Kajian Tindakan Suraida Pemulihan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 43

1.

0 Pendahuluan
Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu
baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi. Tatabahasa merupakan
aspek yang terpenting dalam sistem bahasa kerana ketika berbahasa kita menggunakan
tatabahasa sebagai peraturan tertentu, maka demikianlah tatabahasa menjadi pedoman dan
pegangan untuk menentukan betul salahnya sesuatu bentuk bahasa yang diucapkan atau
dituliskan oleh seseorang dalam sesuatu masyarakat bahasa.
Dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah, sistem tatabahasa merupakan
salah satu aspek pengajaran dan pembelajaran yang paling penting. Guru perlu melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa ini secara penggabungjalinan dengan
kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran lisan, membaca atau menulis. Aspek tatabahasa
yang perlu dikuasai oleh murid ialah golongan kata, pembentukan kata dan pembinaan ayat.
Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran tatabahasa ini harus diajar secara berfokus dan
terancang.
Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa guru harus menetapkan
objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran Kemahiran Aspek Tatabahasa yang disediakan.
Menurut Arbak Othman (1983) tatabahasa ialah peraturan bagaimana perkataan
dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk
menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Tatabahasa merangkumi dua aspek yang terpenting
iaitu morfologi dan sintaksis (Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Semakan (2003). Keduadua aspek ini perlu dikuasai oleh murid sebelum membolehkan mereka menggunakan bahasa
1

baku dengan baik bermula dengan penguasaan aspek morfologi. Hal ini kerana, morfologi
merupakan satu bidang yang mengkaji bagaimana perkataan dibina manakala sintaksis
mengkaji binaan ayat (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid
Mahmood (2008). Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan bahawa muridmurid telah menguasai aspek morfologi sebelum mereka mempelajari aspek sintaksis. Hal ini
bertujuan supaya murid-murid dapat menggunakan perkataan dengan betul bagi
menghasilkan ayat yang gramatis dalam berbahasa baku.
Abdullah Hassan (2006), mengatakan bahawa dalam bidang morfologi, kata adjektif
ialah kata yang memainkan fungsi utamanya bagi menerangkan kata nama dalam subjek dan
predikat dan juga boleh berfungsi sebagai predikat.(hlm. 38). Banyak penyelidikan yang
telah dilakukan bagi mengatasi masalah penguasaan kata adjektif dalam kalangan murid. Hal
ini disebabkan penguasaan kata adjektif yang lemah akan memberi kesan terhadap kemahiran
berbahasa baku seseorang.
Kajian pengkaji ini menyentuh mengenai penguasaan kata adjektif dalam kalangan
murid tahun 4 yang belajar di kelas pemulihan khas melalui data yang diperoleh daripada
instrumen yang akan pengkaji gunakan semasa kajian dijalankan. Oleh hal yang demikian,
kajian ini akan menggunakan data-data tersebut untuk mengetahui tahap pencapaian murid
dalam penguasaan kata adjektif.
Kajian ini menumpukan bidang morfologi yang mengkaji penguasaan kata adjektif
dalam kalangan murid pemulihan tahun empat . Kata adjektif ini merupakan antara golongan
kata yang sukar dikuasai oleh murid. Kesukaran untuk menguasainya, menyebabkan
sesetengah murid meminggirkan penggunaan kata adjektif dalam pembinaan ayat dan
pertuturan.
2

Sehubungan itu, masih lagi wujud masalah dalam penguasaan kata adjektif dalam
kalangan murid. Isu mengenai masalah pembelajaran kata adjektif pernah dijalankan
olehHairani Sani, Siti Nurashikin Ajmain, dan Siti Suhaida Surir (2011) dari Sekolah Rendah
Woodlands. Mereka telah menjalankan kajian terhadap murid tahun 5 tentang masalah
tersebut dengan menggunakan kaedah bahan visual. Namun begitu, kajian yang pengkaji
jalankan ini adalah untuk cuba menyelesaikan masalah yang sama tetapi dalam kalangan
murid pemulihan tahun empat.
Guru perlu memberi penekanan dalam proses pengajaran kata adjektif ini ialah kerana
murid-murid tidak akan dapat mengetahui sifat sesuatu benda, keadaan, situasi, dan lain-lain
lagi secara terperinci sekiranya mereka tidak mengenal kata adjektif. Selain itu, murid-murid
juga tidak akan dapat membezakan antara kata nama atau kata kerja dengan kata adjektif
kerana kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja
dengan cirinya yang boleh didahului atau diikut oleh kata penguat. Dalam ayat pula menurut
Nik Safiah Karim et.al(2008), kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi
sesuatu kata nama atau frasa nama. Proses pengajaran dan pembelajaran kata adjektif yang
baik iaitu dengan menggunakan kaedah yang sesuai serta bantuan bahan bantu mengajar yang
menarik akan dapat meningkatkan lagi pemahaman serta penguasaan murid dalam mengenal
kata adjektif ini. Tambahan pula, sekiranya murid tidak dapat menguasai kata adjektif, maka
penerimaan murid dalam bidang sintaksis juga sukar dikuasai oleh mereka.
Kesimpulannya, golongan kata adjektif merupakan salah satu golongan kata dalam
bidang morfologi yang penting dan perlu dikuasai oleh murid dengan baik bagi melahirkan
murid yang berkebolehan berbahasa Melayu baku dan mempunyai ketepatan isi penyampaian
semasa berkomunikasi. Kegagalan murid menguasai kata adjektif iaitu salah satu golongan
3

kata dalam bidang morfologiakan menjadi punca kegagalan murid untuk menguasai
kemahiran bahasa yang lain.

1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lepas


Seseorang guru yang prihatin, pada peringkat awalnya haruslah melihat dengan lebih
mendalam dan membuat catatan tentang apa yang dilihat dalam bilik darjah dan membuat
interpretasi tentang keadaan yang wujud dalam bilik darjah. Mereka boleh berbincang
bersama murid, guru-guru lain dan dengan ibu bapa murid tentang fenomena yang menarik
perhatian guru yang boleh diperbaiki (Othman Lebar, 2011).
Pengkaji telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk mengajar 7 orang murid tahun
4 Ibnu Sinadi Sekolah Rendah Arab JAIM Jelatang, Alor Gajah Melaka. Sebelum memulakan
sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah berbual dengan guru bahasa Melayu kelas
tersebut untuk mendapatkan maklumat mengenai murid bagi memperoleh gambaran awal
mengenai latar belakang murid, tahap pembelajaran dantingkah laku murid serta strategi yang
digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Menurut beliau, terdapat 7 orang murid yang masih berada pada tahap lemah dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu. Hasil daripada perbualan itu juga, saya mendapat maklumat
awal tentang murid yang sering menunjukkan tingkah laku positif dan negatif dalam bilik
darjah terutama semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, beliau
mengatakan bahawa strategiyang sering digunakan oleh beliau semasa proses pdp ialah
pendekatan berpusatkan guru dan murid. Beliau menggunakan buku teks sahaja sebagai
bahan bantu mengajar. Hal ini disebabkan bebanan tugas yang lain sehingga beliau tidak
mempunyai masa untuk menyediakan bahan yang bersifat mesra murid untuk digunakan
4

semasa proses pdp. Maklumat dan bimbingan yang telah diberikan oleh guru tersebut
diharapkan dapat membantu saya dalam mengurus dan merancang pdp untuk kelas tersebut
dengan lebih baik.Hal ini bertepatan dengan nasihat yang diberikan oleh Hashim bin
Deraman (2010) iaitu maklumat dan bimbingan awal itu dapat membantu guru dalam
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran serta peningkatan profesionalisme.
Tindakan pertama pengkaji ketika kali pertama mengajar ialah pengkaji telah meminta
murid-murid menghantar buku latihan mereka kepada pengkaji. Tujuan pengkaji berbuat
demikian adalah untuk menyemak buku latihan mereka bagi mengetahui perkembangan
pembelajaran murid dan mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh setiap
murid. Hasil semakan itu, pengkaji mendapati tiga orang murid mempunyai tulisan yang
buruk dan tidak kemas. Bagi pengkaji, tulisan adalah penting kerana bukan sahaja tulisan
akan mempengaruhi markah murid-murid malah mencerminkan keperibadian seseorang
murid. Contoh tulisan murid A adalah seperti di bawah:

Rajah 1. Contoh tulisan yang buruk dan tidak kemas


Berdasarkan contoh tulisan di atas, jelas menunjukkan bahawa tulisan murid A ini
buruk dan tidak kemas. Terdapat perkataan yang ditulis condong ke kiri dan ke sebelah kanan

iaitu murid A tidak menulis pada arah yang sama. Selain itu, murid A juga tidak menulis
huruf menggunakan bentuk huruf yang sempurna.
Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pengkaji telah menggunakan kaedah
berstruktur iaitu menyalin semula ayat dengan menyambungkan titik-titik huruf dan
seterusnya tanpa bantuan titik-titik huruf kepada tiga orang murid itu setiap kali waktu rehat.
Namun demikian, kaedah tersebut tidak memberi kesan terhadap perubahan tulisan ketigatiga murid kerana murid terlalu bergantung kepada titik-titik huruf semata-mata untuk
menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas.
Pendapat Fauziah Mat (2011) yang merupakan guru Sekolah Kebangsaan Jalan Reko,
Kajang Selangor bahawa arahan tidak tepat, kabur, sukar, singkat serta tidak diulang-ulang
akan menyebabkan murid melakukan kesalahan semasa menyelesaikan tugasan . Masalah
melakukan kesalahan semasa menyelesaikan tugasan adalah kerana mereka tidak memahami
arahan yang disampaikan oleh guru.Semasa memberi arahan pengkajiakan pastikan setiap
arahan yang pengkaji berikan adalah terang, jelas dan mudah untuk difahami dan akan
mengulangi arahan itu sebanyak tiga kali. Namun demikian, masih ada murid yang tidak
memahami arahan yang telah disampaikan. Buktinya ialah semasa pengkaji menjalankan
aktiviti pengukuhan iaitu membina ayat majmuk menggunakan perkataan yang diberikan,
terdapat murid yang membina ayat majmuk menggunakan perkataan lain. Apabila ditanya,
murid tersebut mengatakan mereka tidak memahami arahan yang disampaikan itu.
Selain daripada itu, pengkaji telah mengesan satu lagi masalah iaitu 7 orang murid ini
juga masih belum dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Masalah tersebut jelas
kelihatan semasa pengkaji menjalankan aktiviti membaca dan mengenal pasti pelbagai genre
penulisan. Objektif pengajaran dan pembelajaran pengkaji ialah pada akhir pelajaran
6

muriddapat menyatakan perbezaan penggunaan laras bahasa antara berita dengan cerpen.
Semasa aktiviti dijalankan, terdapat segelintir murid yang tidak dapat menyatakan perbezaan
bagi kedua-dua genre penulisan itu apabila diminta oleh guru. Oleh sebab itu, pengkaji telah
menyediakan lembaran grafik bagi meningkatkan kefahaman murid mengenai perbezaan bagi
kedua-dua genre penulisan ini.
Muhamad Hasan (2000), menyatakan bahawa penggunaan media bertujuan untuk
memudahkan guru dan murid berinteraksi atau perhubungan dua hala yang dapat menarik
minat penerima untuk bertindak balas. Justeru itu, pengkaji telah menyediakan bahan bantu
mengajar bagi meningkatkan kemahiran lisan murid. Sebagai contoh, pengkaji telah
merancang aktiviti bertanya dan menjawab secara bertatasusila dengan mengadakan forum
mengenai satu tajuk. Pengkaji telah menyediakan contoh video forum dan teks forum sebagai
langkah satu dalam proses pengajaran dan pembelajaran pengkaji bagi mendedahkan kepada
murid-murid cara berforum yang betul.
Pengkaji juga

mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid sahaja yang

mengenali golongan kata bahasa Melayu. Buktinya, semasa pengkaji menjalankan aktiviti
mengenal pasti kata adjektif, kata nama, kata kerja dan kata tugas yang terdapat dalam
petikan teks, pengkaji mendapati terdapat banyak kesalahan jawapan yang diberikan oleh
murid-murid (Rajah 2). Mereka menyenaraikan perkataan yang bukan dari golongan kata
yang betul.

Rajah 2. Hasil kerja murid semasa menjalankan aktiviti mengenal pasti kata adjektif
yang terdapat dalam petikan teks.
Setelah beberapa sesi pengajaran telah dijalankan seperti yang dinyatakan di atas, dapat
dirumuskan di sini bahawa terdapat beberapa masalah yang dihadapi. Walau bagaimanapun,
pengkaji hanya memilih masalah murid dalam penguasaan kata adjektif sahaja berdasarkan
ujian diagnostik yang telah dijalankan. (Lampiran 2).

1.2 Refleksi Sorotan Literatur


Masalah murid dalam penguasaan kata adjektif semakin menonjol dalam kalangan murid di
sekolah. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, ianya akan mendatangkan masalah kepada guru
dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa dan juga
mendatangkan masalah kepada murid untuk menggunakan kata adjektif dengan tepat semasa
berkomunikasi. Oleh sebab itu, ramai pengkaji telah membincangkan masalah ini.
Pengkaji yang telah membincangkan masalah ini antaranya ialah Mohamad Khair
Johari, Noraini Abdullah Hee dan Zubaidah Zainal Abidin (2012),dalam kajian mereka yang
bertajuk Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Kata Adjektif Melalui Pembelajaran

Berdasarkan Pengalaman. Dapatan kajian yang telah dijalankan ke atas murid-murid darjah
3 dan 4 di Sekolah Rendah Rivervalemenunjukkan bahawa pembelajaran berdasarkan
pengalaman konkrit,

dan

membuat pemerhatian

serta

renungan tentang pengalaman

tersebut dapat memperkaya dan meningkatkan penguasaan menggunakan kata adjektif dalam
kalangan murid.
Hairani Sani, Siti Nurashikin Ajmain, dan Siti Suhaida Surir (2011), pula telah
menjalankan kajian ke atas 34 orang murid tahun 5 di Sekolah Rendah Woodlands tentang
pembelajaran kata adjektif yang seiras menggunakan bahan visual. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat peningkatan di dalam keputusan ujian pascapembelajaran kerana
murid lebih yakin membina ayat menggunakan kata adjektif yang seiras. Murid juga
menyatakan situasi bagi menonjolkan makna perkataan tersebut. Hal ini membuktikan
bahawa gambar yang diberi dapat merangsang minat murid dan memudahkan mereka
membina ayat bagi kata adjektif yang berkaitan.
Kajian Caroline Anak Galin (2010) yang bertajuk Kesan Jigsaw Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Kata Adjektif Bahasa Melayu Murid-Murid Tahun 4 telah dijalankan di
Sekolah Kebangsaan Murni menggunakan teknik permainan bahasa iaitu permainan Jigsaw
sebagai strategi bagi menyelesaikan masalah dalam aspek kata adjektif.Peserta kajian ini
terdiri daripada 42 orang murid tahun 4C yang tidak tahu tentang jenis kata adjektif. Dapatan
kajian mendapati teknik permainan bahasa menggunakan permainan Jigsaw dapat membantu
murid-murid tahun 4C mengetahui jenis-jenis kata adjektif dan menghasilkan peta konsep
berkaitan dengan kata adjektif.Data kemudian disemak melalui triangulasi sumber. Hasil
analisis mendapati Jigsaw membantu murid-murid tahun 4C mengetahui jenis-jenis kata
adjektif dan menghasilkan peta konsep berkaitan dengan kata adjektif.
9

Abdul Wahib bin Muhammad Nasir (2010), telah menjalankan kajian yang bertajuk
Penguasaan Sistem Tatabahasa Bahasa Melayu Satu Kaedah di Sekolah Kebangsaan Rasa,
Selangor dengan menggunakan kaedah penerangan secara mendalam mengenai aspek
tatabahasa yang dipilih iaitu kata sendi nama, kata nama, kata adjektif dan penjodoh
bilangan.Responden yang terlibat dalam kajian tindakan ini melibatkan 34 orang murid tahun
5. Hasilnya murid dapat menulis struktur ayat yang baik serta menggunakan sistem
tatabahasa yang diajar kepada mereka.
KajianChellamal Bagavathy (2005), bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid

dalam aspek tatabahasayang terpilih iaitu kata hubung, kata adjektif, kata seru dan kata tanya
menggunakan permainan bahasakhasnya kuiz, latih tubi dan mencantum kad. Seramai 25
murid dari tahun 6 telah dipilih sebagai responden kajian. Instrumen kajian terdiri daripada
Ujian pra dan Ujian Pasca mengenai 4 aspek tatabahasa. Dapatan kajian telah menunjukkan
bahawa tindakan yang dilaksanakan telah membantu murid untuk menguasai aspek
tatabahasa. Hasilnya hampir kesemua murid dapat menguasai aspek tatabahasa dalam tajuk
Kata Tanya, Kata Seru, Kata Adjektif dan Kata Hubung.
Menerusi kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini, dapatlah
disimpulkan bahawa pelbagai kaedah yang digunakan untuk meningkatkan penguasaan kata
adjektif dalam kalangan murid. Sebagai penyelesaian alternatif, kaedah yang diperkenalkan
dalam kajian pengkaji ini juga dapat membantu meningkatkan penguasaan kata adjektif
murid-murid pemulihan.

10

2.0 Fokus Kajian/ Isu Keperihatinan


Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu, pengkaji telah memilih masalah
berkaitan golongan kata adjektif sebagai fokus kajian dalam kajian tindakan pengkaji ini.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid
kurang memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Apabila
penerangan tentang kata adjektif diberikan, segelintir murid asyik berbual-bual dengan rakanrakan yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa mereka kurang berminat untuk mengikuti
pembelajaran berkaitan kata adjektif ini.
Pengkaji telah menyediakan nota bergambar mengenai kata adjektif dan diberikan
kepada semua murid. Penerangan diberikan berkaitan kata adjektif secara terperinci merujuk
nota tersebut. Apabila ditanya kepada murid adakah mereka memahami penerangan guru,
mereka mengatakan bahawa mereka faham. Apabila guru meminta murid memberikan contoh
kata adjektif yang lain secara lisan, terdapat 5 orang murid yang tidak dapat memberikan
jawapan dengan betul. Mereka menyatakan bahawa perkataan dari golongan kata nama juga
merupakan kata adjektif.

Terdapat 2 orang murid yang hanya mendiamkan diri apabila

diminta memberikan contoh kata adjektif. Hal ini menunjukkan bahawa 5 orang murid ini
masih tidak memahami konsep kata adjektif. Oleh sebab itu, mereka tidak mengenali kata
adjektif serta tidak dapat memberikan contoh kata adjektif yang lain secara spontan.
Satu sesi temubual telah dijalankan bersama-sama 2 orang murid bagi mengetahui
punca masalah penguasaan kata adjektif ini. Pengkaji telah menggunakan bentuk temubual
separa berstruktur iaitu soalan disediakan pada peringkat permulaan tetapi soalan seterusnya
adalah bebas mengikut keadaan. Tujuan pengkaji menggunakan bentuk temubual separa
berstruktur ialah bagi mendapatkan punca masalah murid secara mendalam menggunakan
soalan secara spontan. Rujuk lampiran 3 untuk transkripsi temubual. Dapatan daripada
11

perbualan itu, punca bagi masalah penguasaan kata adjektif ialah kekurangan bahan rujukan
mengenai kata adjektif.
Berdasarkan semakan buku latihan murid-murid, pengkaji mendapati guru Bahasa Melayu
yang mengajar sebelum ini tidak memberi penekanan dalam penguasaan kata adjektif. Oleh
sebab itu, murid-murid seolah-olah tidak mengenali kata adjektif berbanding golongan kata
yang lain. Golongan kata yang terdapat dalam buku latihan murid semasa semakan oleh
pengkaji ialah kata nama, kata kerja dan kata hubung sahaja (Rajah 4). Mungkin guru sebelum
ini hanya memberi penerangan secara lisan mengenai kata adjektif kepada murid-murid tanpa
memberikan nota dan latihan pengukuhan mengenainya.

Rajah 4. Semakan buku latihan murid


Hasil pemerhatian pengkaji sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang
pengkaji jalankan, terdapat 5 daripada 7 orang murid sahaja yang didapati sangat lemah dan
kurang berminat dalam pembelajaran kata adjektif. Oleh itu, pengkaji telah mengambil
keputusan untuk menyelesaikan masalah kelima-lima orang murid itu dengan menggunakan
kaedah-kaedah yang telah dirancang selama beberapa sesi. Masalah penguasaan kata adjektif
dalam kalangan murid tahun 4 ini sepatutnya tidak lagi terjadi memandangkan mereka sudah

12

berada pada tahap 2 dalam sesi persekolahan sekolah rendah. Kesan ke atas murid sekiranya
masalah ini tidak diatasi ialah mereka tidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa dengan
baik kerana dalam sistem bahasa Melayu, kemahiran bahasa digabungjalinkan dengan
tatabahasa dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran harian.

2.1 Tinjauan dan Analisis Masalah

Langkah Penyelesaian
1.Meninjau

Tujuan

Melihat

dalam buku aktiviti mereka.


Menjalankan ujian diagnostik untuk

hasil

mengenal

kerja

pasti

atau

murid-murid

mengesan

murid

kawasan kelemahan murid-murid.


Berbincang
bersama-sama
guru
matapelajaran
maklumat

untuk

Mengetahui tahap penguasaan muriddalam

kemahiran.
Mengetahui
yang

menguasai

masalah

dihadapi

oleh

sesuatu

pembelajaran
murid-murid

semasa belajar.

mendapatkan

mengenai

prestasi

pencapaian murid-murid.
2.Pemerhatian
Memerhati

murid-murid

yang

Bagi

memerlukan lebih pemerhatian

memeastikan

murid-murid

lemah yang perlu dibimbing oleh


guru.
Bagi mengenal pasti murid-murid
yang sudah menguasai kata adjektif.

3.Rekod Data

Pengumpulan hasil ujian diagnostik


13

Untuk menilai kelemahan murid-

dan lembaran kerja murid-murid.

murid dalam menguasai kata adjektif.

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran lalu, pengkaji telah memilih masalah berkaitan
golongan kata adjektif sebagai fokus kajian dalam kajian tindakan pengkaji ini. Berdasarkan
pemerhatian pengkaji semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid kurang
memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Apabila
penerangan tentang kata adjektif diberikan, segelintir murid asyik berbual-bual dengan rakanrakan yang lain.
Pengkaji telah meninjau segala aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid sebagai
langkah penyelesaian terhadap masalah penguasaan kata adjektif

terhadap murid-murid.

Pengkaji telah melihat hasil kerja murid-murid dalam buku latihan atau aktiviti. Pengkaji juga
nebjalankan ujian diagnostik terhadap murid-murid serta berbincang bersama-sama guru
matapelajaran bagii mendapatkan maklumat tentang prestasi murid-murid.
Berdasarkan semakan buku latihan murid-murid, pengkaji mendapati murid-murid
seolah-olah tidak mengenali kata adjektif berbanding golongan kata yang lain. Golongan kata
yang terdapat dalam buku latihan murid semasa semakan oleh pengkaji ialah kata nama, kata
kerja dan kata hubung sahaja (Rajah 4).

14

Rajah 4. Semakan buku latihan murid


Hasil pemerhatian pengkaji sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang
pengkaji jalankan, terdapat 5 daripada 7 orang murid sahaja yang didapati sangat lemah dan
kurang berminat dalam pembelajaran kata adjektif.
Selain daripada itu, pengkaji juga telah menggunakan langkah pemerhatian iaitu
memerhati jika terdapat murid-murid yang perlukan lebih perhatian daripada guru.
Rekod data juga digunakan untuk pengumpulan hasil ujian diagnostik dan lembaran
kerja murid-murid. Ini bertujuan untuk menilai dan mengesan kelemahan murid-murid dalam
menguasai kata adjektif.
Kesan ke atas murid sekiranya masalah ini tidak diatasi ialah mereka tidak akan dapat
menguasai kemahiran bahasa dengan baik kerana dalam sistem bahasa Melayu, kemahiran
bahasa digabungjalinkan dengan tatabahasa dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran
harian.

3.0 Tujuan Kajian, Objektif Kajian, Persoalan Kajian


Tujuan Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kata adjektif dalam kalangan
murid pemulihan tahun empat dengan menggunakan Kaedah Nyanyian Pancainderaku.

Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap dapat mencapai objektif yang
berikut:

15

1,Meningkatkan penguasaan kata adjektif menggunakan kaedah Nyanyian Pancainderaku


dalam kalangan murid pemulihan tahun 4.
2.Mengenalpasti kesan kaedah Nyanyian Pancainderaku bagi meningkatkan penguasaan
kata adjektif.
3.Mengesan perubahan tingkah laku negatif murid dalam menguasai kata adjektif .

Persoalan Kajian
1.Adakah penguasaan kata adjektif dalam kalangan murid tahun 4 dapat ditingkatkan dengan
menggunakan kaedah Nyanyian Pancainderaku ?
2.Bagaimanakah penggunaan kaedah Nyanyian

Pancainderakudapat

meningkatkan

penguasaan kata adjektif ?


3.Adakah terdapat perubahan tingkah laku negatif murid dalam menguasai kata adjektif?
4.Adakah penggunaan kaedah Nyanyian Pancainderaku dapat meningkatkan minat murid ?

4.0 Kumpulan Sasaran


Dalam kajian ini, kumpulan sasaran pengkajiialah murid-murid tahun 4 Ibnu Sina, Sekolah
Rendah Arab JAIM Jelatang, Alor Gajah yang sangat lemah. Jumlah murid kelas ini yang
dicadangkan oleh pihak sekolah ialah seramai 7 orang iaitu terdiri daripada 4 orang murid
lelaki dan 3 orang murid perempuan. Jadual di bawah merupakan senarai nama kumpulan
sasaran kajian pengkaji.
Jadual 1. Senarai Nama Kumpulan Sasaran

Bil
1
2
3
4
5
6
7

Nama Murid
Abdul Musalif Bin Mohd Bokhori
Alif Fahan Bin Saiful Bahri
Hanim Syahirah binti Sobri
Muhammad Ammar Izhan bin Yatim
Muhammad Faqrul Naim bin Hairuddin
Mohamad Naim Bin Mohamad
Muhammad Syahid bin Muhammad Ridwan
16

Berdasarkan semakan buku latihan, hasil pemerhatian sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran, semakan markah ujian UBB 1 & 2 (Lampiran 4) dan keputusan ujian diagnostik,
seramai 5 orang murid sahaja dipilih sebagai sampel kajian iaitu tiga orang murid lelaki dan dua
orang murid perempuan. Jadual 2 di bawah menunjukkan keputusan ujian diagnostik setiap
sampel yang terlibat.
Jadual 2. Keputusan Ujian Diagnostik
Bil

ampel

Markah

1
2
3
4
5

Abdul Musalif Bin Mohd Bokhori


Hanim Syahirah binti Sobri
Muhammad Ammar Izhan bin Yatim
Muhammad Faqrul Naim bin Hairuddin
Muhammad Syahid bin Muhammad Ridwan

40%
55%
57%
36%
40%

5.0 Pelaksanaan Kajian


5.1 Perancangan Langkah-langkah Tindakan
Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a
spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang
(planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke
kitaran seterusnya yang melibatkan merancang semula, bertindak , memerhati dan mereflek
bagi menghasilkan kitaran baru. Model kajian tindakan Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah 1.

17

Mereflek
Gelung 1

Memerhati

Merancang
Gelung 2
Bertindak

Rajah 5. Gelungan kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1988)


Langkah 1:Mereflek
Langkah pertama yang dilakukan dalam model proses Kemmis & McTaggart (1988) ialah
mereflek iaitu guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran
yang hendak ditangani. Berdasarkan analisis ujian diagnostik, pengkaji mendapati bahawa
murid-murid tidak menguasai kata adjektif dengan baik. Setelah itu, pengkaji menjalankan
refleksi bagi memahami kewujudan masalah tersebut. Pengkaji cuba mencari punca mengapa
masalah tersebut wujud. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen iaitu
semakan buku latihan murid, pemerhatian dan temubual separa berstruktur bagi membantu
pengkaji mengetahui punca wujudnya masalah itu. Semasa sesi refleksi juga pengkaji telah
dapat mengenal pasti murid yang terlibat dalam masalah tersebut. Justeru itu, berdasarkan
analisis keputusan ujian diagnostik dan refleksi ini telah dapat membantu pengkaji memilih
sampel kajian.

Langkah 2:Merancang
Kemmis & McTaggart (1988) menekankan tentang persediaan rancangan dalamlangkah
seterusnya iaitu guru menyediakan satu rancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang
18

dihadapi. Hasil daripada pemerhatian dan analisis yang telah pengkaji lakukan, pengkaji mula
membina satu rangka kerja bagi menyelesaikan masalah. Rangka kerjatersebut merupakan
persediaan rancangan yang telah pengkaji tetapkan. Pengkaji telah merancang dua tindakan
dalam usaha menangani masalah yang timbul. Pengkaji telah menyiapkan satu kertas
cadangan atau proposal bagi memberi gambaran awalmengenai rancangan dan juga persediaan
yang akan pengkaji jalankandalam mendalami masalah tersebut. Rangka kerja ini penting
sebagai panduan kepada pengkaji untuk menjalankan tindakan.

Langkah 3:Tindakan
Langkah ketiga dalam gelungan kajian tindakanKemmis & McTaggart (1988) ialah
pelaksanaan tindakan iaitu guru melaksanakan rancangan yang dihasilkan. Dalam langkah ini,
pengkaji akan melaksanakan tindakan yang dirancang terhadap murid yang bermasalah.
Pengkaji akan mengajar responden yang menghadapi masalah dalam menguasai kata adjektif
dengan menggunakan kaedah Nyanyian Pancainderaku.

Langkah 4:Memerhati
Langkah seterusnya adalah pemerhatian. Pengkaji akan membuat pemerhatian keberkesanan
pengaplikasian Nyanyian Pancainderaku. Selepas pengkaji mengaplikasikan Nyanyian
Pancainderaku kepada responden, pengkaji membuat pemerhatian terhadap responden
apabila mereka menyelesaikan soalan berkaitan kata adjektif.

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

19

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan 6 instrumen pengumpulan data bagi menilai
keberkesanan tindakan serta mengumpul maklumat bagi mencapai objektif kajian. Instrumen
utama yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pos. Manakala rekod pemerhatian berstruktur,
senarai semak, analisis dokumen dan soal selidik digunakan untuk menyokong data utama.

Instrumen
Ujian Pra
Ujian pra dijalankan untuk mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh sampel. Ujian
pra yang telah disediakan mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Dalam
bahagian A sampel dikehendaki memilih kata adjektif yang tepat dengan sepuluh ayat yang
diberikan. Markah penuh dalam bahagian A ialah 10 markah. Dalam bahagian B pula, sampel
dikehendaki menulis kata adjektif yang sesuai berdasarkan sepuluh gambar yang diberikan.
Markah penuh dalam bahagian B juga ialah sebanyak 10 markah. Dalam bahagian C, sampel
dikehendaki mengenal pasti 5 kata adjektif yang terdapat dalam setiap petikan yang diberikan.
Terdapat dua petikan yang diberikan, jadi murid perlu menyenaraikan 10 kata adjektif bagi
setiap petikan.Kata adjektif yang mengandungi imbuhan juga diterima sebagai jawapan.
Markah penuh untuk bahagian C ialah 10 markah.

Pemerhatian Berstruktur
Pengkaji akan menggunakan pemerhatian berstruktur menggunakan borang senarai semak
kerana ianya lebih mudah untuk dianalisis dan memudahkan saya untuk membuat pemerhatian
tanpa bantuan penyelidik lain. Pengkaji telah menyediakan item-item tingkah laku negatif
dalam borang senarai semak pemerhatian. Justeru itu, tingkah laku negatif yang ditunjukkan
oleh setiap sampel semasa ujian pra,kaedah satu dan dua serta semasa ujian pos dijalankan
20

dicatat dalam borang senarai semak pemerhatian tersebut. Hasil pemerhatian diterangkan
dengan jelas dalam bahagian analisis data.
Ujian Pos
Dalam ujian pos,bentuk soalan yang dijalankan adalah sama dengan ujian pra namun
soalannya berlainan. Hasil keputusan ujian pos akan dibandingkan dengan ujian pra.
Perbandingan keputusan ini menentukan sama ada terdapat peningkatan atau tidak dalam
penguasaan kata adjektif sampel.

Senarai Semak
Senarai semak akan digunakan ketika melakukan pemerhatian secara berstruktur ke atas
tingkah laku negatif yang ditonjolkan oleh sampel semasa ujian pra,kaedah satu dan dua serta
semasa ujian pos dijalankan (Lampiran 13). Selain itu, instrumen ini juga digunakan semasa
penelitian dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sampel dengan menyenaraikan
dokumen-dokumen yang dapat menyokong dapatan yang sedia ada .

Analisis Dokumen
Penelitian dokumen digunakan semasa pengkaji ingin mendapatkan data daripada dokumendokumen yang berkaitan dengan sampel. Tujuannya adalah untuk menyokong dapatan yang
sedia ada. Data daripada dokumen diperoleh dengan menggunakan borang senarai semak .
Pelbagai bentuk kutipan data diperoleh hasil daripada penelitian dokumen ini untuk
meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data bagi menjawab soalan kajian.

21

Soal Selidik
Pengkaji akan menggunakan soal selidik setelah tindakan kajian dijalankan bagi mendapatkan
maklumat berkaitan persepsi sampel mengenai kedua-dua kaedah yang dijalankan. Item-item
soal selidik yang digunakan menggunakan bahasa yang mudah, selaras dengan tahap sampel
kajian.

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data


Pengkaji akan mengumpul dan merekod data yang akan diambil sepanjang tempoh rawatan
dijalankan. Seterusnya, pengkaji akan membuat keputusan kajian berdasarkan analisis dan
interprestasi data yang telah dilakukan. Pengkaji akan menganalisis dan menghuraikan data
dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu peratusan dan juga purata untuk melihat
perubahan penguasaan kata adjektif terhadap murid atau responden. Dapatan kajian ini akan
menentukan sejauh mana Nyanyian Pancainderaku memberi kesan dalam meningkatkan
penguasaan kata adjektif. Skor yang diperolehi dianggap sebagai gambaran untuk pengkaji
menyenaraikan penguasaan kata adjektif yang digunakan oleh murid sekolah.
Melalui tindakan yang akan dijalankan dengan menggunakan instrumen senarai semak,
pengkaji akan memindahkan data yang dikumpul ke dalam graf yang lebih mudah untuk
dianalisis. Ini bertujuan untuk melihat perbezaan dan peningkatan responden dan juga
keberkesanan Nyanyian Pancainderaku. Bagi memastikan keberkesanan kajian tindakan
yang dijalankan, pengkaji juga akan menyediakan jadual senarai semak tindakan-tindakan
yang dilaksanakan bagi memastikan tiada tindakan dalam kajian yang tertinggal oleh pengkaji.
Pengkaji akan menanda pada ruang semakan sebagai tanda atau petunjuk bahawa tindakan
yang dirancang telah dijalankan. Pengkaji akan memerhatikan setiap gerak-geri dan ytingkah

22

laku responden sewaktu menjalankan aktiviti Nyanyian Pancainderaku bagi mengenalpasti


kata adjektif dengan tepat.

.0 Perancangan Pelaksanaan Tindakan


6.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan, Carta Gantt
Tarikh
4/8/2014

11/8/2014

Aktiviti
Catatan
Pelajar menerima soalan tugasan.
Tindakan pelajar dan jumpa
Menulis refleksi , fokus kajian dan
penyelia.
sorotan literatur.
Tulis tajuk, tujuan, objektif dan Pelajar jumpa penyelia.
23

persoalan kajian.
Mengenalpasti kumpulan
23/8/2014

sasaran,

rancang tindakan, carta gantt dan kos.


Merujuk kepada penyelia adakah Pelajar jumpa penyelia.
tajuk yang telah dipilih bersesuaian

30/8/2014

untuk kajian ini.


Rancang cara kumpul dan analisis Pelajar jumpa penyelia.
data.
Mereka bentuk instrumen.
Menyemak
kesahan

5/9/2014
12/9/2014
15/9/2014

dan

kebolehpercayaan instrumen.
Murni cadangan.
Pelajar jumpa penyelia.
Viva
Pelajar jumpa penyelia.
Pelajar hantar satu salinan cadangan Pelajar jumpa penyelia.
kepada penyelia untuk dinilai.

Carta Gantt

Bil
1

Bulan/Minggu
Perkara

Ogos
1 2 3

Pelajar menerima soalan tugasan.


Menulis refleksi , fokus kajian dan sorotan
literatur.
Tulis tajuk, tujuan, objektif dan persoalan
kajian.
Mengenalpasti kumpulan sasaran, rancang

tindakan, carta gantt dan kos.


Merujuk kepada penyelia adakah tajuk yang
telah dipilih bersesuaian untuk kajian ini.

24

Sept
1 2 3

Rancang cara kumpul dan analisis data.


Mereka bentuk instrumen.
Menyemak kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen.
Murni cadangan.
Viva
Pelajar hantar satu salinan cadangan kepada

5
6
7

penyelia untuk dinilai.


6.2 Kos Kajian
Anggaran Kos

Bil

Perkara

Anggaran perbelanjaan (RM)

Fotostat

10.00

Ink printer

10.00

Gula Pasir

3.00

Kertas Pasir

5.00

Garam
Jumlah

25

2.00
RM 30.00

26

LAMPIRAN
BORANG KAJI SELIDIK

Bahagian A : Borang latar belakang murid

Nama

: ______________________

Jantina

Kawasan tempat tinggal

lelaki / perempuan
:

a) Bandar
b) Luar bandar

Pekerjaan bapa

: _______________________

Pekerjaan ibu

: ________________________

Pendapatan kasar keluarga

kurang RM500
RM501-RM1000
RM1001-RM3000
RM3001-5000

Bilangan Adik Beradik :

Tahap
adik beradik

Tahap pendidikan
Belum bersekolah
Tiada kelulusan (tidak bersekolah)
Sekolah rendah
Sekolah menengah
IPTA / IPTS

27

10

Bilanga

pendidikan

BORANG SOAL SELIDIK


KAEDAH I, NYANYIAN EHEM

1. Adakah anda berasa seronok mengikuti kaedah ini?


ya

tidak

2. Adakah kaedah ini dapat menarik minat anda mempelajari kata adjektif?
ya

tidak

3. Adakah kaedah ini sukar dilakukan oleh anda?


ya

tidak

4. Adakah kaedah ini dapat membantu anda menguasai kata adjektif?


ya

tidak

5. Adakah anda mahu menggunakan kaedah ini dalam pembelajaran tatabahasa yang
lain?
ya

ya

tidak

KAEDAH II, PANCAINDERAKU:

6. Adakah anda berasa seronok mengikuti kaedah ini?


ya

tidak

7. Adakah kaedah ini dapat menarik minat anda mempelajari kata adjektif?
ya

tidak

8. Adakah kaedah ini sukar dilakukan oleh anda?


ya

tidak

9. Adakah kaedah ini dapat membantu anda menguasai kata adjektif?


ya

tidak

10. Adakah anda mahu menggunakan kaedah ini dalam pembelajaran tatabahasa yang
lain?
ya

ya

tidak
28

BORANG SENARAI SEMAK PEMERHATIAN TINGKAH LAKU NEGATIF


SEMASA PELAKSANAAN KAEDAH/UJIAN

Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Nama sampel

:_________________________________________

Tarikh pemerhatian

:_________________________________________

Tempoh masa pemerhatian

:_________________________________________

Item-item tingkah laku negatif


Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberikan
Pemikiran di tempat lain sambil mencakar-cakar kertas
(doodling)
Berangan-angan (day-dreaming)
Berjalan-jalan dari satu tempat ke tempat yang lain
Membuat kerja lain
Mengganggu murid lain secara fizikal
Mencuba untuk menarik perhatian
Mengasah pensel
Mengambil masa yang singkat untuk menjawab ujian
Lain-lain

29

Ada

Tiada

Nama:__________________________________

Kelas:______________________________
_____

30

KEMAHIRAN 1: Menyatakan dengan betul.


AKTIVITI 1: Nyatakan secara lisan golongan kata bagi perkataan
yang
ditunjukkan oleh guru.

kerani

lazat

mengaum

wah

Salman

tengik

dan

turun

AKTIVITI 2: Berikan satu ayat secara lisan dengan menggunakan 4


pilihan perkataan di atas.

15

31

KEMAHIRAN 2: Mengenal golongan kata.


AKTIVITI 1
Arahan guru: Tulis perkataan yang disebut oleh guru mengikut
golongan kata.

Kata Kerja
Kata Nama

Kata Adjektif

15

AKTIVITI 2
Arahan guru: Tulis perkataan di bawah mengikut golongan kata.

sekolah

nyaman

Nokia
32

merah

kelat

guru

bangun

cerdik

tidur

makan

Aida

berlari

senyum

menangi

balai

Kata Adjektif
Kata Nama

Kata Kerja

15

AKTIVITI 3
Arahan Guru: Senaraikan perkataan yang terdapat dalam petikan
mengikut golongan kata.
ARNAB YANG PEMALAS

33

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan
seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama.
Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, Mari kita buat sarang.
Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat
berteduh. Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu, jawab
arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab
berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.Jika kita ada
sarang, tentu kita tak akan basah begini,kata tupai. Ya, betul kata
awak, jawab arnab. Pagi esok kita akan buat sarang, kata arnab lagi.
Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat
sarang. Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang, kata
tupai. Tapi bukan sekarang, jawab arnab. Kita masih ada banyak masa
lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar! Tupai
menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan
turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh.
Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata tupai. Esok kita mesti buat
sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan. Arnab yang
pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. Kita tunggu esok
sahajalah, kata arnab.

Kata Nama

Kata Kerja

KEMAHIRAN 3: MENGGUNAKAN KATA


AKTIVITI 1
Arahan guru: Lengkapkan cerita di bawah menggunakan perkataan yang
tepat.
ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

34

Di sebuah ___________, terdapat seekor anak __________ yang ___________. Ia


bernama Galak. Galak tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka
menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang
__________,

Galak

akan

menjerit,

___________!

Jerung!

Jerung!

Bersembunyi cepat! Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari _______ bersembunyi


di celah-celah batu. Galak akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan
kecil amat __________ dengan jerung. Jerung yang _________ itu __________
memakan mereka tanpa belas kasihan.
Sebab itulah mereka akan _________ ketakutan apabila Galak menjerit,
Jerung! Jerung! Namun ___________ sungguh nakal. Ia berasa ___________
dapat

mempermain-mainkan

rakan-rakanya.

Ikan-ikan

kecil

itu

mempercayai Galak, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Galak.


__________ suatu hari, Galak menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin
mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba _________seekor jerung
menghampiri mereka tetapi Galak tidak menyedari kehadiran jerung itu.
Jerung! Jerung! Bersembunyi ___________!, _________ ikan-ikan itu. Ikanikan itu lari __________ bersembunyi di celah-celah _________. Galak tidak
menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Baiklah, kamu semua menang! Di
sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan
aku!

jerit

Galak.

Jerung

itu

berenang

menghampiri

Galak.

Galak____________ sempat melarikan diri. Ia ____________ oleh jerung itu.


15
AKTIVITI 2
Arahan Guru: Bina ayat menggunakan perkataan yang diberikan.

motosikal

merdu

berlari

penyapu

kesat

menyanyi

35

1. __________________________________________________________________________.

2. __________________________________________________________________________.

3. __________________________________________________________________________.

4. __________________________________________________________________________.

5. __________________________________________________________________________.

6. __________________________________________________________________________.

12

36

A: Pilih kata adjektif yang tepat.

gopoh

tawar

payau

tinggi

palsu

kempis

kurus

busuk

lemau

besar

1. Pak Salim memanjat pokok kelapa yang _______________itu.


2. Tayar basikal Zahid_____________ kerana sudah lama tidak digunakan.
3. Songkok bapa yang dipakai oleh adik terlalu____________sehingga menutup
kedua-dua belah matanya.
4. Gulai yang dimasak
memasukkan garam.

oleh

Khadijah

___________kerana

5. Pekerja itu menyiapkan kerjanya dengan_____________.


37

dia

terlupa

6. Bau ___________dari kilang itu mengganggu kekusyukan kami.


7. Air perigi di rumah saya sangat ___________.
8. Aina kelihatan ____________sejak akhir-akhir ini akibat diserang demam
seminggu yang lalu.
9. Keropok udang yang baru digoreng oleh kakak sudah____________kerana
bekas yang digunakan untuk meletakkan keropok itu bocor di bahagian tepi.
10. Semua maklumat yang telah dinyatakan oleh saksi pertama itu
adalah____________belaka kerana dia tiada di tempat kejadian semasa
kejadian itu berlaku.

15

B: Tuliskan kata adjektif yang sesuai berdasarkan gambar di bawah.

1)

2)

38

3)

4)

5)

6)

39

7)

8)

9)

10)

40

C: Petikan 1: Senaraikan 5 kata adjektif yang terdapat dalam petikan di


bawah.

10

Haikal, Johan dan Abu bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup
sekampung dan bersekolah di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid
Tahun Tiga. Mereka sentiasa berlumba-lumbadalam pelajaran. Masingmasing ingin menduduki tempat teratas dalam kelas. Dalam Peperiksaan
Akhir Tahun tempoh hari, ketiga-tiganya merupakan pelajar terbaik dalam
kelas tersebut. Di dalam kelas mereka, Johan muncul pelajar terbaik bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala Abu mendapat markah tertinggi
bagi Bahasa Inggeris. Haikal pula mendapat 100 peratus dalam Matematik.
Guru kelas mereka sungguh bangga dengan pencapaian ketiga-tiga muridnya
yang juga menjadi anak emas sekolah mereka itu. Walaupun mereka saling
berlumba dalam pelajaran, mereka tidak bermusuhan antara satu sama lain.
Malah, mereka saling membantu dalam menghadapi apa juga keadaan.
Mereka belajar bersama-sama, bermain bersama-sama dan jika timbul
masalah, mereka akan cuba menyelesaikannya secara muafakat. Di
kampung, mereka terkenal sebagai budak-budak yang ringan tulang. Orang
kampung juga sangat suka kepada mereka kerana mereka juga ringan mulut.
Mereka rajin menolong ibu bapa dan juga sentiasa bersedia membantu orang
kampung. Apabila berselisih dengan orang lain, mereka tidak pernah masam
muka, sebaliknya menegur orang itu dengan ramah.

1.

________________________

2.

_______________________

3.

_______________________

4.

_______________________

41

5.

________________________Petikan 2: Senaraikan 5 kata adjektif

yang terdapat dalam petikan di bawah.

Matahari terlindung cuaca redup,


Budak bermain senangnya hati;
Ilmu itu pelita hidup,
Harus dicari hingga ke mati.
Gembira sungguh di hari raya,
Tetamu datang tiada henti;
Kaya ada bermacam kaya,
Ilmu di dada paling bererti.
Pak Lebai memakai kopiah,
Sambil tersenyum melayan tetamu;
Mencari ilmu bukannya payah,
Asalkan rajin tak kenal jemu.
Hati gembira apabila bertemu,
Setelah lama asyik berjauhan;
Membaca itu jambatan ilmu,
Rajin bertanya luas pengetahuan.

1.

________________________________

2.

________________________________

3.

________________________________

4.

________________________________

5.

_______________________________
42

43

You might also like