Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 94

BAHASA MELAYU - TINGKATAN 1

TATABAHASA
Penggolongan Kata

1. Kata nama am merujuk kepada sesuatu benda yang bernyawa dan


tidak bernyawa secara
umum.
2.Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan
ayat.
3. Kata nama am yang berbentuk kata majmuk dikira sebagai satu
perkataan dalam pengiraan
jumlah perkataan jika merujuk kepada perkara yang sama.
4. Kata nama am terbahagi kepada:
(a) Kata Nama Am Hidup
- Kata Nama Am Hidup Manusia - merujuk manusia secara am.
- Contoh: Kanak-kanak, jutawan, pensyarah, penyanyi, abang, nenek.
- Kata Nama Am Bukan Hidup Manusia- merujuk benda-benda hidup
(selain manusia) secara am.
- Contoh: Haiwan (ayam, itik, lembu, harimau)
Tumbuhan ( ubi keledek, kunyit, halia, semalu)
(b) Kata Nama Am Tak Hidup
- Kata Nama Am Tak Hidup Abstrak - merujuk sesuatu konsep mujarad
atau bukan kebendaan
yang membawa makna yang am.
- Contoh: laporan, nyawa, berita, bantuan, pendapat, pandangan.
- Kata Nama Am Tak Hidup Konkrit. - merujuk sesuatu benda yang
1

dapat dilihat dan dipegang.


- Contoh: Benda (meja, mangkuk, pensil, lampu, kereta)
Tempat ( bukit, sungai, sekolah, rumah, balai polis)

1. Kata nama khas merujuk kepada sesuatu benda yang bernyawa dan
tidak bernyawa secara
khusus.
2. Kata nama khas ditulis dengan huruf besar di pangkalnya.
3. Terbahagi kepada:
(a) Kata Nama Khas Hidup
- Kata Nama Khas Hidup Manusia- merujuk manusia secara khas.
- Contohnya: Puan Saenah, Madam Choong, Pak Ngah, Doktor Siva.
- Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia - merujuk benda yang hidup
(selain manusia) seperti
haiwan dan tumbuh-tumbuhan secara khas.
- Contohnya: Haiwan - Pak Belang (harimau), Si Comel (kucing), Raja
Rimba (singa)
Tumbuhan - Hibiscus Rosa Sinesis (bunga raya),
Chlorella (alga)
(b) Kata Nama Khas Tak Hidup - merujuk sesuatu yang tidak bernyawa
seperti nama benda,
negara, bangsa, pangkat, tempat dan
sebagainya secara khas.
- Contoh:
Benda - Majalah Wanita, Perodua Kancil
Negara- Indonesia, Bangladesh
Bahasa- Bahasa Sepanyol
Pangkat- Dato', Profesor Madya, Tan Sri.
Bangsa- India, Melayu, Cina
Institusi- Universiti Malaya, Sekolah Kebangsaan Kebun
Bahru
Tempat- Genting Highland, Pahang
Judul- Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang.

1. Kata ganti nama digunakan untuk menggantikan kata nama orang.


2.Kata ini digunakan khas untuk manusia.
3.Kata ganti nama diri terdiri daripada bentuk tunggal (bermakna
satu) atau bentuk jamak
(bermakna lebih daripada satu)
4. Ada tiga jenis kata ganti nama diri:

1. Kata yang digunakan untuk merujuk diri orang yang bercakap.


2. Bentuk kata ganti nama diri pertama dan penggunaannya:

1. Kata Ganti Nama Diri Kedua iaitu perkataan yang digunakan untuk
menggantikan perkataan
orang yang dilawan bercakap.
2. Kata ganti nama diri kedua dan penggunaannya.:

1. Kata Ganti Diri Nama Diri Ketiga iaitu perkataan yang digunakan
untuk menggantikan nama
orang yang diperkatakan.
2. Biasanya, orang ketiga tidak hadir atau mendengar ketika peristiwa
percakapan itu berlaku.
3. Kata ganti nama diri ketiga dan penggunaannya:

1. Kata nama terbitan merupakan kata nama yang telah mengalami


proses pengimbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan ataupun
sisipan
2. Contohnya penyanyi pelajar, pakaian, hiasan, pelajaran, telunjuk
dan gerigi.

1. Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu tanpa menyebut


nama benda, orang atau
perkara itu.
2. Terdapat tiga kata ganti nama tanya yang biasa digunakan iaitu apa
(merujuk kepada benda,
haiwan atau perkara), siapa (merujuk
kepada manusia), dan mana (merujuk kepada
manusia, benda atau haiwan).
3.Kata ini digunakan untuk membentuk ayat tanya.

4. Kata tanya boleh hadir pada awal ayat dan akhir ayat.
5. Kata tanya perlu disertai kata penegas -kah apabila hadir pada awal
ayat.

10

1. Kata Ganti Tak Tentu ialah perkataan yang digunakan untuk


menggantikan sesuatu yang
tidak tentu atau secara umum sahaja.
2. Kata ganti nama tak tentu boleh digunakan untuk merujuk manusia,
haiwan, tempat waktu dan perkara. Contohnya ialah apa-apa, manamana, siapa-siapa, masing-masing, sesuatu, seseorang dan bila-bila.

11

1. Kata kerja ialah perkataan yang berfungsi untuk menunjukkan


sesuatu perbuatan,
Contohnya makna, minum, berdoa, bermain, memanjat dan
sebagainya.
2. Kata kerja boleh wujud sendiri tanpa imbuhan dan juga dengan
imbuhan.
3. Kata kerja dapat digolongkan kepada tiga iaitu:
(i) Kata Kerja Tak Transitif
(ii) Kata Kerja Transitif
(iii) Kata Kerja Pasif

1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang menerangkan sesuatu
perbuatan yang
dilakukan oleh pembuat (subjek) terhadap diri sendiri.
2. Tidak memerlukan penyambut atau objek untuk menyempurnakan
maksudnya.
3. Boleh didapati dalam bentuk:

4. Terbahagi kepada dua jenis, iaitu:


(a) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
- Kata kerja ini boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.
Contohnya:
i) Suhaila baring
ii) Leen menjerit
iii) Rozy terduduk
- Kata kerja ini diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberi
12

maklumat tambahan seperti mana, bila dan bagaimana sesuatu


perbuatan itu berlaku. Contohnya:
i) Suhaila baring di atas katil ibunya.
ii) Leen menyanyi dengan merdu
iii) Rozy terduduk akibat ditolak oleh abangnya.
(b) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap.
- Kata kerja ini mesti diikuti oleh unsur-unsur yang lain. untuk
melengkapkan maksud ayat yang terdiri daripada kata nama, kata
adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya:
i) Wak Deramin menjadi ketua kampung
ii) Anak gadis itu bertambah cantik.
iii) Sammy dan keluarganya tinggal di Kampung Sungai Buloh.

1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerangkan sesuatu


perbuatan yang dilakukan
oleh pembuat (subjek) terhadap sesuatu benda (objek).
2. Kata kerja ini diikuti oleh objek atau penyambut untuk
melengkapkan maksudnya.
3. Objek dalam kata kerja transitif terdiri daripada frasa nama.
Contohnya:

5. Kata kerja transitif terbahagi kepada dua jenis iaitu:


(a) Kata Kerja Transitif Aktif
- Kata kerjanya menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran
-kan atau -i.
- Contoh: menjemput, menegur, mengutip mencantas, menziarahi,
mematuhi.
- Ayat contoh:
i) Puan Salmah mengutip sampah yang bertaburan di bilik..
ii) Pak Long mencantas dahan pokok rambutan di belakang rumahnya.
iii) Semua pelajar perlu mematuhi peraturan sekolah pada setiap
13

masa.
(b) Kata Kerja Transitif Pasif
- Kata kerjanya menerima awalan di- dengan atau tanpa akhiran -kan
atau -i jika digunakan
dengan kata ganti nama diri ketiga. Jika kata ganti nama diri pertama
dan kedua digunakan,
kata kerjanya tidak menerima sebarang awalan atau akhiran.
- Contoh: dijemput, ditegur, dikutip, dicantas, diziarahi, dipatuhi
- Ayat contoh:
i) Sampah yang bertaburan di bilik dikutip oleh Puan Salmah.
ii) Dahan pokok rambutan di belakang rumah dicantas oleh Pak Long
iii) Peraturan sekolah perlu dipatuhi oleh semua pelajar pada setiap
masa.

1. Kata kerja pasir ialah kata kerja yang digunakan dalam ayat pasif.
Kata kerja pasif tidak
mempunyai imbuhan awalan meN-, Kata kerja pasif dapat
dibahagikan kepada lima bentuk
iaitu:
i) Kata kerja pasif diri pertama dan kedua.
ii) Kata kerja pasif diri ketiga
iii) Kata kerja pasif berawalan beR- dan teRiv) Kata kerja pasif dengan apitan ke-...-an.
v) Kata kerja pasif dengan kata kena (kata kena boleh diganti dengan
awalan di-)
2. Contoh kata kerja pasif ialah kubaca, kita pergi, kamu lihat,
bersapu, berjemur, terdaki,
terpegun, kecurian, kepanasan, kena pecah, kena tangkap dan
sebagainya.

1. Kata adjektif dikenli juga sebagai kata sifat, ialah perkataan yang
menerangkan keadaan
14

atau sifat sesuatu kata nama atau frasa nama.


2. Sembilan jenis kata adjektif dan penggunaannya:

15

16

17

3. Kata adjektif boleh disertai kata penguat seperti amat, paling,


sangat, sungguh dan terlalu.
4. Ayat contoh:
i) Budak lelaki itu sangat lemah ketika ditemui oleh pihak polis.
ii) Asmah amat rindu akan ibu dan bapanya di Kuala Lumpur.
18

iii) Masalah yang sedang dihadapi oleh Cikgu Rajaratnam terlalu


rumit.

1. Kata hubung digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata,


frasa dengan frasa dan
kalusa dengan klausa untuk membentuk
ayat majmuk.
2. Terdapat tiga jenis kata hubung, iaitu:

1. Digunakan untuk menggabungkan kata, frasa atau ayat yang setara


sifatnya.
2. Kata hubung gabungan dan penggunaannya:

19

20

1. Menghubungkan ayat kecil pada ayat induk yang tidak setara


sifatnya.
2. Kata hubung pancangan dan penggunaannya.

21

22

23

1. Digunakan secara berpasang-pasang dalam ayat majmuk gabungan.


Contohnya
baik...ataupun, sedangkan..tambahan pula dan semakin...semakin.

1. Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan


perasaan seperti geram,
marah, gembira, sakit, takut dan sebagainya.
2. Ayat yang mempunyai kata seru ditandai dengan tanda seru (!)
pada akhir ayat.
3. Kata seru dan penggunaannya.

24

25

26

27

1. Kata perintah digunakan untuk menunjukkan ragam arahan dalam


sesuatu ayat.
2. Kata perintah boleh ditambah dengan partikel -kah untuk
menjadikan ayat itu lembut dan
mempunyai unsur kesopanan.
3. Contoh kata-kata perintah ialah jangan, tolong, usah, jemput, sila,
minta dan sebagainya.
4. Kata pembenar digunakan untuk mengiyakan sesuatu pernytaaan.
5. Biasanya kata pembenar digunakan dalam bentuk dialog
6. Tiga kata pembenar yang biasa digunakan adalah ya, benar dan
betul.
7. Kata pangkal ayat atau penanda wacana ialah perkataan yang hadir
di hadapan ayat.
8. Kata pangkal ayat berfungsi sebagai penghubung atau penanda
kesinambungan ayat
dalam wacana.
9. Contoh kata-kata pangkal ayat adalah maka, adapun, kalakian,
syahadan, sekali peristiwa
dan sebagainya.

1. Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan kata


kerja yang mengikutnya.
2. Terdiri daripada:

28

29

3. Sesetengah kata bantu aspek dan kata bantu ragam boleh hadir
bersama-sama dalam ayat
yang tertentu.

30

1. Kata penegas yang mendahului atau mengikut kata adjektif.


2. Digunakan untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata
adjektif.
3. Terbahagi kepada tiga jenis:
i) Kata Penguat Hadapan

ii) Kata Penguat Belakang

iii) Kata Penguat Bebas

31

1. Kata penegas ialah perkataan atau partikel yang digunakan untuk


memberi penekanan pada
bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat atau menegaskan
sesuatu pernyataan.
2. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu:
(a) Kata penegas yang menegaskan frasa predikat atau bahagianbahagiannya
- Contoh: -kah, -lah, -tah.
(b) Kata penegas yang menegaskan kedua-dua ayat, iaitu frasa nama
sebagai subjek atau
bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya:
- Contoh: hanya, jua, juga, lagi, pun, sahaja, memang
3. Kata penegas dan penggunaannya:

32

33

34

1. Kata naf ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu


pernyataan pada
predikat ayat.
2. Terdapat dua jenis kata nafi iaitu bukan dan tidak.
3. Kata nafi bukan digunakan sebagai unsur nafi bagi frasa nama dan
frasa sendi nama.
4. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh juga digunakan sebagai
unsur nafi bagi frasa
kerja dan frasa adjektif jika frasa-frasa predikatnya membawa
maksud yang bertentangan.
5. Kata nafi tidak digunakan sebagai unsur nafi bagi frasa kerja dan
frasa adjektif.

1. Perkataan yang menjadi pemeri hal atau penghubung antara subjek


dengan frasa-frasa utama
dalam predikat.
2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

35

36

1. Kata sendi nama ialah perkataan uang digunakan untuk


menghubungkan frasa nama dengan
kata-kata atau frasa-frasa
yang lain dalam ayat bagi menunjukkan perkaitannya.
2. Kata sendi nama terletak di hadapan kata nama atau frasa nama.
3. Kata sendi nama dieja terpisah daripada perkataan yang
mengikutinya.
4. Setiap kata nama sendi nama mempunyai tugas atau fungsi yang
berlainan dan perlu
digunakan dengan betul.
5. Kata sendi nama dan penggunaannya:

37

38

39

1. Kata arah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan


arah.
2. Kata ini didahului kata sendi nama dan diikuti oleh kata nama untuk
menunjukkan arah atau
jurusan.
3. Contoh:

4. Ayat contoh:
i) Mak Cik Sadiah lebih suka menyimpan wang di bawah bantal
daripada di dalam bank.
ii) Asmah melambai-lambaikan tangan ke arah abangnya yang
bersampan di tengah tasik.
iii) Fauzi dikehendaki berdiri di belakang kelas kerana tidak membawa
buku latihan.
iv) Aiman duduk di sisi ibunya ketika majlis berkhatan berlangsung.
v) Hanafizan menaiki sampan untuk pergi ke rumah datuknya yang
terletak di seberang
sungai.

40

1. Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan


bilangan atau banyaknya sesuatu
benda.
2. Kata bilangan terbahagi kepada enam jenis.
3. Kata bilangan dan penggunaannya:

41

42

1. Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan bersama-sama


dengan kata bilangan.
2. Walau bagaimanapun, ada kalanya penjodoh bilangan tidak

43

digunakan bersama-sama

dengan kata bilangan.

3. Contohnya semua pekerja, bukannya semua orang pekerja.


4. Penjodoh bilangan juga tidak diperlukan untuk menghitung kata
nama abstrak. Contohnya
satu abad.

44

45

46

47

1. Kata keterangan ialah perkataan yang digunakan untuk


menerangkan perkataan lain dalam
sesuatu ayat.
2. Ada kalanya kata keterangan terdiri daripada kata bantu, kata
tanya, kata adjektif dan kata
penguat.
3. Contoh kata keterangan adalah selalu, begini, begitu, agaknya,
demikian, sangat, sedang dan
sekejap.
4. Kata keterangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
i) Cara/Gaya- begini, begitu, diam-diam dan tiba-tiba.
ii) Masa/Waktu - kelak, akan, belum, masih, pernah dan sekarang
iii) Tanya- bila, mengapa dan bagaimana.
iv) Darjah - amat, sangat, sungguh dan paling.
v) Tentu- harus, mesti, patuh dan memang.
vi) Tak tentu- agaknya, barangkali dan mungkin.

1. Kata sandang digunakan untuk menentukan makna dalam sesuatu


ayat.
2. Kata sandang tidak dapat berdiri sendiri sekiranya tidak
bergandingan dengan perkataan
lain.
3. Contoh kata sandang adalah nya, sang, si, dan yang.
Pengimbuhan
1. Pengimbuhan
1. Imbuhan ialah penambahan pada kata dasar sehingga
menyebabkan perubahan makna pada
kata dasar tersebut.
2. Berfungsi sebagai pembentuk pelbagai kata seperti kata nama,
kata kerja dan kata adjektif.
3. Terbahagi kepada empat bentuk:
48

Awalan- imbuhan awalan ditambah pada bahagian hadapan kata dasar


Contoh: beR-, meN-, ter-, peN-, se-, ke-, juruAkhiran- Imbuhan akhiran ditambah pada bahagian belakang kata
dasar.
Contoh: -an, -kan, -i
Apitan - Imbuhan apitan ditambah pada bahagian hadapan dan di
belakang kata dasar.
Contoh: beR-...-an, beR-...-kan, meN-...-kan, meN-...-i, mempeR-...-i,
mempeR-...-kan, peN-...-an, peR-...-an, di-...-kan, di-...-i.
Sisipan- Imbuhan sisipan ditambah pada tengah-tengah kata dasar.
Contoh: -el-, -em-, -er4. Imbuhan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu imbuhan kata nama,
imbuhan kata kerja dan
imbuhan kata adjektif.

Imbuhan yang membentuk kata nama:

Awalan Kata Nama


1. Awalan peNAwalan peN- terdiri daripada pe-, pem-, pen-, peng-, penge- dan pelDigunakan untuk membentuk kata nama daripada kata kerja atau
daripada kata adjektif.

49

Kata nama yang terbentuk daripada awalan peN- membawa maksudmaksud tertentu, iaitu:
i) Orang yang melakukan sesuatu perbuatan
Contoh: pembaca (Orang yang membaca), pencipta (Orang yang
mencipta), pelakon (Orang yang melakonkan), pembeli (Orang yang
membeli)
Ayat contoh:
a) Pembeli itu meminta jurujual di kedai itu membantunya mencari
barang yang
dikehendakinya.
b) Pelakon itu melakonkan watak seorang wanita yang tabah dalam
filem tersebut.
ii) Orang yang ahli dalam sesuatu bidang
Contoh: pendidik (orang yang mendidik), pemimpin (orang yang
memimpin), penterjemahan
(orang yang menterjemah)
Ayat contoh:
a) Ghazali bertugas sebagai penterjemah di sebuah syarikat swasta
sejak tujuh tahun yang
lalu.
b) Pemimpin itu sentiasa di kenang oleh masyarakat kerana jasa dan
kepimpinannya yang baik.
iii) Alat atau perkakas
Contoh: penapis (alat untuk menapis), penimbang (alat untuk
menimbang), pengisar (alat
untuk mengisar), penggali
50

(alat untuk menggali)


Ayat contoh:
a) Mr. Chua menimbang timbunan surat khabar lama itu menggunakan
penimbang.
b) Kakak mengambil penapis untuk menapis santan yang diperahnya.
iv) Sifat seseorang
Contoh: pendendam (orang yang berdendam), periang (orang yang
riang), peramah (orang
yang ramah), penakut (orang
yang takut)
Ayat contoh:
a) Walaupun Hani berbadan besar, dia merupakan seorang yang
penakut.
b) Harun disenangi oleh semua rakannya kerana sikapnya yang
peramah dan kelakar.
2. Awalan keAwalan ke- bergabung dengan kata dasar tanpa melibatkan
perubahan huruf.
Penggunaan awalan ke- dalam imbuhan kata nama:
i) Menunjukkan maksud kata bilangan tingkat.
Contoh: kedua, ketiga, kedua belas, keseratus.
Ayat contoh:
Jamal mendapat tempat yang ketiga dalam pertandingan perbahasan
itu.
ii) Menunjukkan maksud kata bilangan himpunan
Contoh: kedua-dua, kelima-lima, keenam-enam, kesemua.
Ayat Contoh:
Kesemua harta Dato' Wira Samad akan diwarisi oleh anak tunggalnya,
iaitu Datuk Azhar.
iii) Menukarkan kata adjektif atau kata bantu kepada kata nama.
contoh:

Ayat contoh:
51

Junaidah dilantik sebagai ketua pengawas bagi persekolahan sesi


petang.
3. Awalan juruBermaksud orang yang ahli atau mahir dalam sesuatu perkara atau
bidang, baik lelaki mahupun perempuan.
Awalan juru- boleh bergabung dengan kata nama, kata kerja dan kata
akar.

Akhiran Kata Nama


Terdapat hanya satu akhiran kata nama, iaitu -an
Akhiran -an digunakan untuk membentuk kata nama daripada kata
nama, kata kerja atau kata adjektif.

52

Maksud akhiran -an:


i) Hasil sesuatu perbuatan
Contoh: bantahan, tulisan, simpanan, batuan, hentakan, bilangan,
tumbukan
Ayat contoh:
a) Puan Nadhirah mengeluarkan wang simpanannya untuk membiayai
kos perubatan anaknya
di hospital.
b) Encik Farook hilang ingatan akibat hentakan yang kuat pada
kepalanya.
ii) Alat
Contoh: ampaian, tapisan, kukuran, saluran, buaian, acuan.
Ayat contoh:
a) Kak Hasnah menyuruh anaknya membeli acuan untuk membuat
kuih semperit.
b) Mak Long sedang menidurkan anaknya di dalam buaian.
iii) Jumlah yang banyak
Contoh: ratusan, rangkaian, ribuan, jutaan.
Ayat contoh:
a) Ratusan keping VCD haram dirampas oleh pihak polis daripada
wanita itu.
b) Ribuan mangsa gempa bumi di Pakistan dan India mengalami

53

taruma akibat kejadian itu.


iv) Kawasan yang luas atau besar.
Contoh: lautan, tepian, daratan, lapangan
Ayat contoh:
a) Pemuda itu sangat lemah ketika diselamatkan oleh pasukan polis
marin setelah beberapa
hari hanyut di lautan.
b) Perhimpunan itu diadakan disebuah dataran yang luas di tengahtengah bandar Kuala
Terengganu.
v) Tempat
Contoh: landasan, kurungan, hentian, laluan.
Ayat contoh:
a) "Kita akan berhenti di hentian yang seterusnya," kata Datuk
Ibrahim kepada pemandunya.
b) Mereka menggunakan laluan yang dikhaskan untuk pejalan kaki
demi menjaga keselamatan mereka.
vi) Masa dan tempoh
Contoh: bulanan, harian, mingguan, tahunan.
Ayat contoh:
a) Siti Maziah membatalkan mesyuarat bulanan pada petang itu untuk
menjaga adiknya yang
tidak sihat.
b) Laporan tahunan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat pada
esok pagi.
Apitan Kata Nama
1. Apitan peN-...-an
Digunakan untuk membentuk kata nama daripada kata kerja.
Apitan peN-...-an boleh berubah menjadi pe-...-an, pem-...-an pen-...an, peng-...-an dan penge-...-an.
Apitan peN-...-an menjadi penge-...-an apabila bergabung dengan kata
dasar yang terdiri daripada satu suku kata sahaja.
Contoh: pos (pengeposan), syor (pengesyoran), cam (pengecaman),
bom (pengeboman)
Apitan peN-...-an menjadi pel-...-an apabila bergabung dengan
perkataan '"ajar" bagi membentuk perkataan "pelajaran".
Maksud apitan peN-...-an:
i) Hasil perbuatan
54

Contoh: pembinaan, penyatuan, pencemaran


Ayat contoh:
a) Pembinaan jambatan itu memberi keselesaan kepada penduduk di
kampung Bukit Damar.
b) Pencemaran sungai boleh dielakkan jika manusia mempunyai
kesedaran akan kepentingan sungai kepada kita semua.
ii) Tempat
Contoh: perkarangan, pedalaman, pelabuhan, penempatan
Ayat contoh:
a) Kawasan pedalaman yang tidak dapat dihubungi melalui jalan darat
semakin kurang didiami.
b) Penduduk di perkampungan Orang Asli itu akan dipindahkan ke
kawasan penempatan yang baru.
iii) Perihal
Contoh: pelancongan, pengharaman, penindasan.
Ayat contoh:
a) Langkah pengharaman iklan rokok perlu diambil untuk
membenteras kegiatan merokok.
b) Masyarakat di seluruh dunia harus memandang serius terhadap
penindasan yang dilakukan oleh tentera penceroboh di negara Iraq.
2. Apitan peR-...-an
Digunakan untuk membentuk kata nama daripada kata nama, kata
kerja, dan kata-kata lain.

Maksud apitan peR-...-an:


i) Hasil perbuatan
Contoh: pergaduhan, perpaduan, persetujuan, pergelutan
55

Ayat contoh:
a) Pergelutan antara kedua-dua orang pemuda itu telah menarik
perhatian orang ramai.
b) Perpaduan tetap terjalin di negara ini walaupun penduduknya
terdiri daripada berbilang
bangsa dan agama.
ii) Tempat
Contoh: persimpangan, perkampungan, perpustakaan
Ayat contoh:
a) Kemalangan sering berlaku di persimpangan jalan yang sibuk itu.
b) Fadilah pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan bagi
menyiapkan tugasannya.
3. Apitan ke-...-an
Apitan ke-...-an digunakan untuk membentuk kata nama daripada kata
nama, kata kerja dan kata adjektif.

Maksud apitan ke-...-an:


i) Hasil perbuatan
Contoh:kegagalan, kejatuhan, kebenaran, kekecewaan, ketegasan.
Ayat contoh:
a) Kekecewaan yang dialami oleh Dalilah berpunca daripada tindakan
rakan karibnya.
b) Ketegasan Puan Juriah dalam mendidik anak-anaknya menyebabkan

56

anak-anaknya sentiasa

mendengar kata-katanya.

ii) Tempat
Contoh: kediaman, kementerian, kedutaan
Ayat contoh:
a) Kita perlu menjaga kebersihan kawasan kediaman untuk menjaga
kesihatan diri dan
keluarga.
b) Orang ramai menghadiri majlis jamuan hari Depavalli yang
diadakan di kementerian
berkenaan.
iii) Keadaan sesuatu yang disebut.
Contoh: keunikan, keselamatan, kepupusan, kepayahan
Ayat contoh:
a) Keselamatan anak-anak perlu diambil berat walu di mana sahaja
mereka berada.
b) Kepupusan spesies haiwan liar turut memberi kesan terhadap
industri pelancongan
negara.
iv) Menyerupai atau seakan-akan serupa
Contoh: keanak-anakan, kemerah-merahan, kebaratan
Ayat contoh:
a) Pemuda itu bersikap keanak-anakan kerana keadaan dirinya yang
kurang sempurna.
b) Gaya hidup keluarga Encik Hamzani agak kebaratan kerana mereka
pernah tinggal di luar
negara selama dua puluh tahun.
Sisipan Kata Nama
Tiga sisipan yang digunakan untuk membentuk kata nama ialah -el,
-em- dan -er-.
Ketiga-tiga sisipan ini membawa makna sesuatu yang mempunyai ciri
yang sama dengan kata dasarnya.
1. Sisipan -elContoh: tunjuk (telunjuk) tapak (telapak), ganggang (gelanggang),
gembung (gelembung),
kupas (kelupas)
Ayat contoh:
a) Penilik nasib itu melihat telapak tangan Encik Siew untuk meramal
nasibnya.
b) Gelanggang bola tampar itu akan dibaiki selepas cuti sekolah.
2. Sisipan -erContoh: gigi (gerigi), kuping (keruping), sabut (serabut), suling
57

((seruling), jongkok

(jerongkok), cucuk (cerucuk)

Ayat contoh:
a) Ayah membuat seruling untuk dihadiahkan kepada adik.
b) Para pekerja itu begitu berhati-hati ketika menanam cerucuk di
tapak pembinaan tersebut.
3. Sisipan -emContoh: kuning (kemuning), kayuh (kemayuh), kantan (kemantan),
kuncup (kemuncup)
Ayat contoh:
a) Semasa Kak Izah mengandung, dia mengidam untuk makan pucuk
kemantan.
b) Nabila membuang kemuncup yang melekat pada kain sekolahnya.

1.Imbuhan yang membentuk kata kerja terdiri daripada tiga jenis:

58

Awalan Kata Kerja Tak Transitif


1. Awalan meNAwalan meN- boleh berubah menjadi me-, mem-, men-, meng- dan
menge- berdasarkan huruf pertama bagi kata dasar yang bergabung
dengannya.
Kata kerja tak transitif yang terbentuk daripada awalan meNmembawa berbagai-bagai maksud seperti:
i) Melakukan atau membuat sesuatu

59

Contoh: menari, mengira, mengajar, meronta


Ayat contoh:
a) Kak Murni memang pandai menari sejak di bangku sekolah rendah
lagi.
b) Encik Hashim berasa gembira kerana dapat mengajar di kampung
halamannya.
ii) Mengeluarkan bunyi
Contoh: menguak, mendesah, menciut, menderam, mengaum,
menyalak
Ayat contoh:
a) Anjing Mr. Chew akan menyalak setiap kali orang tidak dikenali
menghampiri rumahnya.
b) Abang Long yang sedang duduk di tepi sawah terkejut apabila
kerbau Wak Lamin menguak
dengan kuat.
iii) Menjadi seperti
Contoh: menggunung, membisu, menguning, menyinga
Ayat contoh:
a) Keinginan Rahman untuk memenangi perlumbaan itu semakin
menggunung setelah
mendengar kata-kata semangat
daripada rakan-rakannya.
b) Mak Cik Lijah hanya membisu apabila ditanya oleh pihak polis
tentang punca kemalangan
tersebut.
iv) Berubah keadaan/bentuk
Contoh:mengembang, mengecil, menguning
Ayat contoh:
a) Kedua-dua biji mata adik Pian mengecil apabila disuluh oleh ayah.
b) Padi-padi di sawah Pak Ali boleh dituai kerana sudah menguning.
v) Mencari atau mengumpulkan
Contoh: membalak, memikat, merotan
Ayat contoh:
a) Hampir semua penduduk di kawasan pergunungan itu terlibat
dengan kegiatan membalak.
b) Kegiatan merotan hanya dilakukan oleh penduduk Orang Asli di
kawasan hutan itu.
2. Awalan beRAwalan beR- menjadi be-, ber- dan bel- berdasarkan huruf awal kata
60

dasar yang mengikutinya.


Kata kerja tak transitif yang terbentuk daripada awalan beRmembawa maksud-maksud yang tertentu, iaitu:
i) Perbuatan yang dilakukan terhadap diri sendiri
Contoh: bersila, berjemur, berbaring, berehat, bersenam
Ayat contoh:
a) Abang Haziq dan isterinya akan bersenam di taman rekreasi itu
pada setiap hari minggu.
b) Kedua-dua belah kaki Mak Cik Yah kebas kerana dia bersila
sejak tiga jam yang lalu.
ii) Perbuatan yang berbalas-balas
Contoh: bersembang, berlaga, berbahas, bersalam
Ayat contoh:
a) Aizat dan rakan-rakan sekelasnya sedang berbahas tentang puncapunca pencemaran
sungai di negara kita.
b) Dahlan bersalam dengan bapanya sebelum pergi ke sekolah pada
setiap hari.
iii) Mengerjakan/ mengusahakan
Contoh: bertani, berladang, berkedai, berniaga.
Ayat contoh:
a) Penduduk di kampung itu bertani untuk menyara kehidupan
keluarga.
b) Pak Cik Selva lebih suka berladang daripada bekerja di pejabat.
iv) Memakai
Contoh: bersubang, berstoking, berkain, berbaju, berselendang.
Ayat contoh:
a) Pelajar yang bersubang berbelang-belang itu ditahan oleh
pengawas kerana melanggar
peraturan sekolah.
b) Gadis yang berbaju kurung dan berselendang berwarna merah itu
kelihatan sangat ayu.
v) Menaiki/Menggunakan
Contoh: bersampan, bertongkat, berkereta, berbasikal
Ayat contoh:
a) Nenek terpaksa bertongkat sejak diserang penyakit darah tinggi
dua tahun yang lalu.
b) Bakri dan rakan-rakannya berbasikal di taman permainan di

61

kawasan perumahan mereka.

pada setiap petang.

vi) menghasilkan/Mengeluarkan
Contoh: bertunas, beranak, berpeluh, berbuih
Ayat contoh:
a) Arnab peliharaan kakak akan beranak tidak lama lagi.
b) Puan Yusnita berpeluh selepas mengemas dapur.
vii) Mengeluarkan bunyi
Contoh: berdentum, berdecit, berdering, berdengking
Ayat contoh:
a) Emak terjaga daripada tidur apabila guruh berdentum dengan kuat.
b) Telefon rumah Madam Yoong berdering beberapa kali ketika dia
sedang menyapu halaman
rumah.
3. Awalan teRAwalan teR- terbahagi kepada ter- dan teKata kerja tak transitif yang terbentuk daripada awalan teRmembawa maksud-maksud tertentu, iaitu:
i) Perbuatan yang tidak sengaja
Contoh: tersungkur, terlena, terlentang, terbaring, terjatuh
Ayat contoh:
a). Adik Suzy terlena setelah dibuai selama beberapa minit oleh
pengasuhnya.
b) Jonathan menangis kerana kasut sekolahnya terjatuh ke dalam
longkang di belakang
rumahnya.
ii) Keadaan
Contoh: tersisih, terharu, terbengkalai, terdesak.
Ayat contoh:
a) Nek Noraini berasa tersisih sejak suaminya meninggal dunia
setahun yang lalu.
b) Projek perumahan di pinggir kampung itu terbengkalai kerana
pihak pemaju menghadapi
masalah kewangan.
iii) Perbuatan yang tidak berhenti-henti atau berulang-ulang
Contoh: tertunggu-tunggu, tertanya-tanya, terjerit-jerit, tertoleh-toleh
Ayat contoh:
a) Ibu tertunggu-tunggu kepulangan anaknya yang hilang di hutan
pada setiap hari.
b) Shamila terjerit-jerit apabila melihat seekor lipas di dalam kasut
62

sekolahnya.
iv) Sudah sedia ada atau dalam keadaan tersedia.
Contoh: terhidang, tersimpan, terbentang, tergantung
Ayat contoh:
a) Pelbagai makanan telah terhidang di atas meja ketika saya sampai
di rumah.
b) Sawah yang terbentang dengan luas di hadapan rumah Wak
Nganiman itu ialah sawah ayah
Zali.
Apitan Kata Kerja Tak Transitif
1. Apitan beR-...-an
Apitan beR-...-an digunakan untuk semua kata dasar kecuali yang
bermula dengan huruf "r".
Bagi kata dasar yang bermula denga huruf 'r' itu akan digugurkan.
Kata kerja tak transitif yang terbentuk daripada apitan beR-...-an
membawa maksud-maksud yang tertentu, iaitu:
i) Perbuatan yang dilakukan dalam masa yang panjang.
Contoh: berkibaran, bersungutan, berlarian, berlelehan.
Ayat contoh:
a) Pakaian di ampaian berkibaran apabila ditiup oleh angin.
b) Air mata emak berlelehan ketika menceritakan kisah sedih yang
menimpa dirinya.
ii) Jumlah yang banyak/ramai
Contoh: bertaburan, berterbangan, bergayutan, bercucuran
berkeliaran
Ayat contoh:
a) Kertas kerja ayah bertaburan di atas lantai apabila emak memasang
kipas angin dengan
kuat.
b) Farhan leka apabila melihat monyet bergayutan di atas pokok
mempelam di belakang rumah
datuknya.
iii) Perbuatan yang berbalas-balas/saling melakukan
Contoh: bertolak-tolakan, berkenal-kenalan, bermaaf-maafan,
berpegangan.
Ayat contoh:
a) Semua peserta kem bina semangat itu berkenal-kenalan sebelum
program bermula.
b) Umat Islam akan bermaaf-maafan setiap kali tibanya Hari Raya
63

Aidilfitri.
2. Apitan beR-...-kan
Apitan beR-...-kan digunakan untuk semua kata dasar kecuali
yang bermula dengan huruf "r".
Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf "r", maka huruf "r" itu
akan digugurkan.
Kata kerja tak transitif yang terbentuk daripada apitan beR-...-kan
membawa berbagai-bagai maksud.
Antaranya:
i) Menggunakan sebagai
Contoh: berbantalkan, berselimutkan, berpandukan, bertemankan
Ayat contoh:
a) Pengemis itu kesejukan kerana hanya berselimutkan sehelai surat
khabar.
b) Kamal belajar sehingga larut malam bertemankan radio yang
dihadiahkan oleh abangnya.
ii) Menunjukkan maksud "dengan"
Contoh: berlaukkan, berbapakan, bermenantukan
Ayat contoh:
a) Hussein makan dengan berselera walaupun hanya berlaukkan telur
goreng.
b) Ah Meng berbangga kerana berbapakan seorang lelaki yang sangat
baik dan penyayang.

Awalan Kata Kerja Transitif

64

1. Awalan meNKata kerja transitif yang terbentuk daripada awalan meN- membawa
maksud-maksud yang tertentu, iaitu:
i) Melakukan atau mengerjakan sesuatu
Contoh: menjala, membuka, menebang, mengerat, menyerang.
Ayat contoh:
a) Pak Cik Bakar dan rakannya menjala ikan di kawasan laut dalam
sejak tiga hari yang lalu.
b) Pemuda itu menebang pokok jambu tua di hadapan rumah
neneknya dengan kapak.
ii) Melakukan sesuatu pekerjaan dengan alat.
Contoh: menebas, mengelap, menapis, menyapu.
Ayat contoh:
a) Beberapa orang pelajar lelaki sedang mengelap meja di kelas
mereka.
b) Rosni menyapu dedaun pokok rambutan yang gugur di belakang
rumahnya.
iii) Membubuh atau meletakkan.
Contoh: membaja, membalut, menghias, menabur.
Ayat contoh:
a) Mak Cik Noor menabur benih sawi di atas batas di kebun sayurnya.
b) Kak Munyati menghias ruang tamunya dengan beberapa jambangan
bunga.
2. Awalan mempeRAwalan mempeR- bergabung dengan kata adjektif dan kata nama
bagi membentuk kata kerja transitif.
Gabungan ini tidak menyebabkan perubahan pada huruf awal bagi
kata dasar.
Jika awalan mempeR- bergabung dengan kata adjektif, kata imbuhan
yang terbentuk tidak memerlukan akhiran -kan.
Kata Adjektif

65

Kata kerja transitif yang terbentuk daripada awalan mempeRmembawa maksud-maksud yang tertentu, iaitu:
i) Menjadi lebih
Contoh: memperindah, memperluas, memperhebat, memperlebar,
mempercepat.
Ayat contoh:
a) Beberapa orang pekerja sedang memperindah taman rekreasi itu
untuk menarik
kedatangan pengunjung.
b) Kak Zura dan Abang Zaki mempercepat perkahwinan mereka atas
permintaan keluarga.
ii) Menjadikan sebagai
Contoh: mempersuami, memperbodoh, memperkuda
Ayat contoh:
a) Mak Cik Saenah amat bertuah kerana mempersuamilelaki yang
beriman dan
bertanggungjawab.
b) Cikgu Fadhli memarahi Roslan kerana memperbodoh pelajar yang
baru itu.
iii) Membahagi
Contoh: memperdua, mempertiga
Ayat contoh:
a) Malik memperdua keuntungan syarikat dengan rakan kongsinya.
b) Encik Daud mempertiga kek harijadi itu kepada ketiga-tiga orang
anaknya.
Apitan Kata Kerja Transitif
1. Apitan meN-..-i
66

Apitan meN-...- terdiri daripada imbuhan me-...-i, mem-...-i, men-...-i,


meng-...-i dan menge-...-i.
Kata kerja transitif yang terbentuk daripada apitan meN-...-i
membawa maksud -maksud yang tertentu iaitu:
i) Memberikan sesuatu
Contoh; menasihati, mengirimi, menghadiahi, mengurniai
Ayat contoh:
a) Pihak pentadbiran sekolah itu mengurnia anugerah guru terbaik
kepada Cikgu Teo Kah
Seng.
b) Kak Lina mengirimiadiknya yang sedang melanjutkan pelajaran di
Kolej Universiti
Kejuruteraan Utara Malaysia beberapa
pasang baju kurung.
ii) Menjadikan atau menyebabkan berlakunya sesuatu
Contoh: menyakiti, menyelubungi, mengotori
Ayat contoh:
a) Fauzan memohon maaf daripada Shukri kerana menyakiti hatinya.
b) Rose dimarahi oleh kakak kerana mengotori baju barunya.
iii) Melakukan sesuatu perbuatan terhadap pihak yang lain.
Contoh: menzalimi, mengkhianati, mengasihi
Ayat contoh:
a) Azizul tidak mahu menerima rasuah kerana dia tidak sanggup untuk
mengkhianati majikan
yang amat mempercayainya.
b) Kak Yati mengasihi anak angkatnya yang dipelihara sejak bayi
dengan sepenuh hati.
2. Apitan meN-...-kan
Apitan meN-...-kan terdiri daripada imbuhan me-...-kan, mem-...-kan,
meng-...-kan dan menge-...-kan.
Kata kerja transitif yang terbentuk daripada apitan meN-...-kan
membawa berbagai-bagai maksud.
Antaranya:
i) Melakukan sesuatu perbuatan untuk orang lain.
Contoh: membancuhkan, mencucikan, menghidangkan, memasakkan.
Ayat contoh:
a) Sharifah membancuhkan datuknya secawan kopi panas.
b) Puan Ruminah menghidangkan tetamunya sepinggan kuih karipap.
ii) Menjadikan atau menyebabkan sesuatu
67

Contoh: mendalamkan, mengorbankan, menangguhkan, merapatkan,


memeriahkan.
Ayat contoh:
a) Penduduk kampung itu mengorbankan tujuh ekor lembu sempena
Hari Raya Korban.
b) Pihak berkuasa terpaksa menangguhkan program bina semangat
untuk pelajar tingkatan
lima kerana masalah teknikal.
iii) Membuat
Contoh: membukukan, mendirikan, mengasingkan, menunaikan.
Ayat contoh:
a) Seorang penulis telah membukukan riwayat hidup tokoh itu
sepanjang beliau menjadi
seorang pemimpin.
b) Para guru perlu menunaikan tanggugjawab sebagai seorang
pendidik dengan penuh
dedikasi.
3. Apitan mempeR-...-i
Penggunaan apitan mempeR-...-i amat terhad dan boleh bergabung
dengan beberapa perkataan sahaja.
Kata kerja transitif yang terbentuk daripada apitan memepeR-...-i
membawa maksud melakukan atau mengusahakan.
Contoh: memperkebuni, memperingati
Ayat contoh:
a) Razak akan memperkebuni tanah pusaka ayahnya dengan tanaman
tebu dan jagung.
b) Kita perlu memperingati jasa dan pengorbanan para pejuang
kemerdekaan negara.
4. Apitan memperR-...-kan
Kata kerja transitif yang terbentuk daripada apitan mempeR-...-an
membawa maksud-maksud yang tertentu, iaitu:
i) Melakukan atau membuat.
Contoh: memperagakan, memperlepaskan, mempertaruhkan,
mempertangguhkan
Ayat contoh:
a) Beberapa orang peragawati sedang memperagakan pakaian
tradisional kaum india di atas
pentas.
b) Pihak syarikat terpaksa mempertangguhkan rancangan tersebut
demi kepentingan para
68

pekerja.
ii) Menjadikan
Contoh: mempersarukan, mempertemukan, mempertunangkan,
mempertaruhkan.
Ayat contoh:
a) Wartawan itu berasa gembira kerana berjaya mempertemukan anak
kecil itu dengan
kedua-dua orang ibu bapanya.
b) Kita tidak boleh mempertaruhkan maruah keluarga demi
kepentingan diri sendiri.

Awalan Kata Kerja Pasif


1. Awalan beRAwalan beR- digunakan untuk menunjukkan kata kerja pasif atau
perbuatan yang dilakukan terhadap benda lain.
Kata kerja pasif yang berawalan beR- biasanya didahului kata bantu
"belum", '"sudah", "telah" dan "akan".
Contoh: bersusun, berlipat, bergosok, berhidang
Ayat contoh:
a) Kakak mengeluh kerana pakaian sekolah masih belum bergosok
lagi.
b) Buku-buku cerita itu telah bersusun di atas rak sejak beberapa hari
yang lalu.
2. Awalan diAwalan di- digunakan dalam ayat pasif
Perkataan yang sebenarnya berasal daripada kata berimbuhan meN-.
menulis- ditulis
mencegah- dicegah
memberus- diberus
menggali- digali

69

Awalan di- bergabung dengan kata kerja dan kata nama untuk
membentuk kata kerja pasif.

Kata kerja pasif yang terbentuk daripada awalan di- berfungsi untuk:
i) Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif

ii) Menunjukkan bahawa perbuatan itu lebih diberatkan daripada


pembuat atau penyambut
Contoh: ditampar, dicantas, dikurung, dikutip, dihalau.
Ayat contoh:
a) Dihalaunya burung-burung yang makan padi yang dijemur di
halaman rumah.
b) Dikurungnya anak-anak itik yang baru menetas itu di dalam reban.
iii) Menunjukkan maksud perbuatan yang tidak disebut pembuatnya.
Contoh: digubah, ditarik, diberkas, diikat, disusun.
Ayat contoh:
a) Pesakit keracunan makanan itu dirawat di hospital sejak tiga hari
lalu.
b) Semua kerusi dan meja itu disusun di dalam dewan peperiksaan
pada petang semalam.
3. Awalan terKata kerja pasif yang terbentuk daripada awalan ter- membawa
70

berbagai-bagai maksud. Antaranya:


i) Perbuatan yang tidak disengajakan
Contoh: terambil, terpotong, tergunting, terpijak, tertelan.
a) Fahmi terambil buku cerita rakannya dia tergesa-gesa
meninggalkan perpustakaan pada
petang tadi.
b) Tapak kaki budak perempuan itu berdarah kerana terpijak paku
karat.
ii) Keupayaan atau kesanggupan
Contoh: terkejar, terangkat, terminum, terbaca.
Ayat contoh:
a) Azlee tidak terangkat almari yang besar di dalam bilik abangnya.
b) Mereka tidak termakan makanan yang masin dan masam itu.
iii) Perbuatan yang sudah selesai atau sedia berlaku.
Contoh: terkunci, terhidang, terdedah, tersusun.
Ayat contoh:
a) Rumah sewa itu terkunci sejak beberapa hari lalu.
b) Baju-baju itu sentiasa tersusun dengan rapi di dalam almari.
Apitan Kata Kerja Pasif
Apitan ke-...-an.
Apitan ke-...-an boleh bergabung dengan kata kerja, kata adjektif dan
kata nama untuk membentuk kata kerja pasif.

71

Apitan ke-...-an digunakan untuk membentuk kata kerja pasif yang


membawa maksud dikenali atau ditimpa sesuatu.
Contoh: kehujanan, kecurian, kedengaran, ketinggalan.
Ayat contoh:
a) Ayah dan nenek kehujanan ketika pulang dari rumah Mak Ngah.
b) Faradilla ketinggalan bas akibat terlewat bangun.
Sisipan
Sisipan -el, -em- dan -er- tidak boleh membentuk kata kerja.
Walau bagaimanapun, kata nama dan kata adjektif yang bersisipan
boleh menjadi kata kerja jika perkataan itu menerima awalan beR- dan
meN-.

Ayat contoh:
a) Bibah bergemuruh ketika hendak menghadiri ujian memandu kereta
pada petang nanti.
72

b) Belon itu menggelembung setelah ditiup oleh Danny.

Ayat contoh:
a) Sumiyati menggeletar sewaktu diminta menyampaikan ucapan di
atas pentas.
b) Kepalanya berserabut dengan pelbagai masalah yang melanda
hidupnya.

Imbuhan yang membentuk kata adjektif ialah awalan peN-, awalan


ter-, awalan se- dan apitan ke-...-an.
Awalan Kata Adjektif
1. Awalan peNKata adjektif yang terbentuk daripada awalan peN- membawa maksud
sifat seseorang.
Contoh: pemarah, peramah, pecinta perahsia.
Ayat contoh
a) Saya amat menghormati dan mengagumi Cikgu Faridah kerana
beliau seorang guru yang penyabar.
b) Norazah mempunyai ramai kawan kerana dia seorang yang
peramah
2. Awalan seKata adjektif yang terbentuk daripada awalan se- membawa maksud:
i) Sama
Contoh: setangkas, semahal, secantik sepadan, seramah.
Ayat contoh:
a) Pergerakkan pesilat itu tidak setangkas pergerakan Faizol.
b) Kak Nisha berasa rendah diri kerana dia tidak secantik ibu dan
73

adiknya.
ii) Darjah penghabisan.
Contoh: secantik-secantik, sebersih-bersih, setenang-tenang, seindahindah.
Ayat contoh:
a) Puan MInah berhias secantik-cantiknya sebelum menghadiri majlis
itu.
b) Zulaika bersikap setenang-tenangnya dalam menghadapi masalah
yang menimpa dirinya.
3. Awalan terAwalan ter- apabila digabungkan dengan kata adjektif akan membawa
maksud paling.
Contoh: terkaya, terbaru, terindah, termurah, terpanjang.
Ayat contoh:
a) Madam Catherine membeli barangan keperluan yang termurah
untuk menjimatkan kos perbelanjaaan.
b) Mesin basuh yang dibeli oleh lelaki itu ialah model terbaru yang
terdapat di pasaran.
Apitan Kata Adjektif
Kata adjektif yang terbentuk daripada apitan ke-...-an membawa
maksud-maksud tertentu, iaitu:i) Menerangkan sifat.
Contoh: keprihatinan,kejelitaan, kepintaran, kehandalan.
Ayat contoh:
a) Farah berasa cemburu akan kejelitaan yang dimiliki oleh Sapura.
b) Cikgu Richard mengakui kehandalan pasukan bola sepak sekolah itu
sehingga sukar untuk ditewaskan oleh pihak lawan.
ii) Menerangkan sifat sesuatu bangsa
Contoh: kemelayuan, kecintaan, keakraban, kebaratan
Ayat contoh:
a) Pakaian Siew Ling yang kemelayuan menyebabkan rakan-rakannya
menyangka bahawa dia berbangsa melayu.
b) Tingkah lakunya agak kebaratan setelah beberapa tahun menetap
di luar negara.
iii) Menyerupai atau seakan-akan serupa
Contoh: keanak-anakan, kekuning-kuningan, keibuan

74

Ayat contoh:
a) Perangainya agak keanak-anakan kerana dia merupakan anak
bongsu dalam keluarga.
b) Pakaian sekolah pelajar itu kelihatan agak kekuning-kuningan
kerana sudah lama dipakai.
Sisipan Kata Adjektif
Sisipan -el-, -er- dan -em- boleh bergabung dengan kata dasar untuk
membentuk kata adjektif terbitan.
Contoh:
-el-: selerak, gelembung, kelebak
Ayat contoh:
a) "Jangan selerak barang-barang permainan kamu," kata Nek Tijah
kepada cucunya.
b) Kulit tangan adik gelembung akibat terkena minyak panas.
-er-: kerencang, kerlip
Ayat contoh:
Pemasangan lampu kerlip tambah mengindahkan suasana malam di
tempat tersebut.
-em-: gemuruh, kemilau, gementar, semerbak.
Ayat contoh:
a) Kak Ramlah berasa gemuruh ketika hendak berhadapan dengan
bakal suaminya.
b) Perasaan gementar yang menghantui fikirannya hilang sebaik-baik
sahaja dia naik ke atas
pentas.

Imbuhan pinjaman dikenali sebagai imbuhan asing. Hal ini bertepatan


dengan proses peminjam unsur-unsur imbuhan bahan asing dalam
pembentukan kata baharu.
Unsur-unsur imbuhan pinjaman terdiri daripada:
1. Imbuhan Sanskrit.
Imbuhan Sanksrit digunakan secara meluas dalam bahasa Melayu.

75

Imbuhan ini terbahagi kepada dua, iaitu:


i) Awalan
Maha- Digunakan untuk membentuk kata nama dan kata adjektif yang
membawa maksud paling atau tahap tertinggi, terbesar atau
teragung.
Contoh: maharaja, mahaguru, mahasiswa, mahasisiwi, mahadewi.
Ayat contoh:
a) Idris Mahmud terkenal sebagai seorang maharaja yang gagah.
b) Sekumpulan mahasiswi dari Universiti Islam Antarabangsa sedang
menjalankan kaji selidik di sekolah kami.
Tata- Digunakan untuk membentuk kata nama yang membawa maksud
peraturan, susunan, kaedah atau sistem.
Contoh: tatacara, tatakerja, tatatertib, tatabahasa, tatasusila.
Ayat contoh:
a) Oleh sebab tatakerja Kamsani yang teratur, dia dapat menyiapkan
kerjanya dengan cepat.
b) "Kamu hendaklah menjaga tatasusila ketika berada di tempat
orang," pesan ibu kepada
adik.
Pra- Digunakan untuk membentuk kata nama yang bermaksud
sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya.
Contoh: prakata, prasangka, prasejarah, prasekolah, prakata,
pramatang
Ayat contoh:
a) Filem baru yang ditayangkan di pawagam itu berlatarbelakangkan
zaman prasejarah.
b) Anak sulung Encik Karim akan memulakan pendidikan prasekolah
pada tahun depan.
ii) Akhiran
-man- Digunakan untuk membentuk kata nama yang membawa
maksud pemilik sesuatu sifat
atau kepunyaan.
Contoh: seniman, budiman
Ayat contoh:
a) Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ialah seniman agung yang sukar
dicari ganti.
b) Hartawan yang budiman itu telah membiayai persekolahan anakanak Puan Siti.
76

-wan- Digunakan untuk membentuk kata nama yang membawa


maksud pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan atau tugas atau pemilik
sesuatu sifat.
Contoh: angkasawan, bangsawan, cendiakawan, dermawan, hartawan,
jutawan
Ayat contoh:
a) Kos pembedahan kanak-kanak itu dibiayai oleh seseorang jutawan
dari negara Arab.
b) Program kemasyarakatan itu ditaja oleh seorang dermawan yang
pemurah.
-nita-wati- Digunakan untuk membentuk kata nama yang membawa
maksud pelaku sesuatu perbuatan, tugas atau pemilik sesuatu sifat
bagi perempuan.
Contoh: biduanita, usahawanita, karyawanita, angkasawati,
olahragawati, seniwati.
Ayat contoh:
a) Album terbaru biduanita yang terkenal itu akan dilancarkan di
sebuah hotel pada minggu hadapan.
b) Anugerah olahragawati sekolah pada tahun ini disandang oleh
Jenny LIm.
2. Imbuhan Yunani-Latin -Inggeris.
Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris yang dipinjamkan ke dalam bahasa
Melayu terbahagi kepada dua, aitu:
i) Awalan
pro- Digunakan untuk menerbitkan kata adjektif yang membawa
maksud menyebelahi sesuatu
pihak atau menunjukkan tanda
bersetuju.
Contoh: prokerajaan (menyokong kerajaan) propembangkang
(menyokong pihak
pembangkang), probarat
(menyokong idea-idea dari barat)
Ayat contoh:
a) Kumpulan prokerajaan menyokong rancangan pembangunan itu
tanpa sebarang masalah.
b) Masyarakat yang probaratakan menerima apa sahaja budaya yang
dibawa masuk dari
negara barat.
poli- Membawa maksud banyak
Contoh: poligami (sistem perkahwinan-orang lelaki yang beristeri
lebih dari seorang),
77

Politeknik (institusi pengajian yang mengajar berbagai-bagai bidang


teknik) poliklinik (tempat perubatan yang merawat berbagai-bagai
jenis penyakit.
Ayat contoh:
a) Rajesh akan melanjutkan pelajaran di sebuah politeknik pada bulan
hadapan.
b) Hanya lelaki yang berkemampuan dari segi kewangan dibenarkan
mengamalkan poligami.
anti- Membawa maksud yang berlawanan dengan awalan pro-, iaitu
menunjukkan tanda melawan, membantah, menentang atau tidak
bersetuju dengan sesuatu pihak.
Contoh: antiagama (menentang agama), antibodi (bahan yang
terbentuk dalam darah dan dapat menghapuskan bakteria yang
membahayakan tubuh), antidadah ( menentang segala kegiatan yang
berkaitan dengan penyalahgunaan dadah), antijenayah (menentang
kegiatan jenayah)
Ayat contoh:
a) Ibu sedang memeriksa sudu besi itu sama ada sudu tersebut
antikarat atau tidak.
b) Pemuda yang antijenayah itu sering membantu pihak polis dalam
membenteras jenayah di
kawasannya.
auto- Membawa maksud secara bersendirian
Contoh: autobiograf (riwayat hidup yang ditulis sendiri), autokrat
(pemerintah yang
mempunyai kuasa mutlak),
automatik (mesin atau peralatan yang bergerak secara
sendiri)
Ayat contoh:
a) Wartawan itu telah ditugaskan untuk menulis autobiograf tokoh
pemimpiin tersebut.
b) Kerja membasuh menjadi lebih mudah dan pantas dengan adanya
mesin basuh automatik.
sub- Membawa maksud sebahagian daripada keseluruhan.
Contoh: subbudaya (elemen yang terkandung dalam budaya),
subgolongan (golongan yang
lebih kecil), subsistem
(bahagian kecil daripada keseluruhan sistem) subeditor
(penolong editor)
Ayat contoh:
a) Bahasa dan pakaian merupakan subbudaya bagi sesuatu bangsa.
78

b) Terdapat subgolongankakitangan di syarikat itu yang lebih suka


menyendiri apabila
membuat kerja.
iii) Akhiran
-is
Contoh: cerpenis (penulis cerpen), ekonomis (tidak boros, jimat)
idealis (orang yang mengimpikan sesuatu yang unggul), nasionalis
(orang yang mencintai bangsa dan tanah airnya), sistematis
(berasaskan satu sistem), vokalis (penyanyi utama bagi sebuah
kumpulan muzik)
Ayat contoh:
a) Sungguhpun Encik Mohd Noh seorang yang kaya, tetapi dia
seorang yang ekonomis
apabila menguruskan hal
kewangan.
b) Vokalis utama kumpulan itu sungguh kacak dan tampan apabila
menyanyikan lagu
popularnya.
-isme
Contoh: idealisme (melihat atau mencita-citakan sesuatu yang
unggul),
komunisme (fahaman komunis), nasionalisme (semangat
cinta akan bangsa dan tanah
air), vandalisme perbuatan
merosakkan harta awam)
Ayat contoh:
a) Semangat nasionalisme perlu disemai daalm diri setiap anggota
masyarakat sejak kecil.
b) Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas gologan
yang melakukan
vandalisme ini bagi mengelakkan
kejadian yang lebih serius.
Pemajmukan Kata
1. Merupakan bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau
lebih dirangkaikan dan
membawa maksud yang tertentu.
2. Kata majmuk ditulis secara terpisah dan bertindak sebagai satu
unit.
3. Terdiri daripada tiga golongan kata:
i) Kata Nama
Contoh: kereta api, pasar raya, tukang kasut, lampu isyarat, balai
polis, rumah rehat

79

Ayat contoh:
a) "Inilah kali pertama saya menaiki kereta api", kata Sarman kepada
Boon Tan.
b) Pasar raya itu menjual berbagai barangan keperluan harian
termasuklah barangan elektrik
dan plastik.
ii) Kata kerja
Contoh: ambil alih, ubah suai, tegur sapa, senda gurau, campur aduk,
tunjuk ajar.
Ayat contoh:
a) "Terima kasih di atas segala tunjur ajar yang telah diberikan selama
saya berkhidmat
disini", kata Rahmat kepada majikannya.
b) Puan Halimah terhibur dengan gurau senda suami dan kelima- lima
orang anaknya.
iii) Kata adjektif
Contoh: gemuk gedempol, hitam legam, biru laut, sawo matang,
kuning langsat.
Ayat contoh:
a) Ibu suka membeli kain yang berwarna biru laut kerana sesuai
dengan kulitnya.
b) Alia berkulit kuning langsat manakala adiknya berkulit sawo
matang.
4. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis:
i) Rangkai kata bebas
Contoh: lalu lintas, mata pelajaran, sampah sarap, bilik darjah,
gambar rajah
Ayat contoh:
a) Fairuz sangat menyukai mata pelajaran Sejarah yang di ajar oleh
Cikgu Latipah.
b) Longgokan sampah sarap di tepi jalan itu menyebabkan bau yang
tidak menyenangkan.
ii) Istilah khusus.
Contoh: titik buta, deria sentuh, pundi kencing, daya tahan, sel kering,
takat didih.
Ayat contoh:
a) Pesakit itu tidak dapat membuang air kecil kerana mengalami
masalah pada pundi kencing.
b) Pelajar-pelajar itu sedang menyukat takat didih sewaktu membuat
80

eksperimen di makmal.
iii) Kiasan atau simpulan bahasa.
Contoh: langkah kiri, anak buah, cakar ayam, mulut tempayan, isis
batu, batu api
Ayat contoh:
a) Mrs. Ng langkah kiri kerana dia tiba setelah keluarga Mrs. Phua
selesai makan malam.
b) Sulaiman lebih suka meluahkan isi hatinya kepada nizam kerana dia
seorang pendengar
yang setia.
5. Kata majmuk boleh didapati dalam bentuk yang mantap dan dieja
sebagai satu perkataan.
Contoh: antarabangsa, bumiputera, warganegara, kakitangan,
sukarela, jawatankuasa,
kerjasama, setiausaha.
Ayat contoh:
a) Pasukan sukarela itu bergegas ke tempat kejadian untuk
menyelamatkan mangsa yang
masih terperangkap di dalam
runtuhan itu.
b) Puan Amalia bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat swasta
di Petaling Jaya.
6. Kata majmuk turut membentuk kata terbitan, iaitu dengan
menambah imbuhan.
i) Menerima awalan atau akhiran
Contoh: mengambil alih, berumah tangga, daya serapan, mengenal
pasti
Ayat contoh:
a) Farid mengambil alih tugas sebagai pengurus syarikat sejak
ayahnya bersara.
b) Nenek menasihati Mak Ngah supaya cepat-cepat berumah tangga.
ii) Menerima apitan dan dieja bercantum
Contoh: mencampuradukkan, keibubapaan, dihubungkaitkan,
menyatupadukan
Ayat contoh:
a) Encik Linggam meminta agar namanya tidak dihubungkaitkan
dengan kejadian yang berlaku
semalam.
b) Aktiviti gotong-royong dapat menyatupadukan penduduk yang
pelbagai kaum.
7. Penggandaan kata majmuk membawa maksud jamak atau banyak
81

dan mempunyai dua bentuk pengulangan.


i) Pengulangan kata yang pertama sahaja.
Contoh: kedai-kedai makan, jalan-jalan raya, kad-kad kredit, kain-kain
buruk
Ayat contoh:
a) Penguatkuasa Majlis Perbandaran Petaling Jaya membuat
pemeriksaan di kedai-kedai
makan di seluruh bandar Petaling
Jaya untuk memastikan kebersihannya.
b) Jalan-jalan raya di Bandaraya Johor Bahru menjadi lengang pada
hari raya kerana ramai
penghuninya berhari raya di kampung.
ii) Pengulangan keseluruhan perkataan bagi kata majmuk yang sudah
mantap dan simpulan
bahasa.
Contoh: setiausaha-setiausaha, cahaya mata-cahaya mata,
kakitangan-kakitangan,
tandatangantandatangan.
Ayat contoh:
a) Setiausaha-setiausaha itu dihiburkan oleh persembahan beberapa
orang penyanyi terkenal
sempena Minggu Setiausaha.
b) Borang yang telah diisi itu perlu mempunyai tanda tangan-tanda
tangan saksi berserta cop
jawatan masing-masing.
Mengenal Pasti Kesalahan Dalam Ayat
Kesalahan Tatabahasa Dari Segi Kata

82

83

84

85

86

87

88

89

90

Kesalahan Tatabahasa Dari Segi Frasa

91

92

Kesalahan Tatabahasa Dari Segi Struktur Ayat

93

Copyright 2005 Kenshido International Sdn Bhd

94

You might also like