Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

PENGENALAN :

Kerajaan Rom diasaskan pada 753S.M. oleh Romulus yang merupakan pengasas
tradisi kota Rom yang dipercayai mempunyai saudara kembar.1Dalam tradisi masyarakat
Rom,mereka percaya bahawa Romulus telah membunuh saudara kembarnya itu iaitu
Remus untuk merebut restu dewa dewi untuk menjadi pemerintah.Romulus menjadi
pemerintah teragung Rom Purba kerana Berjaya meluaskan wilayah Rom.Setelah
mangkat,Romulus diangkat menjadi dewa bangsa Rom dan kini Romulus diangap sebagai
tokoh mitos oleh masyarakat Rom.

Kajian arkeologi mengesahkan petempatan awal Rom di Palatine.Palatine


merupakan bukit utama daripada tujuh bukit.Kawasan ini terletak di tengah jalan selatan ke
utara dan di tebing Sungai Tibet. 3Pondok dan saluran-saluran longkang yang ditemui oleh
para arkeologi pada tahun 1948 masihi merupakan bukti bahawa telah terdapat penduduk
Zaman Besi di Palatine pada abad kelapan S.M. Oleh sebab Palatine terletak berdekatan
dengan forum,ia menjadi tempat tinggal golongan mewah dan ahli-ahli politik.Antara pemilik
rumah dikawasan ini ialah Hortensius Hortalus,Cicero,Milo dan Antony.
Sejarawan telah membahagikan Rom kepada tiga pemerintahan iaitu penubuhan
sistem monarki(750- 509S.M),pengishtiharan Rom sebagai sebuah Republik(51027S.M),dan Rom sebagai empayar(27S.M-476 selepas masihi).Ia dibahagikan mengikut
perkembangan politik dan wilayah dan perkembangan dalam tamadun.Masyarakat Rom
terdiri daripada tiga golongan,iaitu golongan bangsawan yang dikenali sebagai Patrician dan
golongan bukan bangsawan dikenali sebagai Plebian.Golongan terbawah dalam
pemerintahan beraja adalah golongan hamba.
1

:John T.Kirby,World Eras Volume 3, Roman Republic And Empire,264 B.C.E. 476 C.E.,
Printed in the United States of America hal. 1.
2

:Serigala Capitoline gangsa kuno menetek bayi kembar Romulus dan


Remus.Bayi-bayi itu yang ditambahkan pada abad ke-16 merupakan pengasas
dongeng Rom.
3

:Sivachandralingam Sundara Raja,Ayadurai Letchumanan,Tamadun Dunia , Penerbitan


Fajar Bakti Sdn. Bhd. hal. 24.

Rom bermula sebagai negara yang diperintah secara monarki.Monarki bererti GreekMono Archy iaitu pemerintahan satu keturunan turun temurun.Dari segi teknik,raja adalah
merupakan supreme warlord,hakim, dan paderi.Tetapi kekuasaannya dibatasi oleh Majlis
yang terdiri daripada 300 ahli.Keahlianya adalah dari golongan bangsawan dan mereka
berhak menasihati raja.Mereka sangat berpengaruh dan mempunyai kawalan penuh ke atas
sumber-sumber ekonomi masyarakat. Dewan Perhimpunan diwujudkan bertujuan untuk
mendapatkan sokongan rakyat.4Struktur pemerintahan Zaman Beraja adalah diketuai oleh
raja,diikuti oleh Majlis, dan seterusnya dewan perhimpunan.
Pemerintah terakhir Etruskan iaitu Tarquin dibuang dari Rom pada 509 S.M. dan
yang tinggal adalah negara kota Latin yang bebas tetapi lebih kecil dari Athens dan
Sparta.Walaubagaimanapun,Rom mendominasi keseluruhan Semenanjung Itali kurang
daripada 250 tahun. Sebaik sahaja Tarquin diusir,kuasa dominen Rom menubuhkan sebuah
Republik.5Rakyat Rom memutuskan untuk tidak mempunyai raja lagi sebaliknya mereka
menubuhkan Majlis iaitu memilih dua orang daripada kalangan mereka untuk memerintah
selama setahun dan menikmati kuasa piolitik yang tinggi.masing-masing mempinyai kuasa
veto.Kuasa Majlis sangat banyak,antaranya menjadi ketua angkatan tentera dan hal-hal
yang berkaitan dengan agama,dan menjadi hakim. Sesuatu keputusam mesti mendapatkan
persetujuan kedua-dua Majlis,baru boleh diputuskan.Senat yang terdiri daripada 300 orang
berpengalaman turut ditubuhkan untuk membantu sistem pentadbiran khasnya dalam aspek
peperangan,keamanan dan undang-undang.
Dalam
pemerintahan
Republik,golongan
Patrician
mewakili
golongan
aristokrat,manakala golongan Plebien dinafikan hak politik sepenuhnya dan tidak boleh
menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan.Sistem pemerintahan republik membuka jalan
kapada kemunculan para pemerintah diktator.Oleh hal yang demikian,perkelahian,
pembunuhan, dan perebutan kuasa sering berlaku lalu menyebabkan golongan bawahan
seperti petani hidup merana.Golongan ini seterusnya memberontak dan mahukan
pembaharuan dari segi ekonomi.Mereka telah diketuai oleh dua orang adik beradik iaitu
Tiberius dan Cains Gracchus,tetapi keduanya mati akibat ditindas oleh ahli-ahli senat. Corak
pemerintahan telah diperbaharui untuk membawa pembaharuan kepada negara.Seorang
tyrant diperlukan mengakibatkan pertelagahan antara tokoh-tokoh yang mahu memimpin
negara.6Setelah Caeser berjaya mengalahkan Pompey,dia menjadi diktator dan memerintah
seluruh angkatan tentera sehingga digelar maharaja.
Caecer dibunuh oleh sekumpulan ahli senat pada 44S.M dengan alasan dirinya
menjadi terlalu berkuasa.Peperangan mula tercetus dan pada masa ini muncul
Octavian(Augustus) yang menjadi maharaja Rom yang pertama.Zaman pemerintahan
4

:Sivachandralingam Sundara Raja,Sejarah Eropah,Utusan Publication & Distributors Sdn.


Bhd hal 36.

Sivachandralingam Sundara Raja,Sejarah Eropah,Utusan Publication & Distributors Sdn.


Bhd hal 36.

: John T.Kirby,World Eras Volume 3, Roman Republic And Empire,264 B.C.E. 476 C.E.,
Printed in the United States of America hal. 254.

Augustus dikenali sebagai Zaman Empayar kerana bermulanya era empayar ataupun
Imperial Rome.Zaman ini dimulai oleh Augustus Caeser yang menguasai dunia Rom dari 27
S.M sehingga 14 Masihi.Kerajaan Rom telah melangkah ke zaman kegemilangan dibawah
pemerintahan Augustus dan zaman ini digelar sebagai Keamanan Rom atau disebut Pax
Romana kerana selama 200 tahun (27S.M-180Masihi) keamanan wujud di Rom.Penduduk
empayarnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan Rom berkembang meliputi tiga buah
benua,iaiti Asia,Afrika, dan Eropah.

:pengasas bangsa Rom iaitu Romulus dan kembarnya Remus.


:Julius Caesar menjadi diktator seumur hidup ,walaupun memerintah hanya selama lima
tahun,telah banyak pembaharuan yang membanggakan rakyatnya.Dirinya amat
disanjungi oleh rakyatnya.
8

Pax Romana merujuk kepada keadaan aman damai di mana terdapat kreativiti
dalam intelek,perdagangan,perindustrian, dan manusia hidup dengan baik.Keadaan aman
damai juga wujud kerana Rom mengawal kawasan yang luas dan memadai bagi
perdagangan maka tidak perlu berperang.Pada zaman ini peranan utama dimainkan oleh
Augustus yang memegang jawatan Pricep iaitu tuan yang utama.Antara pemerintah era ini
ialah Nero(54-68S.M), Trajan(98-117S.M), Hadrian(117-138s.m), Antoninus Pius(138161S.m) dan Marcus Aurelius(161-180S.M) yang dilantik berdasarkan keupayaan dan
bukannya keturunan.Maharaja-maharaja ini telah melakukan beberapa pembaharuan dan
berjaya mengekalkan keamanan Empayar Rom sehingga menuju ke zaman kegemilangan.

ISI-ISI PENTING:
KEAGUNGAN EMPAYAR ROM DALAM ASPEK POLITIK.
Negara Rom berjaya menjadi sebuah kerajaan yang agung kerana institusi politik
dan pentadbirannya amat sistematik dan teratur,dan dicontohi oleh dunia sehingga ke hari
ini.Perubahan sistem pentadbiran daripada sistem monarki kepada sistem republik dan
seterusnya berubah kepada sistem empayar menunjukkan bahawa pemerintahpemerintahnya bersifat terbuka demi memperbaharui dan membaikpulih sistem pentadbiran
untuk memajukan negara.Kerajaan Republik mempunyai tiga badan utama,iaitu Dewan
Perhimpunan(Comitia Centuriata), dua orang Konsul, dan Dewan Senat.Beberapa jawatan
9

:Augustus Caesar memakai gelaran Augustus yang bermaksud Raja Keramat dam
Emperor (Raja Teragung atau Maharaja.

baru juga diwujudkan lama-kelamaan untuk memantapkan lagi pentadbiran,sebagai contoh


adalah Quester,Praetors,dan Censors.
Dalam aspek politik dan pentadbiran,zaman empayar merupakan zaman dimana
keseluruhan Eropah disatukan di bawah satu tampuk pemerintahan walaupun penduduknya
terdiri dari pelbagai bangsa dan kaum.Kawasan jajahan takluknya adalah dianggarkan
seluas dua setengah juta batu persegi dan dianggarkan mempunyai seramai 100juta
penduduk.Pentadbiran Augustus mencapai tahap kegemilangan pada 27S.M.Pentadbiran
pula dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu Prefecture of East,Prefecture of
Illycum,Prefecture of Italy,dan Prefecture of Gauls.
Prefecture diketuai oleh seorang Prefect dan dibahagikan kepada Diocese(wilayah)
yang ditadbir seorang Vicar di bawah kawalan Prefect.Setiap Diocese dibahagikan kepada
beberapa provinci yang ditadbir oleh Kaunselor,President,atau Gabenor yang
bertanggungjawab terhadap Visar.Augustus berjaya mengukuhkan kekuasaannya ke atas
sempadan-sempadan di utara ,iaitu di kawasan Rhine dan Danube dan sempadan
berdekatan Timur Sungai Euphrates.Augustus juga mewujudkan corak pemerintahan negeri
dan kota dan diuruskan oleh seorang gabenor yang bertugas sebagai pengadil
tempatan,pengutip cukai,dan mengawasi pertahanan wilayahnya.Mereka dikawal rapat
supaya rampasan kuasa tidak berlaku.
10

Dalam bidang pentadbiran,sumbangan penting Augustus ialah menanamkan


ideologi perkhidmatan dan patuh kepada sistem moral lama. Dia bertindak dengan
membuang negeri puterinya atas kesalahan perlakuan seks. Dengan ini dia dapat
memperlihatkan kepada penduduk Rom bahawa dia bukan sahaja seorang
pemerintah,tetapi seorang yang menurut perintah.Dia juga bersikap adil kepada semua
orang tanpa mengira warna kulit ,hubundan kekeluardaan dan bangsa. Sistem pentadbiran
Rom pada zaman tersebut sangat sistematik,lalu menbolehkan empayar Rom terus
berkembang maju dengan membina banyak sejarah yang mengkagumkan dunia.Sikap
Augustus yang sanggup menghukum dengan setimpal kesalahan puterinya sendiri amat
dikagumi oleh masyarakatnya.

KEAGUNGAN ROM DALAM ASPEK EKONOMI:

11

Pada Zaman Republik Rom,perdagangan tidak begitu penting.Penduduk awalnya


ialah terdiri daripada golongan tentera dan petani dan hanya mengusahakan tanaman dan
keperluan sendiri,hidup dengan sederhana,dan mebghasilkan beberapa barangan yang
mereka perlukan dalam kehidupan seharian.Pada waktu ini perdagangan tidak begitu
penting,tetapi dengan perubahan masa dan pertumbuhan bandar,nilai perdagangan
semakin meningkat.Pertanian mendominasikan kegiatan hidup penduduk Rom pada zaman
ini,namun terdapat juga perusahaan secara kecil-kecilan seperti tembikar,tekstil,dan
10

: Sivachandralingam Sundara Raja,Sejarah Eropah,Utusan Publication & Distributors


Sdn. Bhd hal 44.
11

: Sivachandralingam Sundara Raja,Ayadurai Letchumanan,Tamadun Dunia , Penerbitan


Fajar Bakti Sdn. Bhd. hal 299.

senjata.Syiling laissez-faire sebagai unit pertukaran telah diperkenalkan lebih kurang tahun
330S.M, tetapi ia hanya diperbuat daripada tembaga.
12

Pada zaman Empayar pula,pemerintahan Augustus menyaksikan tamatnya


peperangan dan negara yang bertamadun disatukan di bawah satu pentadbiran pusat yang
berkesan,yang menjamin kestabilan politik dan ekonomi. 13Dalam aspek ekonomi,Augustus
Caesar memperkenalkan dasar atau memberi kebebasan untuk saudagar menjalankan
aktiviti perdagangan,tanpa ada sekatan dan halangaan.Hal ini menyebabkan ekonomi
negara semakin maju dengan adanya perdagangan bebas antara Laut Hitam dengan
Sepanyol.Hal ini menyebabkan ekonomi negara Rom menjadi bertambah maju dan terkenal
di seluruh dunia.Dengan demikian,Rom juga terkenal sebagai satu bangsa yang agung
dalam aspek ekonominya.
Pelbagai cara untuk meningkatkan ekonomi diambil,antaranya ialah menyusun
semula sistem kewangan kepada emas,perak,dan logam.Maharaja juga amat
menggalakkan aktiviti perdagangan dengan menyediakan pelbagai kemudahan,sebagai
contoh adalahmenbaik pulih sustem perhubungan iaitu jalan raya. Cukai yang tidak
membebankan rakyat diperkenalkan bertujuan untuk menubuhkan angkatan tentera bagi
menghalau lanun.Di setiap daerah,Maharaja membina jalan raya yang berturap untuk
memudahkan urusan perdagangan.Antara hubungan perdagangan yang wujud adalah
dengan negara seperti Timur Afrika iaitu gading dan emas,manakala hamba pula diimport
dari Rusia dan Jerman.
Dari India pula,pedagang Rom membawa balik mutiara,rempah ratus, dan banyak
lagi.Selain itu,dari Britain dibawa timah hitam,tiram,dan anjing perburuan, manakala dari
Sepanyol,kapal-kapalnya membawa logam,emas,dan banyak lagi.Wujud unit perdagangan
yang besar dan dari banyak negara.Selain itu,artisan ialah pengusaha yang memiliki kedai
sendiri.Majoriti penduduk Rom mengusahakan tanah dan pertanian merupakan punca
rezeki kebanyakan masyarakat Rom.Golongan Patrician mengusahakan estet-estet yang
besar dan menggunakan tenaga buruh hamba.
Sistem pengangkutan yang baik pula memungkinkan barangan dibawa masuk ke
dalam empayar.samaada yang mentah ataupun buatan.Bandar-bandar zaman ini bersifat
kosmopolitan dan tidak wujud perasaan perkauman.14Bandar-bandar ini menjadi tumpuan
pedagang-pedagang dari Syria,Yunani, Sepanyol, dan Afrika. J.C. Stobart dalam bukunya
The Grandeur That Was Rome menyatakan bahawa Maharaja Nero sebagai Bapa
Perdagangan Bebas kerana mengambil daya usaha untuk menghapuskan amalan-amalan
lama dalam Empayar Rom. Sistem ekonomi semakin berkembang maju pada zaman
empayar Rom lalu pelbagai kemudahan telah dicipta bagi memudahkan lagi urusan
perniagaan.Negara Rom telah mencipta banyak sejarah yang mengkagumkan dalam aspek
ekonomi dan hal ini seterusnya menjadikan Rom sebagai satu bangsa yang agung dan
terkenal di seluruh dunia.
.
12

:Sivachandralingam Sundara Raja,Sejarah Eropah,Utusan Publication & Distributors Sdn.


Bhd hal. 46.
13
: Sivachandralingam Sundara Raja,Ayadurai Letchumanan,Tamadun Dunia , Penerbitan
Fajar Bakti Sdn. Bhd. hal. 12.
14
:ibid hal. 300.

KEAGUNGAN EMPAYAR ROM DALAM ASPEK SOSIAL.


UNDANG-UNDANG YANG SISTEMATIK:
Keseluruhan empayar Rom diperintah mengikut undang-undang,iaitu undangundang adat setempat dan undang-undang Jus Naturale.Undang-undang merupakan salah
satu sumbangan besar tamadun Rom kepada Eropah dan seluruh dunia.Rom mengamalkan
konsep pemerintahan berdasarkan undang-undang dan keadilan.Rom mentadbir seluruh
empayar mengikut tiga prinsip undang-undang iaitu Jus Naturale(undang-undang
semulajadi), Jus Gentium(undang-undang antarabangsa), dan Jus Civile(undang-undang
sivil).
Pada zaman Monarki(753-510S.M), kuasa mutlak terletak di tangan raja di bawah
sebuah dewan perhimpunan yang terdiri daripada 30 ahli yang kebanyakannya terdiri
daripada golongan Patrician.Raja memegang kuasa seumur hidup,menjadi ketua agama
dan melantik sebuah badan penasihat,iaitu senat yang keseluruhannya terdiri daripada
golongan Patrician dan mereka menikmati lebih banyak keistimewaan berbanding golongan
Plebian. Hal ini menyebabkan golongan Plebian merasa tidak puas hati kerana sering
berlaku penindasan.
Sejak zaman Republik lagi undang-undang telah digubal untuk menstabilkan negara
dan hal ini merupakan salah satu kewibawaan pemerintah pada masa itu.Pada masa
itu,golongan Plebeians merungut hakim dari kalangan Patrician memanipulasi undangundang untuk kepentingan mereka kerana undang-undang pada masa itu tidak
bertulis.Setelah itu,konsul mengarahkan undang-undang diukir di atas kepingan kayu yang
dikenali sebagai The Twelve Tables dan setelah itu,bermulalah sejarah undang-undang Rom
.
Di zaman empayar, Maharaja Hadrian(111-138 masihi) dengan bantuan pegawaipegawainya membentuk sebuah kod dimana semua undang-undang disusun dengan
sistematik dan dikenali sebagai Code of Roman Law pada zama pemerintahan Maharaja
Justinian(527-565 masihi).Rakyat disatukan di bawah undang-undang dan tidak wujud
diskriminasi dalam tindakan undang-undang terhadap pesalah.Undang-undang ini
dikekalkan sehingga ke hari ini dan diamalkan oleh kebanyakan negara di dunia.
15

Keseluruhannya,prinsip-prinsip utama undang-undang Rom merupakan asas


kepada sistem undang-undang moden di kebanyakan negara pada hari ini.Antara prinsip
tersebut ialah semua manusia adalah sama di sisi undang-undang,seseorang hanya boleh
dijatuhi hukuman setelah terbukti bersalah, semua individu akan diberikan perbicaraan yang
adil,dan hakim akan menjatuhkan hukuman berdasarkan bukti yang sahih.Asas undangundang Rom merupakan undang-undang yang teratur dan adil menjadikannya dicontohi
oleh kebanyakan negara lain.Faktor undang-undang yang sistematik ini menjadikan bangsa
Rom sebagai sebuah bangsa yang agung dan dipandang tinggi.

SENI BINA YANG MENGKAGUMKAN:


15

: Sivachandralingam Sundara Raja,Ayadurai Letchumanan,Tamadun Dunia , Penerbitan


Fajar Bakti Sdn. Bhd. hal 480

Falsafah
zaman
Rom
amat
mementingkan
aspek
fungsinya
atau
utilitarian.Keagungan seni bina Rom dapat diperhatikan pada pembinaan bangunanbangunan seperti teater, colosseum, sarkas, jalan deretan tiang dan forum.Orang Rom
membina teater kekal daripada betu pada akhir abad pertama S.M. Pentas dan tempat
duduk penonton disatukan membentuk sebuah lingkungan berbentuk D. 16Colosseum juga
merupakan seni bina Rom yang amat membanggakan masyarakatnya yang dibina oleh
Maharaja Vespasian.Orang ramai berkumpul di Colosseum yang mempunyai struktur
berbentuk elips untuk menyaksikan perlawanan gladiator iaitu untuk menguji kahebatan
tentera Rom dan ia juga digunakan untuk tujuan lain seperti memburu binatang dan
pertunjukan drama mitos klasik Rom.Selain itu,semua bandar raya utama di empayar Rom
mempunyai sebuah sarkas.Contohnya, sarkas Maximus merupakan tempat pertandingan
perlumbaan kuda dan kereta kuda diadakan.
Pada akhir abad pertama S.M, deretan tiang dibina di sepanjang jalan utama di
bandar raya Rom.Deretan tiang tersebut mengasingkan laluan tepi jalan dengan jalan
berturap serta memberi perlindungan daripada panas matahari dan hujan lebat.Jalan
dengan deretan tiang disudahi dengan gerbang triumphal atau gerbang kemenangan di
bahagian barat empayar atau pintu masuk dengan empat bahagian tepi di bahagian
timur.Pancutan air dan patung-patung penghormatan juga diletak pada deretan tiang
tersebut.Setiap bandar Rom juga memiliki kawasan awam utama yang dikenali sebagai
forum.Forum didirikan di sebelah persimpangan jalan-jalan utama dan digunakan untuk
pelbagai tujuan seperti agama, sivik, dan perdagangan.Menjelang pertengahan abad
pertama S.M., desakan penduduk menyebabkan banyak forum didirikan untuk kegiatan
yang berlainan. Forum baru yang pertama didirikan oleh Julius Caesar di tepi forum
lama.Setiap forum mempunyai halaman terbuka dikelilingi oleh deretan tiang dan sebatang
jalan masuk di hujung bertentangan dengan kuil.Forum biasanya berbentuk bujur dengan
bahagian tepinya diperkaya dengan exedra yang berbentuk bulat atau segi empat sama.
Selain itu,kutipan derma dijalankan oleh maharaja Rom untuk mengumpul dana bagi
membina bangunan mandi awam.Bangunan Mandian Caracalla yang didirikan oleh
Maharaja Caracalla merupakan antara salah satu bangunan mandian awam yang sangat
terkenal,yang didirikan pada abad ke tiga masihi.Tempat mandi awam tersebut meliputi
kawasan yang luas,dikelilingi oleh dinding dan air dibekalkan oleh akueduknya(saliran air)
sendiri.Di dalam kawasan berdinding terdapat taman dan dua buah perpustakaan.Sebuah
perpustakaan untuk manuskrip Yunani,manakala satu lagi untuk manuskrip Latin.Di
bahagian tengah kompleks mandian awam tersebut terdapat ruangan berasingan bagi
mandi air panas,sejuk,suam,serta mandi berwap dan mandi panas kering.Selain itu terdapat
bilik mengurut,bilik persalinan,dan tempat khas untuk bersenam.Setiap kompleks mandian
awam memiliki bentuk kubah yang berbeza,dan ini menjadikan tempat mandian awam ini
sangat unik.
Pantheon juga merupakan salah satu bangunan yang melembangkan keagungan
Rom dan membanggakan rakyatnya.Pantheon merupakan struktur bangunan yang berdiri
bebas yang dibina oleh Maharaja Hadrian pada tahun 125Masihi.Bahagian dalam bangunan
ini dilengkapi dengan mozek dan lapis lindung dari batu marmar.Keunikan bangunan ini
terletak pada pembukaan di puncaknya yang dikenali sebagai Occulus yang berukuran lebih
kurang 13meter lebar.Selain itu,keagungan seni bina Rom dapat dilihat dalam pembinaan
16

: John T.Kirby,World Eras Volume 3, Roman Republic And Empire,264 B.C.E. 476 C.E.,
Printed in the United States of America hal. 212.

sistem lebuh raya yang pertama antara nagara juga dimajukan oleh orang Rom.Jalan-jalan
ini amat penting dalam urusan perdagangan,kurier kerajaan, dan perbarusan askarJalanjalan yang dibina begitu baik sekali sehinggakan masih digunakan sehingga abad ke
18Masihi.

17

18

17

:Vespasian adalah pengasas


penubuhan Colosseum kerana pada zaman
pemerintahannya situasi kewangan empayar Rom sangat baik dan maju.Colosseum juga
merupakan bukti kahebatan senenian architecture dan en gineering Roman.Ia juga boleh
memuatkan seramai 50000 orang dalam satu masa.
18

:Pantheon Hall telah dibina dan memainkan pelbagai fungsi seperti untuk dijadikan
tempat persidangan oleh masyarakat Rom.

19

19

:Pond du guad aquaduct di Selatan Perancis,dibina oleh Marcus Agrippa pada lewat
abad pertama Sebelum Masihi.

10

20

20

Forum of Trajan digunakan untuk pelbagai tujuan,antaranya ialah untuk upacara


keagamaan.

11

21

22

SUMBANGAN TAMADUN ROM DALAM ASPEK FALSAFAH DAN PELAJARAN:


21

Caracalla Thermal Bath,didirikan oleh Maharaja Caracalla yang meliputi kawasan yang
sangat luas.
22
:Bangunan mandian awam yang dilengkapi dengan beberapa buah taman dan dua
buah perpustakaan yang menbuktikan bahawa bangsa Rom amat mementingkan ilmu
dan pengetahuan.

12

Orang Rom terkenal sebagai satu bangsa yang lebih banyak bertindak daripada
berfikir,terutamanya dalam aspek penyusunan sistem politik, undang-undang dan
ketentaraan untuk mengukuhkan empayar mereka.Idea-idea mereka dalam aspek sistem
undang-undang dan penubuhan sistem penguatkuasaan undang-undang merupakan salah
satu daripada idea mereka yang asli. 23Salah seorang tokoh ahli falsafah terkenal Rom ialah
Cicero menulis dalam karyanya,De Re Publica bahawa manusia adalah makhluk yang
hidup di dunia,dan tertakluk kepada hukum alamiah,dan bukannya haiwan
politik.Menurutnya lagi,negara lahir daripada hukum alamiah manakala masyarakat lahir
daripada naluri semulajadi manusia.Beliau juga memuji sistem politik Rom yang terbahagi
kepada tiga institusi,iaitu Konsular(pentadbiran), Senator(perundangan), Popular(rakyat).
Beberapa tokoh dengan karya-karya agung pula telah muncul dalam bidang
kesusasteraan,antaranya ialah Pliny yang telah menulis Natural History.Kesusasteraan Rom
mencapai zaman kemuncak pada zaman pemerintahan Augustus Caesar.Dua penyair
terkenal pada zaman ini ialah Horace dan Virgil.Horace merupakan seorang pengarang puisi
lirik yang terkenal,manakala Virgil pula telah memberi gambaran menarik tentang kehidupan
di Itali dalam hasil karyanya.Dalam aspek pendidikan pula,masyarakat Rom pada masa itu
amat mementingkan semangat kebangsaan untuk kepentingan negara.Penekana diberikan
kepada kesusasteraan,seni ucapan, dan latihan fizikal.Pendidikan amat penting untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalan peperangan.Keluarga muncul sebagai
institusi pendidikan dan rumah menjadi pusat pendidikan pada zaman awal Rom.
Tenaga pengajar dalam institusi tidak formal ialah ibu bapa.Pendidikan yang
diutamakan ialah latihan fizikal dan moral,membaca dan menulis, dan menghafal kisah
orang terkenal zaman silam.Kanak-kanak dari golongan Patrician akan mempelajari adat
iastiadat dan undang-undang Rom,manakala mereka dari golongan Plebian akan belajar
pekerjaan bapa mereka,seperti dalam bidang pertanian dan perniagaan.Institusi sekolah
pula muncul pada zaman Republik dan ia menekankan pembacaan, latihan fizikal dan
pengajian undang-undang Twelve Tables dan pengajian sejarah kebangsaan.Ilmu ini amat
penting untuk menjawat jawatan kerajaan.Pendidikan zaman Republik bersifat lebih praktikal
dan memenuhi kehendak pekerjaan bagi melahirkan warganegara dan tentera yang
berkaliber.
Sekolah gramar dan retorik pula muncul pada Zaman Empayar.Pendidikan adalah
sehingga mencapai usia 20 tahun dan kebebasan adalah diberi kepada pengajar untuk
memilih subjek yang ingin diajarkan.Maharaja pada zaman ini ialah Augustus amat
menggalakkan ilmu,dan beliau mendirikan perpustakaan awam di Rom yang menjadi pusat
bagi sekolah pengajian tinggi.Maharaja Hadrian pula menggalakkan pembelajaran dengan
memberi pelbagai keistimewaan kepada setiap sekolah di seluruh provinsi.Beliau
menetapkan bahawa semua ibu kota bandar empayar Rom harus mempunyai 10 ahli fizik,5
sofis, dan 5 guru tatabahasa.Perubahan sistem pentadbiran Rom dari zaman republik
kepada zaman empayar turut mengubah sistem pendidikan pada masa itu.Sistem
pendidikan menjadi semakin diutamakan oleh golongan pemerintah,lalu menyebabkan
instutusi pendidikan semakin maju dan berkembang lalu melahirkan masyarakat Rom yang
berilmu pengetahuan.

23

: John T.Kirby,World Eras Volume 3, Roman Republic And Empire,264 B.C.E. 476 C.E.,
Printed in the United States of America hal. 255.

13

Selain itu,masyarakat Rom pada masa tersebut telah berjaya mencipta formula
membuat konkrit daripada pasir,batu kapur,silika,batu batan, dan air.Mereka menyatukan
konkrit dengan batu-batu besar apabila menbina jalan dan jambatan.Hasilnya,jalan-jalan
yang dibina bertahan dengan lebih lama. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat Rom
pada masa itu sudah memiliki ilmu kajuruteraan yang tinggi.Selain ilmu kejuruteraan,ilmu
perubatan juga telah berjaya mencipta pelbagai peralatan untuk tujuan pembedahan.Julius
Caesar dilahirkan melalui pembedahan Caesarean untuk kali pertama.Hospital pertama juga
telah dibina pada masa itu.Bangsa Rom menjadi sebuah bangsa yang agung kerana
masyarakatnya telah mencipta pelbagai pembaharuan dan teknologi yang membanggakan
dan dicontohi oleh dunia.

BAHASA DAN KALENDAR ROM YANG KEKAL SEHINGGA KE HARI INI:


Bahasa Latin ialah bahasa orang Rom dan bahasa ini merupakan bahasa yang
telah digunakan oleh negara-negara dunia sehingga ke hari ini..Apabila empayar Rom
jatuh,bahasa Latin terus digunakan oleh orang-orang terpelajar Eropah.Sesetengah bahasa
moden di Eropah seperti bahasa Sepanyol,Perancis,dan Italy adalah berdasarkan bahasa
Latin.Walaupun Inggeris bukan bahasa Latin,tetapi ia mengandungi banyak perkataan
Latin,antaranya ialah legion,professional,citizen,senate, dan banyak lagi.Terdapat juga
singkatan-singkatan dalam bahasa Latin yang masih digunakan sehingga ke hari ini,sebagai
contoh ialah e.g(exempli gratia) dan banyak lagi.Hal ini amat membanggakan orang-orang
Rom.Hal ini merupakan salah satu ciri yang menjadikan bangsa Rom terkenal dan agung di
seluruh dunia.
Selain dari bahasa,takwim atau kalendar yang digunakan dunia pada hari ini adalah
berasaskan takwim Rom.Orang Rom mempunyai 12 bulan,iaitu Januarius, Februaries,
Martius, Aprilis, Maius, Junius, Quintilis, Sextilis, September, October, November, dan
December.Bulan Quintilis telah diubah menjadi July sempena mengambil nama Julius
Caesar dan Sextilis diubah menjadi August sempena mengambil nama Augustus,maharaja
pertama Rom.

PERKEMBANGAN AGAMA KRISTIAN:


Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom pada 343 Masihi,apabila Maharaja
Contantine(324-337 Masihi) memeluk agama kristian dan menjadikan Kristian agama rasmi
Empayar Rom.Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menyebar agama ini ke seluruh
Eropah.Rom juga mengatur dan menyebarkan dan menakluk dengan menggunakan kuasa
bala tentera untuk mengembangkan Kristian ke seluruh Eropah.Ada ahli sejarawan
berpendapat bahawa,kegagalan untuk mewujudkan keseimbangan dalam kepercayaan
menjadi punca keruntuhan Empayar Rom.Menurut teorinya,semasa zaman penduduk Rom
menganutu agama Paganisme(menyembah patung),setiap individu diberi kebebasan untuk
manganut agama yang dipercayainya.
Akan tetapi,setelah Maharaja Constantine menganut Kristian dan menjadikannya
sebagai agama rasmi Rom,ia telah melahirkan skeptisisme yang keterlaluan. Kristian
menyebabkan human reason mula mengatasi Paganisme lalu menyebabkan pemikiran
14

masyarakat Rom pada masa itu diselubungi dengan kekeliruan.Agama kristian


melengkapkan kemerosotan dalam imbangan agama dengan menamatkan toleransi dalam
sistem kegerejaan Kristian.Agama Kristian berkembang pesat setelah pelbagai cara
dilakukan oleh pemerintah untuk mengembangkannya ke seluruh Eropah.

INSTITUSI KETENTERAAN YANG MANTAP:


24

Augustus mengambil beribu-beribu tentera untuk mempertahankan negara


daripada serangan musuh.Tentera-tentera juga mempunyai tugas mengembangkan budaya
Rom.Selain bertugas sebagai tentera,tentera di Rom juga berperanan sebagai jurutera,
pembina jalan dan jambatan, menjadi hakim di daerah-daerah tertentu.Tentera biasanya
ditempatkan di kawasan-kawasan yang srategik di sempadan kerana kawasan ini yang akan
diserang.25Menurut sarjanawan,Tentera adalah kuasa pengimbang paling besar kepada
kekuasaan wang.Rakyat Rom memerlukannya untuk melindungi perbatasan,mengekalkan
kawalan ke atas provinsi,untuk mengawal raja yang zalim, dan memastikan jalan-jalan
perdagangan dan laut bebas daripada ancaman lanun.Semua aktiviti ini amat bergantung
kepada tentera dan kerajaan Rom sesungguhnya tidak dapat hidup tanpa tentera.
26

Augustus manempatkan tentera pengawal diluar Itali dan mengawalan untuk


dirinya sendiri di Rom serta mewujudkan dala tentera bukan warganegara yang diberikan
warganegara selepas 25 tahun berkhidmat.Perbendaharaan negara yang dikenali sebagai
Fiscus telah ditubuhkan oleh Augustus dan ada kalanya menggunakan wangnya sendiri
untuk tujuan kemajuan negara.Augustus amat mementingkan institusi ketenteraan kerana
tentera amat penting kepada negara,khususnya untuk melindungi negara daripada pelbagai
ancaman.Ketenteraan Rom pada masa itu amat mantap dan sitematik.Tentera juga
ditanamkan semangat patriotik dalam diri masing-masing bagi menjamin kesetiaan mereka.

KONSEP EMPAYAR ROM YANG TERAGUNG DI EROPAH:


Selain daripada perkara-perkara yang dinyatakan diatas,Rom berjaya dilihat sebagai
satu bangsa yang agung kerana menperkenalkan konsep empayarnya yang
tersendiri.Memang telah sedia maklum bahawa sebelum kemunculan Empayar Rom,sudah
wujud banyak empayar lain,antaranya ialah Empayar Mesir,Empayar Hamurabi di Babylon
dan Empayar Persia.Namun begitu,Empayar Rom memperkenalkan konsep Raja sebagai
pemerintah mutlak.Pada zaman Pax Romana,terdapat banyak usaha dijalankan untuk
mewujudkan pemerintahan bercorak empayar meliputi beberapa benua dengan penduduk
yang perbagai bangsa.Ia kemudiannya menjadi ikutan kebanyakan negara di dunia.
27

Pada 212 Masihi,Rom memperkenalkan kerakyatan secara terbuka dan hal ini
menunjukkan bahawa Empayar Rom tidak hanya bersifat mementingkan bangsa dan
mementingkan diri semata-mata.Hal ini bermakna, bangsa Greek,Sepanyol, dan lain-lain
24

:Sivachandralingam Sundara Raja,Sejarah Eropah,Utusan Publication & Distributors Sdn.


Bhd hal 45.
25
Ibid hal. 45.
26
:ibid hal . 46.
27
: Sivachandralingam Sundara Raja,Sejarah Eropah,Utusan Publication & Distributors
Sdn. Bhd hal. 56.

15

lagi tetap berbangsa Rom walaupun masih tetap mengekalkan kebangsaan mereka.Mereka
boleh menjadi tentera Rom,memegang jawatan jawatan dalam pentadbiran,dan juga boleh
menjadi Maharaja.28Konsep Empayar Rom menjadi ikutan Charlemangne melalui Empayar
Romawi Suci yang kemudiannya diikuti oleh empayar zaman Napoleon dan Hitler. Hal ini
menjadi salah satu sumbangan besar Rom kepada dunia dan dijadikan contoh oleh negaranegara lain.

KESIMPULAN:
Kerajaan Rom bermula pada 753 S.M dan mencapai zaman kegemilangan antara
27S.M hingga 180Masihi.Pelbagai kegemilangan dan keagungan berjaya dicipta dalam
tempoh
tersebut,terutamanya
dalam
bidang
senibina,bahasa,dan
undangundangnya.Setelah berakhirnya zaman Pax Romana ini,Rom telah melangkah ke zaman
kemerosotan.Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kejatuhan Empayar Rom.Salah
satu daripadanya ialah disebabkan oleh perluasan Empayar yang melampaui batas dan
diluar kemampuan.Tindakan maharaja-maharaja yang terlalu bercita-cita untuk meluaskan
empayar tanpa memikirkan akibatnya telah mewujukan imbangan kuasa yang tidak stabil.
Hal ini diperburukkann lagi dengan tidak wujudnya semangat cintakan negara oleh
masyarakat Rom yang memberikan taraf warganegara secara terbuka. 29Empayar Rom yang
terlalu luas dan kelemahan maharaja yang memerintah dengan berkesan di semua
bahagian empayarnya.Hal ini diperburukkan lagi dengan ketiadaan sistem penggantian
maharaja yang menyebabkan tercetusnya perbalahan antara pesaing takhta.Selain
itu,Maharaja suka berbelanja mewah,berfoya-foya, dan suka merasuah untuk terus
berkuasa.Keadaan diperburukkan lagi dengan dengan pelbagai masalah yang diwujukan
oleh orang gasar.Hal ini telah mengeringkan perbelanjaan Empayar Rom.
Pengutipan cukai yang tidak adil juga menjadi faktor keruntuhan Empayar
Rom.Cukai yang tinggi dan keadaan ekonomi yang teruk menyebabkan ketidakpuasan hati
oleh penduduk,khasnya yang berstatus rendah.Golongan kaya mengelak untuk membayar
cukai.Selain itu,Wabak penyakit dikatakan merebak ke seluruh empayar menyebabkan
ramai yang terkorban.Wabak tersebut dipercayai dibawa oleh tentera yang kembali dari
medan perang.Serangan orang gasar yang bertimpa-timpa juga telah merosakkan
28

:Ibid hal. 40.


: Sivachandralingam Sundara Raja,Sejarah Eropah,Utusan Publication & Distributors
Sdn. Bhd hal. 53.
29

16

empayar.Orang gasar sememangnya tidak pernah berputus asa untuk menjatuhkan


Empayar Rom.Serangan demi serangan mengakibatkan pelbagai kemusnahan dan
kehancuran selain daripada memudaratkan sistem kewangan Rom pada masa itu.
Kerajaan Rom berakhir pada 476 Masihi apabila raja terakhirnya iaitu Romulus
Augustus terpaksa menuruni takhtanya dan seterusnya kerajaan Jerman mengambil alih
Empayar Rom.Namun begitu,Empayar Rom tetap meninggalkan warisan yang amat
berharga kepada tamadun manusia dan agung di suluruh dunia.Rakyat Rom amat
berbangga bengan mencapaian tamadunnya.Sebagai contoh adalah dari sudut senibinabya
yang sangat dikaguni oleh dunia sehingga ke hari ini.Pelbagai kemajuan dan kejayaan telah
berjaya mereka kecapi adalah hasil daripada pemikiran maharaja dan rakyatnya yang kreatif
dan inovatif.Dengan demikian,tidak hairanlah bahawa bangsa Rom dikatakan sebagai
bangsa yang agung.

BIBLIOGRAFI:

1: Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Utusan Publication & Distribution Sdn.
Bhd.

2:Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Penerbit


Fajar Bakti Sdn. Bhd., A subsidiary of Oxford.

3:John T. Kirby, World Eras Volume 3, Roman Republic and Empire 264 B.C.E 476 C.E,
Printed in United States of America.

4:J. C. Stobart, The Grandeur That was Rome, A Survey of Roman Culture and Civilisation,
Third Edition, Revised by F.N. Prynce. Sidgwick & Jackson, Temple of Vesta, Tivoli.

5:Penerangan dalam bilik kuliah dan nota-nota pensyarah.

6:Perbincangan bersama tutor dalam kelas tutorial.

17

You might also like