Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Sistem stereng kuasa hidraulik pacuan elektrik

(Electrically Powered Hydraulic Steering, EPHS)


Dalam sistem stereng kuasa hidraulik (HPS), tekanan
yang diperlukan untuk mengerakkan stereng servo
dibekalkan oleh pam hidraulik. Pam ini digerakkan
dengan menggunakan kuasa enjin. Dalam keadaan ini
sebahagian besar kuasa enjin digunakan untuk
mengerakkan pam. Masalah timbul apabila bantuan
stereng yang kuat diperlukan tetapi enjin berada pada
kelajuan rendah, contohnya semasa memandu di tempat
letak kenderaan. Kelajuan pam dikawal mengikut kelajuan
putaran roda stereng, apabila roda stereng diputar
dengan laju pam akan bergerak dengan pantas dan isi
padu aliran dalam pam meningkat. Aliran yang
berlebihan akan dialirkan semula takung melalui saluran
balikkan atau pirau.
Dalam sistem stereng kuasa hidraulik pacuan elektrik,
fungsi sistem ini masih sama iaitu membantu pemandu
mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk
mengerakkan stereng, apa yang berbeza ialah pam
stereng kuasa digerakkan menggunakan kuasa yang
dihasilkan oleh motor elektrik dan bukan lagi enjin
pembakaran dalam.
Sistem kawalan hidraulik masih sama. Kadar bantuan
yang dihasilkan oleh sistem adalah berpandukan kepada
sudut putaran stereng dan kelajuan kenderaan. Sistem
ini dilengkapi dengan penderia pengesan sudut stereng
yang berfungsi untuk menghantar maklumat mengenai
sudut putaran stereng kepada unit kawalan elektronik.
Maklumat mengenai kelajuan kenderaan semasa turut

digunakan untuk menentukan kadar bantuan yang perlu.


Maklumat ini dibekalkan melalui CAN Databus.

Berbandingdengansistemsterengkuasakonvensional,EHPS
menawarkanbeberapakelebihansepertiberikut:
Menjimatkantenagasehingga85%.
Lebihmesraalam,hasildaripadapenjimatantenagadan
penguranganpenggunaancecairhidraulik.
Menjimatkanpenggunaanbahanapi.
Meningkatkankeselamatan,sterenglebihmudahdikawalsemasa
meletakkenderaandanlebihkerassemasadipandulaju.
Dalamsistemkovensional,apabilakenderaandipandulaju,kadaraliran
cecairhidraulikakanmenjadiberlebihandisebabkanolehkadarputaran
enjinyangtingi.Inimenyebabkansterengmenjaditerlaluringan.
DalamsistemEHPS,kadarpengalirancecairhidraulikakandikawal
mengikutsudutputaransterengdankadarkelajuankenderaan.

Cara kerja EHPS


EHPS dikawal berdasarkan sudut putaran roda stereng
dan kelajuan kenderaan. Sistem ini dilengkapi dengan
pam hidraulik yang mengandungi pam bergear dan motor
elektrik. Pam bergear terletak di dalam engine pump
assembly bagi menggantikan pam hidraulik (pam bilah)
yang biasa digunakan dalam sistem stereng hidraulik.
Pam bergear ini dikawal dengan menggunakan motor
elektrik yang terletak dalam engine pump assembly.
Motor elektrik ini hanya akan beroperasi apabila suis
penyalaan berada pada kedudukan ON dan enjin
pembakaran dalam sedang bekerja.
Isyarat sudut roda stereng dan kelajuan kenderaan
dihantar kepada unit kawalan. Unit kawalan
menggunakan isyarat ini untuk mengawal kelajuan motor
elektrik dan pam bergear serta menentukan kadar isi
padu cecair hidraulik yang perlu dibekalkan kepada
sistem stereng.

Perlindungan mula semula (restart protection)


EPHS dilengkapi dengan fungsi perlindungan mula
semula apabila terdapat kerosakan, kegagalan atau
pelanggaran. Jika fungsi ini dicetuskan oleh pelanggaran,
ia hanya boleh diset semula dengan menggunakan scan
tool.
Jika ia disebabkan oleh masalah yang lain, ia boleh
dimula semula dengan meletakkan suis penyalaan pada
kedudukan Off dan kemudian hidupkan semula enjin.
Dalam keadaan tertentu, sistem perlu dibiarkan selama
15 minit untuk membenarkan engine pump assembly
sejuk semula. Jika selepas tempoh tersebut, sistem EHPS
masih tidak boleh beroperasi setelah enjin dihidupkan, ini
menunjukkan terdapat masalah pada sistem elektrik
kenderaan atau engine pump assembly. Lakukan
diagnosis dan tukar engine pump assembly jika perlu.

Servotronic warning lamp


Setelah suis penyalaan berada pada kedudukan ON,
servotronic warning lamp akan menyala. Satu kitaran
ujian dalaman akan dijalankan. Jika lampu tidak padam
setelah enjin dihidupkan dan setelah kitaran ujian
lengkap, mungkin terdapat kerosakan dalam sistem.

Engine pump assembly


Engine pump assembly menggabungkan komponenkomponen berikut:

Unit hidraulik dengan pam bergerar, injap pengehad


tekanan (pressure limiting valve) dan motor elektrik.

Takung hidraulik.

Unit kawalan stereng.


Komponen-komponen ini tidak perlu di selenggara. Ia
dilincirkan secara dalaman oleh cecair hidraulik. Ia tidak
boleh diceraikan dan tidak boleh diperbaiki. Ia
disambungkan ke power steering gear dengan
menggunakan saluran tekanan. Saluran balikkan terbina
secara dalaman di dalam takungan bendalir.

Powersteeringsensor
Powersteeringsensordipasangpadabahagianatasinputshaftsteering
gear.Iaberfungsiuntukmengesansudutputaranrodasterengdan
mengirakadarputaranstereng.Iatidakmengukursudutsecaratepat(ia
mengukurperubahansudutsterengsecaraberkadarandenganpusingan
rodastereng).

Isyarat dari penderia ini diperlukan oleh unit kawalan


stereng kuasa untuk mengesan pergerakan roda stereng.
Lebih besar perubahan sudut stereng, pam akan
digerakkan dengan lebih laju begitu juga kadar aliran
cecair hidraulik (dengan tanpa mengambil kira laju
kenderaan).
Jika penderia ini tidak berfungsi atau rosak, sistem
stereng akan berfungsi dalam mode kecemasan. Stereng
masih boleh dikawal secara manual, walau
bagaimanapun ia akan menjadi berat.

Steering angle sensor


Steering angle sensor menghantar maklumat sama ada stereng
diputar ke kiri atau ke kanan kepada unit kawalan ABS dan
steering angle control unit melalui CAN databus.

Isyarat ini digunakan bersama-sama maklumat kelajuan


enjin dan roda untuk menentukan kadar aliran cecair
hidraulik.

Jika penderia ini tidak berfungsi atau rosak, sistem


stereng akan berfungsi dalam mode kecemasan. Stereng
masih boleh dikawal secara manual, walau
bagaimanapun ia akan menjadi berat.

Unit kawalan hidraulik


Cara kawalan adalah sama dengan sistem stereng kuasa
hidraulik konvensional., unit kawalan hidraulik
mengandungi sebuah bar kilasan yang bersambung
dengan permukaan rotary disc valve dan permukaan
yang satu lagi bersambung dengan drive pinion dan
control sleeve.

Pemanduan lurus
Semasa kenderaan dipandu di jalan lurus, bar kilas akan
memegang rotary disc valve dan control sleeve pada
kedudukan neutral. Power steering sensor tidak
mengesan sebarang perubahan sudut. Cecair hidraulik
yang tidak bertekanan akan dialirkan melalui saluran
balikkan ke takungan cecair hidraulik.

Stereng diputar ke kiri sepenuhnya


Apabila bar kilas terpiuh, rotary disc valve diputarkan ke
arah control sleeve.. Lurah kawalan pada rotary disc
valve membenarkan cecair bertekanan untuk mengalir ke
arah kanan silinder. Cecair bertekanan akan mengalir
masuk ke dalam silinder kerja dan membantu pergerakan
stereng. Pada masa yang sama, rotary disc valve akan
menyekat pengaliran cecair hidraulik ke sebelah kiri dan
membuka saluran keluar dari silinder kerja sebelah kiri.
Cecair hidraulik akan dialirkan keluar dari silinder kerja
sebelah kiri. Setelah proses ini selesai, bar kilasan akan
mengembalikan rotary disc valve dan control sleeve ke
kedudukan neutral.

You might also like