Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (siri 1)

Konsep Negara
Sempadan

Sistem pemerintahan
Rakyat

Ciri-Ciri Negara Berdaulat

Merdeka
Berkuasa sendiri

Berwibawa

Beridentiti sendiri

Perlembagaan

Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Bertulis

KONSEP NEGARA
ada sempadan
ada sistem pemerintahan
ada rakyat/pemastautin tetap
negara yang beradaulat ada sempadan yang jelas
sempadan membolehkan negara yang beradaulat ditadbir dengan
sistematik
sempadan menentukan bidangkuasa politik,ekonomi dan mobiliti
sosial negara yang berdaulat
komponen utama negara yang berdaulat ialah badan
perundangan,badan eksekutif,dan badan kehakiman
persamaan bangsa,agama,budaya dan bahasa melahirkan
semangat nasionalisme yang tinggi
gagasan 1 Malaysia bertujuan satupadukan rakyat
CIRI-CIRI NEGARA BERDAULAT
merdeka
berkuasa
berwibawa
beridentiti
bebas daripada belenggu penjajah
bebas membuat keputusan
berkuasa membuat keputusan
perlembagaan membahagikan kuasa kepada 3 badan iaitu
perundangan,eksekutif dan kehakiman
setiap badan tidak boleh dipengaruhi atau dicampuri
badan eksekutif dipilih melalui pilihanraya
badan perundangan yang gubal undang-undang ialah Dewan
Rakyat dan Dewan Negara,
badan kehakiman menentukan hukuman ke atas pelanggaran
undang-undang
berupaya mempengaruhi dan menguasai rakyat
memiliki kuasa politik yang stabil
mampu menjamin keamanan dan keselamatan rakyat
mempunyai kekuatan ekonomi
mempunyai modal insan yang berkualiti
ada perpaduan kaum
contohnya Malaysia negara Islam sederhana
Malaysia bersahabat dengan semua negara
Malaysia berkecuali, tidak menyokong mana-mana blok kuasa
besar
asasnya ialah bendera,jata negara dan lagu kebangsaan
PERLEMBAGAAN
sumber undang-undang tertinggi
jadi panduan kepada pemerintah
beri perlindungan dan jaminan kepada rakyat
perlembagaan bertulis/tidak bertulis
ada ciri-ciri keluhuran
ada sifat ketertinggiannya
boleh dipinda tapi bersebab
dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan
menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara dan
melaksanakan kuasa
ada 15 bahagian,183 perkara
peruntukkan kuasa kepada kerajaan persekutuan,negeri,tempatan
perlembagaan bertulis
kebal
sukar dipinda
undang-undang digubal di parlimen

Keluhuran Perlembagaan
Ciri-Ciri Keluhuran
Perlembagaan

Ketertinggian Perlembagaan

Sebab-Sebab Perlembagaan
Boleh Dipinda

Pindaan Perlembagaan Yang


Perlu Perkenan Majlis Raja-Raja

Pindaan Perlembagaan Negeri


Perlu Perkenan Yang Dipertua
(Sabah Dan Sarawak
Pindaan Perlembagaan Negeri
Yang Perlu Perkenan
Sultan(Negeri
Beraja)Ydpa(Negeri Tiada Raja)
Dan Ydp(Sabah,Sarawak)
Pindaan Perlembagaan Negeri
Yang Perlu Persetujuan 2/3 Adun

mahkamah ada kuasa untuk tafsir undang-undang dan melindungi


perlembagaan
contohnya perlembagaan Malaysia
perlembagaan Malaysia ialah model Westminster dari Britain
bermaksud ketertinggian dan keagungan perlembagaan
mengatasi kuasa YDPA
mengatasi kuasa parlimen
mengatasi kuasa Jemaah Menteri
mengatasi mahkamah
undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia
adalah tidak sah dan terbatal
undang-undang negeri mesti selaras dengan perlembagaan
Malaysia
mahkamah ada kuasa untuk batalkan akta yang bercanggah
dengan perlembagaan Malaysia
merupakan undang-undang tertinggi
undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia
dianggap terbatal
parlimen tidak boleh meluluskan undang-undang yang bercanggah
mahkamah berkuasa membatalkan undang-undang yang
bercanggah
YDPA tidak boleh mengatasi perlembagaan Malaysia
memperoleh suara majoriti biasa dari Dewan Rakyat dan Dewan
Negara
memperoleh majoriti dua pertiga dari Dewan Rakyat dan Dewan
Negara
memperoleh majoriti dua pertiga dari Dewan Rakyat dan Dewan
Negara dan perkenan Majlis Raja-Raja
memperoleh majoriti dua pertiga dari Dewan Rakyat dan Dewan
Negara dan persetujuan Yang DiPertua Negeri jika di Sabah dan
Sarawak
kewarganegaraan
Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap
Majlis Raja-Raja
Raja dan Yang dipertua Negeri
Bahasa Kebangsaan
Kedudukan istimewa orang Melayu
Kedudukan istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak
Hak yang sah bagi kaum-kaum lain
Kuasa perundangan Majlis Raja-Raja
Kuasa Dewan Undangan Negeri Sabah.Sarawak
Agama,bahasa,dan hak istimewa kaum Bumiputera
Sabah,Sarawak
Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo
Kedudukan sultan/YDP Negeri
Kedaulatan sultan/YDP Negeri
Kuasa pengampunan sultan/YDP negeri
Keistimewaan Dewan Undangan Negeri

Sumpah/ikrar
Bilangan kerusi dalam DUN
Pemilihan DUN
Pelantikan DUN
PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Peruntukan Perlembagaan
Kewarganegaraan
Persekutuan
hak asasi warganegara
bahasa Melayu
agama Islam
kedudukan istimewa orang Melayu
kedudukan istimewa Bumiputera Sabah & Sarawak
1.KEWARGANEGARAAN
Jenis-jenis Kewarganegaraan
kuat kuasa undang-undang

pendaftaran isteri dan anak warganegara


naturalisasi
penggabungan wilayah
Kewarganegaraan Melalui Kuat
lahir di Malaysia < Hari Malaysia
Kuasa Undang-Undang
lahir di Malaysia > Hari Malaysia
ibubapa lahir di Malaysia/pemastautin tetap
bapanya bekerja dengan kerajaan Malaysia di luar negara dan
kelahiraannya di daftarkan dengann Pejabat Konsul Persekutuan
atau didaftarkan dengan kerajaan Malaysia jika lahir di
Sabah,Sarawak,Singapura dan Brunei dalam tempoh 1 tahun
Kewarganegaraan Secara
ibu atau bapanya warganegara Malaysia,dia berumur < 21 tahun
Pendaftaran
didaftarkan jadi warganegara
suaminya warganegara Malaysia, jika isterinya ingin jadi
warganegara Malaysia, dia mesti bermastaututin di Malaysia
selama 2 tahun,kelakuan baik,masih berkahwin,perkahwinannya
didaftarkan di Malaysia
individu yang berumur 18 tahun atau lebih yang lahir di Malaysia
sebelum Hari Merdeka,jika ingin jadi warganegara Malaysia mesti
berpengetahuan dalam Bahasa Melayu,kelakuan baik,ingin tinggal
tetap di Malaysia
Kewarganegaraan Secara
untuk warganegara asing yang ingin jadi warganegara Malaysia
Naturalisasi/Masukan
mesti berumur > 21 tahun, telah tinggal tetap di Malaysia selama 10
tahun,kelakuan baik,tahu berbahasa Melayu
Kewarganegaraan Secara
mereka yang jadi warganegara Malaysia cara begini ialah
Percantuman Wilayah
penduduk Sabah,penduduk Sarawak,penduduk
Singapura,penduduk United Kingdom dan tanah jajahannya serta
pemastautin tetap di Sabah dan Sarawak
Cara-Cara Penamatan
secara sukarela
Kewarganegaraan
secara paksa
Penamatan Kewarganegaraan
umurnya > 21 tahun
Cara Sukarela
waras fikirannya
tidak mahu jadi warganegara Malaysia
Penamatan Kewarganegaraan
ada kerakyatan negara lain
Cara Paksa
untuk warganegara cara masukan dan pendaftaran shj
tidak setia kepada negara Malaysia
derhaka kepada Malaysia ketika peperangan
derhaka ketika berniaga
menjalankan aktiviti dengan musuh Malaysia
dipenjara > 12 bulan
didenda >RM5000
tinggal di negara lain > 5 tahun secara berterusan
tinggal di negara asing tetapi mendaftar dengan Pejabat konsulat
Persekutuan
2.HAK ASASI WARGANEGARA MALAYSIA
Hak Asasi Warganegara
Dia tidak boleh dibunuh kecuali menurut undang-undang
Malaysia
Dia tidak boleh ditahan polis > 24 jam jika tiada perintah tahanan
daripada majistret/pegawai daerah
Dia perlu diberitahu sebab-sebab dia ditangkap oleh pihak
berkuasa
Jika dia ditangkap, dia berhak dibela oleh peguam
Dia tidak boleh dijadikan hamba abdi
Dia boleh diberi kerja paksa mengikut undang-undang
Dia berhak mendapat perlindungan undang-undang
Jika dia dibebaskan,dia tidak boleh didakwa atas kesalahan yang
sama
Dia berhak memohon harbeas corpus jika dia ditahan secara tidak
sah
Dia berhak menikmati kesamarataan
Dia tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, keturunan,
tempat lahir atau jantina
Dia bebas bergerak di mana-mana bahagian Malaysia
Dia berhak bermastautin di mana-mana bahagian Malaysia

Sekatan-Sekatan Terhadap
Kebebasan Hak Asasi

Bahasa Melayu
Agama Islam
Kedudukan Istimewa Orang
Melayu
Kedudukan Istimewa
Bumiputera Sabah,Sarawak

Kepentingan Perlembagaan

Keamanan
Perpaduan

Kestabilan politik/sosial
SISTEM & STRUKTUR
PEMERINTAHAN MALAYSIA
SISTEM PEMERINTAHAN

Dia bebas bercakap


Dia bebas berhimpun secara aman
Dia bebas menubuhkan persatuan
Dia bebas beragama
Dia bebas memiliki harta
Kerajaan berkuasa untuk menahan dan menghukum sesiapa yang
mengancam keselamatan negara (undang-undang subversif)
Kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah berkurung dan
menembak serta membunuh sesiapa yang mengingkari undangundang darurat tanpa perbicaraan (Undang-undang Darurat)
Para pelajar dilarang bergerak aktif dalam politik (Akta Universiti
dan Kolej Universiti)
Tidak boleh membocorkan rahsia kerajaan(Akta Rahsia Rasmi)
Badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan
untuk membangkitkan isu-isu sensitive yang boleh mengancam
keselamatan negara (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan)
Rakyat dilarang menabur fitnah dan membangkitkan isu sensitif,
iaitu hak istimewa orang Melayu,bahasa,kuasa raja dan
kewarganegaraan
Berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari Semenanjung
Malaysia ke Sabah dan Sarawak (Hak Istimewa Sabah dan
Sarawak)
3.BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara tetapi bahasa lain
bebas digunakan
4.AGAMA ISLAM
Agama Islam ialah agama persekutuan/agama rasmi tetapi agama
lain juga bebas diamalkan
5.KEDUDUKAN ISTIMEWA
Hak istimewa orang Melayu dalam perkhidmatan
awam,biasiswa,permit,kuota,ekonomi dan pendidikan adalah di
bawah YDPA tetapi kaum bukan Melayu mendapat perlindungan
sewajarnya
Hak istimewa orang Melayu dalam perkhidmatan
awam,biasiswa,permit,kuota,ekonomi dan pendidikan adalah di
bawah YDPA tetapi kaum bukan Melayu mendapat perlindungan
sewajarnya
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
Keamanan
perpaduan
kestabilan politik
kestabilan sosial
Hak yang sama kepada semua warganegara
Hak asasi dijamin
Warganegara bebas berpersatuan,beragama dan memiliki harta
Perlembagaan digubal berdasarkan kontrak sosial yang
dipersetujui oleh semua kaum
Bahasa,agama,pemerintahan beraja,kedudukan istimewa orang
Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dipersetujui bersama
Agama islam ialah agama persekutuan/agama rasmi tetapi agama
lain bebas diamalkan
Perlembagaan menjadi panduan untuk memerintah Malaysia
supaya pentadbiran cekap,jujur,adil,telus dan licin
YDPABadan eksekutif-PM dan kabinet
Badan perundangan-parlimen
Badan kehakiman-mahkamah
Malaysia ialah sebuah negara persekutuan
Ketua negara ialah YDPA
Sistem pemerintahan ialah demokrasi berparlimen
Agama Islam ialah agama rasmi

Negara Persekutuan

Demokrasi Berparlimen

Raja Berperlembagaan

Kuasa Budibicara YDPA

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan


YDPA berada di kemuncak Badan Perundangan,Badan Eksekutif
dan Badan Kehakiman
Ialah negara yang ada pembahagian kuasa antara Kerajaan
Persekutuan(kerajaan pusat) dan Kerajaan Negeri
Kedua-dua kerajaan mentadbir negara berdasarkan kuasa yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa pemerintahan
berdasarkan Senarai Negeri, Senarai Persekutuan dan Senarai
Bersama
Kerajaan Persekutuan ada 3 peringkat kerajaan iaitu kerajaan
pusat,kerajaan negeri dan kerajaan tempatan
Maksudnya pemerintahan secara perwakilan yang dipilih oleh
rakyat melalui pilihan raya
Sistem ini berasaskan konsep Raja Berlembagaan,yakni YDPA
sebagai ketua negara
Kuasa diagihkan antara 3 komponen utama pemerintahan iaitu
Badan Perundangan,Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif
Kerajaan diketuai oleh Perdana Menteri yang dipilih daripada parti
yang mendapat majoriti dalam pilihan raya umum
Perdana Menteri menjalankan kuasa eksekutif dengan dibantu oleh
kabinet atau Jemaah Menteri yang dipilih daripada kalangan ahli
Parlimen/ bukan
Ketua negara persekutuan
Hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas
Raja Permaisuri Agong menduduki tempat kedua selepas YDPA
Berkuasa dalam memelihara adat istiadat orang Melayu
Mengetuai pentadbiran agama Islam di negeri baginda
Ketua agama Islam di Pulau Pinang,Sabah,Sarawak dan Wilayah
Persekutuan
Kuasa pemerintahan terletak di tangan YDPA tetapi kuasa eksekutif
dijalankan oleh Perdana Menteri dan kabinetnya
Kuasa setakat diperuntukkan oleh Perlembagaan
Menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dengan
kuasanya dilaksanakan oleh Majlis Angkatan Tentera
Mengisytiharkan darurat apabila keselamatan negara terancam
Memperkenankan rang undang-undang yang digubal di Parlimen
sebelum menjadi undang-undang yang sah
Melantik Perdana Menteri
Memperkenan atau tidak permintaan Perdana Menteri untuk
membubarkan Parlimen
Meminta mesyuarat Raja-Raja Melayu diadakan bagi
membincangkan perkara berkaitan dengan
kedudukan,keistimewaan dan kehormatan Raja-Raja Melayu

Penggal 1 _ Malaysia Kekal Berdaulat


Topik 1 - KONSEP
Apa itu Negara?
Negara adalah satu kawasan yang mempunyai penduduk yang tetap dan berdaulat , sempadan yang diiktiraf dan
diperintah oleh sebuah kerajaan.
Cara pembentukan sebuah Negara
Cara pembentukan setiap negara di dunia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Walau apapun sejarah
pembentukannya, terdapat beberapa ciri yang harus di patuhi untuk diiktirafkan sebagai sebuah negara. Ciri-ciri ini adalah
ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa. Ciri-ciri utama yang harus dimiliki untuk diik tirafkan sebagai sebuah
negara adalah mempunyai:
i. sempadan yang tetap dan diiktirafkan oleh masyarakat antarabangsa
ii. penduduk yang tetap
iii. kerajaan yang teratur dan memberi perkhidmatan awam
iv. kedaulatan iaitu negara diperintah sendiri di mana bebas dari naungan penjajah

v. hubungan diplomatik dengan negara-negara lain serta pengiktirafan


vi. Lambang negara antaranya seperti perlembagaan, agama rasmi, dan simbol
vii. kegiatan ekonomi yang terancang. Terlibat dalam ekonomi domestik dan antarabangsa
viii. kemudahan sosial seperti pendidikan
SISTEM KERAJAAN SESEBUAH NEGARA
Pembentukan sesebuah negara selalunya bukannya terdiri daripada satu kawasan pemerintahan tetapi terdiri daripada
lebih dari satu kawasan pemerintahan (beberapa negeri bercantum untuk menjadi sebuah negara. Contohnya Malaysia
adalah cantuman 14 buah negeri). Percantuman sebegini berlaku secara sukarela ataupun dicantumkan secara paksa
oleh kuasa penjajah. Percantuman sebegini membawa pada dua kuasa pemerintahan iaitu pentadbiran kerajaan pusat
dan juga kerajaan negeri. Kerajaan merujuk kepada institusi yang akan mentadbir dan mengurus hal-ehwal
negaranya .Corak pembahagian kuasa kerajaan pusat dan negeri membawa pada jenis sistem kerajaan negara tersebut.
Sistemsistem kerajaan yang terdapat di dunia adalah:
i. Kerajaan Persekutuan
- negara dibentuk berasaskan gabungan kuasa politik beberapa negeri
- kuasa politik dibahagi di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
- berlaku perkongsian kuasa di antara kerajaan pusat dan negeri
- kerajaan pusat mempunyai autonomi terhadap beberapa perkara dan begitu juga dengan kerajaan negeri
- tiada berlaku penindasan kuasa oleh satu pihak terhadap pihak yang lain
- Contoh negara yang mengamalkan sistem ini adalah Malaysia, India, Amerika Syarikat dan Kanada
ii. Kerajaan Konfederasi
- negara juga dibentuk berasaskan gabungan kuasa politik beberapa negeri
- namun tidak berlaku perkongsian kuasa
- kuasa kerajaan sepenuhnya terletak pada kerajaan negeri
- kerajaan pusat hanya mempunyai kuasa terhad sahaja
- kerajaan ini tidak wujud lagi pada masa kini
-contoh: Konfederasi Jerman Utara 1867-71
iii. Kerajaan Kesatuan
- negara dibentuk berasaskan gabungan kuasa politik beberapa negeri
- juga tidak berlaku perkongsian kuasa
- kerajaan pusat mempunyai segala kuasa kerajaan
- kerajaan negeri mempunyai kuasa yang terhad
- kerajaan pusat berkuasa membatalkan undang-undang yang diluluskan di peringkat negeri
- Contoh: Denmark ,Britain,Sweden, New Zealand, Perancis dan Norway.
BENTUK NEGARA
Selain dari sistem kerajaan , bentuk sesebuah negara juga dibezakan mengikut ketua negara tersebut. Setiap negara
diasaskan mengikut salah satu daripada jenis kerajaan seperti yang dijelaskan di atas iaitu kerajaan persekutuan,
kerajaan kesatuan ataupun kerajaan konfederasi. Selain dari iti, setiap negara juga mempunyai seorang ketua di mana
beliau memegang jawatan sebagai ketua negara. Ketua negara boleh dianggap sebagai simbol kedaulatan negara
tersebut. Dalam dunia terdapat dua jenis ketua negara iaitu:
a. Raja atau Ratu Negara yang mempunyai seorang raja atau ratu sebagai ketua maka ianya dikenali sebagai Negara
Beraja. Negara-negara beraja boleh dibahagikan lagi kepada dua iaitu:
i. Raja Mutlak
ii. Raja Berperlembagaan
b. Presiden Negara-negara yang tidak mempunyai raja akan diketuai oleh seorang presiden. Negara yang diketuai oleh
seorang presiden dikenali sebagai Negara Republik. China adalah sebuah negara republik kerana diketuai oleh seorang
presiden manakala Malaysia pula adalah sebuah negara Raja Berperlembagaan kerana diketuai oleh seorang raja (Yang
Dipertuan Agong).
IDEOLOGI KERAJAAN SESEBUAH NEGARA
Setiap Negara yang dibentuk harus juga mempunyai sebuah kerajaan yang kukuh. Ini juga merupakan suatu ciri utama
sebuah Negara. Sebuah kerajaan yang baru dibentuk boleh memilih ideologi kerajaan mereka. Di antara ideologi
kerajaan yang terdapat di dunia adalah :a. Demokrasi
- rakyat mempunyai suara mutlak ( melalui pilihanraya)

- konsep kerajaan untuk rakyat dan oleh rakyat


- kebebasan persamaan dan hak-hak
- sistem pilihanraya
- kemenangan berasaskan jumlah undi yang terbanyak bagi individu atau parti politik
- utamakan kebebasan,persamaan dan hak-hak rakyat
- mula diamalkan oleh orang-orang Yahudi di Athens
b. Komunisme
- diperkenalkan oleh Karl Marz, Lenin Stallin dan Mao Ts Tung
- melaungkan slogan sama rata, sama rasa
- faktor pengeluaran dan milik rakyat dihakmilikan oleh negara
- Kini hanya diamalkan dengan sepenuhnya di Cuba
c. Fasisme
- diperkenalkan oleh Mussoli dari Itali
- kuasa mutlak di tangan pemimpin negara
- raykat diwajibkan untuk berkorban untuk pemimpin
d. Nazisme
- diperkenalkan oleh Adolf Hitler di Jerman
- menghalalkan kekejaman
e. Sosialisme
- negara mengamalkan dasar tutup pintu
- matlamat asas untuk menghakmilikan semua kekayaan menjadi hak negara
f. Autokratik
- mempunyai persaingan politik yang terhad
- pemimpin-pemimpin menekankan kepada nasionalisme
- biasanya menggunakan paksaan, kekerasan dan ugutan untuk memperoleh kepatuhan dan kesetiaan rakyat
- kebebasan media dan kehakiman dikawal rapi
Kebanyakan negara di dunia menggunakan sistem kerajaan berideologi demokrasi.
Ideologi komunisme terkenal pada satu masa dulu namun dengan robohnya blok Soviet Union maka kemasyhuran
komunisme mula berkurangan dan kebanyakan negara yang pada satu masa dulu mengamalkan ideologi komunisme kini
mengamalkan
ideologi
demokrasi.

SEJARAH RENGKAS PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA


1. Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Walaupun terdapat petempatan dan pemerintahan sejak awal namun sejarah Malaysia
selalunya dikaji bermula dari Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan
oleh Parameswara sekitar tahun 1400an boleh dikategorikan sebagai sebuah negara di mana
kesultanan tersebut mempunyai sempadan, penduduk yang tetap, satu sistem kerajaan, simbol
kedaulatan dan hubungan diplomatik. Melaka pada masa itu boleh dianggap sebagai sebuahnegara
kesatuan dan beraja mutlak. Kedaulatan Melaka telah bertakhta lebih kurang 100 tahun iaitu
sehingga dijajah oleh Portugis pada tahun 1511.
2. Zaman Penjajahan Portugis
Bermula dari kedatangan Portugis pada tahun 1511 , Melaka dan beberapa buah negeri
Melayu yang lain telah berada di bawah kuasa penjajahan Portugis. Sewaktu penjajahan kedaulatan
negeri-negeri Melayu tergadai. Portugis telah berkuasa sehingga 1641. Selepas Portugis Belanda
pula menjajah Melaka dari 1641 sehingga 1824. Selepas Belanda negeri-negeri tanah Melayu telah
berada di bawah jajahan British sehingga 1957.

3. Zaman Penjajahan Belanda


Belanda telah menjajah Melaka dari 19641 hingga 1824.
4.

British

di

Tanah

Melayu

1796
Bitish memperolehi Pulau Pinang. Negeri Kedah telah menyerahkan Pulau Pinang kepada Syarikat
Hindia Timur.
1819
British telah berjaya untuk mendaptkan Singapura.
1824
Memperolehi kedaulatan sepenuhnya terhadap Singapura dari Johor dan juga mendapatkan Melaka
selalui Perjanjian Inggeris Belanda. Perjanjian ini juga telah membahagi nusantara Melayu kepada
dua bahagian di mana bahagian diambil oleh Belanda dan satu lagi oleh British.
1826
Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dicantumkan untuk menjadi Negeri-Negeri Selat
1846
Pulau Labuan telah menjadi sebuah tanah jajahan British selepas diserahkan oleh Sultan Brunei.
1874
Perak menerima seorang wakil British selepas menandatangani Triti Pangkor.Juga seorang pegawai
British telah dihantar untuk menolong Sultan Selangor dalam pemerintahan. Sungai Ujong (salah
sebuah daripada sembilan buah negeri kecil yang kemudiannya bersatu menjadi Negeri Sembilan)
menjadi naungan British juga
1887
Pahang menerima seorang wakil British
1888
Kedua-dua Sarawak dan Borneo Utara telah menjadi negeri-negeri naungan dan kekal
sehingga 1941
1889
Negeri Sembilan telah dibentuk dan menerima seorang wakil British.
1895
Perak, Selangor, negeri Sembilan dan Pahang telah bersatu untuk menubuhkan Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu. (Persekutuan pertama di Semenajung)
1909
Mengikut Triti Siam telah memindahkan hak pertuanan, perlindungan dan pentadbiran
Kedah,Perlis,Kelantan dan Trengganu kepada Britain. Seorang pegawai dilantik untuk setiap negeri
tersebut1914 - Negeri Johor menerima seorang pegawai. Kelima-lima negeri mempunyai badan
perundangan,pentadbiran dan kehakiman masing-masing sehingga Perang Dunia Kedua.
1941
Perang Dunia Kedua dan tanah Melayu berada di bawah pemerintah tentera Jepun
1945
Perang
Dunia
Kedua
tamat
1946
British kembali ke Tanah Melayu dengan cadangan Malayan Union.Negeri Melaka, Pulau Pinang dan
sembilan negeri Melayu yang lain akan bercantum dibawah satu pemerintahan. Pembentukan
Malayan Union telah ditentang oleh rakyat khasnya orang-orang Melayu.
1948
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dengan persetujuan semua pihak. Percantuman
Semenanjung Melayu buat pertama kali tetapi tidak memenuhi syarat Negara.

1957
Kemerdekaan daripada British. Tanah Melayu telah diistiharkan sebagai sebuah Negara yang
berdaulat dan diterima menjadi ahli PBB.
1963
Pembentukan Malaysia di mana Persekutuan Tanah Melayu,Singapura,Sabah dan Sarawak telah
bercantum
1965
Singapura keluar dari cantuman Malaysia .
Topik 2 -KONSEP PERLEMBAGAAN
Takrif dan konsep perlembagaan
- K. Ramanathan (1989):
- prinsip-prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara, memastikan bagaimanakah sesuatu keputusan kerajaan itu
akan dibuat, bagaimana kuasa akan diagih-agihkan antara institusi-institusi kerajaan, menetapkan satu kewibawaan ideal
sesebuah negara itu dan memperkenalkan satu sistem pemerintahan seperti termaktub sama ada dalam undang-undang,
adat mahupun Majlis Piagam Perjanjian.
PENGENALAN
Perlembagaan ditakrifkan sebagai satu kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan
dan pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah khasnya eksekutif, perundangan dan kehakiman.
Setiap negara mempunyai sejarah pembentukan perlembagaannya.
JENIS PERLEMBAGAAN
Terdapat dua jenis perlembagaan di dunia iaitu:1.Perlembagaan bertulis-Parlimen memperolehi kuasa daripada Perlembagaan
2.Perlembagaan tidak bertulis-Parlimen boleh membuat, menggubal atau meminda apa jua jenis undangundang tanpa sekatan. Kuasa tertinggi terletak pada Parlimen dan bukan
pada perlembagaan.
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN DI MALAYSIA
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.
Hal-hal pentadbiran negara tertera di dalam perlembagaan. Ketertinggian Perlembagaan Malaysia
menggambarkan beberapa ciri.
Di antaranya adalah:
i. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.
ii. Perlembagaan harus dijadikan sebagai panduan dalam menggubal undang- undang negara
iii. Sebarang penggubalan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal
setakat mana yang bercanggah
iv. Parlimen dan badan perundangan lain seperti Dewan Undangan Negeri, pihak eksekutif dan kehakiman
juga mendapat bidang kuasa masing-masing dari perlembagaan.
v. Ketua negara iaitu Yang Di Pertuan Agong juga menjalankan tugasnya mengikut Perlembagaan.
Mengenali Kandungan Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia mempunyai 183 Perkara. Setiap perkara dibahagikan kepada beberapa fasal.
Selain dari itu perlembagaan juga mempunyai 13 jadual.
183 Perkara dalam perlembagaan dibahagikan kepada 15 bahagian

Perlembagaan from munnianwar

Peruntukkan Utama Dalam Perlembagaan Malaysia


hak asasi
kewarganegaraan
Topik 6 SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA
Sistem pemerintahan negara mempunyai tiga badan iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman
LATAR BELAKANG KEHAKIMAN MALAYSIA
- Perlembagaan menentukan doktrin pengasingan kuasa antara ketiga-tiga badan ini.
- Perlembagaan menentukan bidang kuasa kehakiman dan mahkamah.
- Badan Kehakiman mengimbangkan kuasa antara badan Perundangan dan badan Eksekutif
- Kehakiman bebas daripada kawalan badan-badan perundangan dan eksekutif serta politik semasa
menjalankan tugasnya.
- Ketua Hakim Negara adalah ketua dalam badan ini yang mengetuai semua hakim.
- Teradapat dua kumpulan mahkamah dalam sistem kita iaitu Mahkamah-mahkamah Awam dan
Mahkamah- mahkamah khas
- Mahkamah Awam membicara kes-kes untuk orang awam tanpa kira pangkat, umur, jawatan atau
pekerjaan. Hukuman adalah sama untuk semua.
- Mahkamah-mahkamah Khas pula membincarakan kes mengikut fungsi tertentu.Contohnya Mahkamah
Syariah hanya membicarakan kes-kes yang berkaiatan dengan agama Islam dan hanya membicarakan
orang-orang yang beragama Islam sahaja.
PENTADBIRAN MAHKAMAH
- Ketua Pentadbir mahkamah-mahkamah adalah Ketua Pendaftar. Pejabat ketua pendaftar mengendalikan
perkara-perkara keadilan dan pentadbiran di Mahkamah.
- Ketua pendaftar dibantu oleh Pendaftar Mahkamah Rayuan, Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan
Pendaftar mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
- Pejabat pendaftar adalah dibawah kawalan Jabatan Perdana Menteri
- Ketua pendaftar mentadbir mahkamah di bawahnya
- Setiap jenis mahkamah mempunyai ketua pendaftarnya sendiri
- Ketua pendaftar setiap mahkamah bertanggungjawab terus kepada Ketua Hakim Negara dan beliau
dibantu oleh timbalan-timbalan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai pentadbir dan pegawaipegawai lain di mahkamah.
FUNGSI-FUNGSI KEHAKIMAN
Badan kehakiman bertanggungjawab untuk:
- mentadbir keadilan kes sivil dan jenayah secara saksama
- melindungi hak-hak asasi rakyat daripada sebarang pencabulan oleh pihak individu atau kerajaan.
- mentafsirkan undang-undang
- badan kehakiman juga berkuasa untuk mentafsir Perlembagaan Persekutuan.
- pihak mahkamah boleh mengistiharkan sesuatu undang-undang atau tindakan badan perundangan atau
eksektif tidak sah.
- badan kehakimana juga mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggahan
dengan Perlembagaan setakat mana yang bercanggah.
- boleh membicarakan kesalahan yang berlaku di atas kapal terbang atau laut yang didaftarkan di
Malaysia.
- menyelesaikan pertikaian antara individu dengan individu dan antara individu dengan pihak kerajaan

Topik 1 : Malaysia Kekal Berdaulat


1.0 Konsep dan Ciri Negara Berdaulat
1 .1 Negara
1.1.1 Definisi Negara
i. Sesebuah masyarakat bebas yang menduduki kawasan atau wilayah dalam had sempadan
tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan. atau
ii. Suatu kelompok masyarakat yang mendiami sebuah wilayah fizikal yang mempunyai sempadan
dan ditadbir atau diperintah oleh sebuah kerajaan. atau
iii. Satu wilayah tertentu yang didiami oleh sesuatu bangsa dan mempunyai institusi pemerintah
yang berkesan. atau
iv. Satu masyarakat atau komuniti yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap dan
diperintah oleh sebuah kerajaan.

1.1.2 Konsep Negara Berdaulat


Negara yang berdaulat ialah negara yang mempunyai penduduk yang menetap di satu wilayah dan
mempunyai sempadan yang jelas selain itu mempunyai kerajaan yang berupaya untuk mengawal
hal-ehwal dalam negara serta kebebasan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara
lain.

1.2 Ciri-ciri Negara Berdaulat


i. Sempadan / wilayah yang jelas
ii. Penduduk tetap untuk sesebuah negara bangsa.
a. Jumlah
b.. Bangsa
iii. Kerajaan sah & sistem pentadbiran teratur.
iv. Negara berdaulat & berupaya mengawal hal-ehwal dalam negeri / negara.
5v. Hubungan diplomatik
1.3 Sistem Kerajaan dan Peranan
1.3.1 Sistem Kerajaan
1.3.1.1 Definisi Kerajaan
Badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan
pentadbiran sesebuah negara.
atau
Institusi yang mengurus dan mentadbir hal ehwal negara. Kerajaan terbahagi kepada tiga komponen
utama iaitu:
i. Badan Petadbiran (Eksekutif)
ii. Badan Perundangan (Judisiari) iii. Badan Kehakiman
(Legislatif)

1.3.1.2 Sistem Kerajaan

Definisi : institusi pemerintahan sesebuah kerajaan yang :


i. bertanggungjawab menggubal dan
ii. melaksanakan dasar-dasar kerajaan seperti Parlimen,Majlis Rajaraja,Kabinet,kementerian dan mahkamah.
1.3.1.3 Peranan Kerajaan

Menentukan arah tadbir urus negara demi keamanan, kesejahteraan warga negara.

Menyediakan Kemudahan Ekonomi

Menyediakan Pelbagai Perkhidmatan

Memastikan Keamanan dan Ketenteraman

Menstabilkan Persaingan

Perlindungan Alam Sekitar

Penyediaan Keperluan Asasi

1.4 Jenis-jenis Kerajaan Dunia


1.4.1 Kesatuan

Ciri-ciri : pemerintahan melalui pemusatan kuasa.


Kerajaan Pusat menghendaki semua negeri melepaskan semua kuasa pemerintahan kepada
Kerajaan Pusat
Kuasa pentadbiran tempatan/negeri dijalankan melalui arahan daripada Kerajaan Pusat.
Contoh negara :

Britain

1.4.2 Konfederasi

Ciri-ciri : Kerajaan Negeri memiliki kuasa mutlak. Kerajaan Pusat memiliki kuasa
terhad.

Dokumen yang mewujudkan pertubuhan bersama antara negeri lebih merupai perjanjian @
permuafakatan bukan perlembagaan.

Contoh negara : Tiada negara yg mengamalkan jenis kerajaan ini


1.4.3 Persekutuan

Ciri-ciri: Suatu sistem pemerintahan terdiri daripada gabungan Kerajaan Pusat dan
Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri punyai kuasa autonomi ke atas perkara yang tak memerlukan
keseragaman.

Antara kuasa mutlak Kerajaan Negeri ialah: 1. hutan 2. tanah 3. air 4. galian

Kerajaan Pusat mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas perkara-perkara berhubung dengan


luar negara & perkara-perkara umum seperti pelajaran & kewangan.
Kesimpulan Pembahagian Kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri :
Jenis Kerajaan
Kesatuan
Konfederasi
Persekutuan

Kerajaan
Pusat
Ya
Ya

Kerajaan
Negeri
Ya
Ya

2.0 Pembentukan Malaysia


2.1 Kemerdekaan Tanah Melayu

Tunku Abdul Rahman membentuk Parti Perikatan.

Kesan : Membuka mata British untuk membenarkan penduduk Tanah Melayu mentadbir
sendiri negaranya.

Perpaduan anatara tiga kaum utama; Melayu, Cina dan India menghasilkan Perjanjian London
(8 Februari 1956) dan memerdekakan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
2.2 Penubuhan Malaysia

Pembentukan persekutuan baru dirancang berlaku pada 1 jun 1963.

Beberapa isu berkaitan bantahan Indonesia dan Filipina tentang pembentukan Malaysia
melambatkan pengisytiharan hingga 16 september 1963.

Penangguhan ini kerana PBB membuat pungutan suara dari Sabah (Borneo Utara) dan
Sarawak tentang pembentukan Malaysia.

Pembentukan Malaysia pada 16 september 1963 menggabungkan Malaysia, Sabah, Sarawak


dan Singapura.

Dua masalah besar timbul diawal penubuhan :


o

Indonesia menuntut Malaysia

Filipina menuntut Sabah


Singpura keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

2.3 Sebab Pembentukan Malaysia


2.3.1 Keselamatan

Penubuhan gagasan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang makin
bertambah di Singapura dan Wilayah Borneo.

Harapan melalui penubuhan gagasan baru ini => kestabilan politik mengekang ancaman
komunis.
2.3.2 Mengimbangi Penduduk

Penubuhan gagasan Malaysia mengelakkan ketidakseimbangan kaum.


2.3.3 Kemajuan Ekonomi Bersama

Penubuhan gagasan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan


ekonomi bersama-sama.

Mewujudkan satu pasaran yang luas menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri
pertanian.

Sumber alam Tanah Melayu,Sabah,Sarawak dan Brunei dapat dimanfaatkan untuk


mengukuhkan ekonomi.
2.3.4 Mempercepat Proses Kemerdekaan

Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah,


Sarawak, Brunei dan Singapura.
2.4 Proses Pembentukan Malaysia

Jawatankuasa Perundingan perpaduan Malaysia(JPPM) ditubuhkan.

Tujuan JPPM :

i.

memberitahu orang ramai tentang Malaysia

ii.

mengumpulkan sambutan terhadap Malaysia

iii.

menyediakan memorandum tentang cara pembentukan Malaysia

JPPM memberi peluang kepada pemimpn Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan
tentang gagasan Malaysia.

Satu memorandum disusun semula dan dihantar ke Suruhanjaya Cobbold (23 Februari 1962).
Kandungan memorandum ialah :
o

Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia

Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.

Agama Islam => agama Persekutuan tetapi, rakyat bebas beragama

Bahasa Melayu => bahasa kebangsaan tetapi, bahasa lain masih boleh digunakan.

Hak istimewa seperti Orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak

Sabah, Sarawak berhak mengawal imigresennya sendiri.

Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.

2.5. Penentangan Gagasan Malaysia

Filipina menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu tetapi gagal.

Akhirnya Filipina mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun1966.

Indonesia melancarkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Indonesia meminta


Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi mendapatkan pandangan penduduk
Sabah dan Sarawak tentang penubuhan gagasan Malaysia.
o
Laporan PBB : penduduk Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Indonesia tidak dapat
menerima keputusan ini.
o
Persetujuan telah dicapai antara Tun Abdul Razak dengan Adam Malikdi Bangkok dan
Perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966.

2.6 Akta Malaysia


Akta yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah membentuk
negara Malaysia.
2.6.1 Pihak yang terlibat meluluskan Akta Malaysia.
1. Parlimen British
2. Parlimen Tanah Melayu

3. Dewan Perhimpunan Singapura


4. Majlis Undangan Sarawak
5. Majlis Undangan Sabah.
2.6.2 Kandungan perjanjian Akta Malaysia 1963.
1. Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
2. Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas
diamalkan.
3. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh
digunakan.
4. Bagi negeri Sarawak dan Sabah,bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari
Malaysia.
5. Negeri Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.
6. Sarawak memperoleh 24 kerusi,Sabah 15 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi perwakilan parlimen
dalam pilihanraya.
7. Rakyat bumiputera di sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di
Persekutuan Tanah Melayu.

You might also like