Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1896

(1) Pemusatan Kuasa Residen Jeneral


Dalam Sistem Persekutuan, residen jeneral merupakan ketua kerajaanpusat
yang mempunyai kuasa penuh dalam bidang pentadbiran di Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu. Residen jeneral akan membuat semua keputusankeputusan pentingterutamanya dalam soal kewangan. Sultan-sultan dan
residen-residendiarahkan supaya meminta nasihat residen jeneral dan
mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan terutamanya yang berkaitan soal
pentadbiran.Residen jeneral telah menubuhkan beberapa buah jabatan
kerajaan untukmenyelaraskan pentadbiran. Residen jeneral telah melantik
pengawai-pengawai British untuk berkhidmat dalam Jabatan Persekutuan.
SistemPersekutuan ini tidak berjaya untuk membahagikan kuasa di antara
kerajaanPersekutuan dan Majlis Mesyuarat Negeri kerana residen jeneral
mempunyaikuasa penuh.
(2) Kemerosotan Kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri
Pemusatan kuasa di tangan residen jeneral menyebabkankuasa raja-raja
Melayu di NNMB semakin berkurangan. Pada mulanya, sultan-sultan
bersetuju menandatangani Perjanjian Persekutuan 1896 kerana
merekaberharap kuasa mereka yang diambil oleh residen akan dikembalikan.
Namun,selepas beberapa tahun Persekutuan dilaksanakan, barulah sultansultan sedarbahawa kuasa mereka semakin kurang kerana berlaku
pemusatan kuasa ditangan residen jeneral pula. Sultan mesti menerima
semua nasihat residendalam hal ehwal pentadbiran kecuali yang berkaitan
dengan adat resam danagama Islam. Sultan tidak mempunyai hak dalam
pentadbiran. Sultan hanyaberperanan menandatangani rang undang-undang
yang telah dipersetujui olehresiden jeneral sahaja. Residen British juga
kehilangan kuasa kerana terpaksamenerima semua arahan daripada residen
jeneral, tugas-tugas residen telahdiagihkan kepada Jabatan Persekutuan yang
ditubuhkan. Majlis MesyuaratNegeri juga tidak berfungsi sepenuhnya kerana
hanya meluluskan undang-undang yang telah ditetapkan oleh residen di
Kuala Lumpur.
(3) Kejayaan Dalam Bidang Pentadbiran dan Pembangunan ekonomi
Seterusnya, pemusatan dan penyelarasan pentadbiran melalui Persekutuan
1896 telah menunjukkan kejayaan dalam bidang pentadbiran dan
pembangunan ekonomi. Kemajuan ekonomi dapat dicapai dengan adanya
sistem cukai yang seragam dan sistem perhubungan yang baik. Keadaan ini
telah menarik lebih ramai pelabur-pelabur menanam modal dalam
perusahaan bijih timah dan getah.

You might also like