Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT

SEPTEMBER 2014

OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS

MATRICULATION NO

: 920616105698001

IDENTITY CARD NO.

: 920616-10-5698

TELEPHONE NO.

: 017-3107037

E-MAIL

:nuratiqahlim92@gmail.com

LEARNING CENTRE :SHAH ALAM, LEARNING CENTRE

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0.

Pengenalan
1.1.
Maksud etika

3-4

2.0.

Sikap menangguhkan kerja

56

3.0.

Kenapa wujudnya masalah etika menangguhkan kerja

4.0.

Ciri-ciri orang yang suka menangguhkan kerja

5.0.

Kesan masalah etika menangguhkan kerja

6.0.

Cara menyelesaikan masalah etika menangguhkan kerja


6.1.
Strategi
6.2.
Perancangan

7
89
10
11 - 12

7.0.

Kesimpulan

13

8.0.

Rujukan

14

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

1.0 PENGENALAN
Kisah ini berlaku di sebuah kedai kek yang terletak di Kuala Selangor, Selangor. Nama
kedai ini ialah Sweet Candy Cake House dan pemilik kedai ini ialah Puan Aliah ( bukan nama
sebenar ). Puan Aliah mempunyai tiga orang pekerja. Salah seorang pekerja Puan Aliah yang
bernama Wani ( bukan nama sebenar ) mempunyai sikap yang suka menangguhkan kerja. Wani
selalu menangguh-nangguhkan kerjanya hingga akan mengganggu kerja pekerja lain. Puan Aliah
selalu berpesan kepada Wani jika kek yang sudah siap dibuat, hendaklah segera memasukkan
dan menyimpan di dalam peti sejuk supaya lalat tidak hingap di atas kek tersebut tetapi
disebabkan sikap Wani yang suka menangguhkan kerja, dia akan memasukkan kek ke dalam peti
sejuk setelah dua atau tiga jam kek tersebut siap, jadi kadang-kadang kek itu terdapat tahi lalat.
Masalah ini mendatangkan kerugian kepada Puan Aliah kerana kek itu terpaksa dibuang kerana
telah dicemari.
Selain itu, Wani suka tangguh membuat kerja yang lain seperti membuat campuran
tepung kek. Campuran tepung kek ni selalunya dibuat awal-awal sebanyak 30 paket untuk
menyenangkan semasa hendak membuat kek. Campuran tepung ini akan disimpan di dalam bilik
stor. Wani kadang-kadang akan membuat campuran tepung apabila tepung itu tinggal satu paket
padahal campuran tepung hendaklah disiapkan sementara tepung itu tinggal lebih kurang sepuluh
paket. Sikap ini akan memyusahakan pekerja lain apabila hendak membuat kek dan keadaan
akan menjadi kelam kabut dan lambat kerana kekurangan campuran tepung itu.
Bukan itu sahaja, Wani suka tangguhkan kerja dan akan membuat pada waktu habis kerja,
dan perkara ini membuat Puan Aliah terpaksa memberi gaji over time kepada Wani. Padahal
Wani mempunyai waktu kelapangan pada awal masuk kerja. Hal ini menambahkan beban
kewangan Puan Aliah kerana terpaksa memberi gaji over time kepada Wani. Walaupun gaji
over time tidak seberapa, tetapi ia tidak berbaloi jika diberi kepada orang yang begitu. Masalah
etika yang ada pada Wani ialah masalah suka menangguhkan kerja.

1.1 MAKSUD ETIKA


Etika berasal dari perkataan ethos (Greek) yang membawa maksud perangai atau
keperibadian. Etika adalah satu sistem dasar akhlak, adat, tingkah laku atau kesusilaan Ia juga
bermaksud prinsip moral atau set prinsip moral. Ini bermaksud tanggungjawab dan akibat
tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari sudut perspektif Islam, etika
merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Etika
merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan
baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada manganalisis apa yang betul dan salah seperti yang
sering dianggap. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan yang bernilai

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS


atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli
falsafah. Antara isu utama dalam etika ialah pencarian summum bonum, iaitu "kebaikan yang
terbaik". Tindakan yang betul dikatakan mengakibatkan kebaikan terbaik, manakala tindakan tak
bermoral dikatakan menghalangnya. Etika berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti
kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan, tanggungjawab, keadilan; iaitu analisis konsepkonsep seperti ini dan justifikasi pertimbangan (pernyataan, dakwaan) yang melibatkan konsepkonsep tersebut. Etika adalah teori tentang tingkah laku yang betul dalam kehidupan yang baik
bukannya amalan. Etika mengkaji fakta, menganalisisnya dan merumuskan apakah tingkah laku
yang sebetulnya. Etika tidak berpegang pada apa yang dinamakan "tanzil Tuhan" atau "wahyu
Tuhan" terhadap jawapan akhir atau menyelesaikan isu-isu moral tertentu. Etika berbeza dengan
agama. Maksud etika profesional pula adalah semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan
tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap
semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku
profesion dalam masyarakat. Ia mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali
hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan lain-lain. Oleh
itu, etika perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap
masyarakat, negara, pelajar, ibu bapa pelajar dan rakan sejawat. Istilah Etika berasal dari bahasa
Yunani kuno. Bentuk tunggal kata etika yaitu ethos sedangkan bentuk jamaknya yaitu ta etha.
Ethos mempunyai banyak erti iaitu : tempat tinggal yang biasa, padang rumput, kandang,
kebiasaan/adat, akhlak,watak, perasaan, sikap, cara berfikir. Sedangkan erti ta etha iaitu adat
kebiasaan.

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

2.0 SIKAP MENANGGUHKAN KERJA


Salah satu sikap negatif yang terdapat dalam kalangan sebilangan daripada kita adalah
sikap suka menangguh di dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Di dalam bahasa Inggeris, ia
disebut procrastination. Sikap ini, jika sudah menjadi sebati di dalam diri amat sukar untuk
dikikis. Namun, ini tidak bermakna ia tidak boleh langsung dihindari.
Sikap ini boleh bermula sejak kita kecil di mana apabila ibu bapa menyuruh kita
membuat sesuatu kerja seperti membasuh pinggan, membasuh kasut sekolah, membuang
sampah, buat kerja sekolah atau apa juga kerja yang bukan menjadi kegemaran kita, kita akan
selalu berkata "okey...kejap lagi saya buat" atau "nantilah kejap" atau apa jua jawapan yang
boleh kita cari yang kadang-kala membuatkan kita terlepas daripada melakukan kerja-kerja
tersebut.
Jika sikap ini tidak dibendung dari awal, ia akan terus sebati sehingga peringkat remaja
dan dewasa. Pernahkah anda menangguh untuk mentelaah pelajaran dan menyemak nota-nota
sebelum tiba musim peperiksaan? Jika guru memberi jadual peperiksaan sebulan sebelum
periksa, ada yang mungkin berkata "Ah! lambat lagi nak periksa, banyak lagi masa nak membaca
buku dan menyemak segala nota-nota." Dan tiba-tiba tanpa disedari, masa berlalu begitu pantas
dan apabila tarikh peperiksaan menjelang dua hari lagi, anda jadi kelam-kabut dan mula
'menyumbat' segala-gala yang perlu dipelajari di dalam masa singkat tersebut. Ada yang tidak
tidur semalaman kerana ingin menyemak semua topik. Akhirnya kepala pun mula jamm dan
tidak boleh lagi menerima apa-apa informasi. Akhirnya, anda memasuki dewan peperiksaan
dengan perasaan berdebar-debar dan darah yang gemuruh kerana kurang persediaan. Apabila
membaca kertas soalan, fikiran anda kosong dan anda gagal untuk memberi jawapan yang
dipinta. Apabila keputusan menunjukkan anda gagal, anda berasa hampa dan berjanji untuk lebih
bersedia pada masa akan datang. Tetapi janji tinggal janji dan apabila tiba musim peperiksaan
baru, anda tetap dengan perangai lama dan terus dengan sikap suka menangguh ini. Jika tidak
dibendung dengan awal, besar kemungkinan perangai tidak baik ini akan berterusan ke peringkat
anda dewasa dan boleh menghalang anda untuk berjaya di dalam kerjaya.
Sebenarnya sikap menangguh kerja ini terjadi apabila kita cuba mengelak diri daripada
melakukan tugas tersebut. Kita bertindak sedemikian kerana ia bukan tugas yang
menggembirakan hati kita, malah kadang-kadang kita menganggap tugas tersebut menganggu
atau merompak keselesaan hidup kita.
Kewibawaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi setiap warga kerja di
bawahnya. Andai setiap warga kerja itu cekap, amanah dan berdisplin, maka tidak timbul
masalahada kerja yang tidak sempat disiapkan atau timbunan kerja yang masih lagi memerlukan
penelitian. Persoalan yang selalu menghantui sesebuah organisasi adalah kerja yang tidak
disiapkan, padahal tempoh yang diberi lazim berpatutan. Apabila diselidik, ramai yang

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS


menyatakan masa tidak cukup untuk melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan. Semua ini
adalah alasan yang biasa didengar oleh pihak pengurusan apabila sesuatu tugas tidak dapat
dilaksanakan oleh warga kerjanya.
Punca masalah ini yang semakin hari semakin berleluasa adalah amalan menangguhka
kerja yang sering diamalkan oleh pekerja. Pada mereka yang mungkin banyak kerja yang hendak
disiapkan hingga tidak dapat mengenalpasti kepentingan sesuatu kerja tersebut kerana setiap
tugasan yang diberi mempunyai tarikh tamat yang tersendiri. Bagi mereka kerja yang lambat lagi
perlu dihantar akan membuat kemudian atau kadangkala lupa terus hendak membuat. Mereka
akan fokus menyiapkan kerja yang tarikh tamat hampir tiba terlebih dahulu. Sikap inilah yang
menjadi punca utama kepada kegagalan sesebuah organisasi melaksanakan amanah dengan
cemerlang. Bertangguh bermakna kita dengan sengaja melambat atau tidak menyiapkan kerja,
aktiviti atau tugasan yang diamanahkan pihak atasan.

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS


3.0 KENAPA WUJUDNYA MASALAH ETIKA MENANGGUHKAN KERJA

Pengurusan - Sistem pengurusan yang lemah termasuk dari segi pengurusan diri, masa,
sumber dan tenaga.

Kesempurnaan - Pekerja mempunyai sikap kesempurnaan yang tinggi di dalam


melaksanakan sesuatu kerja yang diberi. Sikap ini sememangnya elok diamalkan tetapi
sekiranya ia terlalu mementingkan kesempurnaan ia akan dikategorikan sebagai cerewet.
Oleh itu, sekiranya pekerja mengamalkan sikap yang demikian, maka sebenarnya tiada
kerja yang dapat dilaksanakan.

Sikap sambil lewa - Pekerja mempunyai sikap yang tidak mengambil berat mengenai
sesuatu tugasan yang diberi. Mereka tidak menumpukan sepenuh perhatian dan gagal
memberikan maklumat serta data yang diperlukan dalam menyiapkan tugasan. Apabila
kita bersikap sambil lewa atau ambil mudah maka tiada komitmen serta disiplin yang
lemah terhadap diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan segalanya pasti akan
tertangguh.

Masalah fizikal - Pekerja yang mempunyai masalah kesihatan yang tidak mengizinkan
mereka bergerak terlalu banyak dan pantas akan menyebabkan banyak kerja tertangguh.

4.0 CIRI-CIRI ORANG YANG SUKA MENANGGUHKAN KERJA

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS


1. Terlampau mementingkan kesempurnaan
- Orang jenis ini mahukan segala apa yang dilakukan menjadi dengan sempurna. Ini
membuatkan mereka takut untuk mula atau menghabiskan sesuatu tugasan kerana
risaukan hasilnya kurang dari sempurna. Kesempurnaan yang dicari itu kerapkali
tidak realistik. Mereka meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap hasil kerja mereka
kerana mahu membuktikan kebolehan mereka pada orang lain tetapi malangnya,
kerana harapan mereka terlalu idealistik tiada apapun yang berjaya dibuktikan kerana
sikapnya asyik menangguh sahaja.

2. Terlalu banyak berangan


- Orang sebegini mahu kerja senang. Segala kerja yang sukar akan segera ditolaknya.
Mereka ini suka memberi idea tetapi tidak mampun melaksanakannya. Apabila
mereka sedar yang demi mencapai apa yang mereka mahu memerlukan usaha,
mereka akan melengah-lengahkan usaha itu kerana mahu mengulit fikiran mereka
dengan fantasi. Orang seperti sentiasa mengharapkan bulan jatuh ke riba mereka
tanpa sebarang usaha gigih.

3.

Risau tidak kena tempat


- Tabiat suka berlengah ini boleh dikaitkan dengan sikap risau yang tidak kena tempat.
Mereka perlukan kepastian dalam segala apa dikerjakan. Kalau ada keraguan, mereka
jadi takut untuk membuat keputusan dan bimbang akan hasilnya. Akibatnya mereka
akan berlengah dalam memberi kata putus. Ada kalanya mereka mengelakkan dari
menyiapkan sesuatu projek kerana begitu takut dengan perubahan yang mungkin
berlaku setelah ia disiapkan.

4. Bukan tanggungjawab mereka


- Seseorang akan cenderung untuk berlengah-lengah apabila mereka rasa mereka tidak
patut buat kerja itu. Ini bukan kerja aku, kenapa aku perlu buat kata mereka.
Dengan berlengah, ia adalah cara untuk mereka memberontak seolah-oleh tugasan itu
satu paksaan.

5. Gemar bekerja di waktu kecederaan


- Ini jenis orang yang suka last minute. Kata mereka kerja waktu akhir ini
membuatkan mereka lebih kreatif dan bersemangat untuk siapkan kerja. Walau

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS


apapun alasan mereka, apa yang pasti mereka ini suka mengambil risiko yang
sebenarnya boleh dielakkan. Di kalangan pelajar sikap ini amat berleluasa:
peperiksaan lagi 2-3 hari baru hendak buka buku mengulangkaji pelajaran.

6. Masalah mengutamakan kerja


- Si pelengah ini jenis yang susah berkata tidak. Mereka menghadapi kesukaran
memilih tugas mana yang perlu diutamakan dan yang mana perlu dikemudiankan. Ini
menyebabkan mereka tidak dapat membuat keputusan. Kalau boleh semuanya hendak
dilakukan sekarang tetapi kerana tiada fokus, tiada satu pun diselesaikannya.
Semuanya separuh jalan. Pengurusan masa mereka juga tidak teratur.

5.0 KESAN MASALAH ETIKA MENANGGUHKAN KERJA

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS


Individu seringkali gemar menangguhkan kerja. Sikap suka menangguhkan kerja ini merupakan
masalah yang sering dihadapi ramai. Bagi mengubah sikap ini maka ia bergantung kepada
individu yang terlibat bagi mengawal sikap ini. Sikap sebegini memberi kesan kepada bukan
hanya diri, keluarga, kerjaya tetapi juga orang sekeliling. Antara kesan suka menangguhkan kerja
adalah:
Beban kerja akan bertambah banyak. Oleh itu, anda sukar mencari masa untuk
menyelesaikan tugasan dengan cepat dan cekap.
Sikap menangguh akan menyebabkan stress dalam diri anda. Ini berlaku disebabkan
kerja yang banyak akan menyebabkan anda tertekan dan tidak tahu hendak
menyelesaikan mana satu dahulu.
Sikap ini menunjukkan imej dan personaliti diri yang kurang baik. Ia bermaksud
sikap suka menangguhkan kerja akan menunjukkan anda seorang yang tidak cekap,
semabil lewa serta tidak kpmited dalam menyelesaikan tugasan.

Memberi persepsi negative pada orang sekeliling kerana sikap ini. Ada sesetengah
orang tidak suka suka terhadap individu yang suka menangguhkan kerja lebih-lebih
lagi majikan sendiri.

Hasil kerja kurang berkualiti. Biasanya, kerja yang disiapkan Last Minutes atau
keadaan yang tergesa-tergesa tidak akan memberikan hasil yang baik seperti yang
diharapkan.

Tugasan mungkin tidak dapat disiapkan pada waktu yang tepat. Bahkan kerja yang
perlu diselesaikan akan terbantut. Ini juga mungkin memberi kesan buruk pada
organisasi.

Kerjasama sukar diwujudkan dikalangan ahli sesuatu organisasi kerana sikap


sebegini. Jika seseorang suka menangguhkan kerja, orang lain sukar untuk
mewujudkan kerjasama dengan individu tersebut. Oleh itu disiplin kerja perlu
dilibatkan apda semua. Ibarat setitik nila rosak susu sebelanga.

Prestasi akan merosot dan ia membawa kepada kurang semangat untuk bekerja.

6.0 CARA MENYELESAIKAN MASALAH ETIKA MENANGGUHKAN KERJA


6.1 STRATEGI

10

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS


Antara lain terdapat beberapa strategi yang telah dikenal pasti untuk mengatasi masalah ini
seperti berikut:
I.

Menetapkan matlamat bagi tempoh pencapaian kerja anda.

II.

Pekerja hendaklah menetapkan tempoh untuk mencapai sesuatu matlamat kerja. Kaji
tahap atau kedudukan pekerja sekarang berbanding dengan apa yang pekerja
inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang diperlukan untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan.

III.

Merancang tugasan harian ketika di pejabat. Pekerja haruslah merancang tugasan


harian di pejabat dengan membuat senarai tugas atau To Do List. Pekara ini perlu
dilakukan setiap hari sebelum balik dan sewaktu tiba di pejabat ketika awal pagi bagi
memastikan penyusunan kerja yang penting diutamakan dan didahulukan. Dengan
membuat senarai tugasan mengikut prioriti yang perlu diuruskan, pekerja akan dapat
mengenal pasti sekiranya ada tugasan yang tertunggak dan tidak dapat diselesaikan
semalam akan diuruskan pada keesokan hari.

6.2 PERANCANGAN

I.

Pekerja juga boleh mengklasifikasikan kerja yang mana patut diutamakan dahulu dan
kerja yang akan dibuat kemudian. Perancangan ini juga akan memberi gambaran kepada
pekerja berapa banyak bebanan tugas yang harus diselesaikan dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan.

II.

Mencari kaedah bagi mengingatkan pekerja. Untuk melakukan tugasan seperti mencatat
dalam diari atau digital organizer, memakai palmtop, memasukkan maklumat kerja di
dalam telefon atau menulisnya di kalendar meja dengan memasukkan maklumat bila
tugasan tersebut perlu disiapkan.

III.

Mengenal pasti tugasan mana yang lebih penting untuk mencapai matlamat sesuatu
program atau aktiviti. Ia boleh dilakukan dengan menulis kelebihan dan kekurangan
kenapa pekerja harus atau tidak melakukan kerja yang disenaraikan terlebih dahulu.
Proses ini mampu membantu untuk menyenarai pendek kerja-kerja yang tidak harus ada
dalam senarai utama. Pekerja mesti membuat kerja yang harus dibuat dahulu bukan kerja
apa yang hendak dibuat.

IV.

Menetapkan masa untuk menyiapkan tugasan setiap hari. Pekerja mesti mengenal pasti
berapa lama masa yang akan diambil untuk menyiapkan tugasan pada hari itu dan berapa
lama masa rehat yang mereka akan ambil.

11

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

Sebagai contoh, seorang pekerja akan membuat tugasan selama 40 minit dan kemudian
mengambil masa 10 minit untuk berehat. Pekerja harus memastikan yang mereka
mengikut masa yang ditetapkan untuk mencapai matlamat kerja.
Ia mungkin akan menyusahkan pekerja di awal pelaksanaan tetapi dalam jangka masa
panjang mereka akan dapat menyesuaikan diri bilamana ia berjaya ditabiatkan.
V.

Memastikan semua benda tersusun. Setiap pekerja haruslah memastikan semua benda di
atas meja dan kawasan kerja mereka tersusun supaya memudahkan mereka untuk
mencari dokumen dan ia akan menjimatkan masa.

VI.

Pengagihan kerja. Setiap pekerja haruslah memastikan bahawa sekiranya terdapat kerja
yang terlalu banyak dan harus disiapkan dalam masa terdekat ia perlu diagihkan
mengikut tugasan yang bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan.
Sekiranya terlalu banyak kerja yang diminta kita buat, agih-agihkan tugas kepada
bahagian yang lebih kecil. Jika menghadapi kesukaran, dapatkan seseorang yang boleh
membantu serta mahir dalam bidang tersebut.

VII.

Pekerja wajar memastikan diri mereka sentiasa siap siaga. Berada di dalam keadaan yang
fokus untuk membuat tugasan setiap hari.

VIII.

Menghadapi segala gangguan dengan berkesan. Pekerja hendaklah menetapkan masa bila
mereka ingin melakukan sesuatu tugasan penting tanpa diganggu oleh keadaan sekeliling.
Sebagai contoh, pekerja boleh mencari tempat yang minimum gangguan untuk membuat
tugasan yang memerlukan penumpuan yang khusus.

IX.

Menukar cara pemikiran kita (Anjakan Paradigma Minda). Setiap pekerja haruslah
menukar cara pemikiran mereka dengan menyerapkan sifat-sifat positif dalam
menjalankan amanah yang dipikul dengan penuh tanggungjawab bagi memajukan diri
dan organisasi ke mercu kejayaan.

X.

Memberi ganjaran terhadap diri. Pekerja boleh menetapkan ganjaran yang bersesuaian
untuk diri sendiri apabila dapat menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan.

7.0 KESIMPULAN
Tabiat menangguhkan kerja adalah amalan yang tidak sihat dan ia ditegah oleh Islam itu
sendiri. Hidup kita akan bertambah barakah dan seterusnya organisasi serta agama kita akan
maju atau berjaya menggapai mercu keterbilangan sewajarnya.Sikap menangguh kerja sehingga
hampir tamat tempoh yang diberi boleh menggugat dan menimbulkan banyak masalah di dalam
kehidupan peribadi dan juga kerjaya anda. Di antaranya termasuklah terlepas peluang keemasan,

12

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS


timbul rasa ketegangan atau stres, timbul rasa bersalah kerana melengah-lengahkan kerja, timbul
perasaan darah gemuruh dan panik, apatah lagi jika tugas tersebut mempunyai masa tertentu
untuk diselesaikan dan anda masih tidak tahu bagaimana hendak memulakan tugas tersebut
walaupun deadline menghampiri anda. Jadi, janganlah menyeksa diri dengan membiarkan sikap
menangguh pekerjaan menguasai diri sehingga memporak-perandakan kehidupan anda.
Bertindaklah dengan melakukan perkara-perkara di atas sekarang juga! Berbanggalah dengan
tugasan yang kita laksanakan seharian walau sekecil manapun kerja yang kita lakukan.
Insya-Allah, jika disertai nawaitu atau niat yang ikhlas dan menjalankan tugas adalah sebagai
fardu kifayah, kita akan diganjari pahala di dunia dan akhirat.

8.0 RUJUKAN

http://syadidhabib.blogspot.com/2010/10/maksud-etika.html

13

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2008&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Akademi&pg=ak_03.htm
http://www.cicinta.com/2009/12/jangan-suka-tangguh-kerja.html
http://www.capaimatlamat.com/2012/04/30/6-jenis-tabiat-suka-berlengah/

14

You might also like