Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

950821-05-5463

ABSTRAK
PENGARUH SUKAN BOLING TERHADAP PERPADUAN PELAJAR DI DALAM
KELAB BOLING DI SMK TINGGI PORT DICKSON.
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh sukan boling terhadap
perpaduan pelajar di dalam kelab boling di Sekolah Menengah Tinggi Port Dickson.
Saya telah menjalankan kajian di dalam sekolah dan di Pusat Boling di pusat membeli
belah The Store, Port Dickson. Kawasan kajian ini telah dipilih kerana lokasi pusat
boling tersebut berdekatan dengan rumah saya dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Tinggi merupakan sekolah dimana saya belajar. Ini membantu saya menyiapkan
kajian tepat pada masa yang ditetapkan. Sampel kajian terdiri daripada 23 orang
pelajar yang merupakan ahli kelab boling di sekolah. Sampel ini merangkumi pelajar
yang berbangsa Melayu, Cina, dan India. Soal selidik telah diberikan kepada mereka
untuk mendapatkan jawapan tentang sebab mereka menyertai kelab boling di sekolah
dan mengetahui wujudnya perpaduan dalam kalangan pelajar kelab boling di SMK
Tinggi Port Dickson. Hasil kajian ini mendapati bahawa pelajar menyertai permainan
boling disebabkan beberapa faktor dan permainan boling telah mewujudkan
perpaduan dalam kalangan pelajar kelab boling Sekolah Menengah Tinggi Port
Dickson. Kesimpulannya, melalui kajian yang telah dijalankan, faktor-faktor pelajar
menyertai permainan boling dan kesannya terhadap perpaduan dalam kalangan pelajar
kelab boling di SMK Tinggi Port Dickson telah dikenal pasti.

950821-05-5463

ISI KANDUNGAN
BIL

TAJUK

1.

ABSTRAK

2.

KANDUNGAN

3.

PENGHARGAAN

4.

PENGENALAN

5.

OBJEKTIF KAJIAN

6.

LOKASI KAJIAN
i.
ii.

7.

HALAMAN

4-5
6

Peta 1
Peta 2

7-8

KAEDAH KAJIAN
a) Persampelan
b) Pengumpulan data
c) Teknik Penganalisan Data

9-11

8.

DAPATAN KAJIAN

12-18

9.

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

19

10.

RUJUKAN

20

11.

LAMPIRAN

21-22

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirabbil alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat


ilahi dengan limpah kurnia-Nya, dapat saya menyelesaikan tugasan dalam
2

950821-05-5463

menyiapkan kerja khusus Pengajian Am yang bertajuk Pengaruh Sukan Boling


Terhadap Perpaduan Pelajar dalam Kelab Boling di Sekolah Menengah Kebangsaan
Tinggi Port Dickson.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Tinggi Port Dickson, Puan Zainab binti Yaacob yang telah memberi
kebenaran kepada saya untuk menjalankan kejian ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Pengajian
Am saya, Puan Jahara binti Mahbub yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar
hingga saya dapat melengkapkan kajian ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Sepenuh penghargaan kepada pelajar kelab boling di SMK Tinggi Port Dickson atas
kesudian mereka membantu dalam menjalankan kajian ini.
Saya juga ingin merakamkan perhargaan dan ribuan terima kasih kepada
semua guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson yang telah banyak
membimbing, memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian dijalankan.Terima
kasih juga kepada kedua ibu bapa tercinta , Encik Rozali bin Abdul Rahim dan Puan
Norhayati binti Zuki diatas sokongan moral, nasihat serta tunjuk ajar dan kewangan.
Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan, Ika, Ain, Yeo, Kogul,
Jennifer, Syafiqah, Syamimi, Aida, Ashekin, Farhanah dan Syuhada dalam memberi
pelbagai maklumat, berkongsi pengetahuan dan membantu bersama-sama semasa
menjalankan kajian ini. Jasa yang telah diberikan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih kepada semua.

PENGENALAN
Perpaduan adalah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan
bersama di kalangan mereka.
3

950821-05-5463

Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan


kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan
dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai
proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk
Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan
untuk menjana kemajuan.
Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan perlu menjalankan dasar
perpaduan supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka
dalam mencapai perpaduan kaum. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara
iaitu integrasi dan asimilasi. Integrasi yang merupakan satu proses mewujudkan satu
identiti nasional di kalangan kumpulan- kumpulan yang terpisah dari segi
kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Asimilasi pula adalah satu
proses dimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan
campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang besar.
Dalam dasar-dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan, salah satu dasar
yang diperkenalkan ialah Sukan Alat Perpaduan.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), sukan ialah segala kegiatan
yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang dilakukan sebagai
acara hiburan seperti pertandingan atau kegiatan untuk menyihatkan badan.
Dasar Sukan Alat Perpaduan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat
patriotik dalam kalangan rakyat. Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) yang
ditubuhkan pada peringkat sekolah dan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) adalah
contoh dasar ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum dan hubungan antara negeri.
Sukan boling adalah sejenis sukan kompetitif dan riadah di mana seorang
pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong yang diperbuat daripada kayu
atau sintetik dengan tujuan untuk mendapatkan mata secara menjatuhkan sebanyak
pin yang mungkin. Permainan ini berasal daripada permainan skittle dan sangat
popular di Eropah dan Amerika Syarikat. Kini, pemain-pemain dari Asia Tenggara
telah mahir dalam permainan ini dan ramai juga yang bergelar juara dunia. Semasa
Sukan Asia tahun 2006, emas Malaysia banyak disumbangi oleh pasukan boling
negara.

950821-05-5463

950821-05-5463

OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah
berdasarkan kepada objektif yang disusun.
i.

Mengenalpasti faktor-faktor pelajar memilih sukan boling sebagai permainan

ii.

mereka.
Mengkaji kesan permainan boling terhadap semangat perpaduan dalam kelab
boling Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson.

LOKASI KAJIAN
6

950821-05-5463

Dalam membuat kajian, kawasan kajian merupakan satu elemen yang penting.
Kawasan kajian ini adalah berfokus di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan
Tinggi Port Dickson yang terletak di Km 3, Jalan Pantai di Port Dickson, Negeri
Sembilan. Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson merupakan salah
sebuah sekolah yang ada di Port Dickson yang telah ditubuhkan sebagai sekolah
persendirian pada 1910 dan menjadi sekolah menengah kebangsaan sehingga kini.
Dari Seremban ke Km 3, Jalan Pantai mengambil 3.8 kilometer.
PORT DICKSON

Peta 1: Kawasan Port Dickson


Port Dickson merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri
Sembilan. Ia ialah kawasan kedua terkecil di Negeri Sembilan. Port Dickson terletak
32 km dari Seremban dan 60 km dari Kuala Lumpur.
Port Dickson diberi sempena nama Sir John Frederick Dickson, seorang
pegawai British pada zaman penjajahan British. Nama asal Port Dickson ialah
Tanjung Tin.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI PORT DICKSON

950821-05-5463

Peta 2: Kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Port Dickson


Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson terletak di Km 3, Jalan
Pantai kira-kira 4 km dari Pekan Port Dickson.
Sekolah ini pada mulanya merupakan sekolah persendirian yang ditubuhkan
pada 1910 dan pada tahun 1919, sekolah ini dipindahkan di tapak Sekolah Rendah
Kebangsaan Port Dickson.
Selepas Perang Dunia Ke-2, sekolah ini dibuka semula dan ditempatkan
sementara di Sekolah Melayu Kampung Gelam sementara sekolah sedia ada dibaik
pulih. Pada tahun 1955, sekolah ini telah menyediakan kumpulan pelajar yang
pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge School Certificate.
Kini, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson ialah
Puan Zainab binti Yaacob.

950821-05-5463

3.0 KAEDAH KAJIAN


Reka bentuk kajian adalah bertujuan untuk menghubungkaitkan persoalan dan
objektif kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini telah
menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah persampelan rawak mudah
ini digunakan kena kaedah ini akan memberi maklumat yang tepat dan mudah serta
berkait rapat dengan objektif yang telah dibuat dan ditetapkan. Kaedah ini
menggunakan borang kaji selidik yang mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada
responden.
3.1 PERSAMPELAN
Dalam kajian ini, persampelan bertujuan untuk menjawab objektif yang
diutarakan oleh pengkaji. Seramai 23 orang responden telah dipilih untuk menjawab
soal selidik ini yang terdiri daripada pelajar pelbagai kaum dan umur di Sekolah
Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson. Responden dipilih berdasarkan kesudian
dan kelapangan mereka semasa waktu rehat dan perjumpaan kelab boling pada setiap
hari Selasa dan Khamis.
Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa pemilihan responden adalah mereka
seharusnya ahli kelab boling di dalam kelab boling di sekolah. Umur untuk borang
soal selidik pula adalah 14, 16, 17 dan 19 tahun kerana pada peringkat umur tersebut,
pelajar mampu memberikan respon yang lebih matang dan mampu untuk menjawab
soalan yang diajukan.
3.2 PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan
kaedah mengkaji selidik dan pemerhatian. Borang soal selidik telah dibentuk untuk
mengenalpasti sebab pelajar memilih boling sebagai permainan mereka dan kesan
permainan boling terhadap perpaduan di dalam kelab boling di Sekolah Menengah
Kebangsaan Tinggi Port Dickson.

950821-05-5463

3.2.1 DATA SEKUNDER


Dalam kajian ini, data sekunder telah diperolehi daripada Perpustakaan
Awam Port Dickson. Data yang digunakan adalah buku-buku, dan kamus
untuk mencari maksud. Selain itu, peta kawasan kajian diperolehi daripada
melayari internet di perpustakaan.
3.2.2 DATA PRIMER
Untuk mendapatkan data primer pula, kaedah soal selidik telah
digunakan untuk mendapatkan jawapan daripada 23 responden yang
merupakan ahli kelab boling. Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan
untuk melihat gelagat responden ketika permainan boling sedang dijalankan di
Pusat Boling di The Store.
3.2.2 (i) BORANG SOAL SELIDIK
Borang

soal

selidik

merupakan

kaedah

yang

utama

dalam

pengumpulan data kajian kerana kaedah ini merupakan perhubungan terus


kepada kumpulan sasaran. Borang soal selidik ini telah dibentuk dengan
strategik dan bersesuaian dengan objektif kajian supaya tidak berlaku
kesalahan dalam menjawab objektif kajian. Kaedah ini merupakan kaedah
yang digemari oleh pengkaji untuk mendapatkan data primer. Borang soal
selidik perlulah mengikut objektif yang telah ditetapkan agar soalan yang
diutarakan tidak menyimpang jauh daripada sasaran. Malah, bahasa yang
digunakan juga merupakan bahasa yang mudah dan senang difahami oleh
semua golongan responden.
Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka. Bagi
soalan terbuka, rasionalnya adalah untuk memudahkan responden bebas untuk
memberikan pelbagai bentuk jawapan, bebas untuk menjawab atau menanda
di ruang jawapan yang telah disediakan. Soalan tertutup pula dibuat untuk
mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah untuk dibandingkan
serta jawapan mudah diproses melalui sistem pengkodan yang bersifat piawai
dan mudah untuk dianalisis.

3.2.2 (ii) PEMERHATIAN


10

950821-05-5463

Kaedah pemerhatian merupakan kaedah alternatif dalam pengumpulan


maklumat atau pengumpulan data selain daripada borang soal selidik.
Pemerhatian memerlukan penyelidik untuk memerhati keadaan di kawasan
kajian dan memahami situasi sebenar yang digambarkan oleh responden.

3.3 TEKNIK PENGANALISIAN DATA


Penganalisian data merupakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan,
purata dan kekerapan. Penganalisian data dilakukan setelah memperolehi data primer
seperti soal selidik yang diedarkan kepada responden dan melalui pemerhatian. Tahap
analisis dicapai apabila data yang diperolehi dipastikan, disunting dan ditukar menjadi
angka. Data yang telah dianalisis itu tadi dipersembahkan dalam bentuk jadual atau
rajah.

4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


11

950821-05-5463

Dapatan kajian akan menghuraikan analisis data dan memaparkan hasil kajian
daripada soal selidik yang telah diisi responden. Data yang dimasukkan telah diproses
untuk mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, dan purata.
4.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
Untuk mengkaji persepsi pelajar, seramai 23 orang yang terdiri daripada
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson. Huraian analisis latar
belakang responden melibatkan aspek jantina, umur, dan bangsa diilustrasikan dalam
bentuk rajah.

4.1.2 UMUR
12

950821-05-5463

Jadual 1: Demografi responden berdasarkan umur


UMUR (TAHUN)
14
16
17
19

JUMLAH (ORANG)
7
3
3
10

PERATUS (%)
30.44%
13.04%
13.04%
43.48%

BILANGAN
50%
43%

45%
40%
35%
30%

30%

BILANGAN

25%
20%
15%

13%

13%

16 Tahun

17 Tahun

10%
5%
0%
14 Tahun

19 Tahun

Rajah 1: Demografi responden berdasarkan umur


Sumber: Kajian Lapangan
Berdasarkan hasil kajian, daripada 23 orang responden yang menjawab soal selidik,
seramai 7 orang (30.44 peratus) adalah terdiri daripada responden yang berumur 14
tahun. Manakala responden yang berumur 16 tahun terdiri daripada 3 orang (13.04
peratus).Responden berumur 17 tahun juga terdiri daripada 3 orang (13.04 peratus)
dan selebihnya berumur 19 tahun sebanyak 10 orang (43.48 peratus) seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1 di atas. Responden yang berbeza usia ini akan
memberikan pandangan dan jawapan yang berbeza. Ini kerana pelajar yang lebih
muda mempunyai sebab dan kesan yang berlainan daripada pelajar yang lebih
dewasa.
4.1.2 JANTINA
Jadual 2: Demografi responden berdasarkan jantina
13

950821-05-5463

JANTINA
LELAKI
PEREMPUAN

JUMLAH (ORANG)
9
14

PERATUS (%)
39.13%
60.87%

JANTINA

LELAKI; 39%
PEREMPUAN; 61%

Rajah 2: Demografi responden berdasarkan jantina


Sumber: Kajian Lapangan
Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 23 orang responden, seramai 9 orang
(39.13 peratus) adalah terdiri daripada responden pelajar lelaki, manakala bakinya
sebanyak 14 orang (60.87 peratus) adalah responden pelajar perempuan. Tidak ada
perbezaan jurang yang besar dalam pemilihan jantina responden. Maklumat yang
lebih jelas boleh dilihat pada Rajah 2 di atas.

Jadual 3: Demografi responden berdasarkan bangsa


4.1.3 BANGSA
BANGSA

JUMLAH (ORANG)
14

PERATUS (%)

950821-05-5463

MELAYU
CINA
INDIA

8
4
11

34.78
17.39
47.83

BANGSA
50.00%
40.00%
30.00%

BANGSA

20.00%
10.00%
0.00%
Melayu

Cina

India

Rajah 3: Demografi responden berdasarkan bangsa


Sumber: Kajian Lapangan
Dalam melakukan kajian ini, dapatan hasil menunjukkan daripada 23 orang
responden, seramai 8 orang (34.78 peratus) adalah Melayu. Bangsa Cina pula adalah
seramai 4 orang (17.39 peratus) dan bangsa India seramai 11 orang (47.83 peratus)
Tiada bangsa lain-lain dicatatkan. Bangsa India mencatatkan peratus yang tertinggi
kerana majoriti permainan boling adalah India diikuti dengan bangsa Melayu. Bangsa
Cina mencatatkan peratus yang paling rendah kerana majoriti pelajar Cina memasuki
permainan bola keranjang sebagai kelab sukan dan permainan di sekolah.

4.1.4 SEBAB MENYERTAI KELAB BOLING


Jadual 4: Demografi responden mengikut sebab menyertai kelab boling
SEBAB MENYERTAI
MINAT

BILANGAN
15
15

PERATUS (%)
46.88

950821-05-5463

INGIN MENCUBA SESUATU YANG BARU


MENGIKUT KAWAN
LAIN-LAIN

11
4
2

34.38
12.5
6.25

SEBAB PELAJAR MENYERTAI KELAB BOLING

LAIN-LAIN; 6%
MENGIKUT KAWAN; 12%
MINAT; 47%
MENCUBA SESUATU YANG BARU; 34%

Rajah 3:Demografi responden berdasarkan sebab mengikuti kelab boling


Dalam melakukan kajian ini, responden telah diajukan soalan aneka pilihan
tentang sebab-sebab mereka memasuki kelab boling di sekolah. Responden diberi
peluang untuk memilih lebih dari satu jawapan dan menyatakan sekiranya terdapat
sebab-sebab lain mereka menyertai kelab boling di sekolah.
Hasil kajian menunjukkan daripada 23 orang responden yang memberikan
jawapan, seramai 46.88 peratus daripada pelajar yang menyertai kelab boling di
sekolah adalah kerana minat yang mendalam terhadap permainan boling. Responden
memberitahu bahawa semasa di sekolah rendah, permainan boling tidak digalakkan
oleh ibu bapa kerana saiz badan mereka yang kecil. Disebabkan ini, apabila
melangkah ke sekolah menengah, mereka menyertai permainan boling. Ada juga yang
minat untuk menyertai kelab boling kerana semua aktiviti kelab boling seperti
pertandingan dijalankan di luar, ini menarik minat pelajar kerana kebanyakkan
permainan yang lain dijalankan di sekolah sahaja. Selain itu, sukan boling yang
diadakan di tempat yang berbumbung dan berhawa dingin menjadikan permainan
boling sebagai pilihan pelajar di kelab boling di SMK Tinggi Port Dickson.

16

950821-05-5463

Selain daripada itu, sebanyak 34.38 peratus pelajar menyertai kelab boling
kerana ingin mencuba sesuatu yang baru. Jawapan ini kebanyakkannya dipilih oleh
responden tingkatan enam iaitu pelajar yang berumur 19 tahun. Ini kerana mereka
telah menyertai kelab dan permainan yang lain semasa di tingkatan satu sehingga
lima. Disebabkan itu, semasa berada di tingkatan enam, mereka telah diberi peluang
untuk memilih sukan dan permainan dan mereka telah memilih sukan dan permainan
boling kerana mereka ingin mengetahui peraturan-peraturan dan skil-skil yang ada
dalam permainan boling.
Pelajar yang menyertai kelab boling kerana mengikut kawan hanya
mencatatkan 12.5 peratus. Responden yang memilih jawapan memberitahu bahawa
mereka menyertai sukan dan permainan yang mempunyai kawan yang dikenali di
dalam permainan tersebut kerana tidak mahu berasa kekok semasa bermain. Selain
itu, ada juga pelajar yang menyertai kelab boling disebabkan mengikut kawan kerana
kawan mereka merupakan pemain yang mahir dalam permainan boling. Dengan ini,
kawan mereka dapat memberikan tunjuk ajar.
kerana dan sebab lain-lain menyertai kelab boling seperti ingin
menghilangkan tekanan belajar dan merupakan pemain negeri hanya mencatatkan
6.25 peratus.
4.1.5 SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR
Permainan boling merupakan permainan yang semakin mendapat sambutan
dalam kalangan pelajar Melayu, Cina, India kerana permainan boling adalah sejenis
permainan yang tidak memerlukan banyak tenaga dan hanya memberi fokus kepada
ketepatan dan teknik yang digunakan oleh pemainnya. Seperti permainan bola sepak,
permainan boling juga melahirkan semangat perpaduan, semangat kerjasama,
semangat berpasukan dan semangat kesukanan. Dalam kajian yang telah dilakukan,
seramai 23 orang responden daripada kelab boling di SMK Tinggi Port Dickson telah
dipilih untuk menjawab borang soal selidik. Seramai 14 responden daripada 23
responden (60.87 peratus) yang menjawab borang soal selidik merupakan pelajar
perempuan dan selebihnya ialah lelaki sebanyak 9 responden (31.13 peratus). Hal ini
kerana kebanyakkan pelajar lelaki menyertai permainan bola sepak, bola keranjang,
dan bola tampar.

17

950821-05-5463

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pelajar-pelajar yang merupakan ahli


di dalam kelab boling yakin permainan boling dapat memupuk semangat perpaduan
dalam diri mereka. Ini kerana di dalam borang soal selidik yang telah diberikan,
semua responden (100 peratus) bersetuju permainan boling dapat memupuk semangat
perpaduan.
Selain itu, permainan boling juga boleh merapatkan silaturrahim antara kaum
Melayu, Cina dan India. Sikap perkauman dan mementingkan diri sendiri tidak akan
wujud di dalam permainan boling kerana dalam permainan boling, semua ahli
pasukan akan bekerjasama dan saling membantu kerana markah yang dikira adalah
markah kumpulan dan bukannya markah individu. Dalam borang soal selidik yang
diberikan, seramai 20 orang responden (86.96 peratus) pernah bermain dalam satu
kumpulan yang berbilang kaum manakala 3 yang lain (13.04 peratus) tidak pernah
bermain bersama kerana mereka merupakan ahli biasa di dalam kelab boling. Ini
menunjukkan bahawa pemain-pemain di dalam kelab boling di SMK Tinggi
mengamalkan sikap terbuka dan tidak hanya bermain bersama rakan yang sama kaum.
Berdasarkan pemerhatian secara langsung pula, semangat perpaduan dalam
kalangan responden dapat dilihat sebelum, semasa dan selepas bermain. Sebelum
bermain, ahli-ahli dalam kumpulan akan melakukan aktiviti memanaskan badan
bersama-sama. Mereka menggunakan bahasa Melayu semasa berkomunikasi. Mereka
juga akan melaungkan sorakan kumpulan mereka dan memberi kata-kata semangat
untuk menenangkan ahli kumpulan yang akan bermain. Semasa bermain, ahli-ahli
kumpulan akan memberikan pandangan masing-masing tentang teknik dan cara untuk
menjatuhkan kesemua 10 pin. Sekiranya berlaku spare, pemain akan meminta
pertolongan kepada pemain lain untuk menunjukkan cara untuk memastikan arah bola
akan kena pada pin yang tinggal. Ahli-ahli kumpulan juga akan bersorak apabila ahli
kumpulan mereka berjaya melakukan strike .Semangat kesukanan dan perpaduan
yang tinggi dapat dilihat dengan jelas selepas berakhirnya permainan. Di dalam
permainan, pasti ada yang menang dan kalah, namun ahli-ahli kumpulan yang gagal
mendapatkan mata yang tinggi tidak dipersalahkan oleh rakan rakan yang lain tetapi
disambut dan diberi semangat untuk mencuba lagi. Mereka juga akan melakukan
aktiviti menyejukkan badan dan pergi makan bersama-sama.

18

950821-05-5463

Selain itu, permainan boling juga boleh mengurangkan pergaduhan kerana


pemain akan mengfokuskan perhatian mereka kepada permainan semasa bermain dan
tidak berfikiran negatif dan bertengkar.
Pada soalan terakhir di dalam borang soal selidik, responden telah ditanyakan
cadangan dan harapan mereka terhadap bidang sukan pada masa akan datang. Seramai
12 orang responden (52.17 peratus) berharap agar permainan boling akan terus
berkembang dan dapat menyertai sukan Olimpik. Seramai 11 orang responden (47.82
peratus) mencadangkan agar pertandingan boling yang disertai oleh pelbagai kaum
lebih kerap diadakan setiap tahun.

5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN


Kajian ini telah mengemukakan data yang mencukupi bagi memenuhi objektif
kajian. Bahagian ini akan merumuskan hasil dapatan kajian.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar yang menyertai kelab
boling adalah berumur 19 tahun. Berdasarkan soal selidik yang diberikan, pelajar
menyertai permainan boling sebagai kelab mereka kerana minat, mengikut kawan dan
ingin mencuba sesuatu yang baru. Kajian juga menunjukkan bahawa lebih dari 50%
pelajar yang menyertai kelab boling adalah ahli aktif di dalam kelab tersebut.
Dapatan kajian juga mendapati bahawa pelajar yang menyertai kelab boling
juga mempunyai semangat perpaduan di dalam diri mereka. Menurut soal selidik dan
pemerhatian yang telah dijalankan, tanda-tanda diskriminasi kaum tidak ada di dalam
diri pemain-pemain kelab boling.
19

950821-05-5463

Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar yang menyertai kelab boling percaya bahawa
sukan boling merupakan sukan yang dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia kerana sukan atau permainan boling ini diminati oleh rakyat
Malaysia dan telahpun berkembang menjadi sukan digemari oleh rakyat Malaysia
sebagai mengisi masa lapang.
Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Tinggi Port Dickson yang menyertai kelab boling di sekolah disebabkan
beberapa faktor seperti mengikuti kawan, keinginan untuk mecuba sukan boling dan
minat terhadap sukan boling.
Perpaduan pula telah wujud dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Tinggi
Port Dickson yang menyertai kelab boling di skolah. Ini dapat dibuktikan dengan
tingkah laku mereka terhadap pelajar bangsa lain seperti memberi tunjuk ajar kepada
bangsa yang lain dan bermain di dalam satu kumpulan.

RUJUKAN
1. Abdul Razak Latif. Sukan alat perpaduan di Malaysia dlm. Utusan
Malaysia, 7 Ogos 2012.

20

950821-05-5463

2. Amran bin Idris, 2014. Nota Pembelajaran & Lembaran Praktis Pengajian
Am STPM. Kuala Lumpur :Local Publications.
3. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Mohamad Salleh Aman, 2004. Sukan Dalam Masyarakat Malaysia. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
5. Sezali Din, 2014. Dasar-Dasar Pembangunan Negara. Kedah: Metafora
Training and Consultant.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TINGKATAN 6


SEKOLAH MENENGAH TINGGI PORT DICKSON
BORANG SOAL SELIDIK

21

950821-05-5463

NAMA :
JANTINA : L / P
UMUR :

BANGSA:

1. Adakah anda menyertai aktiviti yang dijalankan oleh kelab boling di sekolah?
Ya
Tidak
2. Adakah anda seorang ahli aktif di dalam kelab boling di sekolah?
Ya
Tidak
3. Mengapakah anda memilih sukan boling sebagai kelab sukan dan permainan?
Mengikut kawan
Ingin mencuba sesuatu yang baru
Minat
Lain-lain. Nyatakan.
.
4. Adakah anda percaya sukan boling dapat memupuk semangat perpaduan? Jika
tidak, mengapa.
Ya
Tidak
Jika tidak, sila nyatakan

5. Pernahkah anda bermain boling dalam satu kumpulan yang berbilang kaum
Ya
Tidak
6. Apakah yang akan dilakukan oleh anda sekiranya anda melihat rakan anda
yang berlainan kaum melakukan kesilapan semasa bermain?
Ketawakan dia
Memberi tunjuk ajar
Mengabaikannya
Memarahinya
Lain-lain. Sila Nyatakan.
......
7. Apakah harapan atau cadangan anda terhadap bidang sukan pada masa akan
datang (dalam konteks perpaduan)
22

950821-05-5463

23

You might also like