Minit Mesyuarat Jawatankuasa Linus 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Hutton

Jalan Hutton
10050 Pulau Pinang
Tel : 04-2279835

______________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS
KALI KEDUA SESI 2015

Tarikh

: 13 Mei 2015 (Rabu)

Masa

: 1.15 petang

Tempat

: Bilik Gerakan

Pengerusi

: Pn. Wan Roha Binti Wan Ibrahim (Guru Besar)

Kehadiran (Bilangan)

: Dilampirkan

Turut Hadir (Jika ada)

:-

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah
dapat hadir.
1.2 Peringatan kepada CIk Hafzian supaya menyampaikan maklumat yang di
dapati semasa menghadiri kursus atau taklimat kepada rakan rakan guru
yang lain sebelum kecairan maklumat.
Tindakan: Penyelaras Linus
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Minit mesyuarat yang lalu dicadangkan oleh Pn. Lizawati Binti Rosli dan
disokong oleh En. Iskandar Bin Ismail.
3. PERKARA PERKARA BERBANGKIT
TIADA
4. FOKUS MESYUARAT
4.1 Taklimat Pelaksanaan Program Linus 2.0
4.1.1 Tarikh Saringan Bertulis bermula dari 15 hingga 30 Jun 2015.
4.1.2 Tarikh Pengisian data murid bermula dari 1 hingga 15 Julai 2015.

4.1.3 Semua guru yang terlibat hendaklah mengisi di dalam LINUS 2.0.
4.1.4 Fasa Pelaksanaan
Tiga saringan LINUS, iaitu:
a) Saringan Linus : Kohot 4 Bil 1/ 20015
b) Saringan Domain Pendidikan Khas : Kohot 4 Bil 1/2015.
c) Saringan Domain Pendidikan Khas : Kohot 1, 2 dan 3
Tindakan: Semua guru LINUS
4.2 Program Bersama Ibu Bapa Murid LINUS / Pemulihan / RPI bersama
Guru Linus
4.2.1 Guru Besar mengingatkan bahawa Program Bersama Ibu Bapa Murid
Linus / Pemulihan pada 23 Julai 2015 akan diadakan agar ia dapat
mengurangkan peratus murid LINUS / Pemulihan di sekolah ini.
4.2.2 Selain itu, ia dapat menggalakkan agar ibu bapa sama-sama
bekerjasama memberi perhatian dan mendidik anak-anak dirumah
terutamanya dalam bidang akademik.
Tindakan: Semua guru LINUS

5. HAL HAL LAIN


5.1 Semua guru-guru LINUS dikehendaki mengisi data murid dengan secepat
mungkin selepas saringan selesai dilakukan untuk mengelakkan daripada
sistem yang bermasalah atau lambat proses.
5.2 Ia juga untuk memudahkan penyelaras membuat analisis dengan cepat
sebelum tarikh tutup.
Tindakan: Semua guru LINUS
6. PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua ahli dan
harap dapat bekerjasama dalam menjayakan pelaksanaan Linus yang telah
dirancang sepanjang tahun ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.15 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

( NURHAFZIAN BINTI MD FAZIL )

( PN. YEW BEE SIM)

Setiausaha Penyelaras Linus,

Guru Kanan Kurikulum,

SKPK Jalan Hutton,

SKPK Jalan Hutton,

Pulau Pinang.

Pulau Pinang.

You might also like