Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

1.

0 PENDEKATAN LUKISAN
1.1 Pendekatan Proses dan Produk
Pendekatan ini diperkenalkan oleh Stufflebeam(1971). Tugas para penilai
ialah mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat
untuk memilih tindakan alternatif dan melaporkan. Penilaian proses
tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan
matlamat program. Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk
mengawal pelaksanaan program. Untuk kajian ini penilaian proses ialah
cara pengajaran dan pembelajaran guru-guru PSV, cara guru menilai kerjakerja projek dan kursus PSV yang diikuti oleh guru.
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran
PSV berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman. Terdapat
banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian disarankan.
Ini termasuklah kerja amali, projek, tunjuk cara, kerja luar, main peranan,
sumbang saran, dan kaji siasat.
diwujudkan dapat

Adalah diharapkan suasana yang

memberi murid pengalaman dan keyakinan untuk

mengaitkan pengetahuan PSV dengan kemahiran dan amalannya dalam


kehidupan seharian.
Program ini mengajar murid-murid sepatutnya menggunakan kaedah
penyampaian yang beragam, beberapa kajian telah menunjukkan keputusan
yang agak memeranjatkan. Penilaian produk tertumpu kepada hasil program
setelah ia tamat dilaksanakan. Penilaian produk dalam kajian ini ialah hasil
perubahan sikap pelajar dan pencapaian objektif PSV. Sikap pelajar juga
merupakan faktor yang dapat menentukan pencapaian matlamat pengajaran
dan pembelajaran. Rummers dan Gage (1987) menyatakan bahawa sikap
mempengaruhi dan mencorakkan pengajaran di dalam bilik darjah. Ramlah
(1993) menegaskan bahawa ada empat proses sikap yang mempengaruhi
pembelajaran iaitu integrasi, perbezaan, kejutan, dan penerimaan. Keempatempat proses ini dapat menentukan sama ada pelajar dapat menyesuaikan
diri dengan pengajaran dan pembelajaran.
1.2 Pendekatan Discipline Based of Art Education (DBAE)

DBAE adalah pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni yang


bermula pada awal 1980an oleh Getty Center For Art Education (dikenali
sebagai Getty Education Institute). Ianya merupakan sebahagian daripada
J.Paul

Getty

Trust

sebuah

yayasan

swasta

yang

mendedikasikan

sumbangan kepada Seni Visual dan Kemanusiaan. DBAE bukanlah teori


yang asli tetapi lebih merupakan kerangka konsep yang menggabungkan
elemen-elemen daripada teori-teori pendidikan yang lain (contoh;

Visual

Thinking Strategies).
DBAE meliputi 4 Asas Disiplin Seni
i

ii

Produk Seni
Murid mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil karya
secara tersendiri.
Sejarah Seni
Murid mempelajari kejayaan penghasilan karya pada masa lampau dan
semasa bagi memotivasikan diri, contohnya gaya serta teknik, atau
pun perbincangan tentang perhubungan dengan kebudayaan, politik,

iii

kemasyarakatan, agama, ekonomi dan pergerakan seni.


Kritikan Seni
Murid akan menyata, menganalisa, membuat intepretasi dan membuat
penilaian sesuatu hasil karya. Aktiviti ini dikenali sebagai membuat

iv

apriesiasi seni.
Estetika
Murid akan menimbangkan keaslian, maksud serta impak dan nilai
sesuatu hasil karya yang menjana formula yang mencerminkan
pendapat yang ilmiah serta penghakiman terhadap karya seni itu. Di
samping mengkaji karya serta membuat penilaian sesuatu hasil karya
itu.

Pada awalnya DBAE diperkembangan untuk hasil seni sahaja tetapi secara
beransur-ansur terarah mengkaji pelbagai bidang termasuk, tarian, drama
dan muzik. Ia juga digunakan dalam kepelbagaian bidang pendidikan, seperti
penkajian tinggi, pembelajaran sepanjang hayat, muzium seni tetapi lebih
digunakan dalam kelas Pendidikan Seni Visual. Seperti kedua-dua Visual
Thinking Strategies (VIS) dan New Muzeum Model (NMM), DBAE
merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based training), di mana fokusnya

kepada murid dengan minat, pertimbangan, penaakulan serta kemahiran


pemikiran kritikal mereka. Inkuiri secara terbuka, perbincangan kumpulan
serta penyelesaian masalah memainkan peranan yang penting di dalam
kurikulum dan bilik darjah di mana guru dilihat sebagai pemudah-cara di
dalam proses ini. DBAE berbeza dari kedua-dua model ini (VTS dan NMM)
kerana mempunyai matlamat pendidikan yang luas dan lebih berstruktur serta
kurikulum yang lebih terarah.

1.3 Pendekatan Chapman


Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini
dalam pelajaran seni iaitu:
(i) Pemerhatian
(ii) Penerokaan
(iii) Penghasilan (pembuatan)
(iv) Apresiasi dan perlanjutan
Pemerhatian yang aktif
Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti,
perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:
pengetahuan sedia ada murid
benda yang konkrit
minat, kecenderongan dan latar belakang murid
bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi
mencetus idea dan imaginasi
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan
Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti
penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan
aktiviti, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:
ii. Penerokaan
aktiviti kecil mudah ringkas
cuba mencuba, suaikenal dengan bahan
3

penemuan oleh murid sendiri, uji menguji


mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain
bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba
aktif melibatkan pelbagai kecerdasan
menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik
Penghasilan / membuat penggunaan alat bahan dan teknik
tatacara, langkah dan proses membuat
amalan tertib kerja
keselamatan semasa bekerja
penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil
iii Apresiasi
Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis aktiviti
Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti
mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti
mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:

aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan,
jalinan, warna, ton, rupa bentuk dan bentuk

aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda


aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik
penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya
perasaan, penghargaan dan refleksi diri
penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan
kandungan.
1.4 Pendekatan PSV KBSR
Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu:
Pemerhatian secara aktif:

Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci

Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual

Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek


buatan manusia
4

Membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi murid
ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan:

Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam


mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan

Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran


asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta
teknik- teknik mudah.

Apresiasi seni visual secara mudah:

Memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni


visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi
keindahan dan fungsi

Murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai sumbangan


mereka.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan:

Murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang


wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka

Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme,


nilai kebersihan dan kepekaan.

1.5 Pendekatan Pendidikan Seni John A. Michael


Micheal (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan
pendekatan

kemanusiaan.

Ia

diaplikasikan

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran yang akan memberi peluang kepada pelajar mengenali dirinya


dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan
membantu proses perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu:
Mengenali diri sendiri
Mengenali seni dan kelompok-kelompok kecil di persekitaran mereka
Peka tentang perasaan

Memiliki konsepsi diri


Murid mempunyai cara pembelajaran mereka sendiri. Seharusnya kita
mengeksploitasi kelebihan itu di samping memberi tunjuk ajar secara
berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan mereka dalam
menguasai sesuatu kemahiran. Mengikut John A. Michael dalam bukunya
'Art and Adolescense' ada dua pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu:
(a)

Pendekatan secara logik

Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman


intelek semata-mata.Banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan
munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut.
(b)

Pendekatan secara psikologi

Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada


perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada
penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat
meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara
ini lebih realistik dan dapat menerima response dan pendapat orang lain.
Kesan tindak balas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang
digunakan.
2.0 ASAS MELUKIS DALAM STUDIO
Melukis merupakan aktiviti asas sebelum melibatkan diri dengan lebih
mendalam ke bidang-bidang seni lain. Menguasai ilmu dalam bidang ini amat
penting. Kemahiran melukis sahaja tidak mencukupi. Anda perlu menguasai
sebaik mungkin semua kemahiran termasuk melukis dalam studio.
Melukis dalam studio merupakan satu kegiatan yang menuntut beberapa
disiplin atau tatacara. Kerja-kerja dalam studio begitu berbeza dengan luar
studio. Di dalam studio, penggunaan tertingkap tidak perlu lagi digunakan,
tetapi beberapa peraturan yang perlu digunakan.
Lukisan dalam studio bergantung kepada model atau setting. Lebih mudah
sebagai asas, anda dinasihatkan menggunakan alat atau bahan yang mudah
didapati sebagai latihan. Apabila telah mahir, boleh menggunakan model
6

sebenar seperti manusia dan sebagainya untuk mendapatkan kemahiran ini.


Latihan berterusan amat diperlukan.
Penggunaan buku lakaran sebagai latihan perlu diamalkan. Ia sebagai latihan
dan perlu dibawa ke mana-mana. Dengan cara ini, anda akan dapat melukis
dan melakar apa sahaja di hadapan anda. Sudah tentu anda akan dapat
menguasai aspek-aspek lukisan dengan lebih cekap lagi. Kebanyakan artis
terkemuka menggunakan kaedah ini.
Contoh latihan amali melukis dalam studio
1. Penentuan Tema : Alam semulajadi
2. Penentuan Tajuk : Buah-buahan
3. Lokasi : Dalam kelas / studio
Langkah 1
* Perhatian objek : buah-buahan dengan teliti
* Buat garisan dasar titik lenyap dan garisan menegak sebagai garis panduan
* Kemudian bentuk lakaran kasar bertitik geometri
* Garisan kontur boleh memperlihatkan bentuk

Langkah 2
* Lakarkan ton nipis dan lakarkan sedikit bayangan cahaya
* Perelokkan bentuk hingga menjadi bentuk mempunyai ton
* Padamkan mana-mana garisan yang tidak diperlukan lagi

Langkah 3
7

* Peringkat akhir ialah peringkat melengkapkan subjek yang dilukis


* Peringkat ini memerlukan penghasilan jalinan dan ton yang baik
.

3.0 ASAS MELUKIS DI LUAR STUDIO


Untuk menghasilkan karya lukisan, penekanan kepada perkara-perkara
seperti jenis lukisan, elemen asas, media dan teknik merupakan perkara yang
harus dititikberatkan. Bagi kerja-kerja studio, pengamatan akan menumpukan
kepada pemokusan objek, komposisi dan susunan objek yang akan dilukis.
Melukia di luar studio merupakan penekanan kepada pemokusan dengan
menggunakan

tetingkap

dan

melihat

dari

aspek

perspektif

serta

pencahayaan. Aspek-aspek pengamatan semasa melukis perlu diberi


penekanan antaranya ialah: ruang dan objek, subjek dan latar belakang dan
saiz dan kadar banding. Perkara-perkara ini adalah sebagai penilai kepada
sesuatu karya.
Contoh latihan melukis di luar studio
Langkah 1

Kaji subjek yang hendak dilukis dan bahagikan subjek kepada bentuk-bentuk
mudah.

Langkah 2

Mulakan dengan membuat bentuk-bentuk geometrik yang mudah. Gunakan


pensil dahulu.
Langkah 3

Gunakan garisan bandingan menegak dan melintang untuk membetulkan


subjek pada kertas lukisan. Betulkan dengan menggunakan pensil.
Langkah 4

Buatkan perincian dengan pensil pada subjek yang dilukis. Perincikan


bahagian ton cerah dan juga ton gelap.
Langkah 5
9

Dengan menggunakan pen, lukis kembali ke atas lakaran pensil yang dibuat.
Dengan pelbagai teknik garisan, perincikan subjek yang dilukis. Utamakan
nilai ton cerah dan gelap dalam subjek.
4.0 KAEDAH-KAEDAH MELUKIS
4.1 Kaedah tetingkap
Tetingkap fokus biasanya dibuat daripada kertas keras ataupun mounting
board berbentuk segi empat atau bentuk L.

Sebelum memulakan melukis, tentukan bahagian pilihan yang hendak dilukis.


Lukisan pemandangan misalnya, memberikan kesukaran pada pelukis untuk
memilih lokasinya. Untuk memudahkannya, pelukis perlu menyediakan
tetingkap fokus. Tujuan tertingkap fokus ialah :

Sesuai digunakan di luar atau dalam studio.


Memilih objek tertentu sahaja yang hendak dilukis
10

Mudah memilih objek yang menarik perhatian sahaja


Kawalan pemerhatian tertumpu pada lokasi terpilih sahaja
Tumpuan perhatian menjadi lebih berkesan terhadap lokasi.

Cara membuat tertingkap


Sebelum memulakan lukisan, anda dinasihatkan memilih dan fokuskan apa
objek yang hendak dilukis. Terlebih dahulu tentukan lokasinya, lukisan
bertemakan pemandangan wajar menggunakan tertingkap. Berikut ialah caracara membuat tertingkap.
a. Tertingkap boleh dibuat dengan menyilang kedua-dua jari penunjuk dan
ibu jari tangan.
b. Buatkan lubang pada sekeping kertas tebal. Tentukan ukuran yang
sesuai.
c. Pada kertas yang dibuat lubang itu, lekatkan(gam) benang mengikut
ukuran untuk dijadikan skala.
Cara menggunakan tertingkap
Menggunakan tertingkap mestilah betul dan tepat. Jika penggunaannya tidak
betul, maka lukisan yang dilukis juga tidak betul dan tepat. Berikut antara
panduan yang boleh diikuti jika menggunakan tertingkap :
a. Apabila menggunakan tertingkap, tangan mesti lurus ke hadapan, iaitu
menghala ke arah lokasi.
b. Tentukan perhatian anda, tumpuan perlu diberi kepada kekuatan mata
anda, pastikan mata mana yang digunakan sepenuhnya.
c. Kalau anda menggunakan mata kiri, tangan kiri yang memegang
tertingkap perlu selari dengan arah mata tersebut.
d. Jika menggunakan mata kanan, tentukan kedudukan tangan kiri yang
memegang tertingkap juga selari dengan mata kanan anda.
Panduan yang dinyatakan di atas amat penting supaya lukisan yang
dihasilkan itu tepat dan betul pemerhatiannya. Bagaimanapun anda boleh
melatih secara berterusan untuk mendapatkan ketepatan tersebut.
4.2 Kaedah tenang
Kaedah ini digunakan untuk mendapat kadar yang betul dan seimbang dalam
lukisan. Pensil atau ibu jari digunakan bagi menanda saiz objek dalam
lukisan. Mulakan dengan objek yang kecil kemudian di ikuti oleh objek yang
11

besar. Dengan menggunakan pembaris pula, objek dapat dibaca terus melalui
tanda-tanda dan dapat menganggarkan skala tepat bagi objek tersebut.

a. Memanjangkan lengan dominan (biasanya lengan kanan) dengan pensil di


tangan anda.
b. Letakkan ibu jari anda pada pensil sebagai tolok ( menyisipkannya ke atas
dan ke bawah atau ke kiri atau kanan, bergantung kepada unit ukuran yang
anda ingin bina ) .
c. Cuba untuk mencari satu bahagian yang anda boleh mengukur seluruh
objek. Dalam rajah di atas, kepala digunakan sebagai unit ukuran untuk
menentukan panjang badan subjek. Ini dilakukan dengan menyelaraskan
hujung pensil.
d. Apabila anda mencari bahagian yang dapat mengukur seluruh bahagian
objek, anda boleh memperincikan butiran objek lain dengan menggunakan
skala yang sama ukuran.
Cara memegang pensel

12

4.3 Kaedah grid


Tujuan grid digunakan adalah untuk membesarkan saiz sesuatu gambar atau
imej tertentu melalui kaedah peniruan. Melalui grid, kita dapat memastikan
bahawa porpotion lukisan kita menepati dan sama seperti yang asal. Gambar
asal 1 cm darab 1 cm, yang dilukis 10cm darab 10 cm.
Contoh latihan melukis dengan grid
1. Lukiskan grid (sama ukuran sisi) pada gambar asal. Mulakan dari tengah.
2. Nomborkan pada setiap grid.

13

Lukisan dipindahkan ke kertas lukisan dengan menggunakan kaedah grid.


3. Buat grid di atas kertas lukisan dengan ukuran grid lebih besar berbanding
grid di atas gambar asal tadi. Mulakan dari tengah kertas lukisan. Pastikan
jumlah kotaknya sama.
4. Mulakan melukis dengan meniru setiap garisan di setiap kotak. Contohnya,
di kotak no 7 di gambar asal terdapat puncak menara, maka lukis puncak
menara di kotak no 7 di kertas lukisan. Begitulah seterusnya sehingga
lengkap sebuah lukisan seperti gambar asal.
5. Masukkan bayang dan teduhan.
4.4 Kaedah pemerhatian
Cara menghasilkan karya yang baik dengan kaedah pemerhatian

Memerhatikan objek dengan terperinci

Melukis objek sebenar

14

Dilarang menekap

Menguasai teknik perspektif dengan baik


Digalakkan menggunakan grid untuk mendapatkan bentuk
Berhati-hati semasa melukis bentuk bujur

4.5 Kaedah peniruan tekap


Kaedah peniruan tekap adalah satu kaedah menggambar dengan cara
menekap untuk mendapatkan ulangan imej yang sama. Kaedah ini
merupakan satu kaedah yang paling mudah dan digemari oleh kanak-kanak.
Antara bahan-bahan yang selalu digunakan ialah kertas surih,kertas karbon
dan lain-lain. Kaedah ini merupakan satu kaedah yang paling cepat dan
ringkas untuk menghasilkan lukisan.

15

RUJUKAN
http://mccdrawing.blogspot.com/2011/01/using-your-pencil-thumb-to-find.html
http://www.studentartguide.com/articles/realistic-observational-drawings

16

You might also like