Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan, Dan Terjemahan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,

PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN


PENDAHULUAN
Setiap bangsa di dunia ini mempunyai bahasa pertuturan yang tersendiri.
Begitu juga bagi bangsa Melayu. Bahasa yang menjadi perantara untuk dituturkan di
kalangan bangsa Melayu ialah bahasa Melayu. Bahasa Melayu tergolong dalam
subkeluarga bahasa Melayu-Polinesia dan terletak di bawah rumpun Austronesia.
Penyebaran bahasa ini di Kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik menyebabkan
Bahasa Melayu telah berkembang dan membentuk bahasa daerah masing-masing.
Bahasa Melayu berada di bawah cabang keluarga Nusantara yang mempunyai kirakira 200-300 pecahan bahasa di bawahnya. Para ahli bahasa telah membahagikan
peringkat perkembangan bahasa Melayu sejak zaman awal penemuannya hingga
kini kepada empat iaitu zaman bahasa Melayu purba, zaman bahasa Melayu kuno,
zaman bahasa Melayu klasik dan zaman bahasa Melayu moden.
Bahasa Melayu adalah warisan kebudayaan Melayu kerana hasil-hasil karya
melayu moden dan klasik tidak mungkin dapat dipisahkan dengan latar belakang
kehidupan masyarakat melayu ketika sastera itu dilahirkan. Bahasa Melayu moden
dan klasik mempunyai perbezaan dari segi isi, bentuk, struktur bahasa perumusan
masalah dan analisis yang sistematik. Awang Sariyan berpendapat Bahasa Melayu
Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa
Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula
pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan
sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan
Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Gaya Bahasa Melayu Klasik pula
memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada
ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh
bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada
itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni
karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan
Jawi yang berasaskan bahasa Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang
meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem
tulisan inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan

Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang,
iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan
pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh
kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU


Berkurun lamanya orang yang tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok
tanpa berhubungan dengan kelompok yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunungganang dan lautan yang luas. Walaupun pada mulanya mereka satu asal tetapi
kerana terputusnya hubungan di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain
dalam masa yang sangat lama, maka setiap kelompok mengatur cara hidup dan
menggunakan pertuturan mereka sendiri sesuai dengan keadaan alam dan
keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat keadaan inilah timbulnya suku
bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan pelbagai loghat/dialek bahasa
Melayu di Tanah Semenanjung.
Sebelum ditemui bukti sejarah berupa tulisan pada batu bersurat tentulah
bahasa Melayu telah digunakan untuk masa yang panjang kerana didapati bahasa
yang ada pada batu bersurat kemudiannya sudah agak tersusun pembinaan kata
dan pembinaan ayatnya dan juga sudah kuat pengaruhnya sehingga orang India
yang menulis perkataan pada batu bersurat tersebut yang menggunakan aksara
Sanskrit memasukkan juga beberapa perkataan Melayu. Untuk memberi nama pada
bahasa yang tidak mempunyai bukti sejarah tersebut (sebelum bahasa orang India
masuk ke Nusantara), ia diberi nama bahasa Melayu Purba.
Perkembangan bahasa Melayu pada abad ke-7 banyak dipengaruhi oleh
budaya yang datang ke Nusantara seperti budaya India. Dari segi sejarah, sebelum
abad ke-7, ramai peniaga dan pedagang India (dari barat) yang bertukar-tukar
barang perniagaan dengan pedagang China (dari timur). Oleh itu, untuk
memudahkan urusan, mereka singgah di Kepulauan Melayu.
Budaya yang paling berpengaruh di Alam Melayu pada peringkat awal ialah
budaya India. Sebenarnya tarikh bermulanya pengaruh India di Alam Melayu tidak
diketahui dengan tepat. Pengaruh India ini bukan sahaja disebarkan oleh pedagang-

pedagang India, tetapi turut disebarkan oleh orang-orang Melayu yang pergi
berdagang ke India.
Kesan kemasukan pengaruh India yang paling ketara ialah penggunaan
bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit merupakan bahasa kebudayaan yang terpenting
di India. Segala hasil seni kesusasteraan klasik, ilmu pengetahuan, falsafah, dan
agama ditulis dalam bahasa ini. Melalui bahasa Sanskrit, bahasa Melayu telah
mengalami evolusinya yang pertama. Banyak perkataan Sanskrit telah diterima
masuk ke dalam bahasa Melayu.
Bahasa Sanskrit bukan sahaja dipinjam untuk menyatakan sesuatu yang
berkaitan dengan bidang kebudayaan, kesenian atau agama, tetapi bahasa itu juga
telah

mempengaruhi

pelbagai

cabang

kehidupan.

Misalnya,

beberapa

perbendaharaan kata Sanskrit telah digunakan untuk menamakan bahagian tubuh


badan, barang-barang perdagangan, alat perkakas, tumbuh-tumbuhan, senjata dan
ilmu pengetahuan.
Ini mungkin disebabkan bahasa Melayu masih kurang perbendaharaan
katanya dalam menyatakan perkara-perkara tertentu atau berkemungkinan orangorang Melayu ingin menaikkan taraf bahasanya ke arah bahasa sarjana untuk
menyatakan idea-idea baharu yang tinggi-tinggi.
Pada umumnya Bahasa Melayu telah mula digunakan dalam sistem
pentadbiran kerajaan Sri Wijaya di abad ke-7 lagi. Namun perkembangan Bahasa
Melayu dipergiatkan lagi pada era kegemilangan Melaka pada abad ke-13 sesuai
dengan statusnya sebagai pusat perdagangan di rantau ini pada ketika itu. Menurut
Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Haji Abdul Aziz dan Arba'ie Sujud (1997), sejarah
perkembangan Melayu di Nusantara adalah melalui tiga tahap iaitu Bahasa Melayu
sebelum dan Zaman Keagungan Melaka, Bahasa Melayu Zaman Pra-Merdeka dan
Bahasa Melayu selepas Merdeka. Namun untuk tujuan kertas kerja ini, perbincangan
hanya difokuskan kepada sejarah perkembangan Melayu selepas merdeka sekitar
50'an sehinggalah ke hari ini kearah pemupukan, kemantapan, kesempurnaan
Bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin kehidupan melalui sistem pendidikan negara
dan tokoh-tokoh bahasa Melayu di Malaysia.

ASAL USUL BAHASA MELAYU


Menurut Amat Juhari Moain ( 2006) , apabila kita ingin mengetahui asal usul
sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama
bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu
masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana
pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin
mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusur galuri asal usul
bangsa Melayu.
Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa
Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan
yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu
berasal dari utara iaitu Asia Tengah dan pandangan yang kedua menyatakan
bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau
Nusantara ini.
Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana
Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah
melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan
masyarakat Melayu kuno.
Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada
kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di
China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan
manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara. Gelombang pertama
dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi.
Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua
yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur
di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini
menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri,
Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke
kawasan hutan dan pedalaman. Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek
moyang masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala


bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain
daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan
rumpun bahasa Tibet-Cina. Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa
Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
a. Bahasa Melayu Kuno,
b. Bahasa Melayu Klasik dan
c. Bahasa Melayu Moden.

BAHASA MELAYU KUNO


Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu
Kuno bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada
abad ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen
Chau di Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi.
Bahan bukti yang ditemui ialah sebuah prasasti.
Nik Safiah Karim dalam bukunya iaitu Ace Ahead Bahasa Malaysia
(2008,13), bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang di Nusantara
antara abad ke-7 sehingga abad ke-13, iaitu pada zaman peralihan Hindu-Islam.
Pada ketika itu, kerajaan yang berkuasa ialah kerajaan Sriwijaya. Sewaktu
pemerintahan kerajaan Sriwijaya, bahasa Melayu berkemungkinan telah menjadi
bahasa pengantar kerajaan. Ini terbukti dengan terjumpanya empat buah batu
bersurat yang ditulis dalam bahasa Melayu kuno.
Bahasa Melayu Kuno wujud setelah menerima pengaruh daripada India.
Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13
pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
Mereka yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah
Melayu , Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana
terdapat beberapa ciri yang boleh diterima oleh orang ramai. Antaranya ialah bersifat
sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno juga
dikatakan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Sehubungan itu,

bahasa Melayu Konu juga mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa
Jawa.
Terdapat juga teori yang mengatakan bahawa berlakunya perkembangan
bahasa Melayu iaitu bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah
melalui aktiviti perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang
dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke
barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat
Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja
sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India
dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab.
Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke
Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para
pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat
pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu
Kuno.

BAHASA MELAYU KLASIK


Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada abad ke-14
hingga abad ke-19. Pada zaman ini, pengaruh Arab dan agama Islam sangat giat
berkembang di Nusantara. Oleh itu, bahasa Melayu klasik ialah bahasa yang
berkembang selari dengan pengaruh agama Islam di Asia Tenggara. Bahasa Melayu
ini berkembang pesat pada zaman kerajaan Melayu Melaka (1403-1511),
kemudiannya berpindah ke Aceh, dan akhirnya Johor-Riau. Bahasa klasik ini lebih
jelas berbanding dengan bahasa kuno.
Bahasa Melayu Klasik bermula pada abad ke-14 hingga awal abad ke-19.
Zaman permulaan bahasa Melayu Klasik ditandai dengan penemuan prasasti di Ulu
Berang Kuala Terengganu bertarikh 702 H

bersamaan

1303 Masehi. Selain

penemuan prasasti tersebut terdapat juga prasasti bahasa Melayu Klasik


terutamanya di negeri Kedah, Kelantan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan
Pengkalan Kempas. Ada juga prasasti yang ditemui di Sumatera, contohnya di
Jambi, Riau, Sumatera Selatan, Acheh dan lain-lain lagi (Amat Juhari Moain 1994).

Bukti-bukti kewujudan bahasa Melayu Klasik juga boleh ditemui dalam bentuk
manuskrip. Pengkaji-pengkaji menganggap sebanyak 12,000 manuskrip di temui
tetapi semuanya tersimpan di luar negara. Manusrip yang tertua sekali ialah surat
Sultan Ternate, Baluku kepada Raja Portugis bertarikh 1521 Masehi ( Ahmat Adam ,
1992 ). Manakala manuskrip bentuk buku yang paling tua yang ditemui setakat ini
ialah kitab Aqa'id Al-Nasafi yang bertarikh pada 1590 M (998 H). Manuskrip lain yang
ditemui bagi membuktikan kewujudan bahasa Melayu Klasik ialah manuskrip
Tutinameh (1600M), Hikayat Seri Rama (1633 M), surat Raja Acheh kepada Harry
Middleton (1602M) dan surat Emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh
kepada Raja Inggeris, King Jame 1 (1615 M), (Nik Safiah Abd. Karim. 1992).
Doktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu
Klasik mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Perkembangan
kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari
segi kebudayaan,dan keperibadian bangsa.
Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang
untuk

tujuan

menghasilkan

sesebuah

karya

dalam

bidang

kesusasteraan,

ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan


kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi
sedikit sehinggalah ke abad ke-15.
Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14.
Buktinya ialah penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu
Klasik telah digunakan sebagai lingua franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka.
Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviit perdagangan dan
penyebaran agama Islam.
Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik
adalah penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu AlMasail oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed
Muhammad Arsyad Al-Banjari .Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama
seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal
ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan
pemerintahan, falsafah dan pengembaraan.
Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab,telah menyebabkan
bahasa Melayu melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi.

Bahasa Melayu Klasik mula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat
dengan kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris.
Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru
yang turut mempengaruhi bahasa Melayu.
Amat Juhari Moain (1992:1062) tulisan rumi mula digunakan dengan
penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun
1516 Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun 1521
Masihi seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan
Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali.
Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke14 hingga abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan
antara tahap bahasa Melayu Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. Bahasa
Melayu

klasik dapat disimpulkan sebagai

bahasa yang digunakan

dalam

kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah, perdagangan,


dan perhubungan iaitu budaya dan kemasyarakatan.

RUJUKAN
1.

Kamus Dewan Edisi Baharu (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

2.

Ismail Hussein, 1966. Sejarah Pertumbohan Bahasa Kebangsaan Kita, Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood
(2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

4.

James T Collins, 1998. Malay, World Language: A Short History,. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

5.

Ibrahim Ahmad 1994. Perkamusan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

6.

Gazali Dunia(1992). Sastera Melayu Lama. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.:Kuala


Lumpur.

7.

Asmah Haji Omar, 1985. Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada
perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8.

B. Mallikarjun Globalization and Indian languages. Language in India, Vol.3: 2


Februari 2003.

9.

A.Aziz Deraman, 2000. Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Malaysia.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10. Abdullah Hassan, 1997. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-Esei
Lain. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
11. Awang Sariyan, 2004. Teras Pendidikan Bahasa Melayu. Asas Pegangan Guru,
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
12. Hashim Bin Hj. Musa, 2004. Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia:
Menghadapi Globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
13. Siti Hajar Abdul Aziz (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
14. Harimurti Kridalaksana (1983). Tradisi dan Inovasi dalam Penyelidikan Bahasa
Melayu. dalam Jurnal Persatuan Linguistik Malaysia.

You might also like