukan ialah dengan memantau beberapa
akaun laman sosial pelajar IPT di beberapa laman web sosial seperti Facebook,
Twitter dan Tumblr. Pengkaji mengambil kira status update, bahan yang di
kongsi serta komen mereka dalam masa seminggu dan melihat cara penggunaan

bahasa mereka. Dalam kajian ini, pengkaji tidak mengambil kira perbualan
peribadi mereka di media sosial kerana pengkaji perlu menghormati hak privasi
mereka sendiri. Para pelajar yang diteliti tidak mengetahui mengenai kajian yang
dijalankan oleh pengkaji agar memastikan tidak berlaku sebarang kompromi
dalam cara penggunaan dan tabiat mereka ketika menggunakan platform media
sosial atas talian demi menjaga ketulenan maklumat yang pengkaji perolehi.
Seterusnya, pengkaji telah mengadakan kutipan pandangan secara online
dan telah dijawab oleh lebih 80 pelajar IPT dari serata Malaysia. Melalui kutipan
pandagan ini, pengkaji telah mendapat pandangan mereka mengenai penggunaan
slanga, contoh slanga dan juga pendapat tentang adakah slanga ini merosakkan
Bahasa Melayu. Pengkaji tidak mengambil kira negeri asal peserta kerana slanga
merupakan bahasa yang diwujudkan oleh satu kelompok dan jarang berkait
dengan negeri asal pelajar tersebut.
Ketiga, pengkaji

melakukan

kajian

penulisan

yang berkait

dengan

penggunaan Bahasa Melayu dalam media sosial. Beberapa rencana serta buku
telah dijadikan bahan rujukan untuk kajian ini iaitu Bahasa Verbal dan Bukan
Verbal 2 terbitan Hasuria Che Omar, Dewan Bahasa dan Pustaka serta laman web
akhbar harian. Kebanyakkan bahan rujukan pengkaji bersumber daripada internet
kerana kemudahan untuk mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber untuk
menjalankan kajian sebegini adalah lebih mudah daripada membelek buku yang
mungkin tiada langsung maklumat mengenai sebarang penggunaan slanga dalam
media sosial oleh pelajar IPT.
Akhir

sekali,

pengkaji

telah

mengadakan

sesi

soal

jawab

secara

berhadapan dengan 5 orang pelajar dari IPT berlainan dan disoal soalan yang
sama. Identiti mereka telah dirahsiakan demi menjaga maruah dan keterbukaan
mereka untuk memberikan pandangan yang tidak berat sebelah. Soalan yang
disoal ialah mengapa mereka menggunakan slanga, kerap manakah mereka
menggunakan slanga dan pendapat mereka mengenai penggunaan slanga oleh
pelajar IPT di media sosial.

BATAS KAJIAN
Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah membataskan kajian hanya
terhadap pelajar yang berada di peringkat IPT sahaja maka pelajar sekolah atau
golongan yang sudah bekerja tidak diambil kira. Tujuan pengkaji memilih
pelajar IPT kerana golongan ini merupakan harapan bangsa dan negara kita maka
haruslah dititik-beratkan terhadap mereka agar kita dapat membendung gejala
penyalahgunaan bahasa di media sosial secara

kritikal sebelum

mereka

menjejakkan kaki ke alam dewasa. Hal ini penting kerana apabila mereka sudah
ke alam dewasa, mereka akan menjadi contoh kepada masyarakat serta anak
mereka dan kita tidak mahu penyalahgunaan bahasa di media sosial ini melarat
hingga ke generasi akan datang.
Disini juga pengkaji ingin mendalami penggunaan media sosial oleh
pelajar IPT. Media sosial seperti yang telah dinyatakan merupakan satu platfor
dimana seseorang itu mampu berkongsi pelbagai jenis pendapat, gambar, video
dan juga minat mereka secara tanpa batasan kerana wujudnya internet. Naluri
manusia untuk mendapat pengiktirafan oleh masyarakat dan rakan mereka maka
platform media sosial menjadi salah satu tempat yang menjadi pilihan ramai
pelajar IPT untuk menonjolkan diri mereka. Oleh itu, wujudlah pelbagai jenis
slanga bagi membezakan diri mereka dan orang lain dari segi taraf sosial,
golongan yang mereka bergaul dan juga ideologi mereka.

Dalam konteks kajian ini juga pengkaji tidak membataskan hanya kepada
pelajar IPT di UniMAP sahaja kerana pengkaji percaya bahawa slanga yang
digunakan

oleh

sesuatu

institusi

pastinya

berbeza

dan

hanya

melalui

kepelbagaian sumber kita boleh melihat variasi penggunaan Bahasa Melayu


terutamanya dari segi penggunaan slanga.

HASIL KAJIAN

Langkah pertama pengkaji iaitu pemerhatian, pengumpulan dan akhirnya


menganalisis penggunaan slanga oleh pelajar IPT di media sosial.

Borang soal selidik online


https://docs.google.com/forms
/d/1v8vIHbMUwPoHuZgrvbIVfa
5hdFfFo7lhjLFMVcehgLI/viewfo
rm

Tambahan lagi, hasil kajian ini turut mengumpulkan beberapa slanga yang
boleh diguna pakai oleh pengkaji lain bagi menjalankan kajian bahasa yang
berkaitan dengan slanga dan juga pelajar IPT. Pengkaji turut menyertakan
senarai slanga yang digunakan oleh pelajar IPT dalam kertas kerja ini bagi
memudahkan dan menggalakkan kajian lanjutan oleh pakar bahasa kerana

golongan

IPT

ini

merupakan

khazanah

negar.

Sering

kali

pelajar

IPT

dipinggirkan kerana mereka dikira sebagai fasa awal dewasa dimana mereka
masih belum berjasa untuk negara dan jarak umur antara generasi yang cerdik
pandai dan generasi yang pantas bertenaga ini menjadi punca kurangnya
pemahaman kita terhadap golongan IPT ini. Oleh sebab inilah wujudnya
beberapa isu dimana pelajar IPT digolongkan sebagai jiwa memberontak bukan
kerana kurangnya kawalan diri, tetapi kurangnya pemahaman terhadap mereka
oleh golongan lain.
SLANGA
Pisang/pishang/pisheng
Ngam
Dan/lepas
Jahat/asyuk
Barai
Basteng
Kelam/acah/bajet
Bakar/cucuk
Jigol/gigolo
Lahanad
Bedal/taram/sebat/tibia
Kos/cos
Jalan/on
Ilek
Kuda putih
Dek/papan/litar

MAKSUD
Kebosanan/ kebuntuan
Elok
Mampu/sempat
Berbaloi
Letih/hancur
Kaki lepak
Berlagak
Mencabar
Bapuk
Sial
Melulu
Program pengajian
Jadi
Tenang
Polis/pihak berkuasa
Tempat pertemuan

Hasil kajian pengkaji yang pertama mendapati bahawa pengunaan bahasa


slanga dalam media sosial mempengaruhi semua pelajar IPT yang telah pengkaji
teliti di media sosial. Semua akaun akan menggunakan slanga secara langsung
atau tidak langsung dalam menyampaikan sesuatu. Penggunaan slanga ini
berbeza dari satu individu ke individu lain yang dipengaruhi oleh golongan
mereka berkomunikasi, mesej yang ingin disampaikan oleh mereka dan juga
sebagai tanda menunjukkan status diri mereka dalam golongan tertentu. Sebagai
contoh, penggunaan isitilah bakar sering dirujuk oleh golongan yang sering
bersaing antara satu sama lain seperti mereka yang menceburi sukan ataupun
aktiviti lasak untuk merujuk seseorang itu mencabar rakan mereka untuk

melakukan perkara yang sama ataupun lebih. Seperti yang dilihat, penggunaan
slanga seperti ini merupakan satu istilah yang membawa maksud baru bagi
menyampaikan mesej tertentu.

Selain itu, terdapat juga penggunaan slanga secara tidak langsung dimana
pengguna itu sendiri tidak memahami maksud slanga itu sendiri. Apabila di
tanya kepada mereka yang menggunakan slanga tersebut, terdapat beberapa dari
mereka yang tidak tahu maksud di sebalik slanga itu. Ini menunjukkan bahawa
slanga menjadi salah satu pencemaran bahasa kerana terdapat individu yang
menggunakan slanga tersebut secara melulu tanpa mengadakan sebarang kajian
atau mengetahui maksud slanga tersebut. Berlakunya satu situasi dimana
pengguna akaun di laman media sosial telah menggunakan slanga pishang yang
seringkali dikaitkan sebagai kebosanan tetapi dikaitkan sebagai satu kata
tambahan yang bukan membawa maksud tersebut. Ini menunjukkan slanga itu
satu bahasa yang sangat bercampur aduk sehingga tiada pemahaman mengenai
slanga tertentu.

Seterusnya, kajian pengkaji mendapati terdapat beberapa slanga yang


digunakan sebagai satu rujukan untuk satu ayat yang penuh. Penggunaan slanga
ini hampir dengan penggunaan kata singkatan atau akronim tetapi slanga
tersebut mungkin membawa maksud yang cukup berlainan daripada perkataan
yang digunakan. Seringkali dapat dilihat penggunaan slanga ini dalam perbualan
harian ataupun semasa perbincangan dalam kalangan pelajar IPT kerana
penggunaan slanga seperti ini boleh dikatakan sebagai satu trend yang
dimulakan oleh pelajar IPT sendiri dan semestinya akan dipakai oleh pelajar IPT
juga. Untuk melihat dengan lebih jelas, kita teliti satu perbualan dalam aplikasi
Whatsapp dimana ramai pelajar IPT membuat kumpulan chat. Dalam chat ini
terdapat penggunaan istilah lahanad yang digunakan untuk menyampaikan
maksud celakalah ke atas kamu tetapi perkataan asalnya tidak membawa apa-apa
maksud di dalam Bahasa Melayu tetapi telah dicipta untuk menyampaikan
maksud tersebut. Ini menunjukkan bahawa slanga mampu mencipta satu
perkataan yang langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Bahasa
Melayu sendiri.

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji turut mendapati penggunaan


slanga dalam kalangan pelajar IPT sebagai cara pembelajaran di media sosial.
Slanga sebegini berbentuk informatif kerana membawa maklumat yang sering
kali dipakai dalam perbincangan untuk memudahkan pemahaman sesuatu perkara
itu. Penggunaan sebegini dikira sebagai tidak langsung kerana maksud slanga
yang digunakan mudah difahami dan diterima ramai tidak kira institusi
pengajian mereka. Untuk dijadikan contoh, kita menggunakan istilah jalan bagi
menunjukkan bahawa persetujuan orang ramai dan slanga ini diubah daripada
perkataan asalnya yang merujuk satu laluan. Penggunaan slanga sebegini bukan
sahaja memudahkan komunikasi, malah mampu merapatkan ikatan sesama rakan
mereka.

Hasil dapatan kajian ini turut menunjukkan penggunaan slanga sebagai


salah satu cara untuk mengutuk atau mengeji seseorang individu. Mungkin
penggunaan slanga ini dikira sebagai satu cara yang sinis untuk menyindir
seseorang tetapi penggunaan slanga merupakan satu lagi langkah oleh mereka
untuk memastikan orang yang ditujukan percakapan tersesbut langsung tidak
sedar bahawa mereka sedang dikutuk secara depan. Hal ini sangat menyedihkan
kerana bahasa kita yang cukup indah ini bukan sahaja telah dicemarkan melalui
penggunaan slanga tetapi ditambah lagi dengan perkataan kesat yang bertujuan
untuk menjatuhkan maruah individu tersebut. Contoh slanga yang digunakan
untuk mengutuk seseorang ialah jigol. Slanga jigol ini membawa maksud tidak
berguna ataupun bapuk. Slanga ini dapat dijejak kepada slanga asal iaitu
gigolo

yang

membawa

maksud

yang

sama

tetapi

telah

diubah

mengelakkan pemahaman seseorang individu mengenai kutukkan tersebut.

bagi

Kajian pengkaji turut mendapati terdapat juga slanga yang dikira sebagai
unik untuk sesuatu kumpulan sahaja. Slanga sebegini digunakan sebagai tanda
menunjukkan bahawa mereka turut tergolong dalam kumpulan yang hanya
memahami slanga tersebut maka memudahkan urusan daripada perlu mendapat
kepastian dari orang lain bahawa mereka tergolong sebahagian daripada mereka
juga. Kumpulan yang biasa menggunakan slanga ini biasanya kumpulan yang
tertutup

daripada

capaian

orang

awam

dan

juga

kumpulan

yang

ingin

merahsiakan kewujudan mereka. Contoh yang boleh ditunjuk merupakan


penggunaan slanga jahat ini dikaitkan sebagai sesuatu yang hebat tetapi sering
dipandang

serong

oleh

masyarakat.

Maka

komunikasi

sebegini

susah

diperhatikan kerana kumpulan yang menggunakan slanga sebegini susah untuk


dicapai.

Seterusnya, pengkaji dapat menyimpulkan sesuatu mengenai kesedaran


pelajar IPT tentang penggunaan slanga. Amat mengejutkan bahawa ramai antara
pelajar IPT yang menjawab kutipan suara pengkaji tidak mengetahui bahawa
mereka menggunkana slanga dalam penggunaan media sosial mereka. Hampir 30
peratus daripada pelajar menjawab bahawa perkataan awek itu merupakan
slanga tetapi ramai sudah menerima perkataan itu sebagai slanga walaupun
belum diterima dalam kamus Bahasa Melayu. Mungkin kerana slanga ini telah
digunakan secara meluas dari karya penulisan hinggalah ke layar perak namun
fakta bahawa perkataan itu masih dikira slanga maka tidak layak untuk
dikategorikan sebagai salah satu perkataan dalam Bahasa Melayu.
Tambahan lagi, hasil kajian para pengkaji mendapati bahawa majoriti
pelajar IPT yang menggunakan media sosial mengetahui pelbagai contoh slanga
yang diberikan oleh pengkaji. Slanga yang diketahui oleh mereka bukan sahaja
lebih unik, tetapi mereka turut mengetahui dari mana asalnya sesetengah slanga
tersebut. Mungkin cerita yang disampaikan oleh mereka itu dikira sebagai cerita
rekaan semata mata tetapi ini menunjukkan bahawa banyak slanga yang telah
dicipta mempunyai sejarah yang mendalam mengenai cara wujudnya perkataan
itu digunakan sebagai slanga. Kesimpulan ini dibuat melalui kutipan suara
pelajar IPT secara atas talian. bagi mendapatkan pandangan serta pengalaman

mereka dalam penggunaan slanga di media sosial oleh mereka sendiri. Hasilnya,
83 peratus pelajar di IPT mengaku bahawa mereka menggunakan slanga didalam
media sosial dan kehidupan seharian mereka.

Keselesaan menggunakan slanga

Selesa

Penggunaan slanga

Tidak selesa

Tiada

Kurang

Sederhana

Banyak

Melalui kajian ini, pengkaji turut mendapat pandangan dari ramai pelajar
IPT mengenai penggunaan slanga oleh mereka di media sosial. Pengkaji sebelum
ini telah menyatakan bahawa slanga ini merupakan salah satu bahasa pelesit
yang mencemarkan keindahan Bahasa Melayu tetapi hasil kutipan suara pelajar
IPT menunjukkan perkara yang lain. Ramai pelajar dimana 64 peratus
menyatakan bahawa mereka memandang bahasa slanga sebagai sesuatu yang
menambahkan

keunikan

Bahasa

Melayu

itu

sendiri

kerana

kita

mampu

menyampaikan pelbagai maksud kepada golongan mereka tersendiri tanpa


mendedahkan golongan mereka sendiri dan bukannya sebagai sesuatu perkara
yang patut dimalukan tetapi perlu diambil kita sebagai bahasa gaul. Pihak
pengkaji perlu lebih mendalami hasil ini kerana terdapat beberapa faktor yang
masih belum dikenal pasti bagi pelajar IPT untuk memberikan pandangan yang
sebegini. Bagi masa kini, pengkaji hanya mampu membuat kesimpulan secara
luaran dan tidak mampu mengadakan kajian lanjutan.

Pendapat mengenai slanga

Perosak Bahasa

Keunikan Bahasa

Neutral

PENUTUP DAN KESIMPULAN


Setelah menjalankan kajian penggunaan slanga dalam media sosial oleh
pelajar IPT ini, pengkaji dapat melakukan beberapa kesimpulan melalui contoh
dan huraian yang diberikan.
Pertama, penggunaan slanga dalam kalangan pelajar IPT dalam media
sosial merupakan satu kajian yang memerlukan banyak masa dan dedikasi kerana
slanga

yang

mempunyai

digunakan
sebarang

sangat

garis

banyak

panduan.

serta

Hal

ini

penggunaan
menyebabkan

tersebut

tidak

susah

untuk

membezakan sama ada perkataan tersebut merupakan slanga ataupun perkataan


Bahasa Melayu.
Seterusnya, tahap penggunaan slanga dalam kalangan pelajar di IPT masih
berada di paras yang kurang menghiraukan. Kebanyakkan pelajar IPT hanya
menggunakan bahasa slanga ini dalam perbualan harian mereka di media sosial
dan bahan bualan maka kecenderungan untuk menggunakan slanga dalam urusan
rasmi tidak begitu tinggi.
Akhir kata, pengkaji mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
pengkaji, Puan Siti Nurul Jannah kerana memberi bimbingan kepada pengkaji

serta meluluskan kertas kajian pengkaji yang pertama ini. Tidak lupa kepada
mereka yang terlibat dan rela disoal selidik serta memberi kebenaran untuk
pengkaji menggunakan akaun sosial serta perbualan mereka bagi menjayakan
kajian ini. Sekian terima kasih.

BIBILIOGRAFI
Siti Nurul Jannah Fital, Mohamad Zaki Abdul Halim, 2014. ( Modul Pengajaran
UVW410 Bahasa Melayu Universiti) Kangar, Percetakan Perlis (1990) Sdn Bhd.
Hasuria Che Omar, Noriah Mohamed, Radiah Yusoff, 2010. ( Bahasa Verbal dan
Bukan Verbal II) ITBM.
Zaidi Ismail, 2012. (Bahasa Melayu Dalam Media Baharu: Sejauh Manakah
Diutamakan?)

Dewan

Bahasa

dan

Pustaka

online

https://www.dwnbahasa.dbp.my/?p=722
Nasihah, Hashim; Nuraini, Yusoff; Marzalina, Mansor; Faizah, Ahmad; Ainal
Akmar, Ahmad. 2010. (Rancangan hiburan di televisyen: ke arah peminggiran
'Bahasa Jiwa Bangsa')
PPIK

USM

2006.

(Teori

dan

kaedah

penyelidikan

linguistik)

http://eprints.usm.my/5440/1/HMT_503_
%E2%80%93_TEORI_DAN_KAEDAH_PENYELIDIKAN_LINGUISTIK_OKTNOV_06.pdf

Rujukan

You might also like