Teori Tingkahlaku BF Skinner

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

TEORI TINGKAHLAKU BF SKINNER (TEORI-TEORI KAUNSELING)

1.0 Pengenalan
Terapi Tingkah Laku merupakan satu pendekatan terhadap pengujian, penilaian dan
perubahan tingkah laku yang memfokuskan kepada perkembangan terhadap tingkah
laku yang bersesuaian tingkah laku prososial dan mengurangkan tingkah laku yang
tidak sesuai dalam kehidupan seharian (kazdin, 2011). Terapi Tingkah laku
digunakan dan diaplikasikan oleh terapis serta pekerja professional untuk membantu
individu meningkatkan beberapa aspek dalam kehidupan seharian mereka.
Terapi Tingkah Laku telah bermula pada lewat tahun 1950-an dan terapi ini
tidak seperti teori-teori psikoterapi yang lain kerana konsep asas yang ditekankan
dalam terapi ini berlandaskan eksperimen psikologi dan mengkaji prosess
pembelajaran manusia serta haiwan jika dibandingkan dengan beberapa terapi lain
seperti psikoanalisis yang memberi penekanan terhadap falsafah.
Pekembangan asas Teori Tingkah Laku diketengahkan oleh Ivan Sechonov
Pavlov dari Russia dan B.F skinner dari Harvad Universiti serta Bandura yang
menggunakan Teori Pembelajaran Sosial belandaskan pendekatan dan pengaruh
sosial. Pendekatan-pendekatan yang diperkenalkan ini telah memperkembangkan
lagi konsep-konsep sedia ada dalam terapi ini dan telah menjadikan terapi ini
semakin berjaya mengatasi kesukaran yang dialami oleh individu di dunia.

2.0 Tokoh Teori Tingkahlaku.

2.1 Burrhus Frederic Skinner (1904-1990)


Pelopor terpenting Burrhus Frederic Skinner (B.F Skinner) yang telah memberi
penekanan dalam konsep pelaziman operan. Beliau telah dilahirkan pada 20 Mac
1904 di sebuah pekan kecil Pennsylvania di Susquehanna. Bapa beliau merupakan
seorang peguam dan ibunya pula merupakan seorang surirumah yang bijak.
Skinner telah memperoleh BA dalam Bahasa Inggeris di Hmailton Kolej di
New York. Beliau sangat berminat untuk menjadi seorang penulis dan telah
menghantar beberapa puisi serta cerpen kepada syarikat penerbitan untuk disiarkan
ke dalam ke akhbar. Tetapi akhirnya beliau telah berhenti dalam penulisan artikel di
surat khabar dan tinggal sementara di Greenwich, New York City sebagai
bohemian.
Selepas beberapa lama mengembara beliau telah membuat keputusan untuk
kembali ke sekolah di Harvard. Beliau telah mendapat Master dalam bidang
psikologi pada tahun 1930 dan kedoktoran pada tahun 1931. Beliau meneruskan
untuk tinggal di situ untuk menghasilkan kajian sehingga tahun 1939.
Pada tahun 1945, beliau telah dilantik sebagai pengerusi Psychology
Depertment di Indiana University. Pada tahun 1948 beliau telah dijemput ke Harvad
dan telah menghabiskan sisa-sisa hidup beliau di sana. Beliau merupakan seorang
yang aktif dalam pelbagai bidang antaranya ialah penulisan buku, sebagai
pembimbing bakal-bakal doktor dan juga melakukan kajian-kajian. Walaupun tidak
berjaya dalam penulisan puisi dan cerpen namun beliau terpilih sebagai salah
seorang penulis buku psikologi terbaik dan salah satu buku beliau ialah Walden II.
Beliau kemudiannya telah meninggal dunia pada 18 Ogos 1990 akibat leukemia.
Skinner juga mempunyai minat terhadap tingkah laku haiwan dan beliau
kemudiannya dapat membuktikan beberapa aspek dalam teorinya dengan
menggunakan burung merpati sebagai subjek eksperimen.

3.0 Konsep Utama Terapi Tingkah Laku


3.1 Pelaziman klasik
Pelaziman Klasik memfokuskan kepada anteseden dalam satu tingkah laku. Di
dalam kajian ataupun eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji proses
pencernaan terhadap anjing, Pavlov mendapati akhirnya anjing tersebut akhirnya
boleh mengeluarkan air liur walaupun tiada makanan diberikan dan menyimpulkan
bahawa proses pembelajaran boleh berlaku di dalam persekitaran yang disediakan.
Apabila anjing diberikan makanan sebagai satu rangsangan sudah pasti anjing
tersebut akan mengeluarkan air liur iaitu sebagai tindak balas terhadap rangsangan.
Rangsangan yang neutral pula seperti loceng tidak berupaya untuk memberi respon.
Namun dalam eksperimennya, Pavlov telah menyediakan suatu keadaan di mana
setiap kali beliau membunyikan loceng, dengan segera akan disertakan makanan.
Prosedur ini telah diulang beberapa kali untuk memberikan satu proses
pembelajaran.
3.2 Pelaziman Operan
Pelaziman Operan yang diperkenalkan oleh B.F Skinner (1904-1990) turut
memfokuskan kepada sebab dan akibat daripada satu tingkah laku. Secara asasnya
pelaziman operan ini merupakan satu proses pembelajaran yang melihat satu
tingkah laku itu dapat mengubah kesan yang berlaku sebelum ini secara sistematik.
Satu eksperimen yang dibuat oleh Skinner adalah dengan menggunakan burung
merpati sebagai satu objek yang diajar untuk menekan selak bagi mengeluarkan
makanan jagung. Makanan jagung adalah rangsangan tidak terlazim dan juga
berbentuk peneguhan. Apabila burung merpati menekan selak berkali-kali dan
makanan terkeluar, maka tindakan ini akan bertukar menjadi tindakan peneguhan.
Seterusnya tindakan terlazim akan menyebabkan satu keupayaan memakan
makanan yang lazat dan rasa kenyang sebagai satu tindak balas terlazim.
3.3 Teori Kognitif Sosial
Kedua-dua pelaziman ini lebih memfokuskan kepada tingkah laku yang nyata dan
tindakan yang dapat diterima secara terus. Teori ini lebih memfokuskan kepada
tingkah laku yang tidak nyata seperti pemikiran, perasaan, imaginasi dan ingatan.
Teori Kognitif Sosial yang juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Sosial
mempunyai 2 aspek penting iaitu pemerhatian dan modelling yang menekankan
peranan pemikiran dan imej dalam kefungsian psikologi.
3.4 Personaliti
Anggapan asas daripada pendekatan teori pembelajaran menunjukan tingkah laku
individu itu adalah berkait rapat dengan persekitaran mereka. Menurut Lockian,
manusia secara semula jadinya dilahirkan sebagai neutral, tidak mempunyai sifat
yang baim atau pun buruk.
Personaliti manusia terbina dan berkembang bergantung kepada interaksi
mereka dalam persekitaran. Manusia bertindak balas melalui rangsangan. Dalam
proses ini corak tingkah laku dan personaliti seseorang akan terbina.

3.5 Peneguhan
Peneguhan positif bermaksud satu proses keadaan positif yang sekali gus
memberikan kesan yang positif. Apabila tingkah laku diikuti oleh keadaan positif,
tingkah laku tersebut akan meningkat dan berulang apabila diberi peneguhan.
Manakala peneguhan negatif pula ialah satu proses penyingkiran dan pengelakan
yang akan menyebabkan tingkah laku negatif tersebut berulang apabila menerima
peneguhan yang negatif.
Sebagai contoh, seorang kawan mengucapkan terima kasih apabila wujud
tingkah laku menolong. Hal ini akan membuatkan tingkah laku ini berulang kerna
wujudnya peneguhan positif.
3.6 Penghapusan
Penghapusan merupakan satu proses yang tidak wujudnya peneguhan. Situasi ini
akan menyebabkan tingkah laku tersebut dihentikan.
Sebagai contoh, seorang ibu akan membiarkan anaknya merengek. Konsep ini
mendapati anak tersebut akan berhenti berbuat sedemikian kerana terasa diabai.
Namun tidak semua situasi adalah bersesuaian dengaan konsep ini kerana
sesetengah situasi akan mengundang bahaya seperti mengabaikan anak yang aktif
bermain.
3.7 Membuat kesimpulan
Apabila satu tingkah laku diberi peneguhan, ini akan menyebabkan wujudnya
kesimpulan ke atas tingkah laku lain dengan menggunakan rangsangan yang sama.
3.8 Perbezaan
Keupayaan untuk bertindak balas tehadap situasi yang berbeza bergantung epada
ransangan atau keadaan yang disifatkan penting oleh individu.
Misalnya pemandu yang bias membezakan warna lampu isyarat iaitu lampu
bewarna hijau menandakan jalan manakala lampu berwarna merah menandakan
berhenti
3.9 Pembentukan
Apabila terapis membentuk tingkah laku klien, peneguhan, penghapusan, membuat
kesimpulan dan perbezaan akan wujud bersama. Dalam membentuk tingkah laku,
akan berlaku perubahan atau pergerakan secara beransur-ansur daripada tingkah
laku asal
kepada tingkah laku yang diberi peneguhan.
3.10 Pembelajaran melalui Pemerhatian
Dalam proses pembelajaran sesuatu tingkah laku, deria adalah komponan penting
yang turut berperanan. Bandura mempercayai bahawa kebanyakan proses
pembelajaran adalah melalui pemerhatian dan modeling daripada orang lain.
4.0 Ciri-ciri Terapi Tingkah Laku

Pemusatan perhatian pada tingkah laku yang tampak dan spesifik, kecermatan dan
penguraian tujuan-tujuan terapi, perumusan prosedur terapi yang khusus yang
sesuai dengan masalah, penilaian objektif atau hasil-hasil terapi.
5.0 Pandangan Terapi Tingkahlaku Terhadap Manusia
Tidak semata-mata ditentukan oleh persekitarannya, ataupun oleh-naluri-naluri
tertentu, malah ia juga mempunyai keupayaan-keupayaan tertentu untuk
mencorakkan persekitarannya, mempunyai kebebasan untuk mengawal dan
menambahkan ruang kebebasan manusia, bukanlah model-model yang berbentuk
mekanistik dan deterministic semata-mata, mempunyai keupayaan untuk
memperbaiki kehidupan mereka dengan mengubah satu atau lebih faktor yang
mempengaruhi tingkah laku mereka, boleh mencapai nilai-nilai hidupnya dengan
arahan kendiri.
6.0 Tingkahlaku Semulajadi Manusia
Tingkahlaku Semulajadi Manusia merupakan rahsia sifat yang tinggi nilai hikmahnya.
Selain fungsi akal yang membezakan manusia dengan makhluk yang lain, setiap
kekurangan dan kelebihan insan diciptakan cukup sempurna dan seimbang sekali.
Berikut ialah beberapa sifat dan tingkahlaku semulajadi manusia.
6.1 Paling Lemah Sewaktu Dilahirkan
Manusia adalah antara makhluk yang paling lemah sewaktu dilahirkan di dunia ini.
Manusia dilahirkan tanpa mempunyai sikap dan Tingkah laku Genetik dari lahir
(Genetically Imprinted). Oleh itu manusia tidak mampu untuk hidup sendiri atau
berdikari sewaktu dilahirkan. Kehidupan manusia pada peringkat ini, melalui proses
pembelajaran dan perlu bergantung kepada manusia lain.
6.2 Perbezaan Individu
Manusia menunjukkan Perbezaan Individu yang lebih luas dibandingkan dengan
hidupan lain. Perbezaan ini dengan jelas membeza bezakan antara seorang dengan
seorang yang lain. Sifat Perbezaan Individu inilah yang mengandakan lagi potensi
seseorang manusia dalam sesebuah komuniti dan masyarakat. Persaingan ini
merupakan peransang kemajuan peradaban.
6.3 Perkembangan Potensi
Manusia memiliki potensi yang tinggi untuk pertumbuhan dan berkembang jika
dibandingkan dengan hidupan lain. Sejak dilahirkan sehinggakan dewasa saiz otak
manusia mampu berkembang membesar tiga kali ganda, begitu juga dari segi
kapasitinya.
6.4 Merakam Memori dan Masa
Manusia ialah satu-satunya organism hidup yang mampu menangkap dan merakam
memori dan arus masa. Manusia boleh mengingati apa yang telah berlaku di masa
lalu dan bertindak di masa kini serta merancang untuk masa hadapan.

6.5 Komunikasi dan Perincian


Manusia mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi dan mampu menyatakan
pemikiran mereka dengan terperinci dan mendalam kepada orang lain. Dengan itu,
mereka boleh mengajarkan bahasa mereka kepada orang lain, merekod,
mengklasifikasi, menghantar dan menerima perkataan.
6.6 Memanipulasi dan Dimanipulasi
Selain itu, manusia berpotensi untuk memanipulasi atau dimanipulasi oleh
persekitaran mereka. Sifat ini menyebabkan tingkahlaku manusia tidak dapat
difahami dengan lengkap jika diasingkan daripada konteks persekitaran dalam
lingkungan situasi semasa. Apa yang pasti, persekitaran mempengaruhi tingkah laku
manusia.
6.7 Pena'akulan dan Akal
Manusia mempunyai kebolehan untuk mentaakul dan celik akal. Kedua-dua faktor
ini membolehkan manusia membuat pilihan yang rasional berasaskan alternatif yang
ada untuk perubahan yang lebih baik.
7.0 Matlamat Terapi Tingkah Laku
Dalam teori ini matlamat perlu dijelaskan melalui tingkah laku dan boleh diperincikan
secara spesifik sebagai perkara yang dapat dilakukan oleh klien selepas melalui
proses kauseling. Kehendak klien juga dapat membantu kaunselor menggunakan
prosedur serta teknik yang sesuai bagi menggunakan prosedur serta teknik yang
sesuai bagi mengubah secara spesifik tingkah laku klien. Kaunselor dan klien akan
menentukan apakah tingkah laku yang baik dan tingkah laku tidak baik dan wajar
menegakkan tingkah laku bersopan serta menghindar tingkah laku kurang sopan
berdasarkan budaya masyarakat.
Dalam proses pembelajaran mengikut pendekatan Terapi Tingkah Laku ini,
pembelajaran lampau adalah berkait dengan keadaan yang serupa dan pernah
dialami oleh klien. Pengalaman dan juga ransangan serta tindak balas memainkan
peranan penting dalam pembelajara. Selanjutnya tingkah laku yang terhasil juga di
pengaruhi oleh motivasi semas serta kesannya terhadap kepekaan alam sekeliling.
Oleh yang demikian cara dan teknik digunakan wajar disesuaikan mengikut keadaan
klien.
Selain itu perubahan, pengubahsuaian dan peyingkiran tingkah laku diberi
focus. Setiap matlamat dalam terapi perlu ditetapkan bersama oleh oleh kedua-dua
pihak iaitu kauselor dan klien. Dalam mencapai matlamat tersebut terdapat langkahlangkah yang perlu diikuti agar matlamat yang ingin dicapai dapat mengubah tingkah
laku klien seperti yang dikehendaki. Antara langkah-langkah yang disarankan ialah :
7.1 Mendefinisikan masalah

Sekiranya masalah tersebut adalah untuk diselesaikan, ia haruslah dinyatakan


dengan jelas seperti bila, siapa, dimana, dengan siapa, dan bagaimana masalah
terjadi.
7.2 Mendapatkan sejarah perkembangan
Ia sangat berguna untuk kedua-dua pihak sma ada kaunselor ataupun klien bagi
mengetahui punca dan bagaimana ia cuba diatasi sebelum ini.
7.3 Mengukuhkan matlamat yang spesifik
Kaunselor akan membantu klien untuk menetapkan matlamat-matlamat jangka
pendek dan kaunselor perlu menetapkan pengalaman pembelajaran untuk klien
membina kemahiran-kemahiran yang diperlukan.
7.4 Menentukan kaedah yang sesuai untuk berubah
Selalunya beberapa kaedah tingkah laku boleh mebantu klien untuk mencapai
matlamat. Sekiranya tidak, satu kaedah itu akan diubah suai untuk dilihat
keberkesanannya.
8.0 Tatacara Terapi Tingkah Laku (Proses dan Teknik)
Proses kaunseling merupakan salah satu proses pembelajaran yang mana keduadua pihak klien dan kauselor harus mengakui dan membenarkan proses atau situasi
tersebut berlaku. Sebarang perubahan tingkah laku yang diperolehi melalui proses
kauseling sebenarnya mempunyai hukum pembelajaran sama yang diaplikasikan
walaupun bukan melalui proses kauseling. Wolpe (1958) menekankan yang
kaunselor perlu menerima, memahami klien dan berkomunikasi dengannya serta
tidak membuat andaian awal terhadap klien.
Kaunselor juga mestilah mempamerkan satu hubungan mesra dan empati
serta menganggap setiap individu adalah baik. Dengan penerimaan tanpa syarat
terdapat klien, adalah tidak mustahil untuk kaunselor mengatasi kesukaran yang
dihadapi oleh klien sekaligus meningkatkan kerjasama dan nilai yang sepatutnya
perlu ada dalam diri klien bagi mengatasi kesukaran dan ermasalahan tersebut.
Beberapa teknik telah diperkenalkan oleh Terapi Tingkah Laku. Antaranya
ialah :
8.1 Systematic desensitization (Pelupusan)
Salah satu teknik yang diperkenalkan oleh Wolpe (1958). Teknik ini digunakan
kepada klien yang mempunyai kebimbangan melampau terhadap satu keadaan,
individu atau objek yang disifatkan oleh klien sebagai perkara yang ditakuti.
Pendekatan asas yang diberikan kepada klien ialah relaksasi, iaitu langkah
pertama. Relaksasi perlu diajar kepada klien untuk bertindak balas terhadap
kebimbangan tadi.
Langkah kedua iaitu anxiety hierachies iaitu menilai dan meneroka peristiwa
yang menyebabkan kebimbangan tersebut dan disusun mengikut tahap
kebimbangan.
Langkah ketiga iaitu desensitization berlaku dimana klien dikehendaki
berimaginasi dan membangkitkan situasi yang menjadi kebimbangan dalam

keadaan tenang. Perkara ini diulang dan dipraktikkan dengan beransur-ansur


supaya relaksasi dapat diseiringkan dengan ketaakutan atau kebimbangan tersebut
sehingga klien merasakan semakin selesa.
8.2 Imaginal flooding
Tidak seperti systematic desensitization, teknik imaginal flooding bukan dilakukan
secara beransur-ansur. Klien didedahkan dengan imej mental berkaitan dengan
ketakutan atau kebimbangan tersebut sehingga ketakutan atau kebimbangan akan
berkurangan sedikit demi sedikit. Keadaan atau peristiwa yang didedahkan kepada
klien bukanlah keadaan yang sebenar, ia adalah berbentuk imaginasi sahaja yang
mana klien hanya perlu bayangkan didalam minda.
8.3 In Vivo
Teknik ini merujuk kepada situasi sebenar. Dua jenis pendekatan yang digunakan
untuk meransang ketakutan secara berperingkat ialah dengan menggunakan dua
teknik diawal tadi iaitu systematic desensitization dan imaginal flooding. Dalam
pendekatan ini klien juga mempraktikkan teknik relaksasi yang mana klien akan
berusaha mengubah ketakutan dalam bentuk imej kepada situasi yang sebenar
dalammengatasi rasa bimbang dan takut yng dialami.
8.4 Modeling
Modeling adalah satu teknik terapeutik yang berlaku apabila klien memerhatikan
tingkah laku orrang lain dh meniru tingkah laku tersebut. Dalam teknik ini terdapat
lima fungsi asas modeling iaitu mengajar, mentangkas, motivasi, mengurangkan
kebimbangan dan akhir sekali menawarka. Jadi proses modeling boleh berlaku
berdasarkan lima fungsi asas tadi dan dikombinasikan unuk membentuk lima
jenismodeling iaitu live, symbolic, participant dan covert modeling.
8.5 Cognitive Behavioral (Tingkah Laku Kognitif)
Teknik ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu kaedah self-instructional dan
inokulasi tekanan. Self-instructional merupakan satu pendekatan untuk pengurusan
kendiri yang diperkenalkan Donald Meichenbaum. Pendekatan ini merupakan satu
cara untuk individu mengajar diri mereka bagaimana berhadapan dengan tekanan
secara berkesan. Manakala dalam inklusi tekanan pula, klien disuntik atau
dicampakkan dengan ransangan dan diberi sedikit tekanan sistem biological
individu. Dengan itu individuatau klien akan berjaya mengatasi ketakutanmereka
yang mana tekanan tersebut dapat kepercayaan atau cara pemikiran.
8.6 Perancangan persekitaran
Prosedur melibatkan mengubah keadaan sekeliling klien untuk menghadkan
beberapa tingkahlaku. Contohnya, jika seseorang klien mempunyai pengalaman

pahit dengan sesuatu tempat, dia akan cuba merancang mengelak kejadian
tersebut. Begitu juga dengan mengawal situasi seterusnya menggalakkan keinginan
berinteraksi. Klien mungkin dibiarkan mengubah tempat dan kedudukan ia selesa.
8.7 Relaxation Training
Latihan yang digunakan untuk menenangkan otot dan mental. Selepas klien belajar
asas relaksasi mereka akan membuat latihan ini setiap hari, latihan ini memerlukan
masa dari 4 jam sehingga 8 jam, klien akan diberikan arahan untuk menenangkan
diri mereka. Mengurus pernafasan boleh membantu relaksasi. Klien akan diajar
untuk melepaskan tekanan dengan memfokus kepada perasaan dan imej. Biasanya
teknik ini digunakan untuk mengurus stress dan kerisauan.
Some other ailments for which relaxation training is helpful include asthma,
headache, hypertension, insomnia, irritable bowel syndrome and panic disorder
8.8 Latihan Assertif
Latihan asertif atau tegas diri pada umumnya digunakan bagi perasaan
kebimbangan yang dibangkitkan di dalam perhubungan antara perseorangan, iaitu
melibatkan percubaan klien melahirkan perasaan-perasaan semasa berinteraksi,
Klien cuba melatih tegas diri dalam temubual kaunseling dengan menyatakan
perasaan-perasaannya kepada kaunselor, kaunselor menggunakan prinsip-prinsip
peneguhan, penghapusan dan membentuk operan untuk mengembangkan
gerakbalas tegas diri. Setelah segalanya disempurnakan klien dikehendaki cuba
melakukan gerakbalas yang sama di luar daripada sesi kaunseling. Latihan ini
sesuai untuk klien yang : Sukar melepaskan perasaan marah, Sukar mengatakan
TIDAK, merendah diri dan membiarkan diri dimanipulasi orang lain, bias kepada
sosial. Latihan untuk meningkatkan kendiri untuk membuat pilihan bertingkahlaku
assertif dalam situasi tertentu. Juga mengajar individu melahirkan perasaan mereka
terhadap perasaan dan hak sendiri.
8.9 Implosion dan Flooding
Membuat klien peka dengan mengambarkan keadaan yang menimbulkan
kebimbangan serta mempunyai kesan yang dahsyat, klien tidak diajar untuk releks
lebih dahulu, teknik ini tidak sesuai digunakan untuk klien baru.
8.10 Token Ekonomi
Satu prosedur teratur dimana token atau hadiah diberi sebagai peneguhan untuk
tingkahlaku yang sesuai. Kaunselor boleh melaksana strategi ini sebagai peneguhan
kepada pelajar yang telah melakukan tingkahlaku positif.
Persoalan: Adakah tingkahlaku ini akan berterusan?
Diyakini memang berkesan tetapi perlukan kepada beberapa penstukturan. Minta
bantuan rakan-rakan dan ibubapa membuat komitmen membantu memahami

konsep dan matlamat ekonomi token. Memilih tingkahlaku yang mudah mendapat
peneguhan, Mematuhi prinsip modifikasi tingkahlaku : pengagihan, adil, konsisten
9.0 Peranan Kaunselor dan Klien
9.1 Peranan kaunselor
Kauselor akan memberi perhatian tehadap proses tingkah laku di mana proses ini
dilihat sebgai tingkah laku yang nyata. Kaunselor yang mengambil pendekatan untuk
membantu kien mempelajari sesuatu yang baru, membuat penyesuaian terhadap
tindakan, mengubah suai atau menyingkirkan satu tingkah laku yang melampau atau
tidak wajar serta menggantikan ingkah laku yang adaptif dengan maladaptive.
Secara umumnya, adalah bergantung kepada kauselor sama ada akan menjalankan
sesi secara aktif dan menyediakan pembelajaran yang tertentu. Dalam proses
sebegini kaunselor berperanan sebagai perundingcara, guru, penasihat, peransang
dan fasilitator.
Proses kaunseling dalam Terapi Tingkah Laku ini memerlukan kerjasama
yang erat antara klien dan kaunselor. Kaunselor mesti memahami diri klien dan
mempunyai kepercayaan klien boleh berubah perlakuannya. Perkara yang penting
adalah kehendak klien yang mahukan perubahan tingkah laku.
9.2 Peranan Klien
Klien berperanan aktif dalam terapi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
kaunselor diantara sesi kaunseling. Klien dapat merasai pengalaman melakukan
aktiviti semasa sesi kaunseling berlansung dan dibantu oleh kaunselor untuk
mengaplikasikan teknik tersebut dalam kehidupan seharian.
11.0 Penutup
Terapi tingkah laku merupakan satu teori, teknik atau kaedah sistematik yang
digunakan oleh ahli terapi dalam mengkaji dan meniliti bagaimana satu tingkah laku
itu dapat dipelajari. Dalam mengubah atau menyesuaikan tingkah laku yang tidak
patut kepada tingkah laku yang sesuai dan sepatutnya, terapi ini mempunyai
falsafah dan pendekatan tersendiri yang telah berjaya meenjadikanya satu langkah
yang berkesan.
Terapi Tingkahh Laku merupakan satu pendekata klinikal yang digunakan
dalam melihat kepelbagaian terhadap gangguan-gangguan dalam pelbagai
keadaan.

12.0 Rujukan
12.1 Buku
Sapora Sipon & Ruhaya Hussin. (2008). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Nilai,
Negeri Sembilan.
12.2 Internet
http://nagaemashaffiez81.blogspot.com/2012/03/bimbingan-dan-kaunseling.html

http://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01/terapi-tingkah-lakubehavior-theraphy.html

You might also like