Isl m13

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYA

1) Maksud Mesra Budaya;

Menurut Ralp Linton (1945) " Kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan
diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli masyarakat.

Mesra bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin antara individu dalam
suatu masyarakat.

sesuatu yang dipersetujui oleh semua ahli dalam suatu komuniti

mereka mengiktiraf budaya tersebut sebagai suatu amalan murni bersama yang
mana melaluinya masyarakat dapat menjalinkan hubungan erat sesama mereka.

2) Mesra Budaya Mengikut Etnik;

Kepelbagaian bahasa, etnik, agama, budaya, fizikal, gender, bakat, dan


kebolehan adalah realiti masyarakat Malaysia.

Kepelbagaian ini juga menjadi cabaran dan juga kekuatan setiap warga
negaranya untuk hidup bersama dan bersatu ke arah kehidupan yang harmoni dan
sejahtera (Chang Lee Hoon, 2004

Kepelbagaian ini tidak menghalang setiap warganegara untuk mempunyai


persamaan hak sebagai warganegara Malaysia.

Ini membawa implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik


dan Kewarganegaraan (PSK)iaitu bagaimana guru hendak mewujudkan kefahaman
dan apresiasi kepelbagaian tersebut dalam kalangan murid sebagai anggota
masyarakat malaysia.

Melalui proses pembelajaran sebegini, murid akan lebih menghormati


kepelbagaian budaya iaitu dengan mengikis segala prasangka dan salah tanggapan
terhadap budaya anggota atau etnik yang lain (Alred, Byram, & Fleming, 2002;
Swiniarski, Breitborde, & Murphy,1999)

Pengalaman pembelajaran mesra budaya akan mengembangkan nilai sivik yang


menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat
nasional dan global.

Antara nilai sivik yang diperlukan oleh masyarakat yang mempunyai pelbagai
agama, etnik, dan budaya ialah: hormat-menghormati; toleransi; kasih sayang
terhadap alam sekitar; kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang; dan
patriotik .

Oleh itu,untuk mencapai matlamat ini guru haruslah mewujudkan suasana


pembelajaran yang menggalakkan interaksi dan integrasi di kalangan murid,di dalam
dan di luar bilik darjah.


antara aktiviti pembelajaran mesra budaya yang boleh digunakn ialah Projek
yang dicadangkan oleh murid seperti menyediakan bahan "Kenali Malaysia.

Menonton filem/video sejarah sekolah atau cara memasak makanan tradisional


pelbagai kaum.

3)

Pelan Tindakan;

KPM akan terus berusaha untuk mendemokrasikan pendidikan bagi


merapatkan jurang dalam kalangan masyarakat berbilang etnik, budaya dan sosio
ekonomi di negara ini.

Mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata


bahawa KPM sentiasa mengambil langkah ke hadapan bagi memastikan tidak ada
murid yang akan ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan pendidikan di
negara ini.

Sementara itu, dalam konteks pembelajaran anak-anak Orang Asli,


kementerian memberikan penekanan dan fokus kepada keperluan mendefinisikan
semula persekolahan mereka, katanya.

Kata Hishammuddin, pendefinisian semula ini dilakukan untuk membantu


anak-anak Orang Asli supaya tidak terus tercicir dalam pendidikan.

Menurutnya lagi, mereka ini boleh dikelompokkan dalam golongan berisiko


tinggi yang perlu diberi perhatian agar tidak wujud jurang besar dalam pelbagai
aspek antara murid di kawasan bandar dan luar bandar.
4) Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Masyarakat Orang Asli Di Pinggir
Bandar
Perancangan pelan ini dibuat bersama oleh JHEOA dan Bahagian Perancangan
dan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Objektif
Objektif pelan ini bertujuan;
Menyediakan program/aktiviti khusus dan keperluan peruntukan di kawasan
pinggir.

Kumpulan sasar ini terdiri dari 4 kumpulan iaitu;

1. Peringkat Pra Sekolah (5-6 tahun)

Tujuan pendidikan Pra Sekolah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh
sebelum pendidikan formal. Ia bagi membolehkan kanak-kanak berumur 5+ tahun
memperoleh pendidikan awalan yang kukuh dan kemahiran-kemahiran lain sebagai
persediaan untuk ke sekolah rendah.
2.

Peringkat Rendah (7-12 tahun)

Tujuan pendidikan peringkat rendah adalah untuk menyediakan asas yang


kukuh dalam kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira; kemahiran berfikir,
konsep asas sains, seni dan rekreasi dan penerapan nilai-nilai murni tegasnya
program pra-sekolah dan rendah adalah asas kepada pembangunan dan
pengembangan domain kognitif, afektif dan selari dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
3. Peringkat Menengah (13-18 tahun)

Pendidikan Menengah merupakan program pendidikan yang komprehensif


dan berkualiti kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 12+ tahun hingga
17+ tahun.

Pada peringkat ini penekanan diberi kepada kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif dengan memberi fokus kepada pendidikan umum pada tahun 7 dan 8
persekolahan supaya setiap pelajar mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang
ilmu.
4. Peringkat Tertiari

Pendidikan Tertiari dalam konteks sistem pendidikan Malaysia adalah selepas


pendidikan menengah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi. Pada peringkat ini,
pendidikan Tertiari harus berupaya membangunkan minda anak-anak Orang Asli
menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan
negara dalam persaingan global
5.Peringkat Tercicir

Tumpuan akan diberi kepada belia dan beliawanis yang tercicir dari sistem
persekolahan dan juga ibu bapa yang tidak pernah bersekolah supaya mereka sedar
akan pentingnya pendidikan.

Latihan-latihan kemahiran yang bersesuaian dengan minat serta kebolehan


mereka akan diperkenalkan supaya mereka dapat memasuki pasaran tenaga buruh
dan peluang-peluang pekerjaan.

6.

Kumpulan Dewasa

Kumpulan dewasa ini boleh dipecahkan kepada dua kategori iaitu :

Wanita

Bagi kategori ini program-program seperti Penggerak Wanita Orang Asli, Program
Kesejahteraan Keluarga, Latihan-Latihan Kemahiran dan Keusahawanan akan
dilaksanakan.

Semua peringkat

Bagi kategori ini, latihan-latihan kemahiran, keusahawanan, pembangunan minda,


keagamaan dan kerohanian serta pendidikan literasi fungsian dilaksanakan.
Disamping itu, program celik huruf akan dipertingkatkan kepada golongan dewasa
yang buta huruf.

5. Pelaksanaan Pelan Tindakan.

Pelaksanaan Pelan Tindakan akan dijalankan oleh pelbagai agensi Kerajaan, Badan
Bukan Kerajaan (NGO), juruperunding, swasta dan para akademik.

Dalam melaksanakan pelan ini;

Agensi Kerajaan akan banyak terlibat dengan program/projek yang berbentuk


penyediaan kemudahan prasarana pendidikan;
NGO pula penglibatan mereka lebih tertumpu kepada program/projek perubahan
minda;
Pihak Juru Perunding akan dilibatkan dengan program/projek kajian-kajian seperti
kajian penilaian semula pelan dan kajian program/projek yang dilaksanakan secara
outsourcing.

Keperluan Peruntukan.
Dalam tempoh pelaksanaan pelan ini, peruntukan sebanyak RM6,171,000.00
diperlukan bagi melaksanakan pelbagai program/projek.
Cabaran.
Pencapaian dan kejayaan pelan ini bergantung kepada beberapa faktor berikut;
Komitmen yang tinggi daripada pegawai-pegawai JHEOA dan agensi pelaksana;
Penerimaan dan penglibatan aktif masayarakat Orang Asli;
Penyediaan peruntukan yang mencukupi;

Kerjasama yang erat dan mantap dalam kalangan Kementerian, Agensi-Agensi


Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Swasta dan Juruperunding.

Skim Bantuan Galakan Pendidikan JHEOA


Skim bantuan ini disediakan bagi membantu pelajar Orang Asli diperingkat
Sekolah Rendah, Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan.
Bantuan ini diberikan bagi membantu meringankan beban masyarakat Orang Asli
dalam membiayai persekolahan dan pengajian anak-anak mereka.

2.Jenis-Jenis Bantuan:
A:Sekolah Rendah dan Menengah.
Yuran Persekolahan.
Kokurikulum
Kertas ujian bulanan
Sukan tahunan sekolah
Kegiatan pendidikan islam/pendidikan moral
MSSM
B: Bantuan Persekolahan
Buku tulis dan buku kerja
Alat tulis
Pakaian seragam sekolah
Barang keperluan diri (untuk pelajar tinggal di asrama), seperti ubat gigi, sabun
mandi, sabun pencuci, kapur kasut, tuala mandi).
Tambang pengangkutan ke sekolah.
Bantuan makan murid sekolah pedalaman (sekolah rendah).

6) Pendemokrasian Pendidikan;
Infrastruktur yang sempurna
- mempunyai asrama

- peralatan lengkap (di dalam dan di luar bilik darjah)


- penggunaan bahan bantu mengajar yang terbaik
Ini bererti apa juga kemudahan yang terdapat di sekolah perlu disamaratakan
secara optimum tanpa mengira sekolah kaum indigineous atau bukan kaum
indigineous. (mengikut situasi

7) Tindakan kolektif;
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Program `Outreach' Pendidikan Khas
dan Lawatan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Isu-Isu Pendidikan Anak
Orang Asli.
Ada yang membawa ubat kutu, membuat pemeriksaan gigi, pergi rumah ke
rumah, mendaftarkan anak Orang Asli, memberi ceramah, menggalakkan tabungan
dan sebagainya.

8) Bantuan Kewangan;
Pengagihan peruntukan kewangan tanpa memilih bulu membolehkan para
pelajar khususnya yang belajar di sekolah-sekolah luar bandar dan kawasan
pedalaman menikmati peluang dan ruang yang serupa dengan pelajar di bandar.
Ketidakadilan dalam menyalurkan dana pendidikan ini akan menafikan peluang
untuk pelajar ini berkembang selari dengan kemajuan sains dan teknologi negara.
Sebagai langkah membendung inflsasi, pada tahun 2008 Kerajaan telah
meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta untuk program
pembangunan masyarakat Orang Asli. Sebanyak RM13.4 juta untuk bantuan
makanan tambahan, RM2.7 juta bagi membiayai kos pengangkutan pelajar, bantuan
wang saku pelajar RM2 juta dan bantuan input pertanian sebanyak RM1.9 juta.

9)Tindakan Badan Bukan Kerajaan;


Sebagai menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat, Kumpulan
Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mengadakan Projek Tanggungjawab
Sosial Korporat kepada murid-murid masyarakat Orang Asli di Sekolah Kebangsaan
Bukit Tampoi.
Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Azian Mohd Noh menjelaskan bahawa projek
yang dijalankan berbentuk bantuan peralatan sukan yang berjumlah RM3,000 bagi

meningkatkan lagi pencapaian sukan di sekolah tersebut khususnya dalam sukan


bola sepak dan sepak takraw.

10) Tindakan Guru;


Komitmen yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab.
Penyediaan BBB yang relevan.
Perlu sentiasa peka dengan situasi atau masalah murid-murid indigineous.
Empati tetapi tegas dalam segala hal.
Penyayang dan ikhlas mengajar.

You might also like