KK Ekonomi PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

PROSIDING PERKEM VIII, JILID 2 (2013) 661 - 672

ISSN: 2231-962X

Faktor-faktor Inflasi dan Kesannya Terhadap Kumpulan Wang


Simpanan Pekerja (KWSP)
Nurazidah Mashan
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Email :nurazidahmashan@gmail.com
Salmy Edawati Yaacob
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Email :salmy1001@yahoo.com
Sanep Ahmad
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Email :nep@pkrisc.cc.ukm.my
Mat Noor Mat Zain
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Email :mnmz@ukm.my
Zamzuri Zakaria
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Email :zury@ukm.my
Aisyah Abdul Rahman
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Email :eychah@ukm.my
Azlin Alisa Ahmad
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Email :azlin_alisa@ukm.my
Suhaili al-Maamum
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Email :suhaili@ukm.my
Hafizi Abdul Majid
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Email :hafizi_m@ukm.my

ABSTRAK
Kadar inflasi di Malaysia pada hari ini adalah membimbangkan apabila berlaku peningkatan ketara
bermula tahun 2010 sehingga ke hari ini. Purata pergerakan kadar inflasi Malaysia adalah sebanyak 3
peratus hingga 4 peratus setahun kecuali pada tahun 2008, di mana peningkatan kepada 5 peratus.
Menurut pandangan sesetengah penganalisis ekonomi, masalah inflasi sentiasa melanda Malaysia
disebabkan krisis kewangan yang berlaku dalam sistem monetari dunia.Hal ini memberi kesan negatif
terhadap institusi penyimpanan wang (Ringgit Malaysia) terutama untuk jangka masa yang panjang
seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana penyusutan nilai ringgit berlaku dalam
jumlah yang besar tanpa disedari.Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor berlakunya
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)
Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju
Johor Bahru, 7 9 Jun 2013

662

Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri
Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin Alisa Ahmad, Suhaili al-Maamum, Hafizi Abdul Majid

inflasi di Malaysia dan kesannya dalam KWSP. Hasil kajian mendapati bahawa simpanan wang
pekerja dalam KWSP akan menyusutkan nilai benar pendapatan atau tabungan dalam KWSP. Keadaan
ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar
kenaikan tabungan individu setiap bulan. Ini kerana sewaktu inflasi, kadar faedah benar adalah rendah
dan mungkin negatif berbanding dengan keadaan tanpa inflasi. Implikasi kajian ini menunjukkan
keperluan kepada satu alternatif untuk membentuk mekanisme lindung nilai yang berkesan
terutamanya dalam aspek kewangan Islam untuk mengurangkan kesan inflasi agar tabungan pekerja
dalam KWSP akan terjamin. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian
perpustakaan. Kajian mencadangkan pembentukan mekanisme penggunaan emas dalam KWSP yang
mana merupakan salah satu instrumen kewangan Islam sebagai alat lindung nilai semasa.
Kata kunci: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Inflasi, Nilai Benar Wang, Krisis Ekonomi,
Kestabilan Ekonomi.

ABSTRACT
Inflation in Malaysia today is disquieting when there is a significant increase from year 2010 up to the
present day. The average inflation rate in Malaysia is 3 percent until 4 percent per year except in
2008, which increased to 5 percent. According to some analysts, the inflation tricky will always hit
Malaysia due to the financial crisis that has always happened in the world monetary system. This
negative impact on institutions handling money (Ringgit Malaysia) especially for long periods of time
such as the Employees Provident Fund (EPF) as the depreciation of the ringgit occur in large numbers
in unnoticed. Therefore, this study aims to examine the factors of inflation in Malaysia and its effect on
the fund. The study found that employees in EPF savings would diminish the value of real income or
savings in the EPF. The situation becomes serious if the rate of prices increase or inflation rates
higher than the rate of increase in individual savings every month. This is because during inflation,
real interest rates are low and possibly negative compared to the situation without inflation. The
implications of this study indicate the necessity alternative to forming an effective hedging mechanism
in reducing the effects of inflation. So that workers in EPF savings will be assured. This studies use
qualitative method using library research approach. This studies also suggest the formation
mechanism of the gold in EPF as the current hedging tool and Islamic finance instrument.
Keywords: Employees Provident Fund (EPF), Inflation, Real Value of Money, Economic Crisis,
Economic Stability.

PENGENALAN
Inflasi ialah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh sesebuah negara,terutamnya negara yang
mengamalkan ekonomi pasaran bebas.Inflasi merupakan fenomena kenaikan harga secara menyeluruh
dan berterusan dalam pasaran, Mansor Jusoh (1990).Manakala kadar inflasi pula diukur berdasarkan
perubahan indeks harga pengguna sesebuah negara dan pada masa tertentu. Pada tahun 1960-an, kadar
inflasi berada dalam lingkungan 2 peratus. Jika kadar inflasi melebihi nilai tersebut, maka ekonomi
dianggap mendesak. Purata pergerakan kadar inflasi Malaysia mencatatkan nilai sebanyak 3 peratus
kecuali pada tahun 2008 iaitu sebanyak 5 peratus.Kadar inflasi yang semakin meningkat memberi
impak yang besar kepada kuasa beli penduduk dan mempengaruhi struktur dan perkembangan ekonomi
sesebuah negara.Kesannya,nilai matawang Malaysia akan semakin mengecil dan berlaku lambakan
mata wang dalam pasaran semasa.
Hampir semua negara-negara seluruh dunia pernah mengalami pengalaman menghadapi
inflasi.Antaranya, Inflasi hiper (hyperinflation) di Negara Weimer Republic of Germany pada tahun
1920-1923 Zimbabwe sejak tahun 2003, Argentina pada tahun 1975-1983 dan Bosnia-Herzegovina
pada tahun 1992-1993. Stagflasi (inflasi dan kemerosotan ekonomi) berlaku pada pertengahan 1970-an
di kebanyakkan negara seluruh dunia, yang juga memberi kesan kepada Malaysia. Sekali lagi, pada
tahun 1997/1998, stagflasi berlaku di beberapa Negara Asian ekoran daripada krisis matawang Asia
Timur.Bagaimanapun, Malaysia rata-rata boleh di anggap sebuah negara yang tidak dibebani dengan
masalah inflasi. Antara tahun 1973 hingga kini kadar inflasi tahunan purata di Malaysia adalah
sebanyak 3.75 peratus, walaupun pernah mencapai kadar tertinggi 23.90 peratus setahun pada Mac
1974 dan terendah -2.40 peratuspada Julai 2009, Mansor Jusoh (2013).

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013

663

Krisis mata wang 1997 menyaksikan lambakan mata wang Asia sehingga menjatuhkan nilai
mata wang tersebut secara mendadak.Menurut Mahathir Mohamad (2000) krisis mata wang Asia ini
disebabkan oleh serangan spekulatif ke atas mata wang Negara-negara Asia dengan kegiatan jualan
singkat oleh pedagang-pedagang mata wang.Serangan spekulatif ini telah menjatuhkan nilai mata wang
ringgit Malaysia, bath Thailand dan rupiah Indonesia. Rentetan itu, inflasi yang teruk telah berlaku
kerana inflasi akan meningkatkan kos pengeluaran dan akan menyebabkan kejatuhan nilai (Saiful
Azhar & Imad Rafiq Barakat 2002). Salmy Edawati Yaacob (2011)
Rentetan itu, akan berlaku penyusutan nilai ringgit Malaysia sebanyak 3 peratus setiap tahun.
Walau bagaimanapun,perkara sebaliknya berlaku dengan nilai emas yang sentiasa meningkat. Menurut
Ketua Strategi Pelaburan Standart Chartered Bank, Steve Brice, harga emas dunia dijangka meningkat
mencecah AS$1,975 (RM 5,925) seaun pada suku keempat tahun 2012 (Utusan Malaysia 3 Febuari
2012). Purata kenaikan harga emas adalah sebanyak 20 peratus hingga 30 peratus setahun (Kitco 2012)
dan ini berlaku sejak emas dihapuskan dalam sistem monetari dunia tahun 1971. Justeru, terdapat
impak yang besar terhadap simpanan wang (ringgit Malaysia) terutama dalam jangka masa yang
panjang seperti simpanan wang di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana akan berlaku
penyusutan nilai ringgit tanpa disedari. Justeru, kita akan mengkaji mengenai faktor-faktor inflasi dan
kesannya terhadap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

DEFINISI INFLASI
Menurut Mansor Jusoh (1990), inflasi hanya berlaku apabla berlaku kenaikan harga secara menyeluruh
dan berterusan hingga beberapa suku tahun. Bernstein (1968), inflasi bermaksud kenaikan tingkat
harga umum secara berterusan di sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu atau kenaikan
berterusan tingkat harga umum (James 1986).Manakala Jefferson (1977) mentakrifkan inflasi sebagai
kenaikan tingkat harga umum akibat daripada ketidakseimbangan antara pergerakan barangan dan
pergerakan wang.Manakala Harriss (1975) mendefinisikan inflasi sebagai:
The sense of a rise in the general level of prices has occurred time and again, all
over the world. Inflation deals not with particular prices or the relations among
prices but with the general price level, a drop in the purchasing power of the dollar.
The general price level goes up when money demand rises more than the goods and
services available for buying. Money demand goes up when the quantity of money
rises or when velocity, the rate of turnover, rises- or some combination of the two.
Dalam istilah Arab, Jarwan al-Sabiq, (1970) mentakrifkan inflasi sebagaibertambahnya
permintaan wang terhadap penawaran barang dengan pertambahan yang tidak terduga.Kemudian ianya
bukan hanya kenaikan yang bersifat sementara, tetapi kenaikan yang berterusan dan sentiasa
bertambah. MA. Mannan, (1970) pula menyatakan bahawa, inflasi bermaksud kenaikan dalam tingkat
harga umum yang biasanya diakibatkan oleh pertambahan dalam penawaran wang yang tidak diikuti
oleh pertambahan dalam permintaan. Menurut Professor Pigou, Inflasi wujud apabila pendapatan
wang bertambah melebihi kadar aktiviti yang menghasilkan pendapatan dan ini mengakibatkan
kenaikan harga. Apabila kenaikan harga disebabkan oleh pertambahan dalam bekalan emas, kita dapati
inflasi emas, jika ia disebabkan oleh matawang, wujud inflasi matawang, dan apabila berpunca
daripada pengembangan kredityang berlebihan, istilah inflasi kredit digunakan.
Secara ringkasnya, inflasi boleh ditakrifkan sebagai peningkatan tingkat harga umum secara
berterusan.Peningkatan ini disebabkan oleh perubahan dalam faktor-faktor ekonomi yang
mengakibatkan kejatuhan nilai kuasa beli wang.Oleh itu, berlaku lebihan wang dalam pasaran yang
mengundang kepada wujudnya masalah sosial seperti peningkatan kadar penggangguran, penurunan
pertumbuhan ekonomi dan pelbagai masalah lagi yang mengundang kepada suasana ekonomi yang
negatif.

FAKTOR- FAKTOR YANG MENYEBABKAN INFLASI


Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya inflasi. Antaranya ialah :
I.

Inflasi dari aspek permintaan

664

Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri
Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin Alisa Ahmad, Suhaili al-Maamum, Hafizi Abdul Majid

Dari sebelah aspek permintaan, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan berlakunya inflasi,
iaitu terlebih permintaan dan terlebih bekalan wang.
Terlebih permintaan
Inflasi berlaku apabila jumlah permintaan melebihi penawaran barang mengikut harga semasa.Lebihan
dalam permintaan ini memberikan tekanan kepada ekonomi. Inflasi akan muncul kalau permintaan
bertambah tetapi barang-barang dan perkhidmatan tidak bertambah selaras dengan pertambahan
permintaan itu. Hal ini membawa kepada peningkatan harga, disebabkan reaksi daripada orang ramai
dalam meningkatkan pembelanjaan mereka kerana mereka bimbang akan berlaku kenaikan harga
barang dan barang-barang akan habis di pasaran.Oleh itu, inflasi ini dikenali sebagai Inflasi tarikan
permintaan( demand-pull inflation). Inflasi ini terjadi disebabkan oleh faktor-faktor di sebelah
permintaan yang mana jumlah wang yang ingin dibelanjakan bertambah dengan cepat melebihi
pertambahan barang dan perkhidmatan yang di tawarkan di pasaran.Dalam hal ini dikatakan bahawa,
pertambahan permintaan agregat menarik harga supaya meningkat tinggi.Hal ini disebabkan oleh,
lebihan wang yang dipegang oleh pengguna yang menyebabkan mereka meningkatkan perbelanjaan
barangan dan perkhidmatan.Namun agak sukar untuk menambah barang dan perkhidmatan dalam masa
yang cepat, maka wujud lebihan permintaan yang memaksa peningkatan harga.
Selain itu, menurut teori Keynesian, peningkatan dalam pengeluaran produk domestik akan
meningkatkan permintaan pengguna. Apabila jumlah peningkatan permintaan terhadap barangan ini
meningkat, sekaligus berlaku kenaikan tingkat harga umum dan permintaan terhadap barangan yang
melebihi jumlah maksimum daripada pengeluaran yang biasa dihasilkan oleh buruh, maka wujud
jurang inflasi (Inflationary Gap) dan menyebabkan berlakunya inflasi.
Terlebih bekalan wang
Inflasi juga akan berlaku apabila daripada lebihan bekalan wang di pasaran. Hal ini mengakibatkan
kenaikan harga barang.Bekalan wangberlebihan ini berlaku melalui dua cara iaitu berlebihan dalam
melaksanakan perbelanjaan kerajaan. Keadaan inflasi yang amat kritikal berlaku disebabkan oleh
pertambahan dalam bekalan wang.Hal ini demikian kerana, wang diperlukan unuk membiayai
perbelanjaan kerajaan yang melebihi kutipan cukai.Kerajaan perlu memungut cukai selaras dengan
keperluan perbelanjaannya jika hendak mengatasi masalah inflasi.Kutipan yang dilakukan kepada
rakyat berkemungkinan ada atau tidak bergantung kepada kestabilan ekonomi.Oleh itu, kerajaan
terpaksa melakukan pinjaman wang daripada bank untuk membiayai perbelanjaannya.Peminjaman ini
bererti, kerajaan menambah wang baru dalam bentuk kredit.Manakala perbelanjaan daripada pinjaman
wang ini merupakan pertambahan perbelanjaan dalam ekonomi.Oleh itu, output barang dan
perkhidmatan perlu ditingkatkan supaya harga barang menjadi stabil di pasaran. Namun, jika
pengeluaran tidak ditambah, iniakan menaikkan harga barang.Kesannya, kerajaan terpaksa membuat
pinjaman semula bagi membiayai perbelanjaan kerajaan. Hal ini sekaligus, menimbulkan desakan
inflasi dan harga barangan serta perkhidmatan akan terus meningkat.
Selain itu, infasi juga mungkin terjadi jika kerajaan membelanjakan wang untuk pembangunan
Negara.Wang pembangunan ini biasanya diperoleh daripada bank-bank dalam atau luar negeri secara
hutang. Keadaan ini sekaligus menambahkan jumlah wang dalam pegangan kerajaan, namun
pengeluaran atau output barang tidak lagi dihasilkan dalam ekonomi supaya inflasi dapat diatasi,
terutamanya dalam peringkat-peringkat awal pembangunan sesebuah negara. Akibatnya, banyak
Negara sedang membangun mengalami inflasi. Ditambah lagi dengan perbelanjaan yang terlalu besar
untuk kelengkapan tentera, dan kurang untuk mendirikan projek yang menguntungkan dari segi
ekonomi, akan mengakibatkan kenaikan inflasi secara terus menerus.
Kedua adalah disebabkan oleh lebihan dalampembinaan kredit dalam Institusi Perbankan.Jika
kredit bank bertambah, maka akan bertambah kuasa beli, dan ini akan menaikkan harga barang-barang.
Maka, bank akan menambahkan kreditnya jika terdapat permintaan untuk meminjam daripada orang
ramai. Menurut Husain bin Mahmud (1967), inflasi jenis ini tidaklah seberat inflasi yang dilakukan
oleh kerajaan iaitu melakukan pinjaman wang dengan institusi perbankan.
II.

Sebab inflasi daripada aspek pengeluaran barang-barang

Daripada sebelah aspek pengeluaran barang-barang, terdapat beberapa kemungkinan dan keadaan
semasa yang menyebabkan berlakunya inflasi, seperti dalam masa melambung dan kos bertambah
sedangkan daya pengeluaran berkurang.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013

665

Masa melambung
Dalam masa melambung menjadi terlebih penanaman modal (over investment).Para pengusaha
berlumba-lumba memulakan perusahaan-perusahaan baru.Oleh itu, permintaan terhadap bahan-bahan
mentah juga bertambah.Harga barang-barang yang dibuat dar bahan-bahan mentah tersebut ikut
naik.Akhirnya penanaman modal yang lebih ini mengakibatkan terlebih pengeluaran barang-barang
dan berikutnya ini menyebabkan pula turunnya harga barang-barang tersebut.
Kos bertambah, daya pengeluaran berkurang
Produktiviti para pekerja mungki berkurang, tetapi gaji mereka masih serupa dahulu ataupun pekerjapekerja tidak mahu bekerja kalau gaji mereka tidak dinaikkan.Oleh itu, gaji pekerja terpaksa dinaikkan.
Untuk mendapatkan keuntungan yang sama seperti sebelumnya, pengusaha juga terpaksa menaikkan
harga barang-barang keluarannya, dan inflasi pun muncul. Inflasi ini adalah akibat kenaikan gaji yang
menaikkan pula harga barang., kerana kos pengeluaran bertambah. Inflasi ini dinamakan inflasi tolakan
kos ( cost push inflation) (Raja Mohd. Affandi, 1975).
Selain itu, ada 3 sektor yang boleh menjadi sebab timbulnya inflasi. Antaranya ialah,sektor
import-eksport. Jika eksport sesebuah negara lebih besar daripada importnya maka akan ada tekanan
inflasi yang diakibatkan oleh semakin besarnya jumlah wang yang beredar dalam Negara kerana
penerimaan hasil dari luar Negara.Manakala yang kedua ialah, sektor simpanan- pelaburan. Kalau
pelaburan sesebuah negara lebih besar daripada simpanan, sehingga untuk membiayai pelaburan yang
lebih besar daripada simpanan tersebut perlu dikeluarkan wang baru,maka akan timbul tekanan
inflasi.Seterusnya yan ketiga, sektor penerimaan dan pengeluaran Negara. Jika perbelanjaan sesebuah
Negara mengalami deficit iaitu perbelanjaan kerajaan lebih besar daripada penerimaannya, maka untuk
menutupi pengeluaran yang lebih besar itu perlu dikeluarkan wang baru, dan perkara ini akan
mengakibatkan adanya tekanan inflasi. Inflasi sesungguhnya tidak akan terjadi jika ketiga-tga sektor
tersebut saling imbang-mengimbangi (Drs. M. Manullang, 1969).
Dalam sistem kewangan Islam pula, jika dikaji punca munculnya inflasi sebenarnya bermula
daripada sistem riba.Inflasi berhubungan secara positif dengan kenaikan bunga bank. Apabila bank
meawarkan kadar bunga yang tinggi, orang ramai tertarik menabungkan wang di bank dengan harapan
mendapat pulangan yang tinggi, hasil daripada penggunaan modal dalam sektor industri dan
perniagaan. Kerana pada amalannya bank tidak dapat berbuat begitu, maka bank melaburkan kumpulan
wnag orang ramai itu dalam bentuk pembelian sekuriti kerajaan, pertukaran bayaran tunai dan aktiviti
lainnya yang kurang produktif. Dengan itu, wang-wang yang boleh digunakan untuk tujuan produktif
mengurang akibat kadar bunga yang tinggi. Penyaluran modal-modal kepada yang tidak produktif
mengakibatkan inflasi, penggangguran dan kemelesatan ekonomi pada amnya (Sobri Salamon, 1988).
III.

Sebab Inflasi menurut al-Maqrizi

Al- Maqrizi membagi inflasi menjadi dua, inflasi yang disebabkan berkurangnya persediaan barang
atau natural inflation dan inflasi akibat kesalahan manusia.Inflasi jenis pertama iniah yang terjadi pada
zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa Al-Rasyidin, iaitu disebabkan kerana faktor kekeringan atau
peperangan.Sedangkan inflasi jenis kedua, menurut al-maqrizi disebabkan oleh 3 hal iaitu pertama,
rasuah dan sisitem pentadbiran yang buruk.Kedua, cukai berlebihan yang memberatkan petani dan
ketiga, jumlah wang yang berlebihan.

LATAR BELAKANG KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah syarikat yang berperanan sebagai
pengurus simpanan ahli/pencarum secara cekap, adil dan telus dan ditubuhkan dibawah Akta
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 1952).KWSP bangun dengan visi untuk menjadi
organisasi keselamatan bertaraf dunia yang menyediakan simpanan persaraan yang terbaik untuk rakyat
Malaysia dan bermisikan sebagai sebuah institusi yang menyediakan skim simpanan persaraan yang
terbaik.Tujuan ini selaras dengan objektif korporat iaitu untuk menyediakan manfaat persaraan yang
mencukupi bagi setiap pekerja melalui skim simpanan KWSP supaya skim KWSP dapat membantu
pekerja selepas bersarantuk menyediakan pendapatan dan boleh mengekalkan kehidupan yang
munasabah kepada para peserta caruman.
Sumber-sumber kewangan KWSP yang diperolehi daripada sumbangan oleh majikan dan
pekerja. Oleh itu, majikan perlu memastikan bahawa pekerja-pekerja mereka menyimpan sebahagian

666

Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri
Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin Alisa Ahmad, Suhaili al-Maamum, Hafizi Abdul Majid

daripada gaji mereka, dan memastikan majikan mereka memberi sumbangan kepada KWSP.Dari aspek
pelaburan, KWSP akan memastikan bahawa sumbangan dilaburkan dalam cara yang terbaik. Dalam
sistem kewangan Negara, KWSP berfungsi untuk mengumpul sumbangan daripada majikan dan
pekerja, untuk melabur dalam dana, dan mengagihkan simpanan terkumpul kepada ahli apabila syaratsyarat pengeluaran dipenuhi. Oleh itu, KWSP dapat dilihat sebagai sebuah organisasi keselamatan
sosial yang menyediakan faedah persaraan serta institusi kewangan yang memiliki dana yang besar
untuk melakukan pelaburan.
KWSP menguruskan ahli-ahlinya/ pencarum-pencarum KWSP sebanyak 13.42 juta orang
(KWSP 2012) yang terdiri daripada pekerja sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam
dan menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi
tanggungjawab undang-undang mereka serta kewajipan moral untuk mereka mencarum kepada KWSP
bagi pihak pekerja mereka.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terdiri daripada ahli lembaga pengarah yang
mana pada tahun 2013, ia dipengerusikan oleh Tan Sri Samsudin Osman. Ahli lembaga pangarah ini
terdiri daripada wakil kerajaan, wakil majikan, wakil pekerja, wakil professional dan exofficio.Terdapat 3 jawatan kuasa yang penting dalam struktur organisasi KWSP, antaranya ialah
Jawatankuasa Audit Lembaga, Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga dan Ketua Pegawai
Eksekutif.Selain itu, terdapat lagi jawtankusa kecil yang terpenting dalam Namun dalam Ketua
Pegawai Eksekutif, antaranya Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Operasi) dan Timbalan
Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Pelaburan).
Bahagian pelaburan merupakan bahagian yang amat penting dalam operasi KWSP dimana ia
meletakkan 10 bahagian yang menguruskan aktiviti pelaburan di KWSP. Antaranya ialah Jabatan
Pengurusan Perolehan Bekalan, Jabatan Penyelidik Ekuiti, Jabatan Pasaran Persendirian, Jabatan
Ekonomi & Pasaran Modal, Jabatan Ekuiti Domestik, Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Ekuiti Luar
Negara, Jabatan Pasaran Modal, Jabatan Kuantitatif & Analisa Prestasi dan Pejabat Pengurusan
Program.
Kekuatan struktur organisasi KWSP yang selaras dengan visi dan misi yang jitu membolehkan
KWSP mngurus dan mengendalikan wang simpanan persaraan rakyat Malaysia dengan cekap dan
efektif. Tadbir urus yang baik (Good Governance) serta prestasi yang memberangkan yang dipamerkan
oleh KWSP menjadikan ia sebagai Institusi kewangan yang dipercayai di Malaysia dan seluruh dunia.

KESAN INFLASI TERHADAP KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)


KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang
Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah
persaraan kepada ahlinya (pencarum) melalui pengurusan simpanan yang cekap dan boleh dipercayai.
Wang simpanan ini, menjadi tabungan jangka panjang kepada pencarumnya yang boleh digunakan
selepas bersara atau semasa kecemasan.Simpanan dalam jangka panjang ini memberikan pulangan
dividen yang berpatutan kepada ahlinya, namun nilai wang dalam simpanan ini boleh berubah
disebabkan oleh faktor semasa dan juga faktor yang amat membimbangkan iaitu Inflasi.
Terdapat dua cara untuk menilai kesan inflasi ke atas pelaburan KWSP. Antaranya kesannya
ialah tabungan, campuran portfolio pelaburan dan kadardividen / pulangan.
a)

Tabungan / Dana Simpanan

Dana bermaksud sejumlah wang yang boleh digunakan untuk membeli aset atau untuk pelaburan, iaitu
sebelum digunakan untuk membeli aset atau menyimpannya sebagai deposit tetap dan membuat
pelaburan. Semasa berlakunya inflasi, nilai benar dana ini pasti akan merosot. Misalnya dana RM 1
juta akan mengalami kemerosotan nilai benar sebanyak 3% dalam setahun jika kadar inflasi tahunan
adalah 3%, maka nilai wang RM 1juta ini akan berkurang sebanyak RM 30,000 menjadi RM 970,000.
Jadi, Tindakan rasional adalah untuk membentuk portfolio aset-aset yang mungkin terdiri daripada
wang seperti deposit tetap di bank, aset kewangan seperti bil perbendaharaan, sekuriti dan bon dan
ekuiti atau aset benar seperti hartanah dan emas boleh dilakukan. (Mansor Jusoh 1990)
Tabungan merupakan satu langkah yang pragmatik untuk memastikan bekalan dana
mencukupi bagi membiayai pelaburan. Russell Davidson & James G. MacKinnon (1982) menyatakan
bahawa, kadar inflasi cenderung dikaitkan dengan kadar yang tinggi daripada simpanan peribadi atau
tabungan. Pada waktu inflasi berlaku, nilai benar mata wang akan berkurangan melalui masa. Wang
hari ini akan semakin berkurangan berbanding wang pada masa dahulu. Justeru, kadar inflasi
menghakis kuasa membeli wang.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013

667

Berikut merupakan rajah yang menunjukkan hubungkait antara inflasi dan simpanan tetap
dana persaraan di KWSP.
Berdasarkan Rajah1, simpanan tetap dana persaraan KWSP adalah mendatar pada tahun 2003
hingga 2007. Pada masa ini, kadar inflasi wang bergerak secara turun naik. Sehinggalah pada tahun
2008,kita dapati kadar inflasi mencapai tahap yang paling tinggi sebanyak 5.4 peratus dengan simpanan
tetap mencatatkan kejatuhan yang amat ketara dan akhirnya pertumbuhan ekonomi bangkit semula
pada tahun 2009 dengan peningkatan simpanan pencarum KWSP. Kita dapati, bermula pada tahun
2009 hingga 2012, simpanan tetap menunjukkan peningkatan dengan kadar inflasi yang tidak menentu.
Justeru, dapat disimpulakan bahawa, kadar inflasi yang berlaku, sama ada dalam jangka
panjang, pendek atau secara tidak menentu akan mempengaruhi simpanan tetap pencarum di KWSP.
Akibatnya, nilai benar wang akan semakin berkurang. Maka, alternatif instrumen kewangan lain boleh
diaplikasikan agar menjamin nilai benar wang simpanan persaraan pencarum KWSP agar boleh
digunakan dengan efisyen pada masa persaraan pencarum.
b) Pergerakan campuran portfolio pelaburan KWSP
Pergerakan campuran portfolio pelaburan KWSP dan kadar inflasi bagi tempoh 2007-2011 adalah
seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.
Berdasarkan jadual 1, kita dapati kebanyakan portfolio pelaburan adalah semakin
meningkat.Peningkatan yang paling tinggi yang boleh kita lihat adalah pada pinjaman/bon dimana
peningkatan pelaburannya adalah sebanyak 42 peratus daripada tahun 2007 ke 2011.Seterusnya ialah
portfolio dalam ekuiti yang mencatatkan kenaikan dalam pelaburannya iaitu sebanyak 15 peratus.Disini
kita dapati bahawa portfolio pinjaman/bon dan ekuiti, kedua-duanya mengatasi pelaburan Sekuriti
Kerajaan Malaysia iaitu sebanyak 10 peratus.Berdasarkan analisis ini, kita dapati bahawa pinjaman/bon
meningkat kerana dalam tempoh inflasi yang tinggi. Dalam teori wang, terdapat peningkatan yang
berkaitan dalam kadar faedah. Oleh itu, apabila hasil yang semakin meningkat, pilihan yang rasional
akan memberi pinjaman jangka pendek daripada panjang untuk mengambil kesempatan ke atas
kenaikan seterusnya dalam kadar faedah. Hasilnya, campuran portfolio bertukar lebih berat ke atas aset
pendek tempoh.
Berkenaan kesan inflasi pada pendapatan pelaburan, secara teorinya, terdapat peningkatan
yang sepadan dalam pendapatan bukan upah seperti sewa, keuntungan dan penerimaan faedah
semasa.Ini menunjukkan bahawa KWSP perlu mengekalkan campuran aset rasional kerana aset ini
dapat mengekalkan dan meningkatkan pendapatan pelaburan dalam tempoh inflasi yang tinggi. Walau
bagaimanapun, masih ada kemungkinan bahawa apabila kadar faedah penurunan dengan kadar inflasi
yang sederhana. Ini boleh dielakkan dengan meningkatkan wajaran ekuiti portfolio kerana pulangan
yang semakin meningkatwalaupun jumlahnya adalah sedikit. Namun, jangkaan sebenar dalam ekonomi
menyatakan bahawa, kadar dividen sebenar adalah lebih rendah jika berlaku peningkatan dalah inflasi.
c)

Kadar Dividen atau Pulangan

Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen sehingga ahli berumur 75 tahun. Dividen ini
dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 2.5%. Dividen yang diberikan kepada pencarum adalah
berdasarkan baki bulanan dan baki tahunan.Kadar dividen adalah berkait rapat dengan pelaburan
simpanan KWSP.Kadar dividen diberikan setiap tahun kepada pencarum berdasarkan pelaburan yang
dilakukan. Dalam jangka pendek, inflasi memberi manfaat kepada firma iaitu keuntungan yang
meningkat dari aspek kadar upah buruh. Namun, sekiranya kadar inflasi berlaku terlaulu tinggi dan
disertai dengan kadar pemeruapan yang tinggi, ini boleh menyebabkan firma menangguh untuk
melakukan pelaburan dan ini menjejaskan pengeluaran dan pertumbuhan ekonomi negara.Namun di
Malaysia, kadar inflasi masih berada dalam paras selamat iaitu 3.5 peratus yang mana kadar ini boleh
membawa kepada peningkatan dalam kadar pertumbuhan ekonomi (Mansor Jusoh 2013). Oleh itu
dapat disimpulkan bahawa, apabila inflasi meningkat, kadar bunga akan jatuh, pulangan pelaburan
akan menurun dan kadar dividen yang diberikan kepada pencarum adalah sedikit.
Berdasarkan jadual dibawah, kadar inflasi Malaysia meningkat dalam tempoh 12 tahun yang
lalu dengan mencatatkan kadar tertinggi sebanyak 5.4 peratus setahun pada tahun 2008 ketika harga
bahan api meningkat secara mendadak. Selepas mencatat pada paras serendah 0.6 peratus pada tahun
2009, kadar inflasi Malaysia kembali normal pada paras 3.2 peratus pada tahun 2011 dan menurun
pada tahun 2012 kepada 1.7 peratus.Namun, kadar dividen bagi pencarum KWSP mengalami arah
aliran yang tidak stabil iaitu meningkat dan menurun dari tahun 2000 hingga 2012. Kadar pulangan
nominal yang tertinggi adalah pada tahun 2012 yang mencatatkan peratusan sebanyak 6.15. Hal ini
demikian kerana, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan kadar faedah selaras dengan

668

Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri
Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin Alisa Ahmad, Suhaili al-Maamum, Hafizi Abdul Majid

pemulihan ekonomi Malaysia. Manakala kadar dividen yang paling rendah ialah pada tahun 2008
sebanyak 4.50 peratus. Hal ini demikian kerana, berlakuya krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia.
Berdasarkan rajah di atas, jelas menunjukkan bahawa, apabila inflasi meningkat, contohnya
pada tahun 2010 sebanyak 1.70 peratus kepada 3.20 peratus pada tahun 2011, kadar bunga akan jatuh,
dan menyebabkan pulangan pelaburan akan menurun dan kadar dividen sebenar yang diberikan kepada
pencarum adalah sedikit iaitu sebanyak 4.10 peratus kepada 2.80 peratus.Berikut Merupakan jadual
yang menunjukkan kadar dividen KWSP yang diberikan kepada pencarum KWSP dari tahun 2000
hingga 2012 dan pulangan nominal berbanding sebenar yang dipengaruhi oleh inflasi.
Cadangan & Rumusan
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, maka dapat kita simpulkan bahawa inflasi memberi kesan
kepada dana persaraan KWSP samaada kepada golongan kaya ataupun miskin. Kadar kenaikan inflasi
yang tidak menentu boleh mempengaruhi nilai benar mata wang yang akhirnya akan memberi kesan
yang amat besar kepada simpanan dana KWSP. Namun, satu alternatif dicadangkan supaya agar nilai
simpanan wang ini tidak jatuh.Antaranya ialah penggunaan dinar emas (Salmy Edawati 2011).
Berikut merupakan keterangan ringkas mengenai instrumen yang akan dicadangkan agar
simpanan pencarum KWSP berada pada nilai tetapnya.
a)

Akaun Pelaburan Emas

Akaun Pelaburan Emas adalah sejenis akaun simpanan yang ditawarkan oleh pihak bank untuk
membuat simpanan wang seperti akaun simpanan biasa.Bezanya, akaun ini tidak mencatatkan jumlah
simpanan dalam bentuk nilai ringgit, sebaliknya dalam unit gram emas. Melalui akaun simpanan emas,
pembeli seolah-olah akan membeli emas secara fizikal dalam kiraan gram daripada pihak bank.
Namun, pembeli tidak akan menerima emas tersebut sebaliknya hanya catatan dalam akaun sahaja
menyatakan yang kita memiliki sejumlah pegangan emas pada bank tersebut.Oleh kerana simpanan
emas kita dinyatakan dalam nilai emas, maka jumlah wang kita berubah seiring dengan perubahan
harga pasaran emas semasa. Apabila harga emas meningkat, jumlah wang kita turut meningkat, namun
jumlah gram emas pembeli tetap sama. Begitulah sebaliknya jikalau harga emas menurun (Saat
Hukami 2011).
Tambahan lagi, berdasarkan kepada rajah di bawah,dapat kita lihat bahawa nilai emas
berkadaran dengan kadar semakin meningkat. Ini sekaligus dapat kita simpulkan bahawa, emas boleh
dijadikan alat lindung nilai kepada dana simpanan KWSP.Rajah yang menunjukkan kadar kenaikan
emas dalam pasaran semasa dari tahun 2000 hingga 2013.

CADANGAN/USAHA
MEMBANGUNKAN
MENGGUNAKAN EMAS

DANA

PERSARAAN

DILABURKAN

Kajian mendapati bahawa terdapat usaha daripada pelbagai Negara-negara di seluruh dunia untuk
mejadikan emas sebagai alat lindung nilai Negara mereka. Namun terdapat beberapa Negara seperti
Malaysia dan Indonesia yang mengkaji bagi mengaplikasikan penggunaan emas dalam dana pencen
atau persaraan Negara mereka.
i.

Malaysia

Kajian yang dilakukan oleh Salmy Edawati 2011 mengenai penggunaan emas ada mencadangkan
beberapa cadangan yang menyatakan supaya emas dijadikan alat lindung nilai bagi simpanan persaraan
di Malaysia khususnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
ii.

Indonesia

Kajian dilakukan oleh Jabatan Dana Pensiun Indonesia untuk mengaplikasikan penggunaan emas
sebagai alat pelaburan dan alat lindung nilai bagi menjamin simpanan dana pensiun rakyatnya. Namun
hingga kini, kajian masih lagi dijalankan untuk mlelihat keberkesanan penggunaan emas.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013

669

CADANGAN MODEL MEKANISME PENGGUNAAN EMAS DI KWSP


Berdasarkan kepadarajah 3 iaitu Model Mekanisme Penggunaan Emas di KWSP kita dapati bahawa
terdapat dua operasi penting yang berlaku dalam pengurusan dana simpanan dan aset pemilikan KWSP
yang ditanda sebagai I dan II.
Operasi I menyatakan bahawa, KWSP akan melaburkan aset pemilikannya dalam portfolio
pelaburan yang boleh menjana keuntungan seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman/bon,
ekuiti, instrument pasaran wang dan pelaburan hartanah. Pulangan yang diperoleh daripada pelaburan
ini akan diagihkan kepada ahli/pencarum KWSP yang dikenali sebagai dividen.Dividen ini dijamin
oleh kerajaan pada kadar minimum 2.5%. Dividen yang diberikan kepada ahlinya adalah berdasarkan
baki bulanan dan baki tahunan.
Manakala dalam operasi yang ke-II pula menyatakan, caruman atau sumbangan bulanan yang
diberikan oleh majikan dan pekerja akan disimpan oleh KWSP sebagai dana simpanan persaraan.
Kadar caruman syer majikan bagi pekerja yang menerima upah bulanan RM5,000 dan ke bawah
dinaikkan 1 peratus daripada 12 peratus kepada 13 peratus, manakala kadar caruman syer pekerja kekal
pada kadar 11 peratus.Dalam operasi ini, akaun KWSP dibahagikan kepada dua iaitu Akaun I dan
Akaun II mengikut pecahan dengan 70% untuk Akaun I dan 30% untuk Akaun II.Akaun I bertujuan
untuk kegunaan selepas persaraan dan pelaburan sahaja.Pelaburan yang dilakukan adalah mengikut
kerelaan pencarum atas sebahagian wang simpanannya dalam instrumen pelaburan yang mereka
kehendaki.KWSP akan melantik institusi-institusi kewangan yang lain untuk menjadi Institusi
Pengurusan Dana (IPD) bagi mengurus kewangan ahli mereka.
Berdasarkan kajian diatas, penulis mendapati bahawa operasi ke-II ini membolehkan emas
digunakan dalam instrumen pelaburan dalam akaun I melalui IPD dan simpanan emas fizikal daripada
akaun II. Dengan ini kita dapat menjadikan emas sebagai aset yang menjadi alat lindung nilai yang
kalis inflasi. Penulis mencadangkan supaya IPD baru dilantik oleh KWSP iaitu Kuwait Finance
House (KFH) dalam mengaplikasikan pelaburan emas dalam KWSP.Hal ini selaras dengan pendapat
Lutfi M. Hamidi (1997) menyatakan bahawa penggunaan emas boleh diaplikasikan dalam organisasi
berasaskan simpanan wang.Pelaksanaan ini terbukti berkesan apabila dilakukan oleh Ongkos Naik Haji
(ONH) Indonesia.Kejayaan ONH dalam membuktikan bahawa emas sebagai alat penyimpan nilai
malah dapat meningkatkan lagi nilai simpanan pelanggan dari tahun ke tahun.Jemaah haji yang
menyertai ONH ini terlibat dengan simpanan dan pelaburan dinar emas melalui Gold Accumulation
Plans Scheme (GAPs). Dengan GAPs ini, penyimpan akan memperoleh keuntungan daripada
peningkatan harga semasa emas. Wang simpanan penyimpan akan diterima dalam bentuk rupiah,
namun akan disimpan di dalam bank mengikut nilai emas. Simpanan tersebut akan dilaburkan
mengikut prinsip syariah untuk membayar perbelanjaan haji yang dikenali sebagai Tabungan Haji
Investatif (THI) (Salmy Edawati 2011).
Manakala simpanan emas fizikal daripada akaun II ini dilaksanakan dengan hanya
menggunakan sebahagian wang daripada jumlah wang di akaun II, contohnya sebanyak 10peratus
daripada 30 peratus, yang mana tertakluk kepada kehendak pencarum, untuk dijadikan sebagai emas
fizikal atau jongkong emas supaya diakhir pengambilan wang KWSP ini nanti, pencarum akan
memiliki emas fizikal yang boleh digunakan sebagai aset atau alat pelaburan yang boleh mengaktifkan
kegiatan ekonomi dan kewangan Islam.

RUJUKAN
Mansor Jusoh. (1990). Siri Teks Ekonomi Dewan (Inflasi).Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian
Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur , 1-140.
Saat Hukami. (2011). Pelaburan Emas ( Kaedah, Pendekatan dan Strategik). PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd, 57-63.
Yasin Salimibeni, Mohd Azlan Shah Zaidi, Zulkefly Abdul Karim &Mansor Jusoh, 2012. Inflation and
Relative Price Variability: Further Evidence from Malaysia. Prosiding Perkem Vii, Jilid 1, 65
71.
Primawan Wisda Nugroho, Maruto Umar Basuki.(2012). Analisis Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Inflasi Di Indonesia Periode.Diponegoro Journal Of Economic, 1-10.
Russell Davidson & James G. MacKinnon.(1982). Inflation and the Savings Rate.Queens Economics
Department Working Paper No. 49, 1-16.
Vaibhav Chaturvedi, Brajesh Kumar, Ravindra H. Dholakia. (2009). Inter-Relationship Between
Economic Growth,Savings and Inflation in Asia. Journal of International Economic Studies,
122.

670

Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri
Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin Alisa Ahmad, Suhaili al-Maamum, Hafizi Abdul Majid

Toh Kit Siang, Mansor Jusoh & Tamat Sarmidi.(2010). Nilai Ufuk Inflasi dan Pertumbuhan Ekonomi
di Malaysia.Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke V (PERKEM V), 83 97.
Salmy Edawati Yaacob, Mohd Al Adib Samuri, Mohd Izhar Arif Mohd Kashim, Ezad Azraai Jamsari,
Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari. (2011). Dinar Emas Sebagai Mata Wang Dan
Komoditi Di Beberapa Negara Terpilih.Jurnal Melayu,147 172.
Salmy Edawati Yaacob & Sanep Ahmad. (2012). Prospek Penggunaan Dinar Emas Sebagai Mata
Wang: Analisis Berdasarkan Teori Monetari. Jurnal Pengurusan 36, 161 171.
Salmy Edawati binti Yaacob.(2009). Sejarah Dinar Emas dan Kronologi Pertukaran Mata Wang
Dunia.Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 4, 107 127.
Salmy Edawati Yaacob (Dr.). (2012). The Reality Of Gold Dinar Application In Malaysia. Original
Article Advances in Natural and Applied Sciences, 6(3), 341-347.
Mansor Jusoh. (2013). Inflasi dan Kesannya Terhadap Dana Simpanan.Pembentangan Roundtable
Discussion Inflasi, Simpanan wang dan Keistimewaan Emas.
Ahamed Kameel Mydin Meera. (2013). World Economy 2012/2013 and Gold.Pembentangan
Roundtable Discussion Inflasi, Simpanan wang dan Keistimewaan Emas.
Laporan Tahunan 2011 Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
http://pertanianselangor.wordpress.com/category/krisis-makanan/
http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/home
Lukmanul Hakim Abdul Latif. (2000). Polisi fiskal dalam mengatasi masalah inflasi: kajian
perbandingan antara sisten ekonomi Islam dan Konvensional. Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Dr Roslan A. Ghaffar& Rita Benoy Bushon .(1994). The Effect On Inflation On Provident Funds And
Measures To Prevent Erosion In The Real Value Of Their Assets: A Case Of Employees
Provident Fund Of Malaysia.Issa 14th Meeting Of The Committee On Provident Fund.

Sumber : Roundtable Discussion Inflasi, Simpanan Wang & Keistimewaan Emas2013


RAJAH 1: Kadar Dividend dan Simpanan Tetap KWSP
JADUAL 1: Campuran Portfolio dalam Pelaburan KWSP Tahun 2007-2011
PORTFOLIO
2007
19.5
Sekuriti Kerajaan
Malaysia
16.8
Pinjaman dan Bon
11.5
Ekuiti
19.2
Instrumen Pasaran
Wang
20.6
Hartanah
2.0
Kadar Inflasi
Sumber : Laporan Tahunan KWSP, 2011

2008
19.1

2009
19.7

2010
20.4

2011
21.5=10%

18.3
15.3
19.0

19.7
17.5
23.1

21.3
26.7
24.0

24.0=42%
29.1=15%
15.0

18.8
5.4

18.0
0.6

21.6
1.7

21.1
3.2

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013

671

JADUAL 2: Kadar Dividen KWSP dan Pulangan Nominal berbanding Sebenar

Peratus (%)
Kadar Pulangan Dividen 12 bulan

Tahun
Inflasi

Nominal

Sebenar

2000

1.60

6.00

4.40

2001

1.40

5.00

3.60

2002

1.80

4.25

2.45

2003

1.10

4.50

3.40

2004

1.40

4.75

3.35

2005

3.00

5.00

2.00

2006

3.60

5.15

1.55

2007

2.00

5.80

3.80

2008

5.40

4.50

-0.90

2009

0.60

5.65

5.05

2010

1.70

5.80

4.10

2011

3.20

6.00

2.80

2012

1.70

6.15

4.45

Purata (2001-2012)

2.40

5.70

3.33

Sumber :Laporan Tahunan 2011 LembagaKumpulan Wang Simpanan Pekerja

Laporan Pembentangan Roundtable Discussion Inflasi, Simpanan Wang & Keistimewaan Emas Prof
Kameel Mydin Meera 2013
RAJAH 2: Kadar Kenaikan Emas dalam Pasaran Semasa dari Tahun 2000 hingga 2013

672

Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri
Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin Alisa Ahmad, Suhaili al-Maamum, Hafizi Abdul Majid

Sekuriti Kerajaan Malayisa


Bon/ Pinjaman
Keuntungan

Dividen

Ekuiti
Instrumen Pasaran Wang

Hartanah
3

Diagihkan
kepada
peserta

1
II

RAJAH 3: Cadangan Model Mekanisme Penggunaan Emas di KWSP

You might also like