Senarai Tugas Jururawat Terlatih

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SENARAI TUGAS JURURAWAT TERLATIH (U29) di wad

1. Menerima dan membuat laporan yang tepat dan teliti kepada setiap pesakit.
2. Melibatkan diri semasa rondaan dengan Pengawai Perubatan atau Pakar dan memberi
maklumat penting atau tertentu mengenai hasil ujian makmal, reaksi ubatan
atausebagainya.
3. Membuat pemerhatian vital dan melaporkan segera kepada Pegawai Perubatan jika
keadaan tidak normal.
4. Melaksanakan setiap arahan daripada Pegawai Perubatan dengan cermat dan
berkesan.
5. Mengambil, mengumpulkan dan mencatit keputusan ujian makmal mengikut
ketetapan dengan teliti dan perlu melaporkan dengan segera kepada doktor hasil ujian
abnormal.
6. Menjalankan jagaan dan rawatan bagi setiap pesakit mengikut keperluan mereka
seperti memberi ubatan dan suntikan.
7. Memberi rawatan kecemasan kepada kes-kes tenat sebelum ketibaan
PegawaiPerubatan seperti memasang intarvena infusion dan sebagainya.
8. Menjalankan persediaan jagaan dan rawatan bagi setiap pesakit sebelum dan
selepas prosedur khas rawatan RAI 131(radioiodine therapy)
9. Bertanggungjawap untuk memesan , menerima dan mencatit bekalan ubatan
termasuk ubatan merbahaya dan disimpan dengan teratur dan rapi
10. Mengawasi dan menentukan alat alat kelengkapan perubatan bersih dan
sedia untuk digunakan pada bila- bila masa
11. Menjalankan tugas- tugas berkaitan dengan kemasukkan , petukaran wad , urusan
kematian , keluar wad dan seterusnya memberitahu tarikh temujanji kepada pesakit
yang keluar wad
12. Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit berkaitan proses penyakit, keselamatan
radiasi dan sebagainya
13. Memberi perhatian kepada masalah yang dikemukakan dan jika perlu rujukan kepada
ketua jururawat .
14. Memesan makanan pesakit mengikut diagnosa.
15. Memastikan setiap pesakit selesa di wad.
16. Membuat serahan semua laporan kepada ketua unit.
17. Membantu Pegawai Perubatan menjalankan tatacara untuk pesakit.

18. Memeriksa stok linen, sor dan bilik pesakit.


19. Mengurus aduan kerosakan ward kepada HSS.
20. Memastikan trolley kecemasan dalam keadaan baik dan semua ubat kecemasan
dikemaskini termasuk periksa tarikh luput.
21. Memeriksa cssd unit setiap shift.
22. Meamstikan semua peralatan ward dalam keadaan baik dan berfungsi
23. Merekod dan menghantar census 12 tghari dan 12 malam kepada ketua jururawat
oncall.Merekod bancian harian ward, PMR monthly statistic, senarai semak tugasan
jururawat, rekod thrombophebilitis direkod dan dikemaskini setiap shift.
24. Melakukan kerja kerja despatch jika ketiadaan ppk
25. Menghantar dan mengambil specimen.
26. Mengambil specimen darah, ujian air kencing, sputum, stool dan lain lain mengikut
arahan doctor.
27. Menukar linen dan memastika bilik pesakit berfungsi serta tiada kerosakan.
28. Memastikan pesakit sentiasa mgikut panduan keselamatan radiasi.
29. Mengurus keperluan pesakit.
30. Membuat iventori peralatan kelengkapan perubatan dan bukan Perubatan
31. Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh pihak atasan
32. Mengantikan Ketua Jururawat semasa ketiadaan beliau di wad
33. Memberi tunjuk ajar kepada jururawat pelatih dan jururawat masyarakat pelatih
yangmenjalani latihan amali
34. Memasang dan melakukan ECG kepada pesakit mengikut arahan doktor
35. Menghadiri seminar, kursus dan mesyuarat kearah meningkatkan ilmu pengetahuan

You might also like